Posts

Showing posts with the label Sirah Dan Sunnah

Pengislaman Abu Darda'

WAHAI orang-orang beriman, masuklah ke dalam agama Islam seluruhnya, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata. (al-Baqarah: 208) ABU Darda' merupakan seorang seorang lelaki yang kuat mengamalkan ajaran menyembah berhala. Beliau menyerahkan semua urusan di tangan berhalanya itu. Dia amat bergantung kepada berhala di rumahnya apabila ingin membuat keputusan. Kepala berhala akan dibungkuskan dengan secebis kain yang kemudiannya diletakkan di dalam sebuah bilik khas. Bilik itu dijadikan Abu Darda' sebagai bilik penyembahan. Abdullah bin Rawahah merupakan sahabat baik Abu Darda'. Malah lelaki itu sudah dianggap saudaranya. Mereka saling mengenali ketika zaman jahiliah lagi. Abdullah terlebih dahulu memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, dia sering ke rumah Abu Darda dan mengajak sahabatnya itu memeluk agama Islam, namun Abu Darda' sering kali menolak. Dia memberi alasan bahawa dia belum bersedia lagi hendak meninggalk...

Asma' melindungi bapanya

ASMA' binti Abu Bakar adalah anak kepada Khalifah Islam pertama, Abi Bakar as-Siddiq dan Qatilah binti Abdul Uzza. Adiknya, Siti Aishah adalah isteri kepada Nabi Muhammad SAW. Beliau dilahirkan pada 27 tahun sebelum hijrah dan adalah antara golongan pertama memeluk agama Islam. Asma' juga diberi gelaran sebagai wanita yang mempunyai dua tali pengikat atau zat al-Nithaqain . Beliau diberi gelaran itu kerana membelah selendangnya kepada dua bahagian bagi dijadikan tali pinggang. Peristiwa ini berlaku ketika Nabi Muhammad dan Abu Bakar keluar dari kota Mekah. Mereka bersembunyi di gua di puncak Gunung Thur kerana ancaman Quraisy yang mahu membunuh nabi. Selama beberapa malam, Asma' meredah kegelapan malam dan menghadapi risiko bagi menghantar makanan kepada nabi dan ayahnya. "Pada malam ini, ayah dan Rasulullah akan berangkat ke kota Madinah," jelas Abu Bakar kepada anaknya pada malam ketiga makanan dibawa kepadanya. "Semoga perjalanan ayah dan Rasulullah d...

Sembilan Perintah

Rasulullah s.a.w. bersabda,"Allah telah memerintahkan SEMBILAN (9) perkara: 1. TAKUT pada Allah zahir dan batin. 2. BERLAKU adil pada keadaan gembira atau pada keadaan marah. (Manusia apabila suka pada seseorang, maka dia akan lupa pada kesalahannya dan melihat kebaikannya saja dan semasa marah, dia tidak melihat kebaikannya lagi malah akan mencari pula segala keburukan orang itu. Tetapi saya diperintahkan untuk berlaku insaf dan adil pada kedua-dua keadaan itu.) 3. BERKELAKUAN sederhana semasa dalam keadaan miskin dan juga bila berharta (supaya saya tidak bakhil pada ketika kesempitan dan tidak juga membazir pada ketika berharta. Ataupun tidak teramat merendah diri ketika menghadapi kemiskinan dan tidak bangga diri ketika kaya). 4. MESTI menjaga hubungan baik dengan sesiapa saja yang hendak memutuskan tali silaturrahim dengan saya. 5. MESTI berkelakuan baik terhadap sesiapa yang melucutkan saya. 6. MESTI memaafkan orang yang menzalimi saya (tidak boleh berfikir untuk membalas den...

Sejarah pembesaran Masjidil Haram

SEWAKTU Nabi Ibrahim a.s. dengan bantuan puteranya, Ismail a.s. mendirikan Kaabah atas perintah Allah SWT, ia adalah sebuah bangunan yang didirikan di tengah-tengah kawasan terbuka. Kedudukannya ini mendefinisikan arah kiblat umat Islam. Pada masa itu solat dan tawaf dilakukan di kawasan yang terbuka. Malah binaan bangunan ini tidak berubah-ubah sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW. Had ruang terbuka ini ditentukan oleh kawasan kediaman dan bangunan-bangunan komersial yang semakin berkembang dari semasa ke semasa di sekelilingnya. Malah pelaksanaan ibadat sa'ie telah dilakukan sepanjang lorong sempit yang selari dengan kedai-kedai dan rumah-rumah yang terletak di bahagian antara bukit Safa dan Marwah. Kini ruang terbuka tersebut telah diubah menjadi laman dalam ( courtyard ) sebuah masjid agung iaitu Masjidil Haram, Mekah. Keadaan Masjidil Haram pada masa Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar tidaklah seluas seperti sekarang. Pada zaman Saidina Umar dan Uthman, masjid ini diperlua...

Tercetusnya perang Uhud

PERANG Uhud adalah lanjutan daripada Perang Badar. Kaum Quraisy ingin menuntut bela di atas kekalahan yang mereka alami dalam Perang Badar. Mereka berasa aib dan malu atas kekalahan tersebut. Mereka ingin menebus kehormatan dan nama mereka dengan serangan pembalasan. Setelah kaum Quraisy kalah teruk dalam Perang Badar, perasaan dendam semakin memuncak dalam hati sanubari mereka. Kekalahan tersebut telah menjatuhkan maruah dan harga diri mereka. Mereka berasa sangat malu dan hina. Pada masa yang sama, kaum Quraisy tidak henti-henti berusaha sedaya upaya untuk membalas dendam terhadap Nabi Muhammad SAW dan tentera-tenteranya. Dalam Perang Badar, banyak harta benda kaum Quraisy dirampas oleh tentera Muslimin. Ini menambahkan lagi perasaan dendam dan marah mereka. Oleh itu, ketua-ketua kaum Quraisy telah mengadakan mesyuarat bagi memutuskan cara untuk memusnahkan tentera Muslimin. Antara ketua-ketua kaum Quraisy yang terlibat dalam mesyuarat itu ialah Abu Sufyan bin Harb, Abdullah bin R...

Pelbagai keistimewaan Nabi Isa A.S.

Sheikh Muhammad Abu Zahrah berkata: "Kisah ini berterusan berkenaan perkara yang luar biasa yang dipaparkan oleh Allah SWT". Al-Maraghi berkata: "Selepas diutarakan kisah mengenai Maryam, lalu diterangkan pula beberapa kisah mengenai Nabi Isa AS, kemudian disusuli pula beberapa kisah tentang Nabi Zakaria AS padahal jarak di antara kedua-duanya agak jauh. "Tujuan penyajian kisah seperti ini adalah untuk menguatkan lagi kebenaran di sebalik kisah tentang Maryam dan mengingatkan bahawa Allah SWT sendiri sudah cukup membuktikan kebenaran keperibadian individu yang diberi wahyu oleh-Nya". Iktibar dan fiqh ayat ke-45: i. Ibn Kathir berkata: "Ayat ini sebagai berita gembira yang disampaikan malaikat kepada Maryam bahawa beliau akan melahirkan seorang putera yang mulia dan mempunyai kelebihan iaitu Nabi Allah Isa a.s". ii. Al-Maraghi berkata: "Kemuliaan Nabi Isa AS di dunia kerana baginda mempunyai tempat di hati manusia dan dihormati. Tempatnya di hati ...

Al-Hadith : Doa yang tidak makbul

Daripada Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda:Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:" Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (al-Mukminun:51) "Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu..."(al-Baqarah:172) Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:"Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! ". Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Al...

Nabi Yusuf dan godaan Zulaikha

DAN wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu seraya berkata: "Marilah memperlakukan aku dengan baik." Sesungguhnya orang yang zalim tidak akan beruntung. Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu dengan Yusuf dan Yusuf bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andai dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba yang terpilih. (Yusuf: 23-24) Zulaikha merupakan isteri kepada pembesar Mesir yang membeli Nabi Yusuf daripada rombongan kalifah yang menjualkan. Zulaikha tertarik dengan ketampanan yang dimiliki oleh Nabi Yusuf. Ketampanan Nabi Yusuf ini juga telah membuatkan Zulaikha jatuh cinta terhadapnya. Pada suatu hari, Zulaikha berniat untuk menggoda Nabi Yusuf. Ketika itu, suaminya tidak ada di rumah. Zulaikha telah menutup kesemua pintu rumahnya lalu ...

Sejarah Hidup Imam Nasa'i

Imam Nasa'i juga merupakan tokoh ulama kenamaan ahli hadith pada masanya. Selain Shahih Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Jami' At-Tirmidzi, juga karya besar Imam Nasa'i, Sunan us-Sughra termasuk jajaran kitab hadith pokok yang dapat dipercayai dalam pandangan ahli hadith dan para kritikus hadith. Ia adalah seorang imam ahli hadith syaikhul Islam sebagaimana diungkapkan az-Zahabi dalam Tazkirah-nya Abu 'Abdurrahman Ahmad bin 'Ali bin Syu'aib 'Ali bin Sinan bin Bahr al-Khurasani al-Qadi, pengarang kitab Sunan dan kitab-kitab berharga lainnya. Juga ia adalah seorang ulama hadith yang jadi ikutan dan ulama terkemuka melebihi para ulama yang hidup pada zamannya. Dilahirkan di sebuah tempat bernama Nasa' pada tahun 215 H. Ada yang mengatakan pada tahun 214 H. Pengembaraannya Ia lahir dan tumbuh berkembang di Nasa', sebuah kota di Khurasan yang banyak melahirkan ulama-ulama dan tokoh-tokoh besar. Di madrasah negeri kelahirannya itulah ia menghafal A...

Sejarah Hidup Imam Ibn Majah

Ibn Majah adalah seorang kepercayaan yang besar, yang disepakati tentang kejujurannya, dapat dijadikan argumentasi pendapat-pendapatnya. Ia mempunyai pengetahuan luas dan banyak menghafal hadith. Imam Abu Abdullah Muhammad bin Yazid bin Majah ar-Rabi'i al-Qarwini, pengarang kitab As-Sunan dan kitab-kitab bemanfaat lainnya. Kata "Majah" dalam nama beliau adalah dengan huruf "ha" yang dibaca sukun; inilah pendapat yang shahih yang dipakai oleh mayoritas ulama, bukan dengan "ta" (majat) sebagaimana pendapat sementara orang. Kata itu adalah gelar ayah Muhammad, bukan gelar biasanya, seperti diterangkan penulis Qamus jilid 9, hal. 208. Ibn Katsr dalam Al-Bidayah wan-Nibayah, jilid 11, hal. 52. Imam Ibn Majah dilahirkan di Qaswin pada tahun 209 H, dan wafat pada tanggal 22 Ramadhan 273 H. Jenazahnya dishalatkan oleh saudaranya, Abu Bakar. Sedangkan pemakamannya dilakukan oleh kedua saudaranya, Abu Bakar dan Abdullah serta putranya, Abdullah. Pengembaraannya ...

Sejarah Hidup Imam Abu Dawud

Setelah Imam Bukhari dan Imam Muslim, kini giliran Imam Abu Dawud yang juga merupakan tokoh kenamaan ahli hadith pada zamannya. Kealiman, kesalihan dan kemuliaannya semerbak mewangi hingga kini. Abu Dawud nama lengkapnya ialah Sulaiman bin al-Asy'as bin Ishaq bin Basyir bin Syidad bin 'Amr al-Azdi as-Sijistani, seorang imam ahli hadith yang sangat teliti, tokoh terkemuka para ahli hadith setelah dua imam hadith Bukhari dan Muslim serta pengarang kitab Sunan. Ia dilahirkan pada tahun 202 H/817 M di Sijistan. Perkembangan Dan Perlawatannya Sejak kecilnya Abu Dawud sudah mencintai ilmu dan para ulama, bergaul dengan mereka untuk dapat mereguk dan menimba ilmunya. Belum lagi mencapai usia dewasa, ia telah mempersiapkan dirinya untuk mengadakan perlawatan, mengelilingi berbagai negeri. Ia belajar hadith dari para ulama yang tidak sedikit jumlahnya, yang dijumpainya di Hijaz, Syam, Mesir, Iraq, Jazirah, Sagar, Khurasan dan negeri-negeri lain. Perlawatannya ke berbagai negeri ini memb...

Sejarah Hidup Imam Tirmidzi

Setelah Imam Bukhari, Imam Muslim dan Imam Abu Dawud, kini giliran Imam Tirmidzi, juga merupakan tokoh ahli hadith dan penghimpun hadith yang terkenal. Karyanya yang masyhur yaitu Kitab Al-Jami’ (Jami’ At-Tirmidzi). Ia juga tergolong salah satu “Kutubus Sittah” (Enam Kitab Pokok Bidang Hadith) dan ensiklopedia hadith terkenal. Imam al-Hafiz Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa bin Saurah bin Musa bin ad-Dahhak -Sulami at-Tirmidzi, salah seorang ahli hadith kenamaan, dan pengarang berbagai kitab yang masyhur lahir pada 279 H di kota Tirmiz. Perkembangan Dan Lawatannya Abu ‘Isa at-Tirmidzi berkebangsaan Mirwaz, kemudian pindah ke Tirmiz dan menetap di sana. Di kota inilah cucunya bernama Abu ‘Isa dilahirkan. Semenjak kecilnya Abu ‘Isa sudah gemar mempelajari ilmu dan mencari hadith. Untuk keperluan inilah ia mengembara ke berbagai negeri: Hijaz, Iraq, Khurasan dan lain-lain. Dalam perlawatannya itu ia banyak mengunjungi ulama-ulama besar dan guru-guru hadith untuk mendengar hadith yang kem dihafal...

Sejarah Hidup Imam Muslim

Penghimpun dan penyusun hadith terbaik kedua setelah Imam Bukhari adalah Imam Muslim. Nama lengkapnya ialah Imam Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin Kausyaz al-Qusyairi an-Naisaburi. Ia juga mengarang kitab As-Shahih (terkenal dengan Shahih Muslim). Ia salah seorang ulama terkemuka yang namanya tetap dikenal hingga kini. Ia dilahirkan di Naisabur pada tahun 206 H. menurut pendapat yang shahih sebagaimana dikemukakan oleh al-Hakim Abu Abdullah dalam kitabnya 'Ulama'ul-Amsar. Kehidupan Dan Lawatannya Untuk Mencari Ilmu Ia belajar hadith sejak masih dalam usia dini, yaitu mulaii tahun 218 H. Ia pergi ke Hijaz, Iraq, Syam, Mesir dan negara-negara lainnya. Dalam lawatannya Imam Muslim banyak mengunjungi ulama-ulama kenamaan untuk berguru hadith kepada mereka. Di Khurasan, ia berguru kepada Yahya bin Yahya dan Ishak bin Rahawaih; di Ray ia berguru kepada Muhammad bin Mahran dan Abu 'Ansan. Di Iraq ia belajar hadith kepada Ahmad bin Hambal dan Abdullah bin Maslamah; di...

Sejarah Hidup Imam Bukhari

Tokoh Islam penghimpun dan penyusun hadith itu banyak, dan yang lebih terkenal di antaranya seperti yang disebut diatas. Adapun urutan pertama yang paling terkenal diantara enam tokoh tersebut di atas adalah Amirul-Mu'minin fil-Hadith (pemimpin orang mukmin dalam hadith), suatu gelar ahli hadith tertinggi. Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah. Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail, terkenal kemudian sebagai Imam Bukhari, lahir di Bukhara pada 13 Syawal 194 H (21 Julai 810 M), cucu seorang Persia bernama Bardizbah. Kakaknya, Bardizbah, adalah pemeluk Majusi, agama kaumnya. Kemudian putranya, al-Mughirah, memeluk Islam di bawah bimbingan al-Yaman al Ja'fi, gabenor Bukhara. Pada masa itu Wala dinisbahkan kepadanya. Kerana itulah ia dikatakan "al-Mughirah al-Jafi." Mengenai Ibrahim, tidak terdapat data yang menjelaskan. Sedangkan ayahnya, Ismail, seorang ulama besar ahli hadith. Ia belajar hadith dari Hammad ibn Zay...