Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan
memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah
ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir
hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu
sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith
Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada
perdayaan syaitan di waktu maut."
Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik
dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan
minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam
sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada
barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis
itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan
mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan
munafik, ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu
merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau,
Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam
sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia
pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan
putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai
mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu
sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.
Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam
sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang
menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang
hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung,
dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan
dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung,
maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang
yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan
waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam
golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik
dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.
Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci
oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu
maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya
untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka
sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan
Munafik, dan nerakalah tempatnya
Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang
hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan
minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat
mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya
untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si
ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku
inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan
berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang
kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami
masuk ke dalam syurga." Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu
dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka
matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan
terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.
Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang
membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah
sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi,
rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu
doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat,
itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang
kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan
berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar
kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat
Allah?" Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak
tahu." Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang
ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan
telah mendapat syurga yang tinggi.
Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu
hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada
kami." Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun
memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya
semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang
dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam
sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu
bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa
gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu,
sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu." Apabila
tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka
orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang
sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab
menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW
bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu
puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke
neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau
dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di
dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita
mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa
Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan
syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang
sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith
yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada
orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."
...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."