Posts

Showing posts with the label Bicara Agama
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah  Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya). SIFAT NERAKA. Bismillahirrahmaanirrahiim . Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: ‘Mengapa aku melihat kau berubah muka?’ Jawabnya: ‘Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia mer...

Berdoa juga perlu mengikut adab serta syarat tertentu

DARIPADA Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang mukmin seperti diperintahkan-Nya kepada rasul. Firman-Nya: Wahai rasul, makanlah makanan baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal salih. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Mukminun, ayat 51) Firman Allah lagi: Wahai orang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang kami rezekikan kepadamu. (Surah al-Baqarah, ayat 172). Kemudian Nabi SAW menceritakan mengenai seorang lelaki sudah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut-masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa: Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Padahal makanannya daripada barang haram, minumannya daripada yang haram, pakaiannya daripada yang haram dan dia diasuh dengan makanan haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doa...

Ibadat hanya sempurna dengan Sunnah

UMAT Islam dinasihatkan berpegang teguh dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w jika mahu mendapatkan kesempurnaan beribadat dan tidak terpedaya dengan dakyah pihak tertentu yang memperkecilkannya. Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata sunnah memainkan peranan penting kerana ia memberikan penjelasan terhadap ayat al-Quran. Menurutnya, jika tidak kerana sunnah Nabi Muhammad banyak perkara dalam Islam tidak dapat dilaksanakan. "Contohnya seorang Muslim tidak dapat mengetahui waktu dan bilangan rakaat solat jika tidak ditentukan sunnah. "Begitu juga dengan cara melaksanakan haji, tiada dalam al-Quran secara terperinci, tetapi diterangkan Rasulullah," katanya pada ceramah sambutan Maulidur Rasul di surau The New Straits Times Press (NSTP) di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Dr Fauzi berkata, bagi pihak yang mendakwa hanya perlu berpegang kepada al-Quran dan meninggalkan sunnah sudah tentu gagal melaksanakan ajaran Islam de...

Penyebar Fitnah Lebih Bahaya Daripada Syaitan

CORAK hidup masyarakat yang aman, harmoni dan penuh persefahaman menjaga hubungan baik dengan khaliq (hablun minallah), iaitu sentiasa melakukan ibadat dengan ikhlas dan taat. Pada masa sama, mereka menjaga hubungan baik sesama manusia (hablun minannas) tanpa mengira peringkat umur, taraf sosial dan warna kulit. Jika hubungan ini tidak dititikberatkan, tentu kehidupan diidamkan gagal menjadi realiti bahkan dilanda kehinaan, dibelenggu pelbagai kesulitan dan dimurkai Allah. Hal ini dapat kita fahami menerusi ayat bermaksud: "Mereka ditimpa kehinaan (dalam segala jurusan) di mana saja mereka berada, kecuali dengan sebab daripada Allah serta manusia, dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan Allah, dan mereka ditimpa kemiskinan (dalam segala jurusan)" (QS Ali Imran: 112). Banyak bukti sepanjang zaman hubungan sesama manusia terputus disebabkan pelbagai faktor seperti fitnah dicetuskan segelintir manusia berhati kotor dan tidak bertanggungjawab. Akibatnya berlaku perpecahan, ...

Ahli Kitab Taurat Sembunyi Kebenaran Muhammad Demi Pangkat

"Hai bani Israel, ingatlah nikmat-Ku yang Aku kurniakan ke atas kamu dan sempurnakan perjanjianmu, nescaya Aku sempurnakan perjanjian kamu dan Akulah semata-mata hendaknya kamu takuti. "Dan kamu beriman kepada barang yang Aku turunkan, menyetujui apa yang ada pada kamu dan jangan kamu jadikan orang yang mula-mula kufur kepada-Nya dan jangan kamu jual perintah-Ku padan harga yang sedikit dan Akulah semata-mata hendaklah kamu takuti". Ayat itu bermaksud, Allah memberitahu dan dituju kepada anak cucu Yaakub khusus kepada ahli kitab yang hidup pada masa Nabi Muhammad. Allah memberi ingatan kepada mereka supaya mensyukuri nikmat kurniaan Allah. Allah mahu mereka menunaikan janji dan pesanan Allah yang terkandung dalam kitab Taurat. Jika mereka menunaikan pesanan itu nescaya Allah menunaikan janji-Nya kepada mereka dengan balasan syurga. Allah mengingatkan mereka supaya beriman dengan kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sedangkan al-Quran mengakui kaum Yahudi daripada b...

Nikmat Air Bertukar Bencana Jika tidak Disyukuri

AIR nikmat berharga dikurniakan Allah yang menjadi unsur penting diperlukan manusia dan seluruh jasad hidup. Tanpa air, bumi gersang dan tidak ada sesuatu pun yang boleh hidup. Firman Allah bermaksud: "Dan Kami turunkan dari langit air yang banyak manfaatnya, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu pohon dan biji tumbuhan yang dikutip hasilnya." (Surah Qaf, ayat 9). Dalam surah an-Nahl, ayat 10 hingga 11 Allah berfirman bermaksud: "Dialah (Allah) yang menurunkan hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya lagi (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menternak binatang ternakan. Dia (Allah) juga menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir." Sumber air diperoleh secara semula jadi daripada hujan, sungai, tasik dan mata air. Biarpun diperoleh secara perc...

Kepemimpinan suatu amanah berat

DALAM negara atau organisasi yang mengamalkan dasar demokrasi, pemimpin dipilih sendiri oleh rakyat atau ahli. Bakal pemimpin menawarkan diri untuk dipilih dan berkhidmat. Mana-mana calon yang mendapat undi majoriti, maka dialah yang dilantik menjadi pemimpin. Untuk memilih pemimpin, perlulah dilakukan dengan cara betul supaya pemimpin yang dipilih itu dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Pemimpin yang baik sentiasa dikasihi rakyat kerana dia sentiasa mengambil berat soal kebajikan rakyat iaitu pemimpin yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan peribadi. Kepemimpinan adalah amanah yang cukup berat dan sarat dengan tanggungjawab. Tanggungjawab dan kewajipan yang terpikul di bahu setiap pemimpin berbeza-beza bergantung kepada kedudukan atau kuasa yang diamanahkan kepadanya. Sebenarnya, sebahagian besar kita adalah pemimpin. Suami menjadi pemimpin dalam keluarga. Malah dijelaskan bahawa jika dua orang melakukan urusan bersama, maka salah seorang perlu di...

Tanpa sentuhan hidayah jiwa sentiasa celaru, mudah diperhamba syaitan

KESEIMBANGAN memegang prinsip agama dan dunia adalah tuntutan keimanan. Tekanan orang yang mengejar dunia dan melupakan akhirat, akan tidak tidur lena kerana syaitan sentiasa mengganggunya dan menakutkan mengenai bahaya kemiskinan, muflis, kehilangan harta benda dan kejatuhan kuasa. Syaitan meracuni hati manusia dengan penyakit dengki, takbur, ego, su'uzzhan, riak, putus asa ketika dihimpit musibah dan ghurur yang memadamkan cahaya iman. Syaitan menjadikan hawa nafsu sebagai gula-gula yang menyedapkan deria insan lemah. Akhirnya mereka berada dalam penjaranya, menjadi tawanan dan patuh setia terhadap arahannya. Orang mukmin berjaya berlainan dengan orang yang tertawan dengan sifat ini. Orang mukmin setia memegang prinsip keseimbangan dalam mengharungi kehidupan dunia demi mendapatkan habuan akhirat yang menjadi cita-cita teragung dalam kehidupannya. Al-Quran dan al-sunnah, sentiasa teguh bersama keduanya dalam menghadapi cabaran dunia. Orang mukmin yang berjaya tidak pernah dilalai...

Taubat membersihkan dosa, tenangkan jiwa

SETIAP manusia tidak sunyi daripada melakukan kesilapan, kecuali kalangan nabi dan rasul. Tetapi sebaik-baik manusia ialah mereka yang bertaubat, dengan menyesali atas kesilapannya dan tidak mengulanginya lagi. Taubat adalah satu keistimewaan bagi umat Islam dan ia seharusnya dimanfaatkan dengan penuh keikhlasan, bukannya disalah guna dengan alasan untuk melakukan seberapa banyak dosa. "Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (al-Muzammil:20) Taubat bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat tertentu. Antara syaratnya ialah: Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukan. Menyesal atas segala perkara dosa yang dilakukan. Berazam tidak akan mengulanginya lagi. Mengembalikan hak makhluk yang dizalimi. Mengerjakan ibadat fardu yang ditinggalkan selama melakukan dosa. Orang yang bertaubat sudah tentu mendapat beberapa kelebihan, berbanding mereka yang belum bertaubat. Antara kelebihan itu ial...

Jujur Dalam Perniagaan

AGAMA bagi Muslim bersangkutan dalam segenap aspek kehidupan, tidak seperti golongan bukan Islam, yang mempraktikkan etika agama dan urusan dunia secara berasingan, sekali gus mengizinkan mereka melakukan segala keinginan. AGAMA bagi Muslim bersangkutan dalam segenap aspek kehidupan, tidak seperti golongan bukan Islam, yang mempraktikkan etika agama dan urusan dunia secara berasingan, sekali gus mengizinkan mereka melakukan segala keinginan. Muslim tidak terlepas dengan etika digariskan agama dalam usaha untuk mencapai keselesaan, kesenangan dan kekayaan, termasuklah dalam bidang perniagaan. Ada yang mahu barang laris, keuntungan berganda dan cepat kaya sehingga sanggup mengadai prinsip agama dan menzalimi pihak lain. Senario yang berlaku hari ini memang mengecewakan. Mereka mengaburi pengguna dalam pelbagai sudut, bermula dengan janji manis ketika tawar menawar sehinggalah penetapan harga, kualiti dan kuantiti barang. Muslim sepatutnya mengamalkan etika dan nilai mengikut piawai dite...

Rahsia diwajibkan solat

SOLAT adalah satu perintah yang diwajibkan ke atas orang Islam setiap hari. Umat Islam dituntut melakukan ibadat itu menurut sebagaimana diperintahkan Rasulullah s.a.w, dari takbir, bacaan, perbuatan hingga ke akhir salamnya dengan penuh takwa. Orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Orang yang beriman mesti mendirikan solat. "Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan solat." (Ibrahim:31) Dalam al-Quran, dilaporkan ada lebih 25 tempat ayat "aqama" yang merujuk kepada makna perintah mendirikan solat dan lebih 70 kali perkataan "as-solah" atau solat diulang dan disebut dalam al-Quran. Antaranya, firman yang bermaksud: "Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. "Kemudian apabila kamu telah berasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaim...

Makna air mata insan

PERNAHKAH anda menangis? Jika menangis, apakah punca dan sebabnya? Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini. Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah: Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati. Menangis kerana rasa takut. Menangis kerana cinta. Menangis kerana gembira. Menangis kerana menghadapi penderitaan. Menangis kerana terlalu sedih. Menangis kerana terasa hina dan lemah. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis. Menangis orang munafik - pura-pura m...

Bersihkan rohani, jasmani

SECARA umum manusia gemar kepada kebersihan, kesucian dan kesuburan. Pakaian kotor dibersihkan, kenderaan berdebu dicuci, malah kediaman yang kelihatan kian suram diceriakan dengan sentuhan baru, seperti cat dan perabot baru. Diri manusia juga lebih-lebih lagi memerlukan usaha penyucian, kerana sekiranya dibiar, tidak dirawat dan disuburkan, kekotoran yang melekat pada diri menjadi makin degil dan sukar dibersihkan. Sebab itu ada manusia yang bersifat dengki khianat, makin menjadi-jadi gelagat buruknya, manakala yang bertabiat jahat seperti suka mencuri, menyamun dan merompak, makin menjadi-jadi pula. Jika sifat keburukan itu tidak dirawat segera dan tidak dibersihkan sebaiknya, kemungkinan besar diri akan terus bergelumang dengan kekotoran, sehingga berpenghujung dengan kemusnahan. Pembersihan, penyucian dan penyuburan diri dalam istilah Arab dipanggil `tazkiyah nafs'. Ia adalah suatu usaha bersungguh untuk membersihkan dan menyucikan diri manusia dari sifat yang rendah dan hina, ...

Kasihkan baginda

TANGGAL 12 Rabiul Awal setiap tahun umat Islam menyambut kehadiran tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan. Ada juga majlis marhaban dan qasidah yang dialunkan dengan suara merdu dan penuh bersemangat, berdasarkan kitab Berzanji dan Burdah al-Bushairi. Semuanya demi menggambarkan kasih terhadap Baginda. Saban tahun, kemunculan 12 Rabiul Awal turut mengundang polemik antara keharusan dan bidaahnya menyambut maulidul rasul. Satu pihak mendakwa ia bidaah kerana tidak pernah dilakukan Nabi s.a.w, sahabat dan golongan salafussoleh. Malah, jika ditinjau dari Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad, tidak pernah menganjurkan sambutan maulidul rasul ini. Tetapi, adakah mereka tidak mencintai Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan maulidul rasul? Satu pihak lagi yang menyokong sambutan ini menganggap bidaah yang baik (hasanah) dan hanya bertujuan untuk ...

Maulid: Antara sejarah dan amalan

Para sarjana sejarahwan Islam berbeza pendapat tentang tarikh sebenar kelahiran Nabi saw. Hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim hanya menyebut bahawa baginda lahir pada hari Isnin tanpa menyebut haribulannya. Sesiapa yang membaca karya-karya sejarah Islam yang besar seperti al-Bidayah wa al-Nihayah oleh al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) akan melihat berbagai pendapat tentang haribulan dan bulan kelahiran baginda saw. Bagi yang berpendapat baginda lahir pada bulan Rabi'ul Awwal, mereka berbeza pendapat pula dalam menentukan haribulannya. Ada yang menentukan pada 8 haribulan, ada yang pada 9 haribulan, ada pula pada 12 haribulan seperti yang menjadi anggapan ramai, ada juga pada 17 haribulan dan seumpamanya. Di samping di sana ada pula sarjana Islam yang menyatakan baginda lahir pada bulan Ramadan dengan hujah-hujah mereka yang tersendiri. Apa pun yang penting, sejarahwan Timur atau Barat, Utara atau Selatan tidak pernah berbelah pendapat tentang lahirnya seorang...

Anak Permata Kurniaan Illahi

Dalam suatu hadis, ada diriwayatkan supaya mengahwini wanita-wanita yang subur supaya berupaya melahirkan zuriat yang baik-baik. Ini adalah sebagaimana hadis Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Kahwini-lah wanita-wanita yang penyayang dan subur kerana sesungguhnya pada hari kiamat kelak aku berbangga dengan umatku yang paling ramai bilangannya berbanding nabi-nabi yang lain.” (Hadis Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, jil. 3, m/s. 158 & 245) Dalam hal ini, antara hikmah yang dapat kita semua perhatikan adalah kelak anak-anak tersebut mampu membantu mendoakan kebaikan buat kita dan juga (dengan izin-Nya) membantu kita di masa-masa hadapan. Ini dapat dilihat dalam hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Apabila seseorang manusia itu mati, terputuslah daripadanya segala amalan melainkan tiga perkara: 1 – Sedekah Jariah, 2 – Ilmu yang bermanfaat, dan 3 – Anak soleh yang mendoaka...

Hukum Mewarna Rambut Dan Uban

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina', Al-Bahuti, jld 1, ms 77) Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma' az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :- 1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan. 2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal. 3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin...