Posts

Showing posts from December, 2008

Video Sajak Kematian

Untuk renungan bersama, video sajak kematian yang menjadi kontroversi... "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk." (Surah an-Nahl: ayat 125)

Azan

Azan merupakan lafaz khusus ataupun zikir yang diamalkan oleh masyarakat Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardhu dan seterusnya menyeru mereka agar berkumpul untuk menunaikan solat fardhu sama ada secara sendirian atau terlebih baik secara berjemaah. Hadir sebagai peraturan sejagat, azan dilihat sebagai satu panggilan suci yang mengandungi makna tertentu yang seterusnya boleh disimbolkan sebagai penyatuan ummah dan penyeruan ke arah kejayaan dunia dan akhirat.. Azan sudah berusia 1429 tahun dan disyariatkan di Madinah al- Munawarrah. Diriwayatkan bahawa azan diamalkan oleh orang-orang Islam pada tahun pertama hijrah. Ketika itu, orang-orang yang berhijrah ke Madinah berkumpul untuk menunaikan solat. Terbit persoalan pada waktu itu bagaimana caranya memberitahu umat Islam masuknya waktu solat dan menyeru secara langsung kepada mereka untuk bersama-sama menunaikan solat secara berjemaah. Sudah pasti perlunya satu mekanisme yang praktikal dan mudah serta satu cara...

Pukul jangan sebarangan

DALAM surah an-Nisa, ayat 34, antara lain menerangkan: “Dan wanita-wanita yang kamu bimbang melakukan nusyuz hendaklah kamu menasihati mereka dan pulaukanlah mereka di tempat tidur dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka taatkanmu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” Ayat itu menerangkan cara menangani isteri yang menampilkan tingkah laku buruk, iaitu dengan menasihati, mengasingkan diri daripada tidur bersama dan memukul. Bagaimanapun, bagi lelaki, yang dominan di sini ialah perkataan ‘pukul’. Sesetengah suami menjadikan ia alasan mengambil tindakan terhadap isteri dengan memukulnya apabila mendapati perwatakan pasangannya tidak disukai, malah ada yang menggunakan sebagai senjata untuk menundukkan pasangan. Dalam Islam, lelaki adalah pemimpin wanita. Suami sebagai ketua keluarga mempunyai bidang kuasa terhadap rumah tangganya. Tetapi dengan kuasa itu dia tidak boleh memperlakukan orang di bawah tanggungannya ...

Peribadi dan Biografi singkat Fatimah Az-Zahra’ (sa)

Nama: Fatimah Gelar: Az-Zahra' Julukan: Ummu Aimmah, Sayyidatu nisâil `âlamîn, Ummu Abihâ. Ayah: Muhammad Rasulullah saw Ibu: Khadijah Al-Kubra Tempat/Tgl Lahir: Mekkah, hari Jum'at, 20 Jumadits Tsani Hari/Tgl Wafat: Selasa, 3 Jumadits Tsani 11 H. Umur: 18 tahun. Makam: Baqi', Madinah Al-Munawwarah. Jumlah putera dan puteri: 2 laki-laki, dan 2 perempuan. Laki-laki: Al-Hasan dan Al-Husein Perempuan: Zainab dan Ummu Kaltsum. Fatimah (sa) adalah salah seorang puteri Rasulullah saw. Ia merupakan wanita yang paling mulia kedudukannya. Kemuliannya diperoleh sejak menjelang kelahirannya, ketika kelahirannya dibidani oleh 4 wanita suci. Ketika menjelang kelahirannya ibudanda tercintanya Khadijah Al-Khubra (sa) meminta tolong kepada wanita-wanita Qurays tetangganya. Tapi mereka menolaknya sambil mengatakan kepadanya bahwa ia telah mengkhianati mereka mendukung Muhammad. Saat itu ia bingung kepada siapa harus minta tolong untuk melahirkan puteri tercintanya. Saat kebingungan Khadijah...

Anak Perlukan Kasih Sayang

IBU BAPA sekarang membeli kasih sayang anak dengan wang. Kebanyakannya bermurah hati memberi wang tetapi agak ‘berkira’ untuk meluangkan masa bersama seisi keluarga. Inilah rungutan anak yang ibu bapa sering terlepas pandang kerana bagi mereka, wang itu antara punca bahagia. Tiada siapa dapat menafikan kuasa dan kepentingan wang, tetapi kerana terlalu mengejar impian yang mahu memberi kesenangan serta kesempurnaan hidup, banyak nilai diketepikan, terutama untuk perkembangan rohani anak. Namun tidak ramai ibu bapa mahu menerima rungutan anak dengan fikiran terbuka. Sebagai orang dewasa, ibu bapa berasa mereka lebih arif mengenai kehidupan dan soal kebahagiaan, tetapi ramai terlupa anak juga ada pendapat dan keperluan sendiri. Bagi kebanyakan ibu bapa, kemewahan dan kesenangan diberi perlu dibalas dengan keputusan peperiksaan yang cemerlang. Walaupun ia dianggap insentif, tetapi insentif dalam bentuk wang bukan amalan sihat kerana boleh menyumbang kepada pembentukan sifat mementingkan k...

Asal Hajarul Aswad putih

SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu. Dalam ibadat itu, jemaah melakukan pelbagai ritual ibadat mengikut tertib, seperti tawaf, sai dan bercukur, dengan kemuncaknya melakukan wukuf di padang Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah. Baitullah disebut juga Kaabah, yang terletak di tengah kota suci itu. Ia menjadi tumpuan utama pada musim haji, khususnya dalam pelaksanaan tawaf, dengan setiap jemaah mengelilinginya sebanyak tujuh kali. Rumah Allah itu adalah kiblat kepada umat Islam seluruh dunia ketika menunaikan ibadat solat seharian dan Masjidil Haram yang menaungi kawasan itu menjadi masjid paling mulia dalam Islam. Baitullah yang penuh berkat dan mulia itu dikenali juga dengan nama lain seperti al-Bait, al-Bait al-Haram, al-Bait al-Atiq dan Qiblat. “Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada ...

Strategi kepemimpinan Islam bertunjangkan wibawa, iman

Oleh Penulis Khas YaPEIM PERNAH suatu ketika, Saidina Umar al-Khattab mempelawa sahabat yang berhimpun di sebuah rumah mengkhayalkan apa yang paling mereka impikan. Seorang daripada mereka bersuara: “Aku mengangankan supaya rumah ini dipenuhi emas yang nantinya aku boleh belanjakan di jalan Allah.” Seorang lain pula menyampuk: “Aku pula mengangankan supaya rumah ini dipenuhi intan permata yang nantinya akan aku sedekahkan dan belanjakan pada jalan Allah.” Ya, begitulah seterusnya hingga mereka kehabisan angan-angan dan berkata: “Kami tidak tahu apa lagi yang harus kami katakan wahai Amirul Mukminin.” Selepas itu, barulah Saidina ‘Umar sendiri menyatakan keinginannya: “Aku mempunyai keinginan yang lain daripada kalian. Aku menginginkan sejumlah orang yang hebat seperti Abu Ubaydah al-Jarrah, Muadh ibn Jabbal dan Salim Mawla Abi Hudhayfah untuk membantu mendaulatkan kalimah Allah.” Jika kita meneliti kisah itu, walaupun seperti gurauan seorang rakan kepada rakan yang lain, ternyata ia...

Panduan meniti kehidupan lebih baik berlandaskan al-Quran

SERING kali umat Islam diingatkan bahawa kemuliaan di sisi Allah ialah mereka yang bertakwa. Agak sukar untuk mendalami hakikat takwa kerana ada yang rasakan diri mereka mempunyai peribadi baik tetapi tanpa sedar, rupanya jauh daripada sifat seseorang yang bertakwa. Diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi hamba-Nya yang bersifat takwa, kaya jiwa serta tidak menonjolkan diri (merendah diri walaupun berpangkat tinggi).” Selain bertakwa, mereka yang kaya jiwa iaitu berakhlak mulia dan tidak suka menonjolkan diri akan dikasihi Allah. Justeru, sebagai hamba yang sentiasa perlu diingatkan, perlu mencari kaedah untuk memperbaiki diri dari semasa ke semasa. Buku Menyusur Jalan Ketakwaan adalah sebagai panduan kepada setiap Muslim untuk meniti kehidupan dengan lebih baik, semoga yang terleka akan tersedar dan yang sedar lebih istiqamah dengan amalannya. Melalui penulisan dihasilkan penyanyi utama kumpulan nasyid popular Rabbani, Asri I...

Galakan menyebarkan ilmu dan larangan menyembunyikan

ORANG (Yahudi dan Nasrani) yang kami berikan kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian). (al-Baqarah: 146) Huraian Golongan Yahudi dan Nasrani mengenali Nabi Muhammad SAW sebelum kehadiran baginda lagi. Allah SWT telah mengkhabarkan berita tentang kemunculan Nabi Muhammad SAW menerusi wahyu yang disampaikan kepada Nabi Musa as juga Nabi Isa as. Tanda-tandanya kedatangannya disebutkan seperti datang dari kaum mana, sehingga mereka mengenalnya sebagaimana anak mereka sendiri. Tetapi mereka memungkirinya dengan menafsirkan isi ayat kitab suci mereka kepada maksud yang lain. Golongan ini sengaja menyembunyikan kebenaran. Ayat-ayat yang menceritakan tentang kemunculan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul terakhir, sehingga hari ini termaktub dalam kitab mereka yang as...

Musibah sekadar ujian ketabahan, ketakwaan

Oleh Mohd Shukri Hanapi MUSIBAH ialah bencana, kecelakaan atau malapetaka. Dalam erti kata lain, musibah dikaitkan dengan sesuatu yang tidak baik dan mendatangkan penderitaan kepada seseorang. Meskipun begitu, Allah menjadikan musibah sebagai ujian ke atas hamba-Nya. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155) Kemudian Allah jelaskan mengenai orang yang sabar dalam firman-Nya yang bermaksud: “(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jugalah (tempat) kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156) Dalam ayat itu Allah menyatakan bahawa setiap hamba-Nya akan diuji. Ujian Allah berlaku dalam pelbagai bentuk, seperti bencana banjir, tanah runtuh, kematian, kekayaan, kemiskinan, kesihatan dan kesakitan. Ini untuk membu...

Korban yang diterima Allah

Salah satu ibadah amaliah yang dilaksanakan pada sekitar Hari Raya Haji ialah ibadah korban. Berkorban (dalam istilah fekah disebut udhiyah) adalah menyembelih binatang ternak pada Hari Raya Aidiladha dan Hari Tasyrik dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Inilah peristiwa besar yang melambangkan sejarah agama tauhid, pengorbanan yang ikhlas kerana Allah dan usaha terus menerus untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Ia merupakan amalan tradisi para nabi sejak Adam hingga Nabi Muhammad SAW. Kita gembira melihat ramai kaum Muslim yang menyambut panggilan mulia ini, mengorbankan sebahagian harta atau haiwan ternak mereka. Kita tanamkan niat murni dan ikhlas ini kerana Allah SWT dan jangan sekali-kali ia dilakukan supaya lebih dihormati oleh masyarakat. Lebih dari itu berkorban itu biarlah benar-benar sesuai dengan tuntutan Rasulullah SAW. Dalam satu riwayat dari Aisyah disebutkan nabi SAW bersabda yang bermaksud: Tidaklah keturunan Adam melakukan suatu perbuatan pada hari nahr yan...

Haji Akbar: Hakikat dan Kepercayaan

SETIAP kali apabila hari wuquf jatuh pada hari Jumaat, umum umat Islam menganggapnya sebagai Haji akbar . Ini mungkin berdasarkan hari wuquf Rasulullah ketika haji wada’ yang juga berlaku pada hari Jumaat. Perkataan Haji akbar disebut di dalam al-Quran yang bermaksud: Dan (Inilah) suatu pemakluman daripada Allah dan rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji akbar bahawa sesungguhnya Allah dan Rasul-Nya berlepas diri daripada orang-orang musyrikin. Kemudian jika kamu (kaum musyrikin) bertaubat, Maka bertaubat itu lebih baik bagimu; dan jika kamu berpaling, Maka Ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak dapat melemahkan Allah. Dan beritakanlah kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan mendapat) seksa yang pedih. (at-Taubah: 3) Para Mufassirin (ahli tafsir) berbeza pendapat tentang yang dimaksud dengan Haji akbar , ada yang mengatakan hari Nahar, ada yang mengatakan hari Arafah. Kebanyakan Mufassirin seperti Ibn kathir, al Sa’diyy, al Syanqitiyy, al Qurtubiyy dan al T...

DOSA-DOSA DAN BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT 5 WAKTU

Sekadar renungan bersama..kekadang dlm menongkah arus kehidupan yg serba mencabar dan pantas ini membuat kita sering terleka & terlena tanpa kita sedari sebenarnya masih ada lagi perkara yg lebih penting dr segala-galanye yg mesti kita tunaikan dan kita utamakan..kesibukan bekerja dan aktiviti seharian bukan alasan untuk kita tidak menunaikannya. .mengerjakannya. .iaitu solat 5 waktu....renung2 kan lah dan sama-sama lah kita muhasabah diri..ingatan buat semua teman firdausi dan juga sy sendiri... Orang-orang yang meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa keuzuran syarie adalah berdosa dan akan dibalas dengan azab iaitu neraka Saqar sebagaimana firman Allah s.w.t . yang bermaksud : "Apakah yang menyebabkan kamu diheret ke neraka Saqar ? Mereka menjawab : "Kami tidak menunaikan sembahyang". Sementara itu setengah para ulama' membuat andaian berdasarkan hadis-hadis orang-orang yang meninggalkan sembahyang fardhu itu itu sama nilaian dengan dosa seperti berikut:...

Minum Arak Antara 7 Dosa Besar

ADA bermacam-macam keburukan meminum arak, namun manusia terus meneguk ‘air kencing syaitan’ itu kerana kononnya ia memberi nikmat pada peminumnya. Cakaplah apa saja seperti apabila diminum dengan banyak, arak boleh merosakkan selaput lendir perut dan menjadi racun yang meresap dengan cepat ke dalam bahagian tubuh manusia terutama jantung dan buah pinggang, boleh menjadikan sesak nafas atau mengakibatkan kematian mengejut akibat tekanan kuat kepada hati dan jantung, semua amaran itu tidak mampu menakutkan peminum arak. Imam Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Termizi meriwayatkan hadis baginda bermaksud: “Sesungguhnya khamar (arak) itu bukanlah ubat tetapi ia penyakit. Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat. Dan menjadikan buat kamu penyakit dan ubat, maka hendaklah kamu berubat tetapi jangan kamu berubat dengan yang haram.” Walaupun peringatan demi peringatan diberikan, ramai umat Islam mengambil minuman itu di atas pelbagai alasan, kononnya untuk meraikan sesuatu peristiwa, bergemb...

Wirid, zikir penenang jiwa paling mujarab

Oleh Abdurahman Haqqi Meditasi kosongkan minda menyalahi ajaran Islam yang mengingati Allah pada setiap perbuatan PADA era serba cergas ini, kehidupan di bandar megapolitan khasnya yang segalanya mesti dilakukan dengan pantas dan tepat sehingga jiwa, hati serta badan manusia memerlukan sesuatu yang sesuai untuk menyeimbangkannya. Oleh itu, orang bandar terpaksa mencari jalan penyelesaian dengan pelbagai cara untuk mendapatkan keseimbangan diri termasuk beriadah secara fizikal atau spiritual atau kedua-duanya. Namun, bagi Muslim semua amalan harian, mingguan, bulanan, tahunan atau seumur hidup sama ada wajib, sunat, haram, makruh, mahupun harus yang ditetapkan Allah SWT untuk dilaksanakan mempunyai tujuan duniawi dan ukhrawi termasuk untuk menenangkan jiwa, menyejukkan hati dan menyihatkan badan. Apabila Islam datang bersama Rasulullah SAW dengan visi dan misi kerahmatan lil 'alaminnya, semua amalan masyarakat Arab ketika itu diganti dengan amalan yang sesuai dengan kehendak...