^ Scroll to Top

Sunday, August 24, 2008

Doa kita sudah Makbul?

(Sya'ban dalam kenangan...)

Cerita Petang Semalam…

Aku duduk tepi tingkap, dalam kesamaran petang dan hari berlabuh senja nan merah, aku lihat bulan yang di kaki langit sedang mengambang penuh…15 sha'aban!!,

Cerita Magrib semalam…

Petang semalam menjelang magrib, aku terpesona melihat satu pemandangan terindah yang jarang jarang berlaku, iaitu surau penuh!!! Full-mosque!!!

Penuh dengan manusia manusiawi, lelaki-wanita, kecik besar, tua muda, hensem, buruk yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat..

Jemaah melimpah sampai ke luar… tak pernah-pernah seramai ini…
(saya perasan baik, macamlah org lain tak pergi solat jemaah hari-hari !-caci aku pada diri sendiri!)

Kenapa ramai orang ni?

"Datin Siti datang di sinikah?"
Bisik hati kecilku..

"atau abang Mawi world buat majlis …oh!"

Hello!!!!,
Tak baik berburuk sangka.., bukankah malam ini malam nisfu sya'ban..?
Kenapa aku tidak sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah aku kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri untuk catatan yang baru…

Nota untuk muaalaf: Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, 15 Sya'aban.-kalau nak lebih baik explaination, rujuklah ustaz…

ramai juga yang solat , bila keadaan macam ni, aku fikir lambat lagi dunia ni nak kiamat rasanya..oh..

Selepas magrib… surah yassin di edarkan, kemudian jemaah mulai membaca yassin 3x

Selepas Yasin pertama :
Pak Imam mengimami doa mohon dipanjangkan umur ,

Selepas Yasin kedua :
Pak Imam mengimami doa mohon murah rezeki

Selepas Yasin ketiga :
Pak Imam mengimami doa mohon ditetapkan iman …

Nota: jangan tanya aku dalam kotak komen atau email tentang "adakah baca yassin ini bidaah?" Aku rasa korang boleh pergi search tempat lain pasal bidaah yang lebih berilmiah, aku tak nak berdebat kat sini, berkenaan pendapat aku tentang bida'ah, aku pernah tulis dalam post "Apa itu bida'ah?"-harap maklum dan insya Allah aku akan post balik untuk seisi ulang kaji untuk diri aku juga…

Kemudian lepas doa berjemaah, ada pulak tazkirah ringkas lebih kurang begini:

Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan ini (Sya'aban) maka Allah haramkan dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi (aku lupa nama..) dan pada malam nisfu sya'aban ini juga Allah berfirman lebih kurang maksud..: adakah orang-orang yang meminta ampun?, maka Aku perkenankan permintannya/ampunkannya, adakah orang yang bertaubat? maka Aku terima taubatnya kecuali orang yang berzina dan memutuskan silaturahim.., (aku tak ingat sangat, lebih kurang macam tu lah,)

Namun ada pengalaman best yang aku nak bagitahu kat korang semua, iaitu doa aku, (kitaorang sebenarnya) semuanya di makbulkan oleh Allah..!!!

Ketiga tiga doa pada malam nisfu sya'aban itu di makbulkan Allah!!!
Tak percaya? Jom aku cerita…

Cerita hari ini…

Ok, semalam baca yassin 3 kali dan doa tiga perkara..dan semuanya di makbulkan Allah!!!

Yasin pertama : imam mengimami doa mohon dipanjangkan umur ,
Ulasan:
Selepas berdoa, takde sorangpun antara kami yang jadi mayat, bermakna doa kitaorang dimakbulkan iaitu umur kami masih panjang, dan ketika artikel ini di tulis, aku tak dengar lagi berita ahli jemaah malam tadi jadi mayat, bersyukur pada Allah kerana bagi nikmat umur, mayat ajer yang takde nikmat umur..alhamdulillah.

Yasin kedua : imam mengimami doa mohon murah rezeki
Ulasan:
Selepas isyak, makanan melimpah ruah, ada macam-macam kuih, nasi, mee, laksa, roti dan banyak lagi, nasi himpit dan beraneka mak nenek lagi kuih muih dan juadah menketadarah yang Allah bagi..subhanaAllah..
Doa murah rezeki kitaorang di makbulkan oleh Allah..mayat jer yang tak de rezeki., nasib engkaulah mayat, badan engkau dah jadi santapan ulat mayat..
Jemput-jemputlah cik ulat, makan! Makan! jangan segan makan lidah, telinga,.. hidung sedap tu..ha! mata ada lagi sebelah, sila makan..otak serebrum pun sedap sila2 he he he:)

Yasin ketiga : imam mengimami doa mohon ditetapkan iman …
Ulasan:
Iman yang tetap? Memang doa itupun di makbulkan oleh Allah, sebab pagi esok waktu subuh.. jumlah jemmah, macam biasa. 4 ke 5 orang (aku perasan baik-naduzubillah) berbeza dengan maghrib semalam, 100+++ , kenapa mereka tak datang solat subuh?
Sebab iman mereka 'tetap' macam sebelum sebelum ini, dan menjelang magrib besok,(aku bersangka buruk..oh) jumlah jemaah solat magrib dan tak macam semalam, hanya 10 ke 15 orang, memang iman aku dan mereka di 'tetap'kan oleh Allah kerana mintak iman yang 'tetap'..bahaya bahaya…!!!

Maka aku buat keputusan untuk tambah style doa kepada yang lebih baik untuk aku, aku rasaler, kalau salah-jangan ikut-!!! Aku confirm bahawa aku bukan ustaz!!!

Maka aku doa cam gini…
Ya Allah, aku mohon di berkatkan umur ,

Ya Allah, aku mohon di berkatkan rezeki

Ya Allah, aku mohon di pertingkatkan iman …

Alasan:
Doa Berkat umur.
Bermaksud berdoa kepada Allah, duhai Allah, sekiranya umur panjang boleh selamatkan aku dari azab api neraka… maka panjangkanlah umurku, tapi jika umur pendek boleh selamatkan aku yang hina dina ini dari azab api neraka maka pendekkanlah umurku..esok pun takpe, asal selamat dari azab api neraka!!!

(mintak maaf ye kat korang semua, esok aku mungkin jadi mayat..isk..isk..)

Satu lagi: Aku tak nak panjang umur..aku tak nak jadi tua nyanyuk yg akan meyusahkan org lain dengan membasuh tahi di punggungku…..oh..dan bila dah tua nyanyuk kelak, aku takut mati tak dapat ucap kalimah tauhid di akhir kalam…doakan lah aku berkat umur, walaupun pendek tapi selamat kat akhirat..amin…

Wahai anakku, sekiranya di takdirkan kau membasuh tahik di punggung ayah.. maafkanlah ayah yang dah tua nyanyuk lalu berak merata-rata, ayah tak sengaja…

Doa Berkat rezeki..
Aku takut mintak murah rezeki, sebab dulu Qarun mintak murah rezeki, dan apa jadi menjelang kemayatan dia? Harta dia telah azab dia!!!Naduzubillah..
Sahabat Nabi s.a.w, yang paling kaya..Abdul Rahmah RA (kalau tak silap namanya), masuk shurga dalam keadaan merangkak.., ini sahabat yang berperang dan berdakwah bersama-sama Nabi SAW, tapi still masih merangkak ke shurga kerana banyakknya Hisab atas harta…oh, uhuk!!
Nak di bandingkan dengan aku?, .. air basuh kaki mereka lebih mulia dari aku yang hina dina ini…

"Ya Allah, berkatkan rezekiku, sikit tapi cukup…banyak tapi habis(di bahagikan kepada yang hak)…amin.."

Doa Dipertingkatkan Iman…
Iman yang 'tetap' adalah penting!!!
Tapi jika iman tu sebesar zarah sahaja macam aku la ni(kot), dah tentu kena azab dulu.oh!.maka aku mintak supaya Allah bagi iman aku tinggi macam sahabat-sahabat Nabi SAW…aku mintak dulu, lepas ni aku usaha..insyaAllah!!!!

Iman sahabat begitu tinggi sehingga mencapai tahap tepu, iaitu jika shurga dan neraka di letakkan di hadapan mereka, iman mereka sudah tidak naik lagi..Subhanallah…!

Begitu tingginya iman mereka para sahabat nabi, sehingga dalam kubur, bukan malaikat yang tanya mereka lagi, tapi mereka yang tanya malaikat: siapa Tuhan kamu??? Terkejut mailaikat…Oh

Dan berdoalah perkara yang paling mahal sekali dalam dunia, sangat mahal…, bukan panjang umur, murah rezeki…dan iblis pun terlupa nak doa perkara ini sehingga di sumpah menjadi iblis laknatullah…iaitu HIDAYAT….
Iblis terlupa nak doa HIDAYAT untuk diri sendiri…

Ya Allah Berilah Hidayat pada mereka yang baca blog aku dan mereka yang tak baca blog aku..Amin!!!

Cerita hari esok…
Penulis keretamayat sudah menjadi mayat…..

Ps: eh, lupa pulak nak berdoa untuk diri sendiri!!!, karang dah jadi mayat, tak pasal pasal aku jadi iblis masuk neraka bersama iblis berpimpingan tangan,,oh, tidak, Ya Allah Berilah HIdayat pada HambaMU yang Hina dan Dina ini…

(Perkenankanlah..)








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

No comments:


 
Dear Diary Blogger Template