Selamat Hari Merdeka…)
Part 1
Hari ini 31 Ogos, ada cerita tentang seorang hamba Allah yang bernama Hassan, dimana hari ini Hassan telah dilihat menjadi mayat sejuk dipembaringan, dan sebelum Hassan jadi mayat, cerita tentang Hassan adalah dilihat sebagai seorang yang sangat 'sedih' sekali, dengan air mata dan sedu sedan, Hassan terlantar di hospital atas sebab penyakit yang tidak boleh di selamatkan lagi. Kencing manis tahap kritikal...
Kehadiran kawan-kawan si Hassan, majikan serta saudara mara yang datang mengucapkan salam terakhir, menambahkan kesyahduannya, sayang benar Hasaan pada dunia yang fana ini...,
Kemudian, segala permintaan Hassan yang logik-logik telah dipenuhi oleh isteri dan keluarga, namun masih ada rasa terkilan dihati sebab rumah yang baru habis 'installment' dan baru lepas 'renovation' 2 bulan lepas, masih belum puas di diami lagi, tambahan pulak, kereta MPV yang baru di beli, belum puas meronda lagi, kasihan sungguh!
Namun, masa memang dah nak habis sangat, dan disaat-saat akhir sebelum Hassan menjadi mayat, Hassan sempat berwasiat pada anak tunggalnya supaya rajin belajar agar kelak akan dapat kerja bagus supaya tak menjadi miskin dikemudian hari, berpesan juga Hassan kepada isteri agar jaga rumah dan kereta MPV baik baik, tak lupa ASB yang bernilai 50K dan sijil simpanan premium BSN 10K, serta harta pencariannya yang lain-lain, tolong jaga baik baik..
Oh tidak lupa, sebagai ahli kelab Skuter, tolong jangan jual motor yang dah habis beribu ringgit di hias itu, walau berapapun orang nak beli, tolong jangan jual, sebab motor tu adalah begitu sentimental bagi abang...
Maaf ler bang Hassan, masa dah nak sampai, tak banyak wasiat dan pesanan yang dapat di waris, kerana abang Hassan ketika berbaring di katil hospital tanpa sebelah kaki kerana sudah di potong, sedang tangan kiri menggenggam tangan anak dan tangan kanan menggenggam tangan isteri, air mata terus mencurah sedih lantaran terpaksa berpisah dengan anak dan isteri, dan antara kasih sayang itu, Hassan menghembus nafas terakhir di celah celah jasad anak dan isteri tercinta..,
Hassan telah berubah sudah menjadi mayat kekal, dan secara terus menerus, tubuh Hassan menjadi tumpuan.., yang mana pakaian Hassan mula di lucut orang, jam tangan dan spender yang mahal tu, telah di lucutkan orang, setelah sekian lama di mandi oleh mak bapak ketika kecil, sekarang Hassan dimandikan pula buat kali terakhir oleh AJK surau, lepas tu Hassan di angkat Hads besar dan kecil, dan Hassan kemudiannya dibungkus rapi dengan kain kapan dan ramailah saudara mara datang menatap wajah Hassan buat kali terakhir, dan ramai yang mengambil kesempatan mencium dahi mayat Hassan, akhir sekali, Hassan di solatkan…
Ramai pulak yang datang melawat dan bersolat untuk arwah si Hassan itu, baguslah, kemudian, kereta mayatpun datang sebagai penutup majlis lawatan, lalu keretamayat terus bawak mayat Hassan ke tempat yang selalu kita lupa nak singgah tapi di situlah distinasi terakhir sebuah kehidupan.. sebuah perkuburan Islam.
Di sana terdapat taman-taman shurga dan juga terdapat lembah-lembah neraka...
Kemudian mayat Hassan di turunkan ke dalam sebuah lubang di dasar yang terendah, dan di situ juga mayatnya di timbus dengan tanah, berkubur di liang lahad.., pergi tidak kembali lagi.
Malam itu rumah Hassan yang dah habis installment dan baru siap renovation telah di kunjungi oleh ramai ahli masjid dan surau, nasib baik rumah Hassan sempat buat renovation, kira selesailah jugak ahli surau dan ahli masjid duduk bertahlil di rumah Hassan, dan tiga malam sudah majlis makan-makan di adakan di rumah arwah Hassan yang mana kereta MPV dan skuter berhias menjadi saksi…
Selamat menjadi mayat dalam Negara yang Merdeka wahai Hassan...
Part 2
Pendek cerita, Hassan sebenarnya terlupa dia ada saudara kembarnya yang bernama Hussin, Hussin pulak sudah lama suka dekat isteri Hassan, dengan kematian Hassan, Hussin mengambil peluang untuk memikat isteri Hassan, dan dengan rupa yang sebijik macam Hassan, Hussin terus mencurahkan cinta dan harapam lalu dengan pantas sekali, terus sahaja isteri Hassan yang rindukan Hassan dan anak Hassan yang dahagakan kasih sayang, menerima pengganti ketua keluarga yang baru dalam hidup mereka...
Sedikit sebanyak, Hussin merasa kasihan kepada arwah Hassan, mati muda dan kena potong kaki sebelum mati.., kasihan sungguh Hassan, sekarang segala hartamu telah menjadi milikku.., MPV dan Skuter berhias, ha ha! Hussin bangga dengan diri sendiri, dengan kejayaan yang datang bergolek..
Kepada arwah Hassan yang menjadi mayat dengan air mata berlinang dipipi dulu, kematianmu tiada orang yang cemburu, malahan ada orang sedang mentertawakan kamu, kasihan sungguh padamu Hassan..
Part 3
2 tahun kemudian, ketika rakyat Malaysia sedang berbaring rehat di ruang tamu menonton TV, tengok cerita 'Sarjan Hasan' lakonan P Ramlee yang selalu di ulang tayang sempena hari kemerdekaan, si Hussin juga sedang lepak di depan TV sambil hisap rokok menonton TV cerita 'Sarjan Hassan', oleh kerana watak hero dalam cerita tu bernama Hassan, Hussin sedikit sebanyak, terimbas kembali akan kesusahan hidup Hassan saudara kembarnya dan betapa sedihnya Hassan di saat kematiannya...
Tiba tiba siaran terganggu dengan berita terkini yang mengatakan Malaysia telah di serang, kemudian nampak pulak gambar mayat-mayat bergelimpangan di Kelantan dan Johor yang di papar di skrin TV, gambar jet penceroboh sedang berligar di ruang udara KL dan letupan demi letupan berlaku.., sebentar kemudian TV padam dan seluruh taman perumahan Black out,
Kemudian Hussin terdengan bunyi tembakan, ledakkan bom, rumah terbakar dan terdengar juga laungan orang menjerit dan menangis di sana sini..
Dalam kegelepan, si Hussin merangkak mencari anak dan isteri, setelah memastikan anak isteri selamat, Hussin merangkak pulak pergi mengunci pintu dan menutup semua tingkap, dalam kegelepan malam bersama kebingitan perperangan, Hussin kukuh berpelukan bersama anak beranak di sudut bilik sepanjang malam..
3 hari kemudian, bekalan makanan di rumah Hussin dah habis, biskut, Maggie, dan kacang semua dah habis di makan, Hussin yang tak berani nak keluar rumah terpaksa juga keluar hari ini, sebab anak dah menangis tak nak makan biskut lagi, menangis nak makan nasi, menangis nak pergi main kat luar dan menangis nak pergi tengok wayang, lalu dengan terpaksa, Hussin keluar juga dari rumah mencari makanan untuk anak dan isteri tercinta, walaupun bukan anaknya, tapi dah di anggap macam anak sendiri, dah sayang gila, lagipun masih darah yang sama mengalir dalam tubuh si anak..
Dari luar rumah, Hussin terlihat langit telah menjadi mendung kerana banyaknya asap di sana sini, dan kereta MPV serta skuter berhias yang diwarisinya pula, nampaknya sudah hancur berkecai..
Dalam kesamaran pagi, Hussin masih tahu meniti jalan menuju kedai runcit berhampiran, tapi kedai dah hancur dan di depan kedai di dapati jalan menjadi begitu tidak rata sekali, bila tersadung dan terjatuh barulah Hussin perasan jalan yang tidak rata itu adalah disebabkan mayat mayat yang bergelimpangan, dan Hussin yang sudah lama tidak menangis di atas sejadah hari ini telah bercucuran air mata dengan selebat lebatnya kerana hampir semua mayat itu Hussin kenal siapa tuannya, cikgu sekolah, anak saudara, jiran sebelah, juruwang, tauke kedai mamak, pelayan restoren, anak Pak haji, anak pak ngah, sipolan sipolan..
Tiba tiba Hussin terdengan bunyi tembakkan lagi, dan Hussin sempat lari ke bangunan berhampiran, dan terus lari dan bersembunyi di sebuah tapak pembinaan yang belum siap, di sana Hussin bertemu dengan beberapa kawan yang turut bersembunyi di situ..
Dari tingkap bangunan persembunyian, Hussin dapat melihat operasi pecah rumah dari tentera penceroboh telah berjalan, rumah di pecah masuk dan semua penghuni rumah di paksa keluar dan berkumpul di padang taman permainan yang biasa budak budak main bola, dan Hussin sangat panic tapi tak boleh buat apa-apa bila melihat pintu rumahnya di tendang tentera pengceroboh, beberapa askar penceroboh terus masuk dan sebentar kemudian, terlihat isteri Hussin di seret keluar dengan di cekak rambut, isteri Hussin mengelumpur meronta tapi di sepak dan di terajang membuatkan isteri Hussin terus pengsan, air mata Hussin terus tumpah apabila melihat anaknya juga di layan dengan cara yang sama kejam..
Tiba tiba berlaku perkara yang lebih dahsyat, semua orang lelaki yang berkumpul di padang telah di tembak sehingga mati, anak anak juga di tembak dan di pijak pijak, wanita pula di rogol sebelum ditembak.., isteri Hussin juga di rogol dan di tembak, anak Hussin juga mati di pijak..
Beberapa orang kampong yang bersembunyi mula menjadi hysteria, menjadi gila dan mula mencapai kayu lalu keluar dari tempat persembunyian, terus tentera penceroboh tahu bahawa masih ada yang hidup, maka peluru di lepaskan, bunyi bom, letupan di sana sini.., darah bergemercikkan, dan tapak pembianaan yang belum siap itu terus menjadi hancur berkecai bak padang terkukur..
Part 4
Pada waktu petang itu, Hussin dapati dirinya bersama beberapa rakan yang masih selamat, rupa-rupanya mereka semua selamat lari buat sementara waktu dan bersembunyi dalam hutan berdekatan, baru Hussin perasan, kakinya yang sangat sakit, bila dilihat rupanya sebelah kaki telah tiada, dan rupanya Hussin dah pengsan akibat serangan pagi tadi, tapi masih ada kawan kawan yang membantu memapah Hussin lari ke hutan, dan kaki Hussin putus akibat terkena bom...
Hussin menangis, lalu seorang rakan menghulur ubi mentah, Hussin makan dengan rakus dan terus teringat anak anak yang lapar pagi tadi, dan air mata terus tumpah mengenangkan anak dan isteri telah mati di bunuh tentera penceroboh..
Belum sempat Hussin habiskan makanan, terdengar lagi bunyi tembakan, darah melimpah membahasi ubi mentah, beberapa rakan terus mati serta merta akibat kepala berkecai di tembak tentera penceroboh, Hussin campak ubi dan mula merangkak lari tak tahu ke mana, dengan kaki yang masih berlumuran darah, Hussin mengesot sedang telinga bingit terdengar bunyi letupan dan tembakan..., tiba tiba Hussin menggulusur jatuh ke sebuah sungai berdekatan, dalam keadaan kelam kabut Hussin yang tenggelam timbul cuba menggapai sebab tak mampu beranang dengan satu kaki...
Akhirnya Hussin dapat berpaut pada sebatang kayu yang hanyut.., dan Hussin dapat lihat bersama kayu yang hanyut itu terdapat beratus ratus mayat yang juga sedang hanyut ke muara, dan Hussin bertambah sedih kerana hampir semua mayat itu Hussin kenal, dan Hussin menjerit jerit memanggil nama Allah, apabila ternampak mayat isteri dan anaknya juga sedang hanyut menuju muara..., sungai telah lama menjadi merah..
Part 5
Keesokkan hari, di pinggir sebuah tebing sungai, terlihat darah yang membahasahi di sana sini, terlihat ada tiga jasad, dua tidak bernyawa dan satu masih hidup..
Terlihat mayat isteri Hussin dan anak Hussin terlantar di tebing sungai, dan Hussin sedang berbaring di antara mereka..
Tiada kawan kawan yang hadir, jika ada yang hadirpun adalah kawan kawan yang hanyut dalam bentuk mayat berlalu tanpa singgah menjenguk Hussin, tak macam ketika kematian Hassan dahulu, ramai yang datang menjegah.., Hussin mulai cemburu pada 'kematian' Hassan.. Hussin menangis lagi.
Maaf ler bang Hussin, masa dah nak sampai, abang Hussin ketika berbaring di tebing sungai itu juga tanpa sebelah kaki.., sedang tangan kiri menggenggam tangan anak yang dah jadi mayat, dan tangan kanan menggenggam mayat tangan isteri, air mata terus mencurah sedih lantaran anak dan isteri telah menjadi mayat sejuk, dan antara dua mayat itu, Hussin teringat pada Hassan, kematian Hassan penuh meriah. Hassan dimandikan oleh AJK surau, lepas tu Hassan dibungkus dengan kain kapan dan di solatkan…
Tapi Hussin, sebentar lagi akan menjadi mayat yang berulat, atau mungkin mayat Hussin akan di makan oleh haiwan liar…
Part 6
2 hari kemudian, mayat isteri dan anak sudah mulai membusuk dan berulat, Hussin yang masih nyawa-nyawa ikan dan sudah banyak pendarahan itu mulai cemburu pada meraka yang mati sebelum Malaysia di serang, Hussin mulai mengeluh kenapa aku tak mati dulu?, kena kencing manis ke?, darah tinggi ke?, kenapa aku mati begini?
Hussin, dalam keadaan cemburu.., akhirnya mati jua…
Mati dalam Negara yang telah hilang KeMerdekaannya…
Hussin, pelik sungguh, dulu waktu Negara Merdeka, kamu kasihan dan ketawa pada orang yang mati sebelum kamu, tapi bila Negara telah hilang KeMerdekaannya… nampaknya kamu sudah cemburu pada kematian mereka
Maka fahamlah aku akan maksud Merdeka adalah:
Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah ertinya Merdeka...
Aku ulangi,
Maksud Merdeka adalah:
Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah ertinya Merdeka...
Lalu kenapa kita takut mati wahai sahabat?, kenapa bersedih mati sekarang?, ini Negara Merdeka, kematianmu akan di urus dengan bermaruah....
Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada perkara lain yang Hussin dan kita semua kena faham tentang Merdeka...
Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka...
Tak perlu aku tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar RA atau Saidina Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi shurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang sebenar-benarnya!
Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Aku ulangi,
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!
Fahamlah kita di sini wahai Hussin dan korang semua bahawa walau dimanapun mayat kita di tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi mayat..
Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang besar, bermakna kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh ke masjid solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh beriktikaf di masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang..
Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita asyik tengok cerita perang sampai tinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah…
Tuan Puan sekalian, Kejayaan hakiki bukan di ukur apabila kita dapat hidup dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka ada perintah Allah sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga ada perintah Allah sekian sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat perintah Allah dalam apa jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara perperangan..
Orang Palestin yang mati di bunuh Israel ketika sedang bersolat berjemaah dalam negara huru hara adalah jauh lebih baik dari orang Malaysia yang mati ketika menonton cerita perang sampai terlupa solat berjemaah…
Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang sanggup solat berjemaah di masjid 5 waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa payahnya rakyat palestin nak solat berjemaah sebab tentera Israel tak bagi kerana Negara mereka belum Merdeka…
Kita di sini asyik kibarkan bendera jalur gemilang, kerana kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat beribadat dengan aman, dapat azan dengan kuat dan dapat ke masjid solat berjemaah tanpa halangan, tapi apabila kita tidak mahu beribat dalam Negara merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah dalam Negara Merdeka, tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka, apakah ertinya kemerdekaan itu?
Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita Merdeka?
Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna…
Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Tsunami datang atau Negara di serang?
Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini bila bila masa..,
Siapa yang shukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih..
Maka sementara kita masih Merdeka, jadilah orang islam yang benar benar menyembah Allah dalam Negara Merdeka..
Part 7
Tiba tiba Hussin terjaga dari tidur, tertidur ketika menonton TV cerita Sarjan Hassan tadi, di telinganya terdengar azan yang jelas berkumandang kerana di laungkan di sebuah Negara Merdeka..., Hussin bermimpi rupanya..
"Dah lah tu, Hussin, tutup TV tu, dah berapa kali kau nak tengok Sarjan Hassan, dah azan ni, dalam Negara merdeka, orang tak dengar azan sambil baring tau!" kata driver keretamayat...
End.
Ps: Aku ulangi sekali lagi, Dalam Negara merdeka, orang tak dengar azan sambil baring-harap maklum(aku lah ni..isk) dan Selamat Merdeka, dan Selamat Berpuasa!
(Surah an-Nahl: ayat 125)
No comments:
Post a Comment