^ Scroll to Top

Saturday, August 30, 2008

KISAH PENGGALI KUBUR

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

1. Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi
apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

2. Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, kulihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."

3. Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang
aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, kulihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.
Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

4. Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."

5. Aku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

6. Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya
Kering-kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7. Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Allah Hu Akhbar !!! (Buat Renungan)

MAYAT BACA YASIN..
"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di
Ma'la....tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.... Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru. Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah....
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ..... " sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Puasa sunat Rejab, Syaaban persiapan sambut Ramadan

RAMADAN yang bakal menjengah disambut penuh kesyukuran dan tidak kurang ada mengeluh kerana terpaksa berpuasa. Begitulah pelbagai ragam dan situasi yang mewarnai pentas kehidupan umat sempena kedatangan Ramadan penuh berkat.

Bagi umat Islam yang bertakwa, bulan Ramadan disambut penuh kegembiraan sambil menantikan pelbagai keistimewaan serta ganjaran berlipat ganda dijanjikan kepada sesiapa yang menunaikan ibadat puasa dengan ikhlas dan sabar.

Ramadan menuntut setiap Muslim supaya merenung dan bermuhasabah diri untuk melakukan persiapan sebelum, semasa dan selepas Ramadan. Muhasabah penting kerana Ramadan hanya datang sekali setahun.
Oleh itu, biarlah Ramadan kali ini menjanjikan yang terbaik dan setiap Muslim memanfaatkan bulan diberi segala rahmat, kelebihan serta keistimewaan terhimpun sepanjang Ramadan dengan berpuasa pada siang harinya dan beribadat sunat pada malam harinya.

Persediaan pertama wajib dilakukan setiap Muslim ialah persediaan jasmani dan rohani kerana amalan ibadat sepanjang Ramadan berkaitan dengan amalan zahir batin membabitkan penyertaan jasmani dan rohani setiap Muslim.

Rasulullah SAW membuat persediaan menyambut Ramadan dengan berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban. Bulan Rejab adalah permulaan bulan mulia dan bagi orang Mukmin bertakwa, mereka tidak akan melepaskan peluang memanfaatkan kelebihan Rejab dan Syaaban untuk melipatgandakan amalan soleh lebih-lebih lagi ibadat puasa sunat.
Justeru, tidak hairanlah Rasulullah SAW kerap kali berdoa setiap kali datangnya bulan Rejab dengan doa yang bermaksud: “Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban ini, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”

Begitulah persiapan orang Mukmin yang benar-benar bertakwa dan beristiqamah dalam hidupnya sehingga mereka mempersiapkan diri bukan saja dari sudut fizikal, tetapi juga rohani. Mereka sudah mula membersihkan diri dan hati sebelum menyambut bulan Ramadan.

Seorang ahli hikmat pernah berkata: “Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan untuk memohon ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban pula memperbaiki hati daripada segala kecacatan dan Ramadan untuk memberi penerangan hati, sedang malam al-Qadar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala.”

Selain itu, setiap Muslim juga dituntut mengulangkaji segala persoalan berkaitan masalah ibadat puasa, baik mengenai rukun, syarat, sunat, makruh, adab, faedah, manfaat, rahsia dan hikmah terkandung di dalamnya.
Kesempurnaan ibadat puasa dan penerimaannya di sisi Allah bergantung kepada cara pelaksanaan ibadat itu sama ada berdasarkan sunnah Rasulullah ataupun sebaliknya. Malah, mengetahui cara melakukan ibadat puasa dengan betul antara ciri ketakwaan yang ditegaskan Allah sebagai objektif utama pensyariatan ibadat puasa kepada umat Islam.

Sepanjang berpuasa, setiap Muslim diwajibkan berusaha mengekang diri daripada segala kecenderungan negatif yang boleh mencacatkan kesempurnaan fadilat puasa kerana matlamat utama puasa ialah menahan diri daripada segala runtunan hawa nafsu duniawi baik yang kecil mahupun yang besar.

Seiringan itu, setiap Muslim seharusnya memperbanyakkan amalan salih pada malam harinya dengan amalan sunat seperti solat tarawih, solat witir, solat tahajud, tadarus al-Quran dan iktikaf.

Pada siangnya pula, tertumpu pada ibadat puasa serta tuntutan tanggungjawab lain.

Bukankah Allah menjanjikan pahala satu amalan wajib di bulan Ramadan menyamai 70 amalan wajib pada bulan yang lain dan satu amalan sunat pula menyamai satu amalan wajib pada bulan lain. Sewajarnya umat Islam berebut-rebut untuk mendapatkan ‘tawaran istimewa’ Allah ini.

Ibadat puasa tidak sepatutnya menjadi penghalang bagi seseorang Muslim melakukan kerja sehariannya ikhlas kerana Allah. Perlu ditegaskan sebarang aktiviti dan kerja jika diniatkan ikhlas kerana Allah akan bernilai menjadi satu ibadat.

Sementara semua amalan ibadat akan diberikan Allah ganjaran sehingga ratusan kali ganda. Untuk itu, mengapa perlu disia-siakan detik berharga yang menghiasi sepanjang Ramadan sehingga diisi dengan tidur dan bermalas-malasan sepanjang hari.

Alangkah ruginya manusia yang tidak memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan Allah hamparkan sepanjang Ramadan ini.

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya supaya menyambut Ramadan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan supaya Ramadan yang bakal mendatang menjanjikan keberkatan, kerahmatan dan keredaan Ilahi.

Perumpamaan Ramadan samalah seperti kedatangan seorang tetamu besar yang datang bersama buah tangan atau hadiah khas kepada tuan rumah. “Keberkatan” buah tangan itu tentunya hanya diberi kepada tuan rumah yang menyambut kedatangan dengan baik dan ceria, bukan ala kadar saja.







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Al-Quran, Hadis perjelas khasiat kurma

MENIKMATI pelbagai juadah sewaktu berbuka puasa pasti tidak lengkap tanpa buah kurma walau sebiji untuk mendapatkan pahala sunat.

Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi yang bermaksud: Daripada Sulaima bin Amir Adh-Dhabiyyi, sesungguhnya Nabi bersabda, “Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia makan kurma. Jika tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu adalah pembersih.”
Alangkah baiknya jika kurma dijadikan makanan rutin dalam hidangan harian kerana manfaatnya yang tinggi berbanding pelbagai jenis makanan hari ini yang terlalu banyak bahan membahayakan kesihatan.

Seruan itu juga sebagai memberi peringatan memandangkan menjelang bulan Ramadan, banyak gerai jualan menawarkan juadah pelbagai rasa dan warna, bahkan yang tidak pernah terlihat pun ada termasuk resipi baru dicipta sempena bulan puasa.

Kedatangan Ramadan sudah mula terasa. Pasar raya mula mengeluarkan stok kurma yang banyak, ada segar, ada pula nampaknya bagai tersimpan sekian lama, maklumlah jika bukan kerana Ramadan kurma menjadi hidangan asing walau kepada penggemar buah-buahan.
Di Madinah, kurma segar atau kurma masak yang tidak dikeringkan dijual di Pasar Kurma, tidak jauh dari Masjid Nabawi, tetapi lebih segar jika boleh dapatkannya di ladang kurma. Warnanya merah dan ulasnya yang besar sangat menggiurkan sesiapa saja tetapi kurma segar tidak tahan lama.

Bagi simpanan dalam tempoh waktu panjang, ramai suka kurma kering kerana rasanya enak dan senang dibawa ke mana-mana.

Rasulullah SAW gemar makan buah kurma dengan hidangan yang lain. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: “Aku melihat Rasulullah SAW memakan buah-buahan dengan kurma masak.”

Menyentuh buah kegemaran Rasulullah SAW ini, ia sesuai dikaitkan dengan bulan Ramadan, kerana manfaatnya yang besar bukan saja untuk berbuka tetapi juga bersahur. Dalam hadis diriwayatkan Ibn Hibban dan Baihaqi yang bermaksud: “Daripada Abu Hurairah, berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.”
Kurma adalah sejenis buah dari tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin. Kurma yang dari segi saintifiknya dikenali sebagai phoenix dactylifera L berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.

Kurma juga penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain seperti diceritakan dalam 21 ayat al-Quran yang menyebut mengenai buah kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin. Hal ini berasaskan wahyu diturunkan Allah kepada ibu Nabi Isa iaitu Saidatuna Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan.” (Surah Maryam, ayat 25)

Sabda Rasulullah SAW mengenai hal yang sama iaitu: “Beri makan buah tamar kepada isteri kamu yang hamil dan barang siapa memakan buah tamar itu semasa hamilnya, maka anak yang lahir akan menjadi seorang anak penyabar dan bersopan santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa adalah buah tamar.”

Unsur zat besi dan kalsium dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.

Buah kurma juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.. Kurma akan segera dibakar dan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Dari Segi Perubatan, Fiqhiyah Dan Perundangan, menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir pula, khasiat kurma terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran. Tidak saja buah kurma, umbut pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri.

Rasulullah SAW menyebutkan mengenai khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan Imam Bukhari yang bermaksud: “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”

Khasiat kurma Ajwah sebagaimana disebut dalam hadis adalah satu kelebihan dikurniakan Allah sesuai dengan kemuliaannya sebagai jenis kurma pertama ditanam sendiri Rasulullah SAW. Oleh itu, sesiapa menunaikan haji atau umrah di Makkah pasti tidak lupa merasa Ajwah yang enak dan lazat.

Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud: “Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.”

Hadis itu menerangkan walaupun hanya bersedekah sebelah buah kurma, kita terhindar daripada api neraka. Justeru, ada baiknya kita mulakan Ramadan kali ini dengan niat untuk bersedekah lebih dari tahun sebelumnya.

Jika mampu dengan harta dan wang ringgit, paling tidak pun memberi makan buah kurma kepada orang miskin dan kurang berkemampuan ketika berbuka. Tetapi tidak salah juga sekadar mewakafkan tenaga dan masa dengan beramal jariah untuk umat yang masih tersisa di bumi ini.

Penulis ialah pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Malaysia (Usim)

INFO: Khasiat kurma

  • Kurma adalah buah dari tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin.

  • Dari segi saintifiknya dikenali sebagai phoenix dactylifera L berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.

  • Penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain seperti diceritakan dalam 21 ayat

    al-Quran yang menyebut mengenai buah kurma.

  • Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin.

  • Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.

  • Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang.

  • Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.

  • Khasiatnya terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak.

  • Jus kurma dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

  • Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran.

    Tidak saja buah kurma, umbut pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri.







  • "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Friday, August 29, 2008

    Terungkainya Tali Aqidah/Hukum Islam

    KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

    Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
    anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada
    kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, 'Saya ada satu
    permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
    kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!',
    jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!'


    Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti
    mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
    Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan.
    Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat
    kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'. Dan diulangkan seperti tadi, tentu
    saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
    mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
    Selang beberapa saat, permainan berhenti.


    Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid, begitulah kita
    umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
    begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan
    kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang
    haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
    kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
    pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa
    dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
    tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
    dari masa ke semasa.


    'Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
    tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
    rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
    yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
    materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.' 'Semuanya
    sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
    menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?' tanya
    Guru kepada anak muridnya.


    'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskannya. .....

    'Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
    berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
    Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?'

    Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan
    selainnya.


    Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
    Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..'Murid-murid,
    begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .... Musuh Islam tidak akan
    memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ....Kerana tentu anda akan
    menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
    dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,
    sehingga kita tidak sedar.


    'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
    kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
    Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
    tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,

    kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
    dihancurkan. . .....'


    'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
    menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
    Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
    meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan
    mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.' 'Ini
    semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
    dijalankan oleh musuh musuh kita... '


    'Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' tanya
    murid- murid.

    'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang
    Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.'
    'Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
    sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
    kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'.

    'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
    berdoa dahulu sebelum pulang...'



    UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN
    KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA
    DIRI!!

    JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA
    BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
    LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI
    KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.


    YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN. .. Sebagai umat Islam yang
    bertanggungjawab, tolonglah forwardkan e-mel ini kepada sahabat2 Islam
    kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan telada dan yang buruk
    dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR









    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

     
    Dear Diary Blogger Template