^ Scroll to Top

Friday, May 9, 2008

Dua Puluh Lima Wasiat Luqmanul Hakim

Bertepatan dengan apa yang diterangkan oleh Al Quran berhubung dengan Luqman A-Hakim, di sini para ulama telah memperincikan lagi perbicaraaan Luqman dengan anaknya menerusi satu riwayat dalam kitab Tafsir Rahul Ma'ani dan Kitab Hidayatul Mursyidin. Beliau telah diriwayatkan telah memberikan anaknya dua puluh lima wasiat iaitu :

1. Hai anakku, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakkal kepada Allah.

2. Hai anakku, janganlah engkau menelan terus sesuatu makanan kerana manisnya dan janganlah terus engkau memuntahkan sesutau barang kerana pahitnya. Kerana manis itu belum tentu mendatangkan kesegaran dan pahit itu belum tentu mendatangkan musibah.

3. Hai anakku, apabila engkau ingin mencari teman sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan perkara yang menaikkan kemarahannnya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menginsafkan engkau maka bolehlah engkau ambil sebagai teman dan sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya

4. Perbaikilah tuturkatamu, halus budi bahasamu dan manis wajahmu, kerana engkau akan disukai orang melebihi sukanya terhadap oranglain yang pernah memberikan barang yang berharga kepadanya.

5. Hai anakku, janganlah engkau terlalu mudah ketawa kalau bukan perkara yang menggelikan, jangan engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak ada gunanya bagi diri kamu dan janganlah engkau mensia-siakan harta dunia kamu.

6. Hai anakku, ambillah harta dunia sekadar keperluanmu, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke bakul sampah, kelak diri kamu akan menjadi pengemis yang membebankan orang lain. Sebaliknya jangan engkau rangkul dunia ini dan meneguk habis airnya, kerana sesungguhnya semua yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan orang bodoh dan orang yang bermuka dua, kerana akan membahayakan diri kamu.

7. Hai anakku, apabila engkau berteman, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarlah dia mengharapkan sesuatu daripadamu.

8. Jadikanlah dirimu dalam setiap perkara sebagai seorang yang tidak berhajatkan kepada pujian atau menagih sanjungan dari orang lain, kerana penguasaan riya' itu akan menyebabkan diri kamu beroleh kecelakaan.

9. Hai anakku, janganlah engkau cenderung kepada dunia semata-mata dan hatimu jangan disibukkan dengan urusan dunia semata-mata, kerana engkau diciptakan oleh Allah bukan untuk urusan dunia sahaja. Sesungguhnya tidak ada orang yang lebih hina melainkan orang yang terpedaya dengan dunia semata-mata.

10. Hai anakku, usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata busuk, kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar dirimu mendatangkan manfaat kepada oranglain.

11. Hai anakku, bukanlah sesuatu kebaikan namanya apabila engkau selalu mencari ilmu tetapi tidak engkau mengamalkannya. Hal itu tidak ubahnya seperti orang yang mencari kayu bakar, setelah banyak terkumpul maka dia tidak mampu memikulnya, padahal dia masih terus mengumpulkannya.

12. Janganlah engkau makan atau minum yang berlebihan kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu akan merosakkan diri dan pemikiranmu dan alangkah baiknya makanan yang lebih itu diberikan kepada anjing sahaja.

13. Barangsiapa yang penyayang, sudah tentu akan disayang, sesiapa yang suka berdiam diri sudah tentu akan selamat daripada berkata-kata tentang perkara yang mengandungi racun dan barang siapa yang tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, sudah tentu akan menyesal.

14. Hai anakku, bergaul mesralah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah kata-kata dan nasihatnya kerana sesungguhnya akan sejuk hati kamu mendengar nasihatnya, akan hiduplah hatimu dengan cahaya hikmah dari mutiara kata alim ulama bagaikan tanah yang subur disiram air hujan.

15. Hai anakku, bila engkau mengahdapi dua pilihan, menjenguk orang mati atau menghadiri pesta perkahwinan, maka hendaklah engkau memilih menjenguk orang mati. Sebab menziarah orang mati itu akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan menghadiri pesta perkahwinan itu hanya akan mengingatkan kamu kesenangan dunia.

16. Makanlah makananmu bersama-sama orang yang taqwa dan musyawarahlah segala urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat daripadanya.

17. Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat daripada oranglain, akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah swt.

18. Hai anakku, seandainya orang tuamu memarahimu, maka marahnya itu sebagai siraman air bagi tanam-tanaman yang kering kontang.

19. Jauhilah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu akan menjadikan dirimu hina di siang hari dan hina di malam hari.

20. Selalulah berharap kepada Allah agar menjauhkan kamu daripada sesuatu yang menyebabkan kamu menderhaka kepada-Nya. Takutlah kepada Allah dengan benar-benar takut, tentulah engkau akan terlepas dari sifat putus asa daripada rahmat Allah swt.

21. Hai anakku, engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu yang besar dan besi yang amat berat tetapi adalah lebih berat daripada itu semua apabila engkau mempunyai jiran yang jahat.

22. Hai anakku, janganlah sekali-kali engkau mengirimkan utusan melalui orang bodoh dan jahat. Maka bila tidak ada orang yang baik dan cerdik, sebaiknya engkau sendiri sahajalah yang menjadi utusan.

23. Jauhilah sejauh-jauhnya sifat dusta, sebab berrdusta itu enak sekali mengerjakannya bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja perbuatan dusta yang dilakukan, akibat dan bahayanya amat besar.

24. Hai anakku, orang yang merasa dirinya hina dan rendah di dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka orang itu akan sentiiasa tawadhuk kepada Allah, dia akan lebih dekat kepada Allah dan sentiasa menghindarkan dirinya daripada melakukan maksiat.

25. Hai anakku, seorang pendusta itu akan hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa memikirkan dan mengkhayalkan perkara-perkara yang tidak benar. Ketahuilah bahawa memindahkan batu besar yang berat dari tempat asalanya adalah lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang-orang yang tidak mahu mengerti.

Amalan dan Kebaikan Surah-Surah Al-Quran

> (1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)
> Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
> terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan
> jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
> Barang siapa membaca sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah
> dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan
> kehebatan kepada pembaca.
>
> (2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
> Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya,
> nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya
> dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20
> kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan
> oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
>
> (3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
> Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya
> terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan.
> Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca
> ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan
> kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan
> kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
> Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan
> darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat
> menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke
> hari Qiamat.
> Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak
> tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan
> mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika
> sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
> Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap
> sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut,,
> dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para
> Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.
> Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya
> Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil
> sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang
> terkecil sekali ialah azab neraka.
>
> (4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina)
> Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu)
> sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara
> bahaya.
>
> (5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
> Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan
> mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
>
> (6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)
> Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan
> terselamat dari kejahatan para penjahat.
>
> (7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)
> Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin
> selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was
> semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat
> 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap
> dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
>
> (8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak)
> Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari
> segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh
> penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
>
> (9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
> Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang
> fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala
> dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara
> dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
>
> (10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan)
> Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di
> cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
>
> (11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
> Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan
> mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini,
> dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya
> itu.
>
> (12) SURAH YUNUS (Yunus)
> Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil,
> nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.
> Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari
> mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
>
> (13) SURAH AL-HUD (Hud)
> Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan
> serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari
> surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan
> manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112
> dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya
> akan mencapai ketetapan hati.
>
> (14) SURAH YUSUF (Yusuf)
> Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan
> kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan
> terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membac ayat 68
> dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada
> anak-anaknya.
>
> (15) SURAH AR-RA'D (Petir)
> Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari
> petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit
> jantungnya akan sembuh.
>
> (16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
> Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya
> anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
>
> (17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
> Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas
> perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya
> itu akan terselamat, dari gugurnya.
>
> (18) SURAH BANI ISRAIL (Anak-anak Israil)
> Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang
> bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca
> ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan
> dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.
>
> (19) SURAH AL-KAHF (Gua)
> Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
> Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat
> rezeki yang murah.
>
> (20) SURAH MARYAM (Maryam)
> Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di
> akhirat.
>
> (21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia)
> Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu
> pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca
> ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang
> subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
>
> (22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)
> Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat
> sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .
>
> (23) SURAH AL-HAJ (Haji)
> Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
>
> (24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
> Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang
> selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang
> siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat
> daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan
> musuh.
>
> (25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)
> Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang
> buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat
> sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
>
> (26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)
> Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air
> itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari
> gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
>
> (27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
> Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan
> senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang
> berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
>
> (28) SURAH AN-NAML (Semut)
> Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
>
> (29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)
> Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak
> akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55
> dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan
> budi pekertinya akan halus.
>
> (30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)
> Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa
> membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
>
> (31) SURAH AR-RUM (Rum)
> Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak
> menzaliminya.
>
> (32) SURAH LUQMAN (Luqman)
> Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala
> penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat
> 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
>
> (33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)
> Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas
> kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala
> penyakit ruhani dan jasmani.
>
> (34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)
> Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia
> akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca
> ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan
> musuh-musuhnya.
>
> (35) SURAH SABA' (Saba'wink
> Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana,
> terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
>
> (36) SURAH FAATHIR (Pencipta)
> Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati
> perniagaannya.
>
> (37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)
> Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan
> hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan
> terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.."
> Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu
> membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi
> sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan
> sakaratul-maut itu."
> Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar,
> agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."
> Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat
> dan cita-citanya.
> Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, lalu berdoa
> istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan
> diampunkan oleh Tuhan.
> Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya
> akan maju perniagaannya itu.
> Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada
> malam itu, mesti ia mati syahid.
> Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat,
> nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur.
> Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan
> peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan,
> serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.
> Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati
> di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh
> anda sekalian.
>
> (38) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
> Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan
> jin.
>
> (39) SURAH SHAAD (Shaad)
> Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian
> sejati. Insyallah rakan- rakan semua akan mendapat berkat

Cinta Suatu Fitrah

Cinta sebagai satu fitrah
Islam menggariskan satu sistem yang syumul
yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Oleh
kerana Allah sendiri yang mencipta kita, Dia Maha
mengetahui segala naluri dan fitrah kita. Kerana
itulah Islam meraikan fitrah dan kehendak naluri
manusia, dan salah satu daripadanya adalah cinta.
Dari Muhammad Muhammad As-sharif, dari
Universiti Al-Azhar dalam bukunya " Islah Al-
Ummah A'lah Huda As-Sunnah" (islah @ reformasi
ummah di atas cahaya sunnah) menyatakan
bahawa telah difitrahkan yang seorang lelaki akan
mempunyai perasaan terhadap perempuan, dan
begitulah sebaliknya.

Ini kerana perempuan itu dijadikan daripada rusuk
lelaki, sebab itu lelaki ada perasaan terhadap
wanita yang sememangnya dijadikan daripada satu
bahagian tubuh dirinya sendiri. Kalau dilihat dari
kisah kehidupan awal manusia, seperti diceritakan
dalam kitab sirah imam Ibnu Kathir, "al-bidayah wa
an-nihayah",dan beberapa kitab lain, bahawa nabi
Adam alaihissalam sendiri kesunyian ketika mula
diciptakan di dalam syurga, lalu Allah menciptakan
Hawa bagi menjadi teman hidup Adam. Tapi Allah
tidak membiarkan mereka bercinta begitu saja
tanpa ada ikatan, mereka lantas diijabkabulkan.
Allah Taala berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya
pada diri Rasulullah itu ada satu contoh yang amat
baik untuk kamu ikuti..". sepanjang rentetan
sejarah rasul dan para sahabat, perkataan cinta itu
wujud dalam rumahtangga mereka.

Apabila seseorang jatuh cinta dengan perempuan,
mahu menjadikannya sebagai serikandi hidup,
maka dibenarkan dia melihat perempuan itu
mengikut batas syara'. Terdapat hadis hadis dalam
bab bolehnya melihat orang yang berkenan untuk
dibuat isteri (maknanya melihat kepada yang
bukan aurat), contohnya hadis riwayat Imam
Tirmizi: daripada Mughirah bin Syu'bah, bahawa dia
hendak meminang seorang perempuan, lalu
bersabda Rasulullah s.a.w: " Pergilah kamu
melihatnya, sesungguhnya ia akan memanjangkan
lagi kasih sayang antara kamu berdua
nanti.. "Tafsirannya, bila jatuh hati atau berkenan
pada seseorang perempuan, tindakan seterusnya
adalah mengikat ikatan samaada khitbah atau
pertunangan ataupun berkahwin. Selepas itu
mereka barulah mereka bercinta sebagai suami
isteri.

Maka daripada perkara di atas, Islam menyediakan
ruang untuk bercinta, iaitu percintaan untuk
perkahwinan. Maknanya di sini Islam meletakkan
cinta itu sebagai satu tanggungjawab, bukan satu
permainan atau keseronokan semata mata. Jika
benar benar mencintai seorang perempuan itu,
seorang lelaki hendaklah menunaikan
tanggungjawabnya, jika sudah bersedia maka
ikatlah dengan ikatan yang sah, jika belum
bersedia, banyak-banyaklah berdoa pada Allah dan
jangan sekali kali melakukan perkara yang
berlanggar dengan syara'yang boleh mencemarkan
kesucian cinta sebagai satu fitrah. Justeru,
bersamalah kita mengawal fitrah yang indah ini
agar tidak terpesong ia menjadi fitnah, InsyaAllah.
Hanya cinta Allah yang boleh memimpin kita
meniti lembah sunyi menuju firdausi.Wallahua’lam.

Jangan mudah melafaz kasih,kasih itu untuk
siapa..
Jangan mudah melafaz sayang,sayang itu pada
siapa..
Jangan mudah melafaz cinta,cinta itu pada Yang
Esa,
Cintakan bunga,bungakan layu..cintakan manusia
kan pergi.

Sebab-Sebab Seseorang Itu Mendapat Hidayah

Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:

1)Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.

2)Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).

3)Orang yang dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

4)Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya bertemu dengan kebenaran.

5)Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

6)Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

7)Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.

8)Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagian di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.

9)Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar akhirnya mencari jalan kebenaran.

10)Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab r.a. dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup
keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah
jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia" luv ..wardah as sakinah

Manusia, Malaikat dan Syaitan.

Manusia - Eh, dah subuh dah..
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie...zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah..
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh?suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... rilex lah..awal lagi nieii..

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh!.

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh..

Manusia - Uuhhh!letihnya arini..tak solat lagi nieee..
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

 
Dear Diary Blogger Template