Posts

Showing posts from August, 2009

Anak Permata Kurniaan Illahi

Dalam suatu hadis, ada diriwayatkan supaya mengahwini wanita-wanita yang subur supaya berupaya melahirkan zuriat yang baik-baik. Ini adalah sebagaimana hadis Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Kahwini-lah wanita-wanita yang penyayang dan subur kerana sesungguhnya pada hari kiamat kelak aku berbangga dengan umatku yang paling ramai bilangannya berbanding nabi-nabi yang lain.” (Hadis Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, jil. 3, m/s. 158 & 245) Dalam hal ini, antara hikmah yang dapat kita semua perhatikan adalah kelak anak-anak tersebut mampu membantu mendoakan kebaikan buat kita dan juga (dengan izin-Nya) membantu kita di masa-masa hadapan. Ini dapat dilihat dalam hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Apabila seseorang manusia itu mati, terputuslah daripadanya segala amalan melainkan tiga perkara: 1 – Sedekah Jariah, 2 – Ilmu yang bermanfaat, dan 3 – Anak soleh yang mendoaka...

Hukum Mewarna Rambut Dan Uban

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina', Al-Bahuti, jld 1, ms 77) Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma' az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar. Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :- 1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan. 2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal. 3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin...

Tahukah anda....???

Air Mata Nabi Adam Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt. Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini." Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu." Apa Yang Akan Ditanya: Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas se...

Sembilan Perintah

Rasulullah s.a.w. bersabda,"Allah telah memerintahkan SEMBILAN (9) perkara: 1. TAKUT pada Allah zahir dan batin. 2. BERLAKU adil pada keadaan gembira atau pada keadaan marah. (Manusia apabila suka pada seseorang, maka dia akan lupa pada kesalahannya dan melihat kebaikannya saja dan semasa marah, dia tidak melihat kebaikannya lagi malah akan mencari pula segala keburukan orang itu. Tetapi saya diperintahkan untuk berlaku insaf dan adil pada kedua-dua keadaan itu.) 3. BERKELAKUAN sederhana semasa dalam keadaan miskin dan juga bila berharta (supaya saya tidak bakhil pada ketika kesempitan dan tidak juga membazir pada ketika berharta. Ataupun tidak teramat merendah diri ketika menghadapi kemiskinan dan tidak bangga diri ketika kaya). 4. MESTI menjaga hubungan baik dengan sesiapa saja yang hendak memutuskan tali silaturrahim dengan saya. 5. MESTI berkelakuan baik terhadap sesiapa yang melucutkan saya. 6. MESTI memaafkan orang yang menzalimi saya (tidak boleh berfikir untuk membalas den...

Masjid bukan pentas dedah aib, sebar fitnah

MASJID dan surau adalah pusat perhimpunan menyatupadukan umat Islam sama ada untuk beribadah mendekatkan diri kepada Allah SWT, pusat kecemerlangan keilmuan dan jalan terbaik mempererat hubungan silaturahim sesama umat Islam. Inilah hakikat dibinanya masjid pertama Rasulullah SAW untuk membina kekuatan ketakwaan dan keimanan dalam jiwa sahabat bagi meninggikan syiar Islam. Selain itu, perlu diperbanyakkan aktiviti dan program pengimarahan supaya dapat menarik jemaah dan kelompok masyarakat. Masjid atau surau yang diimarahkan akan membawa rahmat kepada umat Islam. Rasulullah SAW menerangkan kelebihan penduduk sesebuah kampung yang menghidupkan masjid dan suraunya dengan majlis ilmu serta aktiviti dakwah. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan tidak berhimpun sesuatu kaum dalam sebuah rumah (masjid atau surau) dari rumah Allah, sedang mereka membaca kitab Allah, serta mereka mempelajari kandungan isinya, melainkan mereka dilingkungi oleh malaikat (pe...

Surat Dari Setan Untuk Mu

* (Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir) **(Sebenarnya surat ini hampir membuat aku pening seketika, saat aku membacanya, tapi aku harus titipkan kerana catatan kecil di bawahnya) SURAT DARI SETAN UNTUK MU Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu. Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat ketempat tidurmu Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu. Hai Bodoh, Kamu millikku. Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu . Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah. Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah. Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk mebalaskannya Kau lihat, ALLAH MENYAYANG...

Nabi dibekalkan mukjizat

Ayat ke-49 Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israel, (dengan menegaskan kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah, dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah, dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran bahawa aku seorang Rasul yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman". Iktibar dan fiqh ayat: i. Ibn Kathir berkata: "Tafsiran perkataan akmah dengan pelbagai mak...

Sejarah pembesaran Masjidil Haram

SEWAKTU Nabi Ibrahim a.s. dengan bantuan puteranya, Ismail a.s. mendirikan Kaabah atas perintah Allah SWT, ia adalah sebuah bangunan yang didirikan di tengah-tengah kawasan terbuka. Kedudukannya ini mendefinisikan arah kiblat umat Islam. Pada masa itu solat dan tawaf dilakukan di kawasan yang terbuka. Malah binaan bangunan ini tidak berubah-ubah sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW. Had ruang terbuka ini ditentukan oleh kawasan kediaman dan bangunan-bangunan komersial yang semakin berkembang dari semasa ke semasa di sekelilingnya. Malah pelaksanaan ibadat sa'ie telah dilakukan sepanjang lorong sempit yang selari dengan kedai-kedai dan rumah-rumah yang terletak di bahagian antara bukit Safa dan Marwah. Kini ruang terbuka tersebut telah diubah menjadi laman dalam ( courtyard ) sebuah masjid agung iaitu Masjidil Haram, Mekah. Keadaan Masjidil Haram pada masa Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar tidaklah seluas seperti sekarang. Pada zaman Saidina Umar dan Uthman, masjid ini diperlua...

Tercetusnya perang Uhud

PERANG Uhud adalah lanjutan daripada Perang Badar. Kaum Quraisy ingin menuntut bela di atas kekalahan yang mereka alami dalam Perang Badar. Mereka berasa aib dan malu atas kekalahan tersebut. Mereka ingin menebus kehormatan dan nama mereka dengan serangan pembalasan. Setelah kaum Quraisy kalah teruk dalam Perang Badar, perasaan dendam semakin memuncak dalam hati sanubari mereka. Kekalahan tersebut telah menjatuhkan maruah dan harga diri mereka. Mereka berasa sangat malu dan hina. Pada masa yang sama, kaum Quraisy tidak henti-henti berusaha sedaya upaya untuk membalas dendam terhadap Nabi Muhammad SAW dan tentera-tenteranya. Dalam Perang Badar, banyak harta benda kaum Quraisy dirampas oleh tentera Muslimin. Ini menambahkan lagi perasaan dendam dan marah mereka. Oleh itu, ketua-ketua kaum Quraisy telah mengadakan mesyuarat bagi memutuskan cara untuk memusnahkan tentera Muslimin. Antara ketua-ketua kaum Quraisy yang terlibat dalam mesyuarat itu ialah Abu Sufyan bin Harb, Abdullah bin R...

Ibu mithali...buat renungan

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi. "Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. " Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun. Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia t...

Importance of time

Since last night my young son has been unwell. When I got back from Work this evening I decided to take him to hospital despite my exhaustion. There were many waiting; perhaps we will be delayed by more than an hour. I took my number and sat down in the waiting room. There were many faces, young and old, but all silent. Some brothers made use of the many booklets available in the waiting room. Some of those waiting had their eyes closed, while others were looking around. Most were bored. Once in a while the long silence was broken by a nurse calling out a number. Happiness appears on the one whose turn it is, and he gets up quickly; then silence returns. A young man grabbed my attention. He was reading a pocket-sized Qur`an continuously; not raising his head even once. At first I did not think much about him. However, after one hour of waiting my casual glances turned into a deep reflection about his lifestyle and how he utilizes his time. One hour of life wasted! Instead of ...

Beribadat tanda syukur kepada Allah

KETIKA Rasulullah s.a.w mengembala kambing, tidak jauh darinya ada sekumpulan remaja sedang lepak, berborak dan ketawa. Tiba-tiba seorang lelaki tua bernama Thulaihah al-Aamidi datang bertanyakan Rasulullah: “Wahai Muhammad! Kenapa kamu tidak bermain-main dan lepak seperti remaja di sana tu?” Rasulullah dengan tegas menjawab: “Saya diciptakan bukan untuk itu.” Jawapan Rasulullah itu memberitahu kita, remaja berhibur bukan satu kesalahan, malah kadangkala ia diperlukan. Tetapi hiburan hingga melalaikan itu yang merosakkan. Di sebalik jawapan Nabi yang agung itu, ada mesej penting iaitu hidup ini untuk beribadat kepada Allah. Kadang-kadang ada yang lepak hingga lupa menunaikan solat. Mereka yang bermain bola pada waktu petang di padang tidak malu lagi dengan azan yang berkumandang. Sudahlah dengar azan, padang bola pula bersebelahan dengan masjid. Haiwan ternakan seperti kambing, lembu pun sudah balik ke kandang tapi sesetengah kita kadangkala masih asyik berborak dan bergelak ketawa di...

Iri hati mencari kebaikan

Di sekeliling kita ada yang hidup dalam kesusahan dan kesenangan. Malah, sesetengahnya mempunyai kemewahan yang sukar ditandingi. Apa perasaan kita apabila memandang kepada kehidupan hartawan itu? Umumnya apabila mata melihat kenikmatan yang diperoleh orang lain, akan tumbuh suatu perasaan di dalam diri, dinamakan iri hati. Sememangnya sesuatu yang bersifat semula jadi dengan nikmat itu akan menimbulkan iri hati. Cuma apabila iri hati itu akan melahirkan perasaan benci kepada nikmat terbabit dan suka pula ia hilang daripada tangan orang, ia dinamakan sebagai hasad. Jika iri hati itu melahirkan keinginan mendapatkan nikmat serupa tanpa benci pada nikmat yang ada pada orang, malah tidak berharap nikmat itu hilang daripadanya, ia tidak dinamakan hasad, sebaliknya disifatkan al-ghibtah atau al-munafasah. Apa itu hasad? Hasad boleh ditakrifkan sebagai rasa tidak senang atau sakit hati dan benci ke atas nikmat yang ada pada orang lain tetapi senang hati atau gembira dan suka nikmat itu hilan...

Berjudi melakar papa kedana

JUDI adalah antara amalan termasuk dalam dosa besar kerana ia dikaitkan dengan amalan syaitan. Tegahan berjudi kerana perbuatan itu mendatangkan banyak keburukan bukan saja kepada orang yang suka berjudi, juga mereka yang rapat dengannya. Pengharaman judi jelas dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, penyembahan berhala dan bertilik nasib adalah najis (haram) dan ia daripada perbuatan syaitan.” (Surah al-Maidah, ayat 90) Firman Allah lagi yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah kepada kedua-duanya ada dosa besar (mudarat) dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya adalah lebih besar daripada manfaatnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 219) Gila judi juga mendorong seseorang melakukan perbuatan menyalahi syariat agama dan lebih teruk lagi, akibat judi menyebabkan seseorang itu berpaling daripada Allah seterusnya melupakan tanggungjawab kepada penciptanya. Allah...

Perkataan baik, lemah lembut mampu memikat pendengar mendekati kebenaran Islam

ISLAM agama yang menitikberatkan pelbagai aspek kehidupan manusia, daripada sebesar-besar perkara hinggalah sekecil-kecilnya. Setiap perkara menyentuh kehidupan manusia sama ada berkaitan kehidupan di dunia mahupun alam akhirat diperincikan Allah dalam al-Quran. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana yang tidak pernah membiarkan hamba-Nya hidup tanpa panduan dan petunjuk. Oleh itu, maka wajarlah setiap inci perbuatan manusia, kelak akan dihitung dan dinilai serta diperlihatkan dengan seadil-adilnya. Firman Allah yang bermaksud: “Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam suratan amalnya).” (Surah az-Zalzalah, ayat 7-8) Secara sedar atau tidak, tutur kata adalah antara perbuatan yang sukar untuk dikawal oleh manusia. Manusia dengan anugerah yang dikurniakan Allah berupaya untuk menuturkan apa saja kata-kat...

Tip elak kejahatan

1- Rajin mengerjakan solat. Ibadat solat apabila dilakukan secara sedar dan dengan penuh keinsafan akan menjadi sumber yang betul menyembuhkan jiwa. Ia kaedah terbaik melegakan tekanan. 2- Sebelum tidur setiap hari, seseorang Muslim dianjurkan membaca surah al-Fatihah dan tiga surah terakhir al-Quran, lalu ditiupkan pada tangan dan disapu di seluruh badan, seelok-eloknya tiga kali. 3- Sewajarnya setiap Muslim membaca sekurang-kurangnya 10 ayat al-Quran setiap hari. 4- Mendengar al-Quran sekerap yang mungkin dan cuba memainkan rakaman bacaan ayat suci sepanjang masa. 5- Individu Muslim juga dinasihat memastikan diri sibuk melakukan sesuatu yang berfaedah kerana jika anda tidak menyibukkan diri dengan kerja baik, syaitan akan memastikan anda sibuk dengan kerja negatif. 6- Berdoa kepada Allah, mohon dijauhkan kejahatan, kedukaan dan kesempitan sebaliknya didekatkan dengan kebaikan, kelapangan serta kebahagiaan. "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan da...

Arak dan dadah perosak manusia

ORANG yang mabuk selalunya tidak dapat berdiri dengan stabil, berjalan terhuyung-hayang, bercakap bukan-bukan, bahkan yang jelas kelihatan samar dan yang jauh nampak dekat. Gambaran fizikal itu sudah jelas menunjukkan penggunaan arak lebih banyak memberikan kesan negatif, walaupun ada mendakwa ia memberikan kebaikan dari sudut lain. Arak atau minuman keras ialah alkohol dalam bentuk 'ethyl alcohol' yang bertindak ke atas otak manusia dan sering kali menyebabkan ketagihan. Biasanya ia dihasilkan sel ragi yang bertindak ke atas karbohidrat di dalam buah dan bijian. Tiga jenis arak popular di pasaran iaitu bir seperti ale dan lager, wain dan liquor atau spirit. Jenis spirit paling popular seperti brandi, gin, rum, tequila, vodka dan whiski. Bir diperbuat daripada bijian, mengandungi empat hingga enam peratus alkohol, wain daripada buah (sembilan hingga 16 peratus alkohol) dan spirit dihasilkan dengan memeram atau mendidihkan bahan (sekurang-kurangnya 20 peratus alkohol). Realitiny...