Berdoa juga perlu mengikut adab serta syarat tertentu
DARIPADA Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada orang mukmin seperti diperintahkan-Nya kepada rasul. Firman-Nya: Wahai rasul, makanlah makanan baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal salih. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Mukminun, ayat 51) Firman Allah lagi: Wahai orang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang kami rezekikan kepadamu. (Surah al-Baqarah, ayat 172). Kemudian Nabi SAW menceritakan mengenai seorang lelaki sudah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut-masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa: Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Padahal makanannya daripada barang haram, minumannya daripada yang haram, pakaiannya daripada yang haram dan dia diasuh dengan makanan haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doa...