Aku bimbang .sangat bimbang ..
Bagaimanakah kalau besok..aku mati mendadak?
Sembahyangku masih banyak..yang belum terqada'
Ingin membayar puasa yang tertinggal..masih belum aku bertindak Hutangku
masih berlambak-lambak. Finance kereta-ku belum lagi lunas tertunai
Hutang bank rumah-ku masih belum selesai
Kewajipanku masih banyak yang terbengkalai.
Aku bimbang..sangat bimbang..
Apakah aku akan diberi VIP Welcome di alam barzakh
oleh Munkar dan Nankir dengan senyuman bermanis wajah
Atau . apakah aku akan dibelasah
oleh pembengis-pembengis di alam barzakh ?
Apakah aku dapat menahan sakit
Bila ular kubur datang menggigit
Kerana sembahyangku yang amat sedikit.
Aku bimbang..sangat bimbang..
isyak masuk..ayah ke surau menyembah Allah
Aku depan tv menonton AKADEMI FANTASIA,
Ayah bertasbih, bertahmid..berzikir memuji Tuhan
Aku terjerit2..MENYOKONG PESERTA REALITI TV YANG SIA-SIA. Ayah menggunakan
masa mencari redhaan Tuhan Tapi aku masih berpoya-poya seperti NYAWAKU
PANJANG LAGI. Kalaulah besok subuh Izrail datang bertandang Bagaimanakah
nasibku..setelah dunia aku tinggalkan?
Aku bimbang..amat bimbang.imanku masih terumbang-umbang Ketika aku di
dalam kubur..adakah orang yang akan mendo'akan?
Siapa akan menyedekahkan bacaan Yasin dan surah-surah Al-Qur'an Buat
meredakan siksa kubur yang datang tanpa kasihan Nasibku di bawah
tanah..adakah siapa yang akan mengenangkan?
Hilang aku dari pandangan..hilanglah aku dalam kenangan. Jadi..kenapa aku
kurang berusaha menyiapkan bekalan? Supaya di kubur nanti aku diberi VIP
Welcome.
Aku bimbang..sangat bimbang..amal ibadahku sangat berkurang !
WAHAI MANUSIA ... taubatlah engkau dari sekarang
Tinggalkanlah padangbola..TINGGALKAN HIBURAN MELAMPAU dan pergi ke masjid
seperti orang lain.
Qada'lah sembahyangmu yang tertinggal, bayarlah puasamu Berhentilah
menjadi sahabat syaitan Agar hidupmu mendapat keredhaan
Sebelum engkau kembali ke ALAM BARZAKH
Thursday, May 8, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment