^ Scroll to Top

Wednesday, June 25, 2008

Doa agar dapat bayar hutang


Allah berfirman: Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, tanpa hitungan hisabnya dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, tanpa hitungan hisabnya. (ali-Imraan: 26-27)

Keterangan ayat:

Al-Imal al-Samarqandi menjelaskan perkataan “Allahumma” itu dalam bahas Arab berasal daripada perkataan Ya Allah. Hajat yang dikehendaki dalam ayat ini ialah, “Ya Allah dengan rahmat-Mu kasihanilah kami”. (Tafsir al-Samarqandi, tafsir ayat 26-27, surah ali-Imraan).

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani dengan sanad yang jayyid dalam Bab Doa, Muaz r.a. pernah mengadu kepada Nabi SAW tentang hutangnya kepada seorang Yahudi. Nabi SAW lantas mengajarnya ayat ini.

Khasiat dan kaifiat beramal

Amalkan membaca ayat ini sebelum tidur. Mudah-mudahan mendapat jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang. (Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 26 dan 27, surah ali-Imraan).




...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

No comments:

 
Dear Diary Blogger Template