^ Scroll to Top

Wednesday, June 25, 2008

Doa agar dapat bayar hutang


Allah berfirman: Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, tanpa hitungan hisabnya dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, tanpa hitungan hisabnya. (ali-Imraan: 26-27)

Keterangan ayat:

Al-Imal al-Samarqandi menjelaskan perkataan “Allahumma” itu dalam bahas Arab berasal daripada perkataan Ya Allah. Hajat yang dikehendaki dalam ayat ini ialah, “Ya Allah dengan rahmat-Mu kasihanilah kami”. (Tafsir al-Samarqandi, tafsir ayat 26-27, surah ali-Imraan).

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani dengan sanad yang jayyid dalam Bab Doa, Muaz r.a. pernah mengadu kepada Nabi SAW tentang hutangnya kepada seorang Yahudi. Nabi SAW lantas mengajarnya ayat ini.

Khasiat dan kaifiat beramal

Amalkan membaca ayat ini sebelum tidur. Mudah-mudahan mendapat jalan untuk menyelesaikan bebanan hutang. (Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 26 dan 27, surah ali-Imraan).




...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

Kesederhanaan ibu segala kelebihan melaksanakan urusan pentadbiran



HIKMAH atau kebijaksanaan adalah kurniaan terbesar Allah kepada manusia seperti dijelaskan dalam firman-Nya bahawa sesiapa yang dikurnia hikmah maka ia pada hakikatnya dikurnia kebaikan yang banyak.

Selain itu, al-Quran juga menceritakan kisah Luqman ibn Ba`ura (Luqman al-Hakim), hamba Allah yang dikurnia hikmah dan bagaimana hikmah dimanfaatkan oleh Luqman dalam kehidupannya terserlah melalui nasihat kepada puteranya.

Ibn Kathir menjelaskan Allah mengurniakan hikmah, iaitu petunjuk kepada Luqman untuk melakukan sesuatu berdasarkan ilmu serta kefahaman mendalam, bersyukur kepada Allah serta memuji-Nya atas segala nikmat dan kelebihan dikurniakan, suka melakukan kebaikan terhadap orang lain, selain membantu apa saja usaha kebaikan serta amal soleh.

Menurut riwayat, Luqman pernah membantu Nabi Daud dalam urusan pemerintahan dan menjadi hakim untuk mengadili perbicaraan kaum Bani Israel.

Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Mizan al 'Amal menegaskan bahawa hikmah dinisbahkan pada kekuatan akal. Kata beliau, hikmah dan tiga sifat lain iaitu keberanian, kesederhanaan dan keadilan adalah ibu segala kelebihan yang boleh melahirkan atau membentuk sifat terpuji lain.

Ciri kecemerlangan tertentu akan terpancar pada diri orang yang memiliki hikmah termasuk arif, kebijaksanaan dalam budi bicara; ketajaman fikiran, ketepatan pandangan, kepantasan kefahaman, kejelasan minda, kepantasan dan kemudahan dalam pembelajaran.

Hikmah dikatakan terhasil dalam jiwa apabila keupayaan fikiran menjadi mantap atau sempurna yang memberi maksud seseorang dapat membezakan antara benar dengan palsu, kepercayaan yang benar dengan salah dan antara tindakan benar dengan sebaliknya.

Hikmah atau kebijaksanaan dan keberanian, kesederhanaan serta keadilan yang diistilahkan sebagai ibu segala kelebihan adalah sifat utama yang mesti dimiliki pemimpin. Sifat utama inilah yang akan membimbing seseorang pemimpin melaksanakan urusan kepemimpinan dan pentadbiran negaranya dengan cemerlang.

Dengan hikmah contohnya, seseorang pemimpin akan didorong untuk sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat pimpinannya sehingga mengatasi kepentingan lain, hatta kepentingan dirinya sendiri.

Hikmah juga membolehkan ia membezakan antara tindakan atau keputusan yang akan membawa kebaikan kepada rakyat atau kemudaratan kepada kehidupan sehingga menyebabkan mereka ditimpa kesulitan yang tidak putus.

Selain itu, hikmah diperlukan oleh pemimpin dalam mencari penyelesaian bagi sesuatu kemelut yang melanda negara serta rakyat dipimpinnya.

Merujuk kepada keadaan yang sedang melanda negara ketika ini, kelihatannya rakyat begitu mengharapkan supaya pimpinan negara dapat merumus tindakan penuh hikmah bagi melindungi kepentingan serta kebajikan mereka.

Mereka mengharapkan pemimpin dapat menunjukkan teladan terbaik dalam menangani kemelut sedang dihadapi. Mereka tidak sekadar memerlukan seruan mengubah gaya hidup supaya kemelut yang dihadapi dapat ditangani sebaik-baiknya.

Apa lebih diperlukan rakyat ialah bukti serta contoh yang jelas bahawa pemimpin sendiri menjalani kehidupan penuh sederhana dan ternyata sanggup mengorbankan kepentingan diri mereka demi memastikan rakyat tidak terjerumus dalam belenggu kesulitan dan penderitaan berpanjangan.

Bagi rakyat yang sudah terbiasa dengan kehidupan sederhana atau dibelenggu kemiskinan serta kedaifan, seruan supaya mereka mengubah gaya hidup sama sekali tidak memberikan sebarang makna kerana itulah bentuk kehidupan dijalani selama ini. Apatah lagi jika hanya mendengar seruan kosong tanpa sebarang bukti kukuh daripada pihak yang menuturkan nasihat berkenaan.

Apalah makna seruan itu kerana pada saat mereka berjuang bermati-matian bagi menyara diri dan keluarga, pemimpin dan anggota keluarga, penasihat serta pegawai utama kerajaan melayari kehidupan dilimpahi kemewahan dan keselesaan yang tiada sempadannya. Tidak mustahil bahawa isyarat yang diterima rakyat ialah hanya mereka saja perlu berkorban.

Contoh ditunjukkan Nabi Yusuf dalam mengurus pentadbiran kewangan negeri Mesir sebelum dan ketika bencana kemarau melanda amat wajar dijadikan teladan pemimpin negara ini. Selain kebijaksanaan baginda merancang penanaman bijirin selama tujuh tahun yang subur dan proses penyimpanan untuk jangka masa lama, Nabi Yusuf juga menunjukkan teladan baik kepada seluruh rakyat Mesir. Baginda, pemerintah dan tentera Mesir hanya makan sekali sehari, iaitu pada waktu tengah hari.

Zaman pemerintahan Sultan al-Mansur 'Ali, pemerintah muda Dinasti Mamluk Mesir juga wajar dijadikan renungan dan teladan. Disebabkan bimbang dengan kemaraan tentera Tartar, pemerintah Aleppo meminta bantuan Mesir untuk mempertahankan negeri dan wilayahnya.

Ibn al-Adim, sejarawan terkenal datang ke Kaherah pada 657 Hijrah, sebagai utusan negeri Syria untuk memohon bantuan yang dimaksudkan. Pemangku raja, Qutuz lantas mengumpulkan semua pegawai kanan tentera, panglima perang, kadi dan pegawai kanan kerajaan lalu mengadakan mesyuarat.

Salah seorang kadi terkenal dan sentiasa diminta pandangannya juga menghadiri mesyuarat berkenaan. Beliau ialah Sultan al-'Ulama' al-Izz ibn `Abdissalam bersama dengan ketua kadi. Jurucakap istana segera melaporkan kemaraan tentera Hulagu, penyerahan oleh segenap kota yang dilewatinya dan ketibaannya di Aleppo.

Jurucakap itu juga melaporkan bahawa Baitulmal sudah pun kosong dan tiada lagi simpanan. Sementara sultan yang memerintah pula masih lagi muda dan keamanan serta keselamatan negeri berada dalam keadaan bahaya.

Oleh demikian katanya, keutamaan paling penting pada masa itu ialah memilih pemimpin yang bertanggungjawab, disegani rakyat dan dapat berdiri teguh menghadapi musuh. Selain itu, Baitulmal memerlukan sumbangan orang ramai untuk membentuk tentera yang kuat dan menyediakan mereka dengan segala peralatan untuk mara menentang tentera Hulagu.

Lantas, Qutuz mengisytiharkan dirinya sebagai raja dan membuat keputusan memungut cukai yang besar daripada orang ramai untuk digunakan oleh tentera. Tiada sesiapa pun berani membantah kata-kata jurucakap istana.

Namun, dengan penuh ketegasan, Sultan al-`Ulama' `Izz ibn `Abdissalam mengutarakan pandangannya. Kata beliau, "Jika musuh menyerang negara Islam, setiap individu wajib mempertahankannya.

Diharuskan untuk dipungut apa juga bentuk cukai yang diperlukan untuk membiayai peperangan bagi mempertahankan negara, dengan syarat, tidak ada walau satu pun senjata dan pelana bersepuh emas, hud bersulam cantik dan pedang dihiasi batu permata yang masih ada dalam Baitulmal; juga dengan syarat, kamu menjual semua barang kamu yang berharga; dan setiap tentera hanya memiliki senjata serta haiwan yang ditunggangnya dan ia setaraf dengan rakyat biasa. Akan tetapi, tidak dibenarkan (haram) sama sekali bagi kamu untuk memungut wang daripada rakyat sedangkan tentera kamu dibenarkan menyimpan barang-barang dan senjata mereka yang berharga."

Raja Qutuz menerima pandangan Sultan al-`Ulama' al-Izz ibn `Abdissalam dengan hati terbuka dan beliau seterusnya menasihati baginda dengan kata-katanya, "Jika kamu mengikut jalan yang benar, aku dapat menjamin bahawa kamu akan memenangi peperangan itu, dengan izin Allah."

Nasihat diberikan Sultan al-`Ulama' al-Izz bukan saja menyelamatkan rakyat tetapi memberikan semangat tinggi kepada raja, panglima tentera dan seluruh anggota tentera. Bahkan, segenap rakyat bangun dengan penuh semangat dan keberanian untuk mempertahankan negeri mereka. Seperti dijangka, tentera Islam yang bertembung dengan tentera musuh di Palestin akhirnya mencapai kemenangan besar.




...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

Monday, June 23, 2008

Kasih pudar tanpa agama

ALAM perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia, menjadi impian semua orang. Melaluinya akan terbentuk institusi keluarga dan melahirkan zuriat yang dapat meneruskan keturunan manusia.

Dalam Islam perkahwinan satu tuntutan yang perlu dipenuhi.

Sebelum ke gerbang perkahwinan, aspek pemilihan jodoh perlu diberi perhatian kerana kesilapan membuat pilihan mengakibatkan masalah kemudian hari.

Senario masa kini mendapati kebanyakan anak muda lebih gemar memilih faktor keluarga, harta benda, kecantikan dan pangkat untuk mengikat tali percintaan dan membina gerbang perkahwinan.

Secara fizikal, kriteria pemilihan jodoh tiada cacat celanya, tetapi apabila ia dijadikan keutamaan sehingga agama diketepikan, maka ia satu kesilapan besar kerana boleh menyebabkan kemanisan alam perkahwinan menjadi pudar dan akhirnya berlaku perpisahan.

Kesilapan besar bagi pasangan yang ingin berkahwin tidak meletakkan agama sebagai keutamaan dalam membuat pilihan jodoh mereka.

Kesilapan itu juga mengakibatkan hubungan suami isteri tidak bertahan lama, malah berlaku pelbagai kejadian tidak diingini.

Kriteria Nabi Muhammad s.a.w sebut walaupun sudah lama, ia masih relevan. Agama perlu menjadi asas memilih jodoh supaya perkahwinan dan kebahgiaan yang dibina bertahan hingga ke penghujung nyawa.

Jika betul-betul berasaskan kriteria yang disebut nabi, tiada timbul pelbagai perasaan dalam alam rumah tangga, seperti ragu-ragu atau takut tidak berasas.

Islam menggariskan beberapa panduan kepada umatnya memilih jodoh, seperti mengutamakan lelaki atau wanita beragama dan berakhlak, sebagaimana sabda nabi bermaksud:

“Apabila datang kepada kamu seorang yang kamu puas hati dari sudut agama dan akhlaknya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengannya segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya timbul fitnah di muka bumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti.” (Riwayat Abu Hurairah)

Umat Islam juga perlu mengelak memilih jodoh dari kalangan lelaki atau wanita fasik.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mengahwinkan anak perempuannya dengan lelaki fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturahim dengan anaknya.”

Selain itu, kita dianjurkan memilih jodoh dari kalangan yang sihat, bebas dari penyakit yang dibimbangi mengganggu tugas sebagai suami atau isteri.

Pasangan itu pula biarlah sepadan bagi mengelak keaiban pada beberapa perkara tertentu dan untuk mencapai persamaan dalam bidang sosial, sekali gus menjamin kesejahteraan hidup suami isteri, tanpa ada yang berkecil hati atau rendah diri.

Walaupun aspek itu bukannya syarat sah perkahwinan dan tidak dipersoalkan ketika majlis ijab dan kabul, namun ia mempunyai pengaruh besar terhadap hubungan suami isteri.

Sayugia diingatkan kepada anak muda supaya tidak mudah terpedaya dengan istilah cinta, seperti cinta pandang pertama kerana ia tidak boleh dijadikan asas dalam memilih jodoh.

Cinta hanya sementara, malah cinta itu buta. Jika cinta tidak berteraskan anjuran agama, ia boleh pudar sedangkan mahligai yang mahu dibina seboleh-bolehnya berpanjangan.

Golongan muda perlu menilai dan memahami perkara ini supaya cinta yang selalunya bersemi sebelum perkahwinan tidak menjerat diri pada kemudian hari.

Tidak sukar memilih pasangan mengikut garis panduan terbabit.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menentukan calon pasangan anda beragama dan berakhlak seperti bertanya orang lain termasuk saudara, kawan, malah melihat tindak tanduknya.

Ini bukan bermakna Islam menolak calon berharta, berkedudukan dan cantik malah ciri ini juga penting kerana sudah menjadi sifat semulajadi manusia suka kepada kecantikan.

Cuma, apa yang penting dahulukan agama. Jika sudah beragama, cantik dan kaya raya, itu tentu pilihan yang baik.




...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

Tidur Mengingati Mati

APABILA membuka mata dari tidur setiap pagi, bacalah doa kesyukuran kerana usia kita dipanjangkan Allah, terselamat daripada kelalaian dan kelemahan tidur.

Tidur adalah kemestian bagi manusia. Memang pelik dan ganjil jika ada manusia berkata mereka tidak pernah tidur sepanjang hidupnya.

Manusia bukannya enjin, ia perlukan rehat. Enjin pun bekerja jika ada minyak atau elektrik, itupun enjin tidak kekal lama jika digerakkan tanpa henti.

Walaupun manusia mendapat makanan dan minuman mencukupi, mereka akan penat jika bekerja tanpa rehat. Justeru, cara terbaik ialah berehat atau tidur untuk me mulihkan tenaga.

Selain itu, kita hendaklah insaf pintu taubat masih terbuka. Dan, ketahuilah tidur itu adalah pelajaran bagi yang hidup merasai setengah kematian. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita mengingati kematian.

Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan, adab tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi. Betapa syumulnya Islam, membimbing hal yang kecil hingga perkara yang besar.

Berwuduklah sebelum tidur kerana Allah akan memelihara roh kita di sisi-Nya. Tetapi, jika tidur tanpa wuduk, Tuhan tidak akan memandang kita dan membiarkan jin dan syaitan mengganggu kita. Itulah kita sering dibuai mimpi kosong yang tidak berfaedah.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat kerana ia satu cara wahyu diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi diberkati Tuhan.

Tidurlah apabila rasa mengantuk. Dengan tidur, anggota tubuh akan mendapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah tidur berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan badan menjadi letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi lemah.

Jangan pula tidak tidur berpanjangan kerana dengan berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur sebelum Zuhur.

Gunakanlah masa pada siang hari untuk menguruskan pentadbiran dunia. Tidurlah sedikit pada waktu malam dan bangun memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh tidur yang ideal dan amalan manu sia-hamba yang mencari keredaan Tuhannya.

Jauhkan diri kita daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Hindarkan diri daripada tidur terlalu lama supaya tidak dikencing syaitan. Janganlah tidur siang menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajah dan rezeki menjadi mahal.

Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah, insya-Allah diri kita akan mendapat berkat.

Ingatlah masalah tidur sering dianggap remeh dalam hidup ini tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang berupaya mengakibatkan diri kita hidup tak terancang, hilang matlamat dan hilang punca.

Syaitan bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk Allah yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka mem perdayakannya. Tiga perkara itu ialah:

i. keinginan untuk makan

ii. keinginan terhadap perempuan

iii. keinginan untuk tidur

Selama mana ketiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri manusia, selagi itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia.




...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

Sunday, June 22, 2008

Sunnah Nabi S.A.W ketika dan selepas tidur

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur
>mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.
>Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
>
>1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
>
>2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
>
>3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
>
>Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
>
> 4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
>
>5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
>
>6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
>
> 7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
>
> 8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
>
>Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
>
>Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
>
>Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/ Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.



...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

 
Dear Diary Blogger Template