^ Scroll to Top

Thursday, September 4, 2008

Sejarah Al-Quran

TIDAK ada umat yang lebih bertuah daripada umat Nabi Muhammad SAW, nabi dan rasul akhir zaman. Ini kerana mereka sentiasa diberi petunjuk dan rujukan mutlak dengan diberi jaminan tidak akan sesat selagi petunjuk dan rujukan mutlak itu tidak diingkari.
Induk bagi segala induk rujukan itu adalah al-Quran manakala penjelasan lanjutnya pula terkandung dalam al-Hadis. Bila kedua-duanya diimani, maka akan babas dan terselamatlah dari sebarang kesesatan.
Apakah itu al-Quran?
Ia membawa maksud ‘bacaan’, berasal dari perkataan qara’a.
Kata al-Quran berbentuk masdar dengan erti isim maf’ul yakni maqru’ (dibaca).
Tujuan utama al-Quran diturunkan adalah untuk dibaca, dihafal, dihayati, diimani dan diamalkan.
Firman Allah SWT bermaksud: Sesungguhnya mengumpulkan al-Quran (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan Kami. (Kerana itu), jika Kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikutinya. (al-Qiyaamah: 17-18).
Al-Quran kini didefinisikan sebagai himpunan khusus Kalamullah yang merupakan mukjizat yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW yang ditulis, dimushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah yang sangat dituntut.
Terdapat juga Kalamullah yang diturunkan kepada nabi selain Rasulullah SAW dan tidak dinamakan al-Quran. Contohnya, Kalamullah yang terhimpun dalam Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s.,, Taurat kepada Nabi Musa a.s. dan Injil kepada Nabi Isa a.s.
Ada jua Kalamullah yang diturunkan kepada Rasulullah SAW yang tidak dinamakan al-Quran dan membacanya dianggap sebagai ibadat dinamakan Hadis Qudsi.
Penurunan dan Penerimaan Wahyu Tidak Mudah
Oleh kerana nilai al-Quran itu sangat tinggi dan tidak ada barang benda yang boleh disamakan dengannya, maka penurunan dan penerimaan al-Quran melalui wahyu bukanlah satu kerja atau proses yang mudah.
Ia diturun dan diterima oleh Rasulullah dengan pelbagai cara.
Antaranya:
lMalaikat (Jibril) memasukkan wahyu ke dalam hati Rasulullah. Dalam hal ini Rasulullah tidak melihat sesuatu apa pun. Baginda merasa wahyu itu sudah berada dalam kalbu baginda. Mengenainya baginda menyatakan: “Ruhul qudus mewahyukan ke dalam kalbulku”. Hal ini boleh dirujuk melalui ayat 51, surah Asy-Syura.
lMalaikat (Jibril) menampakkan dirinya kepada Nabi dalam bentuk rupa lelaki yang mengajarkan kepada baginda membaca sesuatu wahyu sehingga baginda mengetahui dan benar-benar hafal.
lWahyu datang kepada baginda seperti gemerincing loceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan oleh baginda. Kadang-kadang pada kening baginda terpercik peluh walaupun wahyu turun pada musim dingin. Kadang-kadang unta baginda terpaksa berhenti dari berjalan dan terduduk kerana merasa amat berat sekiranya ketika wahyu diturunkan, baginda sedang menunggang unta.
Sebagai penulis wahyu, Zaid bin Sabit diriwayatkan berkata: “Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Aku lihat ketika turunnya wahyu, Rasulullah yang menerimanya seakan-akan diserang demam yang teruk dan peluh baginda bercucuran seperti permata. Setelah selesai turunnya wahyu, barulah baginda kembali seperti biasa”.
lMalaikat (Jibril) menampakkan dirinya kepada Nabi, tidak berupa seorang lelaki tetapi dalam bentuk rupanya yang asal. Hal ini terkandung dalam ayat 13-14, Surah An-Najm yang bermaksud: Sesungguhnya Muhammad telah melihatnya pada kali yang lain (kedua). Ketika (ia berada) di Sidarulmuntaha).
Penurunan al-Quran
Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun yakni 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.
Hikmah al-Quran diturunkan secara beransur-ansur adalah:
lLebih mudah dimengerti dan dilaksanakan penyebaran dan penghafalannya.. Orang akan enggan melaksanakan suruhan dan larangan sekiranya suruhan dan larangan itu dibuat dalam keadaan banyak sekali gus selain dari ia akan membebankan.
lDi antara ayat-ayat itu ada yang nasikh dan ada yang mansukh, sesuai dengan kemaslahatan. Ini tidak dapat dilakukan sekiranya al-Quran diturunkan sekali gus.
lTurunnya sesuatu ayat sesuai dengan peristiwa-peristiwa yang terjadi akan lebih mengesankan dan lebih meresap ke dalam sanubari.
lMemudahkan penghafalan.
lDi antara ayat-ayat itu ada yang merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan sesuatu pendapat atau perbuatan.
Ayat Makiyyah Dan Madaniyyah
Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian ayat iaitu ayat Makiyyah dan ayat Madaniyyah.
Ayat Makiyyah adalah ayat-ayat yang diturunkan di Mekah dan ayat-ayat Madaniyyah pula diturunkan di Madinah.
Beza antara keduanya adalah:
lAyat-ayat Makiyyah pada umumnya pendek-pendek manakala ayat-ayat Madaniyyah pula panjang-panjang. Ayat Madaniyyah yang merupakan 11/30 juzuk kandungan al-Quran berjumlah 1,456 ayat, sedangkan ayat-ayat Makiyyah yang merupakan 19/30 juzuk daripada isi kandungan al-Quran berjumlah 4,780 ayat. Keseluruhan ayat al-Quran sebanyak 6,236 ayat dengan kira-kira 1.2 juta huruf..
Dalam bentuk surahnya sebanyak 114 surah dan juzuknya sebanyak 30 juzuk. Membaca al-Quran diberi 10 ganjaran untuk setiap satu huruf.
lDalam ayat-ayat Madaniyyah terdapat ayat ya ayyuhalladzina aamanu (Wahai orang yang beriman) dan amat sedikit terdapat ayat ya ayyuhanass (Wahai manusia), manakala dalam ayat-ayat Makiyyah pula adalah sebaliknya.
lAyat-ayat Makkiyyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubung dengan keimanan, ancaman dan pahala, kisah-kisah umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi pekerti.
Ayat-ayat Madaniyyah pula mengandungi hukum-hukum sama ada yang berhubungan dengan hukum adat atau hukum-hukum duniawi seperti hukum kemasyarakatan, hukum ketatanegaraan, hukum perang, hukum antara bangsa, hukum antara agama dan sebagainya






"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Keberkatan Sahur Jangan Tinggalkan

BERDASARKAN beberapa hadis Rasulullah s.a.w., hukum makan sahur adalah sunat. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, daripada Anas r.a., Baginda bersabda: Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam sahur itu ada berkat.

Dalam riwayat Abdullah bin al-Haris, salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. telah menceritakan ketika beliau masuk ke rumah Nabi, Baginda sedang bersahur lalu bersabda: Sesungguhnya (sahur itu) mempunyai berkat yang diberikan Allah kepada kamu sekalian, maka janganlah kamu meninggalkannya.

``Sahur ialah makan selepas waktu dinihari iaitu antara pukul 3.00 pagi sehingga sebelum terbit fajar bagi orang-orang yang hendak berpuasa pada bulan Ramadan atau pada bulan-bulan yang lain.

``Bagaimanapun, waktu yang sesuai ialah selepas waktu dinihari iaitu antara pukul 3.00 pagi sehingga sebelum masuk waktu imsak, iaitu 10 minit sebelum waktu Subuh,'' jelas Mufti Johor, Datuk Mohd. Nooh Gadot.

Tambah beliau, imsak bererti menahan diri daripada makan dan minum, bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari. Waktu imsak adalah kira-kira 10 minit terakhir sebelum masuk waktu Subuh, iaitu bersamaan dengan bacaan 50 ayat al-Quran.

Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim bahawa sahabat yang bernama Zaid bin Tsabit berkata: ``Kami telah bersahur bersama Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian kami mendirikan sembahyang, lalu Anas r.a. bertanya:

``Berapakah jarak waktu antara kedua-duanya?'' Zaid menjawab: ``Kadar membaca lima puluh ayat.''

``Namun, seseorang yang makan dalam waktu imsak perlu berhati-hati dan tidak melebihi waktu terbit fajar kerana ia bertujuan sebagai peringatan kepada orang yang bersahur,'' katanya.

Beliau menjelaskan, tidak ada syarat-syarat tertentu untuk bersahur, seperti tidur dahulu dan kemudian bangun untuk bersahur. Begitu juga bersahur sekadar meminum air dan buah kurma. Memadailah jika mendapat berkat daripada amalan bersahur.

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w. bersabda: Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t. berselawat ke atas orang-orang yang bersahur. (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sekiranya terdapat buah kurma, ia adalah makanan sahur bagi orang-orang yang beriman sebagai mana riwayat daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman ialah buah tamar (kurma). (Hadis riwayat Abu daud)

Dalam riwayat yang lain pula, daripada As-Saib bin Yazid, sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik makanan sahur ialah buah tamar (kurma). Baginda bersabda lagi yang bermaksud: Allah merahmati orang-orang yang bersahur.

``Bagaimanapun, sebagai bekalan tenaga sepanjang hari, disarankan bersahur dengan makanan yang berkhasiat dan berzat supaya dapat menahan diri daripada kelaparan dan mendapat kekuatan,'' jelas beliau lagi.

Hadis riwayat al-Hakim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Memohonlah kamu (kepada Allah kekuatan) melalui makan sahur supaya memperoleh kekuatan berpuasa pada siang hari.

Bangun dan berdoa pada waktu sahur sebenarnya mempunyai barakah yang besar dan merupakan ciri-ciri orang yang bertaqwa. Firman Allah s.w.t. dalam surah az-Zariyat, ayat 18, maksudnya: Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar), mereka selalu beristighfar kepada Allah memohon ampun.

``Bangun awal pagi untuk bersahur juga memberi peluang untuk melakukan amal ibadat seperti berwuduk, berzikir, membaca al-Quran dan menunaikan sunat tahajud dan sunat witir bagi yang belum melakukannya,'' ujarnya mengenai hikmah bersahur.

Surah Ali Imran, ayat 17 pula, Allah menjelaskan waktu yang sesuai untuk memohon keampunan daripada Allah s.w.t. Firman-Nya: Dan juga orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiaas taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah) dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

Sahur juga merupakan salah satu daripada akhlak Rasulullah s.a.w., sebagaimana yang terkandung dalam terjemahan hadis berikut: `'Tiga perkara yang termasuk antara akhlak para rasul ialah bersegera berbuka puasa, melambatkan sahur dan meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri ketika dalam sembahyang.

Perbezaan antara puasa orang Islam dengan ahli kitab terkandung dalam hadis riwayat Muslim, sabda Baginda: Perbezaan antara puasa kita (umat Islam) dengan puasa ahlul kitab ialah makan sahur.

Menurut Ibn Hajar al-'Asqalani, pengarang kitab Fath al-Bari dan Imam an-Nawawi di dalam kitab Sahih Muslim, bahawa sahur yang memberi keberkatan ialah memperoleh balasan dan ganjaran pahala daripada Allah s.w.t. dan mengikut sunah Nabi Muhammad s.a.w.

``Sahur juga menghalang perbuatan-perbuatan tidak sopan yang dipengaruhi oleh kesan lapar pada siang hari, selain memberi kekuatan untuk beribadat bagi menghadapi rasa lapar dan dahaga pada siang hari,'' ujar beliau tentang kelebihan-kelebihan bersahur.






"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Renungan Bersama....

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut.... potonglah kuku anda.


The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia jugabukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.


Percayalah.

Pasal tabiat berkuku panjang inilah yang membuatkan orang Melayu mundur dan tidak berjaya. Syarikat Melayu yang bangkrap dan rugi teruk adalah kerana mempunyai pekerja dan pemilik yang berkuku panjang . Untuk yang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli.
Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri.
Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw.. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat kita pahala.





"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Selamat Berjuang di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum warah matullahi wa barakatuh,



Ramadhan datang lagi...perasaan gembira yang melonjak-lonjak dalam jiwa ini dirasai begitulah oleh para sahabah generasi awal dan Rasulullah sendiri. Seawal Rajab, Syaaban baginda dan para sahabah bersiap sedia menanti-nanti ketibaan ya Ramadhan. al Mubaraq...begitulah sewajibnya jiwa dan hati kita...suka dan gembira dan merasakan satu keshukuran yang tidak terhingga Allah swt sangat mencintai kita...dipilihnya kita untuk masuk bulan RAMADAHAN... .untuk dicalunkan menjadi ahli shurga..amin ya rabb..



Diceritakan oleh Rasululullah saw..." dan apabila munculnya malam pertama Ramadhan , diJannah datang satu tiupan angin datangnya dari bawah Arasyh. Ia dikenali sebagai 'Muthirah" dan menyebabkan dedaun pohonan Jannah bergeseran dan gagang pintu bergetar lalu menghasilkan satu bunyian yang sangat merdu..yang belum pernah didengari sebelumnya.. ."



MasHAllah - alam yang sana tempat kembalinya kita menyambut Ramadhan dengan begitu sekali ..menandakan begitu istimewanya bulan Ramadhan kurniaan Allah ini buat kita...itulah yang membuatkan para sahabat KEJAR ...Ramadhan ini...dengan sadaqahnya, dengan tilawahnya, dengan tahajudnya, dengan senyuman dan akhlaq mulia nya, degan tangisan dan doanya....seolah- olah dah BAGI UMURNYA TIADA RAMADHAN LAGI YANG AKAN DATANG....Itulah contoh kita yang abadi yang kita wajib ambil iktibar dan bermula sekarang - bila baca tazkirah ini..bertindak sebagaimana sepatutnya.. .



Kita ambil iktibar dari pesanan kekasih kita Rasulullah saw dalam satu pertemuan di penguhujung bulan Syaaban- baginda berkhutbah pada para sahabah - satu pesanan yang diabadikan dalam catatan abadi para ulamak buat kita turunkan generasi demi generasi hinggalah hari qiayamah- cuba halusi pesan-pesan baginda ini...



Salman ra meriwayatkan bahawa “ Pada hari terakhir Sya’aban , Rasulullah saw berkhutbah kepada kami “ Wahai manusia, kita muncul kepadamu satu bulan yang besar (shahru Azim), bulan yang tersangat berkat (shahru azim mubaraq) terkandung didalamnya satu malam yang terlebih tinggi nilainya dari seribu bulan .

Inilah bulan yang Allah fardhukan puasa disiang harinya dan menjadikan solat tarawikh sebagai sunnah di malam harinya. Sesiapa yang ingin bertaqarub (menghampirkan) dirinya kepada Allah, melalui amalan soleh dibulan ini, maka akan dibalas kepadanya dengan ganjaran seolah-olah dia melakukan amalan fardu di bulan yang lain pada tahun itu.

Barangsiapa yang melakukan amalan fardu akan dibalasi kepadanya dengan tujuh puluh (70) amalan fardu pada bulan lain. Inilah sesungguhnya bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran sejati ialah “Jannah”.Inilah bulan simpati terhadap sesama lainnya.

Di bulan inilah rezeki orang-orang beriman ditambah. Barangsiapa memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa maka dibalas kepadanya dengan keampunan terhadap dosa-dosanya (magfiratan lizunubih) dan dibebaskan dari api neraka (itko raqibatihi minan nar) dan dia juga memperolehi ganjaran yang sama sebagaimana orang yang berpuasa tadi tanpa sedikitpun mengurangi pahala orang yang berpuasa tadi.

Maka kami (para sahabah) pun berkata “ Ya Rasulullah tidak kesemua kami mempunyai sesuatu yang dapat diberikan kepada orang yang berpuasa makanan untuk mereka berbuka “ Jawab Rasulullah saw “ Allah akan mengurniakan balasan kepada orang yang memberi walaupun sebiji tamar kepada orang yang berpuasa, ataupun seteguk air atau sehirup susu untuk dia berbuka puasa.

Inilah bulannya yang awalnya Allah menurunkan RAHMAT, di pertengahannya Allah berikan KEAMPUNANNYA , dan pada akhirnya Allah MEMBEBASKAN hambaNYa daripada api neraka Jahanam. (Awalihu Rahmah wa Au Satuhu Magfirah wa akhiruhu atqum minannar)

Di bulan ini berusahalah sekuat-kuatnya (was taksiru fih min arabai) memperbanyakan melalkukan empat (4) perkara :-Dua diantaranya adalah untuk menyukakan Allah dan dua lagi kamu tidak boleh tidak mesti lakukannya.

~Dua Perkara yang kamu lakukan kamu dapat menyukakan Allah adalah dengan memperbanyakan membaca Shahadah Laila ha Ila Lallah dan beristihfar (mohon kemapunan degan sungguh-sungguh) kepadaNYA

~Dua Perkara lagi kamu tidak boleh tidak mesti lakukannya adalah kamu mohon pada Allah untuk masuk shurga dan berlindung deganNya daripada dicampak kedalam neraka – (Fatasalu NAllahal jannah wa tauzuna bihi minan nar)

Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum daripada telagaku (HAUD) yang sekali minum dia tidak akan kedahagaan lagi sehinggalah dia memasuki Jannah

( Hadith diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam Sahihnya begitu juga AlBaihaqi dan Ibn Hibban )

Marilah kita muhasabah diri kita di bulan Ramdahan ini sebelum kita di muhasabah oleh Allah nanti..banyakkan mengucakpan La ila Ha Ila Lallah sambil cuba mengamati implikasi tuntutan syahahadah ini, banyakan ISTIGHFAR, banyakan SUJUD sambil menangis didepan pencipta, kurangkan sikit tidur- bermunajatlah di waktu malam dan sahur, Tilawahlah dan TADDABURlah ayat-ayat Allah....dan kalau ada kemampuan - disipinkan diri habis 1 buku di bulan Ramadhan ini... 1 sahaja.



Jangan lupa doa untuk perjuangan kita ditanahair tercinta - doa khas untuk umat islam di Palestin, Selatan Thai, Mindano dan semua mujahidin fi kulli makan wa kulli zaman-dan doa minta syahid dijalan Allah. Amin Ya Rabb.



SELAMAT BERJUANG DI RAMADHAN ALMUBARAQ.-semuga keluar sebagai tentera dakwah yang dibersihkan untuk bersilat dipentas Dunia dalam Dakwah yang mulia.



Allah hu qaya tuna

AlQuran Dusturuna

Ar Rasul Qudwa Tuna

Al Jihad Sabi luna

Al Maut Fi sabilillah hi Asma ama nina.



Takbir.






"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Berapa kali malaikat maut ziarah kita?

Sebuah hadis nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas r.a.,
bahawa Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud, " Bahawa malaikat maut
memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari."
ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang
sedang bergelak ketawa.

Maka berkata Izrail: " Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan
aku diutus oleh Allah taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih
berseronok-seronok bergelak ketawa"

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat
maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini
tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana
mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai
perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal mengenai mati dan hubungannya
dengan malaikat maut.


1 hari=24 jam=1440 minit
1440 minit/70 kali malaikat menjenguk kita

=20.571 minit

INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT

WALLAHUALLAM...







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

 
Dear Diary Blogger Template