Posts

Sunnah Nabi S.A.W ketika dan selepas tidur

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur >mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan. >Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur. > >1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga. > >2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. In...

Akhlak ibarat bunga di taman

AKHLAK adalah perkara penting selepas iman. Setiap orang akan dinilai berdasarkan budi pekertinya (akhlak). Jika baik akhlaknya, maka dia akan dianggap baik. Jika buruk akhlaknya meskipun ada melakukan kebajikan, tetap tidak akan dinilai. Oleh itu, orang yang mempunyai akhlak mulia akan dipandang mulia di sisi Allah. Contoh, akhlak mulia adalah akhlak Rasulullah. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia." (Surah al-Qalam, ayat 4). Akhlak yang baik hendaklah dipupuk dan dipelihara hingga sebati dengan diri kita. Hal ini bagi membolehkan kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Dalam kehidupan manusia, akhlak dapat diibaratkan seperti bunga dalam sebuah taman. Bagaimana luas dan indahnya sebuah taman kalau tidak dihiasi dengan bunga-bungaan, maka taman itu tidak jauh bezanya dengan tanah perkuburan. Seseorang yang mempunyai badan sihat, gagah, tampan, menarik, berilmu, kaya atau berpangkat, kalau mempunyai akhlak buruk dan...

PETUA MEMILIH SAHABAT

"Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adalah ia seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlu engkau bertanya di sana sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikuti kelakuan dan dan perbuatan kawannya itu"Berkata Ulama... "Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itupun memanfaat ilmunya kepadamu.... Petikan Dari Nasihat Al-Qomah Kepada Puteranya: "Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut: 1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu. 2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau ...

CARA-CARA TURUNKAN HARGA PETROL

Kalau betul.....why not try?..... Tolong baca sampai habis*.buah fikiran yg sangat baik*.mari Kita renung Dan fikir fikirkan*kemudian Kita lakukan. Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan? > Harga minyak telah meningkat sehingga RM2.70 se liter dan akan naik lagi tidak lama lagi. Mahu > supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu > tindakan bijak Dan bersepadu. > Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini. > Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen > "jangan beli petrol pada Hari tertentu" yang > dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat > minyak hanya akan mentertawakan seba b mereka > tahu dengan tidak membeli petrol, Kita akan > menyusahkan diri sendiri. Ia lebih ...

Hikmah Solat tahajud

SATU cara paling ideal bagi seorang Muslim untuk berhubungan dengan Allah ialah mengerjakan ibadat pada waktu tengah malam, ketika suasana sunyi sepi dengan kebanyakan makhluk nyenyak tidur dan penuh kesejukan. Pada waktu itu seorang Muslim boleh beristighfar, memuji, mensuci dan membesarkan Allah, malah mengerjakan solat sunat tahajud serta solat taubat. Bagaimanapun, bukan satu perkara mudah untuk bangun dari tidur sedang orang lain lena dibuai mimpi. Bukan mudah untuk berwuduk dalam kedinginan malam yang mencengkam tulang dan bukan sesuatu yang mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata terkebil-kebil. Justeru, tidak ramai yang boleh bangun bertahajud, walaupun mengetahui banyak kelebihannya kecuali mereka yang benar-benar tertarik dengan keindahan Allah, berbanding keindahan mimpi di dalam tidurnya. "Dan dari malam, hendaklah engkau bertajahud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhan-Mu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji." (al-Isra: 79) ...

Ucap salam adalah doa

ASSALAMUALAIKUM! Apa khabar semua? Begitulah per mulaan percakapan seorang Muslim, sunat diawali dengan salam. Makna 'Assalaamualaikum' ialah semoga Allah menye lamatkan dan memberikan kesejahteraan atas kamu. Salam dalam bentuk ucapan adalah ungkapan yang bersifat amalan digunakan untuk memperkenalkan diri atau menyapa orang lain. Hukum memberi salam sunat tetapi menjawabnya wajib. Salam dalam bentuk gerakan, antaranya adalah berjabat tangan atau disebut juga bersalaman, mengangguk, cium tangan, cium pipi dan melambaikan tangan. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Hasyr, ayat 23, mak sudnya: Dialah Allah, tiada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai; Yang Maha Suci; Yang Maha Sejahtera; Yang Melimpahkan Keamanan; Maha Pengawal; Maha Kuasa; Maha Kuat; Memiliki segala Kebesaran. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan.” Di dalam ayat ini, as-Salaam (Maha Sejahtera) adalah satu daripada nama agung Allah s.w.t. Sebelum terbitnya fajar Islam, orang Arab biasa menggunakan u...

Iqra: Perbincangan pelbagai aspek hadapi sakaratul maut

KEMATIAN adalah satu perkara yang pasti kepada semua makhluk yang diciptakan Allah di muka bumi. Mengingati kematian perlu untuk menjadikan seseorang itu lebih mendekati diri dengan tuhan dengan memperbanyakkan ibadat dan menjauhi segala kemungkaran. Namun, umat Islam tidak boleh mengharapkan kematian hanya kerana sudah putus asa dengan kehidupannya, sebaliknya ia doa ke arah itu dibolehkan sekiranya dirinya khuatir agamanya akan hilang dari dirinya. Di dalam buku tulisan Syeikh Iman Abdul Wahhab setebal 532 ini, mencoret pelbagai isu kematian mencakupi apakah amalan diwajib, harus, makruh dan haram dilakukan mengenainya, bagaimana berhadapan dengan sakaratul maut, tanda kematian, menguruskan jenazah dan apa yang terjadi selepas kematian. Huraian setiap isu dibincangkan juga diselitkan dengan Firman Allah dan hadis sebagai pengukuhan kepada setiap kejadian itu. Justeru, ulama berpendapat kematian adalah balasan kepada setiap Muslim sama ada ia berlaku dengan sakit dan penuh derita pada...