Posts

Showing posts from September, 2008

Zakat Bawa Berkat

DALAM surah al-A’la, ayat 14 dan 15 menjelaskan: “Sesungguhnya berjayalah orang yang berusaha membersihkan dirinya (dengan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan solat.” Berdasarkan satu hadis diriwayatkan Ibn Khuzaimah, Rasulullah s.a.w pernah ditanya mengenai ayat berkenaan dan baginda menerangkan, yang ayat terbabit diturunkan mengenai zakat fitrah. Demikian juga menurut satu lagi riwayat daripada Saidina Ali; maksud membersihkan diri pada ayat terbabit ialah mengeluarkan zakat fitrah dan ‘menyebut nama Tuhan serta mengerjakan solat’ ialah mengucap takbir pada hari raya dan mengerjakan solat hari raya. Zakat fitrah ialah zakat badan yang diwajibkan ke atas umat Islam kerana berakhirnya bulan Ramadan dan dikeluarkan mengikut peraturannya. Ia disyariatkan pada Sya’ban tahun kedua hijrah dengan beberapa tujuan, antaranya untuk membersihkan diri orang yang mengerjakan puasa daripada perkataan buruk dan sia-sia serta memberika...

Kuasa, kekayaan tak jejas ketakwaan, iman Nabi Sulaiman

NABI Sulaiman memohon daripada Allah supaya dikurniakan sebuah kerajaan yang besar dan luas. Allah memperkenankan permohonan Nabi Sulaiman itu yang tidak diberikan kepada kerajaan lain selepasnya. Allah juga mempermudah angin yang bertiup mengikut arahan Baginda. Jika angin diperintah bertiup, nescaya bertiuplah ia dan apabila diperintah berhenti, angin pun berhenti. Baginda juga berupaya memerintah angin bertiup menjadi ribut kencang atau bayu lembut yang nyaman. Baginda boleh mengarahkan angin bertiup membawa awan dan menurunkan hujan di kawasan kering dan gersang dalam wilayahnya. Bumi gersang itu pun bertukar subur menghijau membawa kemewahan kepada petani. Pada waktu negara jiran mengalami kemarau panjang, negara Israel mewah dengan air hujan yang dibawa awan. Ribut taufan menjadi bala tentera Baginda ketika bertindak memecahbelahkan barisan pertahanan musuh. Allah juga mempermudahkan jin berkhidmat kepada Nabi Sulaiman dan jin digunakan sebagai buruh lombong tembaga dan bijih be...

BULAN Ramadan bulan kemaafan

BULAN Ramadan adalah bulan kemaafan dan bulan keampunan. Kita digesa supaya banyak bertaubat atas segala dosa sebab bulan ini memang Allah buka pintu taubat dan keampunan dengan seluas-luasnya. Amatlah rugi sesiapa yang apabila berakhirnya bulan Ramadan sedangkan dosa-dosanya tidak diampunkan Allah dan nanti tidak berapa lama lagi akan tiba hari raya. Dengan dendangan lagu-lagu raya yang sudah mula berkumandang, perkataan ‘ampunkan dosa’, ‘mencuci dosa’ dan lain-lain mendorong kita untuk bermaafan. Namun yang ingin penulis uar-uarkan di sini ialah permohonan maaf yang berlaku itu kadangkala secara sambil lewa, tanpa keikhlasan mahupun kesedaran di dalam hati mana-mana pihak. Perbuatan saling bermaafan itu dilakukan hanya kerana ‘masa’ sudah tiba dan bukannya kerana keinsafan serta kemahuan untuk mensucikan diri, mahupun untuk memaafkan orang lain. Amat malang sekali apabila permohonan dan pemberian maaf - sesuatu yang amat dituntut - hanya menjadi satu budaya dan bukannya dihayati den...

Mengingati kematian

Setiap makhluk, tidak boleh melarikan diri daripada mati, termasuk binatang, jin, malaikat, termasuk malaikat yang mengambil nyawa. Kematian adalah satu hakikat hidup. Dalam surah al-Ahzab, ayat 16 dijelaskan: Katakanlah, lari itu sekali-kali tidaklah berguna bagimu, jika kamu melarikan diri daripada kematian atau pembunuhan dan jika kamu terhindar dari kematian, kamu tidak juga akan mengecap kesenangan kecuali sebentar sahaja. Ketika ditanya tentang kematian, baginda menjawab bahawa manusia yang baik ialah mereka yang baik budi dan akhlaknya, manakala manusia yang terkaya adalah mereka yang banyak ingatkan mati, juga baik persediaannya. Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Orang yang sempurna akalnya ialah mereka yang selalu memperbaiki dirinya dan beramal untuk bekalan mati. Sedangkan orang yang bodoh ialah mereka yang selalu menurutkan hawa nafsunya, tetapi berharap keampunan Allah tanpa amal. Allah menyuruh agar setiap orang mengingati mati, kerana de...

Jangan salah gunakan agama bagi kepentingan diri

ISLAM adalah matlamat yang dituju, bukan alat yang dipergunakan. Malangnya dalam masyarakat hari ini, banyak keadaan menunjukkan Islam itu tidak lebih daripada alat yang dipergunakan. Islam dipergunakan untuk keuntungan peribadi, perniagaan, politik dan lain-lain. Islam diperlakukan oleh sesetengah pihak bagai pelaris jualan. Atau Islam dibuat bagaikan saluran media untuk mengiklankan barangan. Islam ditampal dalam aktiviti kehidupan sesetengah pihak bukan kerana kecintaan kepada Islam, tetapi kerana itu boleh mempengaruhi orang ramai. Ini samalah dengan seorang tuan kedai yang menggantungkan ayat-ayat al-Quran di dinding kedainya untuk menarik perhatian pelanggan semata-mata. Padahal dia tidak pun berpegang kepada isi kandungan ayat yang digantung. Islam yang menuntut agar bersih dan jujur dalam perniagaan tidak pun dilakukannya. Bahkan lebih teruk lagi, mungkin dia tidak bersolat, berpuasa dan perkara-perkara asas yang lain sebagai seorang muslim. Namun dinding kedainya dipenuhi aya...

Menjelang fasa akhir Ramadan

SEDAR tidak sedar kita sudah melangkah masuk ke 10 hari terakhir Ramadan. Sebagai umat Islam yang benar-benar menjiwai dan menghayati makna ibadah, kita seharusnya dukacita kerana Ramadan sudah sampai ke penghujungnya. Bulan-bulan yang mendatang pastinya tidak sama sebagaimana keberkatan yang tersedia untuk beribadah dengan ganjaran berganda seperti Ramadan Apatah lagi kalau kita menginsafi hakikat, tiada jaminan kita masih bernyawa untuk merasai nikmat Ramadan pada tahun mendatang. Sebab itulah manusia yang berfikiran rasional seharusnya menggunakan setiap detik yang tersisa untuk menggandakan amalan dan ibadah seutuhnya kepada Allah terutamanya pada hari-hari terakhir bagi meraih peluang dan ruang keberkatan yang ada. Namun apa yang mendukacitakan, budaya masyarakat Islam di Malaysia tampak semakin menyimpang daripada makna sebenar beribadah pada bulan ini. Semacam wujud kecelaruan keutamaan yang serius dalam pertimbangan umat Islam ketika ini. Semakin hampir Ramadan ke penghujungn...

Kalimah Syahadah

Kesempurnaan Aqidah seorang muslim bergantung kepada sejauhmana ia dapat menyempurnakan rukun dan syarat-syarat Syahadah. Begitu juga aqidah yang telah sempurna itu boleh rosak apabila rukun dan syaratnya dilanggar. Lafaz syahadah ialah : Ertinya : Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah Syahadah ini hendaklah dilafazkan dengan lidah dan ditasdiqkan (ingatkan dengan tetap) di dalam hati. RUKUN SYAHADAH Berikut adalah huraian mengenai rukun, syarat dan perkara-perkara yang boleh merosakkan aqidah.Menurut Ulama’ Usuluddin Rukun Syahadah ada 4, iaitu : Menetapkan zat Allah. Mengakui zat Allah iaitu sifat Allah adalah paling sempurna. Menetapkan perbuatan Allah sebagai perbuatan Dia sahaja dan tidak sama dengan perbuatan makhluk. Menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah sahaja yang benar. SYARAT SYAHADAH Mampu menyebut dan membacakan kalimah Shahadah ( diucapkan dengan lidah ). Hendaklah...

AMALAN SUNAT DALAM BULAN-BULAN ISLAM

BULAN MUHARRAM Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua') Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa Asyura) Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakkan amalan bersedekah kepada fakir miskin Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga Mengusap kepada anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat Sesiapa yang berbuat baik kepada anak yatim seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak-anak yatim. Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta-minta selama hidupnya BULAN SAFAR BULAN RABIUL AWWAL BULAN RABIUL AKHIR BULAN JAMADIL AWWAL BULAN JAMADIL AKHIR Tiada amalan sunat yang khusus atau istimewa dalam bulan ini melainkan amalan sunat dan fardhu seperti biasa. REJAB Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini deng...

Bani Israel ingkari nikmat Ilahi dilaknat jadi monyet, khinzir

KEHIDUPAN di padang pasir yang kering kontang menyebabkan sumber makanan berkurangan dan keadaan itu membangkitkan kemarahan bani Israel yang mula menyalahkan Nabi Musa serta Harun yang mengajak mereka keluar dari Mesir. Mereka sudah mula nampak kematian. Di padang pasir yang tandus itu mereka bagaikan hilang kepercayaan kepada Maha Kuasa yang berupaya menurunkan makanan kepada hamba-Nya. Allah memberitahu Nabi Musa bahawa Ia mendengar segala rintihan bani Israel. Pada petangnya, angin bertiup membawa bersama burung salwa sehingga menutupi bumi yang kering kontang itu. Burung itu ditangkap dan dimasak oleh bani Israel. Keesokan paginya, turun pula manna, tepung berwarna putih bagaikan tepung gandum atau jagung. Rasanya menyerupai tepung apabila dicampur dengan madu. Manna turun bagai embun pagi dan perlu dipungut segera sebelum cair terkena sinaran matahari. Nabi Musa memberitahu kaumnya bahawa itulah tepung untuk membuat roti yang Allah turunkan kepada mereka. Setiap orang hanya diben...

Kalam Allah beri hidayah, petunjuk manusia tinggalkan hidup jahiliah penuh kesesatan

PERISTIWA Nuzul al-Quran antara perkara penting yang harus diingat dan direnung Muslim kerana bermula dengan peristiwa itu zaman jahiliah yang diliputi kegelapan disinari cahaya, kesesatan digantikan kebenaran dan umat yang hidup bertuhankan hawa nafsu berubah bertuhankan Allah Yang Esa. Peristiwa Nuzul al-Quran menjana perubahan dan membina peradaban umat. Allah berfirman bermaksud: "Dan tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107) Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata "al-Quran mukjizat akhir zaman" atau "al-Quran yang mempunyai mukjizat". Disebabkan keutamaan inilah, al-Quran berbeza daripada kitab lain yang diturunkan kepada nabi terdahulu sebelum Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya al-Quran adalah mukjizat terbesar dianugerahkan Allah kepada Rasulullah SAW dalam menghadapi cabaran menegakkan syiar Islam. Ketabahan Baginda berjaya mengubah bangsa Arab yan...

Ramadan masa buang tabiat buruk

RAMADAN saban tahun mampir dengan penuh rahmat dan berkat. Selain disyariatkan berpuasa selama sebulan, umat Islam amat digalakkan juga kita meningkatkan ibadat wajib dan sunat ke tahap maksimum. Apatah lagi, mengetahui akan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda dan pintu keampunan yang terbuka luas pada bulan penuh kelebihan ini. Wartawan ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto, REDWAN ADMAN menemu bual Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh bagi merungkai kemelut yang dihadapi kaum wanita acap kali tibanya Ramadan. MEGA: Lumrahnya kaum wanita ada cuti khas pada setiap bulan. Jadi bagaimana perlunya pengisian Ramadan agar lebih bermanfaat? NIK SALIDA: Sewaktu wanita tidak diizinkan berpuasa dalam bulan Ramadan kerana haid atau nifas, mereka masih boleh memanfaatkan Ramadan dengan amal ibadat yang lain seperti bersedekah, memberi makan khusus kepada orang yang berbuka puasa, mendengar orang bertadarus, berselawa...

Menghulur bantuan sekalipun kecil nilainya

DARIPADA Ummu Bujaid r.ha., beliau berkata: “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya orang miskin sering datang ke pintu rumahku, tetapi aku tidak mempunyai sesuatu yang boleh diberikan kepadanya.” Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sekiranya engkau tidak mempunyai sesuatu untuk diberikan kepadanya melainkan kuku kuda yang telah terbakar maka hulurkanlah ke tangannya.” (riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi) Keterangan Rasulullah menggesa agar menghulurkan sedekah dengan apa sahaja benda yang dimiliki, sekalipun kuku kuda atau seumpamanya. Ia merupakan benda yang paling rendah nilainya. Kebanyakan fakir miskin tidak mahu menerimanya kerana ia tidak bermanfaat melainkan semasa kebuluran. Maka janganlah menolak permintaan orang yang memerlukan dalam keadaan merugikannya. (Al-Muntaqo Syarah Muwatto’). "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhn...

Ramadan pesta kurma

RAMADAN terkenal juga sebagai bulan pesta kurma, dengan ketibaan puasa, bermakna buah yang berzat ini melimpah-ruah di pasaran. Kurma atau tamar adalah antara makanan utama Nabi Muhammad s.a.w dan diteladani umat Islam zaman berzaman, malah makanan utama di Timur Tengah. Ensiklopedia Wikipedia menyatakan, kurma dipercayai berasal di sekitar Teluk Parsi dan ditanam sejak zaman kuno dari Mesopotamia hingga prasejarah Mesir. Bukti arkeologi menunjukkan penanaman kurma di bahagian timur Arab pada 6000 Sebelum Masihi. Kemudian, masyarakat Arab membawa kurma ke Asia Selatan, Asia Tenggara, utara Afrika dan Sepanyol. Ia juga diperkenalkan ke Mexico dan California oleh orang Sepanyol pada 1765. Kurma mengandungi biji tunggal berukuran dua hingga dua setengah sentimeter dengan ketebalan enam hingga lapan milimeter. Tiga jenis utama kurma, iaitu jenis lembut seperti Barhee, Halawy, Khadrawy, Medjool; separuh kering contohnya Dayri, Deglet Noor, Zahidi dan kering seperti Thoory. Jenis buah berga...

Kehebatan Al-Quran

FIRMAN Allah, maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah)...” (al-Baqarah: 185) Penurunan al-Quran atau masyhur disebut nuzul al-Quran pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad s.a.w peristiwa yang sangat besar dan tidak dilupakan generasi umat Islam. Nuzul bererti penurunan atau perpindahan dari atas ke bawah (turun) manakala al-Quran bererti bacaan atau himpunan. Ulama meletakkan takrif al-Quran sebagai kalam Allah yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad s..a.w dengan perantaraan Jibril a.s serta menjadi ibadat dengan membacanya. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara membabitkan persoalan tauhid (ketuhanan), ibadat, jenayah, muamalat dan kemasyarakatan, sains teknologi dan banyak lagi. Al-Quran suatu mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w yang abadi hingga hingga hari ki...

Puasa sebagai perisai maksiat

TERDAPAT banyak kelebihan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa. Abu Hurairah ada meriwayatkan satu hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud: Puasa itu perisai, maka janganlah kamu mencela dan berkata-kata kotor, jika ada seseorang yang mahu mencelanya, katakanlah kepadanya : sesungguhnya aku ini berpuasa - 2 kali -. Demi diriku yang berada di tangan-Nya, bahawasanya bau mulut orang yang berpuasa itu adalah lebih wangi di sisi Allah daripada bauan kasturi, dia berpuasa dengan meninggalkan makanan, minuman dan nafsu syahwatnya semata-mata kerana-Ku. Ibadat puasa itu adalah untuk-Ku dan Akulah yang akan memberi balasan pahala kepadanya, dan setiap satu kebajikan itu akan dilipat gandakan dengan 10 kali ganda. (riwayat al-Bukhari ). Berdasarkan hadis ini sahaja, beberapa kelebihan akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang berpuasa. Pertama: Puasa itu adalah perisai. Perisai yang dimaksudkan di sini ialah perisai daripada api neraka. Barang siapa yang mahu...

Batal Wuduk atau Tidak?

Muqaddimah: Bersalam atau menyentuh perempuan ajnabi (bukan mahram; keluarga terdekat yang haram dinikahi dan isteri) dengan sengaja adalah satu perbuatan yang haram. Demikian juga seorang perempuan menyentuh lelaki ajnabi, ini berdasarkan sabda Nabi saw: Maksudnya: “Kalau dicucuk dengan jarum dikepala salah seorang dari kamu adalah lebih baik daripada dia menyentuh perempuan yang tidak halal baginya”. [HR At-Tabarani 20/212, Sahih Al-Jami’ No. 4921] Masalah yang akan dibincangkan ialah apabila tersentuh perempuan ajnabi secara tidak sengaja atau menyentuh isteri sendiri, adakah batal wudhu’ atau tidak? Terdapat beberapa pandangan para ulama’ tentang permasalahan ini. Ibnu Al-Munzir menyebut di dalam kitabnya (Al-Ausat) lima pendapat, tetapi yang masyhurnya adalah tiga: 1) Pendapat pertama: Pertemuan/sentuhan diantara kulit lelaki dan perempuan yang ajnabi (sah dinikahi) atau isteri akan membatalkan wudhu’, sama ada dengan syahwat atau tidak, sengaja atau tidak. Tetapi tidak batal jika...