^ Scroll to Top

Friday, May 9, 2008

Jangan Melintasi Orang Yang Sedang Solat

Satir maksudnya batasan bagi orang yang solat. orang yang solat di atas
sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas
lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padangpasir
misalnya, disuruh membuat satir atau batas. satir itu boleh dibuat dengan
memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh
dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.

Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang
pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: "Wahai
pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia
menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini
bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW."


Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan: " Apabila
solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak
lalu dihadapannya ."

Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir.
Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau
letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat
orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan
orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada
lagi orang yang lalu di antaranya dan diantara orang yang solat itu.

Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq
mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat
dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau
berkata: " Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di
hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu
di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya".

Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu
lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: "
Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan
diiringi oleh syaitan ."

( Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB – KEPUTUSAN HUKUM & FATWA
– FATWANYA ).

Antara Pegang Awek Dan Pegang Anjing

Sekadar renungan dan ingatan bersama

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu .

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ?Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Dianggarkan Bumi Akan Kiamat

Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup
selama 1500 tahun...
sekarang sudah 1439 = 1426 + 13 tahun
hijrah...daripada ini kita ketahui kita akan bertahan
dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun
2066

Saintis telah menjumpai sebuah planet yang
lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi..
Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan
melanggar bumi pada tahun 2014.
Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya
dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet
yang juga akan menghentam bumi...
Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa
60 tahun lagi..
Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun
2065....
c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai
puncaknya pada tahun 2007...
Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun,
iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan
semula Nabi Isa... .
Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya
akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan
kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia kan kiamat pada
tahun 2062... .
Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun
2062-2066.... Wallahu'alam...
Semua ini telah dikaji...
Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith
yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan
bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...
Cubalah anda kirakan sendiri...
Beribadatlah wahai umat-umat Islam sekalian...
Amar Ma'ruf Nahi Mungkar...
Sampaikanlah mesej ini kepada semua kenalan
Islam anda...
Semoga saudara-saudari sekalian akan
mendapat rahmat ALLAH S.W.T...

insaflah setelah baca..masih belum terlambat

Tujuh Pahala Tetap Kekal Selepas Meninggal Dunia

" APAKAH pahala yang dapat diterima seseorang selepas kematiannya? Dalam hal ini, diriwayatkan daripada Anas bahawa ada tujuh pahala yang dapat diterima seseorang selepas mati, iaitu:

1. Sesiapa yang mendirikan masjid, maka tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf, dia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi, selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanaman, selagi ada yang memakannya sama ada manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak soleh yang dia selalu mendoakan kedua-dua orang tuanya dan beristighfar baginya


Selain itu, anak yang selalu diajar ilmu al-Quran, maka orang yang mengajarnya mendapat pahala, selagi anak itu mengamalkan ajaran tanpa mengurangi pahala anak itu.


Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw bersabda: "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhenti amalnya melainkan tiga macam. Amalan ini ialah sedekah yang berjalan terus (sedekah amal jariah), ilmu yang berguna dan diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan perkara baik baginya."


Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... dulu,kini & selamanya..

Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas yubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah lah.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah lah.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

 
Dear Diary Blogger Template