Posts

Showing posts with the label Tinta Ku

Ramadan pesta kurma

RAMADAN terkenal juga sebagai bulan pesta kurma, dengan ketibaan puasa, bermakna buah yang berzat ini melimpah-ruah di pasaran. Kurma atau tamar adalah antara makanan utama Nabi Muhammad s.a.w dan diteladani umat Islam zaman berzaman, malah makanan utama di Timur Tengah. Ensiklopedia Wikipedia menyatakan, kurma dipercayai berasal di sekitar Teluk Parsi dan ditanam sejak zaman kuno dari Mesopotamia hingga prasejarah Mesir. Bukti arkeologi menunjukkan penanaman kurma di bahagian timur Arab pada 6000 Sebelum Masihi. Kemudian, masyarakat Arab membawa kurma ke Asia Selatan, Asia Tenggara, utara Afrika dan Sepanyol. Ia juga diperkenalkan ke Mexico dan California oleh orang Sepanyol pada 1765. Kurma mengandungi biji tunggal berukuran dua hingga dua setengah sentimeter dengan ketebalan enam hingga lapan milimeter. Tiga jenis utama kurma, iaitu jenis lembut seperti Barhee, Halawy, Khadrawy, Medjool; separuh kering contohnya Dayri, Deglet Noor, Zahidi dan kering seperti Thoory. Jenis buah berga...

Mengenali Waliullah Habib Nuh bin Muhammad al-Habsyi

Makam Habib Nuh di Singapura Dikisahkan bahawa Kiyai Agung Muhammad bin 'Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu mengamalkan bacaan mawlid Junjungan Nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau meninggalkannya. Pada satu malam, beliau bermimpi dan dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan Junjungan Nabi s.a.w. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun berpulang ke rahmatullah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi Baginda Nabi s.a.w. yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada Baginda Nabi s.a.w.: "Ya RasulAllah, marilah kita ziarah rumah kawan saya Muhammad Suhaimi." Tetapi Junjungan Nabi s.a.w. enggan berbuat demikian sambil bersabda: "Saya tak hendak menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya, kerana dia selalu meninggalkan bacaan maulid saya." Habib Nuh merayu kepada Baginda Nabi s.a.w.: "Saya bermohonlah kepada tuan supaya dia diampuni." Setelah itu baharulah Junjungan Nabi s.a.w...

Dengan siapa kamu duduk...

Sekadar renungan ... Barangsiapa yang duduk dengan lapan macam manusia akan ditambah Allah baginya lapan corak hidup: Barangsiapa suka duduk berserta orang kaya, Akan ditambah Al lah kecintaannya kepada dunia dan keinginan kepadanya. Barangsiapa suka duduk berserta orang miskin, Akan dijadikan Allah baginya kesukaan bersyukur dan redha menerima pembahagian yang ditentukan Allah. Barangsiapa suka duduk dengan Sultan (Pemerintah Negara), Akan ditambah Allah kasarnya dan sombongnya. Barangsiapa suka duduk dengan perempuan, (bukan muhrim) Akan ditambah Allah bodohnya dan syahwatnya. Barangsiapa suka duduk bersama kanak-kanak, Akan ditambah kesukaannya bermain-main dan bersenda gurau. Barangsiapa suka duduk dengan orang fasiq, Akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat. Barangsiapa suka duduk dengan orang-orang soleh, Akan bertambahlah keinginannya untuk taat . Barangsiapa suka d...

Baca lah untuk Allah SWT

UNTUK DIFIKIRKAN, DIRENUNGKAN SEJAUH MANA KITA MENGABDIKAN DIRI KITA KEPADA ALLAH. SEMOGA KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORG2 YANG MENDAPAT PERTUNJUK & HIDAYAH SERTA TIDAK TERPESONG DARI GOLONGAN ORANG2 YANG MENDAPAT RAHMAT & KEBERKATAN. Baca jika anda ada masa untuk ALLAH. Bacalah sehingga habis. Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk membaca terus hingga ke penghujung. ALLAH , bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini.... Lebih lebih lagi diwaktu kerja. Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya, menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini....

Kemampuan berfikir bezakan manusia dengan haiwan

BERSYUKUR atas jati diri kemanusiaan adalah penting. Apabila kita memahami hakikat kemanusiaan yang ada dalam diri, kita tidak mungkin melakukan perbuatan seperti perangai haiwan. Kita berusaha sekuat tenaga supaya bertindak berlandaskan akal dan fikiran. Menurut falsafah, perbezaan manusia dengan haiwan itu tidak banyak. Manusia adalah haiwan yang berfikir. Oleh itu, daripada segi kemampuan berfikir, sesungguhnya manusia lebih unggul apabila dibandingkan dengan haiwan. Apabila kemampuan ini tidak digunakan dengan baik, hilanglah keunggulan yang ada pada diri dan akhirnya kita seperti binatang, bahkan lebih buruk lagi. Allah menganugerahkan pelbagai kelebihan kepada manusia. Anugerah terbesar dimiliki manusia berbanding makhluk lain adalah akal. Dengan akalnya manusia mampu mengambil pengajaran dan memanfaatkan semua kemudahan yang Allah ciptakan di dunia. Manusia yang mampu menakluk semua makhluk di dunia ini. Allah memberikan pendengaran, penglihatan dan perasaan. Semua itu adalah mo...

Hormati ibubapa

JIKA Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat tetapi apa caranya jika orang tua sudah meninggal dunia sedangkan ketika hidupnya kita menderhaka dan melawan mereka? Apabila insaf, selalulah menziarahi pusara ibu bapa dan bacakan ayat suci untuknya. Jumpa kembali kawan baik ibu bapa atau jiran yang masih ada dan berbuat baik kepada mereka. Sedekahkan kepada masjid atas nama ibu bapa. Walaupun ibu bapa sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga mereka berdua reda dan Allah mengampunkan dosa. Allah Maha Pengampun dan luas rahmat-Nya tetapi jangan pula mengambil kesempatan untuk berbuat jahat, kemudian baru hendak bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala akan diterima. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Contohnya, tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, tetapi cuba selidiki kesalahan yang kita lakukan hari ini. Pertama, bagaimana hubungan kita dengan Tuhan? Jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan kita den...

Kesederhanaan ibu segala kelebihan melaksanakan urusan pentadbiran

HIKMAH atau kebijaksanaan adalah kurniaan terbesar Allah kepada manusia seperti dijelaskan dalam firman-Nya bahawa sesiapa yang dikurnia hikmah maka ia pada hakikatnya dikurnia kebaikan yang banyak. Selain itu, al-Quran juga menceritakan kisah Luqman ibn Ba`ura (Luqman al-Hakim), hamba Allah yang dikurnia hikmah dan bagaimana hikmah dimanfaatkan oleh Luqman dalam kehidupannya terserlah melalui nasihat kepada puteranya. Ibn Kathir menjelaskan Allah mengurniakan hikmah, iaitu petunjuk kepada Luqman untuk melakukan sesuatu berdasarkan ilmu serta kefahaman mendalam, bersyukur kepada Allah serta memuji-Nya atas segala nikmat dan kelebihan dikurniakan, suka melakukan kebaikan terhadap orang lain, selain membantu apa saja usaha kebaikan serta amal soleh. Menurut riwayat, Luqman pernah membantu Nabi Daud dalam urusan pemerintahan dan menjadi hakim untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel. Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Mizan al 'Amal menegaskan bahawa hikmah dinisbahkan pada kekuata...

Kasih pudar tanpa agama

ALAM perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat meneruskan keturunan manusia. Dalam Islam perkahwinan satu tuntutan yang perlu dipenuhi. Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan jodoh perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan mengakibatkan masalah kemudian hari. Senario masa kini mendapati kebanyakan anak muda lebih gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan dan pangkat untuk mengikat tali percintaan dan membina gerbang perkahwinan. Secara fizikal, kriteria pemilihan jodoh tiada cacat celanya, tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga agama diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh menyebabkan kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar dan akhirnya berlaku perpisahan. Kesilapan besar bagi pasangan yang ingin berkahwin tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam membuat pilihan jodoh mereka. Kesilapan itu juga mengakibatkan hu...

Tidur Mengingati Mati

APABILA membuka mata dari tidur setiap pagi, bacalah doa kesyukuran kerana usia kita dipanjangkan Allah, terselamat daripada kelalaian dan kelemahan tidur. Tidur adalah kemestian bagi manusia. Memang pelik dan ganjil jika ada manusia berkata mereka tidak pernah tidur sepanjang hidupnya. Manusia bukannya enjin, ia perlukan rehat. Enjin pun bekerja jika ada minyak atau elektrik, itupun enjin tidak kekal lama jika digerakkan tanpa henti. Walaupun manusia mendapat makanan dan minuman mencukupi, mereka akan penat jika bekerja tanpa rehat. Justeru, cara terbaik ialah berehat atau tidur untuk me mulihkan tenaga. Selain itu, kita hendaklah insaf pintu taubat masih terbuka. Dan, ketahuilah tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita mengingati kematian. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan, adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi. Betapa syumulnya Islam, membimbing hal yang kecil hingga perkara yang besar. B...

Akhlak ibarat bunga di taman

AKHLAK adalah perkara penting selepas iman. Setiap orang akan dinilai berdasarkan budi pekertinya (akhlak). Jika baik akhlaknya, maka dia akan dianggap baik. Jika buruk akhlaknya meskipun ada melakukan kebajikan, tetap tidak akan dinilai. Oleh itu, orang yang mempunyai akhlak mulia akan dipandang mulia di sisi Allah. Contoh, akhlak mulia adalah akhlak Rasulullah. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia." (Surah al-Qalam, ayat 4). Akhlak yang baik hendaklah dipupuk dan dipelihara hingga sebati dengan diri kita. Hal ini bagi membolehkan kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Dalam kehidupan manusia, akhlak dapat diibaratkan seperti bunga dalam sebuah taman. Bagaimana luas dan indahnya sebuah taman kalau tidak dihiasi dengan bunga-bungaan, maka taman itu tidak jauh bezanya dengan tanah perkuburan. Seseorang yang mempunyai badan sihat, gagah, tampan, menarik, berilmu, kaya atau berpangkat, kalau mempunyai akhlak buruk dan...

Ucap salam adalah doa

ASSALAMUALAIKUM! Apa khabar semua? Begitulah per mulaan percakapan seorang Muslim, sunat diawali dengan salam. Makna 'Assalaamualaikum' ialah semoga Allah menye lamatkan dan memberikan kesejahteraan atas kamu. Salam dalam bentuk ucapan adalah ungkapan yang bersifat amalan digunakan untuk memperkenalkan diri atau menyapa orang lain. Hukum memberi salam sunat tetapi menjawabnya wajib. Salam dalam bentuk gerakan, antaranya adalah berjabat tangan atau disebut juga bersalaman, mengangguk, cium tangan, cium pipi dan melambaikan tangan. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Hasyr, ayat 23, mak sudnya: Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai; Yang Maha Suci; Yang Maha Sejahtera; Yang Melimpahkan Keamanan; Maha Pengawal; Maha Kuasa; Maha Kuat; Memiliki segala Kebesaran. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan.” Di dalam ayat ini, as-Salaam (Maha Sejahtera) adalah satu daripada nama agung Allah s.w.t. Sebelum terbitnya fajar Islam, orang Arab biasa menggunakan u...

Allah Perangi Golongan Penindas Orang Miskin

Syeikh Sya’rawi berkata: Ayat ini merupakan permasalahan alam yang dilupai serta lalai oleh kebanyakan manusia justeru datang peraturan untuk memelihara satu golongan daripada golongan yang lain. Peraturan ini tidak datang kecuali selepas adanya golongan ahli riba yang menzalimi golongan fakir miskin yang lemah. Justeru golongan miskin dan lemah ini sentiasa diambil kesempatan oleh golongan pemakan riba. Lantas Allah menurunkan ayat ini. Firman Allah: Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), Maka Ketahuilah, bahawa Allah dan rasul-Nya akan memerangimu. An-Nasafi berkata: Allah izinkan peperangan dan tidak menyebut dengan peperangan Allah dan Rasul-Nya tetapi dengan peperangan daripada Allah dan Rasul-Nya kerana ini lebih kuat maknanya. Ini kerana makna izin merupakan merupakan jenis daripada perang lebih besar di sisi Allah dan Rasul-Nya dengan sebab itulah kabilah thaqif berkata kami tiada apa untuk berperang dengan Allah dan Rasul-Nya. Al-Maghaghi berkata: Ayat i...

Bagaimana Rasa Hati Ayah & Ibu Kita?

Seorang ibu tua yang saya temui di Terminal Bas selatan Tanahair, sewaktu menunggu bas Eagle jam 8.30 mlm ke Kuala Lumpur, berbual sambil bercerita. Perbualan yang menyuntik keinsafan, berkisar tentang hati seorang ibu… "Dah tua-tua begini, kerjanya, susah hati saja nak", katanya pendek. "Makcik susah hati mengenangkan anak-anak makcik. Anak bongsu makcik jarang sangat kirim berita. Dia dah lama di London. Makcik risau sangat tentang dia. Dah berkali-kali makcik suruh dia balik, kerja je dekat sini, senang. Tak juga dia dengar. Abangnya ada, tapi tak ambil kisah sangat. Dia kerja besar, orang besar Universiti. Sibuk sangat dengan kerja dan keluarga dia… Hidup makcik taklah susah, tapi hmm entahlah, makcik pun tak tahu nak cakap macamana. Entah esok, entah lusa, makcik tak de". Ibu tua itu terdiam lama… Pasti ibu tua itu tidak keseorangan terperosok dalam alunan perasaan sedemikian. Tidak sedikit ibu ayah yang sugul, susah hati, kecil hati, terkilan akibat seribu sat...

Zikir, Doa dan Tawakal Penawar Tekanan Perasaan

TEKANAN perasaan adalah antara penyakit dalaman yang banyak dihidapi manusia zaman ini. Walaupun ia adalah masalah rohani manusia, penyakit ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan fizikal lain seperti tekanan darah tinggi, jantung dan sakit kepala jika tidak diatasi segera. Masalah tekanan yang tidak kritikal masih boleh memberi kesan negatif kepada tingkah laku manusia seperti tidak tenteram, bertindak agresif di tempat kerja atau rumah. Sebagai manusia biasa, setiap daripada kita tidak mungkin terlepas daripada masalah tekanan. Cuma yang berbeza ialah keupayaan menangani tekanan. Ada yang mampu mengawal dengan baik dan ada yang gagal, menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan, tingkah laku dan psikologi. Tekanan perasaan boleh berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya terlalu memikirkan sesuatu yang tidak pasti dan cuba mengawal keadaan yang masih belum berlaku. Seseorang yang kehilangan sesuatu atau individu disayanginya dan tidak mampu menerima hakikat itu juga akan...

Perpaduan Ummah

ISLAM adalah agama bersifat universal yang menyeru kepada perdamaian, perpaduan dan persaudaraan bagi memastikan umatnya kuat dan bermaruah. Banyak ayat al-Quran mengenai perkara itu, malah menggesa sikap berkasih sayang, hormat menghormati sesama umat Islam dan bukan Islam. Perpaduan adalah berlawanan dengan perpecahan. Perpaduan membawa banyak kebaikan manakala perpecahan membawa kerugian. Semangat perpaduan jelas terpancar melalui amal ibadat, seperti solat secara berjemaah di sesebuah masjid, malah senireka masjid yang melengkung seperti pada gerbang dan kubah yang berakhir pada satu garis pusat juga adalah satu simbol kesatuan dan pemuafakatan dalam Islam. Umat Islam tahu mengenai perpaduan, tetapi perbezaan pendapat, berlainan mazhab, fahaman dan budaya merobek benteng perpaduan. Di beberapa negara Arab berlaku perkelahian, pencabulan hak dan pembunuhan, gara-gara fahaman berbeza, Sunnah dan Syiah. Kadangkala terfikir mengenai Islam yang diasaskan dari rumpun yang satu boleh ber...

Kesan Penyakit Batin

Apa agaknya kita lakukan jika penyakit ini terkena pada kita, pasti yang tergambar di fikiran kita ialah ubat dan doktor.. Tetapi mari kita tanya secara jujur dan berterus terang kepada hati kita masing-masing, apakah kita akan memberi perhatian yang sama pada penyakit batin yang terkena pada kita? Memang betul kita semestinya mengambil berat dan ber tindak merawat segera penyakit fizikal yang menyerang, tetapi amat wajar kita memberi perhatian yang serius terhadap penyakit batin. Kadangkala saya terfikir juga kenapa kepekaan kita terhadap penyakit fizikal dan penyakit batin berbeza, sedangkan jika kita lihat risiko dan akibat yang ditimbulkan antara penyakit fizikal dan penyakit batin juga berbeza. Separah mana pun penyakit fizikal ia hanya memberi impak secara duniawi, bersifat jangka pendek. Ketika kita meninggal dunia, penyakit fizikal itu tidak akan kita bawa. Tetapi jika kita menderita penyakit batin, impaknya bukan sekadar di dunia, malah di akhirat, iaitu bersifat jangka panjan...

Cinta Sesama Ummah Mampu Elak Perpecahan

MENGHARUNGI kehidupan pada zaman serba moden, kelihatan struktur hidup bermasyarakat di kalangan umat Islam semakin goyah. Kehidupan semakin menjadi terlalu individualistik dan rata-rata insan hanya mengambil berat mengenai perkara yang boleh menggugat kebahagiaan mereka. Maka tidak hairanlah jika kemungkaran yang berlaku secara terbuka di depan mata, ramai mengambil sikap tidak endah kerana ia tidak membabitkan diri atau keluarga mereka. Anak yang ponteng sekolah bebas menghisap rokok di sesetengah kawasan awam kerana tiada siapa menegur mereka. Apa yang dijadikan alasan bagi sesetengah pihak untuk tidak menghalang itu ialah murid berkenaan bukan anak mereka. Muda-mudi kita juga bebas berpakaian mencolok mata serta berkelakuan tidak senonoh secara terbuka tanpa ada yang menegah kerana mereka tidak ada hubung kait dengan diri kita. Sungguh menghairankan senario sebegini kerana Islam agama yang menggalakkan umatnya mengerjakan amal makruf dan menolak kemungkaran. Firman Allah yang ber...

Bersikap Jujur dan Lemah Lembut Terhadap Anak-anak

Seringkali, orang tua merasa bahawa sikap jujur hanyalah kewajiban anak. Ketika anak menumpahkan susu atau coklat di permaidani, kerana takut, mereka mungkin akan berkata, “Bukan saya, ibu!” Lalu, ibu bapa akan marah dan membentak, “Jangan bohong!” Namun, tanpa sedar, ibu bapa pun sering membohongi anak. Apabila kita letih atau penat ketika si anak kecil mengajak bermain di taman, ibu bapa dengan mudah berkata, “Esok, ya sayang!” Bagaimanapun, esok, apa yang terjadi? Seringkali ibu bapa melupakan janji itu begitu saja. Bohong adalah salah satu akibat daripada sikap pemarah orang tua. Namun, boleh jadi pula, anak suka berbohong kerana meniru ibu bapanya yang juga sering tidak jujur terhadapnya. Kerana itu, dalam artikel ini penulis akan membahas mengenai dua sifat yang harus dipegang teguh oleh ibu bapa, iaitu jujur dan lembut. SIKAP JUJUR Abdul Hamid Jasim Al-Bilali dalam bukunya yang berjudul Seni Mendidik Anak menyebutkan, “Penyebab kenakalan anak (termasuk di antaranya berbohong) ad...

Tiga Faktor Perosak Manusia

SEMUA orang gemar kepada perkara yang baik dan me lakukan kebaikan kerana ia membawa kebahagiaan, ke sejahteraan dan keharmonian. Golongan seperti perompak atau penyamun juga tidak suka harta bendanya dicuri dan diganggu, walaupun mereka mengganggu dan menceroboh kehidupan orang lain. Keburukan berlaku dalam masyarakat disebabkan beberapa faktor seperti tidak menghiraukan larangan Allah. Begitu juga keharmonian boleh digapai apabila kita menuruti petunjuk Allah yang maha kuasa. Menghindari lebih baik daripada mencegah. Kali ini kita bermuhasabah untuk menghindari faktor perosak. Saidina Umar berkata: “Sekiranya kamu ingin menghindari keburukan, kamu mesti mengetahui kejahatan itu supaya senang kamu menghindarinya.” Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Ada tiga perkara merosakkan, hawa nafsu yang dituruti, kedekut yang ditaati dan kekaguman pada diri sendiri.” Pertama, hawa nafsu bukan dibunuh tetapi dididik. Ini kerana nafsu dunia menjadi indah, sebab itu dunia di bangunkan, rasa ci...

Yang Tersirat Di Sebalik Yang Tersurat

Ingin menguji minda anda berfikir? Ini ada satu kisah yang ingin saya kongsi bersama. Cerita rekaan oleh seorang Ulama' yang ingin mengajar manusia erti sebenar kehidupan. Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang telah mati ataupun yang akan mati. Ianya mengisahkan satu cerita zaman dahulu kala di mana teknologi seumpama hand-phone masih belum tercipta. Manusia masih berkomunikasi dengan menggunakan asap dan menghantar `massage' dan e-mel menggunakan perkhidmatan burung merpati. Perjalanan sejauh Kuala Lumpur ke Sungai Siput (U) memakan masa berhari-hari kerana menunggang kuda yang tidak berkuasa kuda. Tidak ada kemudahan lebuhraya yang menghubungkan Utara ke Selatan melainkan jalan darat merentasi rimba dan gunung ganang serta jalan sungai yang tidak memerlukan bayaran tol. Pendek kata, manusia dan alam adalah dua sahabat yang cukup intim. Pada zaman dahulu kala, dikisahkan oleh orang-orang tua akan satu ceritera. Kisah ini adalah kisah yang diturunkan daripada satu gener...