^ Scroll to Top

Sunday, August 24, 2008

Doa Haikal 1-7 (Azimat & Khasiat)

DOA HAIKAL
1) Haikal Awal
– Ayat Kursi
2) Haikal Kedua
– Ayat 35 Surah Aali Imran, Ayat 77-80 Surah Al-Isra’
3) Haikal Ketiga
– Ayat 285-286 Surah Al-Baqarah
4) Haikal Keempat
– Ayat 81-85 Surah Al-Isra’
5) Haikal Kelima
– Ayat 4-6 Surah Maryam, Ayat 27 Surah Al-Fath
6) Haikal Keenam
– Ayat 1-4 Surah Al-Jin
7) Haikal Ketujuh
– Ayat 51-52 Surah Al-Qalam


Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada suatu hari sedang baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka jibril pun datang membawa firman.

Ujarnya.."Ya Rasulullah..salam Allah Ta'ala pada tuan hamba dan firmannya:

Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan pada tuan hamba.Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa

membacanya atau menyimpannya maka Allah Subhanahu Wata'ala melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.

Ya Muhammad..barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu.Barangsiapa suratkan

doa ini dan dipakai diperbuat tangkal..(bukannye pakai tangkal..maksudnye di sini..doa ni ditulis semula di atas kertas dan dibawa ke mana mana) nescaya

lepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, serta duduk dalam aman.

Dan barangsiapa menaruh doa ini, sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratulmaut itu.Maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar.

Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan jika tidak boleh membacanya diperbuatnya azimat..nescaya beroleh pahala umpama membaca 70 000

kali khatam Qur'an dan 70 000 mati syahid dan 70 000 kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70 000 masjid dan seperti

memerdekakan 70 000 hamba dan seperti menjamu 70 000 orang berbuka puasa dan mendapat pahala 70 000 orang hafiz qur'an dan beroleh kebajikan kemenangan 70 000 orang perang syahid dan pahala 70 000 'alim dan 70 000 'abid dan 70 000 malaikat dan 70 000 orang yang berakal dan 70 000 nabi

dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil, 'IzrailAlaihissalam.

Ya Muhammad SAW.Barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada

sekelian bala dan jika ada ia berhutang, nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah."

Kisah benar pada zaman dahulu: Ada seseorang yang terkena tohmah mencuri di negeri baghdad.Maka dibawa orang akan dia mengadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya.Maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia..tiada luka.Diselamkan ia di dalam air..tiada lemas.

Kemudian dibakar ia akan dia..itupun tiada terbakar.Maka apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian, lalu bertanya hakim "apakah amalan yang menyebabkan suatu perkara pun tiada boleh mencederakanmu?" Maka sahut pencuri itu "ada di kepala hamba fadhilat doa haikal.Maka oleh berkat doa itu,

suatu perkara pun tiada boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba."

Maka apabila didengarnye oleh hakim akan kata kata pencuri itu..lalu dibawanya menghadap raja serta dipersembahkannye sekelian hal pencuri itu.Maka

baginda mengurniakan pencuri tersebut seberapa banyak harta dan melepaskannya.Kemudian fadhilat doa haikal itupun disuruh salin dan ditaruh padanya.

Adapun khasiat doa haikal ini terlalu banyak..sekadar diambil ringkasnye sahaja di sini.Sesungguhnya tiadalah syak lagi.








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Sikap ujub perosak diri

ADA orang tidak takut atau gusar nikmat di sisinya hilang, bahkan selalu bergembira. Gembiranya kerana nikmat itu semata-mata, lebih-lebih lagi mengenangkan keupayaan dan kejayaan dirinya mendapatkan nikmat terbabit, bukannya atas kesedaran ia adalah satu kurniaan Allah.

Menurut ilmuan, golongan yang dilanda situasi itu diistilahkan sebagai orang yang bersifat ujub. Dalam Kamus Dewan, kata ujub merujuk kepada perkataan Arab yang membawa makna kagum terhadap diri sendiri, angkuh, bongkak dan ego.

Bagaimanapun, selagi hati yang dikuasai perasaan mengakui nikmat itu kurniaan Allah yang berada di bawah kekuasaan dan kehendak-Nya, sama ada mahu dikekalkan atau diambil-Nya semula pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya, selama itu sifat ujub terkikis daripada hati seseorang.

Berdasarkan penjelasan di atas, menunjukkan ujub bolehlah difahami sebagai sifat kehairanan (berasa hairan) atau kagum bercampur bangga dengan sesuatu nikmat yang diperoleh atau dimiliki. Di samping itu, diri lupa kepada Allah yang memberikan nikmat terbabit.

Jika perasaan terbabit ditambah dengan perasaan yang diri mempunyai hak di sisi Allah (seolah-olah diri memaksa Allah memberikan hak) atau dengan amalnya, diri diberi kedudukan di sisi Allah yang melayakkannya diberi kemuliaan di dunia dan berasa diri jauh daripada bencana keburukan yang selalu menimpa orang fasik dan derhaka, perasaan itu diistilahkan sebagai ‘idlal’ iaitu seolah-olah dia berasa dimanja oleh Allah.

Kedua-dua sifat iaitu ujub dan idlal ada perbezaan, dengan yang pertama hanya berasa hairan atau kagum bercampur bangga pada sesuatu nikmat sementara yang kedua, ditambah dengan mengharapkan balasan yang lebih besar daripada yang diusahakan.

Jika diibaratkan, sifat ujub adalah pintu yang membawa kepada sifat takabur dan sifat takabur pula akan mengundang pelbagai penyakit dan keburukan. Keburukan ini adalah akibat daripada sifat ujub terhadap sesama makhluk.

Seseorang yang bersifat ujub, selalunya lupa untuk menyelidiki kekurangan dalam ibadat dan kebaikan yang dilakukannya, sedangkan kealpaannya itu boleh mengakibatkan ibadatnya menjadi sia-sia, jika benar ada kecacatan dalam ibadatnya.

Orang yang dilanda sifat ujub sebenarnya orang yang terpesona dan terpedaya, merasakan dirinya selamat daripada ujian Allah dan seksaan-Nya.

Seterusnya orang terbabit merasakan dirinya mempunyai kedudukan di sisi Allah dan berpendapat setiap ibadatnya berhak mendapat ganjaran, sedangkan hakikatnya ia adalah nikmat dan pemberian Allah.

Jika seseorang itu bersifat ujub, sama ada dengan pendapatnya, ilmuya atau daya fikirannya, akan mengakibatkan dirinya angkuh dan tidak mahu untuk bertanya, malah tidak mahu mendengar pendapat orang lain kerana merasakan dirinya sentiasa betul dan benar.

Titik ini bermulanya segala bentuk keburukan seperti sikap keras kepala, malah akan lebih memburukkan lagi jika dia berbangga dengan pendapatnya yang salah, dirasakan betul, tetapi sebenarnya jauh menyimpang daripada kebenaran.

Dia bukan saja berasa bangga dengan pendapatnya, malah memandang kecil pendapat orang lain dan membenci orang terbabit.

Justeru, dia berasa dirinya tidak perlu diberikan nasihat dan peringatan. Jika demikian, dirinya akan berterusan dalam kesilapan dan kesalahan.

Sekiranya sikap ujubnya itu membabitkan perkara duniawi, mungkin ia tidaklah membawa kerugian besar, tetapi bagaimana apabila membabitkan perkara keagamaan seperti akidah? Sudah pasti akan membinasakan diri sendiri dan kerugian yang amat besar.

Berbahaya juga apabila sifat buruk ini mengakibatkan seseorang menjadi malas, tidak aktif dan kurang berusaha kerana menyangka dia sudah berjaya dan sudah cukup segala-galanya. Sifat ini boleh menyerang sesiapa saja, tidak mengira tua atau muda.

Misalnya seorang pelajar menyangka dirinya sudah pandai, lalu dia merasakan tidak perlu mengulang kaji pelajaran, tidak perlu membaca buku dan akhirnya malas untuk ke sekolah. Tidakkah ini akan menyebabkan pelajar terbabit kandas dalam peperiksaan?

Jelas, sifat ujub adalah sifat tercela dan sepatutnya setiap individu berwaspada terhadapnya, jangan membiarkannya tumbuh dan bermaharajela di dalam diri.



>Info

Antara keburukan sifat ujub terhadap Allah:

  • Dosa dan kesalahannya akan dilupakan. Seorang yang ujub selalunya tidak cuba mengingati kesalahan dan dosanya kerana dia menyangka tidak perlu diingatkan lagi sehingga akhirnya dia terus melupakannya.

    Sekiranya dia mengingati dosa yang lalu, dia hanya menganggapnya kecil atau dipandang sebelah mata, sekali gus tidak berusaha untuk menebusnya kerana dia menyangka Allah sudah memaafkan dan mengampunkan dosanya.



  • Ibadat dan kebaikan dilakukannya dipuja-puja, dibangga dan disebut untuk mendapatkan ganjaran yang berganda. Dia alpa terhadap pertunjuk dan pertolongan Allah ketika melakukan ibadat dan pekerjaan yang baik itu.



    “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam banyak medan perang dan perang Hunain, semasa kamu bermegah dengan bilangan kamu yang ramai; maka ia tidak memberi faedah kepadamu sedikit pun; dan bumi yang luas itu menjadi sempit kepadamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.” (at-Taubah:25)







  • "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Bagaimana mencegah Mungkar?

    Salah satu sebab mengapa ilmu agama yg kita pelajari dari ustaz/org alim/ulama'/mufti dll tak dapat meresap ke lubuk-hati-jiwa-raga dan seterusnya di zahirkan dalam bentuk amalan adalah kerana aku dan korang MEMANDANG BURUK org yg nak nasihat kita..cis!

    Bila ada makhluk tuhan yg tampil untuk tegur kita, maka kita mulalah pandang si penegur atas-bawah, dan sekiranya si penegur ada sedikit keburukkan…maka kita membuat kesimpulan: KAU TAK LAYAK TEGUR AKU..!

    Macam setan yg benci di tegur…walaupun Allah yg menegur..nauzubillah…!

    Setiap org perlu kepada "penyedar"…walaupun ia seorang Nabi…apatah lagi aku, korang dan semua ummat manusia..sangat perlu kepada 'penyedar'..dan penyedar yg paling baik adalah diri sendiri…di sini aku ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka2 yg secara tidak langsung menjadi 'penyedar' aku…oh..terharunya..

    Penyedar adalah manusia biasa yg mempunyai kesilapan juga…maka memang satu larangan ugama supaya kita tidak melihat kepada penyedar semata2, tapi lihatlah apa yg mereka sedarkan…

    sebenarnya al Quran adalah 'surat' dari Allah yg di 'alamat'kan kepada semua ummat manusia..dan semua org layak jadi 'posmen'…semua org…

    alangkah ruginya seorang yg tak mahu terima surat kiriman wang hanya kerana tidak suka dengan posmen yg mungkin berpakaian selekeh….atau motor yg buruk..atau posmen dari bangsa yang kita tak suka, (posmen tu tetap dapat gaji daa…)

    Bukankah jelas 'alamat' kita kat 'surat' tu..oh,..sungguh kasihan…
    cubalah lihat Al-quran itu..sungguh jelas 'nama' dan 'alamat'nya..jadi terimalah walaupun ianya disampaikan oleh seorang yg baru semalam masuk islam,,…

    Seorang HambaAllah kata:
    ustaz2 kat surau yg selalu kau dengar ceramah tu, hanya ajak org kepada solat, zakat, haji bla bla bla , tapi ustaz tu tak mencegah mungkar, macamana aku nak ikut dia? sedangkan ayat Al-Quran suruh ajak kepada kebaikkan dan cegah kepada mungkar!, ustaz tu tak betul sebab hanya amal separuh dari ugama, hanya ajak kepada kebaikkan, kemungkaran macam mana?

    Koft..koft…(aku pura2 batuk.ni -..uhuk..uhuk..!)

    ----------------------

    Maka aku pun email seorang bakal ustazah perempuan bujang yg belajar kat University Al Azhar Mesir, penuntut Syariah Islamiah…

    Antara nasihatnya adalah:-

    Org akhir zaman ini tak faham tafsir Al Quran sebenarnya…tak faham apa itu maksud sebenar 'Nahiy anil munkar'@mencegah kemungkaran.

    Nahy anil munkar bukan bermakna dengan keras, kasar, kuasa, kekuatan, senjata atau seumpamanya.

    Satu contoh yang mudah di sini memberi gambaran apa itu Nahy anil munkar sebenarnya. Di zaman Nabi SAW, seorang Badwi telah masuk ke Masjid-un-nabawiy dan mula kencing di satu sudut Masjid. Para Sahaabat RA segera bergegas untuk bertindak ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi.
    Nabi s.a.w membiarkan dulu Badwi tadi selesai buang air kecil dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengannya dengan lemah lembut sehingga Badwi itu faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, dll. Lihatlah bagaimana keburukan yang orang Badwi itu telah lakukan - kencing di hadapan Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) di dalam Masjid-un-Nabawiy. Walaupun sedemikian, perhatikan bagaimana Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) melaksanakan tugas Nahy anil munkar.

    Kerana tu dalam Al-Quran guna huruf "DAN"…bermakna, dua2 kena buat…cegah mungkar buat, ajak baikpun kena buat..dan bila ajak baik dengan hikmah..automatik amalan baik tadi mencegah mungkar..mengerti?!

    (Nota: terima kasih adikku..belajar rajin2…mak kamu cukup Bangga dengan dirimu..abg doakan adik berjaya dunia akhirat..amin…)

    Korang tanya pulak: apa itu HIKMAH?

    Hikmah adalah seperti memukul ular dengan tongkat, yg mana…ular mampus, tongkat tak patah..so bolehlah guna tongkat tu lagi untuk ketuk ular lain pulak..

    Kalau org tak solat kita marah2, pukul mereka…memang mereka pergi masjid..tapi mungkin itu adalah kali terakhir…oh…(pukul anak sendiri-takpe..)

    Bercerita pasal ular..aku ada cerita nak di ceritakan:

    Pada suatu hari di sebuah taman perumahan,dekat taman permainan, sedang budak2 asyik bermain..tiba2 mereka menjerit:

    Ular!

    Ular!

    Ular!

    Lalu datanglah penduduk kampung ni dan bunuh ular tersebut…seekor anak ular, tapi boleh tahan bisanya dan besarnya…

    Esoknya sekali lagi penduduk kampung gempar apabila ada pulak ular lain yag datang kat taman permainan duniawi itu dan mengganggu budak2.,..maka sekali lagi org kampung datang dan membunuh ular tersebut..mampus!

    Pada hari berikutnya budak2 itu bermain dengan riang dan gembira..kerana tiada lagi ular yg datang mengganggu mereka bermain..

    Sekian, apa moralnya cerita ini..?

    Ular!

    Ular!

    Ular!

    Oh..ada lagi ular yg datang mengacau budak2 bermain..maka org kampung sekali lagi menjadi pembunuh bersiri kepada ular2 tersebut..

    Akhirnya org kampung bermesyuarat;

    Tak boleh jadi nih..ni mesti ada punca kedatangan ular2 yg mengganggu ketenteraman kampung kita…

    Maka org kampung mula lah bergerak dan mencari di manakan 'punca' kedatangan ular2 tersebut..dan akhirnya berjumpalah akan sarang ular dekat hujung kampung dan di dalamnya ada ibu ular yg sangat besar…maka sekali lagi org kampung menjadi pembunuh ular ..dan mampuslah ibu ular yg sangat besar itu…

    Semenjak hari itu, budak2 kat kampung tu bermain dengan riang dan gembira kerana ibu ular telah mampus dan tiada lagi anak ular yg berkeliaran membuat onar…

    Sekian terimakasih…

    -------------

    Begitu jugaklah kita hari ni, hari2 polis tangkap ahli maksiat yg terdiri antaranya daripada Perogol-bunuh-bakar!, dah polis sumbat mereka dalam penjara , surat kabar esok cerita pulak ada Perogol-bunuh-bakar!..org lain ni..bila masa belajar ntah?…polis pun buat ops besar besaran2 dan dah dpt tangkap Perogol-bunuh-bakar!.ini..tapi selang dua tiga hari muncul pulak : Perogol-bunuh-bakar!

    Maka berkatalah ketua polis negara waktu tu..

    Tak boleh jadi nih..ni mesti ada punca kedatangan Perogol-bunuh-bakar yg mengganggu ketenteraman malaysia kita…

    Maka polis mula lah bergerak dan mencari di manakan punca kedatangan Perogol-bunuh-bakar! Ada institut Perogol-bunuh-bakarkah…rupa2nya punca segala maksiat datang dari amalan meninggalkan solat…kerana sembahyanglah yg mencegah kemungkaran!

    Perogol-bunuh-bakar dll ahli maksiat adalah datang dari mereka2 yg meninggalkan solat!

    Jadi jika sekiranya rakyat malaysia, semua sembahyang bagus2 macam Nabi sembahyang maka pasti tak ada lagi org yg buat maksiat! Pasti! Ini janji Allah!

    So..jika ustaz ajak korang sembahyang, bermakna secara tidak langsung ustaz tu mencegah kemungkaran, mengerti?!

    Sebab tu penjara dan pusat serenti kat malaysia makin hari makin besar..sebab mereka suka meninggalkan sembahyang. Sebab itu mereka masuk ke sana.mengerti?!

    Kalau masih tak paham bila guna dalil dan nas, Mari kita rujuk buku teks matematik SPM 2006.

    Bukak muka surat..arghh..tak ingat.. dari tajuk PENAALUKAN dalam matematik..

    Contoh ilmu penaalukan:

    premis 1 : segitiga mempunyai sudut tegak
    premis 2 : PQR ialah sebuah segi tiga bersudut tegak
    kesimpulan : segi tiga PQR mempunyai sudut tegak

    secara asasnya premis2 nie terbahagi kepada 3 bentuk...aku tulis bentuk satu dah ler..ni bukan entry matematik spm!

    Contoh premis bentuk 1

    premis 1 : semua A adalah B
    premis 2 : C adalah A
    kesimpulan : C adalah B

    contoh lain...

    premis 1 : semua nombor kuasa 2 adalah nombor positif
    premis 2 : (-25)^2 ialah nombor kuasa dua
    kesimpulan : (-25)^2 ialah nombor positif

    Jadi jika korang nak paham tentang ustaz yg tak cegah mungkar nie..tengok contoh di bawah:

    Contoh panaalukan:

    Premis satu: ustaz ajak korang solat
    Premis dua: solat mencegah kemungkaran
    Kesimpulan: ustaz mencegah kemungkaran….!

    Korang paham tak nie?!
    Aku bagi contoh lain pulak…

    Contoh:
    Premis satu: Semua org suka tidur
    Premis dua: tidur adalah saudara mayat
    Kesimpulan: semua org …ha ha ha!jawab sendiri, korang semua dah masuk "U"..ha ha!

    Dah bercerita pasal ilmu penaklukan, aku nak kabor kat korang semua bahawa semua org lelaki yg beriman: hati hendaklah di 'takluk' oleh masjid…seperti doctor yg di 'takluki' oleh klinik, nelayan di 'takluk' oleh laut…maka apa kerja org yg ditakluki ini?

    Dah tentulah mereka selalu buat hubungan dengan apa yg menakluknya… doktor hari2 pergi klinik..nelayan hari2 pergi laut..dan org beriman hari2 pergi masjid..mengerti?!

    Jadi aku ajak korang solat jemaah kat masjid nampak macam aku tak cegah kemungkaran korang…memang aku tak cegah pun! Oh..isk…hakikatnya solat koranglah yg mencegah kemungkaran….aku hanya ajak korang solat jer..jomSolat!(dulu sureSolat)

    Sesungguhnya solat itu mencegah Mungkar…(al-Quran)

    MORAL: Janganlah jika korang nampak ustaz tu tak cegah mungkar menjadikan alasan untuk korang tak nak terima ilmu dia..memang jahil(bodoh)lah korang…jika korang mampu cegah mungkar dengan tangan, cegahlah, kalau tak, dengan mulut/tulisan…dan serendah darjat adalah dengan HATI! tapi la ni, bukan nak mencegah mungkar dalam hati, sokong mungkar lagi..oh..siap SMS..oh..aku bukan ahli fatwa…oh..aku bukan!..isk!

    ps: Ingat! Harimau mati meninggalkan belang..
    Manusia mati menjadi mayat yang kena makan ulat..ingat nie..INGAT!








    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Mengenali Waliullah Habib Nuh bin Muhammad al-Habsyi

    Makam Habib Nuh di Singapura


    Dikisahkan bahawa Kiyai Agung Muhammad bin 'Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu mengamalkan bacaan mawlid Junjungan Nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau meninggalkannya. Pada satu malam, beliau bermimpi dan dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan Junjungan Nabi s.a.w. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun berpulang ke rahmatullah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi Baginda Nabi s.a.w. yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada Baginda Nabi s.a.w.: "Ya RasulAllah, marilah kita ziarah rumah kawan saya Muhammad Suhaimi." Tetapi Junjungan Nabi s.a.w. enggan berbuat demikian sambil bersabda: "Saya tak hendak menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya, kerana dia selalu meninggalkan bacaan maulid saya." Habib Nuh merayu kepada Baginda Nabi s.a.w.: "Saya bermohonlah kepada tuan supaya dia diampuni." Setelah itu baharulah Junjungan Nabi s.a.w. mahu masuk dan duduk di dalam rumah Kiyai Agung. Inilah kisah mimpi Kiyai Agung, selepas isyarat mimpi itu, maka Kiyai Agung tidak lagi meninggalkan bacaan mawlid, hatta dalam pelayaran sekalipun dan walaupun hanya 2 atau 3 orang sahaja dalam majlis pembacaan tersebut.


    Ini cerita mimpi, percaya atau tidak terpulanglah, kuceritakan kisah ini sebagai pengenalan kepada ketinggian maqam seorang waliyullah yang bermakam di Singapura. Beliau yang kumaksudkan dan kuharapkan keberkatannya bagi diriku dan ahli keluargaku serta sekalian muslimin adalah Habib Nuh bin Muhammad al-Habsyi yang hidup sekitar tahun 1788M - 1866M. Makam beliau terletak di Palmer Road, Tanjong Pagar, Singapura. Keistimewaan Habib Nuh al-Habsyi makin tersohor apabila kerajaan Singapura sewaktu pembinaan lebuh raya cuba untuk memindahkan makam beliau tetapi gagal. Akhirnya, makam beliau dibiarkan dan sehingga kini terus di bawah penjagaan Majlis Ugama Islam Singapura.

    Habib Nuh al-Habsyi meninggalkan dunia yang fana ini pada hari Jumaat, 14 Rabi`ul Awwal 1283H. Sebelum meninggal, beliau telah mewasiatkan agar dikebumikan di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer tersebut. Wasiat ini dipandang ganjil kerana tempat yang ditunjukkannya itu adalah terpencil daripada perkuburan orang Islam dan berada di tepi laut yang terdedah kepada pukulan ombak dan hakisan laut. Maka ahli keluarga beliau memutuskan agar jenazahnya dimakamkan sahaja di tanah perkuburan biasa. Setelah selesai urusan jenazah dan ketika hendak dibawa ke tanah perkuburan biasa, jenazah beliau tidak dapat diangkat oleh orang yang hendak membawanya. Diceritakan puluhan orang cuba untuk mengangkat jenazah tersebut, semuanya gagal. Akhirnya mereka diperingatkan agar mematuhi sahaja wasiat Habib Nuh berhubung tempat pengkebumiannya. Maka apabila jenazahnya hendak dibawa ke tempat menurut wasiatnya tersebut, maka orang-orang yang membawanya merasa jenazahnya amat ringan dan mudahlah mereka mengusungnya. Tahun 1962, kerajaan Singapura telah menambak dan menebus guna laut sekitar makam Habib Nuh, dan sekarang makam tersebut berada di tengah daratan dan bukan lagi tepi laut. Makam beliau tetap terpelihara sehingga sekarang dan menjadi tempat ziarah bagi mereka-mereka yang mencari keberkahan seorang sholih lagi wali.

    Karamah Habib Nuh al-Habsyi zahir sewaktu hayatnya lagi. Diceritakan bahawa pernah beliau dipenjarakan oleh penjajah orang putih. Anehnya, Habib Nuh boleh berada di luar penjara pada bila-bila masa sahaja yang dia kehendaki, walaupun dalam penjara kaki dan tangannya dirantai. Walaupun ditangkap semula, beliau tetap dapat keluar dari penjara, sehingga penjajah tidak betah lagi untuk memenjarakan beliau kerana penjara tidak lagi mempunyai apa-apa arti buat beliau.

    Diceritakan lagi bahawa pada satu ketika ada seorang saudagar yang sedang dalam pelayaran ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul ribut kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan kain kepada Habib Nuh. Alhamdulillah, dia dan dagangannya diselamatkan Allah dari keganasan ribut tersebut. Setibanya di Singapura, dia hairan kerana Habib Nuh telah sedia menunggu kedatangannya di pelabuhan dan memintanya melaksanakan nazar yang telah dibuatnya di tengah laut itu.

    Diceritakan lagi bahawa seorang yang hendak belayar membawa dagangan yang mahal mengikut sebuah kapal telah menghadap Habib Nuh memohon doa agar pelayarannya selamat. Habib Nuh dengan keras melarang dia membawa dagangannya tersebut. Memandangkan ketegasan Habib Nuh tersebut, maka saudagar tersebut tidaklah jadi membawa dagangannya dengan kapal tersebut. Tidak berapa lama selepas kapal tersebut berlepas, penduduk Singapura dimaklumkan bahawa kapal tersebut telah terbakar dan tenggelam.

    Banyak lagi kejadian aneh yang dihubungkan kepada karamah Habib Nuh ini. Walau apa pun khawariqul adah yang berlaku pada dirinya, maka itu bukanlah tuntutan kita. Yang pasti, sejarah telah menyaksikan bahawa Habib Nuh al-Habsyi adalah seorang sholeh yang taat kepada ajaran Islam. Apa yang kita citakan ialah agar dapat mencontohi jejak langkah beliau dalam menuruti perjalanan para leluhurnya sambung-menyambung sehingga ke hadhrat Junjungan Nabi s.a.w. Mahabbah kepada para sholihin adalah dituntut dan ingat seseorang itu nanti akan berada bersama orang yang dikasihinya. Sesungguhnya istiqamah atas agama itu lebih baik daripada 1000 kekeramatan mencarik adat. Karamah maknawi itu lebih bermakna dari karamah hissi. Mudah-mudahan keberkatan Habib Nuh al-Habsyi mengalir terus kepada kita dan anak keturunan kita, keberkatan yang dengan sebabnya diharap Allah memandang kita dengan pandangan rahmat dan kasih sayangNya. Mari kita hadiahkan al-Fatihah kepada wali Allah Kota Singa ini.....al-Fatihah.


    Wajah Habib 'Arifin bin Muhammad al-Habsyi, saudara kandung Habib Nuh bin Muhammad al-Habsyi. Habib 'Arifin telah kembali ke rahmatUllah dalam tahun 1904M dan dimakamkan di Burma Road, Pulau Pinang.....al-Fatihah


    sumber : www.ahlulbait.blogdrive.com







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    PERIHAL FIDYAH PUASA

    Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadhan, di bwah ini saya sertakan maklumat mengenai FIDYAH PUASA untuk panduan semua, khususnya mereka yang masih berhutang puasa.

    Di antara makna Fidyah dalam hal puasa ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan mengqadha puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya. Diantara sebab-sebab wajib mengeluarkan Fidyah puasa ialah:

    1. Tidak berupaya berpuasa iaitu seseorang yang wajib berpuasa, tetapi tidak sanggup lagi mengerjakannya disebabkan tua, lemah dan sekiranya dia berpuasa tidak akan dapat menanggung kepayahannya.


    2. Orang yang sakit yang tidak ada harapan sembuh dan tidak berupaya melakukan puasa.


    3. Perempuan hamil atau yang sedang menyusukan anak, iaitu jika sekiranya mereka ini berpuasa, maka takut akan mendatangkan mudarat kepada anak yang dikandung atau boleh mengurangkan air susu yang akan memberi kesan kurang baik kepada anak yang menyusu.


    4. Sesiapa tidak mengqadha Ramadhan pada tahun berkenaan sehingga masuk Ramadhan berikutnya tanpa 'uzur syar'i. Khusus bagi sebab yang ke empat ini, maka bagi sesiapa yang telah terlanjur melambat-lambatkan qadha' puasa Ramadhan, padahal ia boleh mengqadha puasanya itu dengan tiada 'uzur sehingga masuk Ramadhan lain, maka tetaplah juga wajib ke atasnya mengqadhanya sebanyak hari-hari Ramadhan yang ditangguhnya itu disamping itu wajib pula mengeluarkan fidyah mengikut kadar hari-hari berkenaan, iaitu sebanyak satu mud atau 15 tahil atau 566.99 gram beras untuk satu hari.

    Ertinya satu hari puasa Ramadhan yang ditinggalkan maka fidyahnya satu mud, jika dua hari, fidyahnya dua mud, jika tiga hari, fidyahnya tiga mud begitulah seterusnya. Walau bagaimanapun, kadar jumlah satu, dua atau tiga mud itu boleh berganda. Umpamanya sehari puasa Ramadhan yang ditinggalkan fidyahnya ialah satu mud, tetapi jika masuk tahun kedua belum diqadha, fidyahnya berganda menjadi dua mud. Masuk tahun ketiga menjadi tiga mud sehinggalah diqadha dan begitulah seterusnya.

    Perlu juga di ingat bahawa disamping kewajipan membayar fidyah, dan mengqadha puasa Ramadhan, adalah wajib bertaubat tidak akan meninggalkan puasa Ramadhan lagi atau melambatkan mengqadhanya jika tidak ada 'uzur syar'i, kerana meninggalkan puasa Ramadhan tanpa 'uzur adalah haram, dan jika ditinggalkan juga tanpa 'uzur, wajiblah diqadha dengan segera, dan jika dilambat-lambat mengkadhanya tanpa 'uzur hukumnya adalah haram.

    Orang Yang Sudah Meninggal Dunia.

    Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana 'uzur syar'i seperti sakit atau dalam musafir sama ada satu hari atau lebih, kemudian dia mati sebelum berkesempatan mengqadhanya, maka tidak wajib dikeluarkan fidyah puasa yang ditinggalkannya itu. Dia juga tidak berdosa kerana dia dikira tidak dapat melakukan yang wajib atasnya disebabkan suatu 'uzur atau halangan yang dibenarkan syara'.

    Bagaimana jika dia mati setelah berkeupayaan dan berpeluang mengqadhanya, namun dia tidak mengqadhanya, maka pihak walinya tidak perlu mengganti puasanya dan tidak sah hukumnya, kerana puasa itu dikira ibadah peribadi yang tidak dapat diwakilkan semasa hidup.


    Berkata Imam Nawawi: Ertinya: 'Sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadhan (kerana 'uzur syara'), kemudian dia mati sebelum berkesempatan mengqadhanya, maka dia tidak wajib membayar fidyahnya dan tidak berdosa. Dan jikalau dia mati selepas berupaya mengqadhanya, walinya tidak perlu mengganti puasanya mengikut Qaul Jadid, yang perlu ialah membayar fidyah puasanya bagi setiap hari satu mud makanan yang diambil dari harta peninggalannya'. (Minhaj at-Thalibin: 77).









    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

     
    Dear Diary Blogger Template