KEHIDUPAN di dunia ini penuh ujian dan dugaan daripada Allah. Ujian itu boleh jadi bentuk kesenangan, kesusahan dan penderitaan bertujuan untuk menguji keimanan, ketakwaan serta kesabaran seseorang Muslim itu.
Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami sudah menguji orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.” (Surah al-‘Ankabut, ayat 2-3)
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa setiap Muslim akan menerima ujian dan dugaan dalam kehidupan di dunia ini.

Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Demi sesungguhnya kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Demi sesungguhnya kamu akan mendengar daripada orang yang diberikan kitab sebelum kamu dan orang musyrik. Banyak tuduhan dan cacian menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara patut diutamakan.” (Surah Ali-Imran, ayat 186)
Tafsir al-Maraghi ada dijelaskan bahawa Rasulullah SAW, sahabat serta umat Islam sudah menerima pelbagai ujian antaranya berbentuk tuduhan serta ejekan, celaan daripada kaum Yahudi, Nasrani dan Musyrikin.
Antaranya, gangguan pelanggaran janji kaum Yahudi serta usaha mereka untuk membunuh Nabi Muhammad SAW sehinggalah kaum Yahudi diusir dari kota Madinah. Selepas itu kota Madinah menjadi aman daripada sebarang kejahatan mereka.

Kedua, persepakatan kaum Yahudi dengan tentera sekutu Musyrikin untuk menyerbu kota Madinah dalam usaha menumpaskan umat Islam.
Dalam peristiwa itu, umat Islam sudah dikepung dan ditindas sehingga mengalami suatu ujian amat dahsyat dan mengalami penderitaan berat.
Jika disoroti kembali sejarah, umat Islam sememangnya tidak terlepas daripada menerima ujian dan dugaan yang banyak sejak zaman Rasulullah SAW lagi, bahkan ia berterusan pada zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin hingga ke hari ini.
Inilah yang terjadi kepada umat Islam di Gaza, Palestin yang kini menghadapi penindasan dan serangan hebat daripada tentera Zionis serta melakukan pengeboman dan kekejaman sehingga mengakibatkan kecederaan dan kematian ribuan penduduk Islam.

Mereka yang masih hidup bukan saja kehilangan orang disayangi, bahkan juga kehilangan tempat tinggal dan pekerjaan serta terpaksa menghadapi penderitaan akibat daripada kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan diperlukan.
Apabila melihat penderitaan dialami mereka ditimpa musibah itu, sudah tentu timbul dalam hati dan sanubari kita perasaan belas kasihan serta simpati terhadap nasib menimpa mereka.
Sebagai umat Islam yang diikat dengan tali persaudaraan dan kasih sayang sesama Islam, kita berserta dengan negara Islam lain, juga negara yang mencintai keamanan serta kedamaian amat kesal dengan apa yang berlaku.
Penggunaan kekerasan yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin mengundang perasaan sedih di hati umat Islam terutama apabila melihat kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa.
Sebagai salah satu usaha yang boleh dilakukan semua kita ialah memanjatkan doa kepada Allah memohon supaya umat Islam di Palestin tabah dan sabar menghadapi ujian ini, semoga pertolongan Allah akan datang kepada mereka.
Berdoa adalah usaha terbaik memohon pertolongan Allah kerana Allah berfirman bermaksud: “Apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka beritahu kepada mereka sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir kepada mereka. Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dengan mematuhi perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta benar.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Doa adalah senjata bagi orang Mukmin.” (Hadis riwayat a-Hakim)
Justeru, marilah berdoa semoga penderitaan dialami umat Islam di Palestin khususnya berakhir dengan segera. Sebaiknya doa memohon keselamatan dan kesejahteraan itu dilakukan secara berterusan.
Di sebalik pengalaman perit dilalui rakyat Palestin, banyak pihak tampil dengan usaha untuk memberi bantuan termasuk menubuhkan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.
Mudah-mudahan sumbangan ikhlas umat Islam itu mampu meringankan kesengsaraan di tanggung saudara Islam di sana dan memberi semangat serta keyakinan bahawa ada pihak yang mengambil berat penderitaan di lalui mereka.
Semoga kekejaman dilakukan terhadap umat Islam di Gaza menyedarkan masyarakat Islam seluruh dunia pentingnya untuk bersatu padu kerana hanya dengan bersatu, umat Islam akan kuat dan berupaya menyekat serangan musuh.
Pada masa sama, hendaklah umat Islam meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengambil pengajaran dan iktibar daripada segala ujian Allah itu.
Kita juga hendaklah sentiasa berdoa memohon pertolongan-Nya pada setiap masa dan keadaan, supaya umat Islam seluruhnya sentiasa terselamat dan terpelihara daripada segala musibah dan bencana.
Allah berfirman bermaksud: “Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang beriman ialah orang Yahudi dan orang musyrik.” (Surah al-Ma’idah, ayat 82)

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)
(Surah an-Nahl: ayat 125)
No comments:
Post a Comment