Posts

Showing posts with the label Amalan Doa Dan Tips

PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga. Mesti sahur. Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas. Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi. Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya. SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt. Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga. Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam. "Serulah ke ...

Doa Haikal 1-7 (Azimat & Khasiat)

DOA HAIKAL 1) Haikal Awal – Ayat Kursi 2) Haikal Kedua – Ayat 35 Surah Aali Imran, Ayat 77-80 Surah Al-Isra’ 3) Haikal Ketiga – Ayat 285-286 Surah Al-Baqarah 4) Haikal Keempat – Ayat 81-85 Surah Al-Isra’ 5) Haikal Kelima – Ayat 4-6 Surah Maryam, Ayat 27 Surah Al-Fath 6) Haikal Keenam – Ayat 1-4 Surah Al-Jin 7) Haikal Ketujuh – Ayat 51-52 Surah Al-Qalam Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada suatu hari sedang baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka jibril pun datang membawa firman. Ujarnya.."Ya Rasulullah..salam Allah Ta'ala pada tuan hamba dan firmannya: Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan pada tuan hamba.Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa membacanya atau menyimpannya maka Allah Subhanahu Wata'ala melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka. Ya Muhammad..barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan sy...

Sebuah Warkah

"Ya Tuhanku,kurniakanlah aku dua mata yang suka berlinang menitiskan air mata sebelum datang saat di mana mata menitiskan darah dan gigi-gigi menjadi bara.. ameen..." Aku tak punyai bahasa yang indah untuk digunakan ketika bermunajat ke hadratMu.. Susunan bahasaku sekadar ucapan biasa yang lahir dari hati yang kotor ini dan terucap di bibir. Ya Allah.. Meskipun begitu,aku tetap berharap agar Kau mendengar rintihan hati ini.. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambaMu ini sama ada dizahirkan ataupun tidak. Ya Allah cinta agungku.. Telah aku terumbang-ambing di lautan kesepian tatkala diri ini benar-benar berjauhan dariMu. Telah aku harungi hari-hariku dalam kegelapan tanpa petunjuk dari_Mu. Hari ini, saat ini.. tiba-tiba hati ini terlalu rindu untuk bertemu dengan_Mu.. Diri ini terlalu mendamba kasih sayang dan pimpinan dari_Mu Ya Rahman. Dosa-dosa yang ku lakukan semalam telah menghitamkan hati ini, hingga payah bagi nur hidayah_Mu untuk menyelinap masuk...

Ilmu untuk di kongsi bersama

Pesanan terbaik dari seorang rakan..... Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul. Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. http://www.usc.edu/dept/MSA/ quran/001.qmt.html Selain...

Memahami Anak-Anakmu

Ada dua perkara yang perlu kita amati: Pertama , amati sifat-sifat khasnya masing-masing. Tidak ada dua manusia yang sama serupa seluruhnya. Tiap manusia unik. Fahami keunikan masing-masing, dan hormati keunikan pemberian Allah SWT. Kedua , fahami di tahap apa saat ini si anak berada. Allah SWT mengkodratkan segala sesuatu sesuai tahapan atau prosesnya. Anak-anak yang merupakan amanah pada kita ini, juga dibesarkan dengan tahapan-tahapan. Tahap sebelum kelahirannya merupakan alam arwah . Di tahap ini kita mulai mendidiknya dengan kita sendiri menjalankan ibadah, amal ketaatan pada Allah dan juga dengan selalu menjaga hati dan badan kita secara prima. Itulah kebaikan-kebaikan dan pendidikan pertama kita pada buah hati kita. Pendidikan anak dalam Islam, menurut Sayyidina Ali bin Abi Thalib ra, dapat dibahagi menjadi 3 tahap mengikut umur; 1. Tahap BERMAIN (“la-ibuhum”/ajaklah mereka bermain), dari lahir sampai kira-kira 7 tahun. 2. Tahap PENANAMAN DISIPLIN ...

5 tips supaya solat jadi kusyuk

Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu upaya tidak gopoh apakala masa hampir luput. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah. Berharap serta yakin (Optimis) Al...

Doaku Padamu Didalam Rintihan Kalbuku…

Tuhanku izinkan aku mencintaiMu, melalui amalku yang singkat dan sedekahku yang sedikit. Tuhanku, aku tidak mampu mencintaiMU seperti Saidina Abu Bakar Sanggup menyerahkan seluruh hartanya atau seperti Saidina OmarYang menyerahkan separuh hartanya demi mencari keredhaanMU aku tidak mampu mencintaiMU melalui solat yang khusyuk Seperti Saidina Ali Tidak Berasa sakit walau panah menembusi kaki izinkan aku mencintaiMU melalui solat yang ku lakukan dalam waktu yang terbatas Ya ALLAH... masih ada keampunankah bagiku ..Aku terlalu jauh dari Mu.. Aku ingin kembali ke pada Mu ALLAH.. Terlalu byk lautan dosa ku...Terlalu luas bumi dosa ku.. Kau tetapkanlah hatiku agar terus dilandasan Mu ya ALLAH... terus memengang agama Mu.. jgn biarkan aku hanyut ya ALLAH.. Ya ALLAH... Ampunkanlah dosa hambamu ini... Aku tidak layak ke syurga mu namun aku tidak ingin ke nerakamu.. Aku sedar akan dosa2 ku..mampukah aku menebusnya.. Ya ALLAH... lindungilah...

AMALAN TERBAIK DALAM HIDUP

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk. 2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. 3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya. 4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu. 6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan. 7. Amalkan membaca selawat seb...

99 Langkah Meningkatkan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program; 04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan; 05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan; 06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan; 07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan; 08. Jangan usik dengan kekayaan orang; 09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang; 10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan; 11. Jangan tamak kepada harta; 12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan; 13. Jangan hancur karena kezaliman; 14. Jangan goyah kerana fitnah; 15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri. 16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram; 17. Jangan sakiti ayah dan ibu; 18. Jangan usir orang yang meminta-minta; 19. Jangan sakiti anak yatim; 20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar; 21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil; 22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid); 23. Lakukan solat dengan ikhlas da...

Kelebihan Surah Al-Kauthar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib . Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:- Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'Allah hilang dahaga. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudah...

Sunnah perlahan zikir, doa elak ganggu Muslim lain bersolat

PENDAPAT Imam Syafie mengenai zikir berjemaah ialah: "Imam dan makmum boleh memilih sama ada ingin berzikir kepada Allah selepas salam atau tidak. Jika berzikir, mereka hendaklah memperlahankan zikir kecuali imam. Imam wajib mengajar makmum berzikir. Imam saja boleh menguatkan zikir sehingga mereka mempelajari zikir itu. Kemudian, imam hendaklah berzikir secara perlahan.." Al-Nawawi al-Syaife berkata, “Imam Syafie berpegang pada hadis menyatakan bahawa zikir boleh dikuatkan sekali sekala. Tetapi, pendapat yang paling tepat ialah makmum dan imam memperlahankan suara ketika berzikir dan boleh menguatkannya ketika mengajar makmum.” Apa yang menghairankan pada hari ini, kebanyakan mereka mengaku bermazhab Syafie menguatkan bacaan zikir dan doa selepas solat fardu setiap waktu. Sedangkan beliau sendiri melarang perbuatan itu. Mengenai doa beramai-ramai pula, Nabi SAW tidak pernah melakukannya. Bahkan Imam Syafie tidak pernah menukilkan pendapat mengenai harus berdoa secara berj...

10 AMALAN YANG TERBALIK

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:- 1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan ole...

Doa untuk bayi yang baru lahir

Allah berfirman:...Aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya daripada godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan). (ali-‘Imran: 36) Keterangan ayat: Hinnah Faquza, isteri Imran sewaktu telah lanjut usianya melihat seekor burung memberi makan kepada anaknya. Terlintas dalam fikirannya untuk mendapat anak. Dia bernazar kepada Allah jika mendapat anak lelaki akan disuruh memberi khidmat kepada Baitulmaqdis. Allah memakbulkan doanya tetapi dikurniakan anak perempuan. Lazimnya, tanggapan umum kepada anak lelaki ialah fizikalnya lebih hebat untuk menjaga rumah suci itu. Walaupun begitu, bayi ini adalah anugerah Allah yang wajib disyukuri. Tambahan pula ia adalah bayi perempuan yang sempurna dan cantik. Nama yang diilhamkan oleh Allah untuk diberikan ialah Mariam yang bermakna kuat ibadat dan khidmatnya untuk Allah. Ia juga dinamakan dengan keyakinan akan menjadi wanita yang paling tinggi kedudukannya di sisi Allah. Munajatnya kepada ...

Adab sebelum, ketika dan selepas makan mengikut Islam

BANYAK penyakit yang menyerang manusia berkait rapat dengan makan minum. Justeru, Nabi Muhammad s.a.w sering mengingatkan umat Islam berkaitan bahaya perut agar me reka berwaspada dengannya. Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam al-Ghazali menye naraikan tujuh adab sebelum makan yang perlu dijaga: 1. Memastikan makanan daripada sumber halal. 2. Membersihkan tangan. 3. Meletakkan makanan dalam bekas yang diletakkan di lantai kerana ia melatih diri untuk bertawaduk. Tetapi jika makanan diletakkan di atas meja tanpa melampaui batas, ia tidaklah dilarang. 4. Duduk secara betul. Dilarang makan sambil berbaring atau bersandar. 5. Berniat agar makanan itu mendatangkan kekuatan untuk beribadat kepada Allah. 6. Bergembira dengan rezeki yang terhidang dan ber syukur. 7. Berusaha untuk tidak makan seorang diri, tetapi ber sama-sama dengan orang lain walaupun daripada kalangan keluarga dan anak sendiri. Imam al-Ghazali juga menyenaraikan adab ketika makan yang perlu dijaga agar makanan itu diberkati o...

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak" Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu men...

Sambutlah kedatangan Bulan Rejab dengan amalan

Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini???. BULAN REJAB Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let's overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:" 1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt 2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi'raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa 3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt 4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat 5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah ...

Pilih pasangan ikut syariat

ISLAM agama yang menjamin kesejahteraan kepada ma nusia dunia dan akhirat. Dalam memilih pasangan, Islam turut memberikan garis panduan supaya rumah tangga yang dibina memberikan kerahmatan, ketenangan dan keharmonian. Justeru, Islam menasihati umatnya memilih pasangan yang sesuai supaya kebahagiaan dan ketenangan diidamkan men jadi kenyataan di alam rumah tangga. Antaranya, memilih calon pasangan berdasarkan agama, taat dan berakhlak dengan keperibadian Islam. Bagi orang yang kefahaman agamanya kurang, perbezaan pendapat menjadi melarat, bertambah kusut, dihambur ka ta-kata kesat dan diungkit segalanya, sehingga kemanisan menjadi pudar, berganti dengan kebencian. Nabi Muhammad s.a.w ada memberikan penekanan kepada sesiapa yang ingin berkahwin agar memilih pasangan yang beragama. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, ke cantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang ber agama, nescaya kamu akan diberkati Allah.” (R...

Hikmah Berzikir

"Dan orang-orang lelaki yang banyak menyebut ( mengingati ) Allah dan orang-orang perempuan yang banyak menyebut Allah, maka Allah telah menyediakan untuk mereka keampunan dan ganjaran pahala yang besar." ( al-Ahzab 35 ) "Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga." ( H.R Muslim) • Akan mendapat keredhaan Allah dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasakan kelazatan iman di dalam jiwa. • Akan menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah. • Akan mendapat kasih sayang, kecintaan serta keampunan dari Allah serta dimurahkan rezekinya. • Akan dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya kerajaan Allah. • Akan segera mendapat pembelaan dari Allah bila seseorang itu berada di dalam kesusahan dan kedukaan. • Akan mendapat penghormatan dan doa dari sekalian para malaikat. • Akan memperolehi pohon tamar di dalam syurga kelak, semakin banyak ia be...

Penawar Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, b...

Doa agar dapat bayar hutang

Allah berfirman: Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, tanpa hitungan hisabnya dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, tanpa hitungan hisabnya. (ali-Imraan: 26-27) Keterangan ayat: Al-Imal al-Samarqandi menjelaskan perkataan “Allahumma” itu dalam bahas A...