^ Scroll to Top

Monday, June 30, 2008

3 AMALAN YANG BERKAT

Dari Ibnu Mas¢ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah
s.a..w, :"Manakah amal yang lebih utama?" Beliau
menjawab,:"Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan
berjuang di jalan Allah."
(Bukhari)

Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal
ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh
Allah S.W.T. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal
ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa
banyaknya.
Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti
yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh
besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu
sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak
godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza
pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini
tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan.
Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah
mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut
kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan
kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah
S.W.T sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk
(neraka).



...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

No comments:


 
Dear Diary Blogger Template