^ Scroll to Top

Monday, December 15, 2008

Terapi Penyembuhan Penyakit Melalui Solat

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.

Berita Minggu mendapatkan pandangan setiap pengkaji mengenai hasil kajian masing-masing.

Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan. Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,ý katanya.

Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik. Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,ý katanya.

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

ýAda fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,ý katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang. Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak. Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak. Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,ý katanya. Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik. Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian. Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.

Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,ý katanya.Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan. Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat. Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan. Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,ý katanya. Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus. Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,ý katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,ý katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Syaitan LAKNATULLAH

Syaitan adalah keturunan yang berasal dari iblis. Iblis berkahwin dgn jin perempuan yang merupakan pengikutnya lalu dianugerahkan keturunan yang dikenali sebagai syaitan. Iblis pula adalah dari keturunan jin, merupakan moyang kepada syaitan dan pemimpin bagi syaitan dan jin kafir. Syaitan juga mempunyai kota yg menjadi tempattinggal mereka. Kota-kota mereka terletak di-padang padang pasir, gunung ganang, pulau pulau terpencil dan di permukaan laut. Tempat tempat yg menjadi kegemaran para syaitan duuk beristirehat dan bermain main adalah didalam perigi yang kosong, tempat terdapatnya najis dan tempat membuang kotoran.

Iblis memiliki kerajaan yg besar yg terdiri dari menteri menteri, pemerintah, wakil wakil dan rakyat jelata. Di antara mereka terdapat 5 jenis iblis yang paling kuat pengaruhnya dan wajib sesaorang itu berwaspada dgnnya.

1) Iblis yg bernama Tsabar. Iblis ini sering mengunjungi orang orang yang sedang dalam kesusahan ataupun yang ditimpa musibah. Ia akan membisikkan kata kata yg tanpa disedari telah diucapkan oleh orang yg mengalami kesusahan itu. Orang yg telah ditimpa musibah akan berkeluh kesah dan sering menyalahkan ketentuan Allah terhadap dirinya. Inilah peranan iblis Tsabar dalam menyesatkan manusia.

2) Iblis yg bernama Dasim. Iblis ini akan berusaha memusnahkan kerukunan sesebuah rumahtangga. Ia akan menyuburkan perasaan benci, cemburu dan rasa curiga di antara pasangan suami isteri. Apabila terjadi demikian, maka terjadilah pertengkaran di antara suami dan isteri lalu diakhiri dengan perceraian.

3) Iblis yang bernama Al A'war. Iblis ini menggalakkan perlakuan zina dan keruntuhan akhlak. Salah satu peranannya ialah dengan menjadikan indahnya bahagian bawah seseorang wanita. Lebih lebih lagi terdapat segelintir wanita masa kini yg gemar memakai pakaian yang singkat dan seksi. Sesungguhnya ini cukup menggembirakan iblis Al A'war kerana dapat menlaksanakan tugasnya dengan sempurna.

4) Iblis yg bernama Maswath. Peranan iblis ini adalah mengadakan pembohongan yang besar dan kecil. Sesaorang yang termakan dengan bisikan iblis ini akan mereka reka sebuah cerita yg tidak benar ataupun menyebar fitnah.

5) Iblis ini pula suka berkeliaran ditempat tempat yg dipenuhi dgn manusia. Ia akan membisikkan kata kata yg mewujudkan permusuhan dan perselisihan sesama manusia. Sehingga ada di antara manusia yg sanggup membunuh sesama sendiri.

.







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Contoh Ahli Syurga

Hadis Abu Hurairah r.a:
Seorang lelaki kampung telah datang menghadap Rasulullah s.a.w lalu
berkata: Wahai Rasulullah, tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang
membolehkan aku memasuki Syurga.

Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada
Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, dirikanlah sembahyang
sebagaimana yang difardukan dan keluarkanlah zakat yang diwajibkan
serta berpuasa pada bulan Ramadan.

Lalu orang itu berkata: Demi Allah yang berkuasa ke atas diriku, aku
tidak akan menambah atau menguranginya sama sekali apa yang telah
dijelaskan kepadaku.

Setelah orang itu beredar Rasulullah s.a.w pun bersabda: Sesiapa yang
ingin melihat ahli Syurga maka lihatlah kepada lelaki ini.

(Riwayat Muslim)







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Pengkid

PENGKID adalah merujuk kepada remaja perempuan yang mempunyai penampilan seperti lelaki, termasuk tingkah laku, sikap dan tindakan, bahkan kecenderungan cinta dan tarikan seksualnya adalah sejenis.

Golongan ini cuba menonjolkan identiti jantina berlawanan dengan norma biologi, moral dan sosial kewanitaan yang mereka miliki.

Fenomena sosial biasanya dapat dilihat melalui beberapa ciri peribadi, antaranya cara berpakaian seperti lelaki, imej pada diri misalnya berambut pendek seperti lelaki dan gemar melakukan aktiviti yang selalu dilakukan golongan lelaki.

Banyak sebab yang mendorong seseorang itu terjebak dengan gejala terbabit, seperti kemahuan dari dalam diri yang ingin menjadi seorang serba boleh, bebas melakukan apa saja yang digemari dan mahu mencari kelainan.

Ada pihak mendakwa, sesetengah mereka yang terbabit dengan gejala pengkid disebabkan kecenderungan dari usia kanak-kanak yang lebih berminat kepada perempuan dan persekitaran mereka dibesarkan.

Fenomena berlaku atas keinginan dan kehendak diri iaitu perhubungan cinta dan seksual seorang perempuan bersama perempuan lain, dengan alasan hanya perempuan mengetahui keinginan perempuan dan menjanjikan kepuasan yang lebih.

Golongan subbudaya ini dikatakan cepat bertukar pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan dalam satu masa dan yang dicari hanya kepuasan nafsu semata-mata.

Pengkid dipanggil juga 'tomboi' kerana kedua-duanya membabitkan makna yang sama iaitu remaja perempuan yang berkelakuan seperti lelaki.

Tomboi atau pengkid pula dikatakan berhubung kait dengan lesbian. Ini kerana tomboi atau pengkid akan menunjukkan identiti lesbian apabila usia semakin meniti kedewasaan.

Lesbian adalah perkataan Inggeris, iaitu wanita yang mempunyai tarikan seksual atau romantik terhadap wanita lain. Penggunaan istilah ini dikatakan seawal 1870.

Perkataan lesbian daripada kata sifat merujuk kepada pulau Lesbos di Greek. Lesbos pada zaman silam dikatakan ada hubung kait dengan wanita homoseksual kerana Sappho (625-570 Sebelum Masihi), pemuisi di pulau itu ada menggambarkan tarikan seksual seorang wanita kepada wanita lain.

Hubungan lesbian juga menjadi satu kebiasaan di kalangan wanita pada zaman Sparta dulu di Greek.

Ahli sejarah Romawi, Plutarch menyatakan: "Cinta sangat disanjungi di kalangan mereka, remaja perempuan juga menjadi objek berahi bagi wanita bangsawan."

Ahli seni lama Greek Lucian menggunakan 'lesbian' sebagai kata sifat untuk merujuk kepada wanita homoseksual tetapi istilah yang selalu digunakan oleh penulis silam memberi makna sama ada wanita berkelakuan lelaki atau wanita yang ada hubungan seks dengan wanita lain.

Dari tahun 1920-an, lesbian menjadi istilah yang biasa digunakan. Sesetengah wanita yang terbabit dalam hubungan jantina sama jenis tidak menampilkan imej dirinya lesbian tetapi sebagai biseksual, iaitu suka kepada kedua-dua jantina, lelaki dan wanita serta sikap ganjil yang lain.

Islam dari awal mengecam keperibadian buruk seperti itu, lebih-lebih lagi apabila ia bertentangan dengan fitrah semula jadi manusia.

Hadis diriwayatkan al-Bukhari dan Ashabus Sunan dari Ibnu Abbas, katanya (maksud): "Rasulullah s.a.w melaknati kaum lelaki yang menyerupai wanita dan kaum wanita yang menyerupai lelaki.

Dalam hadis diriwayatkan Bukhari lagi: "Rasulullah s.a.w melaknati pondan-pondan dari lelaki dan juga wanita-wanita yang menyerupai lelaki."

Ahmad dan at-Tabrani meriwayatkan daripada seorang lelaki dari suku Huzail, katanya: "Saya telah melihat Abdullah bin Amru bin al-Ash yang rumahnya di tanah halal sedang masjidnya pula di tanah haram, katanya:

Ketika aku berada di sisinya, dia terlihat Ummi Said binti Abu Jahal membawa busur dan panah dan dia berjalan berlagak seperti lelaki, maka bertanya Abdullah; siapa wanita ini? Jawabku, Ummi Said binti Abu Jahal. Maka kata Abdullah: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bukan dari golongan kita orang yang menyerupai lelaki dari kaum wanita dan tidak juga orang yang menyerupai wanita dari kaum lelaki."

Perubahan budaya sudah lama berlaku di Barat, malah kini ia berada pada tahap kritikal kerana dalam sesetengah masyarakatnya membenarkan perhubungan romantis di antara sesama jantina, bagi menzahirkan kehidupan mereka lebih bebas.

Pusat Penyelidikan Kesihatan Kebangsaan Kerajaan Amerika Syarikat ada melakukan penyelidikan dalam tahun 2002 dan hasilnya dikeluarkan dalam satu laporan 2005 membabitkan tingkah laku seksual lelaki dan wanita berusia 15-44 tahun di negara kuasa besar itu.

Keputusannya menunjukkan di antara wanita berusia 15-44, sebanyak 4.4 peratus dilaporkan mempunyai pengalaman hubungan seks dengan wanita yang lain dalam tempoh dua belas bulan sebelum itu.

Apabila wanita berusia 15-44 terbabit diajukan pertanyaan: "Apakah anda pernah terbabit dalam hubungan seks dengan wanita lain", sebanyak 11 peratus menjawab 'ya.'

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 23 Oktober 2008 mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai pengkid.

Sesetengah pihak cuba bersuara untuk mempertahankan hubungan di luar fitrah sesama wanita, dengan alasan suatu kebebasan dan kononnya prinsip sama rata bagi golongan terbabit, sedangkan ia jauh terpesong daripada fitrah kemanusiaan dan terang-terang merosakkan imej wanita.

Walaupun segelintir mereka yang terbabit dengan nafsu songsang itu mendakwa mendapat kepuasan, ketenangan dan kedamaian, tetapi ia sebenarnya ketenangan palsu, malah lebih kepada kecelaruan. Semuanya tidak lebih daripada kebejatan sosial yang perlu dijauhi.

Abdullah Nasih Ulwan melalui buku Pendidikan Anak-anak Dalam Islam menyatakan, selepas Perang Salib-Kristian yang mengambil tempoh dua kurun, golongan terbabit berusaha sedaya upaya menjatuhkan orang Islam, antaranya merosakkan imej wanita Islam dengan menonjolkan kepentingan gerakan pembebasan wanita.

Malah, mereka menimbulkan perdebatan membabitkan hak dan persamaan mereka dengan lelaki, mencacatkan undang-undang Islam mengenai perkara poligami, yang semua itu untuk membangkitkan kekeliruan dan menimbulkan syak terhadap kesesuaian syariat Islam dan amalannya dalam kehidupan ini.

Kaum Yahudi juga yang mengisytiharkan mereka memahami teori Freud dengan menafsirkan segala sesuatu dari hal perilaku manusia itu melalui jalan naluri seks dan kebebasan dalam jalan syahwat dan kelazatan.

Mereka mengemukakan ideologi Nietche yang menolak akhlak dengan membolehkan setiap manusia melakukan sesuka hatinya asalkan mereka senang walaupun menarik kepada pembunuhan dan pengaliran darah.

Al-Quran menempelak mereka yang mengikut nafsu: "Adakah engkau nampak orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya?

Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami, Mereka hanya seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi." (al-Furqan: 43-44)

Sayid Qutb dan Abul Ala al-Maududi dalam Manhaj Hidup Muslim ada menyatakan: "Bila anda menyerahkan diri kepada nafsu yang jahil dan menyeleweng itu tentu ia akan menyeret anda menjadi orang yang hanya mementingkan diri sendiri, menjadi orang yang berakhlak bejat dan rosak, hidup anda akan hancur di dunia dan di akhirat nanti."







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Solat Mendidik Patuhi Waktu

SOLAT adalah satu institusi yang sangat agung mendidik insan dari segala aspek. Antaranya supaya seseorang itu menjadi tidak malas dan tidak mensia-siakan masa.

Ketika waktu menjelang siang, muazzin mengingatkan masa tidur sudah berlalu. Sekarang tiba siang dan waktu siang bukan lagi untuk tidur, sebaliknya sekarang adalah waktu untuk membina dunia.

‘Marilah solat, marilah menuju kejayaan. Solat lebih baik daripada tidur.’ Hebatnya solat yang memberi motivasi pagi.

Apabila matahari menegak di atas kepala ketika asyik dengan tugas diingatkan lagi, ‘marilah solat’ Zuhur. Ia mengingatkan kita supaya prihatin dengan masa.

Apabila bayang sama panjang dengan benda dan matahari mula melabuh, datang lagi seruan ‘marilah solat’, malah ketika matahari tenggelam dan tidak nampak lagi cahayanya, suara ‘marilah solat’ datang lagi.

Ketika luput lembayung merah di langit, muazzin sekali lagi mengajak manusia berkumpul untuk menunaikan solat secara berjemaah. Begitulah hidup kita membuka dan menutup hari dengan solat.

Ada pepatah berbunyi, ‘time is money’ (masa adalah wang) dan ‘time is running like arrow’ (masa bergerak laju seperti anak panah), kedua-dua ungkapan itu menggambarkan sifat masa sangat bernilai dan berlalu begitu pantas.

Solat sangat mendesak umat Islam supaya menukarkan masa menjadi ‘money’. Ramai orang tahu masa itu emas tetapi tidak ramai orang tahu bagaimana hendak menukar masa menjadi emas.

Bila tidak menghayati solat, kita banyak menghabiskan masa dengan sia-sia. Salah satu cara bagaimana menukar masa kepada emas ialah tidak malas atau belajar bagaimana mengisi masa dengan berfaedah, menggunakan masa dengan cermat, cepat dan tepat.

Menggunakan masa dengan cermat maknanya jangan sampai masa kita dicuri oleh kelalaian, kealpaan kerja yang tidak berfaedah seperti berkhayal, lepak kosong dan jangan sampai orang mengambil masa kita yang sangat berharga itu.

Menggunakan masa dengan cepat maknanya jangan bertangguh apabila sudah merancang sesuatu.

Peluang kadangkala hanya datang sekali. Kita ada tiga masa sahaja iaitu ‘past time’ sebagai pengalaman, kita ada ‘present time’ iaitu masa sekarang dan kita ada ‘future time’ iaitu hari depan atau hari akhirat.

Ketiga-tiga masa itu sangat bergandingan. Lambat bertindak, akibatnya penyesalan. Menggunakan masa dengan tepat maknanya buat kerja betul pada masa yang betul.

Seperti membunuh dalam peperangan akan digelar sebagai wira negara tetapi kalau membunuh orang tanpa sebab akan dihukum gantung. Berbogel dalam bilik air adalah harus tetapi berbogel di tengah khalayak, orang gila namanya.

Allah berfirman yang antara lainnya bermaksud: “Apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan) maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain dan hanya Tuhanmulah tempat kamu berharap.”

Ayat di atas mengisyaratkan agar kita menyiapkan kerja dengan sempurna, barulah melakukan kerja lain dengan cermat, cepat dan tepat serta menggantungkan harapan hanya kepada Allah.

Selepas merancang, berserah dan bertawakal kepada Allah. Sebenarnya tiada sesuatu yang untung, yang kita dapat daripada kemalasan kecuali penyesalan dan kekecewaan.

Jaminan Allah, telah berjaya orang-orang yang khusyuk dalam solatnya. Orang khusyuk sebenarnya mereka yang belajar, bukan sahaja fikah solat yang betul tetapi juga falsafah di sebalik tarbiah solat.







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

 
Dear Diary Blogger Template