Posts

Showing posts with the label Koleksi Cereka

Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya. Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang be...

KAABAH ENGGAN BERGERAK

Selasa lalu (26 Ogos) saya menaiki motosikal menuju ke Karak Setia untuk menyampaikan kuliah Maghrib di masjid kampong berkenaan. Kereta rosak dan bermalam di pusat servis. Sebab itu saya terpaksa naik motor walaupun langit gelap. Ketika melalui ' Karak Highway ' hujan mula turun setitis demi setitis.Saya teruskan juga perjal ana n. Makin lama hujan makin lebat. Baju dan seluar saya basah. Akhirnya saya ambil keputusan untuk berpatah balik. Saya balik ke rumah dan mandi. Walaupun tidak berjaya dalam misi dakwah pada malam itu, saya tidak mahu malam itu kosong tanpa pengisian. Saya lantas pergi ke surau berhampiran untuk mengikuti kuliah bul ana n yang disampaikan oleh ulama' tersohor di negeri ini iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman. Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf. Salah satu cerita menarik yang d...

Di Kala Iman Tergoda

Matahari telah tergelincir. Seorang lelaki terlihat bersegera menuju masjid ketika adzan zuhur dikumandangkan dari sebuah masjid kampus. Lelaki itu berwudhu dan menunaikan solat nawafil. Lalu ia menjadi makmum di shaff terdepan. Solat wajib ia laksanakan dengan ruku' dan sujud yang sempurna. Setelah solat tak lupa ia memuji nama Tuhannya dan memanjatkan doa untuk dirinya, ibu, ayahnya dan untuk ummat Muhammad saw yang sedang berjihad fii sabilillah. Sebelum menuju kelas untuk kuliah, lelaki itu sempat bersalam-salaman dengan beberapa jamaah lain. Dengan raut wajah yang bersahaja, ia sedekahkan senyuman terhadap semua orang yang ditemuinya. Ucapan salam pun ditujukannya kepada para akhwat yang ditemuinya di depan masjid. Lelaki yang bernama Ali itu kemudian segera memasuki ruang kelasnya. Ia duduk di bangkunya dan mengeluarkan buku berjudul "Langitpun Tergoncang'. Buku berkisar tentang hari akhirat itu dibacanya dengan tekun. Sesekali ia mengerutkan dahi dan dan sesekali ia...

Doa seorang ibu

Dahulukala di negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat. Setiap orang mencintainya kerana budi dan amalnya. Ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya bertambah harum. Ibunya sangat bahagia sekali mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang. Itulah sebabnya mengapa anaknya tidak diperbolehkan menuntut ilmu ke negeri jauh. Pada suatu hari anaknya yang sangat dicintai ini menghendaki pergi ke Mekah. Maksudnya ingin menambah ilmunya ke negeri yang sangat mulia itu. Tentu sahaja ibunya sangat keberatan apabila anaknya merantau ke Mekah. Apalagi dia akan bermukim di sana beberapa tahun. "Anakku!" kata ibunya pada suatu malam. "Engkau adalah mutiara hatiku. Ibu sangat tersiksa apabila engkau pergi ke Mekah. Ibu sudah tua, maka sangat berat sekali jika berpisah dengan engkau. Batalkan niatmu nak!" Kata ibunya menasihati. Akan tetapi kerana tekad anaknya yang sudah tak dapat dibendung lagi, berangkatlah ia ke Mekah. Nasihat ibunya sudah tak dihiraukan lagi. Seka...

Hadiah Terakhir

"Bang... mari tengok apa yang ummi bawa ni". Ustaz muda yang tengah tenggelam dalam pembacaannya itu menoleh separuh terkejut. Isterinya menghampirinya seraya menghulurkan sebungkus plastik hitam berisi kotak. Sejenak dia memandang isterinya dengan penuh tanda tanya, semestara isterinya hanya tersenyum kecil membalas pandangan suamunya yang tercinta. "Apa ni ummi" "Untuk abanglah... bukaklah tengok apa kat dalam tu". Segera ia membuka bungkusan itu dengan penuh rasa rasa ingin tahu. Sepasang sandal kulit baru. Tertegun ia sejenak. "Ummi tengok sendal abang dah buruk benar. Sebab itu ummi belikan yang baru ni. Nanti abang pakailah masa solat Hari Raya Korban ni... yea bang..." kata isterinya dengan mata bersinar penuh harapan. Tersentak rasa hatinya... rasa haru menyusup kesegenap jiwa sudut jiwanya. Dalam keadaan ekonomi yang sebegini, isterinya masih sempat memperuntukkan wang untuk membelikan sesuatu yang memang sangat dia perlukan. Sandalnya m...

BALASAN ANAK DERHAKA TERHADAP IBUNYA

" Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengkan kepala. Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka. " Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa. " Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya. " Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu. " Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ...

Al-Ghazali letter to Khwaja Imam Abbasi

by Abu Hamid al-Ghazālī This letter was translated by Allah.com , who releases them into the public domain. To Khwaja Imam Abbasi Someone asked the Prophet, praise and peace be upon him: "Tell me about Islam so that I may have no need to ask others about it." He replied: "Say, I believe in Allah, after which firmly obey the commands and abandon things which are forbidden." To believe in Allah means that Allah and the spiritual world are ever present realities in the routine of our daily life. Islam teaches us that in order to devote exclusive attention to fulfilling our duties to Allah and to our fellow beings, we must abandon all vain desires and commit and commend ourselves as well as all things to Allah. It is then that we have reached the state of freedom, because we have lost the fear of pain or hell and the hope of reward or paradise, and are living in pure submission to Allah. We reduce our cognitive faculties to zero, to absolute inaction and in t...

Apa itu Merdeka?

(Drama Patriotik 7 bab bersempena Merdeka yang berjudul " Dia bukanlah Hassan walaupun wajahnya mirip Hassan, dan dia juga bukan Sarjan walaupun suka menonton Sarjan Hassan" Selamat Hari Merdeka…) Part 1 Hari ini 31 Ogos, ada cerita tentang seorang hamba Allah yang bernama Hassan, dimana hari ini Hassan telah dilihat menjadi mayat sejuk dipembaringan, dan sebelum Hassan jadi mayat, cerita tentang Hassan adalah dilihat sebagai seorang yang sangat 'sedih' sekali, dengan air mata dan sedu sedan, Hassan terlantar di hospital atas sebab penyakit yang tidak boleh di selamatkan lagi. Kencing manis tahap kritikal... Kehadiran kawan-kawan si Hassan, majikan serta saudara mara yang datang mengucapkan salam terakhir, menambahkan kesyahduannya, sayang benar Hasaan pada dunia yang fana ini..., Kemudian, segala permintaan Hassan yang logik-logik telah dipenuhi oleh isteri dan keluarga, namun masih ada rasa terkilan dihati sebab rumah yang baru habis 'installment' dan baru ...

Wuduk zahir & batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk. Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :- * Bertaubat * Menyesali dosa yang telah dilakukan * Tidak tergila-gilakan dunia * Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya') * Tinggalkan sifat berbangga * Tinggalkan sifat khianat dan menipu * Meninggalkan sifat deng...

KISAH PENGGALI KUBUR

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." 1. Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang la...

Allah Hu Akhbar !!! (Buat Renungan)

MAYAT BACA YASIN.. "Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la....tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.... Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru. Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaann...

An Interesting Story For All Muslims

From: Dr Farid Nazmi All Muslims~!! Assalamualaikum.. All Muslims should read this! Fantastic Use Of Logic :- WHY SCIENCE FAILS TO EXPLAIN GOD? At an educational institution: Professing to be wise, they became fools .... "LET ME EXPLAIN THE problem science has with God." The atheist professor of philosophy pauses before his class and then asks one of his new students to stand. "You're a Muslim, aren't you, son?" "Yes, sir." "So you believe in God?" "Absolutely." "Is God good?" "Sure! God's good." "Is God all-powerful? Can God do anything?" "Yes." The professor grins knowingly and considers for a moment. "Here's one for you. Let's say there's a sick person over here and you can cure him. You can do it. Would you help them? Would you try?" "Yes sir, I would." "So you're good...!" "I wouldn't say that." "Why not say ...

Bagaimana mencegah Mungkar?

Salah satu sebab mengapa ilmu agama yg kita pelajari dari ustaz/org alim/ulama'/mufti dll tak dapat meresap ke lubuk-hati-jiwa-raga dan seterusnya di zahirkan dalam bentuk amalan adalah kerana aku dan korang MEMANDANG BURUK org yg nak nasihat kita..cis! Bila ada makhluk tuhan yg tampil untuk tegur kita, maka kita mulalah pandang si penegur atas-bawah, dan sekiranya si penegur ada sedikit keburukkan…maka kita membuat kesimpulan: KAU TAK LAYAK TEGUR AKU..! Macam setan yg benci di tegur…walaupun Allah yg menegur..nauzubillah…! Setiap org perlu kepada "penyedar"…walaupun ia seorang Nabi…apatah lagi aku, korang dan semua ummat manusia..sangat perlu kepada 'penyedar'..dan penyedar yg paling baik adalah diri sendiri…di sini aku ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka2 yg secara tidak langsung menjadi 'penyedar' aku…oh..terharunya.. Penyedar adalah manusia biasa yg mempunyai kesilapan juga…maka memang satu larangan ugama supaya kita tidak melihat kepada ...