^ Scroll to Top

Wednesday, September 3, 2008

12 Foods of Prophet Muhammad (SAW)


Barley:


Good in fever, while use in a soup form.


Dates:


The Prophet (SAW) said that a house without dates has no food. It should also be eaten at the time of childbirth.


Figs:


It is a fruit from paradise and a cure for piles.


Grapes:


The Prophet (SAW) was very fond of grapes - it purifies the blood, provides vigour and health, strengthens the kidneys and clears the bowels.


Honey:


Considered the best remedy for diarrhoea when mixed in hot water. It is the food of foods, drink of drinks and drug of drugs. It is used for creating appetite, strengthening the stomach, eliminating phlegm; as a meat preservative, hair conditioner, eye soother and mouthwash. It is extremely beneficial in the morning in warm water.


Melon:


The Prophet (SAW) said: "None of your women who are pregnant and eat of water melon will fail to produce off spring that is good in countenance and good in character."


Milk:


The Prophet (SAW) said that milk wipes away heat from the heart just as the finger wipes away sweat from the brow. It strengthens the back, improved the brain, renews vision and drives away forgetfulness.


Mushroom:


The Prophet (SAW) said that mushroom is a good cure for the eyes; it also serves as a form of birth control and arrests paralysis.


Olive Oil:


Excellent treatment for skin and hair, delays old age, and treats inflammation of the stomach.


Pomegranate:


The Prophet (SAW) said it cleanses you of Satan and evil aspirations for 40 days.

Vinegar:


A food Prophet Muhammad (SAW) used to eat with olive oil. [That's now a fashion in elite Italian Restaurants]

Water:


The Prophet (SAW) said the best drink in this world is water, when you are thirsty drink it by sips and not gulps, gulping produces sickness of the liver.








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Jagalah Hati

HATI yang sihat menjadi idaman setiap insan kerana dengannya dapat mengemudi bahtera hidup pada laluan betul, malah sistem kehidupan tersusun rapi, tahu membezakan antara Pencipta dan yang dicipta, tunduk patuh kepada perintah-Nya.

Sementara hati yang sakit atau berpenyakit akan membuatkan hidup seseorang tidak fokus, mudah lupa diri dan hilang punca menyebabkan kehidupan kerap menjadi celaru, porak-peranda dan tidak memperoleh kebahagiaan.

Hati yang sejahtera disebut juga qalbun salim diterima di sisi Allah. Ia mempunyai sifat tersendiri, iaitu:

  • Hati yang sentiasa kembali kepada Allah (Qalbu munib). Hati orang yang kembali kepada Allah ialah mereka yang mempunyai sifat al-khasyyah, penyerahan kepada Allah (al-Islam lillah), at-tawakkal, at-tadakkur (memperingati ayat Allah), bersih daripada bentuk kesyirikan dan penyembah taghut, bertakwa terutama yang paling asas ialah tetap mendirikan solat dan rukun Islam yang lain.

  • Hati yang sejahtera ialah hati yang bersifat tenang (mutmainnah), iaitu hati yang sebati dengan zikrullah, hati yang mempunyai keyakinan iman dalam peringkat 'ainul yakin'; hati yang berjaya menghakikatkan konsep ubudiyah kepada Allah, zahir atau batin, iaitu hati yang berjaya menundukkan keinginan nafsu kepada iradah Allah dan bersih daripada sifat yang merosakkan.



    Hati yang berpenyakit ialah:

  • Kekufuran, sama ada kufur kerana jahil atau kufur semata-mata kerana kejuhudan dan keingkaran, kufur kerana angkuh atau derhaka terhadap hukum Allah.

  • Kesesatan, penyelewengan dan bidaah.

  • Kemunafikan.

  • Keraguan dan kesangsian kepada tanda kebenaran, kebesaran dan kesempurnaan Allah.

  • Muwalah atau memberikan kesetiaan kepada orang kafir.

  • Enggan atau berat hati untuk berjihad di jalan Allah.

  • Kerakusan hati kepada maksiat.

  • Derhaka pada perintah Allah.

  • Bersifat dengan sifat tercela, seperti takbur, hasad, riya, marah, bakhil, khianat, gemar kepada harta dan pangkat, mengikut hawa nafsu, buruk sangka terhadap Allah, putus asa daripada rahmat Allah, memusuhi dan membenci ulama yang baik.







  • "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Ramadan tetamu mulia

    JIKA seorang teman yang anda kasihi dan menghubungi anda menyatakan hasratnya ingin berkunjung ke rumah anda serta singgah untuk beberapa hari, apakah yang akan anda lakukan sempena kedatangannya dan apakah perasaan anda?
    Tentunya anda gembira, menyediakan persediaan bagi menerima kunjungannya dengan mengemas rumah dan mengadakan keperluan yang sepatutnya bagi tetamu tersebut.
    Bukankah begitu yang selayaknya anda dan teman-teman lakukan?
    Jika demikian, bagaimana pula jika yang akan datang menjenguk anda bukan sahaja dikasihi oleh diri sendiri, bahkan ia dikasihi oleh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan sekelian orang yang beriman?
    Tetamu yang akan berkunjung ini membawa bersamanya sepanjang siang dan malamnya kebaikan dan keberkatan daripada Allah. Ia adalah bulan Ramadan yang mulia, bulan berpuasa dan bertilawah al-Quran, bulan tahajud dan qiamullail, bulan kesabaran dan ketakwaan, bulan keampunan dan kebebasan daripada api neraka.
    Padanya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan pemasungan syaitan, penutupan pintu-pintu neraka dan pembukaan pintu-pintu syurga. Bulan gandaan pahala dan berkat untuk segala ketaatan dan kebaikan yang dilakukan.
    Itulah sifatnya tetamu mulia ini, kerana itu amat wajarlah bagi kita - orang yang mengetahui kehebatannya, menyambutnya dengan cara terbaik, bersedia untuknya dengan menyiapkan dan membiasakan diri kita beramal padanya, moga-moga kita mendapat faedah daripada kunjungannya dan apabila ia pulang, jiwa raga kita telah bersih dan suci dengan limpahan rahmat Allah.
    Oleh kerana itulah para ulama terdahulu menghargai tetamu ini dan diceritakan bahawa mereka memohon Allah melanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadan sepanjang enam bulan sebelumnya, apabila ia berakhir mereka menangis sayu di atas pemergiannya dan berdoa agar Allah menerima amalan mereka bagi bulan Ramadan sepanjang beberapa bulan selepas itu.
    Malangnya, sebahagian umat Islam menyambutnya dengan pelbagai kegiatan yang menyalahi hukum Allah SWT. Ada yang menyambutnya dengan berpesta, nyanyian, tarian dan muzik.
    Sebahagian lagi menyediakan filem-filem yang menyeronokkan sepanjang malam bulan Ramadan yang dipenuhi dengan adegan yang memenuhi tuntutan nafsu..
    Ramai yang menyambutnya dengan mengunjungi pasar-pasar, berasak-asak dengan orang ramai untuk membeli pelbagai jenis makanan dan minuman; seolah-olah bulan tersebut adalah bulan makan-minum, tidur pada waktu siang, berjaga pada malamnya dengan aneka hiburan.
    Cara yang dianjurkan oleh Islam secara ringkas adalah sebagaimana berikut:
    1. Berdoa semoga Allah melanjutkan usia kita dan dapat menyambut bulan Ramadan sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam, di samping memohon pertolongan-agar dapat berpuasa, qiamullail dan beramal soleh padanya.
    2. Membersih diri dan bersuci, iaitu membersihkan diri dan jiwa dengan taubat daripada segala dosa dan maksiat. Taubat ini adalah wajib pada setiap waktu. Taubat bukanlah sekadar meninggalkan perbuatan dosa. Bahkan ia memerlukan pengembalian seluruh jiwa raga kepada Allah s.w.t.
    3. Menyediakan diri bagi menyambut kedatangan Ramadan dengan menunaikan ibadat puasa sunat pada bulan Syaaban serta amalan kebaikan lain. Ia merupakan bulan diangkatkan segala amalan manusia kepada Allah s.w.t.
    4. Antara perkara terpenting ialah mempelajari hukum-hakam puasa, mengetahui sunah Nabi SAW serta hukum hakam puasa sebelum menghampiri bulan tersebut.
    5. Agenda seterusnya ialah menyediakan jadual ibadah untuk bulan yang mulia itu dengan program yang memenuhi waktu yang amat berharga bagi diri kita, keluarga, rakan-rakan dengan membaca al-Quran, tadarus, qiamullail, menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka, mengerjakan umrah, iktikaf, bersedekah, berzikir, membersihkan jiwa dan raga, dan seterusnya.
    Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu namanya ‘al-Rayyan’. Orang yang berpuasa masuk syurga melalui pintu itu. Orang lain tidak akan memasukinya. (riwayat Bukhari)
    Sebagai penutup bicara, marilah sama-sama kita hayati kata-kata ini:
    “Wahai mereka yang belum cukup baginya dosa pada bulan Rejab, sehingga menderhakai Tuhannya pada bulan Syaaban, telah datang kepadamu bulan puasa selepas kedua-duanya.
    Janganlah jadikannya juga bulan kemaksiatan, kerana ia adalah bulan al-Quran dan bulan tasbih.
    “Berapa ramai orang-orang terdahulu yang kamu kenal telah berpuasa di antara jiran tetangga dan sahabat handai?
    “Mereka telah meninggal dunia sedangkan kamu masih hidup. Alangkah hampirnya masa mereka yang telah pergi dengan yang masih tinggal.
    Ya Allah, sampaikan kami kepada bulan Ramadan, supaya kami dapat menunaikan ibadah puasa dan amalan soleh. Tetapkan pendirian kami di dalam ketaatan kepada-Mu sehingga kami menemui-Mu. Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Menyahut doa-doa kami”.







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Di Sebalik Kehidupan Insan Bernama : "Muhammad"

    Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya.
    Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.

    Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,
    sambil tersenyum baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

    Sayidatina 'Aisyah menceritakan:
    Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
    Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,
    dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."

    Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu.
    Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.
    Yang mentah pun tidak ada karena Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya,
    "Belum ada sarapan ya Khumaira?"
    (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang berarti 'Wahai yang kemerah-merahan')

    Aisyah menjawab dengan agak serba salah,
    "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
    Rasulullah lantas berkata,
    Kalau begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya

    Pernah baginda bersabda,
    "Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

    Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda sebagai kepala keluarga.

    Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
    Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
    langsung bertanya setelah selesai bersembahyang :


    "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
    "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sehat dan segar"
    "Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh,
    kami mendengar seolah-olah sendi bergesekan di tubuh tuan?
    Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

    Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya.
    Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


    "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

    Lalu baginda menjawab dengan lembut,
    Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

    Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.
    Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya.
    Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

    Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan dalam diri Rasulullah saw
    menolak sama sekali rasa ketuanan.

    Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH tidak dijadikan sebab untuk merasa lebih dari yang lain,
    ketika di depan umum maupun dalam keseorangan.

    Ketika pintu Syurga telah terbuka, seluas-luasnya untuk baginda,
    baginda masih berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah,
    hingga pernah baginda terjatuh, lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
    Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

    Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah,
    "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

    Jawab baginda dengan lunak,
    "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

    Rasulullah s. a. w. bersabda,
    "Sampaikan pesanku walau sepotong ayat"








    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Nilai semula amalan elak pendustaan dalam ibadat

    BAGAIMANAKAH anda membuka tirai Ramadan tahun ini? Apakah dengan semangat yang sama seperti tahun lalu atau berbeza dari yang biasa. Mungkin disebabkan tahap ilmu semakin meningkat maka Ramadan tahun ini memberi sedikit kelainan dalam diri anda.

    Apatah lagi pada setiap akhir Syaaban, ramai yang mengikuti ceramah pra-Ramadan sebagai bekalan menjalani ibadat puasa nanti. Antara tanda kematangan iman seseorang adalah dia sentiasa menemukan sesuatu yang baru dalam penjelajahannya mencari maklumat mengenai agama..

    Maklumat paling asas yang mesti diketahui ialah syarat diterima ibadat. Dua syarat itu sentiasa menjadi pegangan orang yang beramal, iaitu tidak menyekutukan Allah dalam ibadatnya atau dalam ungkapan ringkas ikhlas dalam ibadat hanya kerana Allah dan ibadat itu wajib mengikuti sunnah serta tatacara yang ditentukan Nabi SAW saja.

    Dalam ibadat solat, puasa dan haji, kita wajib mengambil contoh cara ibadat Nabi SAW. Begitu juga ibadat lain, Bagindalah satu-satunya teladan, mentor dan sumber asli yang mesti diambil dan dimanfaat sebagai telaga ilmu.

    Jika segala perbuatan kita dalam ibadat atau pun adat seharian mengacu kepada ajaran dan gaya hidup Rasulullah SAW, sebenarnya kita berada pada landasan pernah dilalui oleh generasi kemenangan awal iaitu sahabat Rasulullah SAW. Pernahkah anda membayangkan betapa gembiranya Nabi SAW kerana melihat umatnya tetap teguh memegang janji setia untuk mengikuti dan membela sunnah Nabi SAW?

    Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda ketika menziarahi kubur, yang bermaksud: “Semoga kesejahteraan dilimpahkan kepada kamu semua wahai orang beriman. Dan sesungguhnya kami insya-Allah akan menyusul kamu. Lalu Nabi SAW bersabda: Aku teringin sangat melihat saudara kita. Sahabat bertanya: Bukankah kami adalah saudaramu ya Rasulullah? Rasulullah SAW bersabda: Kamu semua adalah sahabatku, sedangkan saudaraku ialah mereka yang belum datang. Aku adalah jaminan yang akan membawa mereka ke telaga. Sahabat bertanya lagi: Ya Rasulullah, bagaimana kamu mengetahui umatmu yang akan datang selepasmu? Rasulullah SAW bersabda: Bukankah kalian mengetahui mengenai seseorang yang memiliki kuda dengan tanda putih di dahinya di antara kuda yang sangat hitam? Apakah ia boleh mengenali kudanya? Para sahabat menjawab: Ya. Baginda SAW bersabda: Mereka akan datang pada hari kiamat dengan wajah yang putih cemerlang kerana bekas air wuduk.” (Hadis riwayat al-Nasa’i, Ibnu Majah, Malik, Baihaqi disahihkan oleh al-Albani)
    Siapakah mereka yang dirindui Rasulullah SAW? Mereka yang diangkat melalui lisan Baginda sebagai saudara Rasulullah SAW? Walaupun tidak pernah berjumpa tetapi kerinduan itu tetap hidup dan abadi.

    Kemudian Baginda menegaskan lagi rindu dan cinta antara Baginda dan umatnya ini melalui sabdanya: “Orang yang paling hebat cintanya kepadaku, mereka yang datang selepasku, salah seorang daripada mereka amat sangat ingin melihatku (membuktikan cintanya kepadaku) dengan (mengorbankan) keluarga dan hartanya.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Ibnu Hibban)

    Selepas membaca dua hadis tadi, mungkin ramai yang mengaku dirinya sudah mengikut sunnah Rasulullah SAW mengikut kapasiti ilmu masing-masing. Untuk menilai apakah kita memang istiqamah pada jalan sunnah, seelok-eloknya kita juga membaca mengenai penyelewengan yang dilakukan umat Islam yang mengaku mengikut sunnah Nabi SAW padahal mereka melakukan pembohongan terhadap Rasulullah SAW, menambah, mengurangkan ajarannya dan menguburkan sunnahnya dengan penyelewengan tangan mereka.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Ketika aku sedang berdiri di tepi telagaku (Al-Kautsar) sambil menunggu orang yang datang mahu meminumnya, maka tiba-tiba ada orang yang disekat daripada sampai ke sisiku. Lalu aku berkata: Bukankah mereka daripada umatku? Maka dikatakan kepadaku: Ya benar, tetapi engkau tidak mengetahui bahawa mereka selepas itu kembali ke belakang (berpaling tadah atau meninggalkan ajaranmu).” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)
    Hadis yang menggerunkan itu mengajak kita menilai semula amalan dan ibadat serta sikap hidup yang dijalani selama ini. Setiakah kita kepada sunnah Rasulullah SAW, Khulafa’ Arrasyidin dan salafus salih? Bukankah Baginda SAW menyuruh kita jangan melepaskan ikatan kesetiaan itu walaupun terpaksa harus menggigitnya dengan gigi geraham kita?

    Apakah sudah memadai ilmu yang dipelajari untuk menilai ibadat kita mengikut cara ibadat Nabi SAW? Cukupkah setiap dalil al-Quran, hadis, ijmak dan qias yang menghiasi setiap amal salih kita? Atau semuanya dilakukan tanpa dalil, hanya sekadar kata-kata si polan dan si polan tanpa mahu menyusuri jalan ilmu yang sahih?

    Tengoklah pada bulan puasa ini, akan kedengaran amalan pelik dan hadis ganjil lagi bukan-bukan kandungannya yang sengaja dilakukan tanpa mengikut sandaran Nabi SAW yang sahih. Kemudian, atas nama fadilat kononnya direka pahala sembahyang Tarawih yang berlainan pada setiap malam dengan ganjaran bukan-bukan, padahal tidak pernah ada dalil al-Quran ataupun hadis memperkatakan isu ini.

    Semuanya adalah perbuatan dosa besar berbohong atas nama Nabi SAW. Maka berdosa dan menempah tempat dalam api neraka bagi pihak merekanya, menyebarkannya, mempercayainya dan mempertahankannya kerana mereka berdusta atas nama agama Islam yang suci. Entah riwayat dari mana datangnya ganjaran Tarawih yang melangit itu.

    Di Sarawak pula ada kenduri akhir Syaaban yang diberikan nama kenduri ‘makan arwah bulan’. Entah bulan mana pula yang mati hingga mereka kendurikan dan tahlilkan atau mengulangi tahlil yang tidak syarie atas asas kepercayaan karut tertentu.

    Ada pula bila akhir Syaaban dan masuk Ramadan sibuk menukar kain putih yang diikat di kepala batu nesan kubur, bahkan mengikatkan kain kuning atas nama kedudukan mereka yang berkasta tinggi dan mempunyai gelaran keturunan tertentu.

    Seterusnya kita akan mendengar amalan bidaah lainnya yang dilakukan sambil mengintai Lailatulqadar yang semuanya ini adalah berdusta atas nama ibadat dan agama. Mengapakah ada orang yang tidak puas beramal hanya dengan amalan Rasulullah SAW sehingga perlu bagi diri mereka untuk menambah amalan yang tidak pernah Rasulullah SAW nyatakan sebagai ajarannya?

    Bukankah ini termasuk perbuatan mereka cipta syariat baru dan membuktikan mereka tidak yakin syariat Muhammad SAW itu sudah lengkap hingga perlukan tambahan yang baru, sedangkan wahyu itu sudah lama tuntas dan putus.

    Kebanyakan orang yang mengikut ajaran sesat dan palsu, selepas diteliti dan dikaji, mereka mendakwa bahawa ada amalan bersifat rahsia yang hanya dilakukan orang tertentu kononnya sudah mencapai maqam tingkat tertinggi sehingga bukan sebarang orang boleh mengamalkannya melainkan dengan syarat tertentu pula.

    Ini adalah dakwaan palsu dan mengarut. Rasulullah SAW bersifat amanah, ertinya Baginda sudah menyampaikan semua ajaran diturunkan kepadanya secara terbuka dan mustahil akan merahsiakan kepada sesiapapun ajaran wahyu diturunkan, walau bagaimana istimewa sekalipun ajaran itu.

    Jika mereka mengatakan Rasulullah SAW merahsiakan sesuatu amalan, dakwaan itu jelas bertentangan dengan sabda Baginda yang bermaksud: “Sampaikanlah walaupun satu ayat.”

    Bukankah sudah jelas ayat yang menyatakan sudah sempurna dan lengkap agama ini dalam al-Quran, ayat 3 surah al-Maidah? Ayat itu cukup untuk membungkam mulut orang yang menyelewengkan ajaran Nabi SAW.

    Seharusnya kita menilai semula amalan yang selama ini menjadi pegangan kita, adakah ia asli dari Rasulullah SAW atau sudah disolek lain yang seolah-olah mencantikkannya tetapi membuat diri tertipu.






    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

     
    Dear Diary Blogger Template