^ Scroll to Top

Thursday, May 8, 2008

Jintan Manis Kempiskan Perut

Ramai rakyat Malaysia kita ni mengalami perut buncit atau nama klasiknya
boroi. Walaupun badan langsing anggun tapi perut sedikit ke depan (maju).
Mungkin kerana banyak makan, mungkin juga kerana kurang buang angin.Kakak
saya dapat petua dari rakan Indianya yang baru pulang dari Kerala
(bercuti).
Orang sana miskin dan tidak mampu untuk membeli produk kecantikkan.
Kebanyakan mrk berbadan gempal ttp perut kempis atau tak sebuncit seperti
kebanyakkan rakyat kita.



Rahsianya mudah. Mrk amalkan minum air rebusan jintan manis + halia.
Amalkan setiap hari segelas pun memadai. Sesudu besar jintan manis +
seinci
halia yang tela! h dihiris. Rebus hingga menggelagak beberapa kali (10-15minit). Biarkan suam dan minum. Dalam tempoh 4-6 bulan perut akan susut
sendiri tanpa senaman. cubalah.



Mengikut kata kakak saya seminggu pertama amalkan minuman tanpa gula ini
dia mengalami 'perang angin' sehingga terpaksa ke tandas untuk meredakan
gerak gempur angin yang merusuh tu. Mentelah pula di Malaysia tiada tandas
kedap bunyi, jadi kenalah tunggu orang tak ada baru keluar , takut malu
org
tahu siapa yang berbalas tembak tadi .. he he.



Jadi kena fikir2 juga siapa nak cuba tu. Saya dah cuba secangkir.. rasanya
tak sedap,rasa rempat. Tak per lah lain kali aja saya cuba .Lagi pun perut
ni masih boleh bernafas lega Tak lah macam lukisan kartun mamak cyber di
UM
:)



Kakak saya dah cuba 2 bulan, nampak ketara kempisnya.Kalau tak nak zipkan
seluar jeans pun siksa... Kawan dia kata kalau nak susut perut kaw-kaw
(cepat), goreng garam kasar dan sapu pada perut sambil amalkan air jintan.
Tak atau rasa melekit ker rasa apa.. sebab kawan dia tu pun tak cuba lagi
petua garam tu..



Hasil memuaskan ,duit pun selamat. Selamat mencuba. Bila langsing perut tu
nak solat pun mudah dan ringan. Itu yang penting.

No comments:

 
Dear Diary Blogger Template