^ Scroll to Top

Wednesday, July 1, 2009

Wanita & Rumput Semalu

Ada hadith meriwayatkan bahawa pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Insya-Allah.








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Pemilikan kekayaan ujian pemegang amanah

SECARA amnya, kekayaan boleh didefinisikan sebagai nilai bersih, iaitu nilai aset bersih ditolak liabiliti pada satu-satu masa. Semua aset ini boleh dikategorikan dalam pelbagai bentuk mengikut beberapa tatanama seperti kewangan dan bukan kewangan, ketara dan tidak ketara, serta yang boleh dipasarkan dan yang tidak boleh dipasarkan.

Islam menganggap kekayaan sebagai pemberian atau rezeki tanpa batas daripada Allah yang amat pemurah. Sesungguhnya, Allah adalah pemilik sebenar dan mutlak segala pemberian, dan memberikan keberkatan terhadap sesiapa yang mendapatkan kekayaan itu melalui cara yang halal dan membelanjakannya mengikut ajaran Islam.

Dalam kata lain, kaedah mendapatkan, mengumpul, mengedar dan mengagih kekayaan mesti mematuhi peraturan dan prinsip syariah. Islam menghormati hak individu terhadap pemilikan, sementara pada masa yang sama, menggesa sesiapa yang memiliki kekayaan supaya memenuhi tanggungjawab sosial mereka.

Sesungguhnya, pemilikan kekayaan adalah satu bentuk ujian daripada Allah terhadap hamba-Nya yang diberikan tugas sebagai pemegang amanah yang mesti mencuba sebaik mungkin mengelakkan diri daripada sebarang penyalahgunaan seperti digambarkan oleh Imam Al-Ghazali, iaitu “Kekayaan seumpama seekor ular yang membawa bersamanya bisa dan penawar; bahaya dan manfaat”.

Kurniaan rezeki kekayaan tidak sepatutnya dianggap hanya sebagai penghormatan, tetapi juga sebagai tugas atau tanggungjawab untuk dibelanjakan atau dilaburkan dengan bijaksana, sementara menyorok harta, mensia-siakannya dan membazirkan harta tersebut wajib dihindari sama sekali.

Islam tidak menghalang pengumpulan harta persendirian, tetapi mengutuk pengumpulan harta di dalam tangan segelintir pihak tertentu yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat secara keseluruhan. Harta sepatutnya dimiliki melalui usaha yang produktif oleh individu dan bukannya atas usaha orang lain.
Namun, di dalam Islam, kejayaan sebenar yang kita perlu capai adalah memperoleh tahap ubudiyyah yang abadi atau kepatuhan terhadap Allah dan bukannya pengumpulan harta.

Al-Dailami meriwayatkan Rasulullah SAW pernah bersabda, “Seorang Islam harus mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat seolah-olah dia akan mati pada keesokan harinya, tetapi pada masa yang sama, dia harus bekerja kuat untuk meningkatkan kesejahteraan hidup di dunia, seolah-olah dia akan hidup selama-lamanya”.

Menyorok kekayaan adalah dilarang sama sekali dalam Islam kerana ia menyekat peredaran kekayaan dalam kalangan masyarakat. Kekayaan yang terhasil daripada usaha yang halal hendaklah beredar dalam kalangan orang ramai (bukan segelintir) kerana kekayaan yang dibelanjakan dengan baik akan menjana kekayaan baru dan memastikan ramai orang lain mempunyai punca pendapatan. Mekanisme peredaran dan pengagihan kekayaan dalam Islam adalah bertujuan menjaga hak orang ramai dalam masyarakat terutama yang lemah dan mudah terjejas.

Memandangkan Islam tidak menentang usaha mengejar keuntungan kebendaan atau pengumpulan harta yang sah, menjadi multi jutawan atau ribu jutawan bukan perbuatan keji. Malah, kita harus berbangga melihat kemunculan umat Islam yang menjadi orang kaya baru, yang kemudian boleh kita harapkan akan menunaikan tanggungjawab mereka membantu umat Islam yang kurang bernasib baik.
Walau bagaimanapun, daripada empat puluh lelaki dan wanita terkaya di negara ini pada 2008, seperti diterbitkan majalah Forbes Asia terbitan 2 Jun 2008, hanya lapan orang Islam yang tersenarai dalam barisan ‘Senarai Orang Kaya’ di Malaysia.

Dalam senarai ini, hanya seorang saja individu Islam yang termasuk dalam senarai 10 teratas yang layak masuk ke kelab ribu jutawan yang dinilai dalam dolar Amerika Syarikat. Jika digabungkan kekayaan semua lapan individu Islam itu, mereka hanya menyumbang 7.9 peratus daripada kekayaan keseluruhan hartawan Malaysia dianggarkan berjumlah AS$46.133 bilion.

Untuk mendapatkan gambaran sepenuhnya pemilikan kekayaan dalam kalangan umat Islam di negara ini, sebarang analisis hendaklah berdasarkan pendekatan dan mengambil kira perspektif semua kelas aset utama dimiliki umat Islam, sama ada dari segi kewangan atau bukan kewangan. Malangnya, cabaran terbesar yang kami hadapi bagi menyediakan kertas kerja ini ialah ketiadaan data sebenar yang relevan atau barangkali, ketidakwujudan mereka dalam domain awam. Berlatarbelakangkan perkara ini dan berdasarkan pengetahuan saya, perkembangan pemilikan kekayaan umat Islam di negara ini boleh dijelaskan dengan membuat rujukan munasabah menerusi hanya dua set penunjuk, iaitu ekuiti dan harta tanah bukan kediaman.

Memandangkan kedua-dua kategori data ini dipecahkan dari segi pemilikan Bumiputera dan bukan Bumiputera, saya terpaksa membuat andaian umum secara purata, pemilikan umat Islam mencakupi 90 peratus daripada keseluruhan pemilikan Bumiputera. Dengan demikian, pemilikan ekuiti dalam kalangan umat Islam di negara sebagai peratusan kepada pemilikan ekuiti negara melonjak kepada 17.4 peratus pada 2006 berbanding hanya 2.1 peratus pada 1970.

Begitu juga, pemilikan harta tanah bukan kediaman oleh umat Islam di Malaysia sebagai peratusan kepada jumlah keseluruhan meningkat hampir sekali ganda kepada 13.5 peratus pada tahun 2007 daripada hanya 7.4 peratus pada tahun 2002. Lebih daripada 60 peratus bangunan dimiliki umat Islam adalah bangunan setingkat dan dua tingkat.

Ketiadaan data mengenai pemilikan harta lain seperti bon, unit amanah atau dana bersama, skim insurans, rumah dan tanah yang dipegang oleh umat Islam Malaysia akan memberikan gambaran tidak lengkap mengenai pemilikan kekayaan mereka.

Sememangnya, dengan ketiadaan data sebegini, agak sukar bagi kita membuktikan secara tepat sumbangan sistem kewangan khususnya industri perkhidmatan kewangan Islam (IFSI) terhadap proses pembentukan, pengumpulan, pemeliharaan, peredaran dan pengagihan kekayaan oleh umat Islam di negara ini.

Kemuliaan Islam sebagai agama yang sempurna dapat dibuktikan dengan wujudnya aplikasi Islam yang meluas dalam semua aspek kehidupan manusia yang saling berkait rapat dan saling bergantung, termasuk dalam bidang ekonomi.

Secara umum, umat Islam boleh menjalankan sebarang aktiviti ekonomi dan amalan komersial kecuali perkara diharamkan, iaitu perkara yang boleh membawa keburukan dari segi moral dan kebendaan kepada diri mereka atau masyarakat secara keseluruhan, antara lain termasuk peminjaman yang dikenakan riba, perjudian, alkohol, bahan berdasarkan khinzir, bahan yang mengkhayalkan seperti dadah, bahan lucah, amalan sorok untuk meningkatkan harga dan memanipulasi harga.

Pada dasarnya, sebagai satu jalan tengah antara kapitalisme dan sosialisme, prinsip umum dan peraturan yang wujud dalam ekonomi Islam berusaha untuk mencapai imbangan yang adil antara usaha swasta (individualisme) dengan keutamaan sosial (kolektivisme) atau antara kecekapan ekonomi dengan keadilan sosial tanpa menghalang usaha individu.

Perbezaan ciri ekonomi Islam yang lain ialah kepentingan normatif dan insentif kerohanian dalam tindak-tanduk ekonomi sebagai satu daripada motif di sebalik sebarang aktiviti ekonomi. Ekonomi Islam juga mengiktiraf perbezaan dari segi keupayaan individu yang boleh bertindak sebagai penghalang semula jadi kepada mereka untuk mendapatkan akses terhadap pembentukan kekayaan dalam masyarakat. Melaksanakan ajaran sistem ekonomi Islam yang sebenar sepatutnya memberikan sumbangan yang bermakna ke arah pengukuhan pemilikan kekayaan dalam kalangan umat Islam.

Sistem ekonomi Islam adalah unik jika ditinjau dari aspek sifatnya yang memiliki mekanisme pengagihan atau peruntukan dan jaringan keselamatan sosial yang membabitkan pemindahan pendapatan dan kekayaan daripada penduduk yang secara relatifnya kaya kepada penduduk miskin dan yang memerlukan di samping faraid atau undang-undang pewarisan yang memastikan kekayaan tersebar dalam kalangan waris yang layak atau waris dekat dari generasi ke generasi bagi mengelakkan pemilikan tertumpu pada seseorang individu.








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Tips Mengurangkan Tekanan Kerja

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan kerja. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah dingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

CoolMenangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. " Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, mereka akan sentiasa gembira bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha Mengetahui. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri
"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

1. MAKSUD IMAN

- DARI SEGI BAHASA :

- percaya

- DARI SEGI ISTILAH :

- Membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota

2. KEPENTINGAN IMAN DALAM KEHIDUPAN SEORANG MUSLIM

- membentuk insan muslim sejati

- supaya istiqamah dalam ibadat

- melahirkan generasi berakhlak mulia

3. PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN IMAN

· SYIRIK

· MAKSUD : menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan af'alnya

· JENIS-JENIS SYIRIK :

1. Syirik Jali

- Maksud :

- perlakuan syirik secara terang-terangan

- Contoh :

- menyembah patung dan berhala

- menyembah bulan atau matahari

- mengaku nabi Isa sebagai anak tuhan

- Akibat :

- rosak akidah, berdosa besar, mendapat azab di akhirat



2. Syirik Khafi

- Maksud :

- tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat

- Contoh :

- riak (menunjuk-nunjuk kehebatan diri),

- ujub (mengagumi diri sendiri),

- takbur (membangga diri)

- Akibat :

- dibenci masyarakat, hilang kawan dan sahabat

- sukar menerima pandangan orang lain

3. Perbuatan mensyirikkan Allah haram kerana :

· Ia membatalkan iman seseorang

· Orang yang mengamalkan perbuatan itu dengan sendirinya menafikan kekuasaan Allah

· Masyarakat menjadi bimbang dan seterusnya terikut-ikut terhadap pantang larang kesan dari kepercayaan syirik

· Mencemarkan kesucian agama Islam

4. Cara mengelak perbuatan syirik

· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan ajaran Islam secara meluas

· Tanamkan keyakinan yang teguh terhadap kekuasaan Allah bermula dari kanak-kanak lagi

· Masyarakat Islam hendaklah didedahkan dengan pengetahuan bahaya syirik

5. Kesan syirik

· Membatalkan iman

2. · Hilang keyakinan terhadap kekuasaan Allah

· Dimurkai Allah

· KUFUR

· MAKSUD :

- tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W

· JENIS-JENIS KUFUR :

1. Kufur Hakikat :

- Maksud :

- ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah

- Contoh :

- tidak mengakui balasan diakhirat

- menolak hukum yang terdapat dalam al-quran

- menyatakan solat fardhu merugikan masa

- menyatakan berpuasa ramadhan melemahkan ekonomi

2. Kufur Nikmat :

- Maksud :

- mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaan

- Contoh :

- menggunakan nikmat kejalan maksiat

- enggan mengeluarkan zakat / sedekah

- boros membelanjakan harta
· FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SESORANG ITU BOLEH MENJADI KUFUR :

- pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang tidak dapat membezakan antara perbuatan yang membawa dosa atau pahala

- terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan

- kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

· RIDDAH

· MAKSUD :

- berpaling atau keluar daripada agama islam

· SESORANG ITU BOLEH DIANGGAP MURTAD MELALUI 3 CARA

- Iktikad, apabila berniat hendak meninggalkan agama islam

- Perkataan, apabila mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama islam

- Perbuatan, menganut agama selain daripada agama islam

· SEBAB / FAKTOR YANG MENYEBABKAN RIDDAH

- lemah pegangan agama

- jahil tentang akidah dan hukum-hukum islam

- terpengaruh dengan tawaran kebendaan

· AKIBAT BURUK SETELAH MURTAD

- hubungan suami isteri terfasakh

- haram menerima harta pusaka daripada waris beragama islam

- haram dikebumikan diperkuburan Islam

- menjadi penghuni neraka selama-selamanya



· CARA BERHADAPAN DENGAN ORANG MURTAD

- memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam

- memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf

- pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukum

· TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN KEPADA ORANG MURTAD

- menasihati dan memintanya bertaubat ( sebanyak 3 kali ) supaya kembali kepada Islam

- sekiranya masih berdegil, ia wajib dibunuh kerana takut dia akan menghasut yang lain supaya meninggalkan islam tanpa mengetahui balasannya.


· HIKMAH ISLAM MENGANJURKAN HUKUMAN BUNUH TERHADAP ORANG MURTAD

- memberi amaran bahawa agama islam tidak boleh dipermain-mainkan

- mengelakkan perbuatan riddah yang mencemar kesucian agama islam

- menghindarkan masyarakat islam daripada berpecah belah dan huru-hara

· LANGKAH MENGELAKKAN DIRI DARIPADA MURTAD

- berpegang teguh dengan ajaran islam

- menghindari daripada sebarang perbuatan, fahaman dan percakapan yang boleh membawa kepada riddah

- mendalami ilmu-ilmu agama

· LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH MURTAD

- memberi pendidikan agama dengan sebaiknya kepada setiap orang Islam

- memberi kefahaman kepada orang Islam tentang akibat buruk perbuatan murtad

- mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang murtad

· KESAN PERBUATAN MURTAD …


· KHURAFAT

· MAKSUD

- Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat

· CONTOH-CONTOH PERBUATAN KHURAFAT YANG MASIH DIAMALKAN

- mempercayai azimat yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada seseorang

- mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial

- membuang ancak bagi menghalau hantu

- mengunjungi kubur yang dianggap keramat

· FAKTOR PERBUATAN KHURAFAT MASIH LAGI WUJUD DIKALANGAN UMAT ISLAM

- iman yang kurang mantap kepada Allah menyebabkan sukar membezakan amalan benar dan khurafat

- terpengaruh dengan masyarakat yang bebas mengamalkan perkara khurafat

- ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal

· CARA MENANGANI & MEMBENTERAS PERBUATAN / AKTIVITI KHURAFAT DIKALANGAN MASYARAKAT ISLAM

- menggiatkan usaha-usaha dakwah dan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat

- mengenakan hukuman berat kepada mereka yang terlibat mempengaruhi orang ramai dengan perkara khurafat

- mengawasi tempat-tempat yang dianggap keramat oleh masyarakat

· AKIBAT BURUK JIKA MEMPERCAYAI / MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT

- menyebabkan syirik dan batal iman

- membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia

- menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik

· SIHIR

· MAKSUD

- ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib, iaitu dengan bantuan syaitan atau jin bertujuan memudharatkan atau mengelirukan manusia

· CONTOH

- menggunakan jin atau syaitan melalui santau / guna-guna

- mengamalkan perubatan dengan mendekatkan diri kepada jin disertai dengan penyembelihan haiwan

- pertunjukan silap mata yang menggunakan kuasa makhluk-makhluk halus

· PUNCA BERLAKUNYA PERBUATAN SIHIR

- perasaan dendam seseorang terhadap orang lain

- iri hati dengan kelebihan atau kedudukan seseorang

- ada perasaan benci terhadap seseorang

· CARA MENANGANI PERBUATAN SIHIR

- mengambil tindakan tegas terhadap orang yang melakukan perbuatan sihir

- menerapkan ajaran islam secara menyeluruh dan mendalam kepada masyarakat

- tidak memberi sokongan atau kerjasama dengan orang yang melakukan perbuatan tersebut

· AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIHIR

- merosakkan akidah dan membatalkan iman

- memecah-belahkan masyarakat dan menimbulkan fitnah

- hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan syaitan



· HIKMAH ISLAM MENGHARAMKAN SIHIR

- supaya akidah seseorang tetap terpelihara

- supaya orang Islam dapat hidup dlam keadaan yang aman dan sejahtera

- supaya persengketaan dan permusuhan dapat terhindar

· CARA MENGELAKKAN DIRI DARIPADA TERKENA SIHIR

- membaca ayat-ayat kursi setiap kali selesai solat

- sunnah nabi membaca Al fatihah dan 4 qul sebelum tidur dan diusap seluruh badan dengan tangan sambil meminta pertolongan Allah.

- banyak berlindung dengan kalimah-kalimah Allah

· NIFAK

· MAKSUD

- Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

· CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK

- berdusta apabila bercakap

- khianat apabila diberi amanah

- bersikap melampaui batas apabila bertengkar

- selalu mungkir janji

· CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT MUNAFIK

- meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah

- bercakap benar apabila berbicara

- bersifat jujur dan amanah

- menunaikan janji

· AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAK

- menghilangkan sikap percaya-mempercayai

- melemahkan perpaduan masyarakat

- menghancurkan kekuatan umat islam

4. CARA MENGELAKKAN TERBATALNYA IMAN

· Berpegang teguh pada ajaran Allah

· Mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah

· Menghindarkan semua perbuatan yang boleh membatalkan keinanan kepada Allah

5. KESAN BURUK SEKIRANYA IMAN TERBATAL

· Segala amal ibadat tidak diterima oleh Allah

· Amal kebaikan yang dilakukan sia-sia dan tidak mendapat apa-apa ganjaran daripada Allah

· Dilaknat dan dibenci oleh Allah

· Terputus hidayat dan rahmat daripada Allah






"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Taubat

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Ubaid bin Umair berkata:



"Adam a.s. berkata: "Ya Robbi, Engkau telah memenangkan Iblis atasku sehingga aku tidak dapat mengelakkan diri padanya kecuali dengan pertolonganMu." Firman Allah s.w.t.: "Tiada lahir seorang anak keturunanmu melainkan telah aku datangkan kepadanya yang menjaganya dari tipu daya iblis, dan dari jin-jin yang jahat." Adam berkata: "Tambahkan bagiku." Jawab Allah s.w.t.: "Aku beri pahala setiap hasanat sepuluh lipat ganda dan ada harapan ditambah, sedang kejahatan satu lawan satu, dan ada harapan dihapuskan." Adam berkata: "Tambahkan bagiku." Firman Allah s.w.t.: "Taubat tetap diterima selama roh dikandung badan." Adam berkata: "Tambahkan bagiku." Firman Allah s.w.t.: "Katakanlah: Hai hambaKu yang telah memboros dari menggunakan masa hidup untuk amal yang tidak berguna. kamu jangan putus harapan dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah dapat mengampunkan semua dosa, sesungguhnya Allah maha pengampun lagi penyayang".



Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata:



"Bahawasanya Wahsyi yang membunuh Hamzah r.a., pakcik Rasulullah s.a.w. menulis surat kepada Rasulullah s.a.w. dari Mekkah: "Sesungguhnya saya ingin masuk Islam tetapi terhalang oleh ayat (Yang berbunyi): Walladzina laa yad-una Allahi ilahanakhoro, wala yaqtuluna nafsallati harramallahu illa bilhaqqi walla yaznun, waman yaf'al dzalika yaiqa atsaamaa. (Yang bermaksud) Dan mereka yang tidak mempersekutukan Allah dengan tuhan yang lain dan tidak membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah kecuali dengan hak dan tidak berzina, dan siapa yang berbuat itu maka ia menanggung dosa-dosa. Sedang saya telah berbuat semua itu, maka apakah ada jalan bagiku untuk taubat?"



Maka turun ayat yang berbunyi:



"Illa man taba waamana wa amila amalan salihin fa ula ika yubaddilullahu sayyiantihim hasanaat." (Yang bermaksud): Kecuali orang yang taubat dan beriman soleh, maka untuk mereka Allah akan menggantikan dosa-dosa mereka dengan hasanat.



Maka Nabi Muhammad s.a.w. mengirim ayat tersebut kepada Wahsyi lalu dijawab oleh Wahsyi:



"Bahawa didalam ayat ini ada syarat iaitu harus beramal soleh, sedang aku belum tahu apakah dapat melakukan amal soleh atau tidak." Maka turun ayat (Yang berbunyi): "Inna Allah la yagh firu yusyroka bihi wayaghfiru ma dunia dzalika liman yasya'u." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya Allah tidak mengampuni pada siapa yang mempersekutukanNya dan mengampuni semua dosa selain syirik itu, bagi siapa yang dikehendakiNya."



Ayat ini dikirimkan kepada Wahsyi. Jawab Wahsyi:



"Didalam ayat ini juga ada syarat dan saya tidak mengetahui apakah Allah s.w.t. hendak mengampuni saya atau tidak." Maka turun ayat (Yang berbunyi): "Qul ya ibadiyalladzina ala antusikum, laa' taqnathu min rahmatillahi innallah yagh firudz dzunuba jami a innahu huwal ghafurrahiem." (Yang bermaksud): "Katakanlah: Hai hambaKu yang telah memboros diri, janganlah kamu putus harapan dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah dapat mengampuni semua dosa, sungguh Allah maha pengampun lagi penyayang.



Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Sufyan berkata:



"Muhammad bin Abdulrahman Assulami menulis surat kepadaku: Ayahku menceritakan kepadaku: aku duduk dekat Nabi Muhammad s.a.w. diMadinah, lalu ada seorang diantara mereka berkata: aku telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Siapa yang taubat sebelum mati setengah hari, maka Allah s.w.t. memaafkan padanya. Lalu aku bertanya: Benarkah kau mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda demikian? Jawabnya: Ya. Tiba-tiba ada lain sahabt berkata: aku telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Siapa taubat sebelum matinya sekira sesat, maka Allah s.w.t. memaafkan baginya. Kemudian ada yang lain berkata: aku telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Siapa taubat sebelum tercabut nyawa dari tenggoroknya maka Allah s.w.t. memaafkan baginya."



Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Mutharrif berkata:



Allah s.w.t. berfirman:

Wahai, anak Adam berbuat dosa lalu minta ampun, maka Aku ampunkan tetapi kemudian ia mengulangi dosanya lalu minta ampun, maka Aku ampunkan, wahai kasihan, ia tidak dapat meninggalkan dosanya tetapi ia pula tidak putus harapan dari rahmatKu, hai para MalaikatKu, Aku persaksikan kepada kamu bahawa Aku telah mengampuni baginya."



Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Al-a'masy dari seorang dari Mughits bin Sumai berkata:



"Ada seorang pada ummat-ummat yang dahulu, ia selalu berbuat maksiat, maka pada suatu hari ketika ia sedang berjalan, teringat pada perbuatan-perbuatannya yang lalu, maka ia berdoa: Allahumma ghufranaka (Yang bermaksud) Ya Allah, aku harap ampunanMu sebanyak tiga kali, mendadak ia mati, maka Allah s.w.t. mengampuni baginya."



Muhammad bin Ajlan dari Makhul berkata:



"aku mendapat keterangan bahawa Nabi Ibrahim a.s. ketika diperlihatkan oleh Allah s.w.t. alam malakut dilangit, ia melihat hamba Allah dibumi yang sedang berzina, maka ia berdoa sehingga binasalah hamba itu, kemudian ia melihat orang yang sedang mencuri, maka ia berdoa sehingga dibinasakan oleh Allah s.w.t., lalu Allah s.w.t. berkata kepadanya: "Ya Ibrahim, biarkan urusan hambaKu kerana hambaKu itu diantara ia bertaubat maka Aku memaafkan atau akan melahirkan turunan yang ibadat kepadaKu atau ia memang celaka, maka untuknya telah tersedia jahannam untuk tempatnya dihari kemudian."



Abul-Laits berkata:



"Berita ini sebagai dalil bahawa seorang hamba bila bertaubat maka Allah s.w.t. menerima taubatnya dan mengampuninya, kerana itu seharusnya manusia tidak putus harapan dari rahmat Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Innahu layaiasu min rouhillah illal qaumul kafirun." (Yang bermaksud) "Sesungguhnya tidak akan patah dari rahmat Allah kecuali kaum yang kafir."



Di lain ayat pula berbunyi:



"Wahuwalladzi yaqbalut taubata an ibadihi waya'fu annissanyyi ati." (Yang Bermaksud): " Dialah Allah yang menerima taubat hamba-hambaNya dan memaafkan perbuatan-perbuatan yang jelek (dosa): (Surah: Assuya ayat 25)



Maka seharusnya bagi seorang yang sempurna akal bertaubat pada tiap waktu supaya tidak tergolong pada orang-orang yang dalam derhaka, sebab seorang yang selalu bertaubat tidak dianggap selalu didalam dosa meskipun ia mengulangi dosa itu sehari sampai tujuh puluh kali, sebagaimana riwayat Abubakar Assidiq r.a. dari Rasulullah s.a.w. bersabda:



"Tidak dianggap terus menerus berbuat dosa orang yang selalu membaca istighfar (minta ampun) meskipun ia mengulangi dalam sehari tujuh puluh kali. Rasulullah s.a.w. juga bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya aku bertaubat kepada Allah tiap hari seratus kali."



Ali bin Abi Talib r.a. berkata:



"Aku bila mendengar langsung dari Rasulullah s.a.w. maka aku pergunakan dan bila diberitahu oleh lain orang maka aku sumpah jika ia berani sumpah aku percaya. Abu bakar r.a berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak seorang hamba yang berdosa kemudian ia wudhu dengan sempurna kemudian sembahyang dua rakaat dan membaca istisgfar (minta ampun) kepada Allah melainkan diampunkan oleh Allah baginya. Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca ayat (Yang berbunyi): "Wa man ya'mal su'an yadh lim nafsa hu tsumma yas tagh firillah yajidillaha ghafura rahiema. (Yang bermaksud): Dan siapa berbuat kejahatan atau aniaya pada diri sendiri kemudian membaca istighfar (minta ampun) pasti akan mendapatkan Allah maha pengampun lagi penyayang."



Dilain riwayat Rasulullah s.a.w. memperdengarkan ayat:



"Walladzina idza fa'lahu fahisyatan au dholamu anfusahum dzakarullaha fastagh faru lidzu-nubihim, waman yagh firudzdzunuba illa Allah, walam yashirru ala maa fa'alu wahum ya'lamun (135) Ula'ika jazaa'uhum maghdiratun min robbihim wa jannatun tajri min tahtihal anharu kholidina fiha wani'ma ajrul amilin (136). (Yang bermaksud): "Dan mereka yang bila berbuat kekejian atau zalim terhadap siri sendiri, langsung ingat kepada Allah lalu minta ampun dari dosa mereka, mengerti benar-benar bahawa tiada yang mengampunkan dosa kecuali Allah, dan tidak merahajalela dalam dosanya, sedang mereka mengetahui. Untuk mereka tersedia pengampunan Tuhan dan syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, kekal mereka didalamnya, sebaik-baik pahala bagi yang beramal."

(Surah: Al-Imran 135-136)



Al-Hasan Albashri berkata:



"Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Ketika Allah s.w.t. menurunkan iblis laknatullah ia berkata: Demi kemuliaanMu, aku tidak akan melepaskan anak Adam sehingga ia terpisah dengan rohnya, maka dijawab Allah s.w.t.: Demi kemuliaan dan kebesaranKu, aku tidak akan menutupkan jalan taubat dari hambaKu sehingga rohnya berada ditenggoroknya (hampir mati)."



Al-Qasim meriwayatkan dari Abu Umamah Albahili r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:



"Malaikat yang dikanan lebih kuasa terhadap malaikat yang dikiri, maka bila seseorang berbuat kebaikan, langsung dicatat olehnya sepuluh hasanat dan apabila berbuat kejahatan lalu akan ditulis oleh malaikat kiri, diperingatkan oleh yang dikanan, tahan dahulu kira-kira enam atau tujuh jam, maka bila ia membaca istighfar (minta ampun) atau dicatat apa-apa, dan jika tidak membaca istighfar, lalau dicatat satu kejahatan (sayyi'at)."



Abul-Laits berkata:



"Ini sesuai dengan hadis (Yang berbunyi): "Atta'ibu minzda-dzanbi kaman la dzanba lahu." (Yang bermaksud): "Orang yang taubat dari dosa bagaikan tidak berdosa." Dilain riwayat pula berbunyi: "Sesungguhnya seorang hamba jika berbuat dosa, tidak segera dicatat sehingga berbuat dosa yang lain, kemudian jika berbuat dosa lagi, juga tidak ditulis sehingga berbuat dosa yang ketiga, maka jika berkumpul lima dosa, sedang yang lima digantinya lima dosa itu. Maka disitu iblis laknatullah menjerit: Bagaimana aku akan dapat membinasakan anak Adam, sedang aku telah berusaha untuk menjerumuskan lima kali, tiba-tiba dibatalkan dengan satu hasanat, maka hilang semua usahaku itu."



Shafwan bin Assaal Almuradi r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:



"Disebelah barat ada pintu gerbang besar yang dibuat oleh Allah untuk pintu taubat lebarnya sekira perjalanan 40-70 tahun, tetap terbuka dan tidak ditutup sehingga matahari terbit dibarat." Said bin Almusayyab mengertikan ayat (Yang berbunyi): "Innahu kaana awwabina ghafura." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya Allah bagi orang yang selalu kembali kepadaNya maha pengampun." Iaitu orang yang berdosa kemudian bertaubat kemudian berdosa lagi dan bertaubat.



Seorang ahli hikmah berkata:



"Sifat orang aarif (yang mengenal Allah s.w.t.) ada enam iaitu:



1) Jika ingat kepada Allah s.w.t. maka dia berbangga.



2) Jika ingat pada dirinya maka dia merasa rendah.



3) Jika melihat ayat-ayat Allah s.w.t. maka dia mengambil iktibar.



4) Jika ingin bermaksiat maka dia menahan diri



5) Jika ingat maafnya Allah s.w.t. maka dia gembira



6) Jika ingat dosa-dosanya maka minta ampun



Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Azzuhri r.a. berkata:



" Pada suatu hari Umar masuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. sambil menangis. maka ditanya:" Ya Umar, mengapakah kau menangis?." Jawabnya: "Ya Rasulullah, dimuka pintu ini ada seoarng pemuda telah membakar hatiku sambil menangis." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ya Umar, masukkan dia kepadaku." Maka dimasukkan sambil menangis dan ditanya Nabi Muhammad s.a.w.: "Hai pemuda, apakah yang menyebabkan kau menangis?" jawabnya: "Ya Rasulullah, saya menangis kerana dosa-dosaku banyak sedang aku takut kepada Tuhan yang maha perkasa sedang murka kepadaku." Nabi Muhammad s.a..w. bertanya: "Apakah kau mempersekutukan Allah s.w.t., hai pemuda?" Jawabnya: "Tidak." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Apakah kau membunuh jiwa tanpa hak?" Jawab pemuda itu: ""Tidak." Sabda Nabi Muhammad s.a.w. "Maka Allah s.w.t. akan mengampunkan dosamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit." Jawab pemuda itu: "Ya Rasulullah, dosa ku lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukit." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: "Dosamu lebih ataukah alkursi?" Jawab pemuda itu: "Dosaku lebih besar." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Dosamu lebih besar ataukah arsy?" Jawab pemuda itu: "Dosaku lebih besar." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Dosamu lebih besar atau maafnya Allah s.w.t.?" Jawab pemuda itu: "Maafnya Allah s.w.t.. lebih besar." Sabda Nabi Muhammad s.a.w.: "Sungguh tidak dapat mengampunkan dosa besar kecuali Allah s.w.t. yang maha besar, yang maha maaf dan ampunanNya. Hai pemuda beritakan kepadaku, apakah dosamu itu?" Jawab pemuda itu: " Jawabnya: "Saya malu dari engkau, ya Rasulullah." Nabi Muhammad s.a.w. menekan: " Beritakan kepadaku apakah dosamu itu?." Jawab pemuda itu: " Ya Rasulullah, aku tukang gali kubur sejak tujuh tahun lalu dan pada suatu hari aku menggali kubur gadis dari kaum Ansar dan setelah aku telanjangi dari kafannya, aku tinggalkan tetapi tidak jauh bangkit hawa nafsuku, maka aku kembali dan mensetubuhi mayat gadis itu hingga puas lalu aku tinggalkan, belum jauh tiba-tiba gadis itu bangkit dan berkata: "Celaka kau hai pemuda, tidakkah malu engkau dari Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kemudian, bila tiba masanya tiap orang zalim akan dituntut oleh orang yang dianiaya, kau birkan saya telanjang dan kau hadapkan aku dihadapan Allah sebagai orang janabat." Nabi Muhammad s.a.w. mendengar keterangan itu segera bangkit bagaikan terdorong dari belakang sambil berkata: "Hai fasik, alangkah layaknya engkau masuk neraka, keluarlah dari sini." Maka keluarlah pemuda itu bertaubat kepada Allah s.w.t. selama empat puluh hari dan pada malam keempat puluh ia melihat kelangit sambil berkata: "Ya Tuhannya Nabi Muhammad, Nabi Adam dan ibu Hawwa, jika Engkau telah mengampunkan aku maka beritahulah kepada Nabi Muhammad dan sahabat-sahabatnya, jika tidak maka kirimkan pada aku api dari langit dan bakarlah aku didunia ini, dan selamatkan aku dari seksa akihirat." Maka turun malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan sesudah memberi salam ia berkata: "Ya Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu." Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Dialah Assalam, dan daripadanya salam kepadamu dan kepadaNya segala keselamatan." Jibril berkata: "Allah bertanya, apakah kau menjadikan makhluk?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Bahkan Allah yang menjadikan aku dan semua makhluk." Lalu ditanya: "Apakah kau memberi rezeki kepada mereka?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Bahkan Allah memberi rezeki kepadaku dan mereka." Kemudian ditanya lagi: "Apakah kau memberi taubat kepada mereka?." Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Bahkan Allah memberi taubat kepadaku dan mereka." Lalu Jibril berkata Allah s.w.t. berfirman: " Maafkanlah hambaKu itu kerana Aku telah memaafkan padanya." Maka Nabi Muhammad s.a.w. segera memanggil pemuda itu dan memberitahu padanya bahawa Allah s.w.t. telah menerima taubat kepadanya dan memafkannya."



Abul-Laits berkata:



"Seharusnya orang yang berakal memperhatikan kejadian ini dan mengerti bahawa zina dengan yang masih hidup itu lebih besar dosanya daripada zina dengan mayat. Juga harus bertaubat yang betul (sungguh-sungguh) sebagaimana pemuda itu ketika taubatnya benar-benar maka Allah s.w.t. memaafkannya."



Ibn Abbas r.a. ketika menerangkan ayat (Yang berbunyi):



"Ya ayyuhal ladzina amanu tubu ilallahi taubatan nashuha." (Yang bermaksud): "Hai orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah taubat yang nashuhah (Sesungguh-sungguhnya)." Iaitu menyesal dalam hati dan istighfar dengan lidah dan niat tidak akan mengulangi lagi selamanya. Ada riwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Istighfar hanya dengan mulut sedang tetap terus berbuat dosa bagaikan mempermainkan Tuhannya."



Rabi'ah al-Adawiyah berkata:



"Istighfar memerlukan kepada istighfar yang banyak, iaitu istighfar dengan lidah sedang hatinya niat akan mengulangi perbuatan dosanya, maka taubatnya ialah taubat orang yang dusta dan ini tidak bernama taubat sebab syarat taubat ini ada tiga iaitu:

*

Menyesal dalam hati
*

Istighfar dengan lidah
*

Dan niat tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.



Jika demikian maka pasti Allah s.w.t. mengampunkan baginya walau bagaimana besarnya dosa itu sebab Allah s.w.t. itu Maha Pengampun pada hambaNya.



Pernah terjadi pada suatu masa dahulu raja Bani Israil diberitahu bahawa ada seorang ahli ibadah yang taat, maka raja itu tertarik sehingga ia memanggil orang ibadat itu dan diminta supaya suka menjadi sahabat raja dan sering datang keistana. Maka oleh orang ibadat itu menjawab:



"Tawaran tuan raja itu baik tetapi bagaimana andaikan pada suatu hari aku bermain-main dengan babu raja, bagaimana tuan raja akan berbuat terhadap aku?" Tiba-tiba raja itu menjadi marah dan berkata: "Hai pelacur, kau berani berbuat itu didepabku?" Lalu ahli ibadat itu berkata: "Saya telah mempunyai Tuhan yang sangat pemurah, andaikan aku berbuat tujuh puluh kali dosa, nescaya tidak murka dan tidak mengusir aku bahkan tidak dikurangi rezekiku, maka bagaimana saya akan meninggalkan pintu Tuhan dan pindah pada orang sudah marah kepadaku sebelum aku bersalah, maka bagaimana kalau benar-benar engkau melihat aku telah berbuat salah (dosa) itu." Kemudian dia keluar dari istana raja itu.



Abul-Laits berkata:



"Dosa ada dua macam iaitu dosa antara kamu dengan Allah s.w.t. dan dosa antara kamu dengan semua manusia. Adapun antara kamu dengan Allah s.w.t. maka syarat taubatnya ada tiga iaitu:

*

Menyesal dalam hati
*

Istighfar dengan lidah
*

dan niat tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.



Maka siapa yang melakukan tiga syarat ini, tidak bangun dari tempatnya melainkan sudah diampunkan oleh Allah s.w.t. kecuali jika ia meninggalkan salah satu fardhu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. maka tidak berguna taubatnya selama belum menyelesaikan kewajipan terhadap dirinya itu, lalu menyesal dan istghifar. Adapun dosa yang terjadi antaramu dengan sesama manusia maka selama mereka belum menghalalkan, maka tidak berguna bagimu taubat."



Seorang ulama tabi'in berkata:



"Adakalanya seorang yang berdosa, selalu teringat akan dosa dan menyesal serta minta ampun sehingga ia masuk syurga, sehingga syaitan laknatullah mengeluh: Celaka diriku, andaikan aku tahu nescaya tidak aku jerumuskan ia kedalam dosa itu."



Abubakar Alwasithi berkata:



"Sabar tidak keburuan dalam segala perbuatan itu baik kecuali dalam tiga macam iaitu:

*

Ketika tiba waktu sembahyang maka harus segera dilaksanakan
*

Ketika kematian harus segera diselesaikan dan dikuburkan secepat mingkin dan
*

Ketika akan taubat dari dosa maka jangan ditunda



Seorang Hakiem berkata:



"Taubat seorang akan ternyata dalam empat macam iaitu:

*

Jika telah dapat mengendalikan lidahnya daripada dusta, ghibah dan kata-kata yang tidak penting baginya
*

Jika sudah tidak ada rasa hasad, dengki, iri hati terhadap semua manusia
*

Jika telah menjauhi teman-teman yang busuk dan..
*

Selalu siap menghadapi maut, rajin dalam taat dan selalu istighfar menyesali dosa.



Seorang Hakiem ditanya:



"Apakah ada tanda bahawa taubat itu telah diterima?" Jawabnya: "Ya, ada empat tanda iaitu:

*

Putus hubungan dengan kawan-kawan yang tidak baik dan bersahabat dengan orang-orang solihin
*

Menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan taat
*

Hilang rasa kesenangan kepada dunia kepada hatinya dan selalu ingat kesusahan akhirat
*

Percaya pada jaminan Allah s.w..t. dalam soal rezeki, lalu sibuk mengerjakan perintah Allah s.w.t.



Maka bila terdapat semua sifat itu ia termasuk pada ayat yang berbunyi:



"Innallaha yuhibbuttawwabina wa yuhibbul metathahirin. (Yang bermaksud): "Sesungguhnya Allah kasih pada orang yang taubat dan kasih pada orang yang suka bersuci." Kemudian ia berhak dari orang-orang empat macam iaitu:

*

Mereka cinta kepadanya kerana Allah telah cinta kepadanya
*

Mereka akan memeliharanya dengan selalu mendoakannya
*

Mereka lupa terhadap dosa-dosanya yang lalu
*

Mereka selalu mendekat dan membantu serta mendekatinya



Dan Allah s.w.t. akan memuliakannya dengan empat macam perkara iaitu:

*

Melepaskannya dari dosa sehingga seolah-olah tidak pernah berdosa
*

Dicintai Allah s.w.t.
*

Dipeliharanya dari gangguan syaitan laknatullah
*

Diamankan dari rasa takut sebelum keluar dari dunia



Seperti mana firman Allah s.w.t. yang berbunyi:



"Tatanazzalu alaihimul malaikatu alla takhafu wala tahzanu, waabsyiru bil jannatillati kuntum tu'adun." (Yang bermaksud): "Akan turun kepada mereka malaikat yang memberitahu supaya jangan takut dan jangan susah dan sambutlah khabar baik kamu akan masuk syurga yang telah dijanjikan untukmu."



Khalid bin Ma'dan berkata:



"JIka orang-orang yang taubat itu telah dimasukkan kesyurga mereka bertanya: "Tidakkah Tuhan berjanji bahawa kami akan melewati neraka sebelum masuk syurga?" Maka dijawab: "Ketika kamu melaluinya ia sedang padam."



Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:



"Ketika selesai melaksankan hukum rejam terhadap wanita yang berzina sehingga mati, lalu menyembahyangkannya, ditegur oleh sebahagian sebahat Rasulullah s.a.w.: Ya Rasulullah, engkau yang menghukum rejam kemudian kamu sembahyangkannya?" Jawab Rasulullah s.a.w..: Sungguh ia telah taubat yang andaikan ia berbuat tujuh puluh kali seperti itu nescaya diampunkan Allah, yakni ia telah taubat benar-benar dan taubat yang benar-benar itu pasti diterima meskipun bagaimana besarnya dosa, tetap akan diampunkan."



Juga diriwayatkan dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:



"Siapa yang mengejek seorang mukmin kerana dosa, maka ia bagaikan yang mengerjakannya dan layak bila Allah menjerumuskannya kedalam dosa itu. Dan siapa yang mengejek orang mukmin kerana suatu dosa, maka ia tidak akan keluar dari dunia sehingga melakukan dosa itu dan terbuka rahsianya dimuka umum sehingga merasakan malunya."



Abul-Laits berkata:



"Seorang mukmin tidak sengaja berbuat dosa sebab Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Wa karraha ilaikumul kufra walfusuqa wal ishyan." (yang bermaksud): "Dan Allah membencikan kepadamu kekafiran, kefasikan dan maksiat."



Kerana itu seorang mukmin tidak mungkin sengaja berbuat dosa tetapi boleh terjadi padanya disaat ia lalai, tidak kuat menahan nafsu syahwat yang sedang meluap, kerana itu tidak boleh dicemuhkan, jika ia telah bertaubat.



Ibn Abbas r.a. berkata:



"Jika seorang hamba taubat dan diterima oleh Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. melupakan malaikat yang mencatat amal apa yang telah mereka tulis, juga anggota badannya pun lupa apa yang pernah dilakukan dari dosa, juga Allah s.w.t. melupakan bumi dimana ia berbuat dosa diatasnya, supaya ia datang pada hari kiamat dan tiada sesuatupun yang menyaksikan perbuatan yang pernah dilakukan itu.



Ali bin Abi Thalib ra. berkata Nabi Muhammad s..a.w. bersabda:



"Tertulis dikeliling arsy sebelum dijadikan makhluk sekira empat ribu tahun: "Wainni laghaffarun liman taba wa aamana wa amila shaliha tsumahtada. (Yang bermaksud): Sesungguhnya Aku (Allah s.w.t.) maha pengampun bagi siapa yang taubat dan beriman dan beramal soleh dan mengikuti petunjuk."



Abil-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a. berkata:



"Nabi Muhammad s.a.w. menceritakan bab pintu taubat, lalu ditanya oleh Umar bin Alkhoththob: "Apakah pintu taubat itu, ya Rasulullah?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Pintu taubat itu dihujung barat, mempunyai dua daun pintu dari emas bertaburkan mutiara dan yaqut, antara kedua tiang pintu itu sejauh perjalanan empat puluh tahun bagi orang yang berkenderaan kencang (cepat) dan pintu itu tetap terbuka sejak dijadikan Allah hingga malam yang akan terbit matahari pada paginya, dan tiada seorang hamba yang taubat benar-benar melainkan masuk taubatnya dari pintu itu. Mua'dz bin Jabal r.a. bertanya: "Ya Rasulullah, apakah taubat nashuhah itu?" Jawab Rasulullah: "Ialah menyesal atas perbuatan dosanya dan niat tidak akan mengulangi lagi, kemudian minta ampun kepada Allah s.w.t. Kemudian matahari dan bulan terbenam dipintu itu, lalu tertutup kedua daun pintu itu bagaikan tidak ada retaknya, maka ketika itu tidak lagi diterima taubat dan tidak diterima amal yang baru sesudah tertutup pintu itu, dan semua orang menurut keadaannya sebelum itu, jika ia baik maka dilanjutkan kebaikannya, sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi):Yauma ya'ti ba'dhu aayati robbika la yanfa'u nafsan imanuha lam takun amanat min qablu au kasabat fi imaniha khoiro. (Yang bermaksud): "Pada saat tibanya sebahagian ayat-ayat Tuhanmu, maka tidak berguna bagi seseorang iman yang baru, bila tidak beriman sejak sebelumnya, atau telah berbuat dimasa imannya dahulu kebaikan."



Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata:



"Taubat nashuhah itu ialah sesudah taubat tidak mengulangi lagi, dan pintu taubat itu akan terbuka dan diterima dari siapapun kecuali tiga iaitu:

*

iblis laknatullah iaitu induk semua kekafiran
*

Qabil iaitu induk dari semua yang durjana dan kecelakaan dan
*

orang yang membunuh nabi



Sedang pintu taubat itu disebelah barat lebarnya kira-kira perjalanan emapt puluh tahun tidak akan ditutup sehingga terbit matahari daripadanya (dari barat).



Abul -laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:



"Taubat itu tergantung diudara, berseru siang malam tidak berhenti-henti: Siapa yang akan menerima aku, tidak akan terseksa dan keadaan itu selamanya, sehingga matahari terbit dari barat, maka apabila matahari telah terbit dari barat, maka ia terangkat."



Semua keterangan ini menganjurkan supaya bertaubat dan siapa yang bertaubat akan diterima taubatnya sebagaimana firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi):



"Wa tubu ilallahi jami'a ayyuhal mu'minun la'allakum tuflihun." (Yang bermaksud): "Dan taubatlah kamu semua hai orang-orang mukminun supaya kamu bahagia. Selamat dari siksaNya dan mencapai rahmatNya." Sesungguhnya taubat itu pembuka dari segala kebaikan dan menyebabkan keselamatnnya dan kebahagiaan tiap mukmin. Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Ya ayyuhal ladzina amanu tubu ilallahi taubatan nashuha, asa rabbukum an yukaffira ankum sayyiatikum, wa yud khilkum jannatin tajri min tahtihal anharu." (Yang bermaksud): "Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu dengan sungguh-sungguh kepada Allah, semoga Tuhan menghapuskan dosa-dosamu dan memasukkan kamu kesyurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai."

(Surah: Attahrim: ayat 8)



Dan ayat yang lain pula berbunyi:



"Walladzina idza fa'alu fa hisyatan au dholamu anfusahum dzakarullaha fastaghfaru lidzunubihim, waman yaghfirudz dzunuba illallahu, walam yashirru ala ma fa'alu wahum ya'lamun." (Yang bermaksud): "Dan mereka yang bila berbuat dosa besar yang keji atau aniaya pada dirinya (berbuat dosa kecil), lalu ingat kepada Allah dan minta ampun untuk dosanya, kerana tidak ada yang mengampunkan dosa kecuali Allah, dan tidak tetap selalu berbuat dosa, sedang mereka mengetahui akan dosa maksiat."

(Surah Al-Imran ayat 135)



Said bin Abi Burdah meriwayatkan dari ayahnya dari neneknya berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:



"Sesungguhnya aku membaca istighfar minta ampun dan taubat tiap hari seratus kali." Dilain riwayat pula: "Hai manusia, taubatlah kamu kepada Allah, maka saya bertaubat kepada Allah tiap sehari semalam seratus kali."



Apabila Nabi Muhammad s.a.w. beristighfar dan taubat tiap hari seratus kali, padahal telah diampuni oleh Allah s.w.t. semua dosanya yang lalu dan yang akan datang, maka bagaimana kita yang belum mengetahui apakah diampunkan atau tidak? Apakah tidak selayaknya taubat tiap waktu dan tidak berhenti-henti membaca istighfar.



Ibn Abbas r.a. ketika mentafsirkan ayat yang berbunyi:



"Bal yuridul insanu liyafjura amamah." (Yang bermaksud): "Bahkan manusia itu mengutamakan dosanya dari menunda-nunda taubatnya." Ia selalu berkata: "Kelak akan taubat sehingga tibalah maut dalam keadaan yang sejelek-jeleknya ia mati."



Juwaibir meriwayatkan dari Ibn Abbas r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:



" Pasti akan binasa orang yang menunda-nunda (Yang selalu berkata kelak saya akan taubat)."



Maka seharusnya tiap manusia taubat pada tiap waktu sehingga bila tiba maut ia sudah taubat, sedang Allah s.w.t. telah berjanji dalam ayatNya yang berbunyi:



"Wahuwalladzi yaqbaluttaubata anibadihi waya'fu anissayyi'at." (Yang bermaksud): "Dialah Allah yang menerima taubat hambaNya dan memaafkan segala kesalahan (kejahatan) iaitu asalkan bertaubat dan minta ampun, maka Allah akan mengampunkan.



Abdullah bin Mas'uud r.a. berkata:



"Siapa yang membaca (ayat yang berbunyi): "Astaghfirullahal adhiem alladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atu bu ilaihi." (Yang bermaksud) Saya mohon ampun kepada Allah yang maha agung, yang tiada Tuhan kecuali Dia, yang hidup berdiri sendiri mengatur makhlukNya dan bertaubat kepadaNya." sebanyak tiga kali maka akan diampunkan semua dosa-dosanya meskipun sebanyak buih dilaut.



Ayyub meriwayatkan dari Abu Qabilah berkata:



"Ketika Allah s.w.t. mengutuk iblis laknatullah maka ia minta ditunda, maka Allah s.w.t. meluluskan permintaannya, maka iblis laknatullah berkata: "Demi kemuliaanMu, aku tidak akan keluar dari dada hambaMu sehingga keluar rohnya. Dijawab Allah s.w.t.: "Demi kemuliaan dan kebesaranKu, tidak akan aku tutup pintu taubat pada hambaKu sehingga keluar rohnya." Maka perhatikan bagaimana kasih rahmat Allah s.w.t. pada hambaNya, tetapi menamakan mereka orang-orang mukminin sesudah mereka berdosa sebagaimana ayat 31, surah Annur (Yang berbunyi): "Wa tubu ilallahi jami'a ayyuhal mukminun la'allakum tuflihun." (Yang bermaksud): "Dan taubatlah kamu semua kembali kepada Allah, hai orang-orang muminin supaya kamu untung selamat dan bahagia."



Dan Allah s.w.t. menyatakan kasih kepada orang yang bertaubat didalam ayat yang berbunyi:



"Innal-laha yubih buttawwabina wayuhibbul mutathohhirin." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya Allah kasih sayang kepada orang yang taubat dan suka pada orang yang bersuci."



Rasulullah s.a.w. bersabda (Yang berbunyi):



"Atta'ibu minadzdzanbi kaman ladzanba lahu." (yang bermaksud): "Orang yang taubat dari dosa itu bagaikan orang yang tidak berdosa."



Ali bin Abi Thalib r.a. diberitahu oleh orang:



"Aku telah berbuat dosa." Ali berkata: "Taubatlah kepada Allah s.w.t. kemudian jangan kau ulangi." Lalu orang itu berkata: "aku telah taubat tetapi aku ulangi lagi." Ali berkata: "Taubatlah kepada Allah s.w.t. kemudian jangan kau ulangi lagi." Orang itu bertanya: "Sampai bilakah?" Jawab Ali r.a.: "Sehingga syaitan laknatullah yang kecewa dan menyesal."



Mujahit ketika menerangkan ayat yang berbunyi:



"Innamattaubatu alallahi lilladzina ya'malunassu'a bijahalatin tsumma jatubuna min karib." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya taubat itu terhadap mereka yang berbuat dosa dengan kebodohan kemudian bertaubat tidak lama."

(surah Annisa ayat 17)



Mujahid berkata:



"Asalkan belum mati, maka ia bererti segera dan tidak lama."



Abuhurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:



"Jika seorang berbuat dosa lalu berkata: "Ya Tuhan, aku telah berbuat dosa maka ampunkan bagiku. Allah s.w.t. menjawab: "HambaKu telah berbuat dosa, tetapi ia sedar mengetahui bahawa ia mempunyai Tuhan yang dapat mengampunkan atau menuntut dosanya maka Aku ampunkan baginya."



Ini kerana kehormatan Rasulullah s.a.w. Sedang pada ummat-ummat yang dahulu jika berbuat dosa maka diharamkan apa yang tadinya halal dan bila seorang berbuat dosa maka langsung dipintu rumahnya ada keterangan Fulan bin Fulan telah berbuat dosa atau dibadannya. Dan cara taubatnya harus berbuat sedemikian.



Bagi ummat Rasulullah s.a.w. dimudahkan dengan ayat yang berbunyi:



"Waman ya'mal su'an au yadh nafsahu tsumma yastagh firillaha yajidil-laha ghafura rahiema." (Yang bermaksud): "Dan siapa yang berbuat dosa atau kesalahan bagi dirinya, kemudian minta ampun kepada Allah, tentu ia mendapatkan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."



Kerana itu maka tiap muslim harus bertaubat kepada Allah s.w.t. tiap pagi dan petang. Mujahid berkata:



"Orang yang tidak bertaubat tiap pagi dan petang maka termasuk orang yang zalim (aniaya) terhadap dirinya sendiri. Sebagaimana wajib juga menjaga sembahyang lima waktu sebab Allah s.w.t. menjadikan sembahyang lima waktu itu sebagai penyuci dosa-dosa kecil yang terjadi sehari-hari dan tidak terasa."



Alqamah dari Ibnu Mas'ud r.a. berkata:



"Seorang datang kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, aku tadi bertemu wanita dalam kebun, maka saya peluk dan saya berbuat padanya segala sesuatu hanya tidak aku zina." Rasulullah s.a.w. diam sejenak kemudian turunlah ayat yang berbunyi: "Wa aqimis sholata tharafayinnahari wa zulafa minallahi, innal hasanati yudz hibnassayyi'at, dzalika dzikra lidzdzakirin." (Yang bermaksud): "Tegakkan sembahyang pada waktu siang dan malam, sesungguhnya amal kebaikan itu dapat menghapuskan sayyi'at kejahatan (dosa), ini sebagai peringatan bagi orang-orang yang sedar taubat (bagi orang yang akan bertaubat "

(Surah Hud ayat 114)



Maka dipanggil oleh Rasulullah s.a.w. dan dibacakan ayat itu padanya, Umar r.a. bertanya:



"Ya Rasulullah, apakah khusus buat dia sendiri atau umum buat semua manusia? " Jawab Rasulullah s.a.w.: "Bahkan umum buat semua orang."



Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abuhurairah r.a. berkata:



"Pada suatu malam sesudah sembahyang bersama Rasulullah s.a.w. saya keluar, tiba-tiba saya bertemu dengan seorang wanita yang kudung berdiri ditengah jalan, lalu ia berkata: "Hai Abuhurairah, aku telah berbuat dosa yang sangat besar, apakah ada jalan untuk taubat?" aku bertanya: "Apakah dosamu?" Jawabnya: "aku telah berzina sehingga mendapat anak lalu sayu bunuh anak itu." Abu Hurairah r.a. berkata: "Celaka kau dan telah membinasakan, demi Allah, tiada jalan untuk taubat." Maka ia menjerit sehingga pengsan, lalu aku tinggalkannya, akan tetapi timbul perasaanku: aku memberi fatwa pada Rasulullah s.a.w. masih hidup ditengah-tengah kami, dan pagi harinya aku telah pergi berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, semalam aku diminta fatwa dalam hal ini dan aku fatwakan kepadanya begini." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un." Demi Allah hai Abuhurairah, engkaulah yang binasa dan membinasakan, dari manakah engkau hai Abuhurairah?." Dari ayat: "Walladzina layad'una ma Allahi ilaha akhara wala yaqtulunnafsal lati har-ramallahu illa bilhaqqi wala yaznuna, waman yaf'al dzalika yalqa atsama, yudha'af lahul adzabu yaumal qiyamati wayakhludz fihi muhana, illa man ta ba wa amana wa amila amalan shaliha fa ula'ika yubaddilullahu sayyi'atihim hasanat, wakanallahu ghafura rahima." (Yang bermaksud): "Dan mereka yang tidak menyeru kepada Tuhan yang lain selain Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan hak dan tidak berzina dan siapa yang melakukan semua itu mendapat dosa, bahkan akan dilipat gandakan seksa mereka, dan kekal dalam siksa itu hina dina kecuali orang yang taubat, beriman dan melakukan amal yang soleh, maka untuk mereka Allah akan menggantikan semua dosa-dosa mereka dengan kebaikan dan adanya Allah Maha Pengampun lagi Pengasih."

(Surah Alfurqan ayat 68-70)



Maka aku segera keluar berjalan dikota Madinah sambil bertanya-tanya: "Siapakah yang dapat menunjukkan aku pada wanita yang tadi malam minta fatwa kepadaku mengenai soal ini dan itu, sehingga anak-anak mengatakan: "Abuhurairah telah." Sehingga pada malam harinya aku bertemu dengan wanita itu ditempat yang kelmarin itu, maka segera aku terangkan kepadanya apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. bahawa ia dapat bertaubat, maka ia menarik nafas besar kerana ia gembira lalu berkata: "Hai Abu Hurairah, aku mempunyai sebuah kebun dan kini aku sedekahkan untuk orang-orang miskin sebagai penebus dosa aku." Sesungguhnya seorang hamba jika taubat, maka semua dosa-dosanya yang lalu itu berubah menjadi kebaikan hasanat.

Demikian pengertian ayat 70 surah Alfurqan itu.



Ibn Mas'ud r.a. berkata:



"Pada hari kiamat jika seorang hamba melihat dalam suratan amalnya pada permulaannya ada maksiat dosa, lalu diakhirnya hasanat kebaikan, lalu diulang dari mulanya, tiba-tiba terlihat semuanya hasanat kebaikan. Demikian pula riwayat Abu Dzar Alghifari r.a. dari Rasulullah s.a.w. serupa dengan ini dan inilah ertinya: "Allah mengganti dosa-dosa mereka dengan hasanat."



Sebenarnya tidak ada dosa yang lebih besar dari kekafiran tetapi Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi):



"Qul lilladzina in yantahu yugh far lahum maa qad salafa." (Yang bermaksud): "Katakanlah kepada orang-orang kafir: Jika kamu menghentikan kekafiran, maka akan diampunkan bagi kamu apa-apa yang telah lalu."



Alhasan berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "



Andaikan seorang itu berbuat dosa sehingga memenuhi apa yang diantara langit dan bumi, kemudian taubat nescaya Allah s.w.t. mengampunkannya."



Abu Yazid Arraqqasyi berkata:



"Ketika Abu Hurairah r.a. berkhutbah diatas mimbar Rasulullah s.a.w. berkata: "Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adam adalah makhluk yang paling mulia disisi Allah pada hari kiamat. Allah menyatakan alasan udzurnya tiga macam iaitu:

*

Hai Adam, andaikan Aku tidak mengutuk orang-orang yang dusta dan membenci dusta serta mengancam seksa atasnya dan telah menjadi putusanKu akan mengisi penuh neraka jahannam dengan jin dan manusia semuanya, nescaya Aku memberi rahmat kepada turunanmu semua pada hari ini.
*

Hai Adam, sungguh Aku tidak menyeksa keturunanmu dengan api neraka kecuali orang yang Aku ketahui bahawa sekiranya Aku kembalikan ia kedunia pasti ia akan kembali kepada kejahatannya dan tidak bertaubat.
*

Hai Adam, Aku jadikan kau sebagai hakim antaraKu dengan anak cucumu, berdirilah kau didekat timbangan, perhatikan apa yang terlihat padamu dari amal, maka siapa yang lebih berat amal kebaikannya meskipun hanya seberat semut, maka ahli syurga, supaya kau ketahui bahawa Aku tidak memasukkan kedalam neraka kecuali orang yang zalim.



Aisyah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: "Suratan amal itu tiga perkara iaitu

*

Suratan amal yang diampunkan oleh Allah s.w.t.
*

Suratan amal yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t.
*

Suratan amal yang tidak ditinggalkan sedikitpun daripadanya

Adapun yang tidak diampunkan oleh Allah s.w.t., maka syirik mempersekutukan Allah s.w.t.. Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): "Innahu man yusyrik billahi faqad harrama Allah alaihil janna ta wama'wahunnar." (Yang bermaksud): "Sesungguhnya siapa yang mempersekutukan Allah maka Allah akan mengharamkan padanya syurga dan tempatnya didalam neraka. Adapun yang diampunkan oleh Allah maka dosa seseorang terhadap Allah antara dia dengan Allah. Adapun yang tidak ditinggalkan sedikitpun maka dosa seseorang terhadap sesama manusia maka harus dibalas dan dikembalikan tiap hak kepada yang berhak."



Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda:



"Tiap hak harus dikembalikan kepada yang berhak pada hari kiamat sehingga diberi kesempatan bagi kambing yang tidak bertanduk untuk membalas kambing yang bertanduk untuk menanduknya. Kerana itu jika dosaku dengan sesama manusia, maka hendaklah diselesaikan dengan baik didunia, adapun kalau antara dia langsung dengan Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. maha pengampun lagi mudah memaafkan asalkan mahu bertaubat. Sebab tiap hak sesama manusia harus dikembalikan, jika tidak dikembalikan didunia maka harus dibayar (diganti) dengan hasanat kebaikan amal yang telah dilakukan pada hari kiamat.



Rasulullah s.a.w. bersabda:



"Tahukah kamu siapakah yang pailit dari ummatku? Jawab sahabat: "orang yang pailit itu ialah habis bersih harta kekayaannya dan belum terbayar semua hutangnya sehingga tidak punya harta dan perkakas (perabut rumah). Rasulullah s.a.w. bersabda: " Orang yang pailit dari ummatku ialah orang yang datang pada hari kiamat dengan lengkap sembahyang dan puasanya tetapi ia telah mencaci maki si ini dan menuduh pada si itu dan makan harta si ini dan menumpahkan darah si itu, maka semua orang yang telah habis hasanahnya sebelum terbayar semua orang yang dianiaya itu dan ditanggungkan kepadanya, kemudian ia dilempar kedalam neraka."



Kami mohon kepada Allah s.w.t. semoga Allah s.w.t. memberi taufiq untuk tetap pada taubat.

Muhammad bin Sirin berkata:



"Awaslah, jangan sampai kau berbuat kebaikan kemudian kau tinggalkan, sebab tidak ada seorang yang taubat lalu kembali kepada dosanya beroleh keuntungan. Kerana itu yang telah taubat hendaklah mengingati selalu pada dosanya, seakan-akan dimuka matanya, supaya tetap bertaubat, banyak membaca istighfar dan mensyukuri nikmat Allah s.w.t. hanya kepadaNya dapat bertaubat, juga memikirkan apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. daripada nikmat diakhirat bagi orang yang beramal soleh, supaya rajin beramal soleh dan menjauhi dosa."



Zaid bin Wahb dari Abu Dzar r.a. berkata:



"Saya bertanya: "Ya Rasulullah, beritahukan kepada kami apa yang tercantum dalam Suhuf Musa?" Rasulullah s.a.w. berkata: "Didalamnya ada enam kalimat iaitu:

*

aku hairan terhadap orang yang yakin adanya neraka, bagaimana ia dapat tertawa?
*

aku hairan pada orang yang yakin akan mati, bagaimana dapat bergembira?
*

aku hairan pada orang yang yakin akan adanya hitungan amal, bagaimana ia melakukan dosa?
*

aku kagum pada orang yang percaya pada takdir (ketentuan Allah s.w.t.), bagaimana ia bersusah payah?
*

aku kagum pada orang yang melihat segala perubahan dunia, bagaimana ia condong kepadanya?
*

aku ajaib pada orang yang yakin pada syurga, bagaimana ia tidak berbuat baik?
La ilaha illallah, Muhammad Rasulullah.






"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Sifat Api Neraka & Ahlinya

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Api neraka telah dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga gelap bagaikan malam yang kelam."


Diriwayatkan bahawa Yazid bin Martsad selalu menangis sehingga tidak pernah kering air matanya dan ketika ditanya, maka dijawabnya:


Andaikata Allah s.w.t. mengancam akan memenjarakan aku di dalam bilik mandi selama seribu tahun. nescaya sudah selayaknya air mataku tidak berhenti maka bagaimana sedang kini telah mengancam akan memasukkan aku dalam api neraka yang telah dinyalakan selama tiga ribu tahu."


Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari mujahid berkata:


"Sesungguhnya dijahannam ada beberapa perigi berisi ular-ular sebesar leher unta dan kala sebesar kaldai, maka larilah orang-orang ahli neraka keular itu, maka bila tersentuh oleh bibirnya langsung terkelupas rambut, kulit dan kuku dan mereka tidak dapat selamat dari gigitan itu kecuali jika lari kedalam neraka."



Abdullah bin Jubair meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Bahawa didalam neraka ada ular-ular sebesar leher unta, jika menggigit maka rasa redih bisanya tetap terasa hingga empat puluh tahun.. Juga didalam neraka ada kala sebesar kaldai, jika menggigit maka akan terasa pedih bisanya selama empat puluh tahun."



Al-a'masy dari Yasid bin Wahab dari Ibn Mas'ud berkata:


"Sesungguhnya apimu ini sebahagian dari tujuh puluh bagian dari api neraka, dan andaikan tidak didinginkan dalam laut dua kali nescaya kamu tidak dapat mempergunakannya."



Mujahid berkata:


"Sesungguhnya apimu ini berlindung kepada Allah s.w.t. dari neraka jahannam." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka iaitu seorang yang berkasutkan dari api nerka, dan dapat mendidihkan otaknya, seolah-olah ditelinganya ada api, dan giginya berapi dan dibibirnya ada wap api, dan keluar ususnya dari bawah kakinya, bahkan ia merasa bahawa dialah yang terberat siksanya dari semua ahli neraka, padahal ia sangat ringan siksanya dari semua ahli neraka."



Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr r.a. berkata:


"Orang-orang neraka memanggil Malaikat Malik tetapi tidak dijawab selama empat puluh tahun, kemudian dijawabnya: "Bahawa kamu tetap tinggal dalam neraka." Kemudian mereka berdoa (memanggil) Allah: "Ya Allah, keluarkanlah kami dari neraka ini, maka bila kami mengulangi perbuatan-perbuatan kami yang lalu itu bererti kami zalim." Maka tidak dijawab selama umur dunia ini dua kali, kemudian dijawab: "Hina dinalah kamu didalam neraka dan jangan berkata-kata."



Demi Allah setelah itu tidak ada yang dapat berkata-kata walau satu kalimah, sedang yang terdengar hanya nafas keluhan dan tangis rintihan yang suara mereka hampir menyamai suara himar (kaldai).



Qatadah berkata:


"Hai kaumku, apakah kamu merasa bahawa itu pasti akan terkena pada dirimu, atau kamu merasa akan kuat menghadapinya. Hai kaumku, taatlah kepada Allah s.w.t. itu jauh lebih ringan bagi kamu kerana itu, taatilah sebab ahli neraka itu kelak akan mengeluh selama seribu tahun tetapi tidak berguna bagi mereka, lalu mereka berkata: "Dahulu ketika kami didunia, bila kami sabar lambat laun mendapat keringanan dan kelapangan, maka mereka lalu bersabar seribu tahun, dan tetap siksa mereka tidak diringankan sehingga mereka berkata: Ajazi'na am sobarna malana min mahish (Yang bermaksud) Apakah kami mengeluh atau sabar, tidak dapat mengelakkan siksa ini.Lalu minta hujan selama seribu tahun sangat haus dan panas neraka maka mereka berdoa selama seribu tahun, maka Allah s.w.t. berkata kepada Jibril: "Apakah yang mereka minta?". Jawab Jibril: "Engkau lebih mengetahui, ya Allah, mereka minta hujan." Maka nampak pada mereka awan merah sehingga mereka mengira akan turun hujan, maka dikirim kepada mereka kala-kala sebesar kaldai, yang menggigit mereka dan terasa pedih gigitan itu selama seribu tahun. Kemudian mereka minta kepada Allah s.w.t. selama seribu tahun untuk diturunkan hujan, maka nampak mereka awan yang hitam, mereka mengira bahawa itu akan hujan, tiba-tiba turun kepada mereka ular-ular sebesar leher unta, yang menggigit mereka dan gigitan itu terasa pedihnya hingga seribu tahun, dan inilah ertinya: Zidnahum adzaba fauqal adzabi. (Yang bermaksud) "Kami tambahkan kepada mereka siksa diatas siksa".



Kerana mereka dahulu telah kafir, tidak percaya dan melanggar tuntutan Allah s.w.t., kerana itulah maka siapa yang ingin selamat dari siksaan Allah s.w.t. harus sabar sementara atas segala penderitaan dunia didalam mentaati perintah dan menjauhi larangan Allah s.w..t. dan menahan syahwat hawa nafsu sebab syurga neraka diliputi syahwat-syahwat.



Seorang pejungga berkata:


"Dalam usia tua itu cukup pengalaman untuk mencegah orang yang tenang dari sifat kekanak-kanakan, apabila telah menyala api dirambutnya (beruban). Saya melihat seorang itu ingin hidup tenang bila dahan pohon telah menguning sesudah hijaunya. Jauhilah kawan yang busuk dan berhati-hatilah, jangan menghubunginya tetapi bila tidak dapat, maka ambil hati-hatinya, dan berkawanlah pada orang yang jujur tetapi jangan suka membantah padanya, engkau pasti akan disukai selma kau tidak membantah kepadanya. Berkawanlah dengan orang bangsawan dan yang berakhlak baik budinya."



Maka siapa yang berbuat baik pada orang yang tidak berbudi bererti ia telah membuang budi itu kedalam laut. Dan Allah s.w..t. mempunyai syurga yang selebar langit tetapi diliputi dengan kesukaran-kesukaran.



Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w bersabda:


"Allah memanggil Malaikat Jibril dan menyuruhnya melihat syurga dengan segala persiapannya untuk ahlinya, maka ketika kembali berkata Jibril: Demi kemuliaanMu, tiada seorang yang mendengarnya melainkan ia akan masuk kedalamnya, maka diliputi dengan serba kesukaran, dan menyuruh Jibril kembali melihatnya, maka kembali melihatnya, kemudian ia berkata: Demi kemuliaanMu saya khuatir kalau-kalau tiada seorangpun yang masuk kedalamnya. Kemudian disuruh melihat neraka dan semua yang disediakan untuk ahlinya, maka kembali Jibril dan berkata: Demi kemuliaanMu tidak akan masuk kedalamnya orang yang telah mendengarnya, kemudian diliputi dengan kepuasan syahwatnya, dan diperintah supaya kembali melihatnya kemudian setelah dilihatnya kembali, berkatanya: Aku khuatir kalau tiada seorangpun melainkan akan masuk kedalamnya."



Juga Nabi Muhammad s.a.w bersabda:


"Kamu boleh menyebut tentang neraka sesukamu, maka tiada kamu menyebut sesuatu melainkan api neraka itu jauh lebih ngeri dan lebih keras daripadanya."



Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Maimun bin Nahran berkata:


"Ketika turun ayat (yang berbunyi) Wa inna jahannam lamau'iduhum ajma'in (yang bermaksud) Sesungguhnya neraka jahannam itu sebagai ancaman bagi semua mereka.


Salman meletakkan tangan diatas kepalanya dan lari keluar selama tiga hari baru ditemuikannya.



Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata:


"Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w pada saat yang tiada biasa datang, dalam keadaan yang berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawab Jibril: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu pada saat dimana Allah menyuruh supaya dikobarkan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya." Lalu Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Ya Jibril, jelaskan kepadaku sifat jahannam." Jawabnya: "Ya, ketika Allah menjadikan jahannam maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun hingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yang mengutuskan engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung diantara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut Allah dalam Al-Quran itu diletakkan diatas bukit nescaya akan cair sampai kebawah bumi yang ketujuh. Demi Allah yang mengutusmu dengan hak, andaikan seorang dihujung barat tersiksa nescaya akan terbakar orang-orang yang dihujung timur kerana sangat panasnya, jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan api. Api neraka itu ada mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagian yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."



Nabi Muhammad s.a.w bertanya:


"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah-rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh ribu tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain tujuh puluh kali ganda, maka digiring kesana musuh-musuh Allah s.w.t. sehingga bila telah sampai kepintunya disambut oleh malaikat-malaikat Zabaniyah dengan rantai dan belenggu, maka rantai itu dimasukkan kedalam mulut mereka hingga tembus ke lubang punggung, dan diikat tangan kirinya kelehernya, sedang tangan kanannya dimasukkan dalam dada dan tembus kebahunya, dan tiap-tiap manusia itu digandeng dengan syaitannya lalu diseret tersungkur mukanya sambil dipukul oleh para malaikat dengan pukul besi, tiap mereka ingin keluar kerana sangat risau, maka ditanamkan kedalamnya."



Nabi Muhammad s.a.w bertanya lagi:


"Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?" Jawabnya: "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafiq, orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mujizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Firaun sedang namanya Alhawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang-orang shobi'in bernama Saqar. Pintu keempat tempat iblis laknatullah dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang-orang kristien (Nasara) bernama Sa'ie."



Kemudian Jibril diam segan pada Nabi Muhammad s.a.w sehingga Nabi Muhammad s.a.w bertanya:


"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ketujuh?" Jawab Jibril: "Didalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat." Maka Nabi Muhammad s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan Jibril itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi Muhammad s.a.w dipangkuan Jibril sehingga sedar kembali, dan ketika sudah sedar Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk neraka?" Jawab Jibril: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu."



Kemudian Nabi Muhammad s.a.w menangis, Jibril juga menangis, kemudian Nabi Muhammad s.a.w masuk kedalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian masuk kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah s..w.t., dan pada hari ketiga datang Abu Bakar r.a. kerumah Nabi Muhammad s.a..w mengucapkan:


"Assalamu'alaikum yang ahla baiti rahmah. apakah dapat bertemu kepada Nabi Muhammad s.a.w?" Maka tidak ada yang menjawabnya, sehingga ia menepi untuk menangis, kemudian Umar datang dan berkata: "Assalamu'alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Rasulullah s.a.w?" Dan ketika tidak mendapat jawapan dia pun menepi dan menangis, kemudian datang Salman Alfarisi dan berdiri dimuka pintu sambil mengucapkan: "Assalamu'alaikum ya ahla baiti rahmah, apakah dapat bertemu dengan Junjunganku Rasulullah s.a.w.?" Dan ketika tidak mendapat jawapan, dia menangis sehingga jatuh dan bangun, sehingga sampai kerumah Fatimah r.a. dan dimuka pintunya ia mengucapkan: "Assalamu'alaikum hai puteri Rasulullah s.a.w."Kebetulan pada masa itu Ali r.a. tiada dirumah, lalu bertanya: "Hai puteri Rasulullah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah beberapa hari tidak keluar kecuali untuk sembahyang dan tidak berkata apa-apa kepada orang dan juga tidak mengizinkan orang-orang bertemu dengannya." Maka segeralah Fatimah memakai baju yang panjang dan pergi sehingga apabila beliau sampai kedepan muka pintu rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam sambil berkata: "Saya Fatimah, ya Rasulullah." Sedang Rasulullah s.a.w. bersujud sambil menangis, lalu Rasulullah s.a.w. mengangkat kepalanya dan bertanya: "Mengapakah kesayanganku?" Apabila pintu dibuka maka masuklah Fatimah kedalam rumah Rasulullah s.a.w. dan ketika melihat Rasulullah s.a.w. menangislah ia kerana melihat Rasulullah s.a.w. pucat dan sembam muka kerana banyak menangis dan sangat sedih, lalu ia bertanya: "Ya Rasulullah, apakah yang menimpamu?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Jibril datang kepadaku dan menerangkan sifat-sifat neraka jahannam dan menerangkankan bahawa bahagian yang paling atas dari semua tingkat neraka jahannam itu adalah untuk umatku yang berbuat dosa-dosa besar, maka itulah yang menyebabkan aku menangis dan berduka cita." Fatimah bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana caranya masuk?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Diiring oleh Malaikat keneraka, tanpa dihitamkan muka juga tidak biru mata mereka dan tidak ditutup mulut mereka dan tidak digandingkan dengan syaitan, bahkan tidak dibelenggu atau dirantai." Ditanya Fatimah lagi: "Lalu bagaimana cara Malaikat menuntun mereka?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Adapun kaum lelaki ditarik janggutnya sedangkan yang perempuan ditarik rambutnya, maka beberapa banyak dari orang-orang tua dari ummatku yang mengeluh ketika diseret keneraka: Alangkah tua dan lemahku, demikian juga yang muda mengeluh: Wahai kemudaanku dan bagus rupaku, sedang wanita mengeluh: Wahai alangkah maluku sehingga dibawa Malaikat Malik., dan ketika telah dilihat oleh Malaikat Malik lalu bertanya: "Siapakah mereka itu, maka tidak pernah saya dapatkan orang yang akan tersiksa seperti orang-orang ibi, muka mereka tidak hitam, matanya tidak biru, mulut mereka juga tidak tertutup dan tidak juga diikat bersama syaitannya, dan tidak dibelenggu atau dirantai leher mereka? Jawab Malaikat: "Demikianlah kami diperintahkan membawa orang-orang ini kepadamu sedemikian rupa." Lalu ditanya oleh Malaikat Malik: "Siapakah wahai orang-orang yang celaka?"



Dalam lain riwayat dikatakan ketika mereka diiring oleh Malaikat Malik selalu memanggil:


bertanya lagi: ""Wa Muhammad." tetapi setelah melihat muka Malaikat Malik lupa akan nama Rasulullah s.a.w. kerana hebatnya Malaikat Malik, lalu ditanya: "Siapakah kamu?" Jawab mereka: "Kami ummat yang dituruni Al-Quran dan kami telah puasa bulan Ramadhan." Lalu Malaikat Malik berkata: "Al-Quran tidak diturunkan kecuali kepada ummat Rasulullah s.a.w.." Maka ketika itu mereka menjerit: "Kami ummat Nabi Muhammad s.a.w" Maka Malaikat Malik bertanya: "Tidakkah telah ada larangan dalam Al-Quran dari ma'siyat terhadap Allah subha nahu ta'ala." Dan ketika berada ditepi neraka jahannam dan diserahkan kepada Malaikat Zabaniyah, mereka berkata: "Ya Malik, diizinkan saya akan menangis." Maka diizinkan, lalu mereka menangis sampai habis airmata, kemudian menangis lagi dengan darah, sehingga Malaikat Malik berkata: "Alangkah baiknya menangis ini andaikata terjadi didunia kerana takut kepada Allah s.w.t., nescaya kamu tidak akan disentuh oleh api neraka pada hari ini, lalu Malaikat Malik berkata kepada Malaikat Zabaniyah: "Lemparkan mereka kedalam neraka." dan bila telah dilempar mereka serentak menjerit: "La illaha illallah." maka surutlah api neraka, Malaikat Malik berkata: "Hai api, sambarlah mereka." Jawab api: "Bagaimana aku menyambar mereka, padahal mereka menyebut La illaha illallah." Malaikat Malik berkata: "Demikianlah perintah Tuhan Rabbul arsy." maka ditangkaplah mereka oleh api, ada yang hanya sampai tapak kaki, ada yang sampai kelutut, ada yang sampai kemuka. Malaikat Malik berkata: "jangan membakar muka mereka kerana kerana mereka telah lama sujud kepada Allah s.w.t., juga jangan membakar hati mereka kerana mereka telah haus pada bulan Ramadhan." Maka tinggal dalam neraka beberapa lama sambil menyebut: "Ya Arhamar Rahimin, Ya Hannan, Ya Mannan." Kemudian bila telah selesai hukuman mereka, maka Allah s.w.t.memanggil Jibril dan bertanya: "Ya Jibril, bagaimanakah keadaan orang-orang yang maksiat dari ummat Nabi Muhammad s.a.w?" Jawab Jibril: "Ya Tuhan, Engkau lebih mengetahui." Lalu diperintahkan: "Pergilah kau lihatkan keadaan mereka." Maka pergilah Jibril a.s. kepada Malaikat Malik yang sedang duduk diatas mimbar ditengah-tengah jahannam. Ketika Malaikat Malik melihat Jibril segera ia bangun hormat dan berkata: "Ya Jibril, mengapakah kau datang kesini?" Jawab Jibril: "Bagaimanakah keadaan rombongan yang maksiat dari ummat Rasulullah s.a.w.?" Jawab Malaikat Malik: "Sungguh ngeri keadaan mereka dan sempit tempat mereka, mereka telah terbakar badan dan daging mereka kecuali muka dan hati mereka masih berkilauan iman."Jibril berkata: "Bukalah tutup mereka supaya saya dapat melhat mereka." Maka Malaikat Malik menyuruh Malaikat Zabaniyah membuka tutup mereka dan ketika mereka melihat Jibril mereka mengerti bahawa ini bukan Malaikat yang menyiksa manusia, lalu mereka bertanya: "Siapakah hamba yang sangat bagus rupanya itu?" Jawab Malaikat Malik: "Itu Jibril yang biasa membawa wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w." Ketika mereka mendengar nama Nabi Muhammad s.a.w. maka serentaklah mereka menjerit: "Ya Jibril, sampaikan salam kami kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan beritakan bahawa maksiat kamilah yang memisahkan kami dengannya serta sampaikan keadaan kami kepadanya." Maka kembalilah Jibril menghadap kepada Allah s.w.t. lalu ditanya: "Bagaimana kamu melihat ummat Muhammad?" Jawab Jilril: "Ya Tuhan, alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka." Lalu Allah s.w.t.Apakah mereka minta apa-apa kepadamu?" Jawab Jibril: "Ya, mereka minta disampaikan salam mereka kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan diberitakan kepadanya keadaan mereka." Maka Allah s..w.t. menyuruh Jibril menyampaikan semua pesanan itu kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tinggal dalam khemah dari permata yang putih, mempunyai empat ribu buah pintu dan tiap-tiap pintu terdapat dua daun pintu dari emas, maka berkata Jibril: Ya Muhammad, saya datang kepadamu dari rombongan orang-orang yang derhaka dari ummatmu yang masih tersiksa dalam neraka, mereka menyampaikan salam kepadamu dan mengeluh bahawa keadaan mereka sangat jelek dan sangat sempit tempat mereka." Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w. kebawah arsy dan bersujud dan memuji Allah s.w.t. dengan ucapan yang tidak pernah diucapkan oleh seorang makhlukpun sehingga Allah s.w.t. menyuruh Nabi Muhammad s.a.w.: "Angkatlah kepalamu dan mintalah nescaya akan diberikan, dan ajukan syafa'atmu pasti akan diterima." Maka Nabi Muhammad s.a.w. berkata: "Ya Tuhan, orang-orang yang durhaka dari ummatku telah terlaksana pada mereka hukumMu dan balasanMu, maka terimalah syafa'atku." Allah s.w.t. berfirman: "Aku terima syafa'atmu terhadap mereka, maka pergilah keneraka dan keluarkan daripadanya orang yang pernah mengucap Laa ilaha illallah." Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w. keneraka dan ketika dilihat oleh Malaiakt Malik, maka segera ia bangkit hormat lalu ditanya: "Hai Malik, bagaimanakah keadaan ummatku yang durhaka?" Jawab Malaikat Malik: "Alangkah jeleknya keadaan mereka dan sempit tempat mereka." Maka diperintahkan membuka pintu dan angkat tutupnya, maka apabila orang-orang didalam neraka itu melihat Nabi Muhammad s.a.w. maka mereka menjerit serentak: "Ya Nabi Muhammad s.a.w., api neraka telah membakar kulit kami." Maka dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu dibawa mereka kesungai dimuka pintu syurga yang bernama Nahrulhayawan, dan disana mereka mandi kemudian keluar sebagai orang muda yang gagah, elok, cerah matanya sedangkan wajah mereka bagaikan bulan dan tertulis didahi mereka Aljahanamiyun atau orang-orang jahannam yang telah dibebaskan oleh Allah s.w.t.. Dari neraka kemudiannya mereka masuk kesyurga, maka apabila orang-orang neraka itu melihat kaum muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata: "Aduh, sekiranya kami dahulu Islam tentu kami dapat keluar dari neraka."



Allah s.w.t. berfirman:


"Pada suatu saat kelak orang-orang kafir ingin andaikan mereka menjadi orang Muslim."



Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:


"Pada hari kiamat kelak akan didatangkan maut itu berupa kambing kibas putih hitam, lalu dipanggil orang-orang syurga dan ditanya: "Apakah kenal manut?" Maka mereka melihat dan mengenalnya, demikian pula ahli neraka ditanya: "Apakah kenal maut?" Mereka melihat dan mengenalnya, kemudian kambing itu disembelih diantara syurga dan neraka, lalu diberitahu: "Hai ahli syurga kini kekal tanpa mati, hai ahli neraka kini kekal tanpa mati." Demikianlah maksudnya: "Peringatkanlah mereka akan hari kemenyesalan ketika maut telah dihapuskan."



Abu Hurairah r.a. berkata:


"Janganlah gembira seorang yang lacur dengan suatu nikmat kerana dibelakangnya ada yang mengejarnya iaitu jahannam, tiap-tiap berkurang ditambah pula nyalanya."


Lindungilah kami dari azab-azab api nerakaMu. Allahu-Akhbar!!!






"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)
 
Dear Diary Blogger Template