(Surah an-Nahl: ayat 125)
Friday, August 29, 2008
Pembahagian harta pusaka
(Surah an-Nahl: ayat 125)
Monday, August 25, 2008
Marah...???
"Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."
Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:
1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.
2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.
3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.
4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.
5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.
6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca isti'azah kerana marah itu datang daripada syaitan.
7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.
9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?
10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.
11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.
Jangan Kamu Marah! Hadith :
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:
" Berwasiatlah kepada ku." Sabda Rasulullah SAW: "Jangan kamu marah." Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali.
Sabda Rasulullah SAW:" Jangan kamu marah.." (al-Bukhari) Huraian Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan."
Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain.
Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.
Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... .. "
(Surah an-Nahl: ayat 125)
Berapa ramai lelaki boleh jadi IMAM..
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
(Surah an-Nahl: ayat 125)
Sunday, August 24, 2008
Doa Haikal 1-7 (Azimat & Khasiat)
DOA HAIKAL
1) Haikal Awal – Ayat Kursi
2) Haikal Kedua – Ayat 35 Surah Aali Imran, Ayat 77-80 Surah Al-Isra’
3) Haikal Ketiga – Ayat 285-286 Surah Al-Baqarah
4) Haikal Keempat – Ayat 81-85 Surah Al-Isra’
5) Haikal Kelima – Ayat 4-6 Surah Maryam, Ayat 27 Surah Al-Fath
6) Haikal Keenam – Ayat 1-4 Surah Al-Jin
7) Haikal Ketujuh – Ayat 51-52 Surah Al-Qalam
Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada suatu hari sedang baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka jibril pun datang membawa firman.
Ujarnya.."Ya Rasulullah..salam Allah Ta'ala pada tuan hamba dan firmannya:
Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan pada tuan hamba.Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa
membacanya atau menyimpannya maka Allah Subhanahu Wata'ala melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.
Ya Muhammad..barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu.Barangsiapa suratkan
doa ini dan dipakai diperbuat tangkal..(bukannye pakai tangkal..maksudnye di sini..doa ni ditulis semula di atas kertas dan dibawa ke mana mana) nescaya
lepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, serta duduk dalam aman.
Dan barangsiapa menaruh doa ini, sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratulmaut itu.Maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar.
Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan jika tidak boleh membacanya diperbuatnya azimat..nescaya beroleh pahala umpama membaca 70 000
kali khatam Qur'an dan 70 000 mati syahid dan 70 000 kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70 000 masjid dan seperti
memerdekakan 70 000 hamba dan seperti menjamu 70 000 orang berbuka puasa dan mendapat pahala 70 000 orang hafiz qur'an dan beroleh kebajikan kemenangan 70 000 orang perang syahid dan pahala 70 000 'alim dan 70 000 'abid dan 70 000 malaikat dan 70 000 orang yang berakal dan 70 000 nabi
dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil, 'IzrailAlaihissalam.
Ya Muhammad SAW.Barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada
sekelian bala dan jika ada ia berhutang, nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah."
Kisah benar pada zaman dahulu: Ada seseorang yang terkena tohmah mencuri di negeri baghdad.Maka dibawa orang akan dia mengadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya.Maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia..tiada luka.Diselamkan ia di dalam air..tiada lemas.
Kemudian dibakar ia akan dia..itupun tiada terbakar.Maka apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian, lalu bertanya hakim "apakah amalan yang menyebabkan suatu perkara pun tiada boleh mencederakanmu?" Maka sahut pencuri itu "ada di kepala hamba fadhilat doa haikal.Maka oleh berkat doa itu,
suatu perkara pun tiada boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba."
Maka apabila didengarnye oleh hakim akan kata kata pencuri itu..lalu dibawanya menghadap raja serta dipersembahkannye sekelian hal pencuri itu.Maka
baginda mengurniakan pencuri tersebut seberapa banyak harta dan melepaskannya.Kemudian fadhilat doa haikal itupun disuruh salin dan ditaruh padanya.
Adapun khasiat doa haikal ini terlalu banyak..sekadar diambil ringkasnye sahaja di sini.Sesungguhnya tiadalah syak lagi.
(Surah an-Nahl: ayat 125)
Sikap ujub perosak diri
Menurut ilmuan, golongan yang dilanda situasi itu diistilahkan sebagai orang yang bersifat ujub. Dalam Kamus Dewan, kata ujub merujuk kepada perkataan Arab yang membawa makna kagum terhadap diri sendiri, angkuh, bongkak dan ego.
Bagaimanapun, selagi hati yang dikuasai perasaan mengakui nikmat itu kurniaan Allah yang berada di bawah kekuasaan dan kehendak-Nya, sama ada mahu dikekalkan atau diambil-Nya semula pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya, selama itu sifat ujub terkikis daripada hati seseorang.
Berdasarkan penjelasan di atas, menunjukkan ujub bolehlah difahami sebagai sifat kehairanan (berasa hairan) atau kagum bercampur bangga dengan sesuatu nikmat yang diperoleh atau dimiliki. Di samping itu, diri lupa kepada Allah yang memberikan nikmat terbabit.
Jika perasaan terbabit ditambah dengan perasaan yang diri mempunyai hak di sisi Allah (seolah-olah diri memaksa Allah memberikan hak) atau dengan amalnya, diri diberi kedudukan di sisi Allah yang melayakkannya diberi kemuliaan di dunia dan berasa diri jauh daripada bencana keburukan yang selalu menimpa orang fasik dan derhaka, perasaan itu diistilahkan sebagai ‘idlal’ iaitu seolah-olah dia berasa dimanja oleh Allah.
Kedua-dua sifat iaitu ujub dan idlal ada perbezaan, dengan yang pertama hanya berasa hairan atau kagum bercampur bangga pada sesuatu nikmat sementara yang kedua, ditambah dengan mengharapkan balasan yang lebih besar daripada yang diusahakan.
Jika diibaratkan, sifat ujub adalah pintu yang membawa kepada sifat takabur dan sifat takabur pula akan mengundang pelbagai penyakit dan keburukan. Keburukan ini adalah akibat daripada sifat ujub terhadap sesama makhluk.
Seseorang yang bersifat ujub, selalunya lupa untuk menyelidiki kekurangan dalam ibadat dan kebaikan yang dilakukannya, sedangkan kealpaannya itu boleh mengakibatkan ibadatnya menjadi sia-sia, jika benar ada kecacatan dalam ibadatnya.
Orang yang dilanda sifat ujub sebenarnya orang yang terpesona dan terpedaya, merasakan dirinya selamat daripada ujian Allah dan seksaan-Nya.
Seterusnya orang terbabit merasakan dirinya mempunyai kedudukan di sisi Allah dan berpendapat setiap ibadatnya berhak mendapat ganjaran, sedangkan hakikatnya ia adalah nikmat dan pemberian Allah.
Jika seseorang itu bersifat ujub, sama ada dengan pendapatnya, ilmuya atau daya fikirannya, akan mengakibatkan dirinya angkuh dan tidak mahu untuk bertanya, malah tidak mahu mendengar pendapat orang lain kerana merasakan dirinya sentiasa betul dan benar.
Titik ini bermulanya segala bentuk keburukan seperti sikap keras kepala, malah akan lebih memburukkan lagi jika dia berbangga dengan pendapatnya yang salah, dirasakan betul, tetapi sebenarnya jauh menyimpang daripada kebenaran.
Dia bukan saja berasa bangga dengan pendapatnya, malah memandang kecil pendapat orang lain dan membenci orang terbabit.
Justeru, dia berasa dirinya tidak perlu diberikan nasihat dan peringatan. Jika demikian, dirinya akan berterusan dalam kesilapan dan kesalahan.
Sekiranya sikap ujubnya itu membabitkan perkara duniawi, mungkin ia tidaklah membawa kerugian besar, tetapi bagaimana apabila membabitkan perkara keagamaan seperti akidah? Sudah pasti akan membinasakan diri sendiri dan kerugian yang amat besar.
Berbahaya juga apabila sifat buruk ini mengakibatkan seseorang menjadi malas, tidak aktif dan kurang berusaha kerana menyangka dia sudah berjaya dan sudah cukup segala-galanya. Sifat ini boleh menyerang sesiapa saja, tidak mengira tua atau muda.
Misalnya seorang pelajar menyangka dirinya sudah pandai, lalu dia merasakan tidak perlu mengulang kaji pelajaran, tidak perlu membaca buku dan akhirnya malas untuk ke sekolah. Tidakkah ini akan menyebabkan pelajar terbabit kandas dalam peperiksaan?
Jelas, sifat ujub adalah sifat tercela dan sepatutnya setiap individu berwaspada terhadapnya, jangan membiarkannya tumbuh dan bermaharajela di dalam diri.
>Info
Antara keburukan sifat ujub terhadap Allah:
Sekiranya dia mengingati dosa yang lalu, dia hanya menganggapnya kecil atau dipandang sebelah mata, sekali gus tidak berusaha untuk menebusnya kerana dia menyangka Allah sudah memaafkan dan mengampunkan dosanya.
“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam banyak medan perang dan perang Hunain, semasa kamu bermegah dengan bilangan kamu yang ramai; maka ia tidak memberi faedah kepadamu sedikit pun; dan bumi yang luas itu menjadi sempit kepadamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.” (at-Taubah:25)
(Surah an-Nahl: ayat 125)