^ Scroll to Top

Sunday, June 22, 2008

Sunnah Nabi S.A.W ketika dan selepas tidur

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur
>mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.
>Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
>
>1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
>
>2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
>
>3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
>
>Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
>
> 4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
>
>5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
>
>6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
>
> 7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
>
> 8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
>
>Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
>
>Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
>
>Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/ Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.



...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

Akhlak ibarat bunga di taman

AKHLAK adalah perkara penting selepas iman. Setiap orang akan dinilai berdasarkan budi pekertinya (akhlak). Jika baik akhlaknya, maka dia akan dianggap baik. Jika buruk akhlaknya meskipun ada melakukan kebajikan, tetap tidak akan dinilai.

Oleh itu, orang yang mempunyai akhlak mulia akan dipandang mulia di sisi Allah. Contoh, akhlak mulia adalah akhlak Rasulullah. Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia." (Surah al-Qalam, ayat 4).

Akhlak yang baik hendaklah dipupuk dan dipelihara hingga sebati dengan diri kita. Hal ini bagi membolehkan kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Dalam kehidupan manusia, akhlak dapat diibaratkan seperti bunga dalam sebuah taman. Bagaimana luas dan indahnya sebuah taman kalau tidak dihiasi dengan bunga-bungaan, maka taman itu tidak jauh bezanya dengan tanah perkuburan.

Seseorang yang mempunyai badan sihat, gagah, tampan, menarik, berilmu, kaya atau berpangkat, kalau mempunyai akhlak buruk dan perangai jahat, tidak ubah seperti muka yang cantik, tetapi mempunyai kesan guris luka berpanjangan.

Akhlak mulia atau hina terbit daripada jiwa atau hati. Jiwa seseorang itu saja yang akan menjadi pendorong menggerakkan perbuatan yang baik atau tercela.

Dengan mempunyai akhlak baik dan sempurna pada diri seseorang, maka dapatlah kita melahirkan sebuah masyarakat dan bangsa gemilang, terbilang dan cemerlang.

Hal ini kerana bangsa yang diasaskan dengan akhlak mulia saja akan dipandang mulia, bahkan boleh mengangkat martabat sesebuah bangsa ke tingkat paling tinggi antara ummah.

Di sinilah terbentuknya masyarakat madani yang mempunyai nilai positif dan mahmudah (terpuji). Setiap pekerjaan, pergaulan, perbuatan, hubungan individu, masyarakat, antarabangsa, kekeluargaan dan negara dijalin atas kesempurnaan akhlak.

Secara tidak langsung ia akan mewujudkan sebuah peradaban luhur bercirikan akhlak kemanusiaan sejagat dan tunduk atas kekuasaan Allah. Tanpa akhlak, manusia akan berbuat sesuka hatinya tidak mengira sama ada dilarang oleh Allah atau melanggar tata susila dan maruah mereka.

Masalah sosial yang semakin kritikal dan kronik dalam masyarakat, terutama golongan remaja pada masa kini disebabkan oleh budaya akhlak yang kian merosot.

Mereka mudah terpengaruh dengan budaya kehidupan Barat yang memang sudah runtuh nilai akhlaknya.

Ajaran Islam tidak pernah menyekat kebebasan dalam melakukan kegiatan kehidupan, tetapi hendaklah melalui batas yang ditentukan oleh syariat.

Segala yang dilarang oleh Allah swt mempunyai hikmah yang besar.

Isu keruntuhan akhlak bukanlah suatu perkara yang baru dalam masyarakat kita. Namun apa yang diharapkan adalah kepekaan dan usaha bersungguh-sungguh pada diri individu dan masyarakat dalam menangani masalah generasi muda.

Langkah yang perlu kita lakukan adalah berusaha mencari penawar kepada penyakit sosial untuk memulihkan sindrom yang menyerang generasi muda pada zaman ini.

Salah satu cara terbaik adalah pembudayaan akhlak dalam kehidupan seharian.

Keperibadian yang disulami dengan keimanan dan akhlak akan menerbitkan pekerti mulia dan menjamin kerukunan dan kesejahteraan sebuah masyarakat, negara dan antarabangsa.



...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

PETUA MEMILIH SAHABAT

"Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adalah ia seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlu engkau bertanya di sana sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikuti kelakuan dan dan perbuatan kawannya itu"Berkata Ulama...

"Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itupun memanfaat ilmunya kepadamu....

Petikan Dari Nasihat Al-Qomah Kepada Puteranya:

"Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:

1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.

2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.

3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.

4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.

5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.

6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.

7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.

8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.

9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.

10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.


...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

CARA-CARA TURUNKAN HARGA PETROL

Kalau betul.....why not try?.....

Tolong baca sampai habis*.buah fikiran yg sangat baik*.mari Kita renung
Dan fikir fikirkan*kemudian Kita lakukan.

Idea daripada orang-orang yang kerja kat PETRONAS - price control

Idea yang sangat menarik? Tapi adakah ianya berkesan?

> Harga minyak telah meningkat sehingga RM2.70 se liter
dan akan naik lagi tidak lama lagi. Mahu
> supaya harga petrol turun? Kita perlukan satu
> tindakan bijak Dan bersepadu.

> Philip Hollsworth menawarkan idea bagus ini.
> Ianya LEBIH BERKESAN berbanding kempen
> "jangan beli petrol pada Hari tertentu" yang
> dilakukan pada April atau Mei lalu. Syarikat
> minyak hanya akan mentertawakan seba b mereka
> tahu dengan tidak membeli petrol, Kita akan
> menyusahkan diri sendiri. Ia lebih menyusahkan
> pengguna sendiri
> berbanding penjual.

> Tapi, tak kiralah dari siapa idea ini yang
> mencadangkan pelan yang benar-benar berkesan.
> Sila teruskan membaca Dan ambillah bahagian
> dalam rancangan ini.

> Mengikut kenyataan dari negara-negara pengeluar
> minyak anggota OPEC harga seliter petrol adalah
> semurah 89 hingga 95 sen sahaja. Tetapi syarikat
> syarikat pembekal minyaklah yang mengaut
> keuntungan besar dari situasi sekarang ini.

> Kita sebagai pengguna perlukan tindakan agresif
> untuk 'mengajar' mereka bahawa PEMBELI juga
> Ada kuasa untuk yang mengawal harga, bukan
> penjual sahaja.

> Dengan harga petrol yang naik begitu tinggi
> sekarang ini, Kita pengguna perlu bertindak
> segera. Satu cara yang disarankan untuk
> menurunkan harga petrol ialah dengan
> memberikan tamparan 'market leader' industri
> berkenaan, iaitu dengan tidak
> membeli petrol dari penjual tertentu. Ini dapat Kita
> lakukan tanpa menyusahkan diri Kita sendiri.

Ideanya begini :-

Untuk sepanjang tahun ini, JANGAN beli petrol dari TIGA SYARIKAT
MINYAK
TERBESAR DIDUNIA iaitu

1) ESSO
2) SHELL
3) MOBIL

Tiga syarikat gergasi inilah yang sebenarnya
> mengawal harga runcit petrol Dan mengaut
> keuntungan untuk diri mereka sendiri.

> Jika mereka tidak merasa penjualan petrol mereka
> menurun secara tiba-tiba sedangkan pesaing
> mereka akan terus maju, mereka akan mula
> menurunkan harga. Dan jika mereka berbuat
> demikian yang lain akan turut serta. Tetapi, untuk
> kaedah ini memberi kesan, Kita kena memberitahu
> berjuta pembeli ESSO,MOBIL dan SHELL .

> Ia sangat mudah dilakukan. Saya akan terangkan
> disini caranya:-

> Saya menghantar mesej ini kepada ramai
> orang.Jika setiap Kita menghantar kepada
> sekurang2nya 10 orang atau lebih (30 x 10 = 300)?
> Dan 300 orang ini hantar kepada sekurang2nya 10
> orang atau lebih (300 x 10 = 3,000)? Dan
> seterusnya.

> Sebaik mesej ini sampai kepada generasi
> penerima yang ke 6, IA sebenarnya telah
> disebarkan kepada lebih TIGA JUTA pengguna
> petrol. Sekali lagi, apa yang perlu anda lakukan
> ialah :

1) Menghantar mesej ini kepada 10 orang atau lebih, itu saja.
2) Berhenti dengan serta merta membeli petrol dari ESSO,MOBIL dan SHELL
Itu sahaja.....

Berapa lama IA akan berlaku? Jika setiap Kita
> menghantar email kepada 10 orang dalam satu
> Hari, semua 3 JUTA orang akan dapat dihubungi
> dalam masa 8 Hari sahaja..

> Saya cabar anda, jangan sangka anda tiada
> kuasa, bertindak secara bersama.
> Ia pasti akan membuahkan hasil.

Jika anda terima sar Ana n ini, sila sebarkan email ini.
TOLONG KEKALKAN KOMITMEN ANDA
SEHINGGA MEREKA TURUNKAN HARGA
DALAM LINGKUNGAN 80 SEN SELITER.

Mudah saja, anda cuma perlu....... .....

1. Forwardkan email ini kepada kawan-kawan Dan kenalan,
2. Beli petrol dari PETRONAS , Dan CALTEX sahaja ..... Jauhi diri anda
Dari stesyen petrol ESSO,MOBIL dan SHELL.

Oleh :
Nur Fatanah Ali,
Pejabat Pentadbiran
Kolej Cemara, Akasia dan Cendana
INTEC, UiTM
seksyen 18, Shah Alam




...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

Wednesday, June 18, 2008

Hikmah Solat tahajud

SATU cara paling ideal bagi seorang Muslim untuk berhubungan dengan Allah ialah mengerjakan ibadat pada waktu tengah malam, ketika suasana sunyi sepi dengan kebanyakan makhluk nyenyak tidur dan penuh kesejukan.

Pada waktu itu seorang Muslim boleh beristighfar, memuji, mensuci dan membesarkan Allah, malah mengerjakan solat sunat tahajud serta solat taubat.

Bagaimanapun, bukan satu perkara mudah untuk bangun dari tidur sedang orang lain lena dibuai mimpi. Bukan mudah untuk berwuduk dalam kedinginan malam yang mencengkam tulang dan bukan sesuatu yang mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata terkebil-kebil.

Justeru, tidak ramai yang boleh bangun bertahajud, walaupun mengetahui banyak kelebihannya kecuali mereka yang benar-benar tertarik dengan keindahan Allah, berbanding keindahan mimpi di dalam tidurnya.

"Dan dari malam, hendaklah engkau bertajahud (tinggalkan tidur untuk solat) semoga Tuhan-Mu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji." (al-Isra: 79)

Solat tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan mereka dengan Allah.

Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.

Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: "Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan solat tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: "Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

  • Jauh daripada segala penyakit

  • Lahir kesan takwa pada wajahnya

  • Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia

  • Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)

  • Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)



    Sementara empat perkara di akhirat ialah:-

  • Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

  • Dipermudahkan hisab

  • Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat

  • Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan."



  • ...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

     
    Dear Diary Blogger Template