Posts

Showing posts from February, 2009

Memahami, mendalami kesempurnaan wuduk

IBADAH wuduk memiliki kedudukan tersendiri di sisi Allah dan ia adalah kunci permulaan bagi ibadat solat. Wuduk juga berperanan untuk menenangkan jiwa supaya dapat menumpukan perhatian terhadap solat. Selain itu, wuduk juga boleh menyegarkan badan serta mengembalikan tenaga dan pada masa sama menyucikan anggota badan yang terdedah. Ini menunjukkan wuduk mempunyai peranan penting dari segi spiritual dan fizikal. Buku bertajuk Beberapa Persoalan Lazim Tentang Taharah mengupas kepentingan bersuci dan hukum berkaitan wuduk. Buku ini menjawab 18 persoalan lazim ditimbulkan mengenai hukum bersuci meliputi tatacara berwuduk, perkara membatalkan wuduk, tayamum dan mandi secara mendalam lengkap dalil al-Quran serta hadis. Tatacara wuduk diperjelaskan berdasarkan hadis Rasulullah SAW merangkumi perkara sunat dan fardu contohnya bersiwak sebelum berwuduk, berniat dan menyebut nama Allah seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak ada wuduk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah padan...

Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya. Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang be...

Perang Gaza ujian perkukuh keimanan umat Muslim sejagat

KEHIDUPAN di dunia ini penuh ujian dan dugaan daripada Allah. Ujian itu boleh jadi bentuk kesenangan, kesusahan dan penderitaan bertujuan untuk menguji keimanan, ketakwaan serta kesabaran seseorang Muslim itu. Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya Kami sudah menguji orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.” (Surah al-‘Ankabut, ayat 2-3) Tidak dapat dinafikan lagi bahawa setiap Muslim akan menerima ujian dan dugaan dalam kehidupan di dunia ini. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Demi sesungguhnya kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Demi sesungguhnya kamu akan mendengar daripada orang yang diberikan kitab sebelum kamu dan orang musyrik. Banyak tuduhan dan cacian menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yan...

Solat Subuh

Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari. Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya. Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sanga...

Pedoman Untuk Wanita

Pujian Rasulullah s.a.w: "Dunia itu seluruhnya perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita/isteri solehah." "Tiada kekayaan yang diambil seorang mukmin setelah bertakwa kepada Allah yang lebih baik dari isteri solehah;iaitu taat jika diperintah, menyenangkan jika dilihat, suka berterima kasih bila diberi, dan jika suaminya pergi akan menjaga dirinya dan harta suaminya." Pedoman Untuk Wanita. Nasihat Umamah binti Harits kepada puterinya Ummu Iyyas bin ‘Auf ketika dipinang oleh Amr bin Hijr, Raja Kindah: "Wahai puteriku, sekiranya memberi nasihat boleh ditinggalkan, maka aku tinggalkan untukmu. Nasihat itu merupakan peringatan bagi yang lain dan pertolongan bagi yang berakal sekalipun seorang perempuan tidak memerlukan harta suaminya kerana orang tuanya sudah kaya. Dan aku adalah orang yang paling tidak memerlukan itu semua, tetapi perempuan itu diciptakan untuk laki-laki dan sebaliknya. Wahai puteriku, engkau keluar menghadapi suasana baru dan tempa...

Pohon Para Syuhada Di Bint Jbeil

Pohon Para Syuhada Di Bint Jbeil . (Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah) Bint Jbeil- Ratusan para pelawat terus menyerbu Bint Jbeil, sebuah bandar di Selatan Lebanon yang digelar sebagai sebuah ibukota kepada Perjuangan Islam, datang daripada seluruh pelusuk Lebanon dan dunia untuk menyaksikan sendiri ‘Pohon Para Syuhada’, sebatang pohon yang dipotong pada tahun 2005 dan dipamerkan di dalam dewan utama bandar itu sebagai mengingati para pejuang yang telah syahid dalam peperangan dengan Israel. Pada hari Rabu, 1 Ogos 2007, pohon tersebut mengejutkan penduduk-penduduk bandar tersebut apabila dedaunan hijau semulajadi tumbuh daripada dahan-dahannya. Dahan-dahan itu juga dikelilingi oleh titisan-titisan yang harum baunya yang keluar daripada sebuah garisan keretakan yang secara tiba-tiba wujud pada pohon tersebut. Pohon tersebut dipenuhi dengan kepingan-kepingan kayu kecil yang terukir nama-nama para syuhada di atasnya dan ia dicat dengan warna coklat gelap, sebagai simbolik kepada warna...

Yang Bernama Wanita Solehah

(Sumber saya dari : Kitab Kanzul 'Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar dan Al-Hijab..). 1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." 2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh. 3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali. 4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh. 5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka bar...

Susahkah Jadi Wanita Muslimah?

Jadi wanita muslimah katanya susah. Idea ini dibawa oleh dikalangan kaum liberal sekarang. Dengan sombong mereka mengatakan islam bersikap diskriminasi terhadap wanita.Jadi wanita muslimah yang taat memang susah. Mereka pun menyusun beberapa alasan yang tidak munasabah: *Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding kaum lelaki. *Kesaksian wanita separuh kesaksian lelaki. * Wanita harus taat suami, tapi suami tidak harus taat pada isteri, talak pun terletak di tangan suami. *Untuk keluar rumah seorang wanita perlu izin suaminya, tapi tidak untuk sebaliknya. *Wanita dibebani tugas mengandung dan melahirkan anak. *Kaum wanita berkurang hak beribadahnya karena mengalami haid dan nifas, tidak untuk lelaki. Alimos_interior_detailed_by_voodoq Suara-suara mereka seolah-olah tidak mempercayai bahawa islamlah yang memuliakan mereka. Dengan pelbagai slogan seperti “BEBASKAN WANITA” seakan-akan merekalah hak perjuangan wanita. Mereka seperti lupa, siapakah yang menciptakan ...

Pedoman Untuk Wanita

Pujian Rasulullah s.a.w: "Dunia itu seluruhnya perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita/isteri solehah." "Tiada kekayaan yang diambil seorang mukmin setelah bertakwa kepada Allah yang lebih baik dari isteri solehah;iaitu taat jika diperintah, menyenangkan jika dilihat, suka berterima kasih bila diberi, dan jika suaminya pergi akan menjaga dirinya dan harta suaminya." Pedoman Untuk Wanita. Nasihat Umamah binti Harits kepada puterinya Ummu Iyyas bin ‘Auf ketika dipinang oleh Amr bin Hijr, Raja Kindah: "Wahai puteriku, sekiranya memberi nasihat boleh ditinggalkan, maka aku tinggalkan untukmu. Nasihat itu merupakan peringatan bagi yang lain dan pertolongan bagi yang berakal sekalipun seorang perempuan tidak memerlukan harta suaminya kerana orang tuanya sudah kaya. Dan aku adalah orang yang paling tidak memerlukan itu semua, tetapi perempuan itu diciptakan untuk laki-laki dan sebaliknya. Wahai puteriku, engkau keluar menghadapi suasana baru dan tempa...

Wanita Yang Dimurkai-Nya

Sebagaimana Allah suka degan wanita yang solehah, Allah juga sangat murka kepada beberapa jenis wanita. Oleh itu sangat perlu bagi kita mengetahui perkara yang boleh menyebabkan kebenciannya supaya kita terhindar dari kemurkaannya. Kemurkaan Allah pada hari kiamat sangat dahsyat sehinggakan nabi-nabi pun sangat takut. Bahkan Nabi Ibrahim pun lupa bahawa dia mempunyai anak yang bernama Nabi Ismail kerana ketakutan yang amat sangat tentang hakikat tersebut. Abu Zar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang wanita yang berkata kepada suaminya, "semoga engkau mendapat kutukan Allah" maka dia dikutuk oleh Allah dari atas langit yang ke7 & mengutuk pula segala sesuatu yang dicipta oleh Allah kecuali 2 jenis makhluk iaitu manusia & jin." Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang yang membuat susah kepada suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu maka Allah tidak akan menerima amalann...

Pesona Wanita Muslimah

Makhluk yang unik, indah dan menawan tidak lain dan tidak bukan ialah kaum wanita, mereka diciptakan dengan penuh keistimewaan dan keasyikkan. Saban waktu hidup mereka digambarkan bak bunga yang mekar mewangi di taman. Kelembutan, kecantikan dan kebaikan mereka selalu di dambakan oleh kaum lelaki kerana mereka ialah mahluk ciptaan Allah swt yang istimewa. Perempuan atau wanita ialah salah satu daripada dua jantina bagi manusia; iaitu lelaki dan perempuan. Penggunaan perkataan "perempuan" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya dirujuk sebagai betina. Perkataan lain yang membawa erti perempuan adalah wanita, gadis, dara dan sebagainya. Faktor-faktor biologi bukannya penentu yang tunggal untuk memastikan adakah seorang itu dianggap sebagai perempuan. Sesetengah perempuan mempunyai perbezaan hormon atau kromosom yang abnormal (seperti hiperplasia andrenal kongenital, sindrom ketidaksensitifan androgen yang lengkap ataupun sebahagian, ataupun kead...

Islam Memuliakan Kaum Hawa

Islam merupakan agama yang penuh kemuliaan dan ketinggian,ia sangat menjaga kehormatan pemeluknya.Seorang muslim mahupun muslimat dimuliakan dan ditinggikan martabat mereka dengan syariatNya.Itulah kenikmatan terbesar dari Allah,sekaligus kemuliaan dariNya. Allah berfirman : Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam,Kami angkut mereka di daratan dan di lautan,Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. (Al-Isra`[17]:70) Syeikh Abdul Rahman as Sa`di r.h mengatakan: "Inilah bentuk pemuliaan Allah terhadap manusia yang tiada bandingannya,di mana Dia memuliakan bani Adam dengan seluruh kesempurnaan,memuliakan mereka dengan ilmu dan akal,mengutus kepada mereka para rasul,menurunkan kitab-kitabNya, kemudian menjadikan mereka sebagai waliNya serta menganugerahi mereka dengan banyak kenikmatan,baik yang zahir mahupun batin.” Sebahagian Bentuk-bentuk Pemuliaan dan Penjagaan I...

Ujian Itu Hanya Pada Yang Mampu... (DIA lebih tahu semua itu!...)

Buat sahabat-sahabat yang hampir lena dan sentiasa berjaga..... Ujian itu hanya pada yang mampu dan DIA lebih tahu tentang semua itu....! setiap ibu bapa akan diuji dengan anaknya .. setiap anak diuji dengan ibubapanya .. seorang abang/kakak diuji dengan adik-adiknya . . seorang adik diuji dengan abang/kakaknya . . seorang mertua diuji dengan menantunya .. seorang menantu diuji dengan mertuanya .. seorang nenek/datuk diuji dengan cucunya .. seorang cucu diuji dengan datuk/neneknya . . seorang yang sihat diuji dengan nikmat sihatnya ..kadangkala dia disapa oleh kesakitan ... seorang yang kaya diuji dengan nikmat kekayaannya . .kadangkala dia ditegur oleh kemiskinan .. seorang peniaga diuji dengan pelanggannya . .dengan naik turun bisnesnya ..dengan hutangnya .. begitu juga seorang penjawat awam diuji dengan momokan majikannya hidup yang bernama manusia itu takkan sunyi dari ujian... ALLAH pasti akan mengujinya dari setiap aspek kehidupan.. tetapi Maha Suci ALLAH, Mah...