Posts

Showing posts with the label Pemberitahuan

Tarikh Luput Tong Gas

Ramai kat luar sana yang tak tahu. Saya tahu pun dari stokist gas sebab ada insiden yang berlaku. Selinder gas yang dah expired tidak selamat diguna dan boleh menyebabkan accident. So hati-hati bila menerima selinder gas dari penjual gas. Di sini caranya bagaimana memeriksa selinder gas LPG : Di salah satu sisi selinder gas expiry date akan dikodkan secara alpha-numerical seperti berikut; A , B , C atau D diikuti dua digit, contohnya D06. Huruf bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun - A utk March ( Suku pertama ), B utk June (Suku kedua ), C utk Sept ( Suku ketiga ), & D utk December ( Suku keempat ). 2 digit itu pula menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan Jadi D06 bermaksud selamat digunakan sehingga December 2006. Kongsi message ini dengan rakan-rakan anda. Ia mungkin dapat menimbulkan kesedaran dan menyelamatkan nyawa. ...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua......

Awasi dakyah ‘kelompok pinggiran’

DI dalam Islam, kemunculan ekstremis agama bermula apabila berlaku fitnah yang menyebabkan kematian khalifah ketiga, iaitu Sayidina Uthman Ibn Affan r.a. Pendorong ke arah kegiatan tersebut adalah percampuran api fitnah politik dengan pelampau agama. Sekalipun Khalifah Uthman cuba menyangkal kebanyakan fitnah itu serta kesilapan yang dilakukan dalam pemerintahannya, namun puak pelampau berusaha menyalakan api fitnah untuk menghukum khalifah dan menghasut supaya membunuhnya. Ali bin Abi Talib yang menggantikan tempatnya menyebut peristiwa itu sebagai fitnah dan huru-hara besar, manakala orang ramai yang terlibat di dalam kancah rusuhan itu dikenali sebagai ‘al-ghaugha’ (kelompok pinggiran yang melakukan kerosakan atau menimbulkan kacau-bilau dalam masyarakat)’ yang berusaha mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat. Kelompok pinggiran yang dimaksudkan itu adalah gerakan massa yang melampau dan tidak diketahui pemimpinnya. Mereka berkumpul kerana disatukan oleh rasa ke...

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar. Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan. New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) ...

Ada 0.1 Peratus Arak Dalam Ribena

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak. Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah. Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandung...

Tom Yam Set Yang Mengandungi Bahan Khinzir (PORKCRACKLING)

Image
SEKIRANYA A N DA GEMAR MEMAKAN TOM YAM , BERHATI HATI APABILA MEMBELI PERENCAH TOM YAM SET'THAI CHILI PASTE' MAE PRANOM BRAND. SET INI ADA TULISAN JAWI " HALAL " TAPI BAHAN-BAHAN IAITU PASTE ADA MENGANDUNGI ' PORK CRACKLING' IAITU KULIT BABI. IANYA DIGUNAKAN SEBAGAI PELENGKAP KEPADA SET PERENCAH YANG DIBUNGKUS BERSAMA BAHAN ASLI SEPERTI SERAI, LIMAU KASTURI, LENGKUAS , CILIPADI DAN DAUN LIMAU SEMENTARA PERENCAHNYA 'THAI CHILI PASTE' MAE PRANOMBRAND BANYAK DIJUAL DI SUPERMARKET DAN KEDAI2 DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. GAMBAR-GAMBAR TOM YAM SET TERSEBUT DISERTAKAN BUAT TATAPAN DAN PERHATIAN