Posts

Showing posts from June, 2008

3 AMALAN YANG BERKAT

Dari Ibnu Mas¢ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a..w, :"Manakah amal yang lebih utama?" Beliau menjawab,:"Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah." (Bukhari) Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh Allah S.W.T. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa banyaknya. Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan. Oleh yang demikian, sebagai be...

Pedihnya siksa meninggalkan solat

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam. Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat ...

Nabi Muhammad s.a.w Makhluk pertama keluar dari kubur-semasa bumi terbelah

Rasulullah s.a.w dalam satu hadisnya telah membuat penghuraian mengenai satu ayat Quran dalam surah al- Insyiqaaq;ayat 1-2 yang maksudnya;"Apabila langit terbelah dan patuh pada TuhanNya dan sudah semestinya langit itu patuh." Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya;"Aku adalah orang yang pertama keluar dari kubur.Ketika baru sahaja duduk di dalam kubur,tiba-tiba aku dibukakan pintu langit tepat diatas kepalaku sehingga aku boleh nmelihat Arasy." "Lalu,aku dibukakan pintu dari bawah sampai aku boleh melihat bumi sehingga lapis ke tujuh dan tanah yang basah." "Lalu,aku dibukakan pintu disebelah kananku sehingga aku boleh melihat syurga dan tempat2 tinggal para sahabatku." "Kemudian Bumi dibawahku bergerak,aku bertanya":"Ada apa denganmu,wahai Bumi?"Bumi menjawab,"Aku diperintahkan oleh Tuhanku untuk memuntahkan semua yang ada dalam perutku.Aku disuruh untuk mengosongkan diri seperti keadaanku semula yang tidak ada ...

Penawar Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya. Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, b...

Ciumilah Anak

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyakny...

Awasi dakyah ‘kelompok pinggiran’

DI dalam Islam, kemunculan ekstremis agama bermula apabila berlaku fitnah yang menyebabkan kematian khalifah ketiga, iaitu Sayidina Uthman Ibn Affan r.a. Pendorong ke arah kegiatan tersebut adalah percampuran api fitnah politik dengan pelampau agama. Sekalipun Khalifah Uthman cuba menyangkal kebanyakan fitnah itu serta kesilapan yang dilakukan dalam pemerintahannya, namun puak pelampau berusaha menyalakan api fitnah untuk menghukum khalifah dan menghasut supaya membunuhnya. Ali bin Abi Talib yang menggantikan tempatnya menyebut peristiwa itu sebagai fitnah dan huru-hara besar, manakala orang ramai yang terlibat di dalam kancah rusuhan itu dikenali sebagai ‘al-ghaugha’ (kelompok pinggiran yang melakukan kerosakan atau menimbulkan kacau-bilau dalam masyarakat)’ yang berusaha mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat. Kelompok pinggiran yang dimaksudkan itu adalah gerakan massa yang melampau dan tidak diketahui pemimpinnya. Mereka berkumpul kerana disatukan oleh rasa ke...

Hormati ibubapa

JIKA Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat tetapi apa caranya jika orang tua sudah meninggal dunia sedangkan ketika hidupnya kita menderhaka dan melawan mereka? Apabila insaf, selalulah menziarahi pusara ibu bapa dan bacakan ayat suci untuknya. Jumpa kembali kawan baik ibu bapa atau jiran yang masih ada dan berbuat baik kepada mereka. Sedekahkan kepada masjid atas nama ibu bapa. Walaupun ibu bapa sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga mereka berdua reda dan Allah mengampunkan dosa. Allah Maha Pengampun dan luas rahmat-Nya tetapi jangan pula mengambil kesempatan untuk berbuat jahat, kemudian baru hendak bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala akan diterima. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Contohnya, tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, tetapi cuba selidiki kesalahan yang kita lakukan hari ini. Pertama, bagaimana hubungan kita dengan Tuhan? Jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan kita den...

Duduk Lama Depan Komputer Boleh Bawa Maut

Sejak akhir-akhir terdengar beberapa webmaster diserang dengan pelbagai jenis penyakit sehingga ada diantaranya begitu kritikal sehingga terpaksa dimasukkan ke wad hospital untuk pemantauan kesihatannya. Malah ada diantaranya telah sampai ke tahap kritikal sehingga diserang penyakit angin ahmar. Ramai yang masih tidak sedar bahawa duduk terlalu lama di depan komputer atau bekerja selama berjam-jam secara pasif di atas kerusi akan membuat otot - otot tubuh kita terasa kaku, keras dan mata menjadi pedih. Malah selain keluhan ringan tersebut tersembunyi juga ancaman lain yang berisiko bagi kesihatan. New Zealand Medical Journal dalam edisi terbaru, melaporkan kajian dari Institut Penyelidikan Perubatan New Zealand menunjukkan bahawa pekerja pejabat yang menghabiskan masa terlalu lama duduk di meja masing-masing berisiko tinggi menghadapi masalah darah beku. Penyelidik mendapati, satu pertiga daripada pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana mengidap -trombosis pembuluh darah vena (DVT) ...

Keajaiban Baitulmuqadis

Image
Imej Dalaman "Dome Of Rock" Masjidil-Aqsa Imej Luaran "Dome Of Rock" ...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

Diriwayatkan bahawa Kaabah dibina lima kali

1. Dibina oleh malaikat sebelum Nabi Adam as, iaitu daripada permata yaquut merah. Kemudian diangkat ke langit pada banjir besar yang melanda Makkah. Kata-kata ini disokong oleh firman Allah yang bermaksud: " Dan (ingatlah) tatkala Ibrahim meninggikan (membina) dasar Baitullah berserta Ismail (seraya berdoa): Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui ," – surah al-Baqarah, ayat 127. Sendi itu diangkat menunjukkan bahawa sendi, iaitu asasnya sudah pun ada (dibina), jadi Baitulllah al-haram sudah pun ada sebelum Ibrahim as dan Ibrahim membinanya semula di atas asas itu. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Adam telah mengerjakan haji sebanyak 40 kali dari India ke Makkah berjalan kaki, kekallah ia tawaf Kaabah itu, begitu juga diikuti oleh anaknya hingga pada hari berlakunya banjir, lalu Allah angkatkan ke langit keempat. Diriwayatkan bahawa Allah membina di langit sebuah rumah yang dikenali sebagai...

Diceritakan daripada Saidina Ali tentang perempuan

Diceritakan daripada Saidina Ali R.A pada suatu hari ia masuk ke rumah Rasullulah bersama-sama isterinya Siti Fatimah R.A didapati Rasullulah sedang menangis bersungguh-sungguh maka kataku: Apakah yang menjadikan engkau menangis ya Rasullulah .Lalu nabi bersabda :"sesungguhnye aku telah diperlihatkan pada malam Israk dan Mikraj beberape perempuan daripada umatku keadaannya disiksa yang bersangatan kerana kesalahan yang dilakukan oleh mereka dalam dunia .Kataku,"Bagaimanakah keadaan mereka ya Rasullulah dan apakah sebab kesalahannya.Sabdanya: 1)Perempuan yang di gantung dengan rambutnya. SEBAB KESALAHAN Perempuan yang tiada menutup rambut kepalanya pada lelaki yang bukan muhrim 2)Perempuan yang digantungkan lidahnya dan dituang air panas ke dalam lehernya. SEBAB KESALAHAN Perempuan yang menyakiti hati suami 3)Perempuan yang digantung dua buah dadanya SEBAB KESALAHAN Perempuan yang memberi harta suami kepada orang lain dengan tanpa izin suami. 4)Perempuan yang digantung 2 kakin...

Keistimewaan Khadijah di sisi Rasulullah SAW

KHADIJAH binti Khuwailid adalah perempuan yang layak mendapat apresiasi mulia daripada Muslim dan Muslimah terhadap apa yang dipersembahkan kepada Nabi Muhammad SAW. Beliau adalah Ummul Mukminin pertama yang berdiri di samping Nabi Muhammad SAW, menyokong, membimbing dan menyerahkan segala dimiliki bagi membantu perjuangan Baginda. Wanita mulia ini tabah mendampingi Rasulullah SAW menghadapi seksaan dan kezaliman kaum Quraisy. Beliau mendampingi Rasulullah dan turut berasakan penderitaan akibat pemulauan dilancarkan kaum Quraisy. Istimewanya Khadijah dapat dihayati melalui sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Allah tidak memberikan pengganti untukku yang lebih baik daripada Khadijah. Dia percaya kepadaku di kala orang lain mengingkariku, dia membenarkanku di kala orang lain mendustakanku, dia menyerahkan hartanya kepadaku di kala orang lain menghalangiku dan Allah mengurniakan keturunan melalui rahimnya kala aku tidak dapat daripada perempuan lain (isteri-isteriku).” Buku Khadijah...

Lima Manusia Terkaya

Dimulai dengan nombor 5 5 Nama: Ingvar Kampard* Negara: Sweeden Total Kekayaan: US$ 33.0 billion Sumber Pendapatan: IKEA , IKANO , Real Estate 4 Nama: Warren Buffett* Negara: Amerika Syarikat Total Kekayaan: US$ 52.0 billion Sumber Pendapatan: Berkshire Hathaway , investment 3 Nama: Bill Gates* Negara: Amerika Syarikat Total Kekayaan: US$ 56.0 billion Sumber Pendapatan: Microsoft , investment 2 Nama: Carlos Slim Helú* Negara: Mexico Total Kekayaan: US$ 59.0 billion Sumber Pendapatan: Telmex , América Móvil , Grupo Carso , Comp USA 1 Nama : Hamba Allah yang beragama islam ( Andalah orang terkaya di dunia ) Negara: Bumi Allah Total Kekayaan: berbillion-billion tak terhitung (disimpan untuk kehidupan kedua-akhirat) Sumber Pendapatan: Sholat anda, Do'a dan Lapang Hati anda dan KEIKHLASAN kepada ALLAH s.w.t... Imam Syafi'i berkata: "Jika tuan memiliki hati yang lapang (qona'ah) maka tuan dan raja dunia sama (kayanya)" Allah berfirman: "Mereka ha...

Manusia Yang Diperhamba Dunia

Kesal apabila memikirkan tentang umat, pada masa yang sama, setiap manusia berdepan dengan segala macam cabaran yang mendatang. Timbul pelbagai alasan demi mengelak dari dibebani amanah. Lalu, sisi-sisi kebaikkan terhakis sedikit demi sedikit, disebabkan tumpuan khusus diberi kepada menyelesai masalah sendiri, sehingga terlupa setiap diri mempunyai tanggungjawab kepada makhluk sekelilingnya. Mengecap nikmat berupa kaya dan bahagia dikatakan sebagai sumber kepada segalanya. Tuhan dikatakan diyakini, diimani, namun rupanya nafsu menguasai diri. Sifat-sifat syaitanniah serta haiwaniyyah jelas kelihatan menguasai diri. Penyakit yang dihidapi ini sukar untuk dirasai, namun apabila ia menjangkiti, maka akan keluarlah cahaya iman dari diri manusia. Manusia lupa bahawa diri sekadar abdi kepada Illahi. Ibadah yang dikatakan telah ditunaikan, rupanya bukan lahir dari keikhlasan diri. Tetapi sekadar dilakukan untuk menyedapkan hati. Dilaksanakan demi tujuan peribadi, untuk dihormati atau menarik ...

Kisah Aneh Seorang Pendeta(Paderi) Yang Masuk Islam

versi Indonesia dari seorang sahabat.... Mungkin kisah ini terasa sangat aneh bagi mereka yang belum pernah bertemu dengan orangnya atau langsung melihat dan mendengar penuturannya. Kisah yang mungkin hanya terjadi dalam cerita fiktif, namun menjadi kenyataan. Hal itu tergambar dengan kata-kata yang diucapkan oleh si pemilik kisah yang sedang duduk di hadapanku mengisahkan tentang dirinya. Untuk mengetahui kisahnya lebih lanjut dan mengetahui kejadian-kejadian yang menarik secara komplit, biarkan aku menemanimu untuk bersama-sama menatap ke arah Johannesburg, kota bintang emas nan kaya di negara Afrika Selatan di mana aku pernah bertugas sebagai pimpinan cabang kantor Rabithah al-'Alam al-Islami di sana. Pada tahun 1996, di sebuah negara yang sedang mengalami musim dingin, di siang hari yang mendung, diiringi hembusan angin dingin yang menusuk tulang, aku menunggu seseorang yang berjanji akan menemuiku. Istriku sudah mempersiapkan santapan siang untuk menjamu sang tamu yang terhorm...

Diri - Inilah hakikat dirimu

Terima kasih ALLAH kerana telah selalu memberikan nikmat kepada kami walaupun diri selalu tersasar. Terima kasih ALLAH kerana selalu mengingatkan kami dengan ujian. Terima kasih ALLAH kerana masih lagi memberikan rahmat walaupun sudah berulangkali engkar.. Diri - Inilah hakikat dirimu. Engkau sebenarnya lemah, mudah dipengaruhi dengan suasana dan orang lain. Fahamlah wahai diri, engkau hanya boleh berusaha untuk mengubah. Tetapi yang melaksanakannya adalah ALLAH. Firmah ALLAH yang bererti : ALLAH meringankan bagimu peraturan agama, dan manusia itu dijadikan bersifat lemah (surah An Nisa':28) Ya ALLAH, jauhilah kami dari sifat sombong dan bongkak.. Diri - bukankah engkau selalu tergesa-gesa dan terburu-buru dalam membuat sesuatu pekerjaan. Kadang-kadang engkau tidak menyelidik tetapi terus menghukum. Engkau terus menerus menjadi pakar hukum seolah-olah hukuman pemutus itu ditanganmu. Alangkah sukarnya untuk menjadi seorang yang penyabar dan berfikir panjang. "Dan manusia itu ...

Doa agar dapat bayar hutang

Allah berfirman: Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, tanpa hitungan hisabnya dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, tanpa hitungan hisabnya. (ali-Imraan: 26-27) Keterangan ayat: Al-Imal al-Samarqandi menjelaskan perkataan “Allahumma” itu dalam bahas A...

Kesederhanaan ibu segala kelebihan melaksanakan urusan pentadbiran

HIKMAH atau kebijaksanaan adalah kurniaan terbesar Allah kepada manusia seperti dijelaskan dalam firman-Nya bahawa sesiapa yang dikurnia hikmah maka ia pada hakikatnya dikurnia kebaikan yang banyak. Selain itu, al-Quran juga menceritakan kisah Luqman ibn Ba`ura (Luqman al-Hakim), hamba Allah yang dikurnia hikmah dan bagaimana hikmah dimanfaatkan oleh Luqman dalam kehidupannya terserlah melalui nasihat kepada puteranya. Ibn Kathir menjelaskan Allah mengurniakan hikmah, iaitu petunjuk kepada Luqman untuk melakukan sesuatu berdasarkan ilmu serta kefahaman mendalam, bersyukur kepada Allah serta memuji-Nya atas segala nikmat dan kelebihan dikurniakan, suka melakukan kebaikan terhadap orang lain, selain membantu apa saja usaha kebaikan serta amal soleh. Menurut riwayat, Luqman pernah membantu Nabi Daud dalam urusan pemerintahan dan menjadi hakim untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel. Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Mizan al 'Amal menegaskan bahawa hikmah dinisbahkan pada kekuata...

Kasih pudar tanpa agama

ALAM perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat meneruskan keturunan manusia. Dalam Islam perkahwinan satu tuntutan yang perlu dipenuhi. Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan jodoh perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan mengakibatkan masalah kemudian hari. Senario masa kini mendapati kebanyakan anak muda lebih gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan dan pangkat untuk mengikat tali percintaan dan membina gerbang perkahwinan. Secara fizikal, kriteria pemilihan jodoh tiada cacat celanya, tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga agama diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh menyebabkan kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar dan akhirnya berlaku perpisahan. Kesilapan besar bagi pasangan yang ingin berkahwin tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam membuat pilihan jodoh mereka. Kesilapan itu juga mengakibatkan hu...

Tidur Mengingati Mati

APABILA membuka mata dari tidur setiap pagi, bacalah doa kesyukuran kerana usia kita dipanjangkan Allah, terselamat daripada kelalaian dan kelemahan tidur. Tidur adalah kemestian bagi manusia. Memang pelik dan ganjil jika ada manusia berkata mereka tidak pernah tidur sepanjang hidupnya. Manusia bukannya enjin, ia perlukan rehat. Enjin pun bekerja jika ada minyak atau elektrik, itupun enjin tidak kekal lama jika digerakkan tanpa henti. Walaupun manusia mendapat makanan dan minuman mencukupi, mereka akan penat jika bekerja tanpa rehat. Justeru, cara terbaik ialah berehat atau tidur untuk me mulihkan tenaga. Selain itu, kita hendaklah insaf pintu taubat masih terbuka. Dan, ketahuilah tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita mengingati kematian. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan, adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi. Betapa syumulnya Islam, membimbing hal yang kecil hingga perkara yang besar. B...