Posts

Showing posts with the label Untuk Wanita

WANITA dan KUBUR....

1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orangyang penyayang tidak akan sia-sia". 2.Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 3.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 4.Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 5.Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 6.Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela ag...

Islam memuliakan wanita

WAHAI orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian daripada apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu) . (An-Nisa': 19) Huraian Islam mengharamkan perbuatan mewarisi perempuan seperti mewarisi barang-barang dan binatang-binatang, begitu juga Islam mengharamkan perbuatan menyusahkan dan menyakitkan perempuan untuk memudaratkan mereka, kecuali jika ia melakukan perbuatan yang keji. Islam memberi kebebasan kepada perem...

Pedoman Untuk Wanita

Pujian Rasulullah s.a.w: "Dunia itu seluruhnya perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita/isteri solehah." "Tiada kekayaan yang diambil seorang mukmin setelah bertakwa kepada Allah yang lebih baik dari isteri solehah;iaitu taat jika diperintah, menyenangkan jika dilihat, suka berterima kasih bila diberi, dan jika suaminya pergi akan menjaga dirinya dan harta suaminya." Pedoman Untuk Wanita. Nasihat Umamah binti Harits kepada puterinya Ummu Iyyas bin ‘Auf ketika dipinang oleh Amr bin Hijr, Raja Kindah: "Wahai puteriku, sekiranya memberi nasihat boleh ditinggalkan, maka aku tinggalkan untukmu. Nasihat itu merupakan peringatan bagi yang lain dan pertolongan bagi yang berakal sekalipun seorang perempuan tidak memerlukan harta suaminya kerana orang tuanya sudah kaya. Dan aku adalah orang yang paling tidak memerlukan itu semua, tetapi perempuan itu diciptakan untuk laki-laki dan sebaliknya. Wahai puteriku, engkau keluar menghadapi suasana baru dan tempa...

Yang Bernama Wanita Solehah

(Sumber saya dari : Kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar dan Al-Hijab..). 1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh. 3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali. 4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh. 5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka bar...

Susahkah Jadi Wanita Muslimah?

Jadi wanita muslimah katanya susah. Idea ini dibawa oleh dikalangan kaum liberal sekarang. Dengan sombong mereka mengatakan islam bersikap diskriminasi terhadap wanita.Jadi wanita muslimah yang taat memang susah. Mereka pun menyusun beberapa alasan yang tidak munasabah: *Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding kaum lelaki. *Kesaksian wanita separuh kesaksian lelaki. * Wanita harus taat suami, tapi suami tidak harus taat pada isteri, talak pun terletak di tangan suami. *Untuk keluar rumah seorang wanita perlu izin suaminya, tapi tidak untuk sebaliknya. *Wanita dibebani tugas mengandung dan melahirkan anak. *Kaum wanita berkurang hak beribadahnya karena mengalami haid dan nifas, tidak untuk lelaki. Alimos_interior_detailed_by_voodoq Suara-suara mereka seolah-olah tidak mempercayai bahawa islamlah yang memuliakan mereka. Dengan pelbagai slogan seperti “BEBASKAN WANITA” seakan-akan merekalah hak perjuangan wanita. Mereka seperti lupa, siapakah yang menciptakan ...

Pedoman Untuk Wanita

Pujian Rasulullah s.a.w: "Dunia itu seluruhnya perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita/isteri solehah." "Tiada kekayaan yang diambil seorang mukmin setelah bertakwa kepada Allah yang lebih baik dari isteri solehah;iaitu taat jika diperintah, menyenangkan jika dilihat, suka berterima kasih bila diberi, dan jika suaminya pergi akan menjaga dirinya dan harta suaminya." Pedoman Untuk Wanita. Nasihat Umamah binti Harits kepada puterinya Ummu Iyyas bin ‘Auf ketika dipinang oleh Amr bin Hijr, Raja Kindah: "Wahai puteriku, sekiranya memberi nasihat boleh ditinggalkan, maka aku tinggalkan untukmu. Nasihat itu merupakan peringatan bagi yang lain dan pertolongan bagi yang berakal sekalipun seorang perempuan tidak memerlukan harta suaminya kerana orang tuanya sudah kaya. Dan aku adalah orang yang paling tidak memerlukan itu semua, tetapi perempuan itu diciptakan untuk laki-laki dan sebaliknya. Wahai puteriku, engkau keluar menghadapi suasana baru dan tempa...

Wanita Yang Dimurkai-Nya

Sebagaimana Allah suka degan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dari kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat tentang hakikat tersebut. Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, "semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin." Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalann...

Pesona Wanita Muslimah

Makhluk yang unik, indah dan menawan tidak lain dan tidak bukan ialah kaum wanita, mereka diciptakan dengan penuh keistimewaan dan keasyikkan. Saban waktu hidup mereka digambarkan bak bunga yang mekar mewangi di taman. Kelembutan, kecantikan dan kebaikan mereka selalu di dambakan oleh kaum lelaki kerana mereka ialah mahluk ciptaan Allah swt yang istimewa. Perempuan atau wanita ialah salah satu daripada dua jantina bagi manusia; iaitu lelaki dan perempuan. Penggunaan perkataan "perempuan" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya dirujuk sebagai betina. Perkataan lain yang membawa erti perempuan adalah wanita, gadis, dara dan sebagainya. Faktor-faktor biologi bukannya penentu yang tunggal untuk memastikan adakah seorang itu dianggap sebagai perempuan. Sesetengah perempuan mempunyai perbezaan hormon atau kromosom yang abnormal (seperti hiperplasia andrenal kongenital, sindrom ketidaksensitifan androgen yang lengkap ataupun sebahagian, ataupun kead...

Islam Memuliakan Kaum Hawa

Islam merupakan agama yang penuh kemuliaan dan ketinggian,ia sangat menjaga kehormatan pemeluknya.Seorang muslim mahupun muslimat dimuliakan dan ditinggikan martabat mereka dengan syariatNya.Itulah kenikmatan terbesar dari Allah,sekaligus kemuliaan dariNya. Allah berfirman : Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam,Kami angkut mereka di daratan dan di lautan,Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. (Al-Isra`[17]:70) Syeikh Abdul Rahman as Sa`di r.h mengatakan: "Inilah bentuk pemuliaan Allah terhadap manusia yang tiada bandingannya,di mana Dia memuliakan bani Adam dengan seluruh kesempurnaan,memuliakan mereka dengan ilmu dan akal,mengutus kepada mereka para rasul,menurunkan kitab-kitabNya, kemudian menjadikan mereka sebagai waliNya serta menganugerahi mereka dengan banyak kenikmatan,baik yang zahir mahupun batin.” Sebahagian Bentuk-bentuk Pemuliaan dan Penjagaan I...

MANISNYA MENJADI WANITA ISLAM

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh 3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat 4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil 5. Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya 6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad 7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba 8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat 9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya aka...

Kisah Rabiatul Adawiyah

Ibubapa Rabia'atul-adawiyyah adalah orang miskin. Hinggakan dalam rumah mereka tidak ada minyak untuk memasang lampu dan tidak ada kain untuk membalut badan beliau. Beliau ialah anak yang keempat. Ibunya menyuruh ayahnya meminjam minyak dari jiran. tetapi bapa beliau telah membuat keputusan tidak akan meminta kepada sesiapa kecuali kepada Allah. Bapa itu pun pergilah berpura-pura ke rumah jiran dan perlahan-lahan mengetuk pintu rumah itu agar tidak didengar oleh orang dalam rumah itu. Kemudian dia pun pulang dengan tangan kosong. Katanya orang dalam rumah itu tidak mahu membuka pintu. Pada malam itu si bapa bermimpi yang ia bertemu dengan Nabi. Nabi berkata kepadanya, "Anak perempuanmu yang baru lahir itu adalah seorang yang dikasihi Allah dan akan memimpin banyak orang Islam ke jalan yang benar. Kamu hendaklah pergi berjumpa amir Basrah dan beri dia sepucuk surat yang bertulis - kamu hendaklah berselawat kepada Nabi seratus kali tiap-tiap malam dan empat ratus kali tiap-tiap ...