Posts

Showing posts with the label Koleksi Ceramah

Azab Bagi Pemakan Riba'

AL-MAGHAGHI berkata: Kalam Allah sebelum ini berkenaan dengan ayat sedekah begitu juga orang yang bersedekah tanpa mengharapkan balasan tetapi hanya mencari keredaan Allah seterusnya di sini membincangkan berkenaan dengan riba. Firman Allah: Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Sayyid Qutub berkata: "Tidak ada ancaman mental yang sampai ke hati sehebat ancaman yang disampaikan dalam bentuk gambaran fizikal yang hidup dan bergerak ini iaitu gambaran orang yang rebah kerana dirasuk syaitan. "Ini satu gambaran yang biasa dilihat orang ramai. Al-Quran membawa gambaran ini untuk memberi saranan yang menakutkan hati dan menyedarkan perasaan para pemakan riba serta menggerakkan mereka dengan kuat agar mereka meninggalkan adat kebiasaan mereka (yang buruk) di dalam sistem ekonomi mereka. Dan meninggalkan tamak haloba mereka untuk mendapat faedah riba itu". Gambaran ...

Kutipan Ceramah Syeikh Muhammad Hisyam Kabbani ar-Rabbani di Mesjid Bank Indonesia tgl 30-08-2007

Bismillahir-Rohmaanir-Rohiim Allahumma sholli ‘alaa sayyidina Muhammad wa ‘alaa aalihi wa shohbihi wassalam Taatilah Allah, Taati Rasullullah dan orang-orang yang memimpinmu. Setiap kali saya datang ke sini, saya dapat merasakan kehadiran para Awliya, setiap kali dikumandangkan shalawat, saya merasa benar-benar kehadiran Rasulullah SAW disini. Disini, saya merasakan getaran yang sangat kuat, ada Syekh Husayn (bin ‘Ali bin Abi Thalib ra) disini. Nama itu, Hasan dan Husayn adalah nama cucu Rasululah yang telah ditetapkan sebagai pemuda-pemuda penghuni surga. Lihatlah arti sebuah nama, dari nama tersebut membawa getaran-getaran surgawi yang kuat. Allah menciptakan semua makhluknya pada tempat-tempat yang telah Ia tentukan. Tidak akan ada yang bisa mengubah ketentuan Allah. Mustahil. Allah telah menentukan dimana tiap-tiap makhluk diposisikan. Kisah Habil dan Qabil Saat Allah memerintahkan Habil dan Qabil untuk berqurban. Habil memberikan qurban yang terbaik, mempersembahkan yang ter...

Solat Lima Waktu Lapan Puluh Peratus Tidak Mengerjakannya

Solat lima waktu - 80 peratus tidak mengerjakannya (Dato Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah). SOLAT atau sembahyang merupakan ibadat yang amat penting bagi setiap Muslim yang mukalaf kerana ia adalah fardu ain. Ini diperkuatkan dengan sebuah hadis Nabi yang bermaksud: Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat bererti mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat bererti ia meninggalkan agama.Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari. Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masyarakat Islam masa kini. ``Mereka boleh berada di padang bola lebih dari satu jam, peniaga pasar malam terlalu sibuk melayan pelanggan sehingga terlupa menunaikan solat biarpun hanya mengambil masa 15 atau 20 minit. ``Ma...