Posts

Showing posts from August, 2008

KISAH PENGGALI KUBUR

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." 1. Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang la...

Allah Hu Akhbar !!! (Buat Renungan)

MAYAT BACA YASIN.. "Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma'la....tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.... Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru. Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaann...

Puasa sunat Rejab, Syaaban persiapan sambut Ramadan

RAMADAN yang bakal menjengah disambut penuh kesyukuran dan tidak kurang ada mengeluh kerana terpaksa berpuasa. Begitulah pelbagai ragam dan situasi yang mewarnai pentas kehidupan umat sempena kedatangan Ramadan penuh berkat. Bagi umat Islam yang bertakwa, bulan Ramadan disambut penuh kegembiraan sambil menantikan pelbagai keistimewaan serta ganjaran berlipat ganda dijanjikan kepada sesiapa yang menunaikan ibadat puasa dengan ikhlas dan sabar. Ramadan menuntut setiap Muslim supaya merenung dan bermuhasabah diri untuk melakukan persiapan sebelum, semasa dan selepas Ramadan. Muhasabah penting kerana Ramadan hanya datang sekali setahun. Oleh itu, biarlah Ramadan kali ini menjanjikan yang terbaik dan setiap Muslim memanfaatkan bulan diberi segala rahmat, kelebihan serta keistimewaan terhimpun sepanjang Ramadan dengan berpuasa pada siang harinya dan beribadat sunat pada malam harinya. Persediaan pertama wajib dilakukan setiap Muslim ialah persediaan jasmani dan rohani kerana amalan ibada...

Al-Quran, Hadis perjelas khasiat kurma

MENIKMATI pelbagai juadah sewaktu berbuka puasa pasti tidak lengkap tanpa buah kurma walau sebiji untuk mendapatkan pahala sunat. Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi yang bermaksud: Daripada Sulaima bin Amir Adh-Dhabiyyi, sesungguhnya Nabi bersabda, “Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia makan kurma. Jika tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu adalah pembersih.” Alangkah baiknya jika kurma dijadikan makanan rutin dalam hidangan harian kerana manfaatnya yang tinggi berbanding pelbagai jenis makanan hari ini yang terlalu banyak bahan membahayakan kesihatan. Seruan itu juga sebagai memberi peringatan memandangkan menjelang bulan Ramadan, banyak gerai jualan menawarkan juadah pelbagai rasa dan warna, bahkan yang tidak pernah terlihat pun ada termasuk resipi baru dicipta sempena bulan puasa. Kedatangan Ramadan sudah mula terasa. Pasar raya mula mengeluarkan stok kurma yang banyak, ada segar, ada pula nampaknya bagai tersimpan sekian lama, maklumla...

Terungkainya Tali Aqidah/Hukum Islam

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, 'Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!', jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!' Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan ...

Perjuangan menegakkan kedaulatan agama & bangsa dipelopori ulama

KETIKA memperingati Hari Kebangsaan, kita perlu merenung sambil cuba menjelajah sejarah yang menumpahkan darah syuhada bangsa. Apakah yang menguatkan azam dan keberanian jiwa mereka menentang penjajah. Agaknya ada sesuatu yang amat besar mampu melahirkan semangat kepahlawanan dalam diri syuhada. Roh Islamlah sebenarnya berperanan menghidupkan jiwa mereka menentang kolonialisme. Islam yang menjanjikan kemuliaan kepada sesiapa berjuang menegakkan yang hak. Data sejarah merakamkan gerakan antipenjajahan British yang dipelopori ulama sama ada di Sarawak, Melaka, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Catatan sejarah menyatakan pada 17 Ogos 1844, Sharif Sahab, Sharif Mashor, Datu Patinggi Ali, Datu Patinggi Imam Abdul Gafur, Imam Masjid Besar Sarawak yang pertama bersama penduduk tempatan dari kalangan Dayak melakukan penentangan bersenjata secara serentak terhadap penjajahan Brooke di Sarawak. Akibat pertempuran itu, Datu Patinggi Ali gugur dalam Pertempuran Beting Maru, manakala Shari...

Keutamaan bulan Ramadan

a.. Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu. (Shahih Muslim No.1793) Waktu berpuasa dimulai sejak terbitnya fajar dan seseorang dibolehkan makan dan lainnya sampai terbit fajar, sifat fajar yang berkaitan dengan masuknya waktu berpuasa serta masuknya waktu salat subuh dan sebagainya a.. Hadis riwayat Adi bin Hatim ra.: Ketika turun ayat: Sehingga nyata bagimu benang yang putih dari benang yang hitam, yaitu fajar, maka Adi bin Hatim berkata kepada Rasulullah saw: Wahai Rasulullah, sungguh saya meletakkan benang berwarna putih dan benang berwarna hitam di bawah bantalku, sehingga aku dapat mengenali antara waktu malam dan waktu siang hari. Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya bantalmu itu sangat lebar. Sesungguhnya yang dimaksud adalah hitamnya (gelapnya) malam dan putihnya (terangnya) siang pada saat fajar. (Shahih Muslim No.1824) b.. Hadis riwayat S...

Khutbah Rasulullah SAW menjelang Ramadhan

Selain memerintah shaum, dalam menyambut menjelang bulan Ramadhan, Rasulullah saw. selalu memberikan beberapa nasehat dan pesan-pesan. Inilah pesan Rasulullah tatkala memasuki Ramadhan. Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausm...

An Interesting Story For All Muslims

From: Dr Farid Nazmi All Muslims~!! Assalamualaikum.. All Muslims should read this! Fantastic Use Of Logic :- WHY SCIENCE FAILS TO EXPLAIN GOD? At an educational institution: Professing to be wise, they became fools .... "LET ME EXPLAIN THE problem science has with God." The atheist professor of philosophy pauses before his class and then asks one of his new students to stand. "You're a Muslim, aren't you, son?" "Yes, sir." "So you believe in God?" "Absolutely." "Is God good?" "Sure! God's good." "Is God all-powerful? Can God do anything?" "Yes." The professor grins knowingly and considers for a moment. "Here's one for you. Let's say there's a sick person over here and you can cure him. You can do it. Would you help them? Would you try?" "Yes sir, I would." "So you're good...!" "I wouldn't say that." "Why not say ...

Muslim dituntut selalu mengingati Tuhan sebagai benteng jauhi keingkaran

MENGIKUT syariat Islam, dosa terbahagi kepada dua, iaitu dosa besar dan dosa kecil. Dikatakan dosa besar ialah dosa yang sudah ditentukan hukumannya di dunia serta mendapat ancaman azab pedih di akhirat seperti termaktub dalam al-Quran dan hadis. Dosa besar hanya boleh terhapus dengan bertaubat kepada Allah, menyesali perbuatan mungkar yang dilakukan serta berazam dengan sekuat hati tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu. Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang apabila sudah melakukan perbuatan keji atau menganiaya dirinya sendiri, mereka ingat kepada Allah, lalu memohon ampun atas dosanya. Dan siapa lagi yang akan mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tiada meneruskan perbuatan buruk itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah ali-Imran, ayat 135) Dosa kecil pula ialah dosa yang tidak ditentukan hukumannya ketika di dunia dan tidak diberi ancaman azab keras di akhirat seperti mengeluarkan kata-kata kesat, menyentuh al-Quran tanpa berwuduk atau membuang sampah merata-rata. Walaup...

Adab-adab bermusafir

SESETENGAH di antara kita selalu keluar, sama ada kerana urusan pekerjaan, menziarahi keluarga dan kenalan atau kerana semata-mata bercuti. Ada antara kita tidak ambil kisah mengenai perjalanan, asalkan pasti tempat ditujui. Tetapi dalam Islam ada beberapa panduan yang wajar diberi perhatian, antaranya: 1. Dianjurkan memulai perjalanan pada Khamis. Melalui hadis diriwayat Bukhari bermaksud: “Rasulullah s.a.w berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.” 2. Dianjurkan memulakan perjalanan pada waktu malam. Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.” 3. Dianjurkan bermusafir bersama-sama. Hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.” 4. Berdoa dalam musafir Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriw...

Tujuh Ciri Penghuni Syurga Firdaus

MANUSIA akan memperoleh ganjaran setimpal berdasarkan usaha atau amalan dilakukannya baik perkara kecil atau besar yang tergolong dalam perbuatan yang baik dan buruk. Allah berfirman yang bermaksud: "Barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya)." (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8) . Setiap apa yang dilakukan memberi kesan kepada diri manusia itu dan mereka yang beriman pastinya berusaha melakukan lebih banyak perbuatan baik. Orang Mukmin yang taat adalah golongan yang mendapat kemuliaan dan kasih sayang Allah dan dijanjikan sebagai penghuni syurga bernama Firdaus yang kekal di dalamnya. Tujuh ciri dimiliki golongan ini dinyatakan Allah dalam surah al-Mukminun, ayat 1 hingga 11. Ciri itu ialah: Khusyuk dalam menunaikan solat Insan yang Mukmin mampu melaksanakan solat dengan khusyuk sesuai dengan keteguhan dan kemantapan iman ...

Umat Islam digesa ikut cara tabiin untuk capai kesempurnaan hidup

MENUNTUT ilmu agama tidak cukup dengan hanya bermodalkan semangat. Seseorang Muslim patut mengetahui juga segala bentuk prinsip asas dan cabangnya seperti digariskan syariat yang sempurna. Tujuannya supaya seseorang Muslim itu tidak kebingungan dalam menghadapi seruan daripada kepelbagaian kelompok dakwah. Apa yang penting, mereka tidak mudah terjerumus ke arah pemahaman menyeleweng. Dewasa ini ada banyak ‘ruang’ dan ‘jalan’ ditawarkan bagi mempelajari agama Islam. Sudah pasti semua pihak mendakwa cara dan gaya mereka adalah yang terbaik dan paling benar. Melalui pelbagai cara dan gaya ini jugalah mereka berusaha menambat pengikut seramai boleh. Lihatlah dalam masyarakat kita sendiri, ada pihak menawarkan cara dengan motivasi diri dan hati, ada mengajak untuk ikut serta dalam persoalan politik, ada golongan menyeru supaya segera mendirikan Khilafah Islamiyah kali kedua, ada secara santai menantikan kehadiran al-Mahdi dan ada pula bermusafir dari satu tempat ke tempat lain mengajak man...

Keistimewaan Surah Ali-Imran

Tafsir Al-Quran & Asbabun Nuzul ALLAH menurunkan al-Quran sebagai petunjuk dalam kehidupan. Sesiapa yang menjadikan al-Quran sebagai panduan, maka dia akan dimuliakan Allah. – Gambar hiasan Mukadimah Surah al-Imran. Segala puji bagi Allah SWT selepas selesai surah al-Baqarah, pada kali ini akan dibincangkan berkenaan dengan surah ali-Imran. Nama surah ini dengan ali-Imran iaitu keluarga Imran kerana terdapat kisah mereka dalam ayat 33 hingga beberapa ayat selepas itu. Surah ini mengandungi 200 ayat. Kebanyakan ulama dan ahli tafsir menganggap ia termasuk dalam surah Madaniah iaitu diturunkan di kota Madinah selepas hijrah seperti riwayat Ibnu Abbas. Al-Qurtubi berkata: “Surah ini merupakan surah Madaniah secara ijmak..” Al-Hafiz Ibn Kathir dalam tafsirnya mengatakan: “Surah ini mempunyai kelebihan yang disekalikan dengan surah al-Baqarah seperti sabdanya: Hendaklah kamu pelajari surah al-Baqarah dan ali-Imran kerana kedua-duanya ibarat dua zahrawani yang memayungi pem...

Berjabat Salam

BERJABAT tangan menjadi kebiasaan dalam perhubungan, termasuk diamalkan masyarakat bukan Islam. Ia bagi melahirkan rasa hormat antara satu sama lain, sekali gus merapatkan hubungan kedua-dua pihak. Berjabat tangan juga menjadi simbol perdamaian selepas berlaku sesuatu perselisihan dan dalam sesuatu urusan. Kebaikan daripada amalan zahir itu jelas terserlah, kerana mewujudkan persekitaran yang sihat, memupuk perpaduan, semangat kekitaan dan kebersamaan. Tetapi dalam Islam sejauh mana amalan ini dibenarkan? Apakah ada batasnya dan dilarang berjabat tangan di antara lelaki dan wanita? Sheikul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi, dipetik berkata, beliau tidak pernah terbaca hadis atau kisah dalam sirah, Rasulullah pernah berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahramnya. "Rasulullah tidak pernah sama sekali berjabat tangan de ngan wanita bukan mahram dan inilah yang dipersetujui oleh kebanyakan ulama fiqah. "Namun, masih ada pendapat yang mengatakan (mem bolehkan) jika berjabat ta...