^ Scroll to Top

Wednesday, November 26, 2008

Berhutang Untuk Naik Haji?

HAJI satu ibadat penting dalam Islam. Ulama secara ijmak mengatakan ia adalah fardu ke atas setiap orang Islam yang berupaya mengerjakannya dan satu daripada rukun Islam yang lima.

Ayat 97 Surah Ali Imran antara lain bermaksud: "Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk."

Kewajipan melaksanakan haji itu hanya sekali seumur hidup sebagaimana dijelaskan Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan Abu Hurairah r.a bermaksud: "Rasulullah s.a.w pernah berkhutbah kepada kami. Sabdanya: Wahai manusia, sesungguhnya Allah sudah mewajibkan haji ke atas kamu, oleh itu kerjakanlah haji itu."

Seorang lelaki bertanya: Adakah tiap-tiap tahun wahai Rasulullah? Rasulullah SAW diam tidak menjawab, sehingga lelaki itu mengulang pertanyaannya sebanyak tiga kali. Selepas itu barulah Rasulullah s.a.w menjawab: Jika aku jawab ya, nescaya wajiblah ia (setiap tahun) dan kamu tidak akan berupaya melakukannya."

Seterusnya Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Biarkanlah aku (jangan kamu tanya) mengenai apa yang aku tinggalkan (yang tidak aku sebutkan) kepada kamu. Sesungguhnya sudah binasa orang sebelum kamu dengan sebab banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka terhadap nabi mereka. Maka aku menyuruh kamu dari (mengerjakan) sesuatu, kamu tinggalkan ia." (Hadis riwayat Muslim)

Dalam melaksanakan kefarduan haji dan umrah, ada beberapa syarat yang mewajibkannya, antaranya berkuasa.

Berkuasa melaksanakan haji dan umrah boleh dilihat pada dua aspek, iaitu berkuasa melaksanakannya dengan sendiri dan berkuasa menunaikan dengan pertolongan orang lain.

Setiap aspek itu ada syarat tertentu, contohnya berkuasa melaksanakan haji oleh dirinya sendiri antara syaratnya, ada perbelanjaan yang cukup untuk dirinya dalam perjalanan pergi dan balik serta sepanjang melaksanakan haji serta untuk sara hidup orang yang wajib ditanggungnya serta perbelanjaannya itu melebihi hutangnya.

Di samping itu, ada kenderaan untuk menyampaikannya ke Makkah seperti kapal terbang, kapal laut, bas dan seumpamanya sama ada milik sendiri atau mampu menyewanya.

Syarat bekalan dan kenderaan itu ada disebut dalam hadis diriwayat Ibnu Umar dengan katanya: "Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, dia berkata: Wahai Rasulullah apakah yang mewajibkan haji itu? Maka sabda baginda: Bekalan dan kenderaan."

Bagaimanapun, kewajipan menunaikan haji tidak akan gugur bagi orang yang terlalu tua, orang menghidap penyakit yang tidak ada harapan sembuh dan penyakit teruk, seperti dinyatakan Datuk Md Daud Che Ngah dalam buku Kursus Kesempurnaan Ibadat Haji & Umrah.

Bagaimanapun, dalam kes berkaitan hutang, apa pula justifikasinya? Apakah orang yang berhutang wajib atau tidak mengerjakan haji?

Presiden Majlis Fekah Amerika Utara, Dr Muzammil Siddiqi, berkata haji tidak menjadi kefarduan terhadap seseorang yang berhutang.

"Bagaimanapun, jika seseorang itu mempunyai pinjaman jangka panjang dan beliau dikehendaki membayar hanya jumlah tertentu setiap bulan, hutangnya itu tertakluk melalui bayaran setiap bulan.

"Sekiranya beliau membayar semua hutangnya dan kemudian tiada baki padanya untuk melaksanakan haji, ibadat haji tidak diwajibkan ke atasnya.

"Tetapi jika beliau hanya membayar secara ansuran bulanan dan kemudian mempunyai wang secukupnya untuk melaksanakan haji, dia sepatutnya mengerjakan haji kerana ia menjadi kewajipan ke atasnya.

"Jika seseorang itu berhutang dan pemberi hutang membenarkannya untuk pergi haji, dia boleh melaksanakan haji," katanya.

Bertitik-tolak dari situ juga timbul kekeliruan mengenai pelaksanaan ibadat haji dengan kaedah pinjaman (hutang), yang dibayar kemudian seperti dengan cara ansuran, ditambah dengan keadaan mutakhir ini, ketika orang ramai mudah mendapatkan pembiayaan atau pinjaman.

Ini kerana ada pihak mengatakan cara itu dibolehkan manakala setengah yang lain pula berdasarkan hujah masing-masing mendakwa kaedah seperti itu tidak dibenarkan.

Dr Muzammil berkata, jika seseorang mengambil pinjaman (tanpa faedah) untuk melaksanakan haji dan dia melaksanakan haji, ibadat hajinya itu sah, walaupun tidak dikehendaki berbuat demikian dan haji tidak menjadi kewajipan ke atasnya.

Ulama kontemporari lain menyatakan, adalah dibenarkan untuk melaksanakan haji dengan cara pinjaman yang dibayar ansuran jika seseorang itu tidak mampu mengadakan belanja sekali gus.

Mufti Mesir, Dr Ali Jum'ah, berkata: "Adalah sah bagi seseorang untuk melaksanakan ibadat haji atau umrah dengan cara ansuran; ia tidak melanggar mana-mana upacara atau syarat berkaitan haji atau umrah.

Rektor Universiti Al-Azhar, Dr Ahmad At-Tayyeb berkata: "Secara umum, tidak sah menegah untuk membayar bagi sesuatu secara ansuran, selagi ia tidak membabitkan bayaran faedah.

"Dengan itu, tiada kesalahan jika institusi kewangan membayar perbelanjaan haji bagi pihak ahlinya sebagai pinjaman tanpa faedah dalam keadaan itu dan ahlinya akan membuat bayaran balik secara ansuran."

Seorang ulama, Dr Abdel-Fattah Idrees, yang juga Profesor Undang-undang Perbandingan di Universiti Al-Azhar menyatakan:

"Melaksanakan haji dengan bayaran ansuran, atau dalam perkataan lain melalui institusi kewangan (yang memberikan kemudahan kepada orang ramai untuk melaksanakan tanggungjawab agama) adalah dibenarkan kerana tiada nas yang melarang daripada melaksanakan ibadat haji seperti itu.

Tambahan lagi, jemaah haji dalam kes terbabit akan membayar balik wang yang dipinjam (dihutang). Pandangan ini mengikut aliran perundangan, seperti Syafie dan Zhahiri, yang mengatakan mana-mana cara yang menurut hukum membenarkan seseorang untuk melaksanakan haji adalah dipertimbangkan dalam perkara terbabit walaupun jika ia melalui pinjaman wang.

Dengan itu, melaksanakan ibadat haji dengan cara ansuran adalah dibenarkan dan mendapat ganjaran sebagai ibadat haji apabila semuanya dijelaskan."

Berdasarkan huraian ulama terbabit, secara ringkas dan umum dapat difahami ibadat haji dengan cara pinjaman tanpa faedah dibenarkan dan sah.

Fatwa Jabatan Mufti Kerajaan Brunei juga ada menghuraikan perkara ini, cuma ia cenderung memperkatakan mengenai permasalahan hutang dan kedudukan seseorang individu yang tiada kemampuan kewangan untuk mengerjakan haji.

Antara lain ia menjelaskan: "Dalam Islam berhutang dibolehkan, tetapi tidak dibolehkan kerana mengambil risiko yang boleh menyusahkan di dunia dan akhirat.

Banyak hadis yang memperkatakan masalah hutang dan orang yang berhutang, antaranya, bermaksud: "Dan jauhilah diri kamu daripada hutang, kerana sesungguhnya awalnya adalah dukacita dan akhirnya pula adalah mengambil harta orang dengan tiada mengembalikannya." (Hadis riwayat Imam Malik)

Pada zaman Nabi s.a.w ada yang bertanya kepada baginda mengenai orang tidak berupaya mengerjakan haji. Adakah dia perlu berhutang kepada orang lain supaya dapat pergi haji, akan tetapi Nabi s.a.w tidak membenarkannya.

Perkara ini disebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin 'Auf, katanya: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w berkenaan dengan seorang lelaki yang tidak (dapat) pergi haji: "Adakah dia boleh berhutang untuk pergi haji? Rasulullah s.a.w menjawab: Tidak. (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Agama Islam adalah agama yang mudah dan tidak menyusahkan. Dalam hal mengerjakan haji dan umrah, ulama membuat syarat tertentu yang kemas berdasarkan al-Quran, hadis dan ijmak.

Jika syarat itu tidak dapat dipenuhi seseorang, tidaklah wajib baginya mengerjakan haji, walaupun ia satu daripada rukun Islam.

Ini membuktikan Islam itu adalah rahmat dan tidak menyusahkan umatnya. Oleh yang demikian, bagi orang yang ingin mengerjakan fardu haji dan umrah yang wajib ke atasnya, tidaklah perlu dia sampai menyusahkan dirinya dengan berhutang.

Apatah lagi bagi orang yang pernah pergi mengerjakan haji dan umrah. Lebih-lebih lagi jika umrah yang dilakukan itu, hanya berbentuk sunat semata-mata, jadi berhutang bagi tujuan ini suatu perkara yang tidak dituntut agama kerana ia akan menjadi beban dan akan menyusahkannya."







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Alam Nusantara terus jadi tumpuan gerakan Kristianisasi sejak penjajahan abad ke-15

HAKIKAT manusia adalah berbilang bangsa dan bersuku puak ditetapkan Yang Maha Pencipta, al-Khaliq menerusi firman-Nya bermaksud: "Wahai manusia! Sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal." (Surah al-Hujarat: 13)

Ketetapan ini ditegaskan Nabi Muhammad SAW menerusi beberapa hadis Baginda yang diucapkan dalam pelbagai kesempatan termasuk hadis yang menyatakan bahawa Baginda diutus Allah kepada manusia dan jin, bangsa merah dan hitam. 'Bangsa' yang dalam konteks al-Quran disebut 'syu'ub' dan hanya disebut dalam satu ayatnya saja, yakni ayat 13 Surah al-Hujarat di atas berbeza dengan perkataan 'umat'. Yang pertama disebut lebih khusus daripada yang kedua disebut sehingga dikatakan bahawa tidak semua umat adalah bangsa, tetapi setiap bangsa adalah umat.
Kita, sebagai contoh, tidak mengatakan bangsa Islam, tapi umat Islam dan kita mengatakan bangsa Yahudi dan juga umat Yahudi disebabkan oleh perbezaan ideologi antara kedua-duanya. Jika kita mengkaji lebih mendalam perbezaan 'syu'ub' dan 'ummah' dalam al-Quran sudah tentu kita akan mengumpulkan data dan kemudian kita akan mempunyai konsep bangsa dan umat yang sangat komprehensif seperti diinginkan oleh al-Quran, kitab petunjuk seluruh manusia yang berbangsa dan berumat. Di sini penulis hanya menyoroti satu titik daripada sebuah aspek yang ada dalam satu konsep mengenai bangsa dalam al-Quran, iaitu bangsa dan umat Melayu.

Allahyarham Ismail Faruqi pernah menyifatkan bangsa dan umat Melayu seperti katanya: "One of the oldest and bloodiest struggle the Muslims have waged against Christian-Colonialist aggression." atau "Salah satu perjuangan umat Islam yang paling lama dan sengit ialah dalam menentang pencerobohan penjajahan Kristian." (Rujuk Hilmy Bakar (1994), Ummah Melayu Kuasa Baru Dunia Abad ke-21)

Penulis tertarik dengan apa yang dibincangkan dalam buku Ahlul Bait dan Kesultanan Melayu yang disusun Tun Suzana ketika mengulas tajuk kecil 'Pembentukan fitrah kekuatan dan ketahanan dalaman agama yang tinggi dalam jati diri umat Melayu' iaitu ditulis: "Sepanjang penguasaan Portugis di Melaka contohnya, ia tidak pernah tenteram daripada diganggu gugat oleh gerakan jihad kesultanan-kesultanan seperti Demak, Jepara, Aceh dan Johor.
Kesultanan Acheh melancarkan tujuh kali jihad untuk membantu bumi Melaka bebas daripada penaklukan Portugis. Walaupun gagal dalam semua serangan ini, ia cukup untuk menggerunkan Portugis. Di Melaka, Bendahara Johor yang bernama Tun Jenal berserta pengikutnya memanjat benteng La Farmosa untuk masuk ke kawasan Portugis. Banyak pahlawan Melayu yang gugur kerana dibedik dengan pengganda yang berduri seperti durian, dengan pahat dan beliung, namun yang lain terus naik memanjat benteng kubu sehingga berjaya.

Diriwayatkan pahlawan-pahlawan Melayu Johor beramuk-amukan menyerang orang Portugis, sehingga rebahlah benteng La Farmosa yang menjadi kemegahan mereka selama 130 tahun. Portugis juga tidak dapat bertahan dalam taklukannya di Pasai apabila dihambat oleh Kesultanan Aceh dan disingkirkan dari bumi Ternate oleh Sultan Babullah (muka surat, 267-8).

Hakikat sejarah umat Melayu yang panjang, iaitu lebih 600 tahun lamanya membuktikan bahawa agenda terus-menerus untuk membinasakan Islam di alam Melayu oleh cubaan penjajah Barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris semuanya menemui kegagalan, berbeza dengan kejayaan yang dikecapi untuk merosakkan akidah serta menyelewengkan umat Islam seperti di utara Filipina, Turki, Eropah, malah sesetengah wilayah Arab sendiri. Mengenai jati diri Islam yang menambat hati umat Melayu dan memalingkan mereka daripada pegangan sebelumnya.

Prof Sayyid Muhammad Naquib al-Attas menulis: "Pengaruh Hindu itu tidaklah sampai merubah pandangan hidup umat Nusantara yang berdasarkan seni, yang tiada berdasarkan falsafah." Selepas bangsa Melayu memeluk Islam kemudian menjadi sebuah umat, pendakyah Kristian dari semua mazhab berputus asa ke atas bangsa Melayu (yakni untuk memurtadkan mereka kepada agama Kristian) seperti dikatakan Frank Sweetenham, seorang Gabenor British dalam era penjajahan. Dalam lawatan Pope John Paul ke India pada Oktober 1994, seperti ditulis Tun Suzana, beliau secara halus mengisyaratkan kekecewaannya mengenai hakikat bahawa walaupun banyak negara di dunia dapat dikristiankan, terutama dalam abad-abad mutakhir ini, beberapa ratus tahun selepas peristiwa percubaan bangsa Sepanyol dan Portugis untuk mengkristiankan dunia Asia Tenggara, ia masih gagal ditembusi oleh mereka. Pope John Paul lalu secara halusnya mengisytihar dan menggalakkan petugas-petugas Kristian memberikan penumpuan khusus kepada bumi Melayu ini menjelang alaf baru supaya umatnya dapat menikmati 'cahaya yang benar' dan dapat 'diselamatkan' daripada kesesatan. (muka surat 264-5).
Perbuatan mereka adalah satu bukti kebenaran al-Quran di mana Allah berfirman maksudnya: "Berkata mereka itu: 'Beragama Yahudilah kamu atau beragama Nasrani supaya kamu mendapat petunjuk. Katakanlah: Bahkan agama Ibrahim yang lurus (kami ikuti) dan bukanlah dia termasuk orang yang musyrik." (Surah al-Baqarah: 135)

Mereka tidak sedar akan hakikat Qurani yang menyatakan maksudnya: "Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka sedangkan Allah tetap akan menyempurnakan cahaya-Nya walaupun orang kafir enggan menerimanya." (Surah al-Saf: 8)

Dalam ringkasannya mengulas kelemahan bangsa Melayu hari ini, Tun Suzana mengatakan: "Kesimpulannya, kekuatan bangsa Melayu sebenarnya terletak pada perisian hakikat, iaitu ketahanan dalaman agamanya yang tinggi...Sistem sekular telah berjaya merubah pegangan kita daripada nilai, neraca dan tafsiran Islam kepada nilai, neraca dan tafsiran Barat. Akibatnya berlakulah penyelewengan tafsiran istilah contohnya istilah kekuatan. Dari perspektif sekular, kekuatan sesuatu bangsa dirujuk hanya kepada unsur zahiriyyahnya semata-mata seperti tahap ekonomi dan ketenteraan. Sedangkan istilah kekuatan jika ditafsir mengikut kaca mata Islam ialah perisian hakikat, contoh, ketahanan agama yang tinggi." (muka surat 268).

Kesetiaan dan ketulusan Melayu terhadap Islam terbukti kerana seperti diamati pendeta Za'ba, "Sejak orang Melayu memeluk agama Islam sehingga ke hari ini, mereka amat setia dan amat keras pegangannya pada agama yang mereka anuti ini (Islam). Walaupun mereka jahil banyak dari segi pengamalan dan kefahaman agama, mereka tetap menganggap bahawa itulah satu-satunya agama yang terbaik dan benar, dan tidak ada apapun hujah atau pujukan daripada orang kafir yang boleh mengubah sikap mereka yang demikian itu."

Pandangan Za'ba beberapa dekad lalu yang mana sifat umat Melayu adalah jahil terhadap agamanya, tetapi mereka memiliki kekuatan perpaduan, bagaimana halnya sepatutnya mereka pada hari ini dalam keadaan mereka yang sudah terdedah dengan ledakan 'worldview' Melayu sebagai salah satu tiang umat Islam dunia? Wallahu a'lam.

INTI PATI:
  • Konsep bangsa dan umat yang sangat komprehensif seperti diinginkan oleh al-Quran, kitab petunjuk seluruh manusia yang berbangsa dan berumat.
  • Lebih 600 tahun lamanya membuktikan bahawa agenda terus-menerus untuk membinasakan Islam di alam Melayu oleh cubaan penjajah Barat seperti Portugis, Belanda dan Inggeris semuanya menemui kegagalan.
  • Mengenai jati diri Islam yang menambat hati umat Melayu dan memalingkan mereka daripada pegangan sebelumnya.
  • Menurut pendeta Za'ba, sejak orang Melayu memeluk agama Islam sehingga ke hari ini, mereka amat setia dan amat keras pegangannya pada agama yang mereka anuti ini (Islam). Walaupun mereka jahil banyak dari segi pengamalan dan kefahaman agama, mereka tetap menganggap bahawa itulah satu-satunya agama yang terbaik dan benar.







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Haram guna atau warisi saka

Mungkin membicarakan persoalan mengenai saka adalah satu perkara sensitif. Perkara yang berkaitan dengan makhluk yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar atau suatu yang tidak dapat disentuh adalah suatu yang tidak mudah..
Bagi mereka yang hidup dalam dunia teknologi dan ledakan maklumat adalah sukar untuk menerima hakikat kewujudan sihir dan makhluk halus, lebih-lebih lagi apabila dikaitkan manusia mendapat bantuan daripada makhluk halus.
Seperti yang dibincangkan sebelum ini bahawa meminta bantuan dan mengharapkan pertolongan daripada makhluk halus adalah syirik, lebih-lebih lagi meminta bantuan jin atau syaitan untuk mengganggu dan memudaratkan orang lain.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang diperturunkan atau dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya, daripada ibu ataupun bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucu atau cicitnya, ataupun ilmu yang dipusakai daripada seorang bapa saudara kepada anak saudara atau kepada seseorang yang berada dalam lingkungan keluarga.
Yang dimaksudkan dengan ‘ilmu yang dipusakai’ itu ialah ilmu yang ada kaitan dengan jin-jin, sama ada jin berkenaan dibela, dibuat sahabat ataupun dibuat saudara, disedari atau tidak disedari.
Tujuan makhluk-makhluk ini dibela adalah untuk perantaraan makhluk tadi, waris berkenaan berupaya melakukan rawatan penyakit, menilik dan sebagainya dalam keadaan menurun atau tidak menurun.
Hasil daripada penglibatan makhluk ini juga waris ada kalanya melibatkan diri dengan ilmu kebatinan mempertahankan diri, seperti ilmu amalan wali suci, budi suci dan lain-lainnya atau ilmu kebatinan yang dinamakan amalan al-Fatihah, silat sheikh, amalan sinar Islam dan sebagainya.
Amalan kebatinan mempertahankan diri ini juga melibatkan ilmu kebal, ilmu penggerun, ataupun amalan yang lebih bersifat peribadi, seperti ilmu seri muka, ilmu kebidanan tradisional atau ilmu andaman tradisional.
Makhluk yang berdampingan itu dalam proses masa tertentu menjadi sebahagian daripada dampingan manusia menyebabkan orang yang seumpama ini berupaya melakukan sesuatu yang tidak upaya dilakukan oleh manusia biasa.
Penurunan saka boleh berlaku dengan sengaja atau tidak sengaja. Dilakukan dengan sengaja apabila seseorang itu secara berterangan menyatakan pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau berkelayakan mewarisi ilmu pemiliknya, yang dimiliki selama ini.
Apabila orang yang berkenaan menyatakan kesanggupannya menerima, maka bermula dari tarikh itu, dia telah mewarisi saka tadi.
Seksaan
Antara kesan buruk ialah pewaris akan menghadapi seksaan amat perit ketika hendak mati kerana roh sukar keluar. Situasi yang lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Pada mulanya memang saka ini kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya contohnya untuk melindungi diri, keluarga serta harta benda dan sebagainya tetapi itu semua hanyalah tipu helah saka bagi menyesatkan manusia.
Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul pada masa panjang dan kemuncaknya menyebabkan manusia itu melakukan dosa besar iaitu syirik kepada Allah SWT.
Adapun hukum mengguna atau mewarisi saka adalah haram dalam Islam seperti firman-Nya: Dan hari (kiamat) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman): ‘Wahai golongan jin (syaitan), sesungguhnya kamu banyak (menyesatkan) manusia’, lalu berkatalah sahabat mereka dari golongan manusia: ‘Wahai Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian kami sudah mendapat kesenangan dari sebahagian yang lain (jin) dan kami sampai kepada masa yang Engkau tentukan bagi kami (hari pengadilan). (Allah berfirman): Neraka itulah tempat diam kamu sedang kamu kekal didalamnya, kecuali kalau Allah menghendaki (yang lain)’ .Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
(al-An’aam: 128).
Untuk melindungi diri gangguan pengamal saka ini eloklah kalau dapat diamalkan beberapa potong ayat al-Quran dan wirid yang ma’thur yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Yakinlah jika diri seseorang itu sudah ada pendindingnya, pasti makhluk yang jahat tidak dapat menembusinya.
Banyakkan membaca ayat-ayat suci al-Quran terutamanya ayat 97 dan 98 dari surah al-Mukminun.







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Rosak amal kerana hasad

Hasad itu berpunca dari perasaan dendam sedangkan dendam berpunca dari kemarahan yang timbul dari hati seseorang. Hasad akan mendatangkan berbagai-bagai penyakit dan boleh menghilangkan pahala amalan seseorang. Ini ditegaskan oleh Nabi SAW dalam sabdanya yang bermaksud: Penyakit hasad boleh memakan (pahala amal) kebaikan seperti api memakan kayu api (Riwayat Abu Daud & Ibnu Majah). Dalam satu hadis, Baginda ada menyatakan semua penyakit yang berpunca dari hasad iaitu sabdanya bermaksud: Janganlah kamu berdengki dan jangan berputus hubungan rahim dan jangan kamu bermusuhan dan bercerai atau berpecah belah. Hasad itu akan lahir terhadap sesuatu nikmat sekiranya perasaan tersebut ingin menghilangkannya (nikmat itu) dari saudaranya maka itulah yang dinamakan hasad dengki. Tetapi sekiranya perasaan itu tidak ingin hilangkan nikmat tersebut dari saudaranya tetapi ingin mendapat sama sepertinya sahaja maka itu yang dinamakan ghibtah (bersaingan) dan keadaan ini tidak dilarang atau dicela malah disuruh agama sebagaimana sabdanya bermaksud: tidak harus hasad (bersaing) melainkan pada dua orang, satu mereka yang dikurniakan ilmu Quran lalu dia beramal dan mengajar dengannya dan satu lagi mereka yang dikurniakan harta kekayan lalu berinfaq untuk jalan kebaikan dengannya (Riwayat Syaikhan).
Di mana yang pertama (hasad) jelas haram dan tidak dibenarkan, dan yang kedua disuruh dan dibenarkan. Bagi menghilangkan perasaan hasad dengki, maka perlulah seseorang itu memahami agamanya kerana hasad itu boleh membahayakan dirinya bukan saudara yang dibencinya. Malah dengan hasad tersebut kita akan bertambah hina di sisi Allah sedangkan saudara yang kita benci dan dengki itu akan bertambah darjat dan pahalanya. Ini kerana kebaikan kita selama ini akan dihadiahkan kepadanya mengikut kadar perasaan dengki tersebut. Dan biasanya hasad dengki ini didorong oleh sifat takbur dan ingin mengatasi saudara kita. Sesungguhnya orang yang takbur itu tidak akan dimasukkan ke dalam syurga Allah sebagai mana sabda nabi bermaksud: tidak akan masuk syurga siapa yang ada dalam hatinya sifat takbur ini (Riwayat Bukhari dan lain-lain).
Daripada Anas ra. katanya: satu hari kami berada bersama Rasulullah saw lalu Baginda bersabda katanya: sekejap lagi akan muncul ikut jalan ini seorang dari ahli syurga kata Anas ra. Sekejap muncullah seorang lelaki dari kaum Ansor yang masih basah janggutnya dari kesan wuduknya dan bila besok hari Baginda ulangi sabdanya lagi maka muncul orang yang sama. Dan pada hari ketiga Baginda ulangi lagi perkataannya itu dan muncullah lelaki yang sama. Dan bila nabi berlalu pergi, Abdullah bin Amru ra. mengikuti lelaki tersebut dan mohon untuk bermalam di sisinya lalu dibenarkan, Abdullah pun bermalamlah di rumah lelaki tersebut selama tiga malam dan didapatinya lelaki tersebut tidak pernah bangun berjaga dan beribadat pada malam tersebut selain bila dia beralih dari tempat tidurnya dia berzikir kepada Allah dan tak ada bangun untuk solat fajar dan tidak berkata-kata selain kebaikan sahaja. Dan bila selesai tiga malam itu, lalu Abdullah menceritakan sabda Rasul mengenai lelaki tersebut. Dan katanya aku lihat kamu biasa sahaja dan tidak melakukan amal atau apa-apa keistiwewaan pun. Aku ingin tahu apakah sebabnya kamu mendapat kelebihan tersebut. Maka jawab lelaki tadi: itulah apa yang kamu lihat dan tidak ada yang lain cuma aku tidak menaruh sebarang perasaan hasad dengki kepada seorang dari saudara islam, yang mendapat sebarang nikmat yang dikurniakan kepadanya (Riwayat al-Bazzar dan dikatakan sahih atas syarat Bukhari dan Muslim).
Ertinya kebersihan hati dari sebarang penyakit hati itu merupakan satu keistimewaan pada pandangan agama yang menyebabkan seseorang itu akan dimasukkan kesyurga. Wallahualam







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.


Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya

setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah,
dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua
orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu
ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan
akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu

eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi
pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Shalat Dhuha, Shalat Rezeki

"Ya Allah, jika rezeki untuk kami berada di langit, turunkanlah, dan jika berada dalam bumi, keluarkanlah, dan jika sulit, mudahkanlah, dan jika haram, halalkanlah, dan jika berada jauh dekatkanlah".

Meski mengaku sering bolong-bolong, Hanawijaya, direktur pada sebuah bank syariah di ibu kota, gemar melakukan ibadah shalat Dluha. Ibadah sunnah yang sejak mahasiswa di Institut Pertanian Bogor (IPB) dilakukan, bagi Hanawijaya, mendatangkan ketenangan dan ketentraman dalam bekerja.

''Jujur saja, saya masih suka bolong-bolong shalat Dluha. Kayaknya kita sombong banget kalau nggak sempat mengerjakan. Masak sih untuk dua rakaat saja kita tidak punya waktu untuk berkomunikasi dengan Yang Maha Kuasa?
Padahal, manfaatnya penting banget. Kita lebih enjoy dan enteng dalam bekerja,'' ungkap Hanawijaya kepada Republika Rabu (2/5).

Dengan melakukan ibadah shalat Dluha, tutur Hanawijaya lebih lanjut, manusia mendapatkan bimbingan dan arahan bagaimana seharusnya mencari rizki. ''Shalat Dluha itu menurunkan tensi kita sehingga bekerja lebih tenang. Kita juga sering mendapatkan inspirasi dan ide-ide yang menarik, sering pula mendapatkan terobosan yang menarik jika selesai shalat Dluha,'' ujarnya.

Ketua Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia KH Cholil Ridwan mengungkapkan Rasulullah SAW melaksanakan shalat Dluha. Hikmah dari ibadah shalat Dhuha adalah untuk dimudahkan dalam mencari rezeki yang halal. ''Mereka yang melakukan shalat Dhuha, mendapatkan petunjuk dan bimbingan dari Allah SSWT setiap kali hendak keluar rumah, apakah ia mau bekerja, berdagang maupun kegiatan usaha lainnya.''

Ulama asal Bogor Prof Dr KH Didin Hafidluddin mengatakan paling tidak ada tiga hikmah dari shalat Dhuha. Pertama, bukti dari syukur kita kepada Allah SWT, karena hari itu kita masih bisa melakukan suatu kegiatan yang sesuai dengan ketentuan Allah SWT. Kedua, shalat Dluha selalu mendorong kita untuk terkait dengan ketentuan Allah SWT karena itu tidak mungkin kita mencari harta yang tidak halal atau di luar ketentuan Allah SWT, tidak mungkin kita menipu, korupsi dan kegiatan buruk lainnya.

Shalat Dhuha, kata dia, juga menguatkan komitmen dan ketauhidan kita, dan pengakuan bahwa hanya Allah-lah satu-satunya sumber rezeki. "Orang yang rajin shalat Dluha, selain dimudahkan rezekinya, hidupnya juga sangat mulia. Ia sangat disegani orang, karena tak pernah minta-minta kecuali kepada Allah SWT,'' ujar Didin.

Pimpinan Majelis Az-Zikra UstadZ Muhammad Arifin Ilham mengatakan shalat Dhuha merupakan salah satu shalat sunah yang utama. ''Shalat Dhuha merupakan shalat rezeki, doanya pun merupakan doa rezeki,'' tandas Ustadz Arifin Ilham kepada Republika.

Ia lalu menyitir doa seusai shalat Dhuha, penggalannya sebagai berikut, ''Ya Allah, jika rezeki untuk kami berada di langit, turunkanlah; dan jika berada di dalam bumi, keluarkanlahl; dan jika sulit, mudahkanlah; dan jika haram, halalkanlah; dan jika berada jauh, dekatkalah.'' ''Ini merupakan doa yang luar biasa. Allah adalah Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki), Al-Ghaniyyu (Mahakaya), dan Al-Mughniyyu (Maha Memberikan Kekayaan). Di tangan Allah, segala urusan rezeki. Jadi, kita diajarkan oleh Allah untuk minta rezeki, bukan kekayaan. Kita diajarkan minta rezeki yang banyak dan halal,'' tegas Arifin Ilham.

Karena itu, kata Arifin, selayaknya kita selalu berusaha menjaga shalat Dhuha. ''Tak ada alasan meninggalkan shalat Dhuha. Kalau shalat Tahajjud, orang masih bisa beralasan tidak sempat shalat karena kesiangan. Sedangkan shalat Dhuha, apa alasan kita meninggalkannya? Hanya ada dua alasan orang tidak shalat Dhuha, yakni tidak paham keutamaan shalat Dhuha dan malas,'' tegas Arifin Ilham.

Setiap Muslim, kata Arifin, butuh shalat Dhuha. ''Betapa tidak? Sedangkan kita semua butuh rezeki. Dan shalat Dhuha dilakukan pada jam rezeki. Karena itu, walaupun sifatnya sunnah, shalat Dhuha jangan ditinggalkan,'' tuturnya.

Sewaktu menimba ilmu di Ponpes Darunnajah, Jakarta, tingkat Tsanawiyah, Arifin dan tujuh kawannya senantiasa mendawamkan shalat Dhuha. Mereka menyebut diri mereka sebagai Ashabud Dhuha. ''Alhamdulillah, delapan berkawan ini semuanya jadi orang berhasil. Arifin saja yang hanya tamat S-1, sedangkan yang lainnya tamat S-2 atau S-3,'' ungkap Arifin Ilham.

Wasallam








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

KAABAH ENGGAN BERGERAK

Selasa lalu (26 Ogos) saya menaiki motosikal menuju ke Karak Setia untuk menyampaikan kuliah Maghrib di masjid kampong berkenaan. Kereta rosak dan bermalam di pusat servis. Sebab itu saya terpaksa naik motor walaupun langit gelap.
Ketika melalui ' Karak Highway ' hujan mula turun setitis demi setitis.Saya teruskan juga perjal ana n. Makin lama hujan makin lebat. Baju dan seluar saya basah. Akhirnya saya ambil keputusan untuk berpatah balik. Saya balik ke rumah dan mandi.
Walaupun tidak berjaya dalam misi dakwah pada malam itu, saya tidak mahu malam itu kosong tanpa pengisian. Saya lantas pergi ke surau berhampiran untuk mengikuti kuliah bul ana n yang disampaikan oleh ulama' tersohor di negeri ini iaitu Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman.
Ketika saya sampai di situ, tok guru dah mula kuliah. Beliau menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf.
Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. M ana kala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang.
Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.
Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka ker ana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka. Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.
Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka.Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Tawaf Haji

Tawaf bermaksud mengelilingi kaabah sebanyak tujuh pusingan bermula dari hajar aswad dan berakhir pada tempat yang sama dengan syarat-syaratnya.
Tawaf haji juga dikenali sebagai tawaf ifadhah. Waktu untuk melakukan tawaf bermula dengan berlalunya separuh malam 10 Zulhijjah. Waktu afdal melakukannya pula adalah pada 10 Zulhijjah setelah melontar Jamratul Kubra dan bergunting.
Syarat-syarat Tawaf
Bagi memastikan tawaf sah jemaah dikehendaki memenuhi beberapa syarat. Syarat-syarat berikut adalah:
*Bermula dan berakhir dari Rukun Hajarul Aswad
*Suci daripada hadas besar dan kecil.
*Menutup aurat.
*Sentiasa mengirikan kaabah semasa tawaf
*Suci Badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis.
*Tawaf mesti dilakukan dalam masjidil haram dan di luar binaan kaabah, Hijir Ismail dan Syazarwan.
*Mengerjakannya semata-mata tujuan tawaf.
*Tawaf mestilah cukup tujuh pusingan.
Sunat-sunat Tawaf
Di samping itu di sana terdapat beberapa perkara yang sunat dilakukan semasa tawaf. Di antaranya adalah:
*Berjalan kaki
*Berittiba bagi kaum lelaki dengan meletakkan bahagian tengah kain selendang di bahagian bawah ketiak kanan. Kedua bahagian penghujungnya pula di atas bahu sebelah kiri dengan bahagian bahu sebelah kanannya terbuka (bagi yang berpakaian ihram).
*Mengucup Hajar Aswad pada permulaan setiap pusingan tawaf. Jika sukar untuk mengucup jemaah boleh melambai dengan tangan kanan dan mengucup tangan tersebut sambil mengucapkan takbir.
*Melakukan ramal yakni berlari-lari anak pada pusingan pertama, kedua dan ketiga bagi tawaf yang diiringi dengan saie (lelaki sahaja).
*Istilam Rukun Yamani atau mengisyarat tapak tangan dari jauh disertai membaca takbir tanpa mengucup tangan.
*Muwalat iaitu mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali pusingan secara berturut-turut.
*Melakukan tawaf dengan tawaduk dan khusyuk.
*Sembahyang sunat tawaf dua rakaat di belakang Makam Ibrahim setelah selesai melakukan tawaf.
*Berzikir, membaca al-Quran atau membaca doa tawaf.
Jenis-jenis Tawaf
Di samping tawaf rukun haji terdapat beberapa jenis tawaf lagi yang ada kaitan dan perlu diketahui oleh para jemaah.
* Tawaf Qudum
Tawaf Qudum ialah tawaf selamat datang. Tawaf ini dilaksanakan oleh mereka yang hendak mengerjakan haji qiran dan ifrad.
* Tawaf Sunat
Tawaf sunat ialah tawaf yang dikerjakan pada bila-bila masa. Selain itu tawaf tahiyatul bait atau tawaf menghormati kaabah juga termasuk dalam tawaf sunat.
* Tawaf Rukun Haji
Tawaf yang mesti dilakukan oleh jemaah haji dalam sebarang keadaan, sekiranya tidak dilakukan sama ada sengaja atau tidak maka tidak sempurnalah hajinya.
* Tawaf Nazar
Tawaf yang mesti ditunaikan oleh seseorang apabila ia berniat nazar pada sesuatu yang dihajatinya.
* Tawaf Wada’
Tawaf Wada’ ialah tawaf selamat tinggal. Ia wajib dikerjakan bagi mereka yang hendak keluar meninggal kota Mekah lebih dari dua marhalah.
* Tawaf Tahallul
Tawaf Tahallul ialah tawaf yang mesti dikerjakan oleh mereka yang telah berniat mengerjakan haji tetapi terluput atau tidak sempat berwuquf di padang Arafah. Tujuan tawaf ini ialah untuk melepaskan orang tersebut dari ihram hajinya.
* Peringatan
Tawaf boleh juga dilakukan dengan menaiki usungan atau kereta sorong asalkan bahu kiri sentiasa menghala kejurusan Kaabah.
Semua tawaf hendaklah dimulakan dengan niat kecuali tawaf rukun haji, tawaf rukun umrah dan tawaf qudum bagi jemaah yang menunaikan haji ifrad atau qudum.
*Saie Haji
Saie adalah pergi ulang-alik sebanyak tujuh kali di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah dengan syarat-syaratnya.
Syarat-Syarat Saie
Saei yang sah adalah memenuhi beberapa syarat iaitu:
* Dilakukan selepas mengerjakan tawaf yang sah.
Tawaf Qudum untuk Haji Ifrad atau Haji Qiran.
Tawaf Haji
* Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit
Marwah.
* Cukup tujuh kali dengan yakin. Dikira dari Safa
ke Marwah satu pusingan dan dari Marwah ke Safa
satu pusingan.
* Hendaklah sampai ke penghujung tempat saie di
Bukit Safa dan Bukit Marwah, pada setiap pusingan
saie.
* Hendaklah melakukan saie di Batnul Wadi
(tempat termaklum)
* Tidak berniat lain yang boleh memesongkan
tujuan saie.
Sunat-sunat Saie
* Keluar ke tempat saie melalui pintu Safa (Babul
As-Safa)
lMenaiki Bukit Safa dan Bukit Marwah sehingga sampai ke batu-batu bukit yang asal.
* Menghadap kiblat dan melambai kedua-dua
tangan sambil bertakbir semasa berada di Bukit Safa
dan Bukit Marwah.
* Muwalat (Berturut -turut)
* Bagi kaum lelaki, lakukan ramal yakni berlari-lari
anak apabila berada di kawasan antara dua lampu
hijau
* Berjalan kaki.
* Dalam keadaan berwuduk
* Bercukur/Bergunting
Bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai rambut di kepala, bagi lelaki dan wanita. Tujuannya ialah untuk membebaskan diri dari pantang larang ihram.
Waktu bergunting atau bercukur adalah dengan berlalunya separuh malam 10 Zulhijjah. Biasanya jemaah akan menunaikan ibadat bergunting setelah selesai melontar jamratul Kubra di Mina.
Sunat-sunat bercukur/bergunting
*Bagi kaum lelaki, adalah afdal bercukur kesemua rambut.
*Bagi kaum wanita, memadailah bergunting tiga helai seruas jari.
*Bagi mereka yang tidak mempunyai rambut, adalah sunat melalukan mata pisau di atas kepala.
*Mulakan cukuran atau guntingan dari sebelah kanan ke sebelah kiri dengan mengadap kiblat, diiringi dengan bacaan doa semasa bercukur sambil memegang rambut di kepala.
Peringatan
*Masa waktu melontar Jamrah Al-Aqabah, Bercukur/Bergunting, Tawaf Haji dan Saie Haji (jika belum dilakukan sesudah Tawaf Qudum) ialah selepas berlalu separuh malam 10 Zulhijjah.
*Tertib dari kebanyakan rukun
Rukun haji yang keenam adalah tertib pada kebanyakan rukun. Rukun-rukun haji tersebut hendaklah dikerjakan mengikut urutan dan tertib pada kebanyakan rukun.
Tertib pada kebanyakan rukun bermaksud tidak sah wuquf kecuali didahului oleh niat ihram haji, tidak sah tawaf kecuali setelah berwuquf dan tidak sah saie kecuali setelah tawaf ifadhah atau tawaf qudum.
Contoh tertib mengikut kebanyakan rukun
* Niat ihram mendahului rukun-rukun yang lain
* Wuquf mendahului Tawaf Haji
* Saie Haji boleh dikerjakan sebelum Wuquf dan Tawaf Haji bagi yang menunaikan Haji Qiran atau Haji Ifrad
* Tawaf dan bercukur/bergunting boleh dilakukan selepas wuquf dan setelah berlaku separuh malam 10 Zulhijjah. Jemaah boleh melakukan mana-mana dahulu.
Penutup
Ibadat haji adalah di antara kemuncak pengabdian diri sesaorang kepada Allah.Ia berkaitan mengorbankan masa, tenaga, perasaan dan harta ke jalan Allah. Justeru, para jemaah hendaklah benar-benar memahami segala-gala yang berkaitan dengan ibadat tersebut agar dapat melaksanakannya dengan sempurna.
Memahami rukun-rukun haji adalah perkara asas dalam menunaikan haji. Semoga kita tidak tergolong dari segelintir jemaah yang menunaikan haji tanpa persiapan ilmu yang mencukupi







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Perceraian berlaku jika lelaki salah guna kuasa sebagai ketua keluarga diamanahkan Allah

SEJAK kebelakangan ini kita sering membaca di media mengenai keruntuhan rumah tangga masyarakat Islam yang bukan saja berlaku di kalangan masyarakat bawahan malah orang berada juga tidak dapat lari daripada masalah ini.

Keruntuhan rumah tangga juga tidak terhad kepada mereka yang tiada didikan agama, malah orang yang mendapat pendidikan agama juga sering terjerat dalam polemik ini.
Walaupun umat Islam berlumba-lumba mengerjakan kebaikan seperti bersedekah, membuat kebajikan dan mengambil berat kepada orang lain, sebahagiannya alpa mengerjakan kebaikan kepada orang yang hampir dengan kita.

Rasulullah SAW lebih utama melakukan kebaikan kepada orang yang hampir kepada kita seperti keluarga, sanak, jiran tetangga dan mereka di sekeliling kita.

Perkara ini dapat dilihat daripada beberapa hadis Rasulullah yang menerangkan pentingnya memperlakukan isteri dengan sebaik-baiknya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: Seorang mukmin yang imannya paling sempurna adalah yang akhlaknya paling baik.

"Sebaik-baik kamu adalah yang baik terhadap isterinya."

Jelas daripada dua hadis yang dinyatakan di atas, ketinggian kedudukan isteri di samping suami.

Hakikat ini perlu disedari suami kerana sebahagian mereka mengambil mudah peranan isteri dan menganggap isteri perlu patuh kepada segala kehendak suami tanpa mengambil kira perasaan dan kehendak isteri sendiri.
Kuasa ketua keluarga diberikan kepada suami, namun kuasa berkenaan perlu ditadbir secara adil dengan mengambil kira kemampuan, kesusahan dan juga kehendak isteri.

Jika kuasa ini tidak dijalankan dengan sempurna, tentu akan mengundang polemik antara suami isteri terbabit.

Suami yang tidak menjalankan kuasa dengan sempurna tentu akan dipertanggungjawabkan atas kegagalannya.

Kuasa sebenarnya bukan suatu keistimewaan tetapi lebih kepada tanggungjawab yang hendak digalas dengan sempurna.

Dalam Islam, apabila keistimewaan diberikan kepada seseorang, ia sebenarnya disertakan dengan tanggungjawab. Lebih besar keistimewaan diberikan lebih besar sebenarnya tanggungjawab dibebankan kepada seseorang.

Antara tanggungjawab suami adalah memberi nafkah kepada isteri dan anak. Suami tidak kedekut membelanjakan wangnya untuk kebajikan isteri dan anak.

Kesimpulannya, seorang suami perlu menghargai apa yang dilakukan isterinya dalam membentuk rumah tangga bahagia. Suami perlu mengutamakan kebajikan keluarga berbanding dengan orang lain.

Suami juga bertanggungjawab mendidik isteri dengan cara yang dianjurkan oleh agama.

Isteri pula harus akur bahawa suami adalah ketua keluarga dan wajib mematuhi arahan suami selagi tidak bertentangan dengan Hukum Syarak.







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Di Kala Iman Tergoda

Matahari telah tergelincir. Seorang lelaki terlihat bersegera menuju masjid ketika adzan zuhur dikumandangkan dari sebuah masjid kampus. Lelaki itu berwudhu dan menunaikan solat nawafil. Lalu ia menjadi makmum di shaff terdepan. Solat wajib ia laksanakan dengan ruku' dan sujud yang sempurna. Setelah solat tak lupa ia memuji nama Tuhannya dan memanjatkan doa untuk dirinya, ibu, ayahnya dan untuk ummat Muhammad saw yang sedang berjihad fii sabilillah.

Sebelum menuju kelas untuk kuliah, lelaki itu sempat bersalam-salaman dengan beberapa jamaah lain. Dengan raut wajah yang bersahaja, ia sedekahkan senyuman terhadap semua orang yang ditemuinya. Ucapan salam pun ditujukannya kepada para akhwat yang ditemuinya di depan masjid.

Lelaki yang bernama Ali itu kemudian segera memasuki ruang kelasnya. Ia duduk di bangkunya dan mengeluarkan buku berjudul "Langitpun Tergoncang'. Buku berkisar tentang hari akhirat itu dibacanya dengan tekun. Sesekali ia mengerutkan dahi dan dan sesekali ia tersenyum simpul.

Ali sangat suka membaca dan meyukai ilmu Allah yang berhubungan dengan hari akhir kerana dengan demikian ia dapat membangkitkan rasa cinta akan kampung akhirat dan tidak terlalu cinta pada dunia. Prinsipnya adalah "Bekerja untuk dunia seakan hidup selamanya dan beribadah untuk akhirat seakan mati esok."

Sejak setahun belakangan ini, Ali selalu berusaha mencintai akhirat. Sunnah Rasululah saw ia gigit kuat dengan gigi gerahamnya agar tak terjerumus kepada bid'ah. Ali selalu menyibukkan diri dengan segala Islam. Ia sangat membenci sekularisme kerana menurutnya, sekularisme itu tidak masuk akal. Bukankah ummat Islam mengetahui bahwa yang menciptakan adalah Allah swt, lalu mengapa mengganti hukum Tuhannya dengan hukum ciptaan dan pandangan manusia? Bukankah yang menciptakan lebih mengetahui keadaan fitrah ciptaannya?

Allah swt yang menciptakan, maka sudah barang tentu segala sesuatunya tak dapat dipisahkan dari hukum Allah. Katakan yang halal itu halal dan yang haram itu haram, kerana pengetahuan yang demikian datangnya dari sisi Allah.

Sementara Ali membaca bukunya dengan tekun, dua mahasiswi yang duduk tak jauh dari Ali bercakap-cakap membicarakan Ali. Mereka menyukai sekali, Ali yang amat tampan dan juga pintar, namun belum mempunyai kekasih, padahal banyak mahasiwi cantik di kampus ini yang suka padanya. Tapi tampaknya Ali tidak ambil peduli. Sikapnya itu membuat para wanita menjadi penasaran dan justru banyak yang ber-tabarruj di hadapannya. Kedua wanita itu terus bercakap-cakap hingga lupa bahwa mereka telah sampai kepada tahap ghibah.

Ali memang tak mahu ambil tahu tentang urusan wanita kerana ia yakin jodoh di tangan Allah swt. Namun tampaknya iman Ali kali ini benar-benar diuji oleh Allah SWT.

Ali menutup bukunya ketika pensyarah telah masuk kelas. Tampaknya sang pensyarah tak sendirian, di belakangnya ada seorang mahasiswi yang kelihatan malu-malu memasuki ruang kelas dan segera duduk di sebelah Ali. Ali merasa belum pernah melihat gadis ini sebelumnya. Saat pensyarah mengabsen satu persatu, tahulah Ali bahwa gadis itu bernama Nisa.

Tanpa sengaja Ali memandang Nisa. Jantungnya berdegup keras. Bukan lantaran suka, tapi kerana Ali selalu menundukkan pandangan pada semua wanita, sesuai perintah Allah SWT dalam Al Qur'an dan Rasulullah saw dalam hadits. "Astaghfirullah…!", Ali beristighfar.

Pandangan pertama adalah anugerah atau lampu hijau. Pandangan kedua adalah lampu kuning. Ketiga adalah lampu merah. Ali sangat khawatir bila dari mata turun ke hati kerana pandangan mata adalah panah-panah iblis.

***

Pada pertemuan kuliah selanjutnya, Nisa yang sering duduk di sebelah Ali, kian merasa aneh kerana Ali tak pernah menatapnya kala berbicara. Ia lalu menanyakan hal itu kepada Utsman, teman dekat Ali. Mendengar penjelasan Utsman, tumbuh rasa kagum Nisa pada Ali.

"Aku akan tundukkan pandangan seperti Ali", tekad Nisa dalam hati.

Hari demi hari Nisa mendekati Ali. Ia banyak bertanya tentang ilmu agama kepada Ali.

Kerana menganggap Nisa adalah ladang da'wah yang potensial, Ali menanggapi dengan senang hati.

Hari berlalu… tanpa sengaja Ali memandang Nisa. Ada bisikan yang berkata, "Sudahlah pandang saja, lagipun Nisa itu tidak terlau cantik.. Jadi mana mungkin kamu jatuh hati pada gadis seperti itu" Namun bisikan yang lain muncul, "Tundukkan pandanganmu. Ingat Allah! Cantik atau tidak, dia tetaplah wanita." Ali gundah. "Kurasa, jika memandang Nisa, tak akan membangkitkan syahwat, jadi mana mungkin mata, pikiran dan hatiku ini berzina."

Sejak itu, Ali terus menjawab pertanyaan-pertanyaan Nisa tentang agama, tanpa ghadhul bashar kerana Ali menganggap Nisa sudah seperti adik… , hanya adik.

Ali dan Nisa kian dekat. Banyak hal yang mereka diskusikan. Masalah ummat maupun masalah agama. Bahkan terlalu dekat…

Hampir setiap hari, Ali dapat dengan bebas memandang Nisa. Hari demi hari, minggu demi minggu, tanpa disadarinya, ia hanya memandang satu wanita, NISA! Kala Nisa tak ada, terasa ada yang hilang. Tak ada teman diskusi agama…, tak ada teman berbicara dengan tawa yang renyah.., tak ada…wanita. Lub DUBB!!! Jantung Ali berdebar keras, bukan kerana takut melanggar perintah Allah, namun kerana ada yang berdesir di dalam hati…kerana ia… mencintai Nisa.

Bisikan-bisikan itu datang kembali… "Jangan biarkan perasaan ini tumbuh berkembang. Cegahlah semampumu! Jangan sampai kamu terjerumus zina hati…! Cintamu bukan kerana Allah, tapi kerana syahwat semata."
Tapi bisikan lain berkata, "Cinta ini indah bukan? Memang indah! Sayang sekali jika masa muda dilewatkan dengan ibadah saja. Bila lagi kamu dapat melewati masa kampus dengan manis. Lagipula jika kamu berpacaran kan secara sihat, secara Islami.. 'Benar juga.."

Ali mengangguk-anggukkan kepalanya. "Manalah ada pacaran Islami, bahkan hatimu akan berzina dengan hubungan itu. Matamu juga berzina kerana memandangnya dengan syahwat. Hubungan yang halal hanyalah pernikahan. Selain itu tidak!!! Bukankah salah satu tujuan pernikahan adalah untuk mengubur zina?", bisikan yang pertama terdengar lagi.

Terdengar lagi bisikan yang lain, "Terlalu banyak aturan! Begini zina, begitu zina. Jika langsung menikah, bagaimana jika tidak sesuai? Bukankah harus ada beramah-mesra dulu agar saling mengenal! Apatah lagi kamu baru kuliah tahun pertama. Nikah susah!"

Terdengar bantahan, "Benci kerana Allah, cinta kerana Allah. Jika pernikahanmu kerana Allah, Insya Allah, Dia akan redha padamu, dan akan tenteram keluargamu. Percayalah pada Tuhan penciptamu! Allah telah tentukan jodohmu. Contohlah Rasululah SAW, hubungan beliau dengan wanita hanya pernikahan."

Bisikan lain berkata. "Bla.., bla.., Ali,… masa muda.., masa muda…, jangan sampai disia-siakan, rugi!"

Ali berfikir keras. Kali ini imannya benar-benar dilanda godaan hebat. Syaitan telah berhasil memujuknya dengan perangkapnya yang selalu berjaya sepanjang zaman, iaitu wanita.

Ali mengangkat gagang telefon. Jari-jarinya bergetar menekan nomor telepon Nisa. "Aah.., aku tidak berani." Ali menutup telefon.
Bisikan itu datang lagi, "Menyatakannya, lewat surat saja, supaya romantis…!" "Aha! Benar! " Ali mengambil selembar kertas dan menuliskan isi hatinya. Ia bercadang akan memberikan kepada teman rapat Nisa. Jantung Ali berdebar ketika dari kejauhan ia melihat Nisa terlihat menerima surat dari temannya dan membaca surat itu.

***

Esoknya, Utsman mengantarkan surat balasan dari Nisa untuk Ali, sembari berkata, "Nisa hari ini sudah pakai jilbab, dia jadi cantik lho. Sudah jadi akhawwat!"

Ali terkejut mendengarnya, namun rasa penasarannya membuatnya lebih memilih untuk membaca surat itu terlebih dahulu daripada merenungi ucapan Ustman tadi. Ali membaca surat itu dengan sungguh-sungguh. Ia benar-benar tak menyangka akan penolakan yang bersahaja namun cukup membuatnya merasa ditampar keras. Nisa menuliskan beberapa ayat dari Al Qur'an, isinya :

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." (QS. An Nuur : 30)

"Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati."(QS. Al Mu'minuun : 19).

Ali menghela nafas panjang… Astaghfirullah… Astaghfirullah… Hanya ucapan istighfar yang keluar dari bibirnya. Pandangan khianatku sungguh terlarang. Memandang wanita yang bukan muhrim. Ya Allah… kami dengar dan kami taat. Astaghfirullah…

(Judul asli: "Kala Iman Tergoda", dengan sedikit pembetulan. Pernah diterbitkan di Bulletin Biru SMUNSA Bogor No. 01/I/23 Shafar 1421 H)








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Keberatan maut dan ke`ngeri`an nya

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Maan ahabba liqaa Allah, anabballahu liqaa'ahu wamam karina liqaa Allahi karihallahu liqq'ahu bermaksud: Siapa yang suka bertemu kepada Allah, maka Allah suka menerimanya dan siapa yang tidak suka bertemu kepada Allah, Allah juga tidak suka menerimanya.

Seseorang mukmin bila dalam sakaratul maut, mendapat khabar gembira bahawa ia diridhoi Allah s.w.t. dan akan mendapat syurga, maka ia lebih suka segera mati daripada terus hidup, maka Allah s.w.t. menyambutnya dengan limpahan kurnia rahmatNya dan sebaliknya orang kafir ketika melihat siksa Allah s.w.t. yang akan diterimanya, ia akan menangis dan enggan (tidak suka) mati dan Allah s.w.t. juga menjauhkannya dari rahmat dan akan menyiksanya.

Sufyan Atstsauri berkata: "Hadis ini tidak bererti bahawa kesukaan mereka untuk bertemu kepada Allah s.w.t. itu yang menyebabkan Allah s.w.t. kasih kepada mereka, bahkan bererti kesukaan mereka untuk bertemu dengan Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. kasih kepada mereka. Sebagaimana ayat Yuhibbuhum wayuhibbunahu (yang bermaksud) Allah kasih kepada mereka, maka mereka cinta kepada Allah juga. Juga didalam hadis: Idza ahabballahu abdan syagholahu bihi (yang bermaksud) Jika Allah kasih kepada seorang hamba, maka disibukkan dengan dzikir dan selalu ingat kepadanya."

Ketika Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa siapa yang tidak suka bertemu kepada Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. tidak suka bertemu kepadanya. Sahabat berkata: "Ya Rasulullah, kita semua tidak suka mati." Jawab Rasulullah s.a.w. "Bukan itu, tetapi seorang mukmin bila akan mati datang Malaikat yang membawa khabar gembira kepadanya apa yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. sebaliknya orang kafir jika akan mati datang Malaikat yang mengancamnya dengan siksaan Allah s.w.t., yang akan dihadapi sehingga ia tidak suka bertemu kepada Allah s.w.t."

Abul-Laits dengan sanadnya dari Jabir r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Hadditsu an Bani Isra'il wala haraj, fa innahum qaumun qad kaana fahimul a'aajib (yang bermaksud) Kami boleh bercerita tentang bani Isra'il, dan tidak ada dosa, kerana pada mereka telah terjadi berita-berita yang aneh-aneh (ganjil-ganjil).

Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. menceritakan: Terjadi serombongan Bani Isra'il keluar sehingga sampai diperkuburan, lalu mereka berkata: "Andaikata kita sembahyang disini kemudian berdoa kepada Tuhan supaya keluar salah seprang yang telah mati disini lalu menerangkan kepada kami bagaimana soal mati, maka sembahyanglah mereka kemudian berdoa, tiba-tiba ada orang telah menonjolkan kepalanya dari kuburan berupa hitam, lalu bertanya: "Hai kaum, apakah maksudmu, demi Allah saya telah mati sejak sembilan puluh tahun yang lalu, maka hingga kini belum hilang juga rasa pedihnya mati kerana itu berdoalah kamu kepada Allah untuk mengembalikan aku sebagaimana tadi, padahal orang itu diantara kedua matanya ada tanda bekas sujud."

Abul-Laits berkata: "Siapa yang yakin akan mati maka seharusnya bersiap sedia menghadapinya dengan melakukan amal yang soleh (baik) dan meninggalkan amal kejahatan (dosa), sebab ia tidak mengetahui bilakah datangnya mati itu kepadanya, sedang Nabi Muhammad s.a.w. telah menerangkan pada umatnya supaya mereka benar-benar bersiap-siap untuk menghadapinya dan supaya mereka sanggup sabar dan tabah menghadapi penderitaan dunia, sebab penderitaan dunia ini jauh lebih ringan dibandingkan dengan siksaan akhirat sedang maut itu termasuk dari siksaan akhirat."

Abdullah bin Miswar Al-Hasyimi berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: "Saya datang kepadamu supaya kau ajarkan kepadaku ilmu-ilmu yang ganjil." Ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w.: "Kau telah berbuat apa terhadap pokok ilmu? Orang itu bertanya: "Apakah itu pokok ilmu?" Nabi Muhammad s.a.w. bertanya: "Apakah kau telah mengenal Tuhan Azzawajalla.? Jawabnya: "Ya." Nabi Muhammad s.a.w. bertanya lagi: "Maka apakah yang telah kau kerjakan pada haknya?" Jawabnya: "Masyaallah. (Yakni apa yang dapat dikerjakan). Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Laksanakan itu sebenar-benarnya, kemudian kamu kembali untuk saya ajarkan kepadamu ilmu yang ganjil-ganjil." Kemudian setelah beberapa tahun ia datang kembali maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepadanya: "Letakkan tanganmu didadamu (hati), maka apa yang kau tidak suka untuk dirimu, jangan kau lakukan terhadap saudaramu sesama muslim, dan yang kau suka untuk dirimu, lakukanlah sedemikian terhadap saudaramu sesama muslim, dan ini termasuk dari ghoro ibul ilmi (ilmu yang ganjil-ganjil)." Nabi Muhammad s.a.w. menjelaskan bahawa persiapan untuk maut itu termasuk pokok dari ilmu, kerana itu harus diutamakan sebelum lain-lainnya.

Abdullah bin Miswar berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. membaca ayat yang berbunyi: Faman yaridillah an yahdiyahu yasy-rah shadrahu lil islam, waman yurid an yudhillahu yaj'al shadrahu dhayyigan harajan, ka' annama yash-sh'adu fissamaa'i. (yang bermaksud) Maka siapa yang dikehendaki mendapat hidayat, dilapangkan dadanya untuk menerima Islam, dan siapa yang dikehendaki oleh Allah kesesatan maka menjadikan dadanya sempit sukar, bagaikan akan naik kelangit. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Nur Islam jika masuk kedalam hati maka lapanglah dada." Nabi Muhammad s.a.w. lau ditanya: "Apakah ada tandanya?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Ya, menjauh dari tempat-tempat tipuan dan condong pada tempat yang kekal dan bersiap-siap menghadapi maut sebelum tibanya."

Ja'far bin Barqaan dari Maimun bin Mahran berkata bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. ketika menasihati seseorang bersabda yang bermaksud: "Pergunakanlah lima sebelum tibanya lima, Mudamu sebelum tu amu, sihat mu sebelum sakit mu, longgar mu (kelapangan) sebelum sibuk mu, kaya mu sebelum kekurangan mu (miskin) dan hidup mu sebelum mati mu."

Dalam pelajaran ini Nabi Muhammad s.a.w. telah menghimpunkan ilmu yang banyak, sebab seseorang dewasa akan dapat berbuat apa yang tidak dapat dilakukan sesudah tua, pemuda jika biasa berbuat dosa, sukar baginya menghentikannya jika telah tua, maka seharusnya seorang pemuda membiasakan dirinya berbuat baik dimasa muda supaya ringan baginya melakukannya apabila telah tua. Demikian pula ketika sehat sebelum sakit, seharusnya masa sehat itu digunakan untuk lebih rajin berbuat amal soleh, sebab jika telah sakit pasti lemah badannya dan kurang kekuasaan dalam mempergunakan harta kekayaannya. Demikian dimasa luang sebelum sibuk, yakni diwaktu malam yang lapang, sedang diwaktu siang sibuk, kerana itu hendaklah sembahyang malam dan puasa siang terutama dimusim dingin sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. : "Musim dingin itu keutungan bagi seorang mukmin, panjang malamnya maka digunakan untuk sembahyang, dan pendek siangnya maka digunakan puasa."

Dalam lain riwayat: "Malam itu panjang maka jangan kau singkat dengan tidurmu, dan siang itu terang maka jangan kau gelapkan dengan dosa-dosamu." Demikian pula gunakan kesempatan masa kaya dan cukup sebelum masa berkurang dan miskin, yakni dimasa kau masih merasa serba kecukupan dan tidak berhajat kepada apa yang ditangan orang. Dan terutama masa hidup sebelum mati, sebab tiap detik dari hidupmu itu sebagai permata yang sangat besar harganya bila kau gunakan benar-benar untuk kesejahteraan dunia dan akhiratmu.

Ada peribahasa Persia yang demikian ertinya: Jika kau masih kecil bermain bersama anak-anak kecil dan bila telah remaja lupa kerana banyak hiburan, lalu bila tua lemah dan tidak kuat, maka bilakah akan beramal untuk Allah s.w.t, sebab bila telah mati tidak akan dapat berbuat apa-apa bahkan semua amal perbuatan telah terhenti, kerana itu harus kau gunakan benar-benar masa hidup untuk segala sesuatu yang akan membawa keselamatan dunia akhirat, dan bersiap-siap menghadapi maut yang sewaktu-waktu akan tiba kepadamu.

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. melihat Malaikat Maut didekat kepala seorang sahabat Anshar, maka Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya: "Kasihanilah sahabatku kerana ia seorang mukmin." Jawab Malaikat Maut: "Terimalah khabar baik hai Muhammad, bahawa aku terhadap tiap mukmin sangat belas kasihan, demi Allah, ya Muhammad, aku mencabut roh seorang anak Adam, maka bila ada orang menjerit dari keluarganya, aku katakan: "Mengapa menjerit, demi Allah kami tidak berbuat aniaya dan tidak mendahului ajalnya, maka kami tidak ada salah dalam mencabut rohnya, maka bila kamu rela dengan hukum Allah kamu mendapat pahala, dan jika kamu murka dan mengeluh kamu berdosa, dan kamu usah mencela kami, sebab masih akan kembali maka berhati-hatilah kamu. Dan tiada penduduk rumah batu atau bambu, kain bulu didarat atau laut melainkan aku perhatikan wajahnya tiap kali lima kali, demi Allah ya Muhammad andaikan aku akan mencabut roh nyamuk tiada dapat kecuali bila mendapat perintah dari Allah s.w.t. untuk mencabutnya."

Abu Said Alkhudri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. melihat orang-orang yang tertawa maka Baginda s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Andaikan kamu banyak ingat mati yang menghapuskan kelazatan, nescaya kamu tidak sempat sedemikian." "Sesungguhnya kubur itu adakalanya sebagai kebun dari kebun-kebun syurga atau salah satu jurang neraka."

Umar r.a. berkata kepada Ka'ab: "Terangkanlah kepada kami tentang maut." Ka'ab berkata: "Maut itu bagaikan pohon berduri dimasukkan kedalam tubuh anak Adam, maka tiap duri berkait dengan urat, lalu dicabut oleh seorang yang kuat sehingga dapat memutuskan apa yang terputus, dan meninggalkan apa yang masih tinggal."

Sufyan Atstsauri jika ingat mati, maka ia tidak berbuat apa-apa sampai beberapa hari, bahkan jika ditanya masalahnya, ia hanya menjawab: "Tidak tahu." Seorang hahim berkata: "Tiga macam yang tidak layak dilupakan oleh seorang yang sihat akalnya iaitu rosaknya dunia dan perubahan-perubahannya, dan maut, dan kerosakan-kerosakan apa yang didunia, yang tidak dapat dielakkan."

Hatim al-Asham berkata: "Empat macam yang tidak dapat menilai dan merasakannya kecuali empat iaitu HARGA (NILAI) KEPEMUDAAN tidak diketahui kecuali oleh orang yang telah tua, HARGA KESIHATAN tidak diketahui benar-benar oleh orang kecuali oleh orang-orang yang sakit, HARGA KESELAMATAN tidak dapat diketahui kecuali oleh orang-orang yang kena bala dan HARGA NILAI HIDUP tidak diketahui benar-benar kecuali oleh orang-orang yang telah mati."

Abul-Laits berkata: "Keterangan ini sesuai dengan hadis yang tersebut iaitu: Jagalah lima sebelum tibanya lima lawannya."

Abdullah bin Amr bin Al-Ash berkata: "Ayahku sering berkata: "Saya hairan kepada orang yang sihat akal dan lidahnya ketika dihinggapi maut mengapa tidak suka menerangkan sifat maut itu." Kemudian ia dalam sakaratul maut itu sedang masih sedar akalnya saya berkata kepadanya: "Ayah, kau dahulu hairan terhadap orang yang sihat akal dan lidahnya mengapa tidak menceritakan tentang hal maut?" Jawab Amr: "Anakku, maut itu sangat ngeri dan dahsyat, tidak dapat disifatkan tetapi saya akan menrangkan sedikit kepadamu, demi Allah s.w.t., ia bagaikan bukit Radhwa diatas bahuku, sedang rohku seakan-akan keluar dari lubang jarum, sedang dalam tubuhku seplah-olah ada pohon berduri, sedang langit seakan-akan telah rapat dengan bumi sedang saya ditengah-tengahnya. Hai puteraku, sebenarnya aku telah mengalami tiga masa, pertama saya kafir dan berusaha benar untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w., maka alangkah celaka diriku sekiranya aku mati pada masa itu. Kkedua, kemudian aku mendapat hidayat sehingga masuk Islam dan sangat cinta pada Nabi Muhammad s.a.w. sehingga saya selalu diangkat menjadi pemimpin pasukan yang dikirimnya, alangkah bahagianya sekiranya saya mati ketika itu, nescaya saya akan mendapat berdoa restu Nabi Muhammad s.a.w., kemudian ketiga, kami sibuk dengan urusan dunia, kerana itu saya tidak ketahui bagaimana keadaanku disisi Allah s.w.t." Abdullah berkata: Maka saya tidak bangun dari tempatnya sehingga mati disaat itu. Rahimahullah."

Syaqiq bin Ibrahim berkata: "Orang-orang sependapat dengan aku dalam empat macam tetapi perbuatan mereka berlawanan. Pendapat aku yang pertama mereka mengaku hamba Allah tetapi berbuat seperti orang yang merdeka bebas, mereka mengaku Allah s.w.t. menjamin rezeki tetapi hati tidak tenang bila tidak ada kekayaan ditangan mereka, mereka mengaku akhirat lebih baik dari dunia tetapi mereka hanya mengumpulkan harta untuk dunia semata-mata dan mereka mengaku pasti mereka akan mati tetapi berbuat seperti orang yang tidak akan mati."

Abud-Dardaa atau Salman Alfarisi atau Abu Dzar r.a. berkata: "Tiga macam mengkagumkan aku sehingga aku tertawa, dan tiga yang menyedihkan aku hingga aku menangis, adapun yang mentertawakan aku ialah, orang yang panjang angan-angan hidup padahal ia dikejar oleh maut, dan sama sekali tidak memikirkan akan mati, orang yang lupa terhadap maut padahal maut tidak lupa padanya dan orang yang tertawa padahal ia belum mengetahui apakah Allah s.w.t. ridha padanya ataupun murka. Adapun yang menangiskan aku ialah berpisah dengan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. dan kawan-kawannya, memikirkan dahsyatnya maut bila tiba saatnya dan memikirkan kelak bila berhadapan kepada Allah s.w.t., akan diperintahkan kemana aku ini, apakah ke syurga atau keneraka."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Andaikan binatang-binatang itu mengetahui tentang mati sebagaimana yang kamu ketahui nescaya kamu tidak dapat makan daging binatang yang gemuk selamanya."

Abu Hamid Allafaf berkata: "Siapa yang sering ingat mati, maka dimuliakan dengan tiga macam iaitu segera bertaubat dan terima terhadap rezeki (tidak tamak) dan tangkas beribadat. Sedangkan yang selalu lupa akan mati, terkena akibat tiga macam juga iaitu menunda-nunda taubat, tamak dalam rezeki dan malas beribadat."

Nabi Isa a.s. biasa menghidupkan orang mati, maka ditegur oleh orang kafir dengan berkata: "Kau hanya dapat menghidupkan orang yang baru mati, kemungkinan belum mati benar orang itu, maka cuba hidupkan orang yang dulu-dulu itu." Nabi Isa a.s. pun berkata: "Kamu pilih sendiri siapa yang kamu minta saya hidupkan." Mereka berkata: "Hidupkan Sam bin Nuh a.s.." Lalu nabi Isa a.s. pergi kekuburnya dan disana didirikan sembahyang dua raka'at dan berdoa kepada Allah s.w.t. maka Allah s.w.t. menghidupkan Sam bin Nuh a.s. dalam keadaan rambut dan janggutnya telah putih, maka ditanya oleh Nabi Isa a.s.: "Mengapa kamu berubah padahal pada waktu kamu mati dahulu belum ada uban?" Jawab Sam bin Nuh a.s.: " Ketika aku dengar panggilan untuk keluar aku kira hari kiamat kerana itu rambutku langsung menjadi putih kerana ketakutan." Lalu ditanya lagi: :Berapa lama kamu matu?" Jawab Sam: "Sejak empat ribu tahun yang lalu dan belum hilang rasa pedihnya maut!"

Tiada seorang mukmin mati melainkan ditawarkan kepadanya kembali hidup didunia, tetapi ia menolak kerana beratnya sakaratul maut, kecuali orang yang mati syahid, mereka tetap ingin hidup kembali didunia untuk berperang dan mati syadih lagi, sebab mereka tidak merasakan sakitnya sakaratul maut, juga kerana merasakan kebesaran kehormatan orang yang mati syahid disisi Allah s.w.t.

Ibrahim bin Ad'ham ketika ditanya: "Mengapakah kau tidak mengajar?" Jawabnya: "Saya masih sibuk dengan empat macam, bila selesai urusan empat macam itu saya dapat mengajar." Ditanya lagi: "Apakah yang empat macam itu?" Jawabnya: "Saya sedang memikirkan yaumul mistaq ketika Allah s.w.t. menentukan Anak Adam. Mereka ini untuk syurga dan mereka ini untuk neraka, saya tidak mengetahui termasuk golongan yang mana satu. Saya juga memikirkan kejadian manusia ketika diperut ibunya ketika akan diberi roh dan Malaikat disuruh mencatat untung atau celaka, sayapun tidak mengetahui dari golongan manakah saya, saya juga memikirkan nanti dimasa malakulmaut datang kepadaku lalu bertanya kepada Allah s.w.t.: Apakah roh orang ini digolongkan orang muslimin atau bersama orang kafir, sayapun belum mengetahui bagaimana jawab Allah s.w.t. kepada malaikat itu dan yang terakhir saya memikirkan tentang ayat yang berbunyi Wan tazul yauma ayyuhal mujrimum. (Yang bermaksud) Berpisahlah kamu hari ini hai orang yang derhaka. Saya belum mengetahui dalam golongan manakah saya ini."

Abul-Laits berkata: "Sungguh untung orang -orang yang diberi Allah s.w.t. pengertian dan disedarkan dari kelalaian, dan dipimpin sehingga berfikir bagaimana akhirnya mati. Semoga Allah s.w.t. menjadikan penghabisan umur kami dalam kebaikan, serta mendapat khabar gembira, sebab orang mukmin pasti mendapat khabar gembira ketika maut, iaitu dalam ayat Innal ladziina qaalu robbunallahu tsummas taqaamu tatanazzalu alaihimul malaikatu alla takhaafu wala tahzannu, wa absyiru biljannatillati kuntum tuu'adun. Nahnu auliyaa'akum fil hayaatiddunya wafil akhiroti. (Yang bermaksud) Sesungguhnya orang-orang yang beriman, percaya benar-benar kepada Allah dan Rasullullah, kemudian tetap istiqomah dalam menunaikan kewajipan dan meninggalkan larangan istiqamah dalam kata dan perbuatannya mengikuti benar-benar sunnatur Rasul, maka akan datang kepadanya Malaikat menyampaikan khabar gembira. kamu jangan takut dan jangan susah, dan bergibaranlah kamu akan mendapat syurga yang dijanjikan, kepadamu. Sebagaimana diterangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Khabar gembira itu terdapat dalam lima bentuk:

· Untuk orang awam yang mukmin diberitahu: Jangan takut, kamu tidak akan kekal dalam neraka bahkan kamu tetap akan mendapat syafaat para Nabi-nabi dan orang-orang solihin, dan jangan sedih atau berduka atas kekurangan pahala dan kamu pasti masuk syurga.

· Untuk orang yang ikhlas: Kamu jangan khuatir, kerana amalmu telah diterima, dan jangan sedih terhadap kekurangannya pahala, kerana kamu pasti mendapat pahala berlipat ganda.

· Untuk orang-orang yang bertaubat: Kamu jangan khuatir terhadap dosa-dosamu, maka semua sudah diampuni, dan jangan sedih terhadap pahala, pasti kamu dapatkan atas amalmu sesudah taubat.

· Untuk orang-orang yang zahid. Kamu jangan khuatir mahsyar atau hisab, dan jangan berduka sebab akan dikurangi pahalamu yang berlipat-lipat ganda itu, dan terimalah khabar gembira bahawa kamu akan masuk syurga tanpa hisab.

· Untuk ulama yang mengajarkan kebaikan pada manusia. Kamu jangan takut dari dahsyat hari kiamat, dan jangan berduka sebab Allah s.w.t. akan membalas amalmu dengan syurga, juga orang-orang yang mengikuti jejakmu.

Dan sungguh untung orang yang mendapat berita gembira pada ketika matinya, sebab berita gembira hanya untuk orang mukmin yang baik amal perbuatannya maka turunlah Malaikat kepadanya lalu bertanya: "Siapakah kamu, kami tidak melihat muka yang lebih elok dari kamu dan yang lebih harum dari baumu?" Jawab Malaikat: "Kamu dahulu kawanku yang mencatat amalmu ketika didunia, dan kami juga menjadi kawanmu diakhirat."

Maka seharusnya bagi orang yang berakal sedar dari kelalaiannya, dan tanda kesedaran itu ada empat iaitu:

§ Mengatur urusan dunia dengan tenang dan merasa masih banyak waktu.

§ Memerhatikan urusan akhirat dengan cermat dan sungguh kerana merasa waktunya mendesak dan tidak dapat ditunda.

§ Mengatur urusan agama dengan rajin-rajin mencari ilmunya.

§ Bergaul dengan sesama makhluk dengan saling nasihat dan sabar, dan yang paling utama ialah orang yang mempunyai lima sifat iaitu:

§ (1)Tekun beribadat kepada Tuhan

§ (2)Sangat berguna terhadap sesama manusia

§ (3)Semua orang merasa aman dari gangguan

§ (4)Tidak iri terhadap orang lain

§ (5)Selalu bersiap untuk menghadapi maut.

Ketahuilah saudara bahawa kami dijadikan untuk mati, dan tidak dapat lari daripadanya. Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: Innaka mayyitun mainnahum mayyitun Engkau akan mati dan mereka juga akan mati. Dan Firman Allah s.w.t. Qul lan yanta'akumul firaaru in farartum minal mauti awil qatli katakanlah: (Yang bermaksud) Tidak akan berguna bagimu lari menghindari maut, jika kamu lari dari maut atau perang, kerana demikian keadaannya maka kewajipan seorang muslim harus siap-siap benar untuk maut sebelum tibanya. Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: Walan yatamannauhu abada in kuntum shadiqin (Yang bermaksud) Inginkanlah mati jika kau benar-benar dalam imanmu.Firman Allah s.w.t. lagi Walan yatamannauhu abada bima qoddammat aidihim.(Yang bermaksud) Dan mereka tidak akan ingin mati kerana mengetahui amal kejahatan dirinya.

Dalam kedua ayat ini maka nyatalah Allah s.w.t. menjelaskan bahawa seseorang yang benar-benar beriman dan ikhlas kepada Allah s.w.t. tidak gentar akan mati bahkan rindu kepada kematian untuk segera bertemu dengan Allah s.w.t. dan sebaliknya orang munafik, ia akan lari kerana merasakan amal perbuatannya sangat sedikit.

Abud-Dardaa r.a. berkata: "Saya suka kepada kemiskinan kerana itu sebagai tawadhu' merendah diri kepada Tuhanku, dan aku suka penyakit sebab itu sebagai penebus dosa, dan aku suka kepada kematian kerana rindu kepada Tuhanku."

Abdullah bin Mas'uud r.a. berkata: "Tiada seorang yang hidup melainkan mati itu lebih baik baginya, jika ia baik, maka firman Allah s.w.t. (Yang berbunyi) Wama indallahi khoirun lil abrar (Yang bermaksud) Apa yang disediakan oleh Allah lebih baik bagi orang yang bakti taat. Dan bila ia derhaka, maka friman Allah s.w.t. (Yang berbunyi) Inamma numli lahum liyazdadu itsma walahum adzabun muhim. (Yang bermaksud) Sesungguhnya Kami membiarkan mereka supaya bertambah dosa, dan untuk mereka bersedia siksa yang sangat hina.

Anas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Almautu rahitul mu'min (Yang bermaksud) "Mati itu bagaikan kenderaan seorang mukmin. Ibn Mas'ud r.a. berkata: Nabi Muhammad s.w.t. ditanya: "Siapakah mukmin yang utama dan yang manakah yang terkaya?" Rasullullah s.a.w. menjawab: "Yang terbaik budi akhlaknya, dan mukmin yang terkaya ialah yang banyak ingat mati dan baik persediaannya."

Nnabi Muhammassd s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang yang sempurna akal ialah yang selalu memeriksa dirinya dan beramal untuk bekal sesudah mati. Sedang yang bodoh ialah yang selalu menurutkan hawa nafsunya, dan mengharapkan pengampunan Allah."(Yakni tanpa amal).








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Mengumpat Yang DiBenarkan

Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan kepada kita 6 keadaan perbuatan mengumpat itu dibolehkan oleh Syarak.

Kesimpulannya adalah seperti berikut

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti Khalifah dan hakim ataupun kepada orang yang mempunyai kemampuan berkaitan dengan individu yang menzaliminya agar kezaliman itu akan dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat ( mendedahkan ) itu adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran "Si Fulan melakukan kemungkaran maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat atau pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.<

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang. Walaubagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan munkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Adapun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Tuesday, November 11, 2008

Budaya merendah diri bentuk masyarakat mesra, bersatu padu

SEBUAH keluarga diselimuti suasana damai atau masyarakat yang hidup dalam harmoni, sejahtera dan permai menjadi dambaan semua insan. Namun, jika masyarakat memiliki sifat bakhil, sombong, pasti suasana kehidupan seperti diharapkan itu tidak tercapai.

Oleh itu, setiap anggota masyarakat harus insaf hidup bermasyarakat perlu mempunyai sifat mahmudah yang ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan antara sifat terpuji itu ialah tawaduk. Tawaduk dari segi bahasa bermakna merendahkan diri, tidak angkuh atau sombong. Dari segi istilah membawa maksud tunduk dan akur kepada segala kebenaran dan menerima kebenaran itu.

Sifat tawaduk sinonim dengan keperibadian anbia, Rasulullah SAW dan sahabatnya. Inilah pakaian jiwa orang beriman dan taat dengan segala perintah Allah. Bagaimanakah mengenali tanda sifat tawaduk? Syeikh Ahmad Ibn ‘Athaillah dalam kitab al-Hikam menyenaraikan empat tanda iaitu:

l Tidak marah apabila dimaki.

l Tidak benci apabila dicela atau dituduh sombong.

l Tidak haloba pangkat dan darjat di kalangan orang ramai.
l Tidak rasa dirinya termasuk orang yang disegani dalam hati setiap orang.

Keempat-empat tanda dikemukakan di atas membuktikan sifat merendah diri lahir daripada keinsafan melihat kebesaran Allah dan sifat-Nya, bukan dibuat-buat atau lakonan semata-mata. Ekoran itu, apapun yang datang menggoda, dia tetap dengan tawaduknya kerana kefahaman yang sebati dalam batinnya meyakini merendah diri bukan menggambarkan kebodohan dan kelemahan seseorang bahkan Allah mengangkat darjatnya ke tempat yang tinggi di sisi-Nya..

Rasulullah SAW pernah mengungkapkan yang bermaksud: “Dan tidak ada seorang pun yang bersifat tawaduk kerana Allah melainkan Allah mengangkat darjatnya.” (Hadis riwayat Muslim dan At-Tarmizi) Namun ada masyarakat hari ini yang terpesong dalam memahami sifat tawaduk. Mereka hanya memahami tawaduk daripada aspek gaya bercakap lemah-lembut yang menyejukkan hati mendengarnya, bergaul ada batasannya, berpakaian menutup aurat walaupun lusuh dan jika mengambil makanan begitu tertib, berjalan mesti sopan dan tunduk ke bawah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “Dan hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredai-Nya) ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat daripada perkara yang tidak diingini.” (Surah al-Furqan, ayat 63) Mereka hanya faham sebatas itu saja. Dalam soal lain seperti muamalah, pentadbiran dan ekonomi mereka tidak mengikut acuan syariat Islam sebaliknya menurut telunjuk nafsu sendiri. Gambaran tadi sebenarnya amat jauh daripada mencapai tahap tawaduk.

Tawaduk yang menepati kehendak Islam mengikut Ibn Al-Qayyim ialah tawaduk kepada agama iaitu mematuhi segala perintah Allah, meyakini apa saja yang dibawa Rasulullah SAW.
Sifat tawaduk Rasulullah SAW sepanjang langkah kehidupannya amat mengagumkan. Walaupun Baginda berpangkat Rasul, mulia di kalangan masyarakat dan menjadi insan paling dikasihi Allah, baginda tidak segan dan sombong melakukan pekerjaan dilakukan orang bawahan seperti mengangkat batu ketika membina Masjid Madinah dan menggali parit dalam peperangan Khandaq.

Pada waktu lain, Rasulullah SAW menerima permohonan maaf daripada seseorang, menampung sendiri pakaiannya, menjahit kasutnya dan turut membantu kerja rumah ahli keluarganya. Begitu juga dalam kehidupan sahabatnya seperti Saidina Umar Al-Khattab, meskipun seorang khalifah, beliau berjalan kaki untuk suatu keperluan sehingga kepenatan. Keadaan itu dilihat seorang pemuda yang sedang menunggang himar.

Saidina Umar berkata kepadanya: “Wahai pemuda, bawa aku, aku benar-benar kepenatan”. Pemuda tadi turun dari kaldainya seraya mempersilakan Saidina Umar naik. Saidina Umar menolak dan cuma mahu menumpang di belakang pemuda itu hingga masuk kota Madinah dan orang melihatnya. Begitulah tawaduknya sahabat Nabi SAW. Jika tawaduk diterapkan dalam diri dan keluarga serta masyarakat tanpa mengira pangkat atau keturunan, tentu wujud masyarakat mesra dan bersatu.

Betapa cantik ajaran Islam dan tersiar syiar agama yang suci kerana dengan sifat tawaduk, orang akan hormat kepadanya serta mudah bergaul tanpa rasa malu serta takut. Pada dirinya tidak ada lagi kesombongan dan ingin menunjuk-nunjuk, marah dan merendahkan orang lain. Orang tawaduk dijanjikan Allah syurga seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya seberat zarah perasaan takbur (sombong).” (Hadis riwayat Muslim)

Kedudukan orang tawaduk sangat mulia dan tinggi di sisi Allah. Rasulullah SAW menggambarkannya dalam hadis bermaksud: “Tawaduk tidak menambah kepada seseorang kecuali ketinggian kerana itu bertawaduklah kamu, semoga Allah meninggikan darjatmu.” (Hadis riwayat Ibn Abu Ad-Dunya)

Demi menyempurnakan keperibadian dan mencapai tahap mukmin sejati, seseorang harus mengamalkan sifat tawaduk dalam kehidupan sehari-hari dan menjauhkan diri daripada sifat takbur, sombong dan ujub yang semua itu hanya mengundang kebencian masyarakat serta memecah belah kesatuan Islam.







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Tips Menghadapi Gelojak Nafsu

INSAN TELADAN
Wahai para pemuda! Saya kemukakan dua contoh yang besar mengenai kesucian dan budi pekerti luhur, agar dapat diikuti dan diteladani:

i) Nabi Yusof ‘Alaihissalam adalah seorang pemuda yang masih remaja, tampan dan kacak. Seorang wanita jelita yang berpangkat telah menggodanya di dalam sebuah bilik yang tertutup. Dengan kata lain, jalan-jalan untuk melakukan perkara yang terkeji itu telah terbuka seluas-luasnya, seperti mana yang dihikayatkan oleh al-Quran:

وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَنْ نَفْسِهِ وَغَلَّقَتْ الأَبْوَابَ وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ
Maksudnya:
“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu.”

Apakah pendirian Islam terhadap godaan seperti ini. Ia adalah fitnah yang mengabui pandangan?

Adakah jiwa Nabi Yusof ‘Alaihissalam menjadi lemah lalu berserah dan mengkhianati kehormatan yang diamanahkan kepadanya? Tidak sekali-kali, sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta‘ala telah berfirman:

قَالَ: مَعَاذَ اللَّهِ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ مَثْوَايَ إِنَّهُ لاَ يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya:
“Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memeliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.”

Isteri pembesar itu telah cuba membuat tipu-daya dan perancangan jahat. Ia menggunakan segala apa yang ada padanya sama ada dengan cara menggoda atau mengancam untuk melembutkan kekerasan Nabi Yusof ‘Alaihissalam dan menurunkannya dari tahta kemulian. Akhirnya wanita itu mengisytiharkan kepada suatu kumpulan wanita dengan perasaan sempit dada dan amat marah:

وَلَقَدْ رَاوَدتُّهُ عَنْ نَفْسِهِ فَاسْتَعْصَمَ وَلَئِنْ لَمْ يَفْعَلْ مَا آمُرُهُ لَيُسْجَنَنَّ وَلَيَكُونَ مِنَ الصَّاغِرِينَ
Maksudnya:
“Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi dari orang-orang yang hina.”

Akan tetapi, pemuda yang bernama Nabi Yusof ‘Alaihissalam menyerahkan dirinya kepada Allah Subhanahu wa ta‘ala secara total dengan memohon pertolongan dan perlindungan daripada Allah Subhanahu wa ta‘ala:

رَبِّ السِّجْنُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا يَدْعُونَنِي إِلَيْهِ وَإِلاَّ تَصْرِفْ عَنِّي كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ وَأَكُنْ مِنْ الْجَاهِلِينَ
Maksudnya:
“Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya.”

Itulah fitnah di antara hati seorang mukmin yang takutkan Allah dengan godaan dosa. Maka gagallah godaan dan menanglah keimanan.

ii) Seorang wanita pada zaman pemerintahan ‘Umar Ibn al-Khattab Radiallahu‘anhu, suaminya telah lama keluar pergi berjihad. Hati wanita itu amat merinduinya kerana tinggal bersendirian. Pelbagai bisikan mengancamnya. Darah kewanitaannya telah mulai memberontak. Keinginan nalurinya semakin memuncak. Tiada apa yang dapat menghalangnya dari melakukan perkara yang haram itu melainkan dinding keimanannya dan kesedaran pengawasan diri terhadap Allah. Pada suatu malam gelap gelita Saidina ‘Umar telah mendengar wanita itu bermadah:

لقد طال هذا الليل واسود جانبه
وأرقني ألا حبيب ألاعبه
فوالله لو لا الله تخشى عواقبه
لحرك من هذا السرير جوانبه
Maksudnya:
“Malam ini telah berpanjangan dan segenap penjurunya sangat gelap; namun amat menyedihkan aku kerana tiada kekasih yang dapatku bermanja dengannya.”
“Demi Allah, kalaulah tidak kerana takutkan balasan daripada Allah nescaya penjuru-penjuru katil ini akan bergoncang.”

Pada hari yang berikutnya, ‘Umar Radiallahu‘anhu menemui anak perempuannya Hafsah Ummul Mukminin seraya bertanya: “Berapa lamakah seorang isteri sanggup bersabar jika suaminya tiada di sisinya?” Beliau berkata: “Empat bulan”

Khalifah ‘Umar pun mengutuskan wakilnya kepada pemimpin-pemimpin tentera yang sedang berada di medan perang. Beliau menyuruh mereka agar tidak menghalang seorang tentera pun daripada berusua keluarganya lebih dari empat bulan.

Itulah fitnah di antara rasa ketakutan wanita mukminah kepada Allah dengan ransangan yang menarik kepada dosa dan maksiat. Akhirnya, ransangan itu tewas dan menanglah iman.

EMPAT PERKARA PILIHAN
Saya bawakan di sini kata-kata yang menarik oleh penulis agung Ustaz ‘Ali al-Tantawi. Ianya menggambarkan satu corak kesedaran Islam semasa kepada para pemuda. Suatu contoh yang unggul kepada orang yang mempunyai kefahaman yang mendalam dan ia adalah penawar yang menenangkan kerana terkandung di dalamnya kebenaran yang berhikmah dan pengajaran yang baik.

Beliau mengatakan di dalam risalahnya yang bertajuk: “Wahai Anakku”:-

Kenapa kamu menulis kepadaku secara tidak tegas dan malu-malu?

Adakah kamu menyangka kamu sahaja yang merasa kepanasan syahwat, dan tiada orang lain lagi yang meresa sedemikian?!

Tidak, wahai anakku, bertenanglah! Perkara yang engkau adukan bukanlah dialami oleh engkau sahaja, tetapi ia adalah penyakit yang menimpa semua orang muda. Sekiranya aku berpeluang menjampi untuk menghilangkan apa yang dialami oleh engkau, sedang engkau berusia tujuh belas tahun, sudah pasti telah lama aku menjampi mereka yang selain daripada engkau, sama ada mereka yang masih kecil atau telah besar. Malangnya, telah berlarutan gejala hilangnya dari mata mereka kelazatan rasa mengantuk, pelajar melarikan diri daripada pembelajaran, pekerja melarikan diri daripada pekerjaannya, dan peniaga melarikan diri daripada perniagaannya.

Apakah yang harus dilakukan oleh golongan muda dalam jangka usia seperti ini. Iaitulah usia membaranya api syahwat sehingga menggegarkan seluruh badan, yang membuatkan seseorang itu sentiasa resah dan gelisah.

Apakah yang mesti ia lakukan? Inilah masalahnya.

Sunnatullah dan tabiat diri mengatakan kepadanya: “Berkahwinlah.”

Manakala situasi masyarakat dan cara-cara pendidikan mengatakan: “Pilihlah salah satu daripada tiga perkara, semuanya adalah buruk. Awasilah yang keempat, janganlah kamu berfikir tentangnya; sedangkan ia adalah baik, iaitulah perkahwinan.”

i) Sama ada jiwa engkau melayani sangkaan-sangkaan yang tercetus dari naluri dan impian syahwat. Engkau memikirkannya berpanjangan, engkau menyuburkannya dengan cerita-cerita atau filem-filem lucah dan gambar-gambar pelacur. Semua itu menguasai diri, pendengaran dan penglihatan engkau. Ke mana sahaja engkau menjatuhkan pandangan, tiada lain yang engkau ternampak melainkan gambar-gambar yang menggoda dan menipu-daya. Ianya kelihatan di dalam buku ketika mana engkau membukanya. Ianya kelihatan di permukaan bulan ketika engkau memandangnya. Ianya kelihatan di ufuk merah, di kegelapan malam, di dalam mimpi sedar dan mimpi ketika tidur…

أريد لأنسى ذكرها فكأنما
تمثل لي بكل سبيل
Maksudnya:
“Aku ingin melupakannya dari ingatanku, tetapi ia menjelma kepadaku dengan pelbagai cara.”

Hal ini tidak berkesudahan sehinggalah ke peringkat berahi, gila seks dan mengidap penyakit jiwa.

ii) Ataupun kamu melakukan apa yang disebut sebagai ‘kebiasaan yang rahsia’ iaitulah melancap. Para ulama feqah dan penyair telah memperkatakan tentang perkara ini. Meskipun kesan buruknya paling ringan daripada tiga bahaya yang disebut di sini, jika seseorang itu melakukannya secara berlebih-lebihan ia akan merunsingkan diri, menyakitkan badan sehingga pemuda itu kelihatan seperti seorang yang sudah terlalu tua dan tersangat sedih, dan manusia akan melarikan diri daripadanya. Ia juga merasa takut untuk bertemu dengan orang, takut untuk hidup dan melarikan diri daripada cabaran hidup. Orang yang sebegini dianggap telah mati walaupun ia masih hidup.

iii) Ataupun kamu mendambakan diri di lembah kelazatan yang haram. Menyusuri jalan kesesatan. Bermalam di rumah pelacur. Merosakkan kesihatan, usia muda, masa hadapan dan agama dengan kelazatan yang palsu dan sementara. Dari itu, sijil yang ingin diperolehi gagal dicapai, tugas yang dicita-citakan gagal dilaksanakan, ilmu di dada pula tidak dapat ditambah. Tiada lagi faedah dari kekuatan dan usia muda yang ada untuk dijadikan bekal melaksanakan kerja sebagai manusia merdeka.

Dalam hal ini, janganlah kamu merasa telah puas. Tidak sekali-kali. Setiap kali kamu mendapat sesuatu yang kamu inginkan, kamu tamakkan suatu yang lain pula. Seperti orang yang minum air yang masin, ianya akan terus menambah dahaga. Sekiranya engkau telah berpuas dengan seribu wanita, kemudian kamu cintakan seorang lagi wanita lain, sedangkan ia ingin menjauhkan diri daripada engkau, nescaya engkaukan akan terus mengidamkannya dan merasa keperitan dengan kehilangannya, seperti apa yang dirasai oleh orang yang tidak pernah bertemu dengan wanita, walaupun sekali.

Seandainya engkau mendapat semua yang diidam-idamkan, engkau juga berkeupayaan dan mempunyai harta yang cukup, adakah jasad engkau terdaya melayani semuanya? Adakah kesihatan engkau berupaya menanggung segala tuntutan syahwat?

Pada saat itu, segala kekuatan jasad akan tersungkur. Berapa ramai mereka yang kuat perkasa dan telah menjadi jaguh dalam tinju, gusti, lontar jauh, lumba lari dan lain-lain; tewas setelah tunduk kepada syahwat dan terheret dengan ajakan naluri sehinggalah tiada lagi apa-apa kekuatan pada mereka.

Sesungguhnya di antara keajaiban hikmah Allah Subhanahu wa ta‘ala, setiap kebaikan diiringi dengan kebaikan dan kecergasan. Dan setiap kejahatan diiringi dengan kemunduran dan penyakit. Kemungkinan seorang yang tidak menjaga kesucian diri apabila menjangkau usia tiga puluh tahun, ia kelihatan seperti telah berusia enam puluh tahun. Manakala orang yang menjaga kesucian dirinya apabila menjangkau usia enam puluh tahun ia kelihatan seperti pemuda yang berumur tiga puluh tahun.

Antara pepatah orang Barat yang pernah kita dengar, sememangnya ia hak dan benar: “Sesiapa yang memelihara mudanya, maka tuanya akan memeliharanya.” Pepatah ini mengingatkan saya kepada apa yang telah diriwayatkan daripada salah seorang salafussoleh: “Kami telah memelihara anggota-angota ini pada waktu muda, maka Allah memeliharanya pada waktu tua.”

Saya merasakan seolah-olah anda berkata: “Ini adalah penyakit, apakah pula ubatnya?”

Ubatnya, ialah perlunya anda kembali kepada sunnatullah dan tabiat khusus pada sesuatu. Allah Subhanahu wa ta‘ala tidak mengharamkan sesuatu melainkan digantikan dengan suatu yang lain. Allah Subhanahu wa ta‘ala mengharamkan riba dan menghalalkan jual-beli. Allah mengharamkan zina dan menghalalkan perkahwinan. Maka, penawar yang sebenar ialah berkahwin.

Sekiranya, tidak mampu berkahwin, awasilah diri dengan menjaga kehormatan. Saya tidak ingin mengikat topik ini dengan istilah-istilah ilmu jiwa.


PERUMPAMAAN DIKEMUKAKAN OLEH SYEIKH ALI TANTAWI

Lihatlah cerek teh yang dipanaskan di atas api?!

Jika engkau menutup cerek itu dengan rapat lalu meletakkannya di atas api, nescaya wap panas yang terperangkap akan meledak. Sekiranya engkau menebuk lubang pada cerek itu, nescaya air akan meleleh keluar, akhirnya cerek akan terbakar. Apabila engkau sambungkan cerek itu dengan tangkai pemegang, ianya boleh dikawal dengan lebih elok dan selesa.

Keadaan pertama adalah perumpamaan orang yang menyembunyikan syahwat di dalam dirinya. Ia juga sentiasa berfikir dan termenung mengingatkannya.

Keadaan kedua adalah perumpamaan orang yang mengikut jalan yang sesat dan memuaskan dirinya dengan kelazatan yang haram.

Keadaan ketiga adalah perumpamaan orang yang menjaga kehormatan diri. Orang yang menjaga kehormatan diri ialah orang yang menghargai tenaga rohani, akal, hati dan jasadnya. Ia menggunakan segala kekuatan yang tersimpan sepenuhnya. Ia mengeluarkan tenaga yang ada untuk menuju kepada Allah, memperbanyakkan ibadat, membiasakan diri dengan pekerjaan dan menumpukan perhatian membuat kajian. Ia juga menggunakan tenaga jasadnya untuk aktif dalam melakukan latihan kesukanan dan juga latihan pendidikan agama.

Seseorang insan itu – wahai anakku – menyintai dirinya sendiri. Ia tidak mendahulukan orang lain daripada dirinya. Apabila ia berdiri di hadapan cermin dan melihat kebulatan dua belah bahunya, ketegapan dadanya, dan kekuatan dua tangannya; ia merasakan kekuatan tubuh-badannya yang setanding ahli sukan lebih ia sukai dari setiap jasad wanita. Ia tidak ingin mempersia-siakannya dengan menghilangkan kekuataan dan melemahkan otot-otot sehingga tinggal kulit dan tulang sahaja; demi kerana pemudi yang bermata hitam atau bermata biru.

Inilah ubatnya: Perkahwinan adalah penawar yang sempurna. Jika ia tidak mampu berkahwin, maka menjaga kehormatan diri adalah penawar sementara. Tetapi ia adalah penawar yang kuat, bermanfaat dan tidak memudharatkan.

Manakala apa yang diperkatakan oleh mereka yang lalai dan ahli perosak: Penawar penyakit masyarakat adalah membiasakan pergaulan bebas dua jenis jantina sehinggalah hilang ketajaman syahwat. Mereka mencadangkan supaya dibuka kelab-kelab awam agar tiada lagi rumah-rumah pelacur yang tersembunyi. Ini adalah ‘cakap kosong’. Kaum kuffar seluruhnya telah mencuba pergaulan bebas, tetapi tiada apa yan bertambah selain syahwat dan fasad. Sekiranya kita membenarkan kelab-kelab awam dibuka, ia perlu diperluaskan untuk semua golongan muda. Jika begitu, di bandar Kaherah sahaja perlu wujud sepuluh ribu pelacur. Kerana di Kaherah terdapat seratus ribu orang muda sekurang-kurangnya.

Sekiranya kita mengharuskannya kepada pemuda maka mereka tidak perlu lagi berkahwin. Apakah pula yang perlu dilakukan kepada pemudi? Adakah perlu kita membuka kelab-kelab awam yang terdapat di dalamnya pelacur-pelacur lelaki untuk mereka?

Demi Allah, itulah ‘cakap kosong’, wahai anakku!

Apa yang mereka luahkan itu bukanlah lahir dari akal tetapi dari bisikan hati. Mereka tidak ingin membaik-pulih akhlak, membangunkan kaum wanita, mengembangkan tamadun, membangkitkan semangat kesukanan dan membentuk kehidupan yang sempurna. Itu hanyalah ucapan yang diluahkan. Setiap hari direka lafaz yang baru. Ia menjadi momokan manusia hasil daripada propaganda yang mereka lakukan. Apa yang mereka mahukan hanyalah mengeluarkan anak-anak perempuan dan saudara-saudara perempuan kita agar jasad mereka yang zahir dan yang tersembunyi menjadi hidangan mata para pemuda. Seterusnya, mereka merasai keenakan yang halal dan haram. Para pemuda menemani para pemudi secara bersendirian ketika bermusafir. Mereka juga menginginkan kaum lelaki menghadiri majlis tari menari bersama kaum wanita di dalam pelbagai majlis. Sebahagian ibu bapa terpedaya dengan dakyah seperti ini, lalu menggadai maruah mereka agar dikenali sebagai orang yang bertamadun.

Oleh itu, kamu hendaklah berkahwin, wahai anakku. Sekiranya engkau masih lagi belajar dan tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin, maka berpegang-teguhlah kepada Allah dengan mentakutiNya, ‘menenggelamkan’ diri dengan ibadat, belajar, kesenian dan sukan. Ia adalah penawar yang terbaik.

Wahai pemuda dan pemudi!!

Inilah satu-satunya jalan penyelesaian bagi masalah seksual yang kamu hadapi. Berwaspadalah kamu dengan dakyah-dakyah yang dibuat oleh golongan yang mendakwa memperjuangkan kemajuan. Mereka menghias perkara mungkar dan mengindahkan maksiat. Mereka telah mengatakan: Sesungguhnya penyelesaian bagi masalah mendidik naluri ialah dengan pergaulan bebas sejak kecil atau memuaskan kehendak naluri dengan cara yang haram.

Sebenarnya mereka mengatakan suatu yang mereka sendiri tidak fahami dan berbangga dengan suatu yang mereka tidak ketahui. Tanpa disedari, mereka adalah pelaksana perancangan Yahudi dan Salib dan pakatan jahat Freemason dan Komunis. Mereka cuba menarik para pemuda dan pemudi di dalam masyarakat Islam ke kancah maksiat dan kebebasan mutlak. Untuk apakah mereka lakukan semua ini?

Mereka ingin menjauhkan pemuda Islam dari barisan-barisan pejuang dan panji-panji jihad.

Mereka ingin menundukkan kepala pemuda Islam kepada kekuasaan taghut dan zalim.

Mereka juga ingin pemuda Islam bertepuk tangan dan mengalu-alukan apa jua slogan yang dilaungkan, dan menerima pemerintahan mulhid (Tidak bertuhan) atau kufur terhadap Allah Subhanahu wa ta‘ala.

Mereka ingin menjadikan pemuda Islam sebagai binatang ternakan yang diseret dengan tongkat penguasa durjana.

Awasilah – wahai para pemuda – daripada dakyah-dakyah yang menipu ini. Bentengilah diri dengan kesabaran. Ikatlah hati kamu dengan Allah Subhanahu wa ta‘ala. Letakkan mahkota kemuliaan Islam di atas kepala kamu. Tolak secara total segala seruan kebebasan mutlak yang pincang dan keangkuhan mulhid. Dengarlah apa yang difirmankan oleh Allah Subhanahu wa ta‘ala di dalam al-Quran yang diturunkan:

وَلاَ تَتَّبِعُوا أَهْوَاءَ قَوْمٍ قَدْ ضَلُّوا مِنْ قَبْلُ وَأَضَلُّوا كَثِيرًا وَضَلُّوا عَنْ سَوَاءِ السَّبِيلِ
Maksudnya:
“Janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul.”

PERUMPAMAAN DI DALAM SYAIR IMAM BUSAIRI

Siapakah kiranya yang dapat menolongku untuk mengawal keganasan nafsuku, seperti kuda yang garang itu dapat dikawal dengan tali hidungnya.

Maka janganlah engkau sekali-kali mengharapkan nafsu itu dapat dikalahkan dengan memperturut kehendaknya, bagaikan makanan tidak akan dapat memuaskan nafsu makan, bahkan ia akan ketagihan bila diberi makan.

Nafsu itu tak ubahnya seperti anak kecil yang masih menyusu. Kalau ia dibiarkan ia akan terus menyusu sampai ke tua. Tetapi jika engkau berhentikan, ia akan berhenti.

Maka kendalikanlah hawa nafsumu dan jangan diberikan kesempatan kepadanya untuk menguasai engkau, kerana jika ia berkuasa sudah pasti ia akan membuta dan menulikan.

Jagalah nafsumu baik-baik walaupun ia telah berlegardalam ruang ketaatan, kerana bila sudah menguasai suasana ia akan mengosongkan tujuan ketaatan. Maka janganlah engkau lengah dari mengawasinya.

Berapa banyak ia telah menipu orang. Ia menyajikan makanan yang kelihatannya segar, padahal di dalamnya ada racun yang membunuh. Bukankah racun itu selalunya diletakkan pada makan yang lemak-lemak (sedap).








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Haji, suatu 'perjalanan kerinduan'

IBADAH haji adalah ibadah yang paling fundamental atau asas dalam agama Islam. Ketika Nabi Muhammad SAW menyebutkan 'struktur' bangunan Islam, maka baginda meletakkan ibadah haji sebagai bahagian yang tidak terpisah.
Dalam al-Quran, Allah berfirman yang bermaksud: "Padanya terdapat tanda- tanda yang nyata (diantaranya) makam Ibrahim; barangsaiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang- orang yang mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah". (Surah Ali-Imran ayat 97).
Haji dan umrah sememangnya menyimpan rahsia tersendiri yang sukar difahami secara lahiriah. Ibadah haji, sebagaimana erti harfiahnya adalah berjalan dengan tujuan tertentu, yakni kerana Allah. Satu 'perjalanan kerinduan' untuk mencari dan menggapai keredaan Allah SWT. Meskipun tidak semua orang mempunyai tujuan yang sama dalam melaksanakan ibadah ini, namun biasanya orang yang melakukan haji tujuannya ingin 'bertemu' dengan Allah, dengan kapasitinya yang berbeza-beza.
Orang yang datang dengan iman tebal akan menemukan kebahagiaan tersendiri saat berada di sekitar Mekah dan Madinah, terutama saat-saat dia 'menyapa' Allah di hadapan Kaabah. Sementara orang yang kurang imannya juga mengalami pengalamannya tersendiri ketika berada di bawah naungan Allah di tirai Kaabah tersebut.
Banyak kisah yang kita dengar di mana seseorang mendapatkan jawapan dari kesulitannya saat dia menunaikan haji. Misalnya di mana sebelum ini mereka tidak mendapat anak, namun apabila pulang dari mengerjakan haji, mereka memperoleh anak. Ada sesetengahnya sulit atau sukar dalam menentukan pasangan hidupnya, namun pulang dari Tanah Suci mereka bertemu jodoh; malah ada yang sakit, kemudian sembuh dan sebagainya.
Bagi mereka yang imannya kuat, dia 'menemukan' Allah di sana. Doanya dikabulkan, hatinya diisi kegembiraan, dapat merasakan manisnya berdoa, nikmatnya melakukan solat, damainya jiwa dan segala bentuk kenikmatan psikologi dan spiritual yang tidak mudah untuk dikisahkan secara verbal. Namun, itulah berkat yang diperoleh daripada mengerjakan haji sama ada kecil atau besar, semuanya anugerah Allah.
Di antara 'rahsia' ibadah haji yang diperintahkan kepada kita adalah untuk mengingat kembali pengalaman Nabi Ibrahim as. yang begitu besar jasa dan pengorbanannya dalam menyebarkan fahaman tauhid.
Salah satu pengorbanan Ibrahim as adalah ketika baginda diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya Ismail yang amat dikasihi dan dicintainya, Meskipun perintah ini amat berat, namun demi melaksanakan perintah Allah, Ibrahim as bersedia mengorbankan puteranya dan menganggap segalanya itu adalah ujian daripada Allah SWT untuk menguji sejauh mana keimanannya terhadap Maha Pencipta.
Perintah
Setelah Ibrahim benar-benar ingin melaksanakan perintah dan Ismail telah dibaringkan untuk disembelih serta pisau telah diletakkan di lehernya, datanglah seruan daripada Allah yang bermaksud: Ibrahim, cukuplah, kamu sudah membuktikan dirimu sebagai orang yang setia kepada Tuhan! (Surah Al-Shaffat ayat 104-105).
Inilah sebesar-besar pengorbanan yang didasarkan pada keikhlasan kerana Allah SWT.
Kedalaman makna ibadah haji tidak dapat difahami dengan baik dan jelas, malah akan menimbulkan kekeliruan jika kita tidak memahami siapa Nabi Ibrahim as dan keistimewaannya. Hakikatnya ibadah tersebut amat berkaitan dengan pengalaman rohani Nabi yang mulia dan agung itu.
Haji seperti inilah yang disebut haji mabrur. Haji yang sangat mulia dan amat bernilai dan oleh hal yang demikian itu, ia menjadi harapan setiap orang yang beriman; yang secara umumnya, kata mabrur bererti baik. Dalam surah Ali-Imran ayat 92, al-Quran mengggunakan kata 'birr': Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (al-birr) kecuali kamu mendermakan sebahagian dari hartamu yang kamu cintai. 'Di sinilah kebajikan kepada sesama manusia. Inilah hakikat ajaran Islam, yang memang dirancang untuk memperkuat hubungan manusia dengan Allah dan sekali gus hubungan dengan sesama manusia.
Terdapat tiga keistimewaan Nabi Ibrahim yang tidak dimiliki oleh nabi dan manusia lain, yang sekaligus dicerminkan dalam ibadah haji.
Pertama: Ibrahim menemui Tuhan melalui pencarian dan pengalaman rohani. Kedua, melalui baginda, kebiasaan mengorbankan manusia sebagai tumbal (korban untuk memperoleh sesuatu yang lebih baik) dibatalkan oleh Allah SWT. Ini bermaksud bukan kerana manusia itu terlalu mahal untuk pengorbanan itu. Justeru apabila panggilan Ilahi tiba, tiada satupun yang mahal.Ini semua kerana rahmat dan kasih Tuhan.Dan yang ketiga,nabi Ibrahim adalah satu-satunya nabi yang bermohon agar diperlihatkan bagaimana Tuhan menghidupkannya yang mati, dan permohonan tersebut dikabulkan oleh-Nya.Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 260 yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika nabi Ibrahim merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati." Allah berfirman yang bermaksud "Adakah Engkau belum percaya (kepada Kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan(aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "Jika demikian, ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincangkanlah semuanya). Setelah itu letakkanlah diatas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu, nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah maha kuasa lagi maha bijaksana,''.
Allah Yang Maha Esa, kemanusiaan dan keyakinan akan adanya hari Akhirat adalah makna-makna yang amat dalam dari setiap amalan ibadah haji. Tanpa menghayatinya, ibadah tersebut tidak banyak erti dan maknanya bagi jiwa manusia. Dengan keyakinan itu, lahir keyakinan tentang persamaan dan bahawa semua manusia sama darjatnya dari segi kemanusiaannya. Ini dicerminkan melalui kewajipan memakai pakaian ihram, kerana 'pakaian biasa' seringkali menggambarkan status manusia.
Demikianlah, betapa besar janji Allah tentang ibadah haji ini dan betapa mulianya orang yang mendapatkan kesempatan melakukannya. Kita yang mampu memang diwajibkan berhaji sekurang-kurang sekali seumur hidup. Namun, disebabkan fadilat atau keutamaannya yang sedemikian besar, sebahagian kaum Muslimin yang mampu akhirnya melakukannya berulang-ulang lantaran ingin memperoleh pahalanya yang besar itu.







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Monday, November 10, 2008

Perihal tentang kematian

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan
mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata :

"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :
"Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :

"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh".

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :

"Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan
mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan:

"Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku".
"Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak
mahu menanggung kesalahanku".

"Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar
dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di
muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia
bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.

Maka mayat itu menjawab:

"Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd
anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan
aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat asuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat JibrailA.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.

" Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah SW.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan:

"Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh org mukmin dari arah kaki,maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu diitelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak dibumi tidak dilangit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.

" Telah bersabda Rasullullah S.A.W :"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.
*Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati..Insyallah..






"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Hak Dalam Islam Yang Perlu Dipelihara

Islam sebagai satu-satunya agama yang diperakui di sisi Allah SWT, tidak pernah meninggalkan sesuatu ajarannya dengan kabur hingga manusia menjadi celaru dan meraba-raba hingga boleh membawa kesesatan yang tidak berkesudahan.

Justeru, antara ajaran Islam yang jitu lagi terarah kepada kebenaran, ia memperkenalkan kepada manusia sejagat beberapa ketentuan hak yang mesti ditunai dan dihormati iaitu; hak kepada Allah, hak kepada Rasulullah, hak kedua ibu bapa, hak muslim sesama muslim yang lain dan hak jiran adalah antara ajaran Islam yang berjaya membentuk jati diri muslim yang unggul dari segi pegangan, kepercayaan dan pelaksanaan hidup yang diredai Allah.

Inilah yang membezakan antara keunggulan agama Islam dengan agama-agama yang lain di dunia, ia tidak lebih daripada pengaruh atau pendekatan individu tertentu yang berkepentingan, malah ia bersifat terbatas dan sesuai pada waktu tertentu sahaja, malah Islam yang diperkenalkan oleh Allah SWT sejak azali lagi yang sifatnya serba sempurna menjana pendekatan, ajaran serta hala tuju yang jelas untuk memartabatkan bangsa manusia ke arah kecemerlangan mutlak di sisi-Nya.

Sesungguhnya dengan pelaksanaan hak-hak yang diperkenalkan Islam itu, maka manusia menuju ke jalan kesempurnaan yang dijanjikan Allah SWT.

HAK KEPADA ALLAH

Allah SWT adalah matlamat hidup setiap muslim, Dialah yang menjadikan segala-galanya di muka bumi ini untuk kelangsungan kehidupan mereka tanpa sebarang masalah, ia juga adalah kemudahan buat mereka untuk melakukan ibadat kepada-Nya, justeru hak Allah yang mesti ditunaikan oleh setiap manusia adalah seperti berikut :

1. Mentauhidkan- Nya pada zat, nama, sifat dan perbuatan-Nya dengan kefahaman yang mendalam pada Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah.

2. Tidak beribadat melainkan hanya kepada-Nya, kerana Dialah Yang Mencipta, Memberi rezeki dan menerima segala permohonan hamba-hamba- Nya.

3. Bersyukur kepada-Nya atas segala nikmat yang tidak terhingga, nikmat hidup, kesihatan, makanan dan lain-lain.

HAK KEPADA RASULULLAH

Perutusan baginda Rasulullah sebagai nabi dan rasul terakhir merupakan satu nikmat yang paling besar kepada seluruh manusia, kerana kerasulan baginda adalah untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan hidup kepada cahaya dan menunjuk-ajar mereka kejalan kebenaran.

Hak Rasul yang wajib umat Islam tunaikan ialah dengan mencintainya, mentaati ajarannya, melaksana ajaran dan meninggalkan larangannya.

HAK KEDUA IBU BAPA

Islam amat menitik-beratkan persoalan institusi kekeluargaan yang berasaskan kasih-sayang, antara ajaran Islam ialah menghormati kedua ibu bapa yang diletakkan selepas taat kepada Allah dan Rasulullah.

Kedua; ibu bapa berhak untuk dihormati, ditaati serta dipatuh segala perintah keduanya seperti yang diarahkan Allah dalam al-Quran.

Menurut ajaran Islam, seorang ibu lebih perlu ditaati, kerana ibu telah mengandungkan anak-anaknya, melahir dan menyusukan mereka, hal ini diperakui oleh baginda Rasulullah menerusi sebuah hadis ketika seorang lelakai bertemu baginda dan bertanya, "Wahai Rasulullah! Siapakah di kalangan manusia yang berhak untuk ditaati perintahnya, " baginda menjawab,"Ibumu" (sebanyak 3 kali) dan pada kali keempat barulah baginda sebut ayahmu.

HAK MUSLIM SESAMA MUSLIM

Umat Islam sesama mereka adalah bersaudara, bagaikan batu-bata yang memperkukuh bangunan antara satu sama lain, mereka berkasih-sayang kerana Allah berasaskan ajaran al-Quran dan petunjuk baginda Nabi Muhammad s. a. w untuk menuju satu umat yang kuat.

Justeru bagi mengekalkan kasih sayang yang sedia ada, Islam menganjurkan agar mereka menunaikan hak-hak bagi tujuan tersebut, antara lain menjawab salam, menziarahi ketika mereka sedang sakit, sahut undangannya, mendoakan ketika bersin, mengurus jenazah hingga ke perkuburan.

Kesemua hak jika dapat dilakukan dengan baik, umat Islam pasti akan berjaya dan mampu menghadapi sebarang kemungkinan khususnya ketika mereka berada di zaman yang penuh dengan fitnah sekarang ini.

HAK KEJIRANAN

Jiran merupakan anggota masyarakat yang paling hampir dengan diri kita, dia diumpamakan oleh baginda sebagai anggota tubuh badan manusia, malah digambarkan sebagai golongan yang sepatutnya boleh menerima harta pusaka.

Hak yang sepatutnya diberikan kepada jiran antara lain, memberi salam jika mereka orang Islam, menjenguknya jika sakit, mengucapkan takziah atas sesuatu musibah, mengucapkan tahniah atas sesuatu kegembiraan, menasihatinya jika tidak menutup aurat dengan sempurna, bersabar atas karenahnya.

Islam melarang umatnya dari menyakiti jiran, menggangunya, apatah lagi mencuri harta bendanya, malah mereka patut dibri sokongan untuk meneruskan kehidupan jika didapati mereka berada dalam kesempitan.

Dan banyak lagi yang tak dapat nak disenaraikan satu persatu dalam kesempatan yang terbatas ini, namun sebagai muslim yang iltizam dengan Islam, meyakini bahawa segala ajaran, tunjuk ajar serta arahan yang disampaikan oleh baginda Rasulullah s. a. w itu terdapat konsep pendidikan (tarbiah) yang mampu melahirkan sebaik-baik umat yang dilahirkan buat umat manusia sejagat..Insyallah.
.







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

APA YANG KITA SOMBONGKAN - SATU PENCERMINAN DIRI

Oleh :M. Rian Rahardi

Seorang lelaki yang bertamu ke rumah seorang guru terpegun kehairanan ketika melihat Guru tersebut sedang sibuk bekerja; ia mengangkut air dengan timba dan membersih lantai rumahnya dengan bersungguh-sunguh. Peluhnya bercucuran. Menyaksikan keganjilan itu lelaki berkenaan bertanya, apa yang sedang Anda lakukan ?. Si Guru menjawab, tadi saya didatangi serombongan tetamu yang meminta nasihat. Saya memberikan banyak nasihat yang bermanfaat bagi mereka. Mereka pun nampaknya berpuas hati. Namun, setelah mereka pulang tiba-tiba saya merasa menjadi orang yang hebat. Kesombongan mula muncul dalam diri saya. Kerana itu, saya melakukan ini untuk membunuh perasaan sombong saya.

Sombong adalah penyakit yang sering menghinggapi kita semua, yang benih-benihnya terlalu kerap muncul tanpa kita sedari.Ia penyakit yang diwarisi dari Iblis dan disebarkan oleh tenteranya Syaitan dan ia kekal sehingga kita menemui ajal. Di peringkat terbawah, sombong disebabkan oleh faktor material. Kita merasa lebih kaya, lebih rupawan, dan lebih terhormat daripada orang lain. Di tingkat kedua, sombong disebabkan oleh faktor kecerdasan. Kita merasa lebih pintar, lebih kompeten, dan lebih berwawasan dibandingkan orang lain. Di tingkat ketiga, sombong disebabkan oleh faktor kebaikan. Kita sering menganggap diri kita lebih bermoral, lebih pemurah, dan lebih tulus dibandingkan dengan orang lain. Kita lupa bahawa sombong adalah hak ALLAH, kerana ALLAH MAHA SEGALANYA.Yang menarik, semakin tinggi tingkat kesombongan, semakin sukar pula kita mengesannya. Sombong kerana material sangat mudah terlihat, namun sombong kerana pengetahuan, apalagi sombong kerana kebaikan, amat sukar dikesan kerana ia seringkali hanya berbentuk benih-benih halus di dalam batin atau naluri kita.

Akar dari kesombongan ini adalah ego yang berlebihan. Pada tahap yang lumrah, ego menampilkan dirinya dalam bentuk harga diri (self-esteem) dan kepercayaan diri (self-confidence). Akan tetapi, apabila kedua hal ini berubah menjadi kebanggaan (pride), Anda sudah berada sangat dekat dengan kesombongan. Batas antara bangga dan sombong tidaklah terlalu jelas. Kita sebenarnya terdiri dari dua kutub, iaitu ego di satu kutub dan kesedaran sejati di kutub lain. Pada masa kita dilahirkan ke dunia, kita dalam keadaan telanjang dan tak punya apa-apa. Akan tetapi seiring dengan pembesaran dan waktu, kita mulai memupuk berbagai keinginan, lebih dari sekadar yang kita perlukan dalam hidup. Keenam-enam indra kita selalu mengatakan bahawa kita memerlukan lebih banyak lagi.

Perjalanan hidup manusia cenderung menggiringi kita menuju ke kutub ego. Ilusi ego inilah yang memperkenalkan kita kepada dualisme, ketamakan dan kebencian . Inilah akar dari segala permasalahan. Perjuangan melawan kesombongan merupakan perjuangan menuju kesedaran sejati. Untuk dapat melawan kesombongan dengan segala bentuknya, ada dua perubahan paradigma yang perlu kita lakukan.

Pertama, kita perlu sedar bahawa pada hakikatnya kita bukanlah makhluk fizik, tetapi makhluk spiritual. Kesejatian kita adalah spirituality, sementara tubuh fizikal hanyalah sarana untuk hidup di dunia. Kita lahir dengan tangan kosong, dan (ingat!) kita pun akan mati dengan tangan kosong. Kita yang mencorakkan fizikal.Justeru itulah adanya istilah patung bernyawa bagi mereka yang rosak spiritualnya.

Pandangan seperti ini akan membuatkan kita melihat semua makhluk dalam kesetaraan universal. Kita tidak akan lagi terkelabui oleh penampilan, label, dan segala sifat luaran lainnya. Yang kini kita lihat adalah kesan dalaman. Pandangan seperti ini akan membantu menjauhkan kita dari berbagai kesombongan atau ilusi ego.

Kedua, kita perlu menyedari bahawa apa pun perbuatan baik yang kita lakukan, semuanya itu semata-mata adalah juga demi diri kita sendiri. Kita memberikan sesuatu kepada orang lain juga demi kita sendiri. Dalam hidup ini berlaku hukum tenaga kekal . Energi yang kita berikan kepada dunia tak akan pernah habis. Energi itu akan kembali kepada kita dalam bentuk yang lain. Kebaikan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada kita dalam bentuk persahabatan, cinta kasih, makna hidup, maupun kepuasan batin yang mendalam. Jadi, setiap perbuatan baik kepada pihak lain, kita sebenarnya sedang berbuat baik kepada diri kita sendiri.

Kalau begitu, apa yang boleh kita sombongkan ?..









"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Kejadian Nabi Adam

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.
Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu." Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi : "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya
terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:-
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha'if
MENURUT IBNU ABBAS:-
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9.Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.
PROSES KEJADIANNYA:-
1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,sangat baik sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan kedunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
TUJUH BUAH LETAKNYA ADALAH:-
1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula lima buah pancaindera:
A. Mata alat penglihatan
B. Hidung alat penciuman
D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata "Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah".
Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan "Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya,maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat berasa kagum melihat Adam
yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam
dijadikan."

Wallahualam...








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Perjalanan haji ibarat menuju ke syurga

IBADAT haji adalah wadah untuk Muslim memohon keampunan kerana kesalahan lalu dan meminta dimakbulkan hajat.

Jemaah perlu pastikan niat ikhlas, sihat serta rela belanjakan harta untuk jadi tetamu di Tanah Suci

SESIAPAPUN boleh berkata bahawa mereka sudah mengunjungi suatu tempat paling cantik di dunia, namun cantik pada mata, belum tentu hati setuju. Jika hati akur pada pandangan mata sehingga boleh menggetarkan sukma paling halus barulah boleh dikatakan tempat itu memang membawa kedamaian.

Seperti ketika memandang Kaabah al-Musyarrafah yang berdiri dengan mesranya, seolah ia memanggil tetamu Allah SWT dengan panggilan dari syurga. Maka hati yang datang dengan susah payah itu berusaha masuk ke pintu rahmat-Nya. Tenggelam dalam suasana syurga dijanjikan, gambaran kenikmatan syurga itu boleh dirasai dengan cara menyerahkan hati di bawah naungan Kaabah.

Bukankah Baginda SAW mengungkapkan keindahan syurga dalam perjalanan haji melalui sabda yang bermaksud: "Haji mabrur itu tiada lain ganjarannya kecuali syurga." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Syurga di akhirat yang belum pernah dirasai tetapi di dunia seolah-olah sudah merasai nikmatnya iaitu saat memandang Kaabah dalam kekhusyukan ibadah.

Aneh dan menakjubkan! Orang yang mampu tetapi belum bersedia menyerahkan hatinya kepada Baitullah. Mungkin mereka takut sebab pernah mendengar ancaman daripada sesetengah orang bahawa siapa yang melakukan kejahatan akan dibalas tuntas di Tanah Haram.
Padahal, tidak ada satu pun dalil daripada nas al-Quran mahupun hadis Rasulullah SAW yang membenarkan cerita karut itu. Kita mungkin pernah membaca pengalaman jemaah haji yang serba pelik dan ditokok tambah dengan pembohongan serta kepalsuan sehingga ada yang memberi gambaran menakutkan mengenai kembara cinta di kaki Kaabah.

Padahal Allah SWT tidak akan pernah mengurangi setitis pun rahmat-Nya kepada orang yang menyerahkan hatinya untuk Allah SWT. Mereka yang datang sebagai tetamu Allah SWT ini bahkan dijanjikan keampunan dan di makbulkan setiap permintaan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah, jika mereka meminta daripada-Nya, Dia akan memakbulkannya. Dan jika mereka meminta ampunan-Nya, Dia akan mengampunkan mereka." (Hadis riwayat al-Nasa'i dan Ibnu Majah)

Untuk mendapatkan syurga, ampunan dan dimakbulkan doa, diperlukan persediaan rapi, pengorbanan yang tidak sedikit dan keberanian menghadapi risiko tidak diduga kerana haji adalah ibadah paling besar selepas beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: Nabi SAW ditanya: "Apakah amalan yang paling afdal? Baginda bersabda: Beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Baginda ditanya lagi: Kemudian apa lagi? Sabda baginda SAW: Haji yang mabrur." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Persediaan yang dilakukan mestilah lebih hebat daripada persediaan menghadap seorang raja yang berkuasa. Masuk ke dalam istana mesti membawa imej bersih dan kedudukan terpuji di mata manusia sehingga dia layak dipanggil sebagai tetamu diraja.

Untuk memastikan diri kita layak dipanggil sebagai tetamu Yang Maha Agung, seharusnya disediakan bekalan menuju ke istana cinta-Nya di Tanah Haram iaitu:

l Persediaan ruhiyah.

Langkah pertama wajib dilakukan setiap orang yang berhajat mengerjakan haji ialah mengikhlaskan niat kerana Allah SWT. Sesungguhnya ikhlas itu menjadi rahsia antara Allah SWT dan hamba-Nya, sehingga malaikat pun tidak mampu membuka hijab rahsia itu.

Mereka tidak dapat mengetahui niat manusia walaupun mereka menuliskan apa saja yang dikerjakannya. Ikhlas juga menjadi musuh terhebat bagi tentera syaitan sehingga mereka tidak mampu menceroboh hati manusia yang menyimpan keikhlasan kepada Allah SWT.

Seperti jaminan Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: "Iblis berkata: Wahai Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu termasuk orang yang diberi tangguh sampai kepada hari yang sudah ditentukan waktunya (hari kiamat). Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka." (Surah Shaad, ayat 79-83)

Niat ibadah haji dimulakan dengan kesungguhan membaca kalimah talbiyah. Talbiyah mengandungi janji seorang hamba kepada Allah SWT. Janji untuk mengikhlaskan ibadahnya dengan laungan yang mengalir dari hati yang suci: "Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu Ya Allah, tiada sekutu bagi-Mu. Semua kenikmatan aku tinggalkan, duniaku, tanah airku, harta, istana, anak dan isteri, ayah dan bondaku, pangkat dan jawatanku, aku memilih menyahut seruan-Mu Ya Allah! Tiada sekutu bagi-Mu!"

Semua kenikmatan tidak lagi menyilaukan mata, mempengaruhi hati dan perasaan, melainkan keinginan seorang hamba yang mahu Tuhan menerimanya sebagai tetamu dirahmati. Untuk memperoleh hati yang ikhlas mestilah melalui jalan pencarian ilmu.

Imam Al-Ghazali pernah berkata: "Semua manusia celaka melainkan orang yang berilmu dan semua yang berilmu itu celaka kecuali yang beramal dan semua yang beramal itu celaka melainkan yang ikhlas. Dan orang yang ikhlas sentiasa terdedah bahaya yang besar."

Bagaimana mungkin mendapat haji mabrur tanpa ilmu dan keikhlasan, hanya membawa bekalan harta untuk percutian atau untuk mencari gelaran panggilan haji atau hajah. Alangkah terkejutnya orang yang tidak berilmu apabila melihat dugaan mencabar di Tanah Haram sehingga hatinya memberontak menuntut kesenangan yang biasa dirasai ketika di tanah air sendiri.

Di manakah adab sebagai tetamu? Jika lidah tidak bersyukur dan reda menerima ujian ketika berada di rumah Allah SWT, jika hati mengeluh atas layanan Allah SWT kepadanya? Sesungguhnya keindahan ibadah haji itu tergambar dengan perhiasan hati berkilauan.

Dimulakan dengan ikhlas, tawakal, syukur, reda, sabar, warak, zuhud, tafakur, muhasabah dan mahabbah akhirnya bermuara di telaga takwa seperti firman-Nya yang bermaksud: "(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barang siapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats (mengeluarkan perkataan yang menimbulkan berahi yang tidak senonoh atau bersetubuh) berbuat fasik dan berbantah-bantahan ketika mengerjakan haji dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang yang berakal." (Surah al-Baqarah, ayat 197)

l Jasadiyah.

Bekalan pertama sudah disediakan dengan sempurna dan yang tidak kalah pentingnya juga ialah bekalan jasadiyah, tubuh badan yang sihat. Perjalanan yang jauh, tempat tinggal dan keperluan asas kurang selesa, makan minum ala kadar, rehat tidak cukup dan gangguan semasa perjalanan sedikit sebanyak mempengaruhi tahap kesihatan tetamu Allah SWT.

Hakikat itu mesti dihadapi dengan kekuatan jasmani dan penjagaan kesihatan yang rapi sebelum berangkat, ketika di Tanah Suci dan perjalanan pulang kembali. Kadang-kadang ada yang merajuk tidak mahu makan, kesal dengan layanan petugas dan menuntut macam-macam untuk keselesaan. Apakan daya manusia hanya mampu mentadbir namun Allah SWT yang mentakdir.

l Maaliyah

Perbelanjaan untuk mengerjakan haji tidaklah sedikit, jika seseorang memilih untuk melaburkannya, mungkin ia akan mendapat banyak keuntungan dan terus menerus menunda keberangkatannya. Hanya orang yang dipilih Allah SWT mahu menyerahkan hartanya di jalan Allah SWT.

Ia beranggapan harta itu milik Allah SWT, hak Allah SWT dan tidak ada sebab baginya untuk menyimpan, menghitung dan melonggoknya tanpa memberi manfaat untuk agamanya. Sesungguhnya harta yang dikeluarkan untuk mengerjakan haji sama pahalanya dengan nafkah fisabilillah.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Pengeluaran untuk melaksanakan haji sama seperti nafkah fi sabilillah (jihad atau usaha di jalan Allah), satu dirham dibalas dengan tujuh ratus kali ganda." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ramai orang terikat dengan hartanya sehingga menampakkan sifat kedekut, takut hartanya berkurangan, menghitung setiap sen dikeluarkan dengan perasaan takut jatuh miskin.

Orang yang apabila menerima rezeki mengharap yang banyak tapi jika memberi amat sedikit. Perjalanan haji memaksa seseorang melepaskan rasa terikat kepada harta dan menyerahkan segala kepada Allah. Apabila ketiga-tiga bekalan itu mampu disiapkan maka kejarlah pahala ibadat dengan gembira dan nantikan suasana syurga dalam naungan Kaabah








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Tabiat asal manusia cenderung pada kebaikan

ORANG yang berakhlak dirujuk mereka yang sopan budi bahasa dan elok tingkah laku, manakala tidak berakhlak iaitu mereka yang berperibadi buruk.

Tetapi, apakah orang yang dikatakan tidak berakhlak itu tiada sisa kebaikan, sehingga dia memang jahat, tiada belas ihsan dan adab langsung?

Suatu hakikat yang diakui, manusia mempunyai kesedaran akhlak.

Ini menunjukkan manusia ada akhlaknya, walaupun kadang kala dengan mudah mengatakan seseorang itu tidak berakhlak.

Bukti tersematnya perasaan ini ialah adanya di dalam diri kita yang mencela tindakan tidak berakhlak, sehingga kita tidak senang dengan nilai dan amalan tidak berakhlak.

Malah, keadaan itu memaksa kita menyerahkan diri kepada pihak yang berkuasa supaya diambil tindakan dan hukuman.

Demikian juga, perasaan yang mendorong orang ramai membantu golongan susah dan teraniaya.

Begitu juga kebiasaan untuk menilai dan mengukur orang lain dengan ukuran kebaikan atau keadilan dalam semua bentuk kegiatan hidup manusia.

Oleh kerana perasaan ini begitu mendalam di dalam diri manusia, kebanyakan cerdik pandai berpendapat perasaaan akhlak ini adalah fitrah semulajadi yang sedia ada sejak awal kejadiannya. Pendapat ini dapat dibahagi kepada tiga, iaitu:

1. Pendapat yang mengatakan asal manusia ialah jahat. Maksudnya di sini, manusia dijadikan dengan tabiat asalnya memang jahat, manakala tabiat baik hanya datang kemudian. Pendapat ini menurut pengkaji jelas dalam fahaman Buddha dan Kristian melalui konsep “Penebusan Dosa Anak Adam” dengan menyalib seorang yang dikatakan Nabi Isa a.s.

2. Pendapat yang mengatakan tabiat asal manusia ialah baik. Maksudnya ialah manusia dijadikan dengan tabiat asal yang baik. Tabiat jahat yang ada hanyalah datang kemudian. Pendapat ini mula dikemukakan Socrates dan aliran Stoicisme di zaman Greek Tua, yang kemudian ditonjolkan oleh Jan Jack Ronsaux.

3. Pendapat yang mengatakan manusia dijadikan dengan tabiat asal baik dan jahat, iaitu mempunyai dua persediaan semulajadinya, persediaan untuk baik dan jahat.

Pendapat ini adalah agak sederhana berbanding dua pendapat di atas dan ia dipersetujui banyak pihak.

Sebelum ini pendapat yang ketiga ini dikemukakan dua tokoh ahli fikir Islam, Imam al-Ghazali dan Ibn Khaldum, dengan sedikit penambahan di antara kedua-dua tabiat semula jadi yang ada pada diri seseorang, mereka lebih cenderung kepada kebaikan daripada kejahatan.

Jika diperhalusi, ketiga-tiga pendapat itu melihat dari sudut berlainan. Aliran pertama melihat dari sudut jasmani semata-mata, kedua melihat dari unsur rohani manakala ketiga dari kedua-dua sudut jasmani dan rohani.

Dibandingkan di antara ketiga-tiga pendapat itu, aliran ketiga lebih tepat kerana ia membabitkan jasmani dan rohani.

Ada beberapa nas al-Quran yang bertepatan dengan pendapat ketiga, seperti firman-Nya, bermaksud:

“Serta bumi dan yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-Nya). Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya. Serta mengilhamkannya jalan yang membawanya kepada kejahatan dan ketakwaan. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih. Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya susut dan terbenam kebersihannya. (as-Syams:6-10)

Terdapat juga ayat yang menjelaskan lagi pendapat mengatakan manusia lebih cenderung kepada kebaikan daripada kejahatan, seperti maksud ayat ini, yang bermaksud:

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada Allah. Dan kalaulah Ahli Kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang yang fasik.” (Ali 'Imran: 110)

Sama ada tabiat baik lebih dulu lahir pada seseorang atau tabiat jahat, tabiat semulajadi itu boleh menerima perubahan dan pembentukan.

Ketiga-tiga aliran ini juga berpendapat tabiat baik dan jahat tidak diberikan dengan sama rata.

Tetapi, sebenarnya ada yang dijadikan dengan tabiat baiknya lebih mendahului daripada tabiat jahatnya. Demikian juga sebaliknya.








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Awasi Nafsu

NAFSU adalah sebahagian daripada manusia dan manusia tidak boleh berpisah daripadanya selagi bernafas.

Malah, dengan nafsu dunia menjadi indah dan begitu menarik. Dengan nafsu juga manusia mempunyai keturunan dan manusia boleh membangunkan diri dan tamadun, sehinggakan dengan nafsu manusia boleh menjadi pincang.

Barangkali ada juga orang beranggapan, jika tiada nafsu di dalam dirinya, tidaklah dia terikut-ikut dengan nafsu. Tetapi nafsu adalah anugerah Allah. Di dalamnya ada ilham baik dan buruk, seperti maksud firman-Nya: "Kami ilhamkan kebaikan dan keburukan di dalam hati manusia."

Berjayalah sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul. Ini kerana mereka yang boleh menguasai hati mampu menguasai nafsu. Sebaliknya, mereka yang rosak hati menjadi tunggangan nafsu.

Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh atau tidak mengawal nafsu tetapi nafsu pula bukan untuk dibunuh atau dinyah daripada diri, cuma ia perlu dididik, diasuh dan dikawal sebaik yang mungkin.

Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga iaitu nafsu 'amarah' (nafsu jahat), 'lawwamah' (menyesal apabila buat kejahatan) dan 'mutmainnah' (tenang).

Apabila buta martabat nafsu, manusia akan teraba-raba dalam kegelapan, malah tidak tahu kedudukan di sisi Tuhannya.

Ada orang menyangka diri mereka mulia tetapi sebenarnya hina di sisi Allah. Ada orang dihina tetapi mulia di sisi Allah sebab berjaya mengawal nafsu. Ada juga orang berasa dia sepatutnya dimuliakan dengan kedudukan tetapi patut dihina di sisi Allah.

Bagi mengendalikan nafsu sama ada remaja atau orang dewasa, mereka kena mengetahui terlebih dulu pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu, iaitu:

  • Terlalu cinta kepada dunia, sehingga tewas cinta Allah.

  • Tamak haloba, hingga lupa kemahuan dan kemampuan diri. Maknanya, walaupun tidak mampu, mereka tetap mahukannya.

  • Hasad dengki, iaitu berasa senang apabila orang lain mendapat musibah tetapi susah hati apabila orang lain mendapat kesenangan. Tidakkah dengki namanya itu?

  • Wanita. Nafsu boleh rosak kerana wanita. Bagi lelaki, nafsu boleh jadi tidak terkawal apabila berdepan wanita.

  • Gopoh gapah, maksudnya tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu.

  • Taksub, iaitu sifat atau pegangan yang keterlaluan dalam menghadapi sesuatu. Disebut juga fanatik.

    Selepas mengetahui pintu atau punca nafsu menjadi jahat, remaja perlu juga mengetahui cara untuk mengawal dan mengelakkan daripada bahaya nafsu jahat terbabit, antaranya:

  • Tutup pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu tadi rapat-rapat.

  • Hapuskan segala sikap kotor, jangan dengki lagi, jangan bersikap tamak dan jangan terlalu mencintai dunia.

  • Hancurkan gangguan syaitan, iaitu dengan selalu berzikir terutama dengan zikir yang diajarkan Rasul seperti 'ma'thurat' dan baca al-Quran.

  • Perbanyakkan solat sunat dan rajin-rajinlah bangun solat malam (qiyamullail).

  • Banyak bersedekah.

  • Berkawan dengan orang miskin.

    Remaja sekalian! Sebagai Muslim, kita juga kena membiasakan diri mempunyai al-Quran kecil di tangan. Ini kerana apabila tiba gangguan syaitan tadi, terus buka Quran kecil, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah, sebab keinginan kita untuk berzikir (mengingati Allah).

    Kemudian, biasakan diri selalu menziarahi orang sakit atau orang yang hendak meninggal dunia, ziarah kubur dan tulis wasiat kerana perkara ini boleh mengingatkan kepada kematian, menginsafkan kita dan paling penting mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.







  • "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Keadaan ummah di Tanah Suci bagai lambang perhimpunan agung di Padang Mahsyar

    PERHIMPUNAN umat Islam daripada pelbagai bangsa dan bahasa, berlainan rupa dan warna kulit di satu tempat khusus, iaitu Makkah al-Mukarramah pada Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah adalah gambaran cukup simbolik berkenaan perhimpunan agung seluruh umat manusia di Padang Mahsyar.

    Kemuncak Zulhijah yang hampir tiba, umat Islam yang berkemampuan diperintahkan untuk menunaikan ibadat haji ke Baitullah al-Haram. Haji bererti menuju ke sesuatu tempat suci. Haji juga menziarahi Kaabah, melakukan wukuf di Arafah, sa'ie antara Bukit Safa dan Marwah dengan cara tertentu dalam waktu dan niat tertentu.
    Umumnya, ibadat haji mengandungi beberapa amalan rukun dan wajib haji yang cukup simbolik membawa seribu satu rahsia serta pengertian yang hanya dihayati setiap Muslim yang benar-benar bertakwa kepada Allah.

    Pertamanya, berihram dengan niat menunaikan ibadat haji dan meninggalkan larangan berkaitan dengannya selepas memakai pakaian ihram. Antara hikmah seseorang itu memakai ihram ialah datangnya untuk menyahut seruan Allah. Ia wajib dilakukan penuh khusyuk dan tawaduk.

    Mereka yang berihram menyerah diri kepada Allah seperti mayat yang dikafankan dengan helaian kain putih bersih. Menyedari akan hakikat itu, manusia sebenarnya adalah sama taraf di sisi Allah dan nilai diambil kira oleh Allah bukanlah hartanya bertimbun tetapi takwa yang kukuh di sudut jiwa.
    Amalan wukuf pula adalah satu perhimpunan besar manusia dari seluruh pelusuk dunia ke padang yang satu di bawah terik mentari, tiada daya dan upaya melainkan mereka semuanya mengharapkan keredaan Ilahi.

    Perhimpunan jutaan manusia itu melambangkan perhimpunan besar yang bakal di hadapi setiap manusia bagi dihisab amalan diri di Padang Mahsyar kelak. Oleh itu, setiap insan perlu menghisab diri dan bertaubat sebelum Allah pamerkan dosa itu di depan jutaan manusia di Padang Mahsyar.

    Ada pendapat mengatakan perkataan Arafah itu berasal daripada pertemuan kembali Nabi Allah Adam dan isterinya Siti Hawa yang diturunkan ke bumi secara berasingan dan akhirnya mereka bertemu kembali di lembah yang dikenali sekarang dengan Padang Arafah.

    Ada juga ulama yang menyatakan bahawa ia berasal daripada peristiwa pertemuan Nabi Allah Ibrahim dengan isterinya, Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail yang lama berpisah.
    Sebahagian ulama berpendapat perkataan Arafah itu adalah hasil pemahaman Nabi Ibrahim yang menghayati perintah Allah dalam mimpinya untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail. Oleh kerana itulah, hari wukuf di Arafah juga dikenali sebagai hari Tarwiyah yang bermaksud hari renungan. Ini kerana Nabi Ibrahim sentiasa merenung dan mengimbas kembali mimpinya yang berturut-turut dan akhirnya Baginda faham (Arafa).

    Seterusnya, bermalam di Muzdalifah selepas selesainya amalan wukuf di Padang Arafah dan dalam perjalanan menuju ke Mina. Muzdalifah adalah tempat persinggahan Rasulullah SAW dalam perjalanannya dari Arafah ke Mina.

    Menurut satu riwayat, Rasulullah SAW mendirikan solat sunat dua rakaat lewat tengah malam di Muzdalifah. Untuk menghayati sunnah Rasul itulah, setiap jemaah haji di wajibkan bermalam di Muzdalifah. Setengah riwayat menyatakan jemaah sebaik-baiknya berada di sana selepas tengah malam sehingga terbit fajar.

    Selepas solat Subuh, barulah jemaah bertolak ke Mina. Oleh kerana kesesakan akan berlaku disebabkan terlalu ramai jemaah bermalam di Muzdalifah, waktu sejenak saja selepas tengah malam sudah memadai untuk memenuhi kewajipan bermalam itu.

    Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud: "Tidak mengapa kamu mencari anugerah Tuhanmu. Maka apabila kamu meninggalkan Arafah, sebutkanlah nama Allah di Masy'aril Haram, ingatlah akan nikmat-Nya kerana Dialah yang memberikan petunjuk kepada kamu pada hal sebelumnya kamu adalah orang yang sesat." – (Surah al-Baqarah, ayat 198)

    Bermalam di Mina pada Hari Raya Haji dan hari-hari Tasyrik bertujuan untuk melahirkan rasa syukur atas nikmat dianugerahkan Allah. Pada hari itu disunatkan menyembelih korban sebagai tanda kesyukuran dan mengikuti sunnah yang dianjurkan.

    Kewajipan utama ketika jemaah haji berada di Mina ialah melontar di tiga jamrah. Lontaran pada ketiga-tiga jamrah adalah simbolik terhadap perjuangan Nabi Allah Ibrahim yang diganggu iblis ketika hendak menyembelih puteranya Nabi Ismail lalu dibalingnya dengan batu berulang kali.

    Kemudian iblis mengganggu Nabi Ismail supaya mengingkari perintah Allah tetapi berjaya ditentang. Akhirnya Iblis pergi kepada Siti Hajar untuk menghasutnya supaya memarahi perbuatan suaminya Nabi Ibrahim tetapi tetap gagal.

    Selepas itu, jemaah haji akan melaksanakan tawaf haji yang lebih dikenali sebagai Tawaf Ifadah. Setelah bertawaf mengelilingi Kaabah, jemaah haji juga diwajibkan bersa'ie iaitu berjalan atau berlari anak antara Bukit Safa dan Marwah. Sa'ie, imbasan kepada peristiwa Siti Hajar yang kehausan mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail.

    Akhirnya, setiap jemaah haji berada di penghujung ibadat iaitu bertahallul yang bermaksud mengakhiri ihram dengan menggunting atau bercukur seluruh rambutnya. Apabila segala rukun dan wajib haji sudah disempurnakan dengan sebaiknya, maka hendaklah bermohon supaya Allah menerima segala amalan hajinya.

    Bertahallul ertinya membebaskan diri daripada segala pantang larang ihram. Apabila seseorang itu bertaubat, melakukan ketaatan melalui ibadat haji dan seterusnya mengenali hakikat dirinya sebagai hamba Allah, maka jadilah dia seperti seorang bayi baru lahir yang bersih daripada segala dosa.

    Demikianlah antara hikmah tersurat di sebalik amalan rukun dan wajib haji yang akhirnya menyingkap seribu satu rahsia cukup agung kepada setiap Muslim yang bertakwa. Berjaya dan berbahagia seseorang Muslim di sisi Allah terletak kepada sejauh mana dia mendekatkan dirinya kepada Allah dalam segala tindak tanduk, perilaku, pergaulan seharian dan ibadatnya.







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)
     
    Dear Diary Blogger Template