^ Scroll to Top

Monday, June 30, 2008

3 AMALAN YANG BERKAT

Dari Ibnu Mas¢ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah
s.a..w, :"Manakah amal yang lebih utama?" Beliau
menjawab,:"Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan
berjuang di jalan Allah."
(Bukhari)

Di dalam al-Quran dinyatakan bahawa setiap amal perbuatan atau amal
ibadah walau sekecil zarah sekalipun pasti dibalas dengan pahala oleh
Allah S.W.T. Bayangkan, jika kita melakukan amal perbuatan atau amal
ibadah yang paling utama tentulah jumlah pahalanya luar biasa
banyaknya.
Maka beruntunglah orang yang dapat melakukan amalan-amalan seperti
yang disebutkan di dalam hadith di atas yang sememangnya sungguh
besar ganjarannya. Hal ini disebabkan setiap sesuatu kebaikan itu
sesungguhnya amat susah untuk dilakukan lantaran terlalu banyak
godaan dan halangan khususnya daripada syaitan laknatullah. Berbeza
pula halnya dengan kejahatan yang senang sahaja berlaku kerana ini
tidak dihalang bahkan dibantu khusus oleh syaitan.
Oleh yang demikian, sebagai benteng yang kukuh, manusia mestilah
mempunyai keimanan yang teguh bagi melawan hasutan syaitan tersebut
kerana kebiasaannya orang yang selalu tewas dan malas dalam melakukan
kebajikan adalah orang yang meremehkan pembalasan daripada Allah
S.W.T sama ada ia merupakan pembalasan baik atau pembalasan buruk
(neraka).



...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

Pedihnya siksa meninggalkan solat

Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk
bersama para sahabat. Kemudian datang pemuda Arab masuk kedalam
masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S.A.W melihat pemuda itu
menangis, maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda, kenapa kamu
menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar
r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a.
mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam.
Maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya
Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi
babi hutan yang hitam."

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang
muda itu dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T. Kemudian mayat
itu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan
para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu
hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi
seperti babi hutan yang hitam. Maka Rasulullah S.A.W pun bertanya
kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan
oleh ayahmu sewaktu dia didunia dulu?"

Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Dihari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang
hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya, tiba2 kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu, mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan
menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular
tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu
semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.
Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga
sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan
oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan,
di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama. Maka inilah
balasannya".



...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

Nabi Muhammad s.a.w Makhluk pertama keluar dari kubur-semasa bumi terbelah

Rasulullah s.a.w dalam satu hadisnya telah membuat penghuraian
mengenai satu ayat Quran dalam surah al- Insyiqaaq;ayat 1-2 yang
maksudnya;"Apabila langit terbelah dan patuh pada TuhanNya dan sudah
semestinya langit itu patuh."
Rasulullah s.a.w bersabda yang ertinya;"Aku adalah orang yang
pertama keluar dari kubur.Ketika baru sahaja duduk di dalam
kubur,tiba-tiba aku dibukakan pintu langit tepat diatas kepalaku
sehingga aku boleh nmelihat Arasy."

"Lalu,aku dibukakan pintu dari bawah sampai aku boleh melihat bumi
sehingga lapis ke tujuh dan tanah yang basah."

"Lalu,aku dibukakan pintu disebelah kananku sehingga aku boleh
melihat syurga dan tempat2 tinggal para sahabatku."

"Kemudian Bumi dibawahku bergerak,aku bertanya":"Ada apa
denganmu,wahai Bumi?"Bumi menjawab,"Aku diperintahkan oleh Tuhanku
untuk memuntahkan semua yang ada dalam perutku.Aku disuruh untuk
mengosongkan diri seperti keadaanku semula yang tidak ada apa-apa."
Dan itulah makna firman Allah dalam surah al-Insyiqaaq ayat 4-5 yang
maksudnya; memuntahkan apa yang didalamnya dan menjadi kosong dan
patuh kepada Tuhannya dan sudah semestinya bumi itu patuh.

Dalam kata lain Bumi tunduk kepada perintah Allah,kerana sebagai
makhluk ia memang harus tunduk dan patuh.Lalu Allah berfirman dalam
surah al-Infitar ayat 6 yang maksudnya;"Hai manusia,akulah yang
dimaksudkan oleh firman Allah itu."

Mengenai dengan Sangkakala,disebutkan dalam sebuah hadis Abu
Hurairah,Nabi s.a.w yang ertinya."Demi Allah yang jiwaku berada dalam
gengamanNya,sesungguhnya besar Sangkakala Malaikat Israfil itu seluas
langit dan bumi." Bahkan ada yang meriwayatkan,jika sangkakala itu
diletakkan di bumi,maka hujung yang satu berada di timur dan hujung
satunya lagi berada di barat.

Begitulah yang telah dihuraikan dalam sebuah kitab agama yang
menerangkan tentang keadaan Sangkakala tersebut.

Tiupan Sangkakala ini berbeza pendapat dari para ulama besar.Ada
sesetengah ulama mengatakan 'tiga kali tiupan sangkakala."Ada yang
mengatakan "dua kali".

Ulama pertama berpendapat,"kali pertama tiupan mengejutkan makhluk
di langit dan di bumi." Tiupan kedua;Mematikan semua Makhluk,kecuali
yang dikehendaki oleh Allah dan yang ketiga tiupan yang akan
membangkitkan manusia daripada kubur masing2."
Tetapi ulama yang kedua pula mengatakan-tiupan yang kedua iaitu
mengejutkan dan terus mematikan seluruh makhluk,kecuali yang
dikehendaki oleh Allah,itulah pendapat ulama yang masyur.
Bagaimanapun,itu semua ilmu Allah Ta'ala.Akal kita tidak sampai
kesana.Yang pastinya,Sangkakala itu akan ditiup oleh Malaikat Israil
apabila tiba hari nak kiamat kelak.Sama ada ia ditiup dua kali atau
tiga kali,semuanya Allah s.w.t yang mengetahui.Kita sebagai umat
Islam hendak yakin dan beriman bahawa tiupan Sangkakala itu akan
terjadi.

Sebenarnya,banyak hadis Nabi s.a.w menerangkan tentang Sangkakala
ini. Berbagai perawi yang meriwayatkan.Para sahabat Rasulullah s.a.w
yang paling rapat dengan Baginda juga ada meriwayatkan tentang
Sangkakala ini.Dalam kitab suci Al-Quran juga Allah s.w.t ada
menerangkan dalam banyak surah berhubung dengan Sangkakala. Diantara
ayat2 tersebut ialah dalam ayat az-Zumar ayat 68 yang
maksudnya;"Kemudian ditiupkan Sangkakala sekali lagi,tiba2 mereka
berdiri untuk menunggu(keputusan masing2)."




...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

Sunday, June 29, 2008

Penawar Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada
di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar
oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah
sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin
Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan
menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan
perang.
Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu.

Baginda s.a.w. berkata:
"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada
apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk
tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah)
33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.

Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka
berdua.

Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w.
ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia
diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja
yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33
kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum
melelapkan mata.

Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya-
Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan
hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari
dengan senyuman.

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni
bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,
maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."




...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

Ciumilah Anak

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama
orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang
menangis
takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu
darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga
itu
ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan
orang
yang menyukai kanak-kanak.
Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan
kembali
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat
rahmat
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut
menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan
barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak
berkata;

“Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang
pernah aku
cium.”

Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi..”
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya
dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah
untuk
orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan
daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku
berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa
berhak
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”




...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

 
Dear Diary Blogger Template