^ Scroll to Top

Saturday, August 30, 2008

KISAH PENGGALI KUBUR

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

1. Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi
apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah pun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

2. Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, kulihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi khinzir. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat,maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."

3. Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang
aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, kulihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.
Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram,wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

4. Golongan keempat, kulihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya.Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibubapanya."

5. Aku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit
seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

6. Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya
Kering-kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

7. Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut. " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah.








"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Allah Hu Akhbar !!! (Buat Renungan)

MAYAT BACA YASIN..
"Ini adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di Arab Saudi.. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim Naser....penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia ..Ceritanya begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang arab untuk mengebumikan mayat seorang yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di
Ma'la....tempat pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah.... Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru. Pada hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru, orang arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila, bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli. Selepas dilihat seterusnya. ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi perkara ialah mayat tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain ehram).
Setelah dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang negro yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam. Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan membaca Surah Yasin. Itulah kelebihanya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah... Inilah yang membuatkan aku semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah....
Selepas peristiwa itu, lubang kubur itu pun di patri dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan dikebumikan di situ..... " sumber renungan kita. Inilah bukti akan janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Puasa sunat Rejab, Syaaban persiapan sambut Ramadan

RAMADAN yang bakal menjengah disambut penuh kesyukuran dan tidak kurang ada mengeluh kerana terpaksa berpuasa. Begitulah pelbagai ragam dan situasi yang mewarnai pentas kehidupan umat sempena kedatangan Ramadan penuh berkat.

Bagi umat Islam yang bertakwa, bulan Ramadan disambut penuh kegembiraan sambil menantikan pelbagai keistimewaan serta ganjaran berlipat ganda dijanjikan kepada sesiapa yang menunaikan ibadat puasa dengan ikhlas dan sabar.

Ramadan menuntut setiap Muslim supaya merenung dan bermuhasabah diri untuk melakukan persiapan sebelum, semasa dan selepas Ramadan. Muhasabah penting kerana Ramadan hanya datang sekali setahun.
Oleh itu, biarlah Ramadan kali ini menjanjikan yang terbaik dan setiap Muslim memanfaatkan bulan diberi segala rahmat, kelebihan serta keistimewaan terhimpun sepanjang Ramadan dengan berpuasa pada siang harinya dan beribadat sunat pada malam harinya.

Persediaan pertama wajib dilakukan setiap Muslim ialah persediaan jasmani dan rohani kerana amalan ibadat sepanjang Ramadan berkaitan dengan amalan zahir batin membabitkan penyertaan jasmani dan rohani setiap Muslim.

Rasulullah SAW membuat persediaan menyambut Ramadan dengan berpuasa sunat pada bulan Rejab dan Syaaban. Bulan Rejab adalah permulaan bulan mulia dan bagi orang Mukmin bertakwa, mereka tidak akan melepaskan peluang memanfaatkan kelebihan Rejab dan Syaaban untuk melipatgandakan amalan soleh lebih-lebih lagi ibadat puasa sunat.
Justeru, tidak hairanlah Rasulullah SAW kerap kali berdoa setiap kali datangnya bulan Rejab dengan doa yang bermaksud: “Ya Allah! Berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban ini, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.”

Begitulah persiapan orang Mukmin yang benar-benar bertakwa dan beristiqamah dalam hidupnya sehingga mereka mempersiapkan diri bukan saja dari sudut fizikal, tetapi juga rohani. Mereka sudah mula membersihkan diri dan hati sebelum menyambut bulan Ramadan.

Seorang ahli hikmat pernah berkata: “Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan untuk memohon ampun daripada segala dosa, bulan Syaaban pula memperbaiki hati daripada segala kecacatan dan Ramadan untuk memberi penerangan hati, sedang malam al-Qadar adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala.”

Selain itu, setiap Muslim juga dituntut mengulangkaji segala persoalan berkaitan masalah ibadat puasa, baik mengenai rukun, syarat, sunat, makruh, adab, faedah, manfaat, rahsia dan hikmah terkandung di dalamnya.
Kesempurnaan ibadat puasa dan penerimaannya di sisi Allah bergantung kepada cara pelaksanaan ibadat itu sama ada berdasarkan sunnah Rasulullah ataupun sebaliknya. Malah, mengetahui cara melakukan ibadat puasa dengan betul antara ciri ketakwaan yang ditegaskan Allah sebagai objektif utama pensyariatan ibadat puasa kepada umat Islam.

Sepanjang berpuasa, setiap Muslim diwajibkan berusaha mengekang diri daripada segala kecenderungan negatif yang boleh mencacatkan kesempurnaan fadilat puasa kerana matlamat utama puasa ialah menahan diri daripada segala runtunan hawa nafsu duniawi baik yang kecil mahupun yang besar.

Seiringan itu, setiap Muslim seharusnya memperbanyakkan amalan salih pada malam harinya dengan amalan sunat seperti solat tarawih, solat witir, solat tahajud, tadarus al-Quran dan iktikaf.

Pada siangnya pula, tertumpu pada ibadat puasa serta tuntutan tanggungjawab lain.

Bukankah Allah menjanjikan pahala satu amalan wajib di bulan Ramadan menyamai 70 amalan wajib pada bulan yang lain dan satu amalan sunat pula menyamai satu amalan wajib pada bulan lain. Sewajarnya umat Islam berebut-rebut untuk mendapatkan ‘tawaran istimewa’ Allah ini.

Ibadat puasa tidak sepatutnya menjadi penghalang bagi seseorang Muslim melakukan kerja sehariannya ikhlas kerana Allah. Perlu ditegaskan sebarang aktiviti dan kerja jika diniatkan ikhlas kerana Allah akan bernilai menjadi satu ibadat.

Sementara semua amalan ibadat akan diberikan Allah ganjaran sehingga ratusan kali ganda. Untuk itu, mengapa perlu disia-siakan detik berharga yang menghiasi sepanjang Ramadan sehingga diisi dengan tidur dan bermalas-malasan sepanjang hari.

Alangkah ruginya manusia yang tidak memanfaatkan kelebihan dan keistimewaan Allah hamparkan sepanjang Ramadan ini.

Rasulullah SAW menganjurkan umatnya supaya menyambut Ramadan dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan supaya Ramadan yang bakal mendatang menjanjikan keberkatan, kerahmatan dan keredaan Ilahi.

Perumpamaan Ramadan samalah seperti kedatangan seorang tetamu besar yang datang bersama buah tangan atau hadiah khas kepada tuan rumah. “Keberkatan” buah tangan itu tentunya hanya diberi kepada tuan rumah yang menyambut kedatangan dengan baik dan ceria, bukan ala kadar saja.







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Al-Quran, Hadis perjelas khasiat kurma

MENIKMATI pelbagai juadah sewaktu berbuka puasa pasti tidak lengkap tanpa buah kurma walau sebiji untuk mendapatkan pahala sunat.

Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi yang bermaksud: Daripada Sulaima bin Amir Adh-Dhabiyyi, sesungguhnya Nabi bersabda, “Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia makan kurma. Jika tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu adalah pembersih.”
Alangkah baiknya jika kurma dijadikan makanan rutin dalam hidangan harian kerana manfaatnya yang tinggi berbanding pelbagai jenis makanan hari ini yang terlalu banyak bahan membahayakan kesihatan.

Seruan itu juga sebagai memberi peringatan memandangkan menjelang bulan Ramadan, banyak gerai jualan menawarkan juadah pelbagai rasa dan warna, bahkan yang tidak pernah terlihat pun ada termasuk resipi baru dicipta sempena bulan puasa.

Kedatangan Ramadan sudah mula terasa. Pasar raya mula mengeluarkan stok kurma yang banyak, ada segar, ada pula nampaknya bagai tersimpan sekian lama, maklumlah jika bukan kerana Ramadan kurma menjadi hidangan asing walau kepada penggemar buah-buahan.
Di Madinah, kurma segar atau kurma masak yang tidak dikeringkan dijual di Pasar Kurma, tidak jauh dari Masjid Nabawi, tetapi lebih segar jika boleh dapatkannya di ladang kurma. Warnanya merah dan ulasnya yang besar sangat menggiurkan sesiapa saja tetapi kurma segar tidak tahan lama.

Bagi simpanan dalam tempoh waktu panjang, ramai suka kurma kering kerana rasanya enak dan senang dibawa ke mana-mana.

Rasulullah SAW gemar makan buah kurma dengan hidangan yang lain. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: “Aku melihat Rasulullah SAW memakan buah-buahan dengan kurma masak.”

Menyentuh buah kegemaran Rasulullah SAW ini, ia sesuai dikaitkan dengan bulan Ramadan, kerana manfaatnya yang besar bukan saja untuk berbuka tetapi juga bersahur. Dalam hadis diriwayatkan Ibn Hibban dan Baihaqi yang bermaksud: “Daripada Abu Hurairah, berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.”
Kurma adalah sejenis buah dari tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin. Kurma yang dari segi saintifiknya dikenali sebagai phoenix dactylifera L berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.

Kurma juga penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain seperti diceritakan dalam 21 ayat al-Quran yang menyebut mengenai buah kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin. Hal ini berasaskan wahyu diturunkan Allah kepada ibu Nabi Isa iaitu Saidatuna Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan.” (Surah Maryam, ayat 25)

Sabda Rasulullah SAW mengenai hal yang sama iaitu: “Beri makan buah tamar kepada isteri kamu yang hamil dan barang siapa memakan buah tamar itu semasa hamilnya, maka anak yang lahir akan menjadi seorang anak penyabar dan bersopan santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa adalah buah tamar.”

Unsur zat besi dan kalsium dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.

Buah kurma juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.. Kurma akan segera dibakar dan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Dari Segi Perubatan, Fiqhiyah Dan Perundangan, menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir pula, khasiat kurma terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran. Tidak saja buah kurma, umbut pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri.

Rasulullah SAW menyebutkan mengenai khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan Imam Bukhari yang bermaksud: “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”

Khasiat kurma Ajwah sebagaimana disebut dalam hadis adalah satu kelebihan dikurniakan Allah sesuai dengan kemuliaannya sebagai jenis kurma pertama ditanam sendiri Rasulullah SAW. Oleh itu, sesiapa menunaikan haji atau umrah di Makkah pasti tidak lupa merasa Ajwah yang enak dan lazat.

Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud: “Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.”

Hadis itu menerangkan walaupun hanya bersedekah sebelah buah kurma, kita terhindar daripada api neraka. Justeru, ada baiknya kita mulakan Ramadan kali ini dengan niat untuk bersedekah lebih dari tahun sebelumnya.

Jika mampu dengan harta dan wang ringgit, paling tidak pun memberi makan buah kurma kepada orang miskin dan kurang berkemampuan ketika berbuka. Tetapi tidak salah juga sekadar mewakafkan tenaga dan masa dengan beramal jariah untuk umat yang masih tersisa di bumi ini.

Penulis ialah pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Malaysia (Usim)

INFO: Khasiat kurma

  • Kurma adalah buah dari tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin.

  • Dari segi saintifiknya dikenali sebagai phoenix dactylifera L berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.

  • Penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain seperti diceritakan dalam 21 ayat

    al-Quran yang menyebut mengenai buah kurma.

  • Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin.

  • Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.

  • Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang.

  • Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.

  • Khasiatnya terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak.

  • Jus kurma dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

  • Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran.

    Tidak saja buah kurma, umbut pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri.







  • "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Friday, August 29, 2008

    Terungkainya Tali Aqidah/Hukum Islam

    KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

    Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada
    anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada
    kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, 'Saya ada satu
    permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan
    kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah 'Kapur!',
    jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah 'Pemadam!'


    Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti
    mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat.
    Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, 'Baik sekarang perhatikan.
    Jika saya angkat kapur, maka sebutlah 'Pemadam!', jika saya angkat
    kayu pemadam, maka katakanlah 'Kapur!'. Dan diulangkan seperti tadi, tentu
    saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
    mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi.
    Selang beberapa saat, permainan berhenti.


    Guru tersenyum kepada anak muridnya. 'Murid-murid, begitulah kita
    umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
    begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan
    kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang
    haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi
    kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan
    pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa
    dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
    tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
    dari masa ke semasa.


    'Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
    tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
    rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
    yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
    materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain.' 'Semuanya
    sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
    menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?' tanya
    Guru kepada anak muridnya.


    'Baik untuk permainan kedua...' Gurunya meneruskannya. .....

    'Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda
    berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil
    Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?'

    Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan
    selainnya.


    Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
    Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet ..'Murid-murid,
    begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .... Musuh Islam tidak akan
    memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ....Kerana tentu anda akan
    menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam
    dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur,
    sehingga kita tidak sedar.


    'Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
    kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.
    Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
    tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu,

    kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
    dihancurkan. . .....'


    'Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
    menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita.
    Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
    meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan
    mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan.' 'Ini
    semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
    dijalankan oleh musuh musuh kita... '


    'Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?' tanya
    murid- murid.

    'Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang
    Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.'
    'Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan
    sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan,
    kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun'.

    'Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
    berdoa dahulu sebelum pulang...'



    UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN
    KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA
    DIRI!!

    JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA
    BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
    LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI
    KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.


    YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM?AMIIINN. .. Sebagai umat Islam yang
    bertanggungjawab, tolonglah forwardkan e-mel ini kepada sahabat2 Islam
    kita yang lain. Semoga yang baik dijadikan telada dan yang buruk
    dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR









    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Perjuangan menegakkan kedaulatan agama & bangsa dipelopori ulama

    KETIKA memperingati Hari Kebangsaan, kita perlu merenung sambil cuba menjelajah sejarah yang menumpahkan darah syuhada bangsa. Apakah yang menguatkan azam dan keberanian jiwa mereka menentang penjajah.

    Agaknya ada sesuatu yang amat besar mampu melahirkan semangat kepahlawanan dalam diri syuhada. Roh Islamlah sebenarnya berperanan menghidupkan jiwa mereka menentang kolonialisme. Islam yang menjanjikan kemuliaan kepada sesiapa berjuang menegakkan yang hak.

    Data sejarah merakamkan gerakan antipenjajahan British yang dipelopori ulama sama ada di Sarawak, Melaka, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu.
    Catatan sejarah menyatakan pada 17 Ogos 1844, Sharif Sahab, Sharif Mashor, Datu Patinggi Ali, Datu Patinggi Imam Abdul Gafur, Imam Masjid Besar Sarawak yang pertama bersama penduduk tempatan dari kalangan Dayak melakukan penentangan bersenjata secara serentak terhadap penjajahan Brooke di Sarawak.

    Akibat pertempuran itu, Datu Patinggi Ali gugur dalam Pertempuran Beting Maru, manakala Sharif Mashor yang gigih menentang penjajah akhirnya dibuang negeri ke Singapura. (Zaini Ahmad, Rakis 1978)

    Pada 1895, di Pahang muncul Datuk Bahaman yang disokong Tok Ku Paloh dari Terengganu mengisytiharkan perang jihad menentang British. Pada awal abad ke-20, muncul pula Tok Janggut Mat Hasan di Kelantan.
    Pada 1922, Abdul Rahman Limbong memimpin gerakan Islam menentang British di Terengganu bersama rakan beliau seperti Musa Abdul Ghani. Hasil daripada kesedaran serta semangat kebangsaan dan keIslaman orang Melayu, maka lahirlah parti politik seperti Hizbul Muslimin, Umno dan Pas pada pertengahan abad ke-20.

    Walaupun antara parti politik ini ada perbezaan dari segi strategi dan taktik perjuangan, matlamat yang dituju adalah satu iaitu membela kedaulatan agama Islam dan Melayu. (Mahayudin Haji Yahya, Islam di Alam Melayu 1998)

    Prof Dr Hamka yang mengkaji gerakan ulama di Nusantara mengabadikan nama besar pahlawan Islam di serata Kepulauan Indonesia. Antara yang beliau sebutkan ialah Sultan Iskandar Muda di Acheh, Sultan Agung Tirtayasa di Banten, Sultan Agung Hanyotokusumo di Mataram, Sultan Hasanudin di Makasar, Raja Haji di Bugis, Raja Muda di Riau, Diponegoro memimpin tanah Jawa, Teuku Imam Bonjol, Pattimura di Ambon dan gurunya Said Partintah dari Saparua, seorang berketurunan Arab. (Hamka, Dari hati ke hati, tentang Agama, Sosial, Budaya dan Politik 2002)

    Semua pahlawan negara itu menjadikan ajaran Islam sebagai pedoman dalam gerakan dan perjuangannya. Patutkah kita melupakan jasa ulama di Alam Melayu Nusantara ini? Alangkah lemahnya pandangan mata hati yang tidak mahu mengakui bahawa roh Islamlah sebenarnya yang menggerakkan perjuangan mereka.
    Menerusi semangat al-Quran mereka menggenggam semangat jihad hingga mencapai kemerdekaan. Firman Allah yang bermaksud: "Dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya seperti mana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah berserta orang yang bertakwa." (Surah Al-Taubah, ayat 36)

    Kerana iman kepada Allah mereka memperjuangkan agama dan bangsa, seperti maksud firman-Nya: "Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui." (Surah Al-Taubah, ayat 41)

    Mereka percaya dengan janji Allah bagi sesiapa memperjuangkan agamanya adalah nikmat syurga yang kekal abadi seperti dimaktubkan dalam ayat al-Quran yang bermaksud: "Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya) dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang beriman." (Surah Al-Saf, ayat 10-13)

    Jelas terpancar semangat Islam itulah yang membangkitkan pahlawan bangsa kita. Begitu pula sebaliknya, penjajah yang datang dari barat dipengaruhi semangat salibiyyah di samping faktor politik dan ekonomi.

    Hal ini dibongkar oleh Hamka melalui buku sejarah yang ditulis K M Panikkar bertajuk Asia and Western Dominant. Ketika Panglima Perang Portugis Alfonso d'Albuquerque mahu menyerang Melaka yang menjadi pertahanan Islam kuat ketika itu, dia mengobarkan semangat juang tenteranya dengan pidatonya yang terkenal: "Adalah suatu pemujaan dan persembahan ibadat yang amat suci dari kita untuk Tuhan dengan mengusir dan menghakis habis orang Arab dari negeri ini, dan dengan menghembus padam pelita pengikut Muhammad sehingga tidak ada lagi cahayanya di sini buat selama-lamanya. Apabila perniagaan di Melaka ini kita rampas daripada tangan orang Islam, maka habislah masa depan Kaherah dan Makkah, dan Vanesia tidak akan dapat lagi berniaga rempah kalau tidak berhubungan dengan Portugis."

    Sejarah Melayu dan Islam tidak dapat dipisahkan selama-lamanya. Orientalis dan negarawan pelopor imperialisme terkenal akhir abad ke-19, Gladstone (1809-1898) pernah mengungkapkan kesulitan penjajah menguasai negeri Islam.

    Sambil memegang al-Quran dalam House of Common, beliau berkata: "Selama kitab ini masih dibaca orang Islam, selama itu mereka masih melawan kita."

    Betapa dekatnya Islam dan bangsa Melayu, abadi selama-lamanya menjadi kekuatan yang terbukti boleh menentang sesiapa yang mahu mempermainkan ketinggian maruah mereka. Perkataan Gladstone menjadi bukti bahawa kekuatan Melayu berpunca daripada keyakinan mereka terhadap agamanya, Islam.

    Kita sudah merdeka dan kekal dengan semangat 'Islam dan Melayu' yang takkan hilang ditelan zaman. Namun akhir-akhir ini kita dikejutkan oleh usaha pengkhianat bangsa yang mahu meruntuhkan jiwa bangsa, menghisap kasih sayang dan toleransi dari darah daging generasi baru.

    Mereka berusaha meracuni pemikiran generasi baru dengan sentimen ras dan warna kulit berbeza padahal gerakan ini nyata membawa agenda politik tertentu. Perlu difahami bahawa kolonialisme zaman sekarang tidak jauh beza dengan nenek moyang mereka dulu.

    Hanya yang sekarang menggunakan taktik membonceng di belakang tali barut berasal dari negara yang dijajah. Mencipta suasana tegang antara suku kaum adalah siasat dan muslihat basi yang agaknya mahu diguna pakai kembali saat ini.

    Bukankah penjajah dulu menggunakan taktik pecah dan perintah? Yang menjadi mangsa bukan hanya umat Islam dan orang Melayu, bahkan kaum minoriti lain ikut terbabit kerana kemajuan ekonomi dan pembangunan boleh terjejas dengan isu keselamatan negara. Akhirnya kita akur, kesan penjajahan itu tak boleh dihapuskan, taktik dan muslihat mereka lebih canggih daripada dulu.

    Transformasi budaya berunsur negatif sedikit sebanyak menghilangkan jatidiri generasi baru bangsa ini. Bukankah ramai anak muda yang malu mengaku Melayu dan Muslim dalam bergaya, berekspresi dan bergerak dalam percaturan dunia?

    Nenek moyang kita amat kuat pegangan agamanya, merekalah yang memperjuangkan kemerdekaan ini. Jangan dilupa, Islamlah yang menggerakkan perjuangan merebut kemerdekaan. Mengapa mahu dihapuskan kemuliaan Islam dalam perjuangan kita hari ini? Hamka pernah mencoretkan pesanan: "Melayu tanpa Islam, hilang 'me'-nya, tinggal layu saja".







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Keutamaan bulan Ramadan

    a.. Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
    Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka
    dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan
    dibelenggu. (Shahih Muslim No.1793)

    Waktu berpuasa dimulai sejak terbitnya fajar dan seseorang dibolehkan
    makan dan lainnya sampai terbit fajar, sifat fajar yang berkaitan
    dengan masuknya waktu berpuasa serta masuknya waktu salat subuh dan
    sebagainya

    a.. Hadis riwayat Adi bin Hatim ra.:
    Ketika turun ayat:
    Sehingga nyata bagimu benang yang putih dari benang yang hitam, yaitu
    fajar, maka Adi bin Hatim berkata kepada Rasulullah saw: Wahai
    Rasulullah, sungguh saya meletakkan benang berwarna putih dan benang
    berwarna hitam di bawah bantalku, sehingga aku dapat mengenali antara
    waktu malam dan waktu siang hari. Rasulullah saw. bersabda:
    Sesungguhnya bantalmu itu sangat lebar. Sesungguhnya yang dimaksud
    adalah hitamnya (gelapnya) malam dan putihnya (terangnya) siang pada
    saat fajar. (Shahih Muslim No.1824)

    b.. Hadis riwayat Sahal bin Saad ra., ia berkata:
    Ketika
    turun ayat: Makan dan minumlah hingga nyata bagimu benang yang putih
    dari benang yang hitam. Beliau berkata: Seorang lelaki mengambil
    seutas
    benang yang berwarna putih dan seutas benang berwarna hitam. Lalu ia
    makan sampai kedua benang tersebut kelihatan jelas olehnya, sampai
    akhirnya Allah menurunkan ayat kelanjutannya Pada waktu fajar,
    sehingga
    persoalannya menjadi jelas. (Shahih Muslim No.1825)

    c.. Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:
    Dari Rasulullah
    saw. bahwa beliau bersabda bahwa ketika Bilal mengumandangkan azan
    pada
    malam hari, maka makan dan minumlah kalian sampai engkau mendengar
    azan
    yang dikumandangkan oleh Ibnu Ummu Maktum. (Shahih Muslim No.1827)

    d.. Hadis riwayat Ibnu Masud ra., ia berkata:
    Rasulullah
    saw. bersabda: Janganlah sekali-kali azan Bilal itu mencegah salah
    seorang di antara kalian untuk makan sahur, karena Bilal
    mengumandangkan azan atau memanggil pada malam hari adalah untuk
    mengingatkan orang yang sedang salat qiyam (akan dekatnya waktu fajar)
    dan untuk membangunkan orang yang masih tidur. Selanjutnya beliau
    bersabda: Janganlah engkau hiraukan ucapan seseorang bahwa fajar itu
    begini begini sambil membenahi letak tangannya kemudian mengangkatnya
    ke atas, sesungguhnya fajar yang dimaksud ialah begini, sambil
    merenggangkan celah di antara kedua jarinya. (Shahih Muslim No.1830)

    Wassalam,



    Oleh : MUHAMMAD BIN YUSUF






    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Khutbah Rasulullah SAW menjelang Ramadhan

    Selain memerintah shaum, dalam menyambut menjelang bulan Ramadhan, Rasulullah saw. selalu memberikan beberapa nasehat dan pesan-pesan. Inilah pesan Rasulullah tatkala memasuki Ramadhan.

    Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-NYA.

    Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.
    Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.

    Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya.

    Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
    Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar.

    Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa) mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.
    Ketahuilah! Allah ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabb al-alamin.

    Wahai manusia! Barang siapa di antaramu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu. (Sahabat-sahabat lain bertanya: “Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.”Rasulullah meneruskan: “Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma.

    Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.”
    Wahai manusia! Siapa yang membaguskan akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirathol mustaqim pada hari ketika kai-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat.

    Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakanya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

    Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardu di bulan lain. Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.

    Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.
    Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu.

    Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu. Amirul mukminin k.w. berkata: “Aku berdiri dan berkata: “Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan ini?” Jawab Nabi: “Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah”.

    Wahai manusia! sesungguhnya kamu akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkahan, yaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasanya suatu fardhu, dan qiyam di malam harinya suatu tathawwu’.”“Barangsiapa mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan yang lain.”“Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya surga. Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan ( syahrul muwasah ) dan bulan Allah memberikan rizqi kepada mukmin di dalamnya.”“Barangsiapa memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka.

    Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikitpun berkurang.”
    Para sahabat berkata, “Ya Rasulullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa untuk orang lain yang berpuasa. Maka bersabdalah Rasulullah saw, “Allah memberikan pahala kepada orang yang memberi sebutir kurma, atau seteguk air, atau sehirup susu.”“Dialah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Barangsiapa meringankan beban dari budak sahaya (termasuk di sini para pembantu rumah) niscaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.”“Oleh karena itu banyakkanlah yang empat perkara di bulan Ramadhan; dua perkara untuk mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dan dua perkara lagi kamu sangat menghajatinya.”“Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampun kepada-Nya .

    Dua perkara yang kamu sangat memerlukannya ialah mohon surga dan perlindungan dari neraka.”
    “Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga.” (HR. Ibnu Huzaimah).

    Sumber :

    www.taushiyah-online.com








    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    An Interesting Story For All Muslims

    All Muslims~!!
    Assalamualaikum..

    All Muslims should read this!

    Fantastic Use Of Logic :-

    WHY SCIENCE FAILS TO EXPLAIN GOD?

    At an educational institution: Professing to be wise, they became fools ....
    "LET ME EXPLAIN THE problem science has with God."

    The atheist professor of philosophy pauses before his class and then asks one of his new students to stand. "You're a Muslim, aren't you, son?"

    "Yes, sir."

    "So you believe in God?"

    "Absolutely."

    "Is God good?"

    "Sure! God's good."

    "Is God all-powerful? Can God do anything?"

    "Yes."

    The professor grins knowingly and considers for a moment.

    "Here's one for you. Let's say there's a sick person over here and you can cure him. You can do it. Would you help them?
    Would you try?"

    "Yes sir, I would."

    "So you're good...!"

    "I wouldn't say that."

    "Why not say that? You would help a sick and maimed person if you could in fact most of us would if we could... God doesn't."

    [No answer]

    "He doesn't, does he? My brother was a Muslim who died of cancer even though he prayed to God to heal him. How is this God good?
    Hmmm? Can you answer that one?"

    [No answer]

    The elderly man is sympathetic. "No, you can't, can you?" He takes a sip of water from a glass on his desk to give the student time to relax. In philosophy, you have to go easy with the new ones.
    Let's start again, young fella."

    "Is God good?"

    "Er... Yes."

    "Is Satan good?"

    "No."

    "Where does Satan come from?" The student falters.

    "From... God..."

    "That's right. God made Satan, didn't he?" The elderly man runs his bony fingers through his thinning hair and turns to the smirking, student audience.

    "I think we're going to have a lot of fun this semester, ladies and gentlemen."

    He turns back to the Muslim. "Tell me, son. Is there evil in this world?"

    "Yes, sir."

    "Evil's everywhere, isn't it? Did God makeeverything?"

    "Yes."

    "Who created evil?"

    [No answer]

    "Is there sickness in this world? Immorality? Hatred? Ugliness? All the terrible things - do they exist in this world?"

    The student squirms on his feet. "Yes."

    "Who created them? "

    [No answer]

    The professor suddenly shouts at his student.

    "WHO CREATED THEM? TELL ME, PLEASE!"

    The professor closes in for the kill and climbs into the Muslim's face. In a still small voice: "God created all evil, didn't He, son?"

    [No answer]

    The student tries to hold the steady, experienced gaze and fails.Suddenly the lecturer breaks away to pace the front of the classroom like an aging panther.The class is mesmerised.


    "Tell me," he continues,"How is it that this God is good if He created all evil throughout all time?"
    The professor swishes his arms around to encompass the wickedness of the world. "All the hatred, the brutality, all the pain, all the torture,all the death and ugliness and all the suffering created by this good God is all over the world, isn't it, young man?"

    [No answer]

    "Don't you see it all over the place? Huh?"

    Pause.

    "Don't you?"

    The professor leans into the student's face again and whispers, Is God good?"


    [ No answer]


    "Do you believe in God, son?"


    The student's voice betrays him and cracks.


    "Yes, professor. I do."

    The old man shakes his head sadly. "Science says you have five senses you use to identify and observe the world around you. You have never seen God, Have you?

    "No, sir. I've never seen Him."


    "Then tell us if you've ever heard your God?"


    "No, sir. I have not."

    "Have you ever felt your God, tasted your God or smelt your God...in fact,do you have any sensory perception of your God whatsoever?"


    [No answer]


    "Answer me, please."

    "No, sir, I'm afraid I haven't."

    "You're AFRAID... you haven't?"

    "No, sir."

    "Yet you still believe in him?"

    "...yes..."

    "That takes FAITH!" The professor smiles sagely at the underling.According to the rules of empirical, testable, demonstrable protocol,science says your God doesn't exist. What do
    you say to that, son?Where is your God now?"

    [The student doesn't answer]


    "Sit down, please."

    The Muslim sits...Defeated.


    Another Muslim raises his hand. "Professor, may I address the class?"

    The professor turns and smiles. "Ah, another Muslim in the vanguard!Come,come, young man. Speak some proper wisdom to the gathering."

    The Muslim looks around the room. "Some interesting points you are making, sir. Now I've got a question for you.

    "Is there such thing as heat?"

    Yes, the professor replies. "There's heat."

    "Is there such a thing as cold?"

    "Yes, son, there's cold too."

    "No, sir, there isn't."

    The professor's grin freezes. The room suddenly goes very cold.The second Muslim continues.You can have lots of heat, even more heat, super-heat, mega-heat,white heat, a little heat or no heat but we don't have anything called 'cold'.We can hit 458 degrees below zero, which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold,otherwise we would be able to go colder than 458

    - - You see, sir, cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure
    cold.

    "Heat we can measure in thermal units because heat is energy.Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it."

    Silence. A pin drops somewhere in the classroom.

    "Is there such a thing as darkness, professor?"

    "That's a dumb question, son. What is night if it isn't darkness?What are you getting at...?

    "So you say there is such a thing as darkness?"

    "Yes..."

    "You're wrong again, sir. Darkness is not something, it is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light but if you have no light constantly you have nothing and it's called darkness, isn't it? That's the meaning we use to define the word. In reality, Darkness isn't. If it were, you would be able to make darkness darker and give me a jar of it. Can
    you...give me a jar of darker darkness,professor?"

    Despite himself, the professor smiles at the young effrontery before him.This will indeed be a good semester.

    "Would you mind telling us what your point is, young man?"

    "Yes, professor. My point is, your philosophical premise is flawed to start with and so your conclusion must be in error...."

    "The professor goes toxic. "Flawed...? How dare you...!"

    "Sir, may I explain what I mean?"

    The class is all ears.


    "Explain... oh, explain..." The professor makes an admirable effort to regain control. Suddenly he is affability itself.He waves his hand to silence the class, for the student to continue.

    "You are working on the premise of duality," the Muslim explains.That for example there is life and then there's death; a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science cannot even explain a thought.It uses electricity and magnetism but has never seen, much less fully understood them. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing.

    "Death is not the opposite of life, merely the absence of it." The young man holds up a newspaper he takes from the desk of a neighbour who has been reading it.

    "Here is one of the most disgusting tabloids this country hosts,professor. Is there such a thing as
    immorality?"


    "Of course there is, now look..."

    "Wrong again, sir. You see, immorality is merely the absence of morality. Is there such thing as injustice? No."

    Injustice is the absence of justice. Is there such a thing as evil?"

    The Muslim pauses.

    "Isn't evil the absence of good?"

    The professor's face has turned an alarming colour. He is so angry he is temporarily speechless.

    The Muslim continues. "If there is evil in the world, professor, and we all agree there is, then God, if he exists, must be accomplishing a work through the agency of evil. What is that work, God is accomplishing? Islam tells us it is to see if each one of us will,choose good over evil."

    The professor bridles. "As a philosophical scientist, I don't vie this matter as having anything to do with any choice; as a realist, I absolutely do not recognize the concept of God or any other
    theological factor as being part of the world equation because God is not observable."

    "I would have thought that the absence of God's moral code in this world is probably one of the most observable phenomena going," the Muslim replies.

    "Newspapers make billions of dollars reporting it every week!Tell me, professor. Do you teach your students that they evolvedfrom a monkey?"

    "If you are referring to the natural evolutionary process, young man, yes,of course I do."

    "Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?"

    The professor makes a sucking sound with his teeth and gives his student a silent, stony stare.

    "Professor. Since no-one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavour, are you not teaching your opinion, sir?

    Are you now not a scientist, but a priest?"

    "I will overlook your impudence in the light of our philosophical discussion. Now, have you quite
    finished?" the professor hisses.

    "So you don't accept God's moral code to do what is righteous?"

    "I believe in what is - that's science!"

    "Ahh! SCIENCE!" the student's face splits into a grin.


    "Sir, you rightly state that science is the study of observed phenomena. Science too is a premise
    which is flawed..."

    "SCIENCE IS FLAWED..?" the professor splutters.The class is in uproar.The Muslim remains standing until the commotion has subsided.

    "To continue the point you were making earlier to the other student, may I give you an example of what I mean?"

    The professor wisely keeps silent. The Muslim looks around the room.

    "Is there anyone in the class who has ever seen air, Oxygen,molecules, atoms, the professor's
    brain?"

    The class breaks out in laughter. The Muslim points towards his elderly, crumbling tutor.

    Is there anyone here who has ever heard the professor's brain...felt the professor's brain, touched or smelt the professor's brain?"


    No one appears to have done so. The Muslim shakes his head sadly. It appears no-one here has had any sensory perception of the professor's brain whatsoever. Well, according to the
    rules of empirical, stable,demonstrable protocol, science, I DECLARE that the professor
    has no brain."

    NOW IT IS EVERYONE'S CHANCE TO LEARN MORE ABOUT ISLAM, ABOUT GOD,
    ABOUT THE PURPOSE OF Existence, creation & life, ABOUT THE PROPHETS OF GOD, & ABOUT HIS HOLY BOOKS, ESPECIALLY THE HOLY QUR'AAN. THEN IT IS YOUR CHOICE TO BECOME A MUSLIM, OR NOT.

    ALLAAH SAYS IN THE
    HOLY:
    "THERE IS NO COMPULSION IN RELIGION "

    There is no compulsion in religion; truly the right way has become clearly distinct from error; And he who rejects false deities and believes in Allaah(The God) has grasped a firm
    handhold which will never break. and Allaah is ALL-Hearing, All-Knowing(256)

    Allah is the Protecting Guardian of those who believe. He brings them out of the darkness into the light; As for those who disbelieve,their guardians are false deities. They
    bring them out of light into darkness...(257)"

    AL-QUR'AAN (CHAPTER # 2, VERSES # 256-257)
    (They are much nicer and more sound in Arabic)

    The Muslim sits... Because that is what a chair is for!!!

    Please forward to others to spread the benefit & increase reward you will get in-shaa-Allaaah

    Do forward it to your contacts !

    Wassalam...






    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Muslim dituntut selalu mengingati Tuhan sebagai benteng jauhi keingkaran

    MENGIKUT syariat Islam, dosa terbahagi kepada dua, iaitu dosa besar dan dosa kecil. Dikatakan dosa besar ialah dosa yang sudah ditentukan hukumannya di dunia serta mendapat ancaman azab pedih di akhirat seperti termaktub dalam al-Quran dan hadis.

    Dosa besar hanya boleh terhapus dengan bertaubat kepada Allah, menyesali perbuatan mungkar yang dilakukan serta berazam dengan sekuat hati tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu.
    Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang apabila sudah melakukan perbuatan keji atau menganiaya dirinya sendiri, mereka ingat kepada Allah, lalu memohon ampun atas dosanya. Dan siapa lagi yang akan mengampuni dosa selain Allah? Dan mereka tiada meneruskan perbuatan buruk itu, sedang mereka mengetahui.” (Surah ali-Imran, ayat 135)

    Dosa kecil pula ialah dosa yang tidak ditentukan hukumannya ketika di dunia dan tidak diberi ancaman azab keras di akhirat seperti mengeluarkan kata-kata kesat, menyentuh al-Quran tanpa berwuduk atau membuang sampah merata-rata. Walaupun begitu, perlu diingat bahawa dosa kecil apabila dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Hati-hatilah kamu terhadap dosa kecil, kerana apabila sering dilakukan oleh seseorang, maka pasti akan merosakkannya (akan menjadi dosa besar).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
    Selain daripada itu, sesiapa yang ingin mengetahui sama ada dosa besar atau dosa kecil maka ada sebahagian ulama berpendapat: “Bandingkanlah kerosakan yang diakibatkan daripada dosa itu dengan dosa besar yang sudah ada nasnya. Apabila pada kenyataannya kerosakan yang ditimbulkan itu hanya sedikit, maka yang demikian adalah dosa kecil. Tetapi apabila kerosakan yang diakibatkan itu sebanding atau lebih besar, yang demikian itu adalah dosa besar.”

    Walau apapun, tidak ada seorang pun yang terlepas melakukan dosa kecil kecuali orang yang maksum (dijaga) oleh Allah seperti Nabi Muhammad SAW. Dosa kecil akan terhapus jika taat melakukan solat lima waktu dan amalan fardu yang lain.

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Antara solat fardu sampai solat fardu lainnya dan antara solat Jumaat sampai solat Jumaat lainnya, serta antara bulan Ramadan sampai Ramadan lainnya adalah pelebur dosa, selagi dosa besar dijauhi.” (Hadis riwayat Muslim)

    Mengapakah manusia senang terjebak dengan perbuatan dosa? Paling ketara sekali ialah kerana dalam diri seseorang itu tidak mempunyai iman yang kukuh, tidak ada rasa malu dan gerun dengan ancaman azab Allah.
    Hakim Peradilan Agama Beirut, Syeikh Husin Yusuf Ghazzal dalam kata pengantarnya untuk buku Dosa Dalam Pandangan Islam berkata: “..... dapat kita saksikan bahawa saat ini apabila seseorang melakukan perbuatan dosa, maka ia tidak akan merasa malu sedikitpun. Bahkan dengan sebarangan mereka berusaha menghalalkan suatu perbuatan tanpa mengendahkan syariat agama dan norma etika. Hal ini disebabkan lantaran mereka sudah kehilangan rasa takut kepada Allah dan hari pembalasan-Nya kelak.”

    Keadaan itu terjadi disebabkan lemahnya iman. Apabila iman begitu tipis, bermakna diri sudah tidak ada lagi pertahanan dan kekuatan. Jiwa jadi rapuh, mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan dan juga tunduk terhadap dorongan nafsu. Lalu senang pula seseorang terperangkap dalam perbuatan dosa, baik dosa zahir (nampak) mahu pun dosa batin (membabitkan hati).

    Kejahilan mengenai ajaran al-Quran dan hadis atau sering kali mengabaikannya dalam kehidupan, boleh mendorong seseorang itu melakukan dosa. Apalagi jika hidup di persekitaran yang tidak menghayati dan mengamalkan ajaran Islam sebenar.

    Kita perlu sedar dan ingat bahawa hidup ini bukan untuk memenuhi tuntutan nafsu yang merosakkan tetapi mengabdikan diri kepada Allah. Justeru, bagi mengelakkan diri daripada perbuatan maksiat atau dosa, hendaklah berasa takut kepada Allah.

    Seorang yang melanggar undang-undang atau melakukan jenayah terhadap pemerintah, sudah tentu sepanjang hari dalam keadaan gementar dan risau memikirkan balasan bakal diterimanya nanti. Ini baru hukuman di dunia, bagaimana dengan hukuman akhirat.

    Kenapa perasaan kebimbangan dan ketakutan seperti ini tidak terhadap Allah apabila membabitkan kemungkaran, kerana azab Allah itu sangat pedih? Setiap orang beriman seharusnya memiliki perasaan takut terhadap-Nya yang dapat menghalang daripada berbuat dosa.

    Said bin Zubair yang ditanya mengenai takut berkata: “Takut kepada Allah ialah rasa takut yang boleh menghalangi antara dirimu dengan maksiat kepada Allah.”

    Selalu ingat kepada Allah juga dapat menghindarkan diri daripada berbuat maksiat dan perkara ditegah kerana menyedari segala perbuatannya diperhatikan oleh-Nya. Kesannya, seseorang itu akan meningkatkan keimanan serta ibadat kepada Allah.

    Sesungguhnya orang yang berdosa adalah orang malang dan cukup menderita sekali di akhirat nanti. Firman Allah yang bermaksud: “Adapun orang yang celaka, mereka (tempatnya) di dalam neraka, di dalamnya mereka mengeluarkan nafas dan menariknya (dengan merintih).” (Surah Hud, ayat 106)

    Sekarang terletak pada pertimbangan diri untuk memilih arah mana hendak dituju, yang lurus atau bengkok. Allah menegaskan yang bermaksud: “Dan sesungguhnya di antara kami ada orang yang taat dan ada pula menyimpang daripada kebenaran. Barang siapa yang taat, maka itu benar-benar sudah memilih jalan yang lurus. Adapun orang yang menyimpang daripada kebenaran maka mereka menjadi kayu api neraka Jahanam.” (Surah al-Jin, ayat 14-15]







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Adab-adab bermusafir

    SESETENGAH di antara kita selalu keluar, sama ada kerana urusan pekerjaan, menziarahi keluarga dan kenalan atau kerana semata-mata bercuti. Ada antara kita tidak ambil kisah mengenai perjalanan, asalkan pasti tempat ditujui. Tetapi dalam Islam ada beberapa panduan yang wajar diberi perhatian, antaranya:

    1. Dianjurkan memulai perjalanan pada Khamis.

    Melalui hadis diriwayat Bukhari bermaksud: “Rasulullah s.a.w berangkat ke Perang Tabuk pada Khamis. Rasulullah menyukai memulai perjalanannya pada Khamis.”



    2. Dianjurkan memulakan perjalanan pada waktu malam.

    Dalam hadis diriwayatkan Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam.”



    3. Dianjurkan bermusafir bersama-sama.

    Hadis riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian.”



    4. Berdoa dalam musafir

    Sabda Rasulullah s.a.w, seperti diriwayatkan Tirmidzi, bermaksud: “Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah S.W.T ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya.”



    5. Meraikan permulaan perjalanan dan berdoa

    Dalam hadis riwayat Tirmidzi, Abu Hurairah r.a meriwayatkan, seorang lelaki berkata (kepada Rasulullah), wahai Rasulullah, saya akan memulai perjalanan (musafir), jadi berikanlah nasihat kepada saya. Nabi berkata: hendaklah engkau bertakwa kepada Allah dan bertakbir setiap kali melewati (melalui) tempat yang tinggi. Selepas lelaki itu pergi, Nabi s.a.w berdoa, “ Ya Allah, dekatkanlah jarak perjalanannya dan mudahkan perjalanannya.”

    Nabi s.a.w, apabila menghantar seseorang bermusafir, tidak melepaskan tangannya daripada orang terbabit sebelum orang berkenaan melepaskan dahulu tangannya.

    Kemudian, baginda berdoa (maksudnya): “Saya titipkan kepada Allah agamamu, amanatmu dan kesudahan amalmu.” (Hadis riwayat Ahmad)



    6. Dianjurkan juga segera kembali kepada keluarga apabila urusan sudah selesai.

    Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Tujuh Ciri Penghuni Syurga Firdaus

    MANUSIA akan memperoleh ganjaran setimpal berdasarkan usaha atau amalan dilakukannya baik perkara kecil atau besar yang tergolong dalam perbuatan yang baik dan buruk. Allah berfirman yang bermaksud: "Barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasannya)." (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8) .

    Setiap apa yang dilakukan memberi kesan kepada diri manusia itu dan mereka yang beriman pastinya berusaha melakukan lebih banyak perbuatan baik.

    Orang Mukmin yang taat adalah golongan yang mendapat kemuliaan dan kasih sayang Allah dan dijanjikan sebagai penghuni syurga bernama Firdaus yang kekal di dalamnya. Tujuh ciri dimiliki golongan ini dinyatakan Allah dalam surah al-Mukminun, ayat 1 hingga 11. Ciri itu ialah:

  • Khusyuk dalam menunaikan solat

    Insan yang Mukmin mampu melaksanakan solat dengan khusyuk sesuai dengan keteguhan dan kemantapan iman dimilikinya. Pengertian khusyuk mencakupi seseorang itu memahami apa yang dibaca dan dilakukannya dalam solat.

    Menurut Imam al-Ghazali, dalam khusyuk itu juga harus ada rasa takut kepada Allah. Sembahyang yang dikerjakan dengan khusyuk adalah syarat pertama untuk mewarisi syurga Firdaus.
  • Memelihara diri daripada perbuatan yang tiada berguna

    Seseorang yang benar-benar mukmin tidak akan membiarkan masa berlalu dengan tidak melakukan perkara berfaedah.

  • Menunaikan zakat

    Seorang Muslim sejati akan rela dengan ikhlas menunaikan kewajipan zakatnya tanpa wujud paksaan, lantaran sedar bahawa hartanya sudah memenuhi syarat untuk berzakat.
    Selain itu, dia sedar bahawa pada harta miliknya itu ada hak orang lain yang harus diberikan, terutama hak fakir miskin. Hartanya yang sebenar hanyalah harta yang tinggal selepas dikeluarkan zakatnya.

  • Memelihara kehormatan

    Orang mukmin berjaya akan menghindarkan diri daripada melakukan penyimpangan dalam hal seksual dan tidak mendekati zina. Dia tidak akan berlaku serong dan hanya menyalurkan keinginan syahwat (persetubuhan) melalui jalan halal dengan pasangan sah.

  • Melaksanakan amanah

    Seseorang mukmin yang diberi kepercayaan akan menunaikannya dengan baik kerana kepercayaan itu adalah penghormatan paling berharga baginya.

  • Memenuhi janji

    Islam mengajar bahawa setiap janji mesti ditunaikan kerana janji itu ibarat hutang. Lantaran itu ia perlu dibayar. Segala sesuatu yang dijanjikan perlu dipenuhi kerana yang demikian adalah ciri Mukmin berjaya.

  • Memelihara solat

    Solat pada pandangan Mukmin sejati paling penting. Jadi, solat mereka cukup terpelihara, sehingga dapat dilaksanakan dengan begitu baik lagi sempurna. Waktu solat dijaga dengan baik seperti solat pada awal waktu. Begitu juga dengan rukun dan pelbagai syarat lainnya yang mana semuanya itu sangat diberi perhatian.







  • "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Umat Islam digesa ikut cara tabiin untuk capai kesempurnaan hidup

    MENUNTUT ilmu agama tidak cukup dengan hanya bermodalkan semangat. Seseorang Muslim patut mengetahui juga segala bentuk prinsip asas dan cabangnya seperti digariskan syariat yang sempurna.

    Tujuannya supaya seseorang Muslim itu tidak kebingungan dalam menghadapi seruan daripada kepelbagaian kelompok dakwah. Apa yang penting, mereka tidak mudah terjerumus ke arah pemahaman menyeleweng.
    Dewasa ini ada banyak ‘ruang’ dan ‘jalan’ ditawarkan bagi mempelajari agama Islam. Sudah pasti semua pihak mendakwa cara dan gaya mereka adalah yang terbaik dan paling benar. Melalui pelbagai cara dan gaya ini jugalah mereka berusaha menambat pengikut seramai boleh.

    Lihatlah dalam masyarakat kita sendiri, ada pihak menawarkan cara dengan motivasi diri dan hati, ada mengajak untuk ikut serta dalam persoalan politik, ada golongan menyeru supaya segera mendirikan Khilafah Islamiyah kali kedua, ada secara santai menantikan kehadiran al-Mahdi dan ada pula bermusafir dari satu tempat ke tempat lain mengajak manusia untuk berjemaah di masjid.

    Tetapi, cuba perhatikan di persekitaran tempat tinggal dan masyarakat sekeliling kita. Keadaan masyarakat Islam masih lagi pada takuk lama, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai objektif hidup dan tidak mengerti kerana apa mereka dihidupkan di atas muka bumi ini.
    Pada jiwa dan sanubari mereka, tiada perkara penting melainkan kemewahan hidup. Kejahilan masih lagi menyelimuti seolah-olah mereka akan hidup kekal di dunia ini. Bahkan, keluarga serta sanak saudara terbabit pelbagai isu keruntuhan akhlak dan kebejatan moral yang bertambah parah.

    Adakah perkara yang salah dalam tindakan mereka? Jawapannya sudah pasti ada yang salah, apabila kita dapat menyaksikan saban hari berlaku pelbagai kepincangan di sisi umat yang semakin jauh daripada panduan diserukan Islam.

    Golongan Ahli Sunnah yang menjadi pewaris Nabi SAW sering kali menyeru dan tetap berusaha mengamalkan apa diwasiatkan Rasulullah dalam mengajak umat Islam kembali mempelajari agamanya.

    Dalam pelbagai situasi yang ditempuhi, Ahli Sunnah tidak akan keluar dari jalan yang dilandaskan berdasarkan sunnah Rasulullah SAW untuk mengambil dan memahami apa yang ditunjukkan Nabi SAW dalam persoalan agama.
    Keselarasan kita dalam menurut segala aspek ditonjolkan Nabi SAW berdasarkan hadis diriwayatkan ulama hadis sejak dulu adalah sesuatu yang utama dalam kehidupan seorang Muslim. Inilah yang sebenarnya sangat diperlukan oleh umat Islam.

    Justeru, untuk mencapai kesempurnaan ilmu agama, seseorang Muslim perlu memahami ajaran agama yang dianuti sejak sekian lama dan berpegang kepada perkara asas mencari ilmu antaranya:

    l Mengambil ilmu agama daripada sumbernya yang asal. Sumber utama ilmu Islam yang menjadi prinsip asasnya adalah berpandukan kepada petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.

    Hal ini jelas difahami daripada firman Allah yang bermaksud: “Ikutilah daripada apa yang diturunkan kepada kamu semua oleh tuhan kamu (Allah) dan janganlah kamu mengikuti panduan selain-Nya.” (Surah al-A’raf, ayat 3)

    Rasulullah SAW pula bersabda yang bermaksud: “Ketahuilah bahawasanya aku diberi al-Quran dan yang serupa dengannya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud)

    l Memahami al-Quran dan al-Sunnah sesuai dengan pemahaman golongan salaf. Golongan salaf yang dimaksudkan adalah sahabat serta orang yang mengikuti mereka dari kalangan tabiin dan generasi selepas mereka.

    Hal ini jelas seperti sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia adalah generasiku kemudian generasi yang datang setelah mereka, kemudian generasi lain yang datang setelah mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Mereka ini bukanlah golongan yang mengaku dirinya ‘salaf’ seperti yang ada hari ini kerana jauhnya zaman itu. Golongan kini hanya layak digelar sebagai salafi kerana menasabkan diri mereka dengan akidah salafiyah yang dibawa generasi awal Islam.

    Golongan salaf atau generasi awal Islam ini perlu diteladani memandangkan segala kebaikan yang berada pada mereka adalah kebaikan mencakup segala hal berkaitan agama, sama ada daripada aspek keilmuan, pemahaman, pengamalan dan strategi dakwah berkesan.

    Ibn al-Qayyim pernah merumuskan bahawa: “Nabi SAW pernah menyatakan bahawa sebaik-baik generasi adalah generasinya secara mutlak. Itu bermaksud merekalah yang paling utama dalam segala bentuk kebaikan. Jika bukan yang sedemikian, sudah pasti mereka adalah golongan yang baik dari beberapa aspek saja (seperti generasi lain) dan mereka sudah pasti bukan tergolong sebaik-baik generasi secara mutlak.”

    Dengan demikian, pemahaman mereka terhadap agama sudah dijamin oleh Nabi SAW tanpa perlu meraguinya lagi bahawa kebenaran itu pasti bersama mereka. Kewajaran ini jelas kerana mereka adalah golongan yang paling mengetahui selok-belok ajaran Islam selepas Nabi SAW.

    Bahkan, mereka menyaksikan sendiri di mana dan bilakah turunnya wahyu serta mengetahui kaitan peristiwa terlafaznya sesebuah hadis. Keadaan sebegini sudah tentu membuatkan ulama selepas era mereka sangat menghormati generasi terbaik ini.

    Oleh demikian, sesetengah ulama sendiri menyatakan bahawa jika sahabat bersepakat terhadap sesuatu urusan, maka menjadi kesalahan bagi seorang Muslim berselisih dengan kesepakatan mereka.

    Jika mereka sendiri berselisih pendapat dalam sesuatu urusan agama, maka seseorang Muslim itu tidak boleh mencari pendapat lain daripada mengetahui titik perselisihan mereka. Ini bermaksud bagi seorang Muslim, beliau harus memilih salah satu daripada pendapat mereka dan tidak boleh membuat pendapat yang lain di luar pandangan mereka.

    Imam Syafii sendiri menyatakan: “Mereka (sahabat) adalah golongan paling tinggi berbanding dengan kita dari segala aspek keilmuan, ijtihad, warak (sikap penuh berhati-hati), berakal dan pada setiap perkara yang mendatangkan ilmu atau diambil daripada mereka ilmu. Pendapat mereka lebih baik dan lebih utama buat kita dari pandangan kita sendiri…”

    Jika kita mampu kembali ke arah tatacara pelaksanaan yang dilandaskan generasi terbaik ini dalam mengkaji usul agama, sudah pasti kita mampu mengubah masyarakat dan membetulkan mereka dengan sandaran petunjuk Ilahi.

    Kesatuan dan kesepaduan yang dijalinkan berasaskan hujah dan contoh teladan itu pasti mampu menghindarkan umat Islam daripada pengaruh kesesatan. Perkara ini sudah dijamin Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah melindungi umatku dari berkumpul di atas kesesatan.” (Hadis riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan Ibn Abi Asim)







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Keistimewaan Surah Ali-Imran

    Tafsir Al-Quran & Asbabun Nuzul

    ALLAH menurunkan al-Quran sebagai petunjuk dalam kehidupan. Sesiapa yang menjadikan al-Quran sebagai panduan, maka dia akan dimuliakan Allah. – Gambar hiasan


    Mukadimah
    Surah al-Imran.

    Segala puji bagi Allah SWT selepas selesai surah al-Baqarah, pada kali ini akan dibincangkan berkenaan dengan surah ali-Imran. Nama surah ini dengan ali-Imran iaitu keluarga Imran kerana terdapat kisah mereka dalam ayat 33 hingga beberapa ayat selepas itu. Surah ini mengandungi 200 ayat.
    Kebanyakan ulama dan ahli tafsir menganggap ia termasuk dalam surah Madaniah iaitu diturunkan di kota Madinah selepas hijrah seperti riwayat Ibnu Abbas.
    Al-Qurtubi berkata: “Surah ini merupakan surah Madaniah secara ijmak..”
    Al-Hafiz Ibn Kathir dalam tafsirnya mengatakan: “Surah ini mempunyai kelebihan yang disekalikan dengan surah al-Baqarah seperti sabdanya: Hendaklah kamu pelajari surah al-Baqarah dan ali-Imran kerana kedua-duanya ibarat dua zahrawani yang memayungi pembacanya pada Hari Kiamat atau kedua-duanya seolah-olah awan yang memayunginya.”
    Sebahagian ulama menafsirkan maksud al-Zahrawani dengan dua cahaya.
    Mengikut riwayat Muslim dalam sahihnya, surah ini dan surah al-Baqarah digelar sebagai al-Zahrawani iaitu dua bunga (lambang keelokan dan kecantikan).
    Surah ini mempunyai beberapa nama yang lain antaranya digelar dengan al-Aman (keamanan), al-Kanz (simpanan dan khazanah), al-Muinah (yang menolong), al-Mujadilah (yang berdebat) dan juga digelar sebagai surah al-Istighfar.
    Mengikut riwayat al-Tabrani dan al-Haithami dengan sanad yang daif: “Rasulullah SAW bersabda: Siapa yang membaca surah yang disebut padanya ali-Imran pada hari Jumaat nescaya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atasnya hingga tenggelamnya matahari.”
    Ibnu Abi Shaibah meriwayatkan daripada Abd. Malik bin Umai katanya: “Seorang lelaki telah membaca surah al-Baqarah dan ali-Imran. Kemudian Kaab berkata: “Lelaki ini telah membaca dua surah, sesungguhnya pada kedua-dua surah tersebut terdapat nama Allah apabila dia berdoa nescaya diterima Allah SWT.”
    Kaitan dan hubungan surah ini dengan surah al-Baqarah
    Al-Alusi dalam Ruh al-Maani berkata: Wajah munasabahnya menyebut bahawa banyak permasalahan mujmal disyarahkan di dalam surah ini.
    Surah al-Baqarah sebagai mendirikan hujah dan surah ini sebagai menghilangkan segala syubhat dengan sebab itu diulangi padanya dengan matlamat menyatakan kebenaran dan kesahihan kitab daripada Allah SWT yang berfungsi sebagai petunjuk ke jalan yang sebenar.
    Sheikh al-Maraghi dalam tafsirnya berkata: Hubungan surah ini dengan surah sebelumnya adalah seperti berikut:
    - Kedua-dua surah dimulai dengan menyebut al-Kitab dan keadaan manusia yang dipimpin oleh al-Quran. Pada surah yang pertama disebut tentang orang yang beriman dan yang tidak beriman kepada al-Quran, dan golongan yang ragu-ragu. Sedangkan pada surah yang kedua disebut segolongan orang yang menyeleweng, iaitu orang yang mengikut ayat-ayat mutasyabihat, ayat yang menimbulkan salah faham.
    Mereka berbuat demikian dengan tujuan untuk menimbulkan fitnah. Sementara itu, sebahagian lagi orang yang ilmunya sangat mendalam. Merekalah orang yang beriman kepada ayat-ayat yang muhkamat dan mutasyabihat.
    Seterusnya, mereka menyatakan bahawa kedua-dua surah ini datang daripada Allah SWT.
    - Pada surah yang pertama disebutkan penciptaan Nabi Adam a.s.. Pada surah yang kedua, disebutkan penciptaan Nabi Isa a.s.
    Persamaan di antara surah kedua dengan yang pertama adalah kedua-dua kejadian tersebut berlaku di luar ketentuan Allah SWT yang sering berlaku.
    - Kedua-dua surah ini mengandungi bantahan terhadap ahli kitab. Akan tetapi pada surah yang pertama, huraian bantahan dinyatakan dengan panjang lebar mengenai kaum Yahudi, tetapi huraian secara ringkasnya tentang kaum Nasrani. Walau bagaimanapun pada surah yang kedua adalah sebaliknya.
    Hal ini disebabkan kaum Nasrani datang selepas kaum Yahudi. Oleh itu, pembicaraan tentang mereka menyusul selepas pembicaraan pertama.
    - Pada akhir kedua-dua surah ini mengandungi doa. Pada surah yang pertama, doanya memohon kemenangan ke atas orang yang mengingkari dakwah dan yang memerangi pendukungnya, serta permohonan dihilangkan beban yang di luar kemampuan. Hal seperti ini selaras dengan proses permulaan Islam.
    Pada surah yang kedua pula, doanya mengajak manusia menerima seruan agama dan memohon ganjaran di akhirat kerana kesediaan menerima agama Islam.
    - Surah yang kedua diakhiri dengan masalah yang sejajar dengan permulaan surah yang pertama. Ia dianggap sebagai pelengkap. Surah yang pertama dimulai dengan penegasan bahawa kebahagiaan hanyalah untuk orang yang bertakwa dan surah ini di akhiri dengan firman Allah SWT: Dan bertakwalah kamu kepada Allah SWT supaya kamu berbahagia.
    Isi kandung surah ini :
    Sheikh Muhammad Abu Zahrah dalam kitab tafsirnya Zahratu al-Tafasir berkata: Kandungan surah ini seperti berikut:
    - Penjelasan dengan al-Quran dan pembahagiannya sama ada ayat muhkam dan mutasyabih.
    - Dinyatakan kisah keluarga Imran, kelahiran Mariam, kisah Nabi Yahya dan Isa yang menunjukkan kekuasaan Allah SWT dan kesempurnaan iradat-Nya terhadap makhluk-Nya.
    - Penjelasan berkenaan mukjizat Nabi Allah Isa atas beberapa kurniaan seperti mengubati yang buta menjadi celik.
    - Mujadalah Nabi SAW dengan Kristian dan Yahudi serta pendedahan akhlak mereka dan juga gambaran sebenar hati mereka.
    - Penerangan bahawa Islam pada dasarnya dan maknanya merupakan agama setiap Nabi kerana itulah agama Allah SWT yang kekal abadi.
    - Penjelasan berkenaan kefarduan haji dan kesatuan Islam diperlihatkan juga bentuk dan wasilahnya. Begitu juga kefarduan amal makruf dan nahi mungkar.
    - Penjelasan berkenaan dengan kewajipan pemimpin umat supaya tidak menjadikan pemegang amanah setia. Di samping itu, menerangkan berkenaan peperangan Uhud dan sebab kekalahannya.
    - Menerangkan berkenaan dengan amalan orang munafik dan sikap mereka ketika menang dan kalah.
    - Menjelaskan kepada Nabi jika ia didustakan, sebenarnya Nabi-nabi terdahulu telah didustakan seperti ayat 184.
    - Penerangan bahawa Allah SWT pasti menguji orang beriman bertujuan untuk menggilap keimanan mereka.
    - Penerangan berkenaan dengan akhlak orang yang beriman dan fikiran mereka dan berkaitan penciptaan langit dan bumi. Begitu juga doa dan tadarruk mereka.
    - Surah ini Allah SWT menutupi dengan mengajak orang yang beriman supaya berjihad terhadap golongan musyrikin dengan bertakwa dan sabar, di samping membuat persediaan seperti termaktub dalam ayat 200.
    Semoga kita menjadi golongan yang mencintai surah ali-Imran dengan membaca, mengkaji, tadabbur, seterusnya mengamalkannya supaya kita menjadi golongan yang benar-benar mendapat petunjuk dan hidayah al-Quran. Amin







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Berjabat Salam

    BERJABAT tangan menjadi kebiasaan dalam perhubungan, termasuk
    diamalkan masyarakat bukan Islam.

    Ia bagi melahirkan rasa hormat antara satu sama lain, sekali gus
    merapatkan hubungan kedua-dua pihak.

    Berjabat tangan juga menjadi simbol perdamaian selepas berlaku
    sesuatu perselisihan dan dalam sesuatu urusan.

    Kebaikan daripada amalan zahir itu jelas terserlah, kerana mewujudkan
    persekitaran yang sihat, memupuk perpaduan, semangat kekitaan dan
    kebersamaan.

    Tetapi dalam Islam sejauh mana amalan ini dibenarkan? Apakah ada
    batasnya dan dilarang berjabat tangan di antara lelaki dan wanita?

    Sheikul Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi, dipetik berkata, beliau
    tidak pernah terbaca hadis atau kisah dalam sirah, Rasulullah pernah
    berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahramnya.

    "Rasulullah tidak pernah sama sekali berjabat tangan de ngan wanita
    bukan mahram dan inilah yang dipersetujui oleh kebanyakan ulama fiqah.

    "Namun, masih ada pendapat yang mengatakan (mem bolehkan) jika
    berjabat tangan itu tidak berlandaskan niat yang jahat iaitu semata-
    mata berjabat tangan dengan hujung jari sahaja secara ikhlas,"
    katanya.

    Beliau sendiri apabila pulang ke kampung halaman, se pupunya yang
    perempuan di mana sesetengahnya sudah lanjut usia datang menghulur
    tangan mereka untuk ber salam.

    "Kami di kampung-kampung di Mesir, apabila kaum wanita ingin berjabat
    tangan dengan lelaki, maka mereka me lakukannya dengan berlapikkan
    hujung kain kelubung atau mengalaskan tangan dengan sesuatu.

    "Bagaimanapun, saya lebih cenderung kepada pendapat tidak (boleh)
    berjabat tangan antara lelaki dan wanita yang bukan mahramnya kerana
    tidak ada nas Rasulullah pernah melakukannya," katanya.

    Ketua Mahjlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, Sheikh Yusuf al-
    Qaradawi, berkata berjabat tangan di antara lelaki dan perempuan
    bukan mahram menjadi isu rumit.

    Jadi, menurutnya, untuk mendapatkan keputusan mengikut perspektif
    Islam, ia memerlukan usaha dari segi psikologi, intelektual dan
    saintifik.

    "Jadi, mufti perlu membuang tekanan yang mempenga ruhinya dan adat
    diwarisi, kecuali ia berdasarkan nas dari al-Quran atau sunnah.

    "Sebelum mengupas isu ini, saya suka mengenepikan dua perkara yang
    saya tahu wujud persetujuan di kalangan pakar undang-undang Muslim,"
    katanya.

    Pertama, dilarang berjabat tangan dengan wanita jika khua tir
    menimbulkan keinginan seksual atau keseronokan atau jika bimbang
    berlaku godaan.

    Kedua, pengecualian dalam berjabat tangan dengan pe rempuan tua, atas
    alasan tiada kebimbangan menimbulkan gelora nafsu.

    Perkara yang sama diamalkan kepada budak perempuan kerana tiada
    kekhuatiran akan membangkitkan nafsu atau godaan.

    Sama juga jika seseorang itu adalah lelaki yang sudah tua.

    Ini berdasarkan apa yang diceritakan daripada Abu Bakar as-Sidiq,
    bahawa beliau berjabat dengan perempuan tua.

    Juga dilaporkan, bahawa Abdullah ibnu az-Zubair me ngupah wanita tua
    untuk merawatnya ketika beliau sakit dan wanita itu pura-pura tidak
    melihat dan membuang kutu daripada kepalanya.

    Malah, ini juga berasaskan apa yang dijelaskan dalam al-Quran
    membabitkan wanita tua yang mandul, diberikan pengecualian.

    Allah berfirman, maksudnya: "Dan mana-mana perempuan tua yang telah
    putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi
    maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan
    tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka, dalam pada itu menjaga
    kehormatan lebih baik bagi mereka, dan ingatlah Allah Maha Mendengar,
    lagi Maha Mengetahui." (an-Nuur:60)

    Justeru, objek perbincangan yang ingin dikongsi bersama al-Qaradwi di
    sini membabitkan yang luar daripada dua kes berkenaan.

    "Berjabat tangan dengan wanita adalah haram menurut pandangan mereka
    yang berpegang bahawa menutup semua badan wanita, termasuk muka dan
    dua tangannya adalah wajib.

    "Jika memandang kepada mereka adalah haram, menyentuh pun haram
    kerana sentuhan lebih kuat daripada memandang, ia menimbulkan berahi.

    "Tetapi mereka yang menyokong pandangan ini adalah sedikit, sementara
    majoriti pakar undang-undang Muslim, termasuk Sahabat berpendapat
    muka dan tangan tidak ter masuk dalam larangan," katanya.

    Pandangan mereka berdasarkan pandangan firman Allah dalam surah an-
    Nur, ayat 31, maksudnya: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan
    yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang
    diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
    menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan
    hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala
    mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
    melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mentua
    mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-
    saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki atau anak
    bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam,
    atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang lelaki yang telah
    tua dan tidak keinginan kepada perempuan atau kanak-kanak..."

    Jadi, al-Qaradawi mempersoalkan, di mana nas mengenai larangan
    berjabat tangan jika ia membangkitkan keinginan nafsu?

    "Saya mencari nas menyakinkan untuk menyokong la rangan itu tetapi
    saya tidak menemuinya. Hujah paling kuat di sini ialah bagi
    menghalang maksud fitnah dan ini tidak syak lagi diterima apabila
    membangkitkan nafsu atau takut fitnah," katanya.

    Bagi sesetengah ulama, mereka menjadikan tindakan Ra sulullah
    membiarkan wanita pergi selepas menerima ikrar taat setia pada hari
    penaklukan Makkah sebagai satu sandaran dalam memutuskan hukum ini.

    Mereka berpendapat, Rasulullah meninggalkan sesuatu per kara bukan
    menunjukkan ia adalah larangan, seperti baginda meninggalkannya
    kerana haram, makruh atau kerana tidak disukai.

    Kemudian mereka mendakwa, Nabi s.a.w menahan diri daripada berjabat
    tangan dengan wanita (selain isterinya) tidak menjadi nas larangan.

    Jadi, menurut mereka, sepatutnya ada hujah lain untuk menyokong
    pendapat mereka yang mendakwa berjabat ta ngan dilarang sama sekali.

    Bagaimanapun, ada pihak yang tidak bersetuju Rasulullah menahan diri
    daripada berjabat tangan dengan wanita yang berikrar setia itu. Ini
    kerana Umm Atiyah al-Ansariyyah dilaporkan dalam riwayat lain,
    menunjukkan Nabi berjabat tangan dengan wanita terbabit.

    Ini nyata berbeza dengan hadis diriwayatkan Ummul Muk minin, Aisyah
    r.a yang menafikan perkara terbabit dan menyatakan akuan ia tidak
    berlaku.

    Dalam kes ini juga ada ulama mengatakan larangan terbabit tidak dapat
    dibuktikan jika tiada dalil qatie seperti dari nas al-Quran dan hadis
    sahih.

    Malah, jika sekadar mengandaikan hadis itu sahih, ia masih tidak
    jelas hadis berkenaan menyatakan larangan lelaki dan wanita bukan
    mahram berjabat tangan.

    Bagaimanapun, daripada perbincangan di atas, al-Qaradawi memberikan
    dua keadaan hukum, iaitu:

    "Pertama, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan
    mahram hanya diizinkan apabila tiada keinginan nafsu dan kebimbangan
    fitnah.

    "Tetapi jika takut berlaku fitnah, keinginan nafsu dan keseronokan,
    kemudian berjabat tangan tidak diragui men jadi haram.

    "Jika satu daripada dua syarat itu tidak ada (yakni akan menimbulkan
    keinginan nafsu atau menimbulkan fitnah) di antara seorang lelaki dan
    mana-mana wanita mahram, seperti ibu saudara dan lain-lain, berjabat
    tangan menjadi haram (walaupun pada asalnya dibenarkan).

    "Kedua, berjabat tangan di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram
    seharusnya terbatas keadaan tertentu, seperti antara hubungan
    persaudaraan atau mereka yang mempunyai hubungan disebabkan
    perkahwinan," katanya.






    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Pembahagian harta pusaka

    UNTUK laki-laki ada bahagian daripada yang ditinggalkan oleh ibu bapa dan keluarga yang dekat dan untuk perempuan-perempuan pun ada bahagian daripada apa yang ditinggalkan oleh ibu bapa dan keluarga dekat dari (peninggalan) yang sedikit ataupun banyak menurut bahagian yang sudah ditetapkan. (al-Nisaa’: 7)
    KETIKA zaman jahiliah banyak berlaku penindasan dan penganiayaan. Penganiayaan ini akan berlaku ke atas kanak-kanak, wanita dan orang-orang miskin.
    Sekiranya berlaku kematian pada zaman itu, harta-harta pusaka tidak akan diwariskan kepada kaum perempuan, malah anak-anak si mati pun tidak mendapat hak yang sewajarnya seperti hari ini. Mereka bukan sahaja mengasingkan hak kepada kaum wanita sahaja malah kanak-kanak lelaki pun tidak akan diberikan harta sehinggalah mereka telah dewasa.
    Pada suatu hari, ada seorang daripada golongan Ansar telah meninggal dunia. Namanya Aus bin Tsabit. Dia meninggalkan dua orang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masih kecil.
    Selepas berita kematiannya dihebahkan, ramailah orang datang menziarahinya. Daripada kalangan mereka itu turut hadir juga adik-beradik kepada Aus bin Tsabit iaitu bapa saudara kepada kanak-kanak tersebut.
    Mereka telah mengambil kesemua harta tersebut sesuka hati. Tidak ada sedikit pun yang ditinggalkan untuk bekalan kanak-kanak terbabit.
    Melihat keadaan itu, isteri Aus bin Tsabit pun pergi menemui Rasulullah. Dia pun menceritakan keadaan sebenar kepada Rasulullah SAW, baginda pun menyuruhnya menunggu dahulu kerana pada masa itu, hukum dan cara penyelesaiannya belum diperoleh lagi.
    Selepas itu Rasulullah SAW pun menerangkan tentang hak ke atas harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati kepada anak-anak. Setiap orang mempunyai bahagian masing-masing. Bahagian seorang anak lelaki akan menyamai dua bahagian anak perempuan.
    Dengan terlaksananya hukum ini, maka tidak akan timbul penindasan dan penganiayaan terhadap sesiap pun. Agama Islam bukan sahaja merangkumi upacara ibadat semata-mata malah terangkum juga dalam tatacara kehidupan sehari-hari







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Monday, August 25, 2008

    Marah...???

    Rupa ketika marah lebih buruk daripada perlakuan haiwan IMAM Syafie ada menegaskan:

    "Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."

    Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:


    1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

    2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

    3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

    4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

    5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

    6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca isti'azah kerana marah itu datang daripada syaitan.

    7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.


    8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

    9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

    10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

    11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

    Jangan Kamu Marah! Hadith :

    Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:

    " Berwasiatlah kepada ku." Sabda Rasulullah SAW: "Jangan kamu marah." Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali.

    Sabda Rasulullah SAW:" Jangan kamu marah.." (al-Bukhari) Huraian Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan."

    Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain.

    Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.

    Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai..... .. "







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Berapa ramai lelaki boleh jadi IMAM..

    Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

    "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
    Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan
    sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

    "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.


    "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.



    Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

    Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

    Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

    "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanitakini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

    Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

    Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
    Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!






    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Sunday, August 24, 2008

    Doa Haikal 1-7 (Azimat & Khasiat)

    DOA HAIKAL
    1) Haikal Awal
    – Ayat Kursi
    2) Haikal Kedua
    – Ayat 35 Surah Aali Imran, Ayat 77-80 Surah Al-Isra’
    3) Haikal Ketiga
    – Ayat 285-286 Surah Al-Baqarah
    4) Haikal Keempat
    – Ayat 81-85 Surah Al-Isra’
    5) Haikal Kelima
    – Ayat 4-6 Surah Maryam, Ayat 27 Surah Al-Fath
    6) Haikal Keenam
    – Ayat 1-4 Surah Al-Jin
    7) Haikal Ketujuh
    – Ayat 51-52 Surah Al-Qalam


    Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada suatu hari sedang baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka jibril pun datang membawa firman.

    Ujarnya.."Ya Rasulullah..salam Allah Ta'ala pada tuan hamba dan firmannya:

    Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan pada tuan hamba.Maka barangsiapa tiada percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa

    membacanya atau menyimpannya maka Allah Subhanahu Wata'ala melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.

    Ya Muhammad..barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu.Barangsiapa suratkan

    doa ini dan dipakai diperbuat tangkal..(bukannye pakai tangkal..maksudnye di sini..doa ni ditulis semula di atas kertas dan dibawa ke mana mana) nescaya

    lepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, serta duduk dalam aman.

    Dan barangsiapa menaruh doa ini, sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratulmaut itu.Maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar.

    Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan jika tidak boleh membacanya diperbuatnya azimat..nescaya beroleh pahala umpama membaca 70 000

    kali khatam Qur'an dan 70 000 mati syahid dan 70 000 kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70 000 masjid dan seperti

    memerdekakan 70 000 hamba dan seperti menjamu 70 000 orang berbuka puasa dan mendapat pahala 70 000 orang hafiz qur'an dan beroleh kebajikan kemenangan 70 000 orang perang syahid dan pahala 70 000 'alim dan 70 000 'abid dan 70 000 malaikat dan 70 000 orang yang berakal dan 70 000 nabi

    dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil, 'IzrailAlaihissalam.

    Ya Muhammad SAW.Barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada

    sekelian bala dan jika ada ia berhutang, nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah."

    Kisah benar pada zaman dahulu: Ada seseorang yang terkena tohmah mencuri di negeri baghdad.Maka dibawa orang akan dia mengadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya.Maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia..tiada luka.Diselamkan ia di dalam air..tiada lemas.

    Kemudian dibakar ia akan dia..itupun tiada terbakar.Maka apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian, lalu bertanya hakim "apakah amalan yang menyebabkan suatu perkara pun tiada boleh mencederakanmu?" Maka sahut pencuri itu "ada di kepala hamba fadhilat doa haikal.Maka oleh berkat doa itu,

    suatu perkara pun tiada boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba."

    Maka apabila didengarnye oleh hakim akan kata kata pencuri itu..lalu dibawanya menghadap raja serta dipersembahkannye sekelian hal pencuri itu.Maka

    baginda mengurniakan pencuri tersebut seberapa banyak harta dan melepaskannya.Kemudian fadhilat doa haikal itupun disuruh salin dan ditaruh padanya.

    Adapun khasiat doa haikal ini terlalu banyak..sekadar diambil ringkasnye sahaja di sini.Sesungguhnya tiadalah syak lagi.








    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Sikap ujub perosak diri

    ADA orang tidak takut atau gusar nikmat di sisinya hilang, bahkan selalu bergembira. Gembiranya kerana nikmat itu semata-mata, lebih-lebih lagi mengenangkan keupayaan dan kejayaan dirinya mendapatkan nikmat terbabit, bukannya atas kesedaran ia adalah satu kurniaan Allah.

    Menurut ilmuan, golongan yang dilanda situasi itu diistilahkan sebagai orang yang bersifat ujub. Dalam Kamus Dewan, kata ujub merujuk kepada perkataan Arab yang membawa makna kagum terhadap diri sendiri, angkuh, bongkak dan ego.

    Bagaimanapun, selagi hati yang dikuasai perasaan mengakui nikmat itu kurniaan Allah yang berada di bawah kekuasaan dan kehendak-Nya, sama ada mahu dikekalkan atau diambil-Nya semula pada bila-bila masa yang dikehendaki-Nya, selama itu sifat ujub terkikis daripada hati seseorang.

    Berdasarkan penjelasan di atas, menunjukkan ujub bolehlah difahami sebagai sifat kehairanan (berasa hairan) atau kagum bercampur bangga dengan sesuatu nikmat yang diperoleh atau dimiliki. Di samping itu, diri lupa kepada Allah yang memberikan nikmat terbabit.

    Jika perasaan terbabit ditambah dengan perasaan yang diri mempunyai hak di sisi Allah (seolah-olah diri memaksa Allah memberikan hak) atau dengan amalnya, diri diberi kedudukan di sisi Allah yang melayakkannya diberi kemuliaan di dunia dan berasa diri jauh daripada bencana keburukan yang selalu menimpa orang fasik dan derhaka, perasaan itu diistilahkan sebagai ‘idlal’ iaitu seolah-olah dia berasa dimanja oleh Allah.

    Kedua-dua sifat iaitu ujub dan idlal ada perbezaan, dengan yang pertama hanya berasa hairan atau kagum bercampur bangga pada sesuatu nikmat sementara yang kedua, ditambah dengan mengharapkan balasan yang lebih besar daripada yang diusahakan.

    Jika diibaratkan, sifat ujub adalah pintu yang membawa kepada sifat takabur dan sifat takabur pula akan mengundang pelbagai penyakit dan keburukan. Keburukan ini adalah akibat daripada sifat ujub terhadap sesama makhluk.

    Seseorang yang bersifat ujub, selalunya lupa untuk menyelidiki kekurangan dalam ibadat dan kebaikan yang dilakukannya, sedangkan kealpaannya itu boleh mengakibatkan ibadatnya menjadi sia-sia, jika benar ada kecacatan dalam ibadatnya.

    Orang yang dilanda sifat ujub sebenarnya orang yang terpesona dan terpedaya, merasakan dirinya selamat daripada ujian Allah dan seksaan-Nya.

    Seterusnya orang terbabit merasakan dirinya mempunyai kedudukan di sisi Allah dan berpendapat setiap ibadatnya berhak mendapat ganjaran, sedangkan hakikatnya ia adalah nikmat dan pemberian Allah.

    Jika seseorang itu bersifat ujub, sama ada dengan pendapatnya, ilmuya atau daya fikirannya, akan mengakibatkan dirinya angkuh dan tidak mahu untuk bertanya, malah tidak mahu mendengar pendapat orang lain kerana merasakan dirinya sentiasa betul dan benar.

    Titik ini bermulanya segala bentuk keburukan seperti sikap keras kepala, malah akan lebih memburukkan lagi jika dia berbangga dengan pendapatnya yang salah, dirasakan betul, tetapi sebenarnya jauh menyimpang daripada kebenaran.

    Dia bukan saja berasa bangga dengan pendapatnya, malah memandang kecil pendapat orang lain dan membenci orang terbabit.

    Justeru, dia berasa dirinya tidak perlu diberikan nasihat dan peringatan. Jika demikian, dirinya akan berterusan dalam kesilapan dan kesalahan.

    Sekiranya sikap ujubnya itu membabitkan perkara duniawi, mungkin ia tidaklah membawa kerugian besar, tetapi bagaimana apabila membabitkan perkara keagamaan seperti akidah? Sudah pasti akan membinasakan diri sendiri dan kerugian yang amat besar.

    Berbahaya juga apabila sifat buruk ini mengakibatkan seseorang menjadi malas, tidak aktif dan kurang berusaha kerana menyangka dia sudah berjaya dan sudah cukup segala-galanya. Sifat ini boleh menyerang sesiapa saja, tidak mengira tua atau muda.

    Misalnya seorang pelajar menyangka dirinya sudah pandai, lalu dia merasakan tidak perlu mengulang kaji pelajaran, tidak perlu membaca buku dan akhirnya malas untuk ke sekolah. Tidakkah ini akan menyebabkan pelajar terbabit kandas dalam peperiksaan?

    Jelas, sifat ujub adalah sifat tercela dan sepatutnya setiap individu berwaspada terhadapnya, jangan membiarkannya tumbuh dan bermaharajela di dalam diri.



    >Info

    Antara keburukan sifat ujub terhadap Allah:

  • Dosa dan kesalahannya akan dilupakan. Seorang yang ujub selalunya tidak cuba mengingati kesalahan dan dosanya kerana dia menyangka tidak perlu diingatkan lagi sehingga akhirnya dia terus melupakannya.

    Sekiranya dia mengingati dosa yang lalu, dia hanya menganggapnya kecil atau dipandang sebelah mata, sekali gus tidak berusaha untuk menebusnya kerana dia menyangka Allah sudah memaafkan dan mengampunkan dosanya.



  • Ibadat dan kebaikan dilakukannya dipuja-puja, dibangga dan disebut untuk mendapatkan ganjaran yang berganda. Dia alpa terhadap pertunjuk dan pertolongan Allah ketika melakukan ibadat dan pekerjaan yang baik itu.



    “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam banyak medan perang dan perang Hunain, semasa kamu bermegah dengan bilangan kamu yang ramai; maka ia tidak memberi faedah kepadamu sedikit pun; dan bumi yang luas itu menjadi sempit kepadamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.” (at-Taubah:25)







  • "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Bagaimana mencegah Mungkar?

    Salah satu sebab mengapa ilmu agama yg kita pelajari dari ustaz/org alim/ulama'/mufti dll tak dapat meresap ke lubuk-hati-jiwa-raga dan seterusnya di zahirkan dalam bentuk amalan adalah kerana aku dan korang MEMANDANG BURUK org yg nak nasihat kita..cis!

    Bila ada makhluk tuhan yg tampil untuk tegur kita, maka kita mulalah pandang si penegur atas-bawah, dan sekiranya si penegur ada sedikit keburukkan…maka kita membuat kesimpulan: KAU TAK LAYAK TEGUR AKU..!

    Macam setan yg benci di tegur…walaupun Allah yg menegur..nauzubillah…!

    Setiap org perlu kepada "penyedar"…walaupun ia seorang Nabi…apatah lagi aku, korang dan semua ummat manusia..sangat perlu kepada 'penyedar'..dan penyedar yg paling baik adalah diri sendiri…di sini aku ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka2 yg secara tidak langsung menjadi 'penyedar' aku…oh..terharunya..

    Penyedar adalah manusia biasa yg mempunyai kesilapan juga…maka memang satu larangan ugama supaya kita tidak melihat kepada penyedar semata2, tapi lihatlah apa yg mereka sedarkan…

    sebenarnya al Quran adalah 'surat' dari Allah yg di 'alamat'kan kepada semua ummat manusia..dan semua org layak jadi 'posmen'…semua org…

    alangkah ruginya seorang yg tak mahu terima surat kiriman wang hanya kerana tidak suka dengan posmen yg mungkin berpakaian selekeh….atau motor yg buruk..atau posmen dari bangsa yang kita tak suka, (posmen tu tetap dapat gaji daa…)

    Bukankah jelas 'alamat' kita kat 'surat' tu..oh,..sungguh kasihan…
    cubalah lihat Al-quran itu..sungguh jelas 'nama' dan 'alamat'nya..jadi terimalah walaupun ianya disampaikan oleh seorang yg baru semalam masuk islam,,…

    Seorang HambaAllah kata:
    ustaz2 kat surau yg selalu kau dengar ceramah tu, hanya ajak org kepada solat, zakat, haji bla bla bla , tapi ustaz tu tak mencegah mungkar, macamana aku nak ikut dia? sedangkan ayat Al-Quran suruh ajak kepada kebaikkan dan cegah kepada mungkar!, ustaz tu tak betul sebab hanya amal separuh dari ugama, hanya ajak kepada kebaikkan, kemungkaran macam mana?

    Koft..koft…(aku pura2 batuk.ni -..uhuk..uhuk..!)

    ----------------------

    Maka aku pun email seorang bakal ustazah perempuan bujang yg belajar kat University Al Azhar Mesir, penuntut Syariah Islamiah…

    Antara nasihatnya adalah:-

    Org akhir zaman ini tak faham tafsir Al Quran sebenarnya…tak faham apa itu maksud sebenar 'Nahiy anil munkar'@mencegah kemungkaran.

    Nahy anil munkar bukan bermakna dengan keras, kasar, kuasa, kekuatan, senjata atau seumpamanya.

    Satu contoh yang mudah di sini memberi gambaran apa itu Nahy anil munkar sebenarnya. Di zaman Nabi SAW, seorang Badwi telah masuk ke Masjid-un-nabawiy dan mula kencing di satu sudut Masjid. Para Sahaabat RA segera bergegas untuk bertindak ke atasnya tetapi dilarang oleh Nabi.
    Nabi s.a.w membiarkan dulu Badwi tadi selesai buang air kecil dan kemudiannya dengan penuh kasih sayang memanggil orang Badwi tersebut ke sisinya dan berkata-kata dengannya dengan lemah lembut sehingga Badwi itu faham akan kebersihan dan kesucian rumah Allah, dll. Lihatlah bagaimana keburukan yang orang Badwi itu telah lakukan - kencing di hadapan Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) di dalam Masjid-un-Nabawiy. Walaupun sedemikian, perhatikan bagaimana Nabi (Sallallaahu Alayhi Wasallam) melaksanakan tugas Nahy anil munkar.

    Kerana tu dalam Al-Quran guna huruf "DAN"…bermakna, dua2 kena buat…cegah mungkar buat, ajak baikpun kena buat..dan bila ajak baik dengan hikmah..automatik amalan baik tadi mencegah mungkar..mengerti?!

    (Nota: terima kasih adikku..belajar rajin2…mak kamu cukup Bangga dengan dirimu..abg doakan adik berjaya dunia akhirat..amin…)

    Korang tanya pulak: apa itu HIKMAH?

    Hikmah adalah seperti memukul ular dengan tongkat, yg mana…ular mampus, tongkat tak patah..so bolehlah guna tongkat tu lagi untuk ketuk ular lain pulak..

    Kalau org tak solat kita marah2, pukul mereka…memang mereka pergi masjid..tapi mungkin itu adalah kali terakhir…oh…(pukul anak sendiri-takpe..)

    Bercerita pasal ular..aku ada cerita nak di ceritakan:

    Pada suatu hari di sebuah taman perumahan,dekat taman permainan, sedang budak2 asyik bermain..tiba2 mereka menjerit:

    Ular!

    Ular!

    Ular!

    Lalu datanglah penduduk kampung ni dan bunuh ular tersebut…seekor anak ular, tapi boleh tahan bisanya dan besarnya…

    Esoknya sekali lagi penduduk kampung gempar apabila ada pulak ular lain yag datang kat taman permainan duniawi itu dan mengganggu budak2.,..maka sekali lagi org kampung datang dan membunuh ular tersebut..mampus!

    Pada hari berikutnya budak2 itu bermain dengan riang dan gembira..kerana tiada lagi ular yg datang mengganggu mereka bermain..

    Sekian, apa moralnya cerita ini..?

    Ular!

    Ular!

    Ular!

    Oh..ada lagi ular yg datang mengacau budak2 bermain..maka org kampung sekali lagi menjadi pembunuh bersiri kepada ular2 tersebut..

    Akhirnya org kampung bermesyuarat;

    Tak boleh jadi nih..ni mesti ada punca kedatangan ular2 yg mengganggu ketenteraman kampung kita…

    Maka org kampung mula lah bergerak dan mencari di manakan 'punca' kedatangan ular2 tersebut..dan akhirnya berjumpalah akan sarang ular dekat hujung kampung dan di dalamnya ada ibu ular yg sangat besar…maka sekali lagi org kampung menjadi pembunuh ular ..dan mampuslah ibu ular yg sangat besar itu…

    Semenjak hari itu, budak2 kat kampung tu bermain dengan riang dan gembira kerana ibu ular telah mampus dan tiada lagi anak ular yg berkeliaran membuat onar…

    Sekian terimakasih…

    -------------

    Begitu jugaklah kita hari ni, hari2 polis tangkap ahli maksiat yg terdiri antaranya daripada Perogol-bunuh-bakar!, dah polis sumbat mereka dalam penjara , surat kabar esok cerita pulak ada Perogol-bunuh-bakar!..org lain ni..bila masa belajar ntah?…polis pun buat ops besar besaran2 dan dah dpt tangkap Perogol-bunuh-bakar!.ini..tapi selang dua tiga hari muncul pulak : Perogol-bunuh-bakar!

    Maka berkatalah ketua polis negara waktu tu..

    Tak boleh jadi nih..ni mesti ada punca kedatangan Perogol-bunuh-bakar yg mengganggu ketenteraman malaysia kita…

    Maka polis mula lah bergerak dan mencari di manakan punca kedatangan Perogol-bunuh-bakar! Ada institut Perogol-bunuh-bakarkah…rupa2nya punca segala maksiat datang dari amalan meninggalkan solat…kerana sembahyanglah yg mencegah kemungkaran!

    Perogol-bunuh-bakar dll ahli maksiat adalah datang dari mereka2 yg meninggalkan solat!

    Jadi jika sekiranya rakyat malaysia, semua sembahyang bagus2 macam Nabi sembahyang maka pasti tak ada lagi org yg buat maksiat! Pasti! Ini janji Allah!

    So..jika ustaz ajak korang sembahyang, bermakna secara tidak langsung ustaz tu mencegah kemungkaran, mengerti?!

    Sebab tu penjara dan pusat serenti kat malaysia makin hari makin besar..sebab mereka suka meninggalkan sembahyang. Sebab itu mereka masuk ke sana.mengerti?!

    Kalau masih tak paham bila guna dalil dan nas, Mari kita rujuk buku teks matematik SPM 2006.

    Bukak muka surat..arghh..tak ingat.. dari tajuk PENAALUKAN dalam matematik..

    Contoh ilmu penaalukan:

    premis 1 : segitiga mempunyai sudut tegak
    premis 2 : PQR ialah sebuah segi tiga bersudut tegak
    kesimpulan : segi tiga PQR mempunyai sudut tegak

    secara asasnya premis2 nie terbahagi kepada 3 bentuk...aku tulis bentuk satu dah ler..ni bukan entry matematik spm!

    Contoh premis bentuk 1

    premis 1 : semua A adalah B
    premis 2 : C adalah A
    kesimpulan : C adalah B

    contoh lain...

    premis 1 : semua nombor kuasa 2 adalah nombor positif
    premis 2 : (-25)^2 ialah nombor kuasa dua
    kesimpulan : (-25)^2 ialah nombor positif

    Jadi jika korang nak paham tentang ustaz yg tak cegah mungkar nie..tengok contoh di bawah:

    Contoh panaalukan:

    Premis satu: ustaz ajak korang solat
    Premis dua: solat mencegah kemungkaran
    Kesimpulan: ustaz mencegah kemungkaran….!

    Korang paham tak nie?!
    Aku bagi contoh lain pulak…

    Contoh:
    Premis satu: Semua org suka tidur
    Premis dua: tidur adalah saudara mayat
    Kesimpulan: semua org …ha ha ha!jawab sendiri, korang semua dah masuk "U"..ha ha!

    Dah bercerita pasal ilmu penaklukan, aku nak kabor kat korang semua bahawa semua org lelaki yg beriman: hati hendaklah di 'takluk' oleh masjid…seperti doctor yg di 'takluki' oleh klinik, nelayan di 'takluk' oleh laut…maka apa kerja org yg ditakluki ini?

    Dah tentulah mereka selalu buat hubungan dengan apa yg menakluknya… doktor hari2 pergi klinik..nelayan hari2 pergi laut..dan org beriman hari2 pergi masjid..mengerti?!

    Jadi aku ajak korang solat jemaah kat masjid nampak macam aku tak cegah kemungkaran korang…memang aku tak cegah pun! Oh..isk…hakikatnya solat koranglah yg mencegah kemungkaran….aku hanya ajak korang solat jer..jomSolat!(dulu sureSolat)

    Sesungguhnya solat itu mencegah Mungkar…(al-Quran)

    MORAL: Janganlah jika korang nampak ustaz tu tak cegah mungkar menjadikan alasan untuk korang tak nak terima ilmu dia..memang jahil(bodoh)lah korang…jika korang mampu cegah mungkar dengan tangan, cegahlah, kalau tak, dengan mulut/tulisan…dan serendah darjat adalah dengan HATI! tapi la ni, bukan nak mencegah mungkar dalam hati, sokong mungkar lagi..oh..siap SMS..oh..aku bukan ahli fatwa…oh..aku bukan!..isk!

    ps: Ingat! Harimau mati meninggalkan belang..
    Manusia mati menjadi mayat yang kena makan ulat..ingat nie..INGAT!








    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Mengenali Waliullah Habib Nuh bin Muhammad al-Habsyi

    Makam Habib Nuh di Singapura


    Dikisahkan bahawa Kiyai Agung Muhammad bin 'Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu mengamalkan bacaan mawlid Junjungan Nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau meninggalkannya. Pada satu malam, beliau bermimpi dan dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan Junjungan Nabi s.a.w. dan Habib Nuh yang ketika itu sudah pun berpulang ke rahmatullah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi Baginda Nabi s.a.w. yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata kepada Baginda Nabi s.a.w.: "Ya RasulAllah, marilah kita ziarah rumah kawan saya Muhammad Suhaimi." Tetapi Junjungan Nabi s.a.w. enggan berbuat demikian sambil bersabda: "Saya tak hendak menziarahinya kerana Muhammad Suhaimi ini selalu lupakan saya, kerana dia selalu meninggalkan bacaan maulid saya." Habib Nuh merayu kepada Baginda Nabi s.a.w.: "Saya bermohonlah kepada tuan supaya dia diampuni." Setelah itu baharulah Junjungan Nabi s.a.w. mahu masuk dan duduk di dalam rumah Kiyai Agung. Inilah kisah mimpi Kiyai Agung, selepas isyarat mimpi itu, maka Kiyai Agung tidak lagi meninggalkan bacaan mawlid, hatta dalam pelayaran sekalipun dan walaupun hanya 2 atau 3 orang sahaja dalam majlis pembacaan tersebut.


    Ini cerita mimpi, percaya atau tidak terpulanglah, kuceritakan kisah ini sebagai pengenalan kepada ketinggian maqam seorang waliyullah yang bermakam di Singapura. Beliau yang kumaksudkan dan kuharapkan keberkatannya bagi diriku dan ahli keluargaku serta sekalian muslimin adalah Habib Nuh bin Muhammad al-Habsyi yang hidup sekitar tahun 1788M - 1866M. Makam beliau terletak di Palmer Road, Tanjong Pagar, Singapura. Keistimewaan Habib Nuh al-Habsyi makin tersohor apabila kerajaan Singapura sewaktu pembinaan lebuh raya cuba untuk memindahkan makam beliau tetapi gagal. Akhirnya, makam beliau dibiarkan dan sehingga kini terus di bawah penjagaan Majlis Ugama Islam Singapura.

    Habib Nuh al-Habsyi meninggalkan dunia yang fana ini pada hari Jumaat, 14 Rabi`ul Awwal 1283H. Sebelum meninggal, beliau telah mewasiatkan agar dikebumikan di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer tersebut. Wasiat ini dipandang ganjil kerana tempat yang ditunjukkannya itu adalah terpencil daripada perkuburan orang Islam dan berada di tepi laut yang terdedah kepada pukulan ombak dan hakisan laut. Maka ahli keluarga beliau memutuskan agar jenazahnya dimakamkan sahaja di tanah perkuburan biasa. Setelah selesai urusan jenazah dan ketika hendak dibawa ke tanah perkuburan biasa, jenazah beliau tidak dapat diangkat oleh orang yang hendak membawanya. Diceritakan puluhan orang cuba untuk mengangkat jenazah tersebut, semuanya gagal. Akhirnya mereka diperingatkan agar mematuhi sahaja wasiat Habib Nuh berhubung tempat pengkebumiannya. Maka apabila jenazahnya hendak dibawa ke tempat menurut wasiatnya tersebut, maka orang-orang yang membawanya merasa jenazahnya amat ringan dan mudahlah mereka mengusungnya. Tahun 1962, kerajaan Singapura telah menambak dan menebus guna laut sekitar makam Habib Nuh, dan sekarang makam tersebut berada di tengah daratan dan bukan lagi tepi laut. Makam beliau tetap terpelihara sehingga sekarang dan menjadi tempat ziarah bagi mereka-mereka yang mencari keberkahan seorang sholih lagi wali.

    Karamah Habib Nuh al-Habsyi zahir sewaktu hayatnya lagi. Diceritakan bahawa pernah beliau dipenjarakan oleh penjajah orang putih. Anehnya, Habib Nuh boleh berada di luar penjara pada bila-bila masa sahaja yang dia kehendaki, walaupun dalam penjara kaki dan tangannya dirantai. Walaupun ditangkap semula, beliau tetap dapat keluar dari penjara, sehingga penjajah tidak betah lagi untuk memenjarakan beliau kerana penjara tidak lagi mempunyai apa-apa arti buat beliau.

    Diceritakan lagi bahawa pada satu ketika ada seorang saudagar yang sedang dalam pelayaran ke Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul ribut kencang. Dalam suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah agar diselamatkan kapalnya dari ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan kain kepada Habib Nuh. Alhamdulillah, dia dan dagangannya diselamatkan Allah dari keganasan ribut tersebut. Setibanya di Singapura, dia hairan kerana Habib Nuh telah sedia menunggu kedatangannya di pelabuhan dan memintanya melaksanakan nazar yang telah dibuatnya di tengah laut itu.

    Diceritakan lagi bahawa seorang yang hendak belayar membawa dagangan yang mahal mengikut sebuah kapal telah menghadap Habib Nuh memohon doa agar pelayarannya selamat. Habib Nuh dengan keras melarang dia membawa dagangannya tersebut. Memandangkan ketegasan Habib Nuh tersebut, maka saudagar tersebut tidaklah jadi membawa dagangannya dengan kapal tersebut. Tidak berapa lama selepas kapal tersebut berlepas, penduduk Singapura dimaklumkan bahawa kapal tersebut telah terbakar dan tenggelam.

    Banyak lagi kejadian aneh yang dihubungkan kepada karamah Habib Nuh ini. Walau apa pun khawariqul adah yang berlaku pada dirinya, maka itu bukanlah tuntutan kita. Yang pasti, sejarah telah menyaksikan bahawa Habib Nuh al-Habsyi adalah seorang sholeh yang taat kepada ajaran Islam. Apa yang kita citakan ialah agar dapat mencontohi jejak langkah beliau dalam menuruti perjalanan para leluhurnya sambung-menyambung sehingga ke hadhrat Junjungan Nabi s.a.w. Mahabbah kepada para sholihin adalah dituntut dan ingat seseorang itu nanti akan berada bersama orang yang dikasihinya. Sesungguhnya istiqamah atas agama itu lebih baik daripada 1000 kekeramatan mencarik adat. Karamah maknawi itu lebih bermakna dari karamah hissi. Mudah-mudahan keberkatan Habib Nuh al-Habsyi mengalir terus kepada kita dan anak keturunan kita, keberkatan yang dengan sebabnya diharap Allah memandang kita dengan pandangan rahmat dan kasih sayangNya. Mari kita hadiahkan al-Fatihah kepada wali Allah Kota Singa ini.....al-Fatihah.


    Wajah Habib 'Arifin bin Muhammad al-Habsyi, saudara kandung Habib Nuh bin Muhammad al-Habsyi. Habib 'Arifin telah kembali ke rahmatUllah dalam tahun 1904M dan dimakamkan di Burma Road, Pulau Pinang.....al-Fatihah


    sumber : www.ahlulbait.blogdrive.com







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    PERIHAL FIDYAH PUASA

    Bersempena dengan ketibaan bulan Ramadhan, di bwah ini saya sertakan maklumat mengenai FIDYAH PUASA untuk panduan semua, khususnya mereka yang masih berhutang puasa.

    Di antara makna Fidyah dalam hal puasa ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan mengqadha puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya. Diantara sebab-sebab wajib mengeluarkan Fidyah puasa ialah:

    1. Tidak berupaya berpuasa iaitu seseorang yang wajib berpuasa, tetapi tidak sanggup lagi mengerjakannya disebabkan tua, lemah dan sekiranya dia berpuasa tidak akan dapat menanggung kepayahannya.


    2. Orang yang sakit yang tidak ada harapan sembuh dan tidak berupaya melakukan puasa.


    3. Perempuan hamil atau yang sedang menyusukan anak, iaitu jika sekiranya mereka ini berpuasa, maka takut akan mendatangkan mudarat kepada anak yang dikandung atau boleh mengurangkan air susu yang akan memberi kesan kurang baik kepada anak yang menyusu.


    4. Sesiapa tidak mengqadha Ramadhan pada tahun berkenaan sehingga masuk Ramadhan berikutnya tanpa 'uzur syar'i. Khusus bagi sebab yang ke empat ini, maka bagi sesiapa yang telah terlanjur melambat-lambatkan qadha' puasa Ramadhan, padahal ia boleh mengqadha puasanya itu dengan tiada 'uzur sehingga masuk Ramadhan lain, maka tetaplah juga wajib ke atasnya mengqadhanya sebanyak hari-hari Ramadhan yang ditangguhnya itu disamping itu wajib pula mengeluarkan fidyah mengikut kadar hari-hari berkenaan, iaitu sebanyak satu mud atau 15 tahil atau 566.99 gram beras untuk satu hari.

    Ertinya satu hari puasa Ramadhan yang ditinggalkan maka fidyahnya satu mud, jika dua hari, fidyahnya dua mud, jika tiga hari, fidyahnya tiga mud begitulah seterusnya. Walau bagaimanapun, kadar jumlah satu, dua atau tiga mud itu boleh berganda. Umpamanya sehari puasa Ramadhan yang ditinggalkan fidyahnya ialah satu mud, tetapi jika masuk tahun kedua belum diqadha, fidyahnya berganda menjadi dua mud. Masuk tahun ketiga menjadi tiga mud sehinggalah diqadha dan begitulah seterusnya.

    Perlu juga di ingat bahawa disamping kewajipan membayar fidyah, dan mengqadha puasa Ramadhan, adalah wajib bertaubat tidak akan meninggalkan puasa Ramadhan lagi atau melambatkan mengqadhanya jika tidak ada 'uzur syar'i, kerana meninggalkan puasa Ramadhan tanpa 'uzur adalah haram, dan jika ditinggalkan juga tanpa 'uzur, wajiblah diqadha dengan segera, dan jika dilambat-lambat mengkadhanya tanpa 'uzur hukumnya adalah haram.

    Orang Yang Sudah Meninggal Dunia.

    Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana 'uzur syar'i seperti sakit atau dalam musafir sama ada satu hari atau lebih, kemudian dia mati sebelum berkesempatan mengqadhanya, maka tidak wajib dikeluarkan fidyah puasa yang ditinggalkannya itu. Dia juga tidak berdosa kerana dia dikira tidak dapat melakukan yang wajib atasnya disebabkan suatu 'uzur atau halangan yang dibenarkan syara'.

    Bagaimana jika dia mati setelah berkeupayaan dan berpeluang mengqadhanya, namun dia tidak mengqadhanya, maka pihak walinya tidak perlu mengganti puasanya dan tidak sah hukumnya, kerana puasa itu dikira ibadah peribadi yang tidak dapat diwakilkan semasa hidup.


    Berkata Imam Nawawi: Ertinya: 'Sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadhan (kerana 'uzur syara'), kemudian dia mati sebelum berkesempatan mengqadhanya, maka dia tidak wajib membayar fidyahnya dan tidak berdosa. Dan jikalau dia mati selepas berupaya mengqadhanya, walinya tidak perlu mengganti puasanya mengikut Qaul Jadid, yang perlu ialah membayar fidyah puasanya bagi setiap hari satu mud makanan yang diambil dari harta peninggalannya'. (Minhaj at-Thalibin: 77).









    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Panduan Solat Cara Sunnah Rasulullah SAW

    Panduan Solat ini dipetik dari
    Ringkasan Buku Sifat Shalat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam oleh
    Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albaani ra.


    Perhatian : Tulisan ini hanya ringkasan, bagi pembaca yang ingin mengetahui dalil-dalilnya dipersilahkan merujuk buku aslinya yaitu : "Sifat Shalat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam", oleh Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albaani, dengan edisi Indonesia diterbitkan oleh Media Hidayah - Yogyakarta (edisi revisi).


    1. MENGHADAP KA'BAH


    1. Apabila anda - wahai Muslim - ingin menunaikan shalat, menghadaplah ke Ka'bah (qiblat) dimanapun anda berada, baik shalat fardlu maupun shalat sunnah, sebab ini termasuk diantara rukun-rukun shalat, dimana shalat tidak sah tanpa rukun ini.


    2. Ketentuan menghadap qiblat ini tidak menjadi keharusan lagi bagi 'seorang yang sedang berperang' pada pelaksanaan shalat khauf saat perang berkecamuk dahsyat.
    Dan tidak menjadi keharusan lagi bagi orang yang tidak sanggup seperti orang yang sakit atau orang yang dalam perahu, kendaraan atau pesawat bila ia khawatir luputnya waktu.
    Juga tidak menjadi keharusan lagi bagi orang yang shalat sunnah atau witir sedang ia menunggangi hewan atau kendaraan lainnya. Tapi dianjurkan kepadanya - jika hal ini memungkinkan - supaya menghadap ke qiblat pada saat takbiratul ikhram, kemudian setelah itu menghadap ke arah manapun kendaraannya menghadap.


    3. Wajib bagi yang melihat Ka'bah untuk menghadap langsung ke porosnya, bagi yang tidak melihatnya maka ia menghadap ke arah Ka'bah.


    HUKUM SHALAT TANPA MENGHADAP KA'BAH KARENA KELIRU


    4. Apabila shalat tanpa menghadap qiblat karena mendung atau ada penyebab lainnya sesudah melakukan ijtihad dan pilihan, maka shalatnya sah dan tidak perlu diulangi.


    5. Apabila datang orang yang dipercaya saat dia shalat, lalu orang yang datang itu memberitahukan kepadanya arah qiblat maka wajib baginya untuk segera menghadap ke arah yang ditunjukkan, dan shalatnya sah.


    2. BERDIRI
    6. Wajib bagi yang melakukan shalat untuk berdiri, dan ini adalah rukun, kecuali bagi :


    Orang yang shalat khauf saat perang berkecamuk dengan hebat, maka dibolehkan baginya shalat di atas kendaraannya.


    Orang yang sakit yang tidak mampu berdiri, maka boleh baginya shalat sambil duduk dan bila tidak mampu diperkenankan sambil berbaring.


    Orang yang shalat nafilah (sunnah) dibolehkan shalat di atas kendaraan atau sambil duduk jika dia mau, adapun ruku' dan sujudnya cukup dengan isyarat kepalanya, demikian pula orang yang sakit, dan ia menjadikan sujudnya lebih rendah dari ruku'nya.


    7. Tidak boleh bagi orang yang shalat sambil duduk meletakkan sesuatu yang agak tinggi dihadapannya sebagai tempat sujud. Akan tetapi cukup menjadikan sujudnya lebih rendah dari ruku'nya -seperti yang kami sebutkan tadi- apabila ia tidak mampu meletakkan dahinya secara langsung ke bumi (lantai).


    SHALAT DI KAPAL LAUT ATAU PESAWAT


    8. Dibolehkan shalat fardlu di atas kapal laut demikian pula di pesawat.
    9. Dibolehkan juga shalat di kapal laut atau pesawat sambil duduk bila khawatir akan jatuh.
    10. Boleh juga saat berdiri bertumpu (memegang) pada tiang atau tongkat karena faktor ketuaan atau karena badan yang lemah.


    SHALAT SAMBIL BERDIRI DAN DUDUK


    11. Dibolehkan shalat lail sambil berdiri atau sambil duduk meski tanpa udzur (penyebab apapun), atau sambil melakukan keduanya. Caranya; ia shalat membaca dalam keadaan duduk dan ketika menjelang ruku' ia berdiri lalu membaca ayat-ayat yang masih tersisa dalam keadaan berdiri. Setelah itu ia ruku' lalu sujud. Kemudian ia melakukan hal yang sama pada rakaat yang kedua.


    12. Apabila shalat dalam keadaan duduk, maka ia duduk bersila atau duduk dalam bentuk lain yang memungkinkan seseorang untuk beristirahat.


    SHALAT SAMBIL MEMAKAI kasut


    13. Boleh shalat tanpa memakai sandal dan boleh pula dengan memakai sandal.
    14. Tapi yang lebih utama jika sekali waktu shalat sambil memakai sandal dan sekali waktu tidak memakai sandal, sesuai yang lebih gampang dilakukan saat itu, tidak membebani diri dengan harus memakainya dan tidak pula harus melepasnya. Bahkan jika kebetulan telanjang kaki maka shalat dengan kondisi seperti itu, dan bila kebetulan memakai sandal maka shalat sambil memakai sandal. Kecuali dalam kondisi tertentu (terpaksa).


    15. Jika kedua sandal dilepas maka tidak boleh diletakkan di samping kanan akan tetapi diletakkan di samping kiri jika tidak ada di samping kirinya seseorang yang shalat, jika ada maka hendaklah diletakkan di depan kakinya, hal yang demikianlah yang sesuai dengan perintah dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. 1)


    SHALAT DI ATAS MIMBAR


    16. Dibolehkan bagi imam untuk shalat di tempat yang tinggi seperti mimbar dengan tujuan mengajar manusia. Imam berdiri di atas mimbar lalu takbir, kemudian membaca dan ruku' setelah itu turun sambil mundur sehingga memungkinkan untuk sujud ke tanah di depan mimbar, lalu kembali lagi ke atas mimbar dan melakukan hal yang serupa di rakaat berikutnya.


    KEWAJIBAN SHALAT MENGHADAP PEMBATAS DAN MENDEKAT KEPADANYA


    17. Wajib shalat menghadap tabir pembatas, dan tiada bedanya baik di masjid maupun selain masjid, di masjid yang besar atau yang kecil, berdasarkan kepada keumuman sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.


    "Artinya : Janganlah shalat melainkan menghadap pembatas, dan jangan biarkan seseorang lewat di hadapanmu, apabila ia enggan maka perangilah karena sesungguhnya ia bersama pendampingnya". (Maksudnya syaitan).


    18. Wajib mendekat ke pembatas karena Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan hal itu.


    19. Jarak antara tempat sujud Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dengan tembok yang dihadapinya seukuran tempat lewat domba. maka barang siapa yang mengamalkan hal itu berarti ia telah mengamalkan batas ukuran yang diwajibkan. 2)


    KADAR KETINGGIAN PEMBATAS


    20. Wajib pembatas dibuat agak tinggi dari tanah sekadar sejengkal atau dua jengkal berdasarkan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.


    "Artinya : Jika seorang diantara kamu meletakkan di hadapannya sesuatu setinggi ekor pelana 3) (sebagai pembatas) maka shalatlah (menghadapnya), dan jangan ia pedulikan orang yang lewat di balik pembatas".


    21. Dan ia menghadap ke pembatas secara langsung, karena hal itu yang termuat dalam konteks hadits tentang perintah untuk shalat menghadap ke pembatas. Adapun bergeser dari posisi pembatas ke kanan atau ke kiri sehingga membuat tidak lurus menghadap langsung ke pembatas maka hal ini tidak sah.


    22. Boleh shalat menghadap tongkat yang ditancapkan ke tanah atau yang sepertinya, boleh pula menghadap pohon, tiang, atau isteri yang berbaring di pembaringan sambil berselimut, boleh pula menghadap hewan meskipun unta.


    HARAM SHALAT MENGHADAP KE KUBUR


    23. Tidak boleh shalat menghadap ke kubur, larangan ini mutlak, baik kubur para nabi maupun selain nabi.


    HARAM LEWAT DI DEPAN ORANG YANG SHALAT TERMASUK DI MASJID HARAM


    24. Tidak boleh lewat di depan orang yang sedang shalat jika di depannya ada pembatas, dalam hal ini tidak ada perbedaan antara masjid Haram atau masjid-masjid lain, semua sama dalam hal larangan berdasarkan keumuman sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.


    "Artinya : Andaikan orang yang lewat di depan orang yang shalat mengetahui akibat perbuatannya maka untuk berdiri selama 40, lebih baik baginya dari pada lewat di depan orang yang sedang shalat". Maksudnya lewat di antara shalat dengan tempat sujudnya. 4)


    KEWAJIBAN ORANG YANG SHALAT MENCEGAH ORANG LEWAT DI DEPANNYA MESKIPUN DI MASJID HARAM


    25. Tidak boleh bagi orang yang shalat menghadap pembatas membiarkan seseorang lewat di depannya berdasarkan hadits yang telah lalu.


    "Artinya : Dan janganlah membiarkan seseorang lewat di depanmu ...".


    Dan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.


    "Artinya : Jika seseorang diantara kamu shalat menghadap sesuatu pembatas yang menghalanginya dari orang lain, lalu ada yang ingin lewat di depannya, maka hendaklah ia mendorong leher orang yang ingin lewat itu semampunya (dalam riwayat lain : cegahlah dua kali) jika ia enggan maka perangilah karena ia adalah syaithan".


    BERJALAN KE DEPAN UNTUK MENCEGAH ORANG LEWAT


    26. Boleh maju selangkah atau lebih untuk mencegah yang bukan mukallaf yang lewat di depannya seperti hewan atau anak kecil agar tidak lewat di depannya.


    HAL-HAL YANG MEMUTUSKAN SHALAT


    27. Di antara fungsi pembatas dalam shalat adalah menjaga orang yang shalat menghadapnya dari kerusakan shalat disebabkan yang lewat di depannya, berbeda dengan yang tidak memakai pembatas, shalatnya bisa terputus bila lewat di depannya wanita dewasa, keledai, atau anjing hitam.


    3. NIAT


    28. Bagi yang akan shalat harus meniatkan shalat yang akan dilaksanakannya serta menentukan niat dengan hatinya, seperti fardhu zhuhur dan ashar, atau sunnat zhuhur dan ashar. Niat ini merupakan syarat atau rukun shalat. Adapun melafazhkan niat dengan lisan maka ini merupakan bid'ah, menyalahi sunnah, dan tidak ada seorangpun yang menfatwakan hal itu di antara para ulama yang ditokohkan oleh orang-orang yang suka taqlid (fanatik buta).


    4. TAKBIR


    29. Kemudian memulai shalat dengan membaca. "Allahu Akbar" (Artinya : Allah Maha Besar). Takbir ini merupakan rukun, berdasarkan sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.
    "Artinya : Pembuka Shalat adalah bersuci, pengharamannya adalah takbir, sedangkan penghalalannya adalah salam". 5)


    30. Tidak boleh mengeraskan suara saat takbir di semua shalat, kecuali jika menjadi imam.
    31. Boleh bagi muadzin menyampaikan (memperdengarkan) takbir imam kepada jama'ah jika keadaan menghendaki, seperti jika imam sakit, suaranya lemah atau karena banyaknya orang yang shalat.
    32. Ma'mum tidak boleh takbir kecuali jika imam telah selesai takbir.


    MENGANGKAT KEDUA TANGAN DAN CARA-CARANYA


    33. Mengangkat kedua tangan, boleh bersamaan dengan takbir, atau sebelumnya, bahkan boleh sesudah takbir. Kesemuanya ini ada landasannya yang sah dalam sunnah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.


    34. Mengangkat tangan dengan jari-jari terbuka.


    35. Mensejajarkan kedua telapak tangan dengan pundak/bahu, sewaktu-waktu mengangkat lebih tinggi lagi sampai sejajar dengan ujung telinga. 6)


    MELETAKKAN KEDUA TANGAN DAN CARA-CARANYA


    36. Kemudian meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri sesudah takbir, ini merupakan sunnah (ajaran) para nabi-nabi Alaihimus Shallatu was sallam dan diperintahkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam kepada para sahabat beliau, sehingga tidak boleh menjulurkannya.
    37. Meletakkan tangan kanan di atas punggung tangan kiri dan di atas pergelangan dan lengan.
    38. Kadang-kadang menggenggam tangan kiri dengan tangan kanan. 7)


    TEMPAT MELETAKKAN TANGAN


    39. Keduanya diletakkan di atas dada saja. Laki-laki dan perempuan dalam hal tersebut sama. 8)


    40. Tidak meletakkan tangan kanan di atas pinggang.


    KHUSU' DAN MELIHAT KE TEMPAT SUJUD


    41. Hendaklah berlaku khusu' dalam shalat dan menjauhi segala sesuatu yang dapat melalaikan dari khusu' seperti perhiasan dan lukisan, janganlah shalat saat berhadapan dengan hidangan yang menarik, demikian juga saat menahan berak dan kencing.
    42. Memandang ke tempat sujud saat berdiri.
    43. Tidak menoleh ke kanan dan ke kiri, karena menoleh adalah curian yang dilakukan oleh syaitan dari shalat seorang hamba.
    44. Tidak boleh mengarahkan pandangan ke langit (ke atas).


    DO'A ISTIFTAAH (PEMBUKAAN)

    45. Kemudian membuka bacaan dengan sebagian do'a-do'a yang sah dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam yang jumlahnya banyak, yang masyhur diantaranya ialah :


    "Subhaanaka Allahumma wa bihamdika, wa tabaarakasmuka, wa ta'alaa jadduka, walaa ilaha ghaiyruka".


    "Artinya : Maha Suci Engkau ya Allah, segala puji hanya bagi-Mu, kedudukan-Mu sangat agung, dan tidak ada sembahan yang hak selain Engkau".


    Perintah ber-istiftah telah sah dari Nabi, maka sepatutnya diperhatikan untuk diamalkan. 9)


    5. QIRAAH (BACAAN)

    46. Kemudian wajib berlindung kepada Allah Ta'ala, dan bagi yang meninggalkannya mendapat dosa.


    47. Termasuk sunnah jika sewaktu-waktu membaca.


    "A'udzu billahi minasy syaiythaanirrajiim, min hamazihi, wa nafakhihi, wa nafasyihi"
    "Artinya : Aku berlindung kepada Allah dari syithan yang terkutuk, dari godaannya, dari was-wasnya, serta dari gangguannya".


    48. Dan sewaktu-waktu membaca tambahan.


    "A'udzu billahis samii-il a'liimi, minasy syaiythaani ......."
    "Artinya : Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, dari syaitan.......".
    49. Kemudian membaca basmalah (bismillah) di semua shalat secara sirr (tidak diperdengarkan).


    MEMBACA AL-FAATIHAH

    50. Kemudian membaca surat Al-Fatihah sepenuhnya termasuk bismillah, ini adalah rukun shalat dimana shalat tak sah jika tidak membaca Al-Fatihah, sehingga wajib bagi orang-orang 'Ajm (non Arab) untuk menghafalnya.


    51. Bagi yang tak bisa menghafalnya boleh membaca.


    "Subhaanallah, wal hamdulillah walaa ilaha illallah, walaa hauwla wala quwwata illaa billah".
    "Artinya : Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada sembahan yang haq selain Allah, serta tidak ada daya dan kekuatan melainkan karena Allah".


    52. Didalam membaca Al-Fatihah, disunnahkan berhenti pada setiap ayat, dengan cara membaca. (Bismillahir-rahmanir-rahiim) lalu berhenti, kemudian membaca. (Alhamdulillahir-rabbil 'aalamiin) lalu berhenti, kemudian membaca. (Ar-rahmanir-rahiim) lalu berhenti, kemudian membaca. (Maaliki yauwmiddiin) lalu berhenti, dan demikian seterusnya. Demikianlah cara membaca Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam seluruhnya. Beliau berhenti di akhir setiap ayat dan tidak menyambungnya dengan ayat sesudahnya meskipun maknanya berkaitan.


    53. Boleh membaca (Maaliki) dengan panjang, dan boleh pula (Maliki) dengan pendek.


    BACAAN MA'MUM


    54. Wajib bagi ma'mum membaca Al-Fatihah di belakang imam yang membaca sirr (tidak terdengar) atau saat imam membaca keras tapi ma'mum tidak mendengar bacaan imam, demikian pula ma'mum membaca Al-Fatihah bila imam berhenti sebentar untuk memberi kesempatan bagi ma'mum yang membacanya. Meskipun kami menganggap bahwa berhentinya imam di tempat ini tidak tsabit dari sunnah. 10)


    BACAAN SESUDAH AL-FATIHAH


    55. Disunnahkan sesudah membaca Al-Fatihah, membaca surat yang lain atau beberapa ayat pada dua raka'at yang pertama. Hal ini berlaku pula pada shalat jenazah.


    56. Kadang-kadang bacaan sesudah Al-Fatihah dipanjangkan kadang pula diringkas karena ada faktor-faktor tertentu seperti safar (bepergian), batuk, sakit, atau karena tangisan anak kecil.
    57. Panjang pendeknya bacaan berbeda-beda sesuai dengan shalat yang dilaksanakan. Bacaan pada shalat subuh lebih panjang daripada bacaan shalat fardhu yang lain, setelah itu bacaan pada shalat dzuhur, pada shalat ashar, lalu bacaan pada shalat isya, sedangkan bacaan pada shalat maghrib umumnya diperpendek.
    58. Adapun bacaan pada shalat lail lebih panjang dari semua itu.
    59. Sunnah membaca lebih panjang pada rakaat pertama dari rakaat yang kedua.
    60. Memendekkan dua rakaat terakhir kira-kira setengah dari dua rakaat yang pertama. 11)
    61. Membaca Al-Fatihah pada semua rakaat.
    62. Disunnahkan pula menambahkan bacaan surat Al-Fatihah dengan surat-surat lain pada dua rakaat yang terakhir.
    63. Tidak boleh imam memanjangkan bacaan melebihi dari apa yang disebutkan di dalam sunnah karena yang demikian bisa-bisa memberatkan ma'mum yang tidak mampu seperti orang tua, orang sakit, wanita yang mempunyai anak kecil dan orang yang mempunyai keperluan.


    MENGERASKAN DAN MENGECILKAN BACAAN


    64. Bacaan dikeraskan pada shalat shubuh, jum'at, dua shalat ied, shalat istisqa, khusuf dan dua rakaat pertama dari shalat maghrib dan isya. Dan dikecilkan (tidak dikeraskan) pada shalat dzuhur, ashar, rakaat ketiga dari shalat maghrib, serta dua rakaat terakhir dari shalat isya.
    65. Boleh bagi imam memperdengarkan bacaan ayat pada shalat-shalat sir (yang tidak dikeraskan).


    66. Adapun witir dan shalat lail bacaannya kadang tidak dikeraskan dan kadang dikeraskan.


    MEMBACA AL-QUR'AN DENGAN TARTIL


    67. Sunnah membaca Al-Qur'an secara tartil (sesuai dengan hukum tajwid) tidak terlalu dipanjangkan dan tidak pula terburu-buru, bahkan dibaca secara jelas huruf perhuruf. Sunnah pula menghiasi Al-Qur'an dengan suara serta melagukannya sesuai batas-batas hukum oleh ulama ilmu tajwid. Tidak boleh melagukan Al-Qur'an seperti perbuatan Ahli Bid'ah dan tidak boleh pula seperti nada-nada musik.
    68. Disyari'atkan bagi ma'mum untuk membetulkan bacaan imam jika keliru.


    6. RUKU'
    69. Bila selesai membaca, maka diam sebentar menarik nafas agar bisa teratur.
    70. Kemudian mengangkat kedua tangan seperti yang telah dijelaskan terdahulu pada takbiratul ihram.


    71. Dan takbir, hukumnya adalah wajib.
    72. Lalu ruku' sedapatnya agar persendian bisa menempati posisinya dan setiap anggota badan mengambil tempatnya. Adapun ruku' adalah rukun.


    CARA RUKU'
    73. Meletakkan kedua tangan di atas lutut dengan sebaik-baiknya, lalu merenggangkan jari-jari seolah-olah menggenggam kedua lutut. Semua itu hukumnya wajib.
    74. Mensejajarkan punggung dan meluruskannya, sehingga jika kita menaruh air di punggungnya tidak akan tumpah. Hal ini wajib.
    75. Tidak merendahkan kepala dan tidak pula mengangkatnya tapi disejajarkan dengan punggung.
    76. Merenggangkan kedua siku dari badan.
    77. Mengucapkan saat ruku'. "Subhaana rabbiiyal 'adhiim".
    "Artinya : Segala puji bagi Allah yang Maha Agung". tiga kali atau lebih. 12)


    MENYAMAKAN PANJANGNYA RUKUN


    78. Termasuk sunnah untuk menyamakan panjangnya rukun, diusahakan antara ruku' berdiri dan sesudah ruku', dan duduk diantara dua sujud hampir sama.
    79. Tidak boleh membaca Al-Qur'an saat ruku' dan sujud.


    I'TIDAL SESUDAH RUKU'


    80. Mengangkat punggung dari ruku' dan ini adalah rukun.
    81. Dan saat i'tidal mengucapkan . "Syami'allahu-liman hamidah".
    "Artinya : Semoga Allah mendengar orang yang memuji-Nya". adapun hukumnya wajib.
    82. Mengangkat kedua tangan saat i'tidal seperti dijelaskan terdahulu.
    83. Lalu berdiri dengan tegak dan tenang sampai seluruh tulang menempati posisinya. Ini termasuk rukun.
    84. Mengucapkan saat berdiri. "Rabbanaa wa lakal hamdu"
    "Artinya : Ya tuhan kami bagi-Mu-lah segala puji". 13) Hukumnya adalah wajib bagi setiap orang yang shalat meskipun sebagai imam, karena ini adalah wirid saat berdiri, sedang tasmi (ucapan Sami'allahu liman hamidah) adalah wirid i'tidal (saat bangkit dari ruku' sampai tegak).
    85. Menyamakan panjang antara rukun ini dengan ruku' seperti dijelaskan terdahulu.


    7. SUJUD
    86. Lalu mengucapkan "Allahu Akbar" dan ini wajib.
    87. Kadang-kadang sambil mengangkat kedua tangan.


    TURUN DENGAN KEDUA TANGAN


    88. Lalu turun untuk sujud dengan kedua tangan diletakkan terlebih dahulu sebelum kedua lutut, demikianlah yang diperintahkan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam serta tsabit dari perbuatan beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam. Dan beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam melarang untuk menyerupai cara berlututnya unta yang turun dengan kedua lututnya yang terdapat di kaki depan.
    89. Apabila sujud -dan ini adalah rukun- bertumpu pada kedua telapak tangan serta melebarkannya.
    90. Merapatkan jari jemari.
    91. Lalu menghadapkan ke kiblat.
    92. Merapatkan kedua tangan sejajar dengan bahu.
    93. Kadang-kadang meletakkan keduanya sejajar dengan telinga.
    94. Mengangkat kedua lengan dari lantai dan tidak meletakkannya seperti cara anjing. Hukumnya adalah wajib.
    95. Menempelkan hidung dan dahi ke lantai, ini termasuk rukun.
    96. Menempelkan kedua lutut ke lantai.
    97. Demikian pula ujung-ujung jari kaki.
    98. Menegakkan kedua kaki, dan semua ini adalah wajib.
    99. Menghadapkan ujung-ujung jari ke qiblat.
    100. Meletakkan/merapatkan kedua mata kaki.


    BERLAKU TEGAK KETIKA SUJUD


    101. Wajib berlaku tegak ketika sujud, yaitu tertumpu dengan seimbang pada semua anggota sujud yang terdiri dari : Dahi termasuk hidung, dua telapak tangan, dua lutut dan ujung-ujung jari kedua kaki.
    102. Barangsiapa sujud seperti itu berarti telah thuma'ninah, sedangkan thuma'ninah ketika sujud termasuk rukun juga.
    103. Mengucapkan ketika sujud. "Subhaana rabbiyal 'alaa"
    "Artinya : Maha Suci Rabbku yang Maha Tinggi" diucapkan tiga kali atau lebih.
    104. Disukai untuk memperbanyak do'a saat sujud, karena saat itu do'a banyak dikabulkan.
    105. Menjadikan sujud sama panjang dengan ruku' seperti diterangkan terdahulu.
    106. Boleh sujud langsung di tanah, boleh pula dengan pengalas seperti kain, permadani, tikar dan sebagainya.
    107. Tidak boleh membaca Al-Qur'an saat sujud.


    IFTIRASY DAN IQ'A KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD


    108. Kemudian mengangkat kepala sambil takbir, dan hukumnya adalah wajib.
    109. Kadang-kadang sambil mengangkat kedua tangan.
    110. Lalu duduk dengan tenang sehingga semua tulang kembali ke tempatnya masing-masing, dan ini adalah rukun.
    111. Melipat kaki kiri dan mendudukinya. Hukumnya wajib.
    112. Menegakkan kaki kanan (sifat duduk seperti No. 111 dan 112 ini disebut Iftirasy).
    113. Menghadapkan jari-jari kaki ke kiblat.
    114. Boleh iq'a sewaktu-waktu, yaitu duduk di atas kedua tumit.
    115. Mengucapkan pada waktu duduk. "Allahummagfirlii, warhamnii' wajburnii', warfa'nii', wa 'aafinii, warjuqnii".
    "Artinya : Ya Allah ampunilah aku, syangilah aku, tutuplah kekuranganku, angkatlah derajatku, dan berilah aku afiat dan rezeki".
    116. Dapat pula mengucapkan. "Rabbigfirlii, Rabbigfilii".
    "Artinya : Ya Allah ampunilah aku, ampunilah aku".
    117. Memperpanjang duduk sampai mendekati lama sujud.


    SUJUD KEDUA
    118. Kemudian takbir, dan hukumnya wajib.
    119. Kadang-kadang mengangkat kedua tangannya dengan takbir ini.
    120. Lalu sujud yang kedua, ini termasuk rukun juga.
    121. Melakukan pada sujud ini apa-apa yang dilakukan pada sujud pertama.


    DUDUK ISTIRAHAT
    122. Setelah mengangkat kepala dari sujud kedua, dan ingin bangkit ke rakaat yang kedua wajib takbir.
    123. Kadang-kadang sambil mengangkat kedua tangannya.
    124. Duduk sebentar di atas kaki kiri seperti duduk iftirasy sebelum bangkit berdiri, sekadar selurus tulang menempati tempatnya.


    RAKAAT KEDUA
    125. Kemudian bangkit raka'at kedua -ini termasuk rukun- sambil menekan ke lantai dengan kedua tangan yang terkepal seperti tukang tepung mengepal kedua tangannya.
    126. Melakukan pada raka'at yang kedua seperti apa yang dilakukan pada rakaat pertama.
    127. Akan tetapi tidak membaca pada raka'at yang kedua ini do'a iftitah.
    128. Memendekkan raka'at kedua dari raka'at yang pertama.


    DUDUK TASYAHUD


    129. Setelah selesai dari raka'at kedua duduk untuk tasyahud, hukumnya wajib.
    130. Duduk iftirasy seperti diterangkan pada duduk diantara dua sujud.
    131. Tapi tidak boleh iq'a di tempat ini.
    132. Meletakkan tangan kanan sampai siku di atas paha dan lutut kanan, tidak diletakkan jauh darinya.
    133. Membentangkan tangan kiri di atas paha dan lutut kiri.
    134. Tidak boleh duduk sambil bertumpu pada tangan, khususnya tangan yang kiri.


    MENGGERAKKAN TELUNJUK DAN MEMANDANGNYA


    135. Menggenggam jari-jari tangan kanan seluruhnya, dan sewaktu-waktu meletakkan ibu jari di atas jari tengah.
    136. Kadang-kadang membuat lingkaran ibu jari dengan jari tengah.
    137. Mengisyaratkan jari telunjuk ke qiblat.
    138. Dan melihat pada telunjuk.
    139. Menggerakkan telunjuk sambil berdo'a dari awal tasyahud sampai akhir.
    140. Tidak boleh mengisyaratkan dengan jari tangan kiri.
    141. Melakukan semua ini di semua tasyahud.


    UCAPAN TASYAHUD DAN DO'A SESUDAHNYA


    142. Tasyahud adalah wajib, jika lupa harus sujud sahwi.
    143. Membaca tasyahud dengan sir (tidak dikeraskan).
    144. Dan lafadznya : "At-tahiyyaatu lillah washalawaatu wat-thayyibat, assalamu 'alan - nabiyyi warrahmatullahi wabarakaatuh, assalaamu 'alaiynaa wa'alaa 'ibaadil-llahis-shaalihiin, asyhadu alaa ilaaha illallah, asyhadu anna muhamaddan 'abduhu warasuuluh".
    "Artinya : Segala penghormatan bagi Allah, shalawat dan kebaikan serta keselamatan atas Nabi 14) dan rahmat Allah serta berkat-Nya. Keselamatan atas kita dan hamba-hamba Allah yang shalih. Aku bersaksi bahwa tidak ada sembahan selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad hamba dan rasul-Nya".
    145. Sesudah itu bershalawat kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa sallam dengan mengucapkan : "Allahumma shalli 'alaa muhammad, wa 'alaa ali muhammad, kamaa shallaiyta 'alaa ibrahiima wa 'alaa ali ibrahiima, innaka hamiidum majiid".
    "Allahumma baarik 'alaa muhammaddiw wa'alaa ali muhammadin kamaa baarikta 'alaa ibraahiima wa 'alaa ali ibraahiima, innaka hamiidum majiid".
    "Artinya : Ya Allah berilah shalawat atas Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau bershalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Mulia.
    Ya Allah berkahilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau memberkahi Ibrahim dan keluarga Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Mulia".
    146. Dapat juga diringkas sebagai berikut : "Allahumma shalli 'alaa muhammad, wa 'alaa ali muhammad, wabaarik 'alaa muhammadiw wa'alaa ali muhammadin kamaa shallaiyta wabaarikta 'alaa ibraahiim wa'alaa ali ibraahiim, innaka hamiidum majiid".
    "Artinya : Ya Allah bershalawatlah kepada Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana engkau bershalawat dan memberkahi Ibrahim dan keluarga Ibrahim sesungguhnya Engkau Terpuji dan Mulia".
    147. Kemudian memilih salah satu do'a yang disebutkan dalam kitab dan sunnah yang paling disenangi lalu berdo'a kepada Allah dengannya.


    RAKAAT KETIGA DAN KEEMPAT


    148. Kemudian takbir, dan hukumnya wajib. Dan sunnah bertakbir dalam keadaan duduk.
    149. Kadang-kadang mengangkat kedua tangan.
    150. Kemudian bangkit ke raka'at ketiga, ini adalah rukun seperti sebelumnya.
    151. Seperti itu pula yang dilakukan bila ingin bangkit ke raka'at yang ke empat.
    152. Akan tetapi sebelum bangkit berdiri, duduk sebentar di atas kaki yang kiri (duduk iftirasy) sampai semua tulang menempati tempatnya.
    153. Kemudian berdiri sambil bertumpu pada kedua tangan sebagaimana yang dilakukan ketika berdiri ke rakaat kedua.
    154. Kemudian membaca pada raka'at ketiga dan keempat surat Al-Fatihah yang merupakan satu kewajiban.
    155. Setelah membaca Al-Fatihah, boleh sewaktu-waktu membaca bacaan ayat atau lebih dari satu ayat.


    QUNUT NAZILAH DAN TEMPATNYA


    156. Disunatkan untuk qunut dan berdo'a untuk kaum muslimin karena adanya satu musibah yang menimpa mereka.
    157. Tempatnya adalah setelah mengucapkan : "Rabbana lakal hamdu".
    158. Tidak ada do'a qunut yang ditetapkan, tetapi cukup berdo'a dengan do'a yang sesuai dengan musibah yang sedang terjadi.
    159. Mengangkat kedua tangan ketika berdo'a.
    160. Mengeraskan do'a tersebut apabila sebagai imam.
    161. Dan orang yang dibelakangnya mengaminkannya.
    162. Apabila telah selesai membaca do'a qunut lalu bertakbir untuk sujud.


    QUNUT WITIR, TEMPAT DAN LAFADZNYA


    163. Adapun qunut di shalat witir disyari'atkan untuk dilakukan sewaktu-waktu.
    164. Tempatnya sebelum ruku', hal ini berbeda dengan qunut nazilah.
    165. Mengucapkan do'a berikut : "Allahummah dinii fiiman hadayit, wa 'aafiinii fiiman 'aafayit, watawallanii fiiman tawallayit, wa baariklii fiimaa a'thayit, wa qinii syarra maaqadhayit, fainnaka taqdhii walaa yuqdhaa 'alayika wainnahu laayadzillu maw waalayit walaa ya'izzu man 'aadayit, tabaarakta rabbanaa wata'alayit laa manjaa minka illaa ilayika".
    "Artinya : Ya Allah tunjukilah aku pada orang yang engkau tunjuki dan berilah aku afiat pada orang yang Engkau beri afiat. Serahkanlah aku pada orang yang berwali kepada-Mu, berilah aku berkah pada apa yang Engkau berikan kepadaku, lindungilah aku dari keburukan yang Engkau tetapkan, karena Engkau menetapkan, dan tidak ada yang menetapkan untukku. Dan sesungguhnya tidak akan hina orang yang berwali kepada-Mu, dan tidak akan mulia orang yang memusuhi-Mu, Engkau penuh berkah, Wahai Rabb kami dan kedudukan-Mu sangat tinggi, tidak ada tempat berlindung kecuali kepada-Mu".
    166. Do'a ini termasuk do'a yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam diperbolehkan karena tsabit dari para shahabat radiyallahu anhum.
    167. Kemudian ruku' dan bersujud dua kali seperti terdahulu.


    TASYAHUD AKHIR DAN DUDUK TAWARUK


    168. Kemudian duduk untuk tasyahud akhir, keduanya adalah wajib.
    169. Melakukan pada tasyahud akhir apa yang dilakukan pada tasyahud awal.
    170. Selain duduk di sini dengan cara tawaruk yaitu meletakkan pangkal paha kiri ke tanah dan mengeluarkan kedua kaki dari satu arah dan menjadikan kaki kiri ke bawah betis kanan.
    171. Menegakkan kaki kanan.
    172. Kadang-kadang boleh juga dijulurkan.
    173. Menutup lutut kiri dengan tangan kiri yang bertumpu padanya.


    KEWAJIBAN SHALAWAT ATAS NABI SHALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM DAN BERLINDUNG DARI EMPAT PERKARA


    174. Wajib pada tasyahud akhir bershalawat kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam sebagaimana lafadz-lafadznya yang telah kami sebutkan pada tasyahud awal.
    175. Kemudian berlindung kepada Allah dari empat perkara, dan mengucapkan : "Allahumma inii a'uwdzubika min 'adzaabi jahannam, wa min 'adzaabil qabri wa min fitnatil mahyaa wal mamaati wa min tsarri fitnatil masyihid dajjal".
    "Artinya : Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari siksa Jahannam dan dari siksa kubur, dan dari fitnah orang yang hidup dan orang yang mati serta dari keburukan fitnah masih ad-dajjal". 15)


    BERDO'A SEBELUM SALAM


    176. Kemudian berdo'a untuk dirinya dengan do'a yang nampak baginya dari do'a-do'a tsabit dalam kitab dan sunnah, dan do'a ini sangat banyak dan baik. Apabila dia tidak menghafal satupun dari do'a-do'a tersebut maka diperbolehkan berdo'a dengan apa yang mudah baginya dan bermanfaat bagi agama dan dunianya.


    SALAM DAN MACAM-MACAMNYA


    177. Memberi salam ke arah kanan sampai terlihat putih pipinya yang kanan, hal ini adalah rukun.
    178. Dan ke arah kiri sampai terlihat putih pipinya yang kiri meskipun pada shalat jenazah.
    179. Imam mengeraskan suaranya ketika salam kecuali pada shalat jenazah.
    180. Macam-macam cara salam.
    Pertama mengucapkan "Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuhu" ke arah kanan dan mengucapkan "Assalamu'alaikum warahmatullah" ke arah kiri.
    Kedua : Seperti di atas tanpa (Wabarakatuh).
    Ketiga mengucapkan "Assalamu'alaikum warahmatullahi" ke arah kanan dan "Assalamu'alaikum" ke arah kiri.
    Keempat : Memberi salam dengan satu kali ke depan dengan sedikit miring ke arah kanan.


    PENUTUP

    Saudaraku seagama.Inilah yang terjangkau bagiku dalam meringkas sifat shalat nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam sebagai satu usaha untuk mendekatkannya kepadamu sehingga engkau mendapatkan satu kejelasan, tergambar dalam benakmu, seakan-akan engkau melihatnya dengan kedua belah matamu. Apabila engkau melaksanakan shalatmu sebagaimana yang aku sifatkan kepadamu tentang shalat nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, maka aku mengharapkan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar menerima shalatmu, karena engkau telah melaksanakan satu perbuatan yang sesuai dengan perkataan nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.
    "Artinya : Shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku shalat".


    Setelah itu satu hal jangan engkau lupakan, agar engkau menghadirkan hatimu dan khusyu' ketika melakukan shalat, karena itu tujuan utama berdirinya sang hamba di hadapan Allah Subahanahu wa Ta'ala, dan sesuai dengan kemampuan yang ada padamu dari apa yang aku sifatkan tentang kekhusu'an serta mengikuti cara shalat nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, sehingga engkau mendapatkan hasil diharapkan sebagaimana yang telah diisyaratkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan firman-Nya.
    "Artinya : Sesungguhnya shalat mencegah dari perbuatan keji dan munkar".
    Akhirnya. Aku memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar menerima shalat kita dan amal kita secara keseluruhan, dan menyimpan pahala shalat kita sampai kita bertemu dengan-Nya. "Di hari tidak bermanfaat lagi harta dan anak-anak kecuali yang datang dengan hati yang suci". Dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
    Disalin dari buku Ringkasan Sifat Shalat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, yang diterbitkan oleh Lembaga Ilmiah Masjid At-Taqwa Rawalumbu Bekasi Timur. Penerjemah : Amiruddin Abd. Djalil dan M.Dahri.




    Footnote : Footnote :


    1. Saya (Al-Albaani) berkata: disini terdapat isyarat yang halus untuk tidak meletakkan sandal di depan. Adab inilah yang banyak disepelekan oleh kebanyakan orang yang shalat, sehingga Anda menyaksikan sendiri diantara mereka yang shalat menghadap ke sandal-sandal.
    2. Saya (Al-Albaani) berkata: dari sini kita tahu bahwa apa yang dilakukan oleh banyak orang di setiap masjid seperti yang saya saksikan di Suriah dan negeri-negeri lain yaitu shalat di tengah masjid jauh dari dinding atau tiang adalah kelalaian terhadap perintah dan perbuatan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam.
    3. Yaitu kayu yang dipasang di bagian belakang pelana angkutan di punggung unta. Di dalam hadits ini terdapat isyarat bahwa: mengaris di atas tanah tidak cukup untuk dijadikan sebagai garis pembatas, karena hadits yang meriwayatkan tentang itu lemah.
    4. Adapun hadits yang disebutkan dalam kitab "Haasyiatul Mathaaf" bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam shalat tanpa menghadap pembatas dan orang-orang lewat di depannya, adalah hadits yang tidak shahih, lagi pula tidak ada keterangan di hadits tersebut bahwa mereka lewat diantara beliau dengan tempat sujudnya.
    5. "Pengharaman" maksudnya : haramnya beberapa perbuatan yang diharamkan oleh Allah di dalam shalat. "Penghalal" maksudnya : halalnya beberapa perbuatan yang dihalalkan oleh Allah di luar shalat.
    6. Saya (Al-Albaani) berkata : adapun menyentuh kedua anak telinga dengan ibu jari, maka perbuatan ini tidak ada landasannya di dalam sunnah Nabi, bahkan hal ini hanya mendatangkan was-was.
    7. Adapun yang dianggap baik oleh sebagian orang-orang terbelakang, yaitu menggabungkan antara meletakkan dan menggenggam dalam waktu yang bersamaan, maka amalan itu tidak ada dasarnya.
    8. Saya (Al-Albaani) berkata : amalan meletakkan kedua tangan selain di dada hanya ada dua kemungkinan; dalilnya lemah, atau tidak ada dalilnya sama sekali.
    9. Barang siapa yang ingin membaca do'a-do'a istiftah yang lain, silahkan merujuk kitab : "Sifat Shalat Nabi".
    10. Saya telah sebutkan landasan orang yang berpendapat demikian, dan alasan yang dijadikan landasan untuk menolaknya di kitab Silsilah Hadits Dho'if No. 546 dan 547.
    11. Perincian tentang ini, lihat Sifat Shalat hal 106-125 cet. ke 6 dan ke 7
    12. Masih ada dzikir-dzikir yang lain untuk dibaca pada ruku' ini, ada dzikir yang panjang, ada yang sedang, dan ada yang pendek, lihat kembali kitab Sifat Shalat Nabi.
    13. Masih ada dzikir-dzikir yang lain untuk dibaca pada ruku' ini, ada dzikir yang panjang, ada yang sedang, dan ada yang pendek, lihat kembali kitab Sifat Shalat Nabi.
    14. Ini adalah yang disyariatkan sesudah Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam wafat dan tsabit dalilnya diriwayatkan Ibnu Mas'ud, Aisyah, Ibnu Zubair dan Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu, barang siapa yang ingin penjelasan lebih lengkap lihat kitab Sifat Shalat.
    15. Fitnah orang hidup adalah segala yang menimpa manusia dalam hidupnya seperti fitnah dunia dan syahwat, fitnah orang yang mati adalah fitnah kubur dan pertanyaan dua malaikat, dan fitnah masih ad-dajjal apa yang nampak padanya dari kejadian-kejadian yang luar biasa yang banyak menyesatkan manusia dan menyebabkan mereka mengikuti da'wahnya tentang ketuhanannya.









    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."

    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Untuk renungan pejuang pejuang yang memperjuangkan ISLAM

    "Apalah erti kemenangan kalau tidak membawa kebenaran ? ! Tidak mengapa menerima kekalahan selagi kita di dalam kebenaran. Allah bukan menilai kemenangan tapi menilai kebenaran. Oleh itu berjuanglah di atas kebenaran, sekalipun kalah".

    1.Kalau kita berjuang menumpang platform orang, macam kita menumpang kapal orang.Kita ada matlamat sendiri, yang punya kapal mempunyai matlamat sendiri. Sudah tentulah yang punya kapal itu akan membawa kapalnya ke destinasi yang dia kehendaki. Bukan ke destinasi yang kita kehendaki.Bila hendak sampai.

    2.Di dalam perjuangan adakalanya kita mesti mara ke hadapan, adakalanya kita mesti undur ke belakang dan adakalanya kita mesti bertahan. Begitulah strategi di dalam perjuangan.

    3.Perjuangan Islam tidak sama dengan Perjuangan Umat Islam. Perjuangan Islam perjuangan yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berprinsipkan Islam berdasarkan Al Quran dan Al Hadis. Perjuangan Umat Islam ialah perjuangan yang dilaksanakan oleh umat Islam yangberdasarkan ideologi. Yang pertama kalau terkorban mati syahid. Yang kedua kalau terkorban mati sakit.

    4.Kalaulah orang Islam itu ghairah mengamalkan ajaran Islam, tidak ada masa untuk berforum dan bermujadalah. Kerana masa mengamalkannya sangat terbatas

    5.Apabila ada orang di sesebuah parti lain melakukan kesilapan atau kesalahan, bukan sahaja orang itu dihina, dikata dan dicerca bahkan parti orang itu pun dikata dan dicerca, tapi apabila Allah takdirkan membongkar kesalahan mana-mana orang di dalam parti atau jemaahnya sendiri, dia berkata, "Itu kesalahan individu,tidak ada kena-mengena dengan parti atau jemaah".

    6.Ada orang di dalam perjuangan, sanggup korbankan dasar dan prinsip perjuangan, kerana mempertahankan satu dua orang yang disukainya. Walaupun orang yang dipertahankannya itu melakukan kesalahan. Begitu juga ada orang yang sanggup korbankan dasar perjuangannya, kerana ada individu di dalam perjuangan itu berselisih faham dengannya.

    7.Di dalam satu perjuangan, kita mesti pandai membezakan kesalahan dasar perjuangan, dengan kesalahan peribadi di dalam perjuangan. Apabila peribadi yang salah, kita tidak boleh meninggalkan perjuangan. Tapi apabila dasar perjuangan yang salah, tidak mengapa kita meninggalkan perjuangan itu.

    8.Perjuangan itu macam orang buka ladang, orang yang boleh meneruskan pembukaan ladang itu di awal hingga akhir waktu menebang, membakar, membajak, menanam terlalu kurang berlakunya perselisihan dan krisis, kerana tidak ada apa yang hendak direbutkan,perselisihan dan krisis banyak berlaku selepas ladang mengeluarkan hasil, menimbul rebutan, pecahlah perpaduan, begitulah perjuangan selepas mendapat kejayaan atau kemerdekaan. Timbullah krisis yang membawaperpecahan yang hebat, justeru merebut hasil kemenangan

    9.Apalah erti kemenangan kalau tidak membawa kebenaran ? ! Tidak mengapa menerima kekalahan selagi kita di dalam kebenaran. Allah bukan menilai kemenangan tapi menilai kebenaran. Oleh itu berjuanglah di atas kebenaran, sekalipun kalah.

    10.Pertahankanlah kebenaran sekalipun kalah, hindarkanlah kebatilan sekalipun mendapat kemenangan.

    11.Pemimpin politik selalunya hanya dapat menawan fizikal manusia. Pemimpin kerohanian biasanya dapat menawan hati manusia. Selalu sahaja berlaku pertembungan di dalam satu masa, bila pemimpin politik itu kalah, dia selalu sahaja menggunakan kuasa. Dia kalah di dalam kemenangan

    12.Kemampuan kuasa tidak boleh menawan hati. Tapi kemampuan hati boleh menawan hati dan kuasa tanpa kuasa.

    13.Allah tidak akan persoalkan kelak menang dan kalah, tapi yang Allah akan persoalkan ialah benar dan salah, begitu jugalah Allah tidak akan tanya tentang berjaya dan gagal tapi yang Allah akan tanya adalah bekerja dan berusaha mengikut syariat atau sebaliknya melanggar syariat.

    14.Di dalam berjuang hendaklah kita lebih takut dengan dosa kita lebih daripada musuh, kerana dengan dosa itu Allah murka, apabila Allah murka kita dibiarkan oleh Allah kepada musuh, di waktu itu kita berhadapan dengan dua kerugian pertama kemurkaan Allah, kedua kekalahan dan kehinaan.

    15. Apabila kebenaran itu dibawa oleh orang yang sudah hilang wibawa (hilang taqwa), kebenaran itu tidak akan diikuti orang, kebenaran itu tidak bernilai.

    16. Yang mengelirukan orang awam di akhir zaman ini ialah hampir semua golongan menyebut Islam.Orang fasik menyampaikan Islam, orang munafik menyampaikan Islam, yang jahil dengan Islam pun menyampaikan Islam,yang dasar perjuangannya tidak mengikut Islam pun memperkatakan Islam, orang kafir pun memperkatakan tentang Islam.

    Pesanan: Cikgu Ku


    Sumber:http://heliconia.wordpress.com








    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

    Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
    Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

    1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
    2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
    3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
    4. Orang lelaki yang melarikan diri.
    5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
    6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
    7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tetapi dirinya berpakaian tanpa menutup aurat.
    8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya sesama insan.
    9. Orang-orang yang suka makan riba'.
    10. Orang yang solatnya tetapi tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

    Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

    Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."






    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Doa kita sudah Makbul?

    (Sya'ban dalam kenangan...)

    Cerita Petang Semalam…

    Aku duduk tepi tingkap, dalam kesamaran petang dan hari berlabuh senja nan merah, aku lihat bulan yang di kaki langit sedang mengambang penuh…15 sha'aban!!,

    Cerita Magrib semalam…

    Petang semalam menjelang magrib, aku terpesona melihat satu pemandangan terindah yang jarang jarang berlaku, iaitu surau penuh!!! Full-mosque!!!

    Penuh dengan manusia manusiawi, lelaki-wanita, kecik besar, tua muda, hensem, buruk yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat..

    Jemaah melimpah sampai ke luar… tak pernah-pernah seramai ini…
    (saya perasan baik, macamlah org lain tak pergi solat jemaah hari-hari !-caci aku pada diri sendiri!)

    Kenapa ramai orang ni?

    "Datin Siti datang di sinikah?"
    Bisik hati kecilku..

    "atau abang Mawi world buat majlis …oh!"

    Hello!!!!,
    Tak baik berburuk sangka.., bukankah malam ini malam nisfu sya'ban..?
    Kenapa aku tidak sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah aku kepada Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri untuk catatan yang baru…

    Nota untuk muaalaf: Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, 15 Sya'aban.-kalau nak lebih baik explaination, rujuklah ustaz…

    ramai juga yang solat , bila keadaan macam ni, aku fikir lambat lagi dunia ni nak kiamat rasanya..oh..

    Selepas magrib… surah yassin di edarkan, kemudian jemaah mulai membaca yassin 3x

    Selepas Yasin pertama :
    Pak Imam mengimami doa mohon dipanjangkan umur ,

    Selepas Yasin kedua :
    Pak Imam mengimami doa mohon murah rezeki

    Selepas Yasin ketiga :
    Pak Imam mengimami doa mohon ditetapkan iman …

    Nota: jangan tanya aku dalam kotak komen atau email tentang "adakah baca yassin ini bidaah?" Aku rasa korang boleh pergi search tempat lain pasal bidaah yang lebih berilmiah, aku tak nak berdebat kat sini, berkenaan pendapat aku tentang bida'ah, aku pernah tulis dalam post "Apa itu bida'ah?"-harap maklum dan insya Allah aku akan post balik untuk seisi ulang kaji untuk diri aku juga…

    Kemudian lepas doa berjemaah, ada pulak tazkirah ringkas lebih kurang begini:

    Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan ini (Sya'aban) maka Allah haramkan dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi (aku lupa nama..) dan pada malam nisfu sya'aban ini juga Allah berfirman lebih kurang maksud..: adakah orang-orang yang meminta ampun?, maka Aku perkenankan permintannya/ampunkannya, adakah orang yang bertaubat? maka Aku terima taubatnya kecuali orang yang berzina dan memutuskan silaturahim.., (aku tak ingat sangat, lebih kurang macam tu lah,)

    Namun ada pengalaman best yang aku nak bagitahu kat korang semua, iaitu doa aku, (kitaorang sebenarnya) semuanya di makbulkan oleh Allah..!!!

    Ketiga tiga doa pada malam nisfu sya'aban itu di makbulkan Allah!!!
    Tak percaya? Jom aku cerita…

    Cerita hari ini…

    Ok, semalam baca yassin 3 kali dan doa tiga perkara..dan semuanya di makbulkan Allah!!!

    Yasin pertama : imam mengimami doa mohon dipanjangkan umur ,
    Ulasan:
    Selepas berdoa, takde sorangpun antara kami yang jadi mayat, bermakna doa kitaorang dimakbulkan iaitu umur kami masih panjang, dan ketika artikel ini di tulis, aku tak dengar lagi berita ahli jemaah malam tadi jadi mayat, bersyukur pada Allah kerana bagi nikmat umur, mayat ajer yang takde nikmat umur..alhamdulillah.

    Yasin kedua : imam mengimami doa mohon murah rezeki
    Ulasan:
    Selepas isyak, makanan melimpah ruah, ada macam-macam kuih, nasi, mee, laksa, roti dan banyak lagi, nasi himpit dan beraneka mak nenek lagi kuih muih dan juadah menketadarah yang Allah bagi..subhanaAllah..
    Doa murah rezeki kitaorang di makbulkan oleh Allah..mayat jer yang tak de rezeki., nasib engkaulah mayat, badan engkau dah jadi santapan ulat mayat..
    Jemput-jemputlah cik ulat, makan! Makan! jangan segan makan lidah, telinga,.. hidung sedap tu..ha! mata ada lagi sebelah, sila makan..otak serebrum pun sedap sila2 he he he:)

    Yasin ketiga : imam mengimami doa mohon ditetapkan iman …
    Ulasan:
    Iman yang tetap? Memang doa itupun di makbulkan oleh Allah, sebab pagi esok waktu subuh.. jumlah jemmah, macam biasa. 4 ke 5 orang (aku perasan baik-naduzubillah) berbeza dengan maghrib semalam, 100+++ , kenapa mereka tak datang solat subuh?
    Sebab iman mereka 'tetap' macam sebelum sebelum ini, dan menjelang magrib besok,(aku bersangka buruk..oh) jumlah jemaah solat magrib dan tak macam semalam, hanya 10 ke 15 orang, memang iman aku dan mereka di 'tetap'kan oleh Allah kerana mintak iman yang 'tetap'..bahaya bahaya…!!!

    Maka aku buat keputusan untuk tambah style doa kepada yang lebih baik untuk aku, aku rasaler, kalau salah-jangan ikut-!!! Aku confirm bahawa aku bukan ustaz!!!

    Maka aku doa cam gini…
    Ya Allah, aku mohon di berkatkan umur ,

    Ya Allah, aku mohon di berkatkan rezeki

    Ya Allah, aku mohon di pertingkatkan iman …

    Alasan:
    Doa Berkat umur.
    Bermaksud berdoa kepada Allah, duhai Allah, sekiranya umur panjang boleh selamatkan aku dari azab api neraka… maka panjangkanlah umurku, tapi jika umur pendek boleh selamatkan aku yang hina dina ini dari azab api neraka maka pendekkanlah umurku..esok pun takpe, asal selamat dari azab api neraka!!!

    (mintak maaf ye kat korang semua, esok aku mungkin jadi mayat..isk..isk..)

    Satu lagi: Aku tak nak panjang umur..aku tak nak jadi tua nyanyuk yg akan meyusahkan org lain dengan membasuh tahi di punggungku…..oh..dan bila dah tua nyanyuk kelak, aku takut mati tak dapat ucap kalimah tauhid di akhir kalam…doakan lah aku berkat umur, walaupun pendek tapi selamat kat akhirat..amin…

    Wahai anakku, sekiranya di takdirkan kau membasuh tahik di punggung ayah.. maafkanlah ayah yang dah tua nyanyuk lalu berak merata-rata, ayah tak sengaja…

    Doa Berkat rezeki..
    Aku takut mintak murah rezeki, sebab dulu Qarun mintak murah rezeki, dan apa jadi menjelang kemayatan dia? Harta dia telah azab dia!!!Naduzubillah..
    Sahabat Nabi s.a.w, yang paling kaya..Abdul Rahmah RA (kalau tak silap namanya), masuk shurga dalam keadaan merangkak.., ini sahabat yang berperang dan berdakwah bersama-sama Nabi SAW, tapi still masih merangkak ke shurga kerana banyakknya Hisab atas harta…oh, uhuk!!
    Nak di bandingkan dengan aku?, .. air basuh kaki mereka lebih mulia dari aku yang hina dina ini…

    "Ya Allah, berkatkan rezekiku, sikit tapi cukup…banyak tapi habis(di bahagikan kepada yang hak)…amin.."

    Doa Dipertingkatkan Iman…
    Iman yang 'tetap' adalah penting!!!
    Tapi jika iman tu sebesar zarah sahaja macam aku la ni(kot), dah tentu kena azab dulu.oh!.maka aku mintak supaya Allah bagi iman aku tinggi macam sahabat-sahabat Nabi SAW…aku mintak dulu, lepas ni aku usaha..insyaAllah!!!!

    Iman sahabat begitu tinggi sehingga mencapai tahap tepu, iaitu jika shurga dan neraka di letakkan di hadapan mereka, iman mereka sudah tidak naik lagi..Subhanallah…!

    Begitu tingginya iman mereka para sahabat nabi, sehingga dalam kubur, bukan malaikat yang tanya mereka lagi, tapi mereka yang tanya malaikat: siapa Tuhan kamu??? Terkejut mailaikat…Oh

    Dan berdoalah perkara yang paling mahal sekali dalam dunia, sangat mahal…, bukan panjang umur, murah rezeki…dan iblis pun terlupa nak doa perkara ini sehingga di sumpah menjadi iblis laknatullah…iaitu HIDAYAT….
    Iblis terlupa nak doa HIDAYAT untuk diri sendiri…

    Ya Allah Berilah Hidayat pada mereka yang baca blog aku dan mereka yang tak baca blog aku..Amin!!!

    Cerita hari esok…
    Penulis keretamayat sudah menjadi mayat…..

    Ps: eh, lupa pulak nak berdoa untuk diri sendiri!!!, karang dah jadi mayat, tak pasal pasal aku jadi iblis masuk neraka bersama iblis berpimpingan tangan,,oh, tidak, Ya Allah Berilah HIdayat pada HambaMU yang Hina dan Dina ini…

    (Perkenankanlah..)








    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Mari Bercerita Tentang Nabi Kita

    Pertama Sekali pujian bagi Allah tuhan semesta alam yang mentadbir dan mengatur segala sesuatu.. subhanallah..

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Mari kita bercerita tentang Nabi kita. Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia Akhirat.
    Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya.
    Mungkin kita ceritakan di sudut -sudut lain yang belum diceritakan lagi.
    Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa.
    Supaya yang lupa diingat kembali.
    Bertambah ingat lagi.
    Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya.
    Sebelum dan sesudahnya di kalangan manusia.
    Sekalipun di kalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita.

    Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya.
    Di kalangan manusia sebelum dan sesudahnya.
    Maka dia diberi julukan oleh Allah 'fathonah'.
    Bahkan yang paling 'fathonah' di kalangan rasulNya.
    Ilmunya bukan didapati dari akalnya.
    Walaupun dia orang yang paling tajam akalnya.
    Dia mendapat ilmu dijatuhkan Allah di dalam hatinya.
    Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Allahnya.
    Kerana inilah dia tidak pertu menulis.
    Dan membaca seperti manusia biasa.
    Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa.
    Kalau dari akal mungkin dilupakannya.
    Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat '

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Tawakalnya luar biasa.
    Sebab itulah di malamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya.
    Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya.
    Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup, Allah merezekikannya.
    Dia tidak membunuh orang.
    Walaupun di setengah-setengah waktu dia harus membunuhnya.
    Tapi dia tidak membunuhnya.
    Dia mengambil jalan yang utama, iaitu memaafkannya.
    Kerana itu orang itu Islam di tangannya.
    Beraninya luar biasa tiada tandingannya.
    Dia sanggup lalu di hadapan musuhnya seorang diri.
    Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga.

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Kasih sayangnya sangat ketara.
    Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda.
    Orang yang bersalah dimaafkannya.
    Sekalipun orang itu tidak memintanya.
    Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya.
    Dia membuka bajunya untuk disebat.
    Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya.
    Lalu dimerdekakannya.
    Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya.
    Pemurahnya tidak ada taranya.
    Macam angin kencang lajunya.
    Tiada siapa yang boleh menandinginya.
    Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta .
    Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara .

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Kalau ada orang mengata dan menghinanya.
    Dia diam sahaja, tidak menjawabnya.
    Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja.
    Cuma ketaranya pada mukanya.
    Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya.
    Sekalipun musuhnya.
    Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya.
    Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar.
    Paling tidak, dia makan berdua.
    Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu.
    Dia tidak pula mencercanya.
    Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya.
    Sehingga orang tidak tahu marahnya.
    Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia.
    Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya.

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Sabarnya luar biasa.
    Tentang ujian yang Allah timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya.
    Dia redha.Lantaran itu Allah beri dia gelaran 'Ulul Azmi'.
    Yang tiada bandingannya.Bahkan dia ketua 'Ulul Azmi' di kalangan rasul-rasul.
    Di tangannya lahirlah murid-murid yang luar biasa.
    Diberi gelaran Sahabat namanya.
    Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya.
    Ini tidak pernah berlaku di kalangan rasul-rasul sebelumnya.
    Semua Sahabat-Sahabatnya masuk Syurga.
    Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Allahnya.
    Kerana berkat menjadi Sahabat-Sahabatnya.
    Sahabat-Sahabatnya laksana bintang-bintang di langit.
    Rasul adalah bulan pumama.

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur.
    Menunjukkan hatinya sentiasa jaga.
    Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhuknya.
    Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya.
    Sekalipun orang itu kafir.
    Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya.
    Kerana menghormati tetamunya.
    Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Allah.
    Sekalipun binatang yang melata.
    Begitu juga tidak pemah melakukan kesalahan.
    Sekalipun menyalahi utama.
    Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukkannya.
    Dia orang paling pemalu.
    Malunya kalah anak dara yang paling pemalu.
    Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan di hadapannya ..

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Ibadahnya banyak, terutama di waktu malam
    Hingga bengkak-bengkak kakinya.
    Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga.
    Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya.
    Tapi dia buat dengan sukarela.
    Kerana mencari redha AllahNya.
    Dia sebaik-baik suami.
    Tidak mampu orang lain membuatnya .

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya.
    Satu cerita yang menyayat hati kita.
    Seorang buta yang benci kepadanya .
    Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya .
    Hingga sampai waktu wafatnya.
    Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya.
    Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya .
    Kamu ini siapa?.Saidina Abu Bakar berkata: "Saya Abu Bakar.
    Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu, yang Rasul itu sudah wafat."
    Si buta itu terkejut!Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci.
    Kerana terkejutnya menjadikan dia mati.
    Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat, Islamlah dia.

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Kalau dia bersahabat atau berkawan.
    Mengutamakan kawannya.
    Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya.
    Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya.
    Setiap orang merasa dia dihormatinya.
    Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya.
    Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita.
    Supaya lebih terperinci lagi.
    Cerita dan beritanya.
    Dia manusia luar biasa kekasih Allahnya.
    Agar lebih nampak dia manusia istimewa.
    Dia tidak akan makan sebelum lapar.
    Dia akan berhenti sebelum kenyang.
    Tidak macam manusia biasa.
    Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya ..
    Kalau dia suka kerana Allahnya.
    Kalau dia marah pun kerana Allahnya.
    Bukan kerana peribadinya.

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Bila wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta.
    Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah.
    Kecuali sekali saja di dalam hidupnya.
    Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya.
    Makan minumnya bukan diusahakannya.
    Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya.
    Tapi pengikutnya disuruh berusaha.
    Terutama yang ada keluarga.
    Dia tidak menerima upah
    Lebih-Iebih Iagi meminta upah.
    Kerana usaha perjuangannya.
    Tetapi ulama di hari ini, memakan upah.
    Dari usaha dakwahnya .
    Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia.
    Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya.

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Takut dengan Allah ketara di mukanya .
    Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya .
    Hartanya diserahkan habis kepadanya .
    Tetapi Nabi korbankan harta itu semuanya .
    Dan Nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan.
    Kalau dia di rumah, sebaik-baik bapa
    Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami.
    Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Kalau dia bercakap lantang suaranya .
    Tegang urat merihnya.
    Kalau dia bercakap bak mutiara.
    Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya.
    Kalau dia berucap atau berpidato tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya .
    Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya.
    Tidak seperti ulama-ulama hari ini.
    Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya.
    Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya.
    Bukan dari hatinya.
    Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret, tidak seperti kebanyakan manusia.
    Dia bercakap pendek sahaja.
    Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu di dalamnya .

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Dikatakan oleh hadis 'jawa miul kalim' .
    Kata-katanya singkat tapi padat .
    Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas .
    Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa.
    Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada.
    Masa terbuang, cakapnya tidak menggetarkan jiwa
    Kita sambung lagi cerita nabi kita.
    Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa.
    Juga tidak akan bercakap yang sia-sia.
    Sekalipun tidak berdosa.

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Kalau dia ketawa tidak berbunyi.
    Insafnya dapat dilihat di mukanya.
    Takutnya kepada Allah di mukanya ketara .
    Dia melahirkan kegembiraan bila kawan-kawannya gembira .
    Dia melahirkan kesedihan di atas kesedihan kawan-kawannya.
    Rasulullah mudah menangis.
    Kerana takutkan Allahnya
    Rasulullah tahu Allah kasih kepadanya.
    Akhlaknya sungguh agung..
    Allah memujinya.
    Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa di kalangan manusia ..
    Sebelum dan sesudahnya.

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Allah kata terhadap dirinya.
    Allah berkata: "Akhlaknya, sungguh agungnya."
    Tidak ada siapa boleh menandinginya.
    Tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba.
    Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Allahnya.
    Rasa kehambaan sentiasa di dalam hatinya.
    Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya.
    Soal Allah memujinya itu hak Allahnya.
    Tapi dia tetap merasa hamba kepada Allahnya.
    Tawadhuk. dengan Allahnya, sentiasa ada.
    Sangat ketara, di dalam hidupnya.

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Dia berpakaian jubah dan serban.
    Warna yang disukai kebanyakannya putih dan hijau
    Warna hitam ada juga dipakainya.
    Tapi sekali sekala.
    Makanan yang dia suka, susu dan tamar.
    Daging sebagai lauknya
    Itulah penguat badannya.
    Demikianlah secara ringkas.
    Yang global tentang cerita nabi kita
    Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya.

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..


    Di dalam sejarah Nabi kita ada dicerita .
    Mukjizat banyak berlaku di tangannya.
    Yang lahir dan yang batin .
    Yang besar ialah Al-Quran dan Al-Hadis .
    Yang kekal sampai ke akhir zaman.
    Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia .
    Demi keselamatan manusia dunia dan Akhiratnya .
    Tetapi apa yang disebutkan itu sudah memada.
    Bagi orang yang tiada masa mengkajinya .

    *************************************************************************************************
    Luhurnya Akhlakmu Rasulullah SAW

    Pada waktu zaman Rasulullah dulu, ada orang buta yang amat benci dengan Rasulullah. Hingga suatu saat Rasulullah berjumpa dengan dia. Lalu Rasulullah bertanya kepada orang itu dengan lemah lembutnya, "Apa yang dapat saya bantu ?" Lalu si buta itu menjawab, "Bawa saya pergi ke tempat dimana saya tidak mendengar nama Muhammad disebut." Karena ia buta, ia tidak tahu yang ada di hadapannya dalah Rasulullah. Kemudian Rasulullah pun mengantarkan dia ke sebuah tempat yang terpencil. Rasulullah berkata bahwa ia akan datang setiap saat untuk mengurus segala keperluan orang buta itu, seperti makan, mandi, dan sebagainya. Hinggalah pada suatu saat Rasulullah sakit kemudian mewasiatkan Sayidina Abu Bakar untuk menggantikannya mengurus orang buta tersebut. Ketika Sayidina Abu Bakar menggantikannya, orang buta itu bertanya, "Kamu siapa? Kenapa kamu tidak sehalus seperti biasanya?" Syd Abu Bakar menjawab, "Saya Abu Bakar, menggantikan Rasulullah membantu anda mengurus semua keperluan anda. Dan Rasulullah sekarang sudah wafat." Karena terkejutnya, lantas ia pingsan hingga meninggal. Tapi ia sempat mengucap 2 kalimat syahadat. Maka Islamlah dia, berkat karena kemuliaan akhlak Rasulullah. Moga Allah harumkan kuburnya

    *************************************************************************************************

    Rasulullah, Manusia Agung, Kekasih Allah

    Kedatangan Muhammad Rasulullah merupakan rahmat Allah yang besar untuk semesta alam. Rasulullah adalah manusia sempurna dan luar biasa, mari kita kenali Baginda lebih dekat lagi. Rasulullah dilahirkan 12 Rabiul Awal Tahun Gajah, dikala itu kezaliman dan kejahatan sedang berada pada puncaknya, dunia Arab dalam kegelapan. Dengan kasih sayang Allah, Ia datangkan seorang manusia luarbiasa keberkatan dan kemuliannya, Al Qur'an adalah mukijizatnya yang besar, hadist ialah perkataannya yang tetap dikekalkan, keduanya adalah sebagai panduan ummatnya di akhir zaman dialah Muhammad. Ia Anak Abdullah, Ibunya Aminah, bangsa Quraisy dari Bani Hasyim. Sejak kecil, Rasulullah tidak pernah merasakan bermanja-manja dengan Ibu dan Ayahnya, karena mereka wafat ketika Rasulullah masih kecil. Rasulullah disusui oleh Halimatus Sa'diyah, wanita lembut dan penyayang, ia amat menyayangi Rasulullah, bahkan ia merasa bahwa kelak dia akan jadi orang istimewa.

    Sejak kecil, Rasulullah sudah dibagi berbagai ujian kesusahan yang tidak sanggup rasanya ditanggung oleh manusia biasa, tapi ternyata ada hikmahnya. Segala ujian kesusahan yang Allah timpakan ke atasnya adalah untuk mendidik jiwanya, agar hatinya terkait dengan Allah semata, agar hatinya tidak sandarkan kepada manusia, melainkan hanya kepada Allah saja. Di hadapan manusia, Rasulullah berkata bahwa Baginda adalah manusia tertinggi di hadapan Allah, Pemimpin Seluruh Manusia, dia memang layak, karena Allah yang memujinya, akhlak Nabi sungguh agung luarbiasa, karena itulah pujian Allah mengalir padanya, "akhlaknya sungguh agung, tiada manusia dapat menandinginya." Tapi, ternyata Rasulullah tidak tinggi hati, ia tetap merasa hamba, ia tetaplah hamba Allah yang hina. Begitu halusnya perasaannya dengan Allah, karena itulah Allah amat sayang dan cinta dengannya.

    Di awal perjuangannya, Rasulullah tidak semerta-merta menerapkan syariat Islam, karena jika syariat saja yang diterapkan kepada manusia, manusia tidak akan mendapat rasa ketika beribadah kepada Allah, bahkan tidak menjamin, syariat itu dapat dijalankan sepenuhnya karena hanya hukum Allah saja yang dikenalkan, bukan Allah Sang Empunya Syariat. Bagaimanalah kita dapat merasakan kelezatan beribadah kalau kita belum kenal dengan Siapa yang kita sembah ?

    Jadi, selama awal 13 tahun perjuangannya, ia kenalkan para manusia kepada Allah. Merekalah yang lantas kita kenal hari ini sebagai Sahabat-sahabat Mulia Rasulullah. Selama 13 tahun, Rasulullah bercerita, mengajarkan, memahamkan kepada para Sahabat tentang sifat-sifat Allah, betapa Maha Baiknya Allah, kuasa dan perananNya tiada siapa dapat menghalang. Rasulullah juga bercerita tentang balasan dari Allah bagi mereka yang berbuat baik, mengutamakan hubunngan dengan Allah setiap masa. Ia kisahkan tentang kematian, hari akhirat, dimana pada saat itu akan dinilai setiap perbuatan, tiada sedetik pun yang terlewat dari pendengaran, penglihatan dan kuasaNya. Diceritakan juga tentang keindahan Syurga, namun diceritakan juga tentang Neraka, agar terasa takut dengan hukuman Allah yang akan Allah bagi pada mereka yang berbuat melanggar hukum Allah.

    Setelah itu, barulah masa 10 tahun, Rasulullah kenalkan para Sahabat kepada syariat Allah. Karena sudah mendapatkan didikan mengenal Allah, lantas timbul rasa cinta dan takut dengan Allah. Dengan rasa-rasa berAllah itulah, para Sahabat sanggup mentaati segala perintah Allah. Bahkan mereka merasakan ibadah sholat itu kurang kalau hanya 5x dalam sehari, karena mereka sudah sangat mabuk dengan Allah, maka Allah bagi hadiah kepada mereka melalui ibadah-ibadah sunnat. Karena terlalu rindunya hati mereka dengan Allah, hingga tidak sanggup untuk tidak "berjumpa" dengan Allah melalui ibadah sholat itu.

    Inilah rahasia kegemilangan umat Islam di zaman Rasulullah, mereka memiliki hubungan hati yang kuat dengan Allah dan RasulNya. Karena itulah mereka sanggup berjuang, bahkan tergadai harta dan nyawa demi kejayaan agama Allah.

    Setelah kita fahami, ternyata rahasia kegemilangan Umat Islam dimasa lampau adalah hubungan yang kuat dengan Allah dan Pemimpin lantikan Allah. Dari sinilah maka taqwa itu akan terbangun. Himpunan segal sifat-sifat yang baik itulah taqwa. Cinta dan takut dengan Allah itulah taqwa. Cinta dengan Allah dan RasulNya adalah kekuatan umat Islam yang sebenarnya. Moga Allah sejahterakan ke atas NabiAllah Muhammad SAW, keluarga dan para Sahabat mulia.

    Jangan lupa berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w kerna sesungguhnya Allah dan malaikatnya sentiasa berselawat ke atas baginda..








    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Sebuah Warkah

    "Ya Tuhanku,kurniakanlah aku dua mata yang suka berlinang menitiskan air mata sebelum datang saat di mana mata menitiskan darah dan gigi-gigi menjadi bara..

    ameen..."


    Aku tak punyai bahasa yang indah untuk digunakan ketika bermunajat ke hadratMu.. Susunan bahasaku sekadar ucapan biasa yang lahir dari hati yang kotor ini dan terucap di bibir.

    Ya Allah..

    Meskipun begitu,aku tetap berharap agar Kau mendengar rintihan hati ini.. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar setiap rintihan hamba-hambaMu ini sama ada dizahirkan ataupun tidak.

    Ya Allah cinta agungku..

    Telah aku terumbang-ambing di lautan kesepian tatkala diri ini benar-benar berjauhan dariMu. Telah aku harungi hari-hariku dalam kegelapan tanpa petunjuk dari_Mu. Hari ini, saat ini.. tiba-tiba hati ini terlalu rindu untuk bertemu dengan_Mu.. Diri ini terlalu mendamba kasih sayang dan pimpinan dari_Mu Ya Rahman. Dosa-dosa yang ku lakukan semalam telah menghitamkan hati ini, hingga payah bagi nur hidayah_Mu untuk menyelinap masuk walau seketika. Hati ini sesungguhnya telah ternoda oleh dosa-dosa semalam. Maka dengan itu Ya Allah.. kurniakanlah aku sekeping hati yang baru sekiranya hati yang kau berikan itu sudah rosak. Berilah daku hati yang sentiasa mengingatimu, yang cepat tersentuh tatkala mendengar kalimahmu.

    Ya Allah,aku merindui syahid di jalanmu.. aku ingin kembali pada_Mu dengan hati yang bersih.. membawa bersama kuntuman cinta untukku hadiahkan pada_Mu

    amiiin... ya rahman.






    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Monday, August 18, 2008

    Kisah Rabiatul Adawiyah

    Ibubapa Rabia'atul-adawiyyah adalah orang miskin. Hinggakan dalam rumah mereka tidak ada minyak untuk memasang lampu dan tidak ada kain untuk membalut badan beliau.

    Beliau ialah anak yang keempat. Ibunya menyuruh ayahnya meminjam minyak dari jiran. tetapi bapa beliau telah membuat keputusan tidak akan meminta kepada sesiapa kecuali kepada Allah. Bapa itu pun pergilah berpura-pura ke rumah jiran dan perlahan-lahan mengetuk pintu rumah itu agar tidak didengar oleh orang dalam rumah itu. Kemudian dia pun pulang dengan tangan kosong. Katanya orang dalam rumah itu tidak mahu membuka pintu. Pada malam itu si bapa bermimpi yang ia bertemu dengan Nabi. Nabi berkata kepadanya, "Anak perempuanmu yang baru lahir itu adalah seorang yang dikasihi Allah dan akan memimpin banyak orang Islam ke jalan yang benar. Kamu hendaklah pergi berjumpa amir Basrah dan beri dia sepucuk surat yang bertulis - kamu hendaklah berselawat kepada Nabi seratus kali tiap-tiap malam dan empat ratus kali tiap-tiap malam Jumaat. Tetapi oleh kerana kamu tidak menmatuhi peraturan pada hari Khamis sudah, maka sebagai dendanya kamu hendaklah membayar kepada pembawa surat ini empat ratus dinar."

    Bapa Rabi'atul-adawiyyah pun terus jaga dari tidur dan pergi berjumpa dengan amir tersebut, dengan air mata kesukaan mengalir di pipinya. Amir sungguh berasa gembira membaca surat itu dan faham bahawa beliau ada dalam perhatian Nabi. Amir pun memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar dan dengan gembira memberi bapa Rabi'atul-adawiyyah sebanyak empat ratus dinar. Amir itu meminta supaya bapa Rabi'atul-adawiyyah selalu mengunjungi beliau apabila hendakkan sesuatu kerana beliau sungguh berasa bertuah dengan kedatangan orang yang hampir dengan Allah. Selepas bapanya meninggal dunia, Basrah dilanda oleh kebuluran. Rabi'atul-adawiyyah berpisah dari adik-beradiknya. Suatu ketika kafilah yang beliau tumpangi itu telah diserang oleh penyamun. Ketua penyamun itu menangkap Rabi'atul-adawiyyah untuk dijadikan barang rampasan untuk dijual ke pasar sebagai abdi. Maka lepaslah ia ke tangan tuan yang baru.

    Suatu hari, tatkala beliau pergi ke satu tempat atas suruhan tuannya, beliau telah dikejar oleh orang jahat. beliau lari. Tetapi malang, kakinya tergelincir dan jatuh. Tangannya patah. Beliau berdoa kepada Allah, "Ya Allah! Aku ini orang yatim dan abdi. Sekarang tanganku pula patah. tetapi aku tidak peduli segala itu asalkan Kau rida denganku. tetapi nyatakanlah keridaanMu itu padaku." Tatkala itu terdengarlah suatu suara malaikat, "Tak mengapa semua penderitaanmu itu. Di hari akhirat kelak kamu akan ditempatkan di peringkat yang tinggi hinggakan Malaikat pun kehairanan melihatmu." Kemudian pergilah ia semula kepada tuannya. Selepas peristiwa itu, tiap-tiap malam ia menghabiskan masa dengan beribadat kepada Allah, selepas melakukan kerja-kerjanya. Beliau berpuasa berhari-hari.

    Suatu hari, tuannya terdengar suara rayuan Rabi'atul-adawiyyah di tengah malam yang berdoa kepada Allah : "Tuhanku! Engkau lebih tahu bagaimana aku cenderung benar hendak melakukan perintah-perintahMu dan menghambakan diriku dengan sepenuh jiwa, wahai cahaya mataku. Jikalau aku bebas, aku habiskan seluruh masa malam dan siang dengan melakukan ibadat kepadaMu. tetapi apa yang boleh aku buat kerana Kau jadikan aku hamba kepada manusia."

    Dilihat oleh tuannya itu suatu pelita yang bercahaya terang tergantung di awang-awangan, dalam bilik
    Rabi'atul-adawiyyah itu, dan cahaya itu meliputi seluruh biliknya. Sebentar itu juga tuannya berasa adalah berdosa jika tidak membebaskan orang yang begitu hampir dengan Tuhannya. sebaliknya tuan itu pula ingin menjadi khadam kepada Rabi'atul-adawiyyah.

    Esoknya, Rabi'atul-adawiyyah pun dipanggil oleh tuannya dan diberitahunya tentang keputusannya hendak menjadi khadam itu dan Rabi'atul-adawiyyah bolehlah menjadi tuan rumah atau pun jika ia tidak sudi bolehlah ia meninggalkan rumah itu. Rabi'atul-adawiyyah berkata bahawa ia ingin mengasingkan dirinya dan meninggalkan rumah itu. Tuannya bersetuju. Rabi'atul-adawiyyah pun pergi.

    Suatu masa Rabi'atul-adawiyyah pergi naik haji ke Mekkah. Dibawanya barang-barangnya atas seekor keldai yang telah tua. Keldai itu mati di tengah jalan. Rakan-rakannya bersetuju hendak membawa barang -barangnya itu tetapi beliau enggan kerana katanya dia naik haji bukan di bawah perlindungan sesiapa. Hanya perlindungan Allah S.W.T. Beliau pun tinggal seorang diri di situ. Rabi'atul-adawiyyah terus berdoa, "Oh Tuhan sekalian alam, aku ini keseorangan, lemah dan tidak berdaya. Engkau juga yang menyuruhku pergi mengunjungi Ka'abah dan sekarang Engkau matikan keldaikudan membiarkan aku keseorangan di tengah jalan." Serta-merta dengan tidak disangka-sangka keldai itu pun hidup semula. Diletaknya barang-barangnya di atas keldai itu dan terus menuju Mekkah. Apabila hampir ke Ka'abah, beliau pun duduk dan berdoa, "Aku ini hanya sekepal tanah dan Ka'abah itu rumah yang kuat. Maksudku ialah Engkau temui aku sebarang perantaraan." Terdengar suara berkata, "Rabi'atul-adawiyyah, patutkah Aku tunggangbalikkan dunia ini kerana mu agar darah semua makhluk ini direkodkan dalam namamu dalam suratan takdir? Tidakkah kamu tahu Nabi Musa pun ada hendak melihatKu? Aku sinarkan cahayaKu sedikit sahaja dan dia jatuh pengsan dan Gunung Sinai runtuh menjadi tanah hitam." Suatu ketika yang lain, semasa Rabi'atul-adawiyyah menuju Ka'abah dan sedang melalui hutan, dilihatnya Ka'abah datang mempelawanya. Melihatkan itu, beliau berkata, "Apa hendakku buat dengan Ka'abah ini; aku hendak bertemu dengan tuan Ka'abah (Allah) itu sendiri. Bukankah Allah juga berfirman iaitu orang yang selangkah menuju Dia, maka Dia akan menuju orang itu dengan tujuh langkah? Aku tidak mahu hanya melihat Ka'abah, aku mahu Allah."

    Pada masa itu juga, Ibrahim Adham sedang dalam perjalanan ke Ka'abah. Sudah menjadi amalan beliau mengerjakan sembahyang pada setiap langkah dalam perjalanan itu.

    Maka oleh itu, beliau mengambil masa empat belas tahun baru sampai ke Ka'bah. Apabila sampai didapatinya Ka'abah tidak ada. Beliau sangat merasa hampa. Terdengar olehnya satu suara yang berkata, "Ka'abah itu telah pergi melawat Rabi'atul -adawiyyah." Apabila Ka'bah itu telah kembali ke tempatnya dan Rabi'atul-adawiyyah sedang menongkat badannya yang tua itu kepada kepada tongkatnya, maka Ibrahim Adham pun pergi bertemu dengan Rabi'atul-adawiyyah dan berkata "Rabi'atul-adawiyyah, kenapa kamu dengan perbuatanmu yang yang ganjil itu membuat haru-biru di dunia ini?" Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Saya tidak membuat satu apa pun sedemikian itu, tetapi kamu dengan sikap ria (untul mendapat publisiti) pergi ke Ka'abah mengambil masa empat belas tahun." Ibrahim mengaku yang ia sembahyang setiap langkah dalam perjalanannya. Rabi'atul-adawiyyah berkata, "Kamu isi perjalananmu itu dengan sembahyang,tetapi aku mengisinya dengan perasaan tawaduk dan khusyuk." Tahun kemudiannya, lagi sekali Rabi'atul-adawiyyah pergi ke Ka'abah. beliau berdoa, "Oh Tuhan! perlihatkanlah diriMu padaku." Beliau pun berguling-guling di atas tanah dalam perjalanan itu. Terdengar suara, "Rabi'atul-adawiyyah, hati-hatilah, jika Aku perlihatkan diriKu kepadamu, kamu akan jadi abu." Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Aku tidak berdaya memandang keagungan dan kebesaranMu, kurniakanlah kepadaku kefakiran (zahid) yang mulia di sisiMu." Terdengar lagi suara berkata, "Kamu tidak sesuai dengan itu. Kemuliaan seperti itu dikhaskan untuk lelaki yang memfanakan diri mereka semasa hidup mereka kerana Aku dan antara mereka dan Aku tidak ada regang walau sebesar rambut pun, Aku bawa orang-orang demikian sangat hampir kepadaKu dan kemudian Aku jauhkan mereka, apabila mereka berusaha untuk
    mencapai Aku. Rabi'atul-adawiyyah, antara kamu dan Aku ada lagi tujuh puluh hijab atau tirai. Hijab ini mestilah dibuang dulu dan kemudian dengan hati yang suci berhadaplah kepadaKu. Sia-sia sahaja kamu meminta pangkat fakir dari Aku." Kemudian suara itu menyuruh Rabi'atul-adawiyyah melihat ke hadapan. Dilihatnya semua pandangan telah berubah. Dilihatnya perkara yang luar biasa. Di awang-awangan ternampak lautan darah yang berombak kencang. Terdengar suara lagi, "Rabi'atul-adawiyyah, inilah darah yang mengalir dari mata mereka yang mencintai Kami (Tuhan) dan tidak mahu berpisah dengan Kami. Meskipun mereka dicuba dan diduga, namun mereka tidak berganjak seinci pun dari jalan Kami dan tidak pula meminta sesuatu dari Kami. Dalam langkah permulaan dalam perjalanan itu, mereka mengatasi semua nafsu dan cita-cita yang berkaitan dengan dunia dan akhirat. Mereka beruzlah (memencilkan diri) dari dunia hingga tidak ada sesiapa yang mengetahui mereka. Begitulah mereka itu tidak mahu publisiti (disebarkan kepada umum) dalam dunia ini." Mendengar itu, Rabi'atul-adawiyyah berkata, "Tuhanku! Biarkan aku tinggal di Ka'abah." Ini pun tidak diberi kepada beliau. Beliau dibenarkan kembali ke Basrah dan menghabiskan umurnya di situ dengan sembahyang dan memencilkan diri dari orang ramai.

    Suatu hari Rabi'atul-adawiyyah sedang duduk di rumahnya menunggu ketibaan seorang darwisy untuk makan bersamanya dengan maksud untuk melayan darwisy itu, Rabi'atul-adawiyyah meletakkan dua buku roti yang dibuatnya itu di hadapan darwisy itu. Darwisy itu terkejut kerana tidak ada lagi makanan untuk Rabi'atul-adawiyyah. Tidak lama kemudian, dilihatnya seorang perempuan membawa sehidang roti dan memberinya kepada Rabi'atul-adawiyyah menyatakan tuannya menyuruh dia membawa roti itu kepada Rabi'atul-adawiyyah, Rabi'atul-adawiyyah bertanya berapa ketul roti yang dibawanya itu. Perempuan itu menjawab, "Lapan belas." Rabi'atul-adawiyyah tidak mahu menerima roti itu dan disuruhnya kembalikan kepada tuannya. Perempuan itu pergi. Kemudian datang semula. Rabi'atul-adawiyyah menerima roti itu selepas diberitahu bahawa ada dua puluh ketul roti dibawa perempuan itu. Darwisy itu bertanya kenapa Rabi'atul-adawiyyah enggan menerima dan kemudian menerima pula. Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Allah berfirman dalam Al-Quran iaitu : "Orang yang memberi dengan nama Allah maka Dia akan beri ganjaran sepuluh kali ganda. Oleh itu, saya terima hadiah apabila suruhan dalam Al-Quran itu dilaksanakan."

    Suatu hari Rabi'atul-adawiyyah sedang menyediakan makanan. Beliau teringat yang beliau tidak ada sayur. Tiba-tiba jatuh bawang dari bumbung. Disepaknya bawang itu sambil berkata, "Syaitan! Pergi jahanam dengan tipu-helahmu. Adakah Allah mempunyai kedai bawang?" Rabi'atul-adawiyyah erkata, "Aku tidak pernah meminta dari sesiapa kecuali dari Allah dan aku tidak terima sesuatu melainkan dari Allah."

    Suatu hari, Hassan Al-Basri melihat Rabi'atul-adawiyyah dikelilingi oleh binatang liar yang memandangnya dengan kasih sayang. Bila Hassan Al-Basri pergi menujunya, binatang itu lari. Hassan bertanya, "Kenapa binatang itu lari?" Sebagai jawapan, Rabi'atul-adawiyyah bertanya, "Apa kamu makan hari ini?" Hassan menjawab, "Daging." Rabi'atul- adawiyyah berkata, Oleh kerana kamu makan daging, mereka pun lari, aku hanya memakan roti kering."

    Suatu hari Rabi'atul-adawiyyah pergi berjumpa Hassan Al-Basri. Beliau sedang menangis terisak-isak kerana bercerai (lupa) kepada Allah. Oleh kerana hebatnya tangisan beliau itu, hingga air matanya mengalir dilongkang rumahnya. Melihatkan itu, Rabi'atul-adawiyyah berkata, "Janganlah tunjukkan perasaan sedemikian ini supaya batinmu penuh dengan cinta Allah dan hatimu tenggelam dalamnya dan kamu tidak akan mendapati di mana tempatnya." Dengan penuh kehendak untuk mendapat publiksiti, suatu hari, Hassan yang sedang melihat Rabi'atul-adawiyyah dalam satu perhimpunan Aulia' Allah, terus pergi bertemu dengan Rabi'atul-adawiyyah dan berkata, "Rabi'atul-adawiyyah, marilah kita meninggalkan perhimpunan ini dan marilah kita duduk di atas air tasik sana dan berbincang hal-hal keruhanian di sana." Beliau berkata dengan niat hendak menunjukkan keramatnya kepada orang lain yang ia dapat menguasai air (seperti Nabi Isa a.s. boleh berjalan di atas air). Rabi'atul-adawiyyah berkata, "Hassan, buangkanlah perkara yang sia-sia itu. Jika kamu hendak benar memisahkan diri dari perhimpunan Aulia' Allah, maka kenapa kita tidak terbang sahaja dan berbincang di udara?" Rabi'atul-adawiyyah berkata bergini kerana beliau ada kuasa berbuat demikian tetapi Hassan tidak ada berkuasa seperti itu. Hassan meminta maaf. Rabi'atul-adawiyyah berkata, "Ketahuilah bahawa apa yang kamu boleh buat, ikan pun boleh buat dan jika aku boleh terbang, lalat pun boleh terbang. Buatlah suatu yang lebih dari perkara yang luarbiasa itu. Carilah ianya dalam ketaatan dan sopan-santun terhadap Allah." Seorang hamba Allah bertanya kepada Rabi'atul-adawiyyah tentang perkara kahwin. beliau menjawab, "Orang yang berkahwin itu ialah orang yang ada dirinya. Tetapi aku bukan menguasai badan dan nyawaku sendiri. Aku ini kepunyaan Tuhanku. Pintalah kepada Allah jika mahu mengahwini aku."

    Hassan Al-Basri bertanya kepada Rabi'atul-adawiyyah bagaiman beliau mencapai taraf keruhanian yang tinggi itu. Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Aku hilang (fana) dalam mengenang Allah." Beliau ditanya, "Dari mana kamu datang?" Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Aku datang dari Allah dan kembali kepada Allah." Rabi'atul-adawiyyah pernah bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad S.A.W. dan baginda bertanya kepadanya sama ada beliau pernah mengingatnya sebagai sahabat. Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Siapa yang tidak kenal kepada tuan? Tetapi apakan dayaku. Cinta kepada Allah telah memenuhi seluruhku, hinggakan tidak ada ruang untuk cinta kepadamu atau benci kepada syaitan."

    Orang bertanya kepada Rabi'atul-adawiyyah, "Adakah kamu lihat Tuhan yang kamu sembah itu? Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Jika aku tidak lihat Dia, aku tidak akan menyembahNya."

    Rabi'atul-adawiyyah sentiasa menangis kerana Allah. Orang bertanya kepadanya sebab beliau menangis. rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Aku takit berpisah walau sedetik pun dengan Tuhan dan tidak boleh hidup tanpa Dia. Aku takut Tuhan akan berkata kepadaku tatkala menghembuskan nafas terakhir - jauhkan dia dariKu kerana dia tidak layak berada di majlisKu."

    Allah suka dengan hambaNya yang bersyukur apabila ia berusaha sepertimana ia bersyukur tatkala menerima kurniaNya (iaitu ia menyedari yang ia tidak sanggup berusaha untuk Allah tanpa pertolongan dan kurniaan Allah).

    Seorang bertanya kepada Rabi'atul-adawiyyah, "Adakah Allah menerima taubat orang yang membuat dosa?"

    Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Itu hanya apabila Allah mengurniakan kuasaNya kepada pembuat dosa itu yang ia digesa untuk mengakui dosanya dan ingin bertaubat. Hanya dengan itu Allah akan menerima taubatnya kerana dosa yang telah dilakukannya." Salih Al-Qazwini selalu mengajar muridnya, "Siapa yang selalu mengetuk pintu rumah seseorang akhirnya satu hari pintu itu pasti akan dibuka untuknya." Satu hari Rabi'atul-adawiyyah mendengar beliau bercakap demikian. Rabi'atul-adawiyyah pun berkata kepada Salih, "Berapa lama kamu hendak berkata demikian menggunakan perkataan untuk masa depan (Futuretense) iaitu "Akan dibuka"? Adakah pintu itu pernah ditutup? Pintu itu sentiasa terbuka." Salih mengakui kebenarannya itu.

    Seorang hamba Allah berteriak, "Aduh sakitnya!" Rabi'atul-adawiyyah bertemudengan orang itu dan berkata, "Oh! bukannya sakit." Orang itu bertanya kenapa beliau berkata begitu. Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Kerana sakit itu adalah satu nikmat bagi orang yang sangat mulia di sisi Allah. Mereka merasa seronok menanggung sakit itu."

    Suatu hari rabi'atul-adawiyyah sedang melihat orang sedang berjalan dengan kepalanya berbalut. Beliau bertanya kenapa kepalanya dibalut. Orang itu menjawab mengatakan ia sakit kepala. rabi'atul-adawiyyah bertanya, "Berapa umurmu?" Jawab orang itu, "Tiga puluh." Rabi'atul-adawiyyah bertanya lagi, "Hingga hari ini begaimana keadaanmu?" Kata orang itu, "Sihat-sihat shaja." Rabi'atul-adawiyyah pula berkata, "Selama tiga puluh tahun Allah menyihatkan kamu, tetapi kamu tidak mengibarkan bendera pada badanmu untuk menunjukkan kesyukuran kepada Allah, dan agar manusia bertanya kenapa kamu gembira sekali dan setelah mengetahui kurniaan Tuhan kepadamu, mereka akan memuji Allah. Sebaliknya kamu, setelah mendapat sakit sedikit, membalut kepalamu dan pergi ke sana ke mari menunjukkan sakitmu dan kekasaran Tuhan terhadapmu. Kenapa kamu berlaku sehina itu!"

    Suatu hari khadamnya berkata, "Puan, keluarlah dan mari kita melihat keindahan kejadian Tuhan di musim bunga ini.' Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Duduklah dalam rumah seperti aku berseorangan dan melihat yang menjadikan. Aku lihat Dia dan bukan kejadianNya."

    Suatu hari, orang bertanya kepada Rabi'atul-adawiyyah kenapa beliau tidak menyimpan pisau dalam rumahnya. Beliau menjawab, "Memotong itu adalah kerja pisau. Aku takut pisau itu akan memotong
    pertalian aku dengan Allah yang ku cintai."

    Suatu masa Rabi'atul-adawiyyah berpuasa selama lapan hari. Pada hari terakhir, beliau merasa lapar sedikit. Datang seorang hamba Allah membawa minuman yang manis dalam sebuah cawan. Rabi'atul-adawiyyah ambil minuman itu dan meletakkannya di atas lantai di satu penjuru rumahnya itu. Beliau pun pergi hendak memasang lampu. Datang seekor kucing lalu menumpahkan minuman dalam cawan itu. Melihat itu, terfikirlah Rabi'atul-adawiyyah hendak minum air sahaja malam itu. Tatkala ia hendak mencari bekas air (tempayan), lampu pun padam. Bekas air itu jatuh dan pecah airnya bertaburan di atas lantai. Rabi'atul-adawiyyah pun mengeluh sambil berkata, "Tuhanku! Kenapa Kau lakukan begini kepadaku?"

    Terdengar suara berkata, "Rabi'atul-adawiyyah, jika kamu hendakkan kurnia dunia, Aku boleh berikan padamu, tetapi akan menarik balik darimu siksaan dan kesakitan yang Aku beri padamu. Kurnia dunia dan siksaan Aku tidak boleh duduk bersama-sama dalam satu hati. Rabi'atul-adawiyyah, kamu hendak satu satu perkara dan Aku hendak satu perkara lain. Dua kehendak yang berlainan tidak boleh duduk bersama dalam satu hati."

    Dengan serta-merta beliau pun membuangkan kehendak kepada keperluan hidup ini, seperti orang yang telah tidak berkehendakkan lagi perkara-perkara dunia ini semasa nyawa hendak bercerai dengan badan.


    Tiap-tiap pagi beliau berdoa, "Tuhan! Penuhilah masaku dengan menyembah dan mengingatMu agar orang lain tidak mengajakku dengan kerja-kerja lain."

    Rabi'atul-adawiyyah ditanya, "Kenapa kamu sentiasa menangis-nangis?"

    Beliau menjawab, "Kerana ubat penyakit ini ialah berdampingan dengan Tuhan."

    "Kenapa kamu memakai pakainan koyak dan kotor?" Beliau ditanya lagi, "Kamu ada kawan yang kaya, dan dia boleh memberimu pakaian baru." Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Aku berasa malu meminta perkara dunia dari sesiapa pun yang bukan milik mereka kerana perkara-perkara itu adalah amanah Allah kepada mereka dan Allah jua yang memiliki segala- galanya."

    Orang berkata, "Rabi'atul-adawiyyah, Tuhan mengurniakan ilmu dan kenabian kepada lelaki, dan tidak pernah kepada perempuan, tentu kamu tidak dapat mencapai pangkat kewalian yang tinggi itu (kerana perempuan). Oleh itu apakah faedahnya usaha kamu menuju ke taraf tersebut?"

    Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Apa yang kamu kata itu benar, tetapi cubalah ketakan kepadaku siapakah perempuannya yang telah mencapai taraf kehampiran dengan Allah dan lalu berkata,"Akulah yang hak".


    Di samping itu tidak ada orang kasi yang perempuan. Hanya didapati dalam kaum lelaki sahaja." Rabi'atul-adawiyyah berkata, "Seorang perempuan yang sentiasa bersembahyang kerana Allah adalah lelaki dan bukan perempuan."

    Satu hari Rabi'atul-adawiyyah jatuh sakit. Orang bertanya kepadanya sebab ia sakit. Beliau berkata, "Hatiku cenderung hendak mencapai Syurga, sayu hari yang lampau. Kerana itu, Allah jatuhkan sakitini sementara sebagai hukuman."

    Hassan Al-Basri datang berjumpa Rabi'atul-adawiyyah yang sedang sakit. Di pintu rumah beliau itu, Hassan bertemu dengan Amir Al-Basri yang sedang duduk dengan sebuah bag mengandungi wang. Amir itu menangis. Apabila ditanya kenapa beliau menangis, beliau menjawab, "Aku hendak menghadiahkan wang kepada Rabi'atul-adawiyyah, tetapi aku tahu dia tidak akan menerimanya.Kerana itulah aku menangis. Bolehkah kamu menjadi pengantara dan meminta dia menerima hadiahku ini?" Hassan pun pergilah membawa wang itu kepada Rabi'atul-adawiyyah dan meminta beliau menerima wang itu. Tetapi Rabi'atul-adawiyyah berkata, "Oleh kerana aku telah kenal Allah, maka aku tidak lagi mahu bersembang dengan manusia dan tidak menerima hadiah dari mereka dan juga tidak mahu memberi apa-apa kepada mereka. Di samping itu aku tidak mahu sama ada wang itu didapatinya secara halal atau haram."

    Sufyan Al-Thauri berkata, "Kenapa kamu tidak memohon kepada Allah untuk menyembuhkan kamu?" Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Kenapa aku merungut pula kerana itu hadiah Allah bagiku. Bukankah salah jika tidak mahu menerima hadiah Tuhan? Adakah bersahabat namanya jika kehendak sahabat itu tidak kita turuti?"

    Malik bin Dinar pergi mengunjungi Rabi'atul-adawiyyah satu hari. Dilihatnya dalam rumah Rabi'atul-adawiyyah satu balang yang pecah dan mengandungi air untuk minum dan mengambil wuduk, satu bata sebagai bantal dan tikar yang buruk sebagai alas tempat tidur. Malik berkata, "Jika kamu izinkan, boleh aku suruh seorang kawanku yang kaya memberimu semua keperluan harian." Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Adakah satu Tuhan yang menanggung aku, dan Tuhan lain pula menanggung kawanmu itu? Jika tidak, adakah Tuhan lupa kepadaku kerana aku miskin dan ingat kepada kawanmu itu kerana ia kaya? Sebenarnya Allah itu tidak lupa kepada siapa pun. Kita tidak perlu memberi ingat kepada Tuhan itu. Dia lebih mengetahui apa yang baik
    untuk kita. Dia yang memberi kurnia dan Dia juga yang menahan kurnia itu."

    Rabi'atul-adawiyyah berkata, "Orang yang cinta kepada Allah itu hilang dalam melihat Allah hingga kesedaran kepada yang lain lenyap darinya dan Dia tidak boleh membezakan mana sakit dan mana senang."

    Seorang Wali Allah datang dan merungut tentang dunia. Rabi'atul-adawiyyah berkata, "Nampaknya kamu sangat cinta kepada dunia, kerana orang yang bercakap tentang sesuatu perkara itu tentulah dia cenderung kepada perkara tersebut."

    Satu hari, Sufyan Al-Thauri pergi berjumpa Rabi'atul-adawiyyah. Rabi'atul-adawiyyah menghabiskan masa malam itu dengan sembahyang. Apabila sampai pagi, beliau berkata, "Pujian bagi Allah yang telah memberkati kita dapat sembahyang sepanjang malam. Untuk tanda kesyukuran, marilah kita puasa pula sepanjang hari ini." Rabi'atul-adawiyyah selalu berdoa demikian, "Tuhanku! Apa sahaja yang Engkau hendak kurnia kepadaku berkenaan dunia, berikanlah kepada musuhku dan apa sahaja kebaikan yang Engkau hendak kurnia kepadaku berkenaan akhirat, berikanlah kepada orang-orang yang berIman, kerana aku hanya hendakkan Engkau kerana Engkau. Biarlah aku tidak dapat Syurga atau Neraka. Aku hendak pandangan Engkau padaku sahaja."

    Sufyan Al-Thauri menghabiskan masa sepanjang malam bercakap-cakap tentang ibadat kepada Allah dengan Rabi'atul-adawiyyah. Di pagi hari Al-Thauri berkata, "Kita telah menghabiskan masa malam tadi dengan sebaik-baiknya." Rabi'atul-adawiyyah berkata, "Tidak, kita habiskan masa dengan sia-sia kerana sepanjang percakapan itu kamu berkata perkara-perkara yang memuaskan hatiku sahaja dan aku pula memikirkan perkara yang kamu sukai pula. Masa itu kita buang tanpa mengenang Allah. Adalah lebih baik jika aku duduk seorang diri dan menghabiskan masa malam itu dengan mengenang Allah." Rabi'atul-adawiyyah berkata, "Doaku padaMu ialah sepanjang hayatku berilah aku dapat mengingatMu dan apabila mati kelak berilah aku dapat memandangMu."

    Lahirnya pd kurun ke2 hijrah
    Dipinggiran terpencil Kota Basrah
    Sejarah telah menukirkan langkahnya
    Menuju Allah bermula dgn payah
    Kemiskinan keluarganya terlalu mencengkam
    Menjadikn dia hampir tenggelam
    Dialah gadis yg bernama Rabiatul Adawiyah
    Takdir mengatasi takdir
    Ketika tiba-tiba pintu hidayah terbuka dia menjadi tersentak

    Kembara cintanya pun bermula
    Dari gelap dia menuju cahaya
    Bukan kerana pahala tetapi kerana cinta
    di kedinginan malam dia berkata
    Tuhanku bintang-bintang telah menjelma indah
    Mata manusia terlena sudah
    Ketika semua pintu telah tertutup
    Tatkala unggas malam sahut menyahut
    Dan inilah aku..inilah aku
    Duduk dihadapanMu mengadu cintaku
    Yang selalu terganggu
    Mengintai kasihMu diperdu rindu

    Demikian rintihan hati Rabiatul Adawiyah
    Lalu ditemuinya keindahan & ketenangan
    Di hamparan kasih sayang Tuhan


    Ya Allah...Ini air mataku yang tumpah kerana menyesali dosa
    Ini sujudku yang menginsafi rasa kehambaan diri
    Ini tanganku yang memohon keampunan dan rahmat-Mu

    Ini wajahku yang menghadap -Mu dengan rasa kehinaan
    air mataku, sujudku , tanganku dan wajahku
    ini sebagai saksi diakhirat........Bahawa aku pernah
    merintih keampunan daripada-Mu
    Jadikanlah air mataku , sujudku ,tanganku , dan
    wajahku ini sebagai pemayung ketika panas terik
    di Padang Mahsyar...Sesungguhnya tidak tertanggung olehku
    akannya.Jadikanlah air mataku , sujudku , tanganku ,
    dan wajahku ini sebagai
    pemberat ketika amalanku ditimbang. Sesungguhnya
    terlalu gentar hati ini apabila
    air mataku sujudku , tanganku , dan wajahku
    ini sebagai
    penyelamat ketika dihumban ke dalam neraka-Mu......
    Sesungguhnya tiada amalanku yang layak untuk
    menyelamatkan diri.

    Tuhan.........Tiada amalanku yang dapat dipersembahkan sempurna
    kepada-mu...kerana kebaikanku telah ditembusi
    kejahatanku.Melainkan hanya ini yang yang
    harapan......air mata penyesalan ,sujud seorang hamba,
    tangan yang sentiasa mengharap rahmat-Mu dan wajahyang malu memandang-Mu.

    Meskipun rayuan setinggi gunung,namun......kesangsian
    datang di celah harapan.
    Apakah air mata yang mengalir seikhlas air mata
    penyesalan Nabi Adam
    selamai 200 tahun
    hingga bumi terbelah menjadi sungai ?
    Apakah sujudku ini sehebat Uwais Al Qarni yang
    merintih hingga dini hari ?
    Apakah tanganku ini menadah serta bermohon
    tangan Siti Mariam yang merayu ke hadrat Illahi ?Apakah wajahku yang
    mengadap-Mu ini seperti RabiatulAdawiyah
    yang mengadap-Mu dengan rasa kehinaan ?Semua kesangsian ini

    Ya Allah
    mendatangkan kegentaran
    di dada untuk mengadap-Mu....Tetapi .....hanya ini yang ada padaku..

    Nama ini sinonim dalam sejarah dunia kesufian. Rabi'ah binti Ismail
    al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam.
    Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah
    di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi
    kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula
    hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan
    menggunakan sampan.

    Aku tertarik dan ingin berkongsi rintihan Rabi'ah sewaktu kesunyian di
    ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

    "Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada
    segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada
    segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!

    "Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur
    nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di
    hadapan-Mu.

    "Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran
    pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan
    burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada
    tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan
    melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan
    menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

    "Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik
    maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan di
    hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya
    yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat
    kepada-Mu."

    Dan ini raungan Rabiah memohon belas ihsan Allah SWT:

    "Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian
    kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang
    mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan.
    Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang
    terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang
    berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab
    Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa."

    Setiap malam begitulah keadaan Rabi'ah. Apabila fajar menyinsing,
    Rabi'ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

    "Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti.
    Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya
    aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan
    takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau
    menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika
    Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak
    bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu."

    Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untuk
    berkahwin dengan alasan:

    "Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.
    Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik
    Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun."

    Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu
    dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai
    tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi'ah telah
    mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada
    akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di
    hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

    Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

    "Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada
    suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."

    Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

    "Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain
    Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada
    penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah
    ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun."

    Rabi'ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai
    Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk
    membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan
    menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah
    diluahkannya:

    "Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang
    mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut
    kepada-Mu?"

    Kecintaan Rabi'ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk
    beroleh syurga Allah semata-mata.

    "Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka
    bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak
    kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku
    menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan
    yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha
    Mulia itu."

    Begitulah keadaan kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji
    dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi'ah meninggal dunia
    pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga
    Allah meredainya, amin! – Haluan

    Bersama ahli cerdik pandai

    Rabi'atul Adawiyah merupakan salah seorang srikandi agung dalam Islam.
    Beliau terkenal dengan sifat wara' dan sentiasa menjadi rujukan
    golongan cerdik pandai kerana beliau tidak pernah kehabisan hujjah.

    Pada suatu hari, sekumpulan golongan cerdik pandai telah datang ke
    rumah Rabi'atul Adawiyah. Tujuan mereka tidak lain dan tidak bukan
    adalah untuk menguji beliau dengan pelbagai persoalan. Malah mereka
    telah bersedia dengan satu persoalan yang menarik. Mereka menaruh
    keyakinan yang tinggi, kerana selama ini Rabi'atul Adawiyah tidak
    pernah ketandusan hujah.

    "Wahai Rabi'atul Adawiyah, semua bentuk kebajikan yang tinggi-tinggi
    telah dianugerahkan oleh Allah kepada kaum lelaki, namun tidak kepada
    kaum wanita." Ketua rombongan itu memulakan bicara.

    "Buktinya?" Balas Rabi'atul Adawiyah.

    "Buktinya ialah, mahkota kenabian dan Rasul telah dianugerahkan kepada
    kaum lelaki. Malah mahkota kebangsawanan juga dikurniakan kepada kaum
    lelaki. Paling penting, tidak ada seorang wanita pun yang telah
    diangkat menjadi Nabi atau Rasul, malah semuanya dari golongan
    lelaki." Jawab mereka pula dengan yakin.

    "Memang betul pendapat tuan-tuan sekalian. Akan tetapi harus diingat
    bahawa sejahat-jahat pangkat ada pada kaum lelaki juga. Siapa yang
    mengagung-agungkan diri sendiri? Siapa yang begitu berani mendakwa
    dirinya sebagai Tuhan? Dan siapa pula yang berkata : "Bukankah aku ni
    tuhanmu yang mulia?" Dengan tenang, Rabi'atul Adawiyah membalas hujah
    mereka sambil merujuk kepada Firaun dan Namrud.

    Kemudian Rabi'atul Adawiyah menambah lagi, "Anggapan dan ucapan
    seperti itu tidak pernah keluar dari mulut seorang wanita. Malah
    semuanya ditimpakan kepada kaum lelaki."

    Dengan seorang pencuri

    Suatu malam yang sunyi sepi, di kala masyarakat sedang khusyuk tidur,
    seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul
    Adawiyah.

    Namun setelah menyelongkar sekeliling berkali-kali, dia tidak menemui
    sebarang benda berharga kecuali sebuah kendi untuk kegunaan berwuduk,
    itupun telah buruk. Lantas si pencuri tergesa-gesa untuk keluar dari
    pondok tersebut.

    Tiba-tiba Rabi'atul Adawiyah menegur si pencuri tersebut, "Hei, jangan
    keluar sebelum kamu mengambil sesuatu dari rumahku ini." Si pencuri
    tersebut terperanjat kerana dia menyangka tiada penghuni di pondok
    tersebut. Dia juga berasa hairan kerana baru kini dia menemui tuan
    rumah yang begitu baik hati seperti Rabi'tul Adawiyah. Kebiasaannya
    tuan rumah pasti akan menjerit meminta tolong apabila ada pencuri
    memasuki rumahnya, namun lain pula yang berlaku.

    "Sila ambil sesuatu." kata Rabiatul Adawiyah lagi kepada pencuri tersebut.

    "Tiada apa-apa yang boleh aku ambil daripada rumah mu ini." kata si
    pencuri berterus-terang.

    "Ambillah itu!" kata Rabi'atul Adawiyah sambil menunjuk pada kendi
    yang buruk tadi.

    "Ini hanyalah sebuah kendi buruk yang tidak berharga." Jawab si pencuri.

    "Ambil kendi itu dan bawa ke bilik air. Kemudian kamu ambil wudhu'
    menggunakan kendi itu. Selepas itu solatlah 2 rakaat. Dengan demikian,
    engkau telah mengambil sesuatu yang sangat berharga daripada pondok
    burukku ini." Balas Rabi'tul Adawiyah.

    Mendengar kata-kata itu, si pencuri tadi berasa gementar. Hatinya yang
    selama ini keras, menjadi lembut seperti terpukau dengan kata-kata
    Rabi'tul Adawiyah itu. Lantas si pencuri mencapai kendi buruk itu dan
    dibawa ke bilik air, lalu berwudhu' menggunakannya.. Kemudian dia
    menunaikan solat 2 rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dan
    kelazatan dalam jiwanya yang tak pernah dirasa sebelum ini.

    Rabi'atul Adawiyah lantas berdoa, "Ya Allah, pencuri ini telah
    menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang
    benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri
    dihadapan-Mu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada
    memperolehi nikmat dan rahmat-Mu."

    Dengan seorang pemuda

    Suatu hari, Rabi'atul Adawiyah terlihat seseorang sedang
    berjalan-jalan dengan kepalanya berbalut sambil menagih simpati
    daripada orang ramai. Kerana ingin tahu sebabnya orang itu berbuat
    demikian, Rabi'atul Adawiyah bertanya, "Wahai hamba Allah! Mengapa
    engkau membalut kepalamu sebegini rupa?"

    "Kepalaku sakit." Jawab orang itu dengan ringkas.

    "Sudah berapa lama?" Tanya Rabi'atul Adawiyah lagi.

    "Sudah sekian hari." Jawabnya dengan tenang.

    Lantas Rabi'atul Adawiyah bertanya lagi,"Berapa usiamu sekarang?"

    Orang itu menjawab,"Sudah 30 tahun"

    "Bagaimana keadaanmu selama 30 tahun itu?" Tanya beliau lagi.

    "Alhamdulillah, sihat-sihat saja." Jawabnya.

    "Apakah kamu memasang sebarang tanda di badanmu bahawa kamu sihat
    selama ini?" Tanya Rabi'atul Adawiyah.

    "Tidak." Jawab orang itu ragu-ragu.

    "Masya Allah, selama 30 tahun Allah telah menyihatkan tubuh badanmu,
    tetapi kamu langsung tidak memasang sebarang tanda bagi menunjukkan
    kamu sihat sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Jika sebaliknya,
    pasti manusia akan bertanya kepada kamu sebabnya kamu sangat gembira.
    Apabila mereka mengetahui nikmat Allah kepadamu, diharapkan mereka
    akan bersyukur dan memuji Allah." Jelas Rabi'atul Adawiyah.

    "Akan tetapi, kini apabila kamu mendapat sakit sedikit, kamu balut
    kepalamu dan kemudian pergi ke sana sini bagi menunjukkan sakitmu dan
    kekasaran Allah terhadapmu kepada orang ramai, Mengapa kamu berbuat
    hina seperti itu?" Sambung Rabi'atul Adawiyah lagi.

    Orang yang berbalut kepalanya itu hanya diam seribu bahasa dan
    tertunduk malu denga perlakuannya. Kemudian dia beredar meninggalkan
    Rabi'atul Adawiyah dengan perasaan kesal dan insaf.

    Kata kata mutiara rabiatul adawiyah

    " Biar waktu yang akan membuktikan .......

    bahwa tiap langkah yang telah dipijakkan,

    tiap tetesan darah dan keringat yang telah dialirkan,

    tiap jiwa yang telah melayang,

    akan samapai pada satu keadaan .......

    dimana keadilan adalah nadinya,

    kesejahteraan adalah nafasnya,

    kebijaksanaan adalah sifatnya,

    dan Ridho Sang Khalik adalah tujuannya. "



    " Tuhanku, apa-apa saja yang hendak kau berikan kepadaku di dunia ini

    maka berikanlah kepada musuh-musuh MU.

    Serta apa-apa saja yang hendak kau berikan kepada ku di akhirat kelak,

    maka berikanlah kepada sahabat-sahabat-Mu.

    Sebab engkau saja cukuplah bagiku "

    (Rhobiyatul Al-Adawiyah)








    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Jalan Pulang Kepada Rahmat Allah Terbentang Luas

    "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa..."

    (Ali Imran 3: 133)

    ------------

    Antara keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan. Peluang seorang insan kembali ke pangkuan keampunan dan keredaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang jarak waktu, latar diri, keturunan, atau harta.


    Sesiapa yang ingin pulang ke pangkuan Allah tidak pernah dihalang oleh agama ini disebabkan jenis dosanya atau keturunan, usianya yang lanjut, atau apa sahaja.


    Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatan-Nya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu. Jika kesalahan itu sesama insan lain, dia memohon maaf dari yang dizalimi. Jika tidak mampu, bimbang mudarat yang lebih besar jika permohonan maaf dibuat, serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hamba-Nya.


    Firman Allah dalam surah Ali 'Imran 135-136: (maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.


    Islam bukan seperti sesetengah ajaran yang menyuruh seseorang yang berdosa membuat pengakuan di hadapan orang agama, atau melakukan upacara yang menyeksa diri demi penghapusan dosa seperti melukakan diri atau berjalan atas bara api atau membuat bayaran penebusan.


    Demikian perbuatan sesetengah pihak mencari rezeki dengan mengambil upah untuk pelupusan dosa solat atau puasa atau ibadah yang lain, bukan dari ajaran Islam. Islam tidak pernah mengenal itu semua. Seperti Islam tidak pernah menerima sama sekalipun perbuatan sesetengah agama lain yang mengeluarkan surat berbayar untuk penghapusan dosa, demikian Islam tidak dapat menerima perbuatan penganutnya jika melakukan hal yang sama dengan mengeluarkan borang pahala yang dijual sempena Ramadan atau selainnya.


    Keampunan dan rahmat Allah bukan dijual di jalanan. Ia sangat berkaitan dengan keluhuran jiwa yang ikhlas ingin kembali kepada Allah Yang Maha Pengampun. Jika keampunan hanyalah bayaran yang dibayar kepada pihak tertentu, tentulah semua orang kaya tempatnya di syurga.

    Sementara si miskin yang tidak mampu membayar kepada golongan agama tiadalah habuan keampunan untuknya. Maka tidaklah perlu lagi seseorang berpegang dengan agama, cukuplah dengan membanyakkan ongkos, maka selamatlah dia di sisi Tuhan. Aduhai, tentu tidak demikian.


    Firman Allah (maksudnya): Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan manfaat sesuatu apapun. Kecuali orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera. Dan (pada hari itu) didekatkan syurga bagi orang- orang yang bertakwa. Dan diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat. (surah al-Syu'ara 88-91)

    Seseorang yang berdosa pula, tidak disuruh mendedahkan dosanya kepada orang lain sekalipun di hadapan ulama atau siapapun di kalangan manusia. Bahkan dia disuruh bertaubat antara dia dengan Allah dan menutup keburukan dirinya daripada orang lain.


    Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat. (Riwayat Muslim).


    Termasuk dalam perkataan Muslim itu diri insan yang berdosa itu sendiri, dia juga tentu seorang Muslim. Maka dia wajib menutup keaiban dirinya. Maka dalam Islam tidak ada 'pengakuan dosa di hadapan paderi'. Sesiapa sahaja yang berasa berdosa dan ingin kembali kepada Allah, maka dia bertaubat di mana sahaja dia berada.


    Sabda Nabi: Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya. (Riwayat al- Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani). Aduhai luasnya rahmat Allah dalam agama ini. Bahkan dalam sebuah hadis kudsi, Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).


    Bahkan kita dilarang kecewa dengan hidup disebabkan dosa yang lalu. Sebaliknya, disuruh agar sentiasa memohon keampunan daripada Allah dan jangan kecewa dari rahmat-Nya. Firman Allah dengan penuh syahdu dalam surah al-Zumar ayat 53: (maksudnya), Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


    Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H) ketika mentafsirkan ayat ini menyebut: "Ayat yang mulia ini adalah panggilan untuk semua pembuat dosa dari kalangan yang kufur dan selain mereka agar bertaubat dan kembali kepada Allah. Ayat ini juga adalah pemberitahuan Allah Yang Maha Berkat Lagi Maha Tinggi bahawa Dia mengampunkan segala dosa untuk sesiapa yang bertaubat dan meninggalkannya, walau bagaimana besar dan banyak sekalipun dosa tersebut. Sekalipun bagaikan buih di lautan". (Tafsir al-Quran al-'Azim, 4/74, Beirut: Mussasah al-Rayyan).


    Maka tidak ada kecewa bagi insan yang berdosa. Sekalipun kadangkala ada dosa yang tidak dapat dimaafkan oleh perasaan insan lain, namun Allah tidak pernah menutup pintunya selagi insan yang berdosa itu insaf, benar-benar kembali kepada-Nya.


    Saya bicarakan tajuk ini, sesuai dengan suasana puasa. Juga agar perbincangan agama, janganlah menyebabkan manusia ini kecewa dengan diri mereka dalam mencari jalan pulang ke pangkuan Tuhan.


    Agama ini begitu lunak. Pintu untuk mendekati Tuhan tidak pernah hanya dikhususkan untuk orang tertentu semata. Bahkan sesiapa sahaja yang menerima Islam ini dan berusaha mendekatkan diri dengan jalan Rasulullah maka dia akan sampai ke dalam rahmat Allah.


    Tiada perbezaan antara mufti, ustaz, imam dan orang biasa. Tuhan tidak pernah menilai insan dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh sesama manusia. Dia melihat keluhuran jiwa dan kesahihan amalan. Entah berapa ramai orang biasa lebih mulia di sisi Tuhan dibandingkan mereka yang bersandar dengan berbagai-bagai gelaran dan pangkat. Jalan pulang ke pangkuan Tuhan tidak pernah mendiskriminasikan manusia.


    Kadangkala amat menakutkan kita mendengar ucapan sesetengah orang. Saya pernah mendengar seseorang menyebut "dosa-dosa si polan tidak akan diampunkan Allah." Ringan perkataan itu di lidah kita, amat berat kesalahannya di sisi Allah.


    Sejak bilakah pula kita menjadikan wakil Tuhan dalam memutuskan rahmat atau kelaknatan di kalangan hamba-hamba-Nya. Kita menolak manusia ingin kembali dataran keampunan Allah hanya kerana emosi kita, sedangkan Allah sendiri mengisytiharkan keluasan rahmat-Nya untuk semua.


    Marilah kita berkempen untuk manusia mendapatkan rahmat keampunan Allah ini. Bukan untuk orang masjid dan surau sahaja, tetapi juga semua muda-mudi di jalanan, artis di pentas, pemimpin di gelanggang politik dan seterusnya. Jangan menghukum seseorang itu sebagai tidak berpeluang menerima rahmat Allah sedangkan roh masih di jasadnya dan hukuman Allah belum pun kita tahu.


    Nabi bersabda: Jika seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang paling binasa. (Riwayat Muslim). Hadis ini bermaksud apabila seseorang berkata dengan tujuan merendahkan orang lain dan membanggakan dirinya seakan orang lain tidak mendapat kerahmatan, maka dialah akan dibinasakan Allah. Dakwah agama hendaklah merentasi sempadan-sempadan yang dibikin oleh kita. Rahmat Allah mestilah disebarkan ke semua daerah hidup yang pelbagai. Sama ada yang berada di gelanggang sukan, di pentas filem, di medan politik atau apa sahaja.

    Janganlah perbincangan agama hanya menggambarkan seakan semua manusia akan memasuki neraka semata, lalu kita lupa Allah ialah Tuhan Yang Maha Rahmat. Ungkapan-ungkapan agama ini adalah ungkapan memberikan harapan, bukan menimbulkan kekecewaan.


    Sehingga dalam hadis Nabi bersabda: Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya – dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya Tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya-dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Ku melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Aku ampunkan engkau. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Hadis ini bukanlah menggalakkan manusia melakukan dosa, tetapi menceritakan hal seorang hamba yang bertaubat bersungguh-sungguh namun gagal mengawal dirinya lalu tetap terjatuh ke dalam dosa. Setiap kali berdosa, dia ikhlas memohon keampunan dan dia tetap diampun oleh Allah s.w.t.


    Hadis ini memberikan semangat kepada mereka yang telah bersalah berulang kali untuk terus bertaubat bukan berputus asa dan terus mengikut jejak langkah syaitan. Walaupun barangkali orang lain akan menyebut kepadanya "tidak guna kau bertaubat, sudah berapa kali kau tetap gagal kekal atas taubatmu", namun Allah tidak berkata demikian. Dia Yang Maha Pengampun tetap membuka pintu selagi hamba-Nya itu jujur dan ikhlas merintih kepada-Nya.


    Jika Allah menutup pintu, maka kekecewaan akan meliputi jiwa hamba yang seperti ini dan akhirnya dia akan terus tenggelam dalam kejahatan. Namun dengan dibuka seperti ini, insan akan terus berusaha kembali kepada Allah setiap kali tergelincir.


    Saya amat hairan, ada agama tertentu yang dikatakan mempengaruhi emosi sesetengah anak-anak muda kita disebabkan unsur kasih sayang dan rahmat berkenaan yang ditonjolkan dalam agama. Seakan anak-anak muda kita tidak pernah mendengar tentang keluasan rahmat dan keampunan Allah dalam Islam ini. Lalu mereka pun kagum dengan agama lain dan melupai agama sendiri yang diturunkan Allah ini.


    Adakah kerana mereka tidak mempelajari ajaran Islam yang betul? Ataupun kempen kita kepada Islam kurang menonjolkan unsur-unsur kerahmatan agama ini?


    Hendaklah kita sedar, dalam dakwah baginda Nabi bukan hanya diceritakan balasan neraka, namun diceritakan juga kenikmatan syurga. Bukan hanya tentang kemurkaan Allah kepada yang menderhakai-Nya tetapi juga rahmat-Nya bagi yang kembali kepada kepada-Nya.


    Firman Allah dalam surah al-Hijr 49-50: (maksudnya) Khabarkanlah kepada hamba-hamba-Ku (Wahai Muhammad), bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi mereka yang bertaubat dan beramal soleh). Dan bahawa azab-Ku, adalah azab yang tidak terperi sakitnya, (bagi mereka yang tetap dalam kederhakaan).


    Semoga taubat mempunyai ruang yang besar dalam hidup kita. Manusia disuruh takut melakukan dosa. Namun jangan kecewa jika tersilap. Di samping insan juga hendaklah selalu beringat, bahawa dosa yang terlampau setelah diberi peringatan, boleh menghilangkan ingatan insan untuk kembali kepada Tuhan.


    Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 6-7: (maksudnya) Sesungguhnya orang-orang yang ingkar itu, sama sahaja kepada mereka: Sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman. (Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka, pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.


    Kebanyakan masyarakat percaya berdasarkan sangkaan bahawa taubat bagus dimulakan apabila umur tua (sudah berumur), setelah beranak cucu, setelah menunaikan haji atau dengan beberapa alasan lain adalah suatu tradisi atau idea yang batil, berpunca dari kejahilan seseorang itu tentang apa itu taubat dan pengampunan Allah yang sebenarnya.

    Tiada seorang individupun yang dibenarkan menentukan bila masanya seharusnya seseorang itu bertubat. Sedangkan perintah Allah agar bersegera bertaubat tidak pernah ditetapkan masa-masanya yang tertentu, tempat-tempatnya yang tertentu, pada situasi atau kondisi yang tertentu, malah seseorang hamba yang tahu dirinya berdosa diwajibkan agar cepat-cepat bertaubat. Ini kerana manusia sering didominan oleh hawa nafsunya dan godaan syaitan.

    Oleh itu, Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang memudahkan kepada sekalian hambaNya untuk segera bertaubat. Buku kecil ini layak dikonsumsi oleh semua peringkat usia, dapat membantu dalam urusan atau cara bertaubat, membincangkan permasalahan taubat yang perinsipil agar membuka minda dan kesedaran masyarakat tentang perlunya bersegera bertaubat.

    Bagi sesiapa yang telah melakukan kesalahan atau merasa berdosa, sama ada besar atau kecil, yang telah lama berlaku atau yang baru saja dilakukan, maka tulisan ini membantu para pembaca cara-cara untuk bertaubat sebagaimana yang ditunjuk ajar dan dibimbing oleh syara.

    Semoga tulisan yang dipenuhi dengan hujjah dan dalil-dalil dari al-Quran dan hadis ini dapat membetulkan konsep taubat dalam fikiran pelaku dosa, memberi keinsafan kepada mereka yang takutkan Allah, yang ingin keampunan-Nya, mengharapkan rahmat dari-Nya dan ingin menjadi generasi ahlus sunnah yang soleh dan yang bertakwa.

    Dengan demikian, diharapkan mereka yang telah sedar akan hakikat sifat Allah Yang Maha Pengampun agar bersegera bertaubat tanpa dilengah-lengahkan lagi, kerana bertaubat dan meminta keampunan adalah perintah dari Allah yang telah tertera di dalam al-Quran dan hadis.

    Moga-moga tulisan ini sentiasa diberkati oleh Allah Azza wa-Jalla dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca yang budiman.

    ------
    Taubat Dan Pengertiannya
    ------

    Pengertian taubat menurut syara ialah kembali kepada Allah dengan berpegang teguh kepada kewajipan yang diwajibkan kepada hambaNya. Meninggalkan laranganNya atau beralih dari setiap perbuatan yang dibenci kepada yang disenangi.

    Orang yang bertaubat amat beruntung kerana kembali menjalankan perintah Allah dan menjauhkan larangannya. Inilah hakikat taubat sehingga Allah memberi kejayaan dan pahala kepada sesiapa yang mentaati hakikat ini. FirmanNya:

    "Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan". (an-Nuur: 31)

    Al-Quran menjelaskan bahawa Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Pengampun yang sentiasa mengampunkan segala dosa hambaNya yang mahu bertaubat. FirmanNya lagi:

    "Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)". (az-Zumar: 53-54)

    Melalui Sifat Allah Yang Maha Pengasih dan Pengampun, Allah menjanjikan rahmat dan pengampunan dari semua dosa kepada hambaNya yang bertaubat. Allah Subhanahu wa-Ta'ala pula bertanya mengapa kamu tidak mahu bertaubat sedangkan taubat adalah amalan yang mulia di sisiNya sebagaimana firmanNya:

    "Maka mengapa mereka tidak mahu bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al-Maidah, 74)

    "Dan Tuhanmu Maha Pengampun lagi melimpah-limpah rahmatNya". (Al-Kahfi, 58)

    Oleh kerana Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, melimpah-limpah rahmatNya dan mencintai hambaNya yang bertaubat, maka adalah suatu kesilapan bagi seseorang yang melambat-lambatkan taubatnya sehingga menunggu pada sesuatu masa yang tertentu, seperti menunggu di hari tua, setelah menunaikan haji, setelah bersara, setelah berilmu, setelah berjaya meninggalkan maksiat, setelah berkeluarga atau sebagainya. Maka melengah-lengahkan taubat seperti ini adalah suatu kejahilan dan kesilapan yang nyata. Sebenarnya Allah menyeru agar hambaNya sentiasa bersegera meminta keampunan dan bertaubat kepadaNya sebagaimana firmanNya:

    "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa". (Ali-Imran, 133)

    Allah Subhanu wa-Ta'ala tidak akan membiarkan para hambanya bergelumang dengan berbagai dosa, oleh kerana itu Allah sentiasa membuka luas pintu taubat dan keampunannya kepada mereka yang mahu bertaubat. Allah memberikan contoh bahawa Nabi Adam dan Hawa telah bertaubat dari kesalahannya dan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang menerima taubat mereka. Allah berfirman:

    "Keduanya (Adam dan Hawa) berdoa, Ya Tuhan kami! Kami telah menganayai diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang merugi". (Al-Baqarah, 23)

    "Kemudian Adam Menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". (Al-Baqarah, 37)

    "Kemudian Tuhan memilihnya (Nabi Adam 'alaihis salam), maka Dia menerima taubatnya dan memberi petunjuk". (Taha: 122)

    ------
    Jangan Menzalimi Diri Sendiri
    ------

    Manusia sebagai hamba Allah terbahagi kepada dua bahagian, pertama: Orang yang bertaubat dari kesalahannya dan kedua: Orang yang menzalimi dirinya sendiri. Dianggap orang yang menzalimi dirinya sendiri ialah orang yang tidak mahu bertaubat. Orang yang tidak mahu bertaubat seolah-olah tidak mengenali Tuhannya, tidak mengetahui hak-haknya yang diberikan oleh Allah kepadanya dan tidak melihat aib dirinya dan perbuatannya.

    Manusia perlu sedar bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam walaupun sebagai seorang Nabi dan Rasulullah namun baginda disetiap hari sentiasa bertaubat sebagaimana sabda baginda:

    "Wahai sekalian manusia! Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, kerana demi Allah, sesungguhnya aku bertaubat kepadaNya lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari".

    Apabila bertaubat, bererti seseorang itu telah meninggalkan jalan orang yang sesat, terkutuk dan dimurkai Allah, kemudian kembali kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan seluruh dimensi kesedaran di hatinya.

    ------
    Cara-Cara Bertaubat
    ------

    Antara cara-cara dan makna taubat menurut syara ialah:

    Menyedari besarnya dosa yang dilakukan sehingga menyesalinya dan menggeruni balasannya yang akan tertimpa diakhirat kelak jika tidak bertaubat, sebagaimana sabda Rasullullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:

    "Menyesali (dosa) itu adalah taubat". (H/R Ahmad dan Ibn Majah. Sahih al-Jam'i. 6802)

    Berniat serta berusaha sedaya upaya menjauhi dan meninggalkan dosa yang telah dilakukan dan bertekad tidak akan mengulanginya lagi.

    Meninggalkan setiap apa yang dibenci dan diharamkan oleh Allah lahir dan batin, lantas beralih kepada yang dicintai dan diredhaiNya.

    Bertaubat dengan taubat nasuha sebagaimana firman Allah:

    "Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai". (At-Tahrim, 8)

    Sememangnya sudah tercangkup dalam agama Islam pengertian taubat. Kerana taubat adalah hakikat Islam, iman dan ihsan yang meliputi semua tingkatan ibadah, amal dan tingkah laku seorang mukmin, dari awal hinggalah kepengakhir hidupnya. Oleh itu, setiap mukmin wajib menyedari dan mengetahui hakikat taubat dan menerapkan dalam ilmu dan kehidupannya. Orang yang suka bertaubat amat mulia di sisi Allah dan dicintaiNya. Allah Azza wa-Jalla bergembira dengan taubat seseorang mukmin sehinggalah ia menjadi kekasihNya. (Rujuk: Madarajus Salikin jld. 1 hlm. 187 Ibn Qayyim) Allah berfirman:

    "Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang mahu bertaubat dan orang-orang yang mahu membersihkan dirinya sendiri". (Al-Baqarah, 2: 222)

    Orang yang leka atau tidak mahu bertaubat, kemudian menyerahkan nasibnya kepada qada dan qadar, maka ia adalah seorang yang amat jahil, telah meninggalkan perintah Allah, seorang yang sombong, tidak sedar diri, dan telah menzalimi darinya sendiri sebagaimana firman Allah Azza wa-Jalla:

    "Dan barangsiapa yang tidak mahu bertaubat maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (Al-Hujurat, 49:11)

    Allah menyeru dan memerintahkan agar hambaNya yang berdosa sering bertaubat dengan taubat nasuha (taubat yang murni). Perlulah diketahui dan disedari bahawa Allah Yang Maha Pengasih dan Pengampun sentiasa menerima taubat seseorang walau bagaimanapun besarnya dosa yang telah dilakukan. Allah berfirman:

    "Tidakkah mereka mengetahui, bahawasanya Allah menerima taubat hamba-hambanyaNya". (At-Taubah, 9:104)

    Bertaubat bukan sahaja merupakan perintah Allah, tetapi taubat adalah nikmat dan penghapus segala dosa sehingga tiada hadnya dosa yang diampunkan. Dosa di pagi hari terhapus lantaran taubat di waktu petang dan dosa di siang hari terhapus lantaran taubat di waktu malam. Bagitulah janji Allah di dalam firmanNya:

    "Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai".

    "Dan Dialah yang menerima taubat dari hambaNya dan mengampunkan segala dosa dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan". (As-Syura, 43:25)

    "Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubatlah kepadaNya (jika kamu mengerjakan yang demikian), nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa Hari Kiamat". (Hud, 11:3)

    "Dan hendaklah kamu meminta keampunan kepada Tuhanmu dan bertaubat kepadaNya". (Hud, 3)

    Dari Abu Musa al-Asy'ari radiallahu 'anhu beliau menceritakan: Rasulullah bersabda:

    "Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla membentangkan tanganNya di malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat dosa di siang hari dan membentangkan tanganNya di siang hari untuk menerima taubat orang yang berdosa di malam hari. Demikianlah seterusnya sehingga sampai matahari terbit dari barat (Kiamat)". (H/R Muslim)

    Demikianlah keutamaan taubat sehingga orang yang meninggalkan taubat dianggap membiarkan dirinya dalam dosa dan menzalimi dirinya sendiri. Predikat zalim hanya hilang apabila dihapuskan dengan bertaubat dan mengamalkan yang diperintah serta meninggalkan yang dilarang.

    ------
    Syarat-Syarat Taubat
    ------

    Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syara-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:

    Berazam dan bertekad untuk meninggalkan (tidak akan mengulangi lagi) perbuatan dosa yang telah dilakukan.

    Kesal (menyesali) dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.

    Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.

    Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

    ------
    Hukum Taubat
    ------

    Sepakat para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh mengatakan bahawa: "Bertaubat dari segala dosa hukumnya wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan, kerana manusia selain nabi dan rasul tidak sunyi dari dosa (tidak maksum)".

    Rasulullah bersabda:

    "Setiap Bani Adam mereka itu bersalah dan sebaik-baik mereka yang melakukan kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat".

    Hadis di atas menyatakan bahawa semulia-mulia manusia adalah yang bertaubat apabila menyedari dirinya telah melakukan dosa atau bersalah. Allah Azza wa-Jalla pula telah memerintahkan setiap mukmin agar mereka segera bertaubat, janganlah ditangguh-tangguh atau dilewat-lewatkan. Adapun antara dalil-dalil dari al-Quran tentang wajibnya segera bertaubat ialah:

    "Bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin kepada Allah semoga kamu mendapat keuntungan". (An-Nur. 31)

    Bertaubat adalah amalan para Nabi, para Rasul, para sahabat, tabi'in, tabi'ut at-tabiin (para salaf) dan orang-orang soleh. Perkara ini telah digambarkan di dalam ayat-ayat al-Quran:

    "Kemudian Adam menerima beberapa kalimah dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang". (Al-Baqarah, 2:37)

    Sesungguhnya Allah telah menerima taubat Nabi, orang-orang Muhajirin dan orang-orang Ansar, yang mengikuti Nabi dalam masa kesulitan, setelah hati segolongan dari mereka hampir berpaling, kemudian Allah menerima taubat mereka itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada mereka". (At-Taubah, 9:117)

    "(Iaitu) bahawasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al-An'am, 6:54)

    "Sesungguhnya taubat di sisi Allah hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan, yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima Allah taubatnya dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang antara mereka (barulah) ia mengatakan: Sesungguhnya saya bertaubat sekarang. Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran". (An-Nisa, 4:17-18)

    Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah berdoa dengan doa meminta pengampunan dan taubat sebagaimana yang berikut ini:

    "Ya Tuhanku! Ampunkanlah diriku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Penerima taubat dan Maha Pemberi rahmat". (H/R Turmizi. Dan berkata Turmizi: Hadis hasan sahih)

    ------
    Tanda-Tanda Diterimanya Taubat
    ------

    Petanda seseorang itu bertaubat dan telah diterima taubatnya telah dijelaskan oleh Ibnul Qayyim rahimahullah. Antara tanda-tanda tersebut ialah:

    Setelah bertaubat, seseorang hamba itu lebih baik dari sebelumnya.

    Terus diselubungi rasa takwa dan takut terhadap dosanya dan tidak pernah merasa aman dari siksa Allah walau sekelip mata.

    Terlepas dari cengkaman dosa yang dilakukan kerana penyesalan dan rasa takutkan dosa.

    Lembut hatinya setelah bertaubat dengan kelembutan yang sempurna, sehingga tunduk kepada Allah walau dalam keadaan marah dan sentiasa dalam kekhusukan. (Lihat: Madarajus Salikin. Jld. 1)

    Allah Azza wa-Jalla telah menggambarkan ciri-ciri atau keadaan orang yang telah bertaubat di dalam firmanNya, bahawa mereka sentiasa beramal soleh dengan cara mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menyuruh berbuat baik dan melarang dari mengerjakan yang mungkar:

    "Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat (mencari ilmu, berjihad, berpuasa), yang menyuruh berbuat makruf dan menegah berbuat mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin". (At-Taubah, 9:112)

    "Jika mereka bertaubat (mereka) mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka itu) adalah saudara-mara mu seagama".

    Allah Subhanahu wa-Ta'ala telah menggambarkan di dalam al-Quran tentang sikap mereka yang telah bertaubat dan ikhlas dalam taubatnya, bahawa mereka bertambah kuat iman dan amalnya, memperbaiki ibadahnya dengan cara banyak beramal soleh, belajar ilmu-ilmu agama, konsisten dan sentiasa beriltizam. Firman Allah:

    "Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun". (Maryam, 19:60)

    "Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) mereka kerana Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar". (An-Nisa, 4:146)

    ------
    Taubat Nasuha
    ------

    Sebagaimana yang telah dijelaskan bahawa bertaubat nasuha atau taubat yang murni adalah dituntut oleh syara berdasarkan firman Allah:

    "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu sekalian dengan taubat nasuha (taubat yang murni)" (At-Tahrim, 8)

    Ibnul Qayyim al-Jauziyah rahimahullah telah menjelaskan cara-cara taubat nasuha:

    Pertama:
    Meminta pengampunan (taubat) yang meliputi segala dosa-dosa maksiat tanpa ada kecualinya, sehingga tidak ada dosa yang tidak disertakan dalam taubatnya.

    Kedua: Membulatkan tekad dan kejujuran hati dengan sepenuhnya supaya tidak menyiksa pada dirinya keragu-raguan, kekesalan atau menanti-nanti (masa bertaubat). Tetapi seorang hamba harus mengerahkan segala keinginan dan ketekadannya untuk segera bertaubat.

    Ketiga: Memurnikan taubat dari berbagai noda dan penyakit yang mengganggu keikhlasan bertaubat.

    Seterusnya memastikan agar taubat itu benar-benar dari rasa takut, kesedaran dan gentar terhadap siksa Allah, mengharapkan apa yang ada di sisiNya dan khawatir terhadap ancamanNya. Jauhilah diri dari cara taubatnya orang-orang yang hanya ingin mempertahankan maruah dan kehormatannya, kedudukannya, jawatannya, kepemimpinannya untuk memelihara kekuasan dan harta bendanya, atau demi mendapatkan pujian orang banyak, takut pada penghinaan manusia agar orang-orang yang bodoh tidak memperbodohkan dan menghinanya, atau sekadar memenuhi sifat rakusnya terhadap dunia, atau kerana muflis yang tidak berdaya lagi, atau taubatnya lantaran penyakit yang tersembunyi yang telah merosakkan kebenaran dan ketulusan taubatnya kepada Allah Azza wa-Jalla. (Lihat Madarijus Salikin Jld.1 Hlm. 178)

    Ketiga-tiga perkara di atas yang dijelaskan oleh Ibn Qayyim sewajarnya difahami dan dipenuhi apabila bertaubat, kerana dengannyalah taubat nasuha seseorang itu akan diterima oleh Allah Azza wa-Jalla.

    ------
    Dosa Umpama Penyakit Yang Merbahaya
    ------

    Orang yang berpenyakit memerlukan ubat dan rawatan. Dosa diumpamakan penyakit rohani yang bertempat di hati sebagaimana firman Allah:

    "Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya". (Al-Baqarah, 2:10)

    Taubat merupakan terapi, pengubat dan penghapus segala dosa (penyakit) dan pembersih kekotoran hati yang dicemari oleh dosa. Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam disebuah hadis baginda:

    "Dari Abu Hurairah radiallahu anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah bersabda: Sesungguhnya jika seorang mukmin itu melakukan dosa, maka dosa itu menjadi noktah hitam di dalam hatinya. Lalu jika dia bertaubat, melepaskan dosanya dan memohon keampunan, maka hatinya menjadi bersinar. Yang demikian itulah tutupan yang disebut Allah Azza wa-Jalla dalam kitabNya: Sekali-kali tidak (demikian)! Sebenarnya dosa yang selalu mereka lakukan itu menutup hati mereka". (Ayat di surah al-Muthaffifin, 14. Menurut At-Tirmizi hadis ini hasan sahih. Minhajul Qasisin. Ibnu Qudamah. Hlm. 388)

    Al-Hasan radiallahu 'anhu pula berkata:

    "Kebaikan adalah cahaya di dalam hati dan kekuatan bagi tubuh. Sedangkan dosa merupakan kegelapan di dalam hati dan kelesuan bagi tubuh". (Lihat: Minhajul Qasidin. Hlm. 388. Ibnu Qudamah)

    Oleh itu, janganlah dibiarkan hati gelap, lesu dan tersiksa kerana berpenyakit, ubati dan rawatlah hati dengan banyak meminta pengampunan kepada Allah Yang Maha Pengampun dengan segera dengan cara bertaubat.

    ------
    Taubat Nasuha Menghapuskan Semua Dosa
    ------

    Menurut ulama tafsir, semua dosa akan diampunkan oleh Allah Subhanahu wa-Ta'ala lantaran taubat nasuha. Sama ada yang besar seperti kufur, syirik atau murtad dan tercangkup dosa-dosa yang lebih rendah dari itu juga akan terampun.

    Adapun keraguan bahawa dosa-dosanya terlalu banyak untuk diampunkan oleh Allah sehingga berat untuk bertaubat, maka Seyikh Muhammad Soleh al-Munajjid berkata punca-puncanya ialah dikeranakan oleh:

    Ketidak-yakinan seseorang terhadap luasnya rahmat Allah dan kasih sayangNya.

    Lemahnya iman dan keyakinannya terhadap kuasa Allah yang mampu mengampuni keseluruhan dosa makhlukNya.

    Kurang berharap, berdoa, mengingati dan tawadhu' kepada Allah.

    Tidak berkeyakinan bahawa taubat itu pasti menghapuskan semua jenis dosa disebabkan rahmat Allah. (Lihat:
    اريد ان اتوب ولكن Muhammad Soleh al-Munajjid)

    Allah tidak pernah merasa rugi atau kekurangan jika mengampunkan segala dosa hambaNya yang meminta pengampunan. Pengampunan Allah Az
    za wa-Jalla sentiasa diberikan kepada hambaNya yang bertaubat kerana rahmatNya meliputi segala-galanya. Firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

    "Dan rahmatKu meliputi segala sesuatu". (Al-A'raf, 156)

    "Katakanlah! Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan semua dosa". (Az-Zumar, 53)

    Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah bersabda:

    "Orang yang bertaubat dari dosanya bagaikan orang yang tidak mempunyai dosa sama sekali". (H/R Ibn Majah. Sahih al-Jami'. 2008)

    ------
    Pintu Taubat Sentiasa Terbuka
    ------

    Pintu taubat sentiasa terbuka kecuali setelah roh berada di kerongkongan (sakaratul maut). Dan taubat belum tertutup sebelum mata hari terbit dari barat (Kiamat). Sebagaimana sabda Rasulullah sallahu 'alaihi wa-sallam:

    "Sesiapa yang bertaubat kepada Allah sebelum rohnya berada di kerongkongan (Sakaratul maut), maka Allah menerima taubatnya". (H/R Ahmad dan Turmizi. Sahihul Jami' 6132)

    "Sesiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari barat, maka Allah menerima taubatnya". (H/R Muslim)

    Segala hujjah berupa ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis sahih dan penjelasan para ulama yang tertera di atas, semuanya menunjukkan bahawa pintu dan peluang untuk bertaubat sentiasa dibuka luas oleh Allah kepada sekalian hamba-hambaNya.

    Tidak ada perbuatan durjana, keji dan mungkar yang tidak diampunkan jika pelakunya bertaubat nasuha, oleh itu rebutlah peluang dan kesempatan ini sebelum menemui kematian yang menakutkan.

    Semoga semua penjelasan di atas dapat dicernakan di hati, difahami dan diamalkan. Dan akhir sekali, dengan penuh harapan kita bermohon kepada Allah Yang Maha Agung agar memberikan kepada kita kemudahan untuk memperbaiki amalan kita, menjauhkan kita dari maksiat dan menjadikan kita insan yang berkemampuan dan dimudahkan untuk beramal soleh, bertaubat nasuha dan bertakwa. Amin Ya Rabbal 'Alamin!







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

    Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

    * Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.

    * Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.

    * Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

    Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

    'Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang

    ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan

    mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

    Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air

    sembahyang sebelum azan.

    Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari.

    Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.'

    Kala Jengking Neraka

    Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang

    bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking.

    Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti

    jarak langit dan bumi.

    Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa

    yang kau cari?'

    Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.

    Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.

    Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.

    Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.

    Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

    Kelima, orang yang suka minum arak.'

    Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.

    Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga

    menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah








    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Bertaubat sesali dosa

    SETIAP manusia, melainkan nabi dan rasul mempunyai kesilapan dan tidak terhindar daripada melakukan dosa. Justeru, bagi menebus kesilapan itu, sekali gus meletakkan diri pada jalan yang diredai, Islam mengajar umatnya supaya segera memohon keampunan dan bertaubat.

    Allah mengajarkan kita cara bertaubat, sebagaimana terangkum dalam al-Quran, bermaksud: “Wahai Tuhan kami, kami menganiayai diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampuni kami, pasti kami akan termasuk orang-orang yang rugi.” (al-A'raf:23)

    Satu syarat bertaubat ialah menyesal atas perbuatannya yang salah. Tetapi orang tidak akan menyesal sekiranya dia sendiri tidak menyedari apa yang dilakukannya itu salah. Oleh itu, orang yang berasa dirinya banyak dosa jauh lebih baik jika dibandingkan dengan orang yang merasai dirinya sudah banyak pahala.

    Ini kerana apabila merasakan diri banyak dosa, dia akan segera bertaubat, tidak henti-henti memohon keampunan, malah tekun mentaati Allah, manakala yang sudah merasakan banyak pahala selalunya berasa diri berada dalam keselamatan, lalu tidak mahu memohon keampunan.
    Seseorang yang berdukacita dan menangis kerana menginsafi banyak keburukan pada diri sendiri lebih utama dibandingkan dengan orang yang bangga dengan amal ibadat dan kebaikan yang sudah dikerjakan.
    Aa Gym, iaitu seorang pendakwah terkenal di Indonesia, dalam bukunya “Ingat Tuhan Sampai Mati” ada menyatakan: “Rezeki terbesar daripada Allah adalah pada masa kita mulai berani jujur melihat kekurangan diri sendiri. Oleh itu, cemburulah apabila melihat orang yang berdosa kemudiannya insaf dan bertaubat, kerana itu lebih baik daripada ahli masjid, tetapi mulai megah dengan amalannya.”

    Menurutnya, sering kali individu yang bertaubat tidak membawa sebarang perubahan, malah pada zahirnya bertaubat, namun maksiat tetap dilakukan.

    “Kita mengerjakan solat, namun kita tidak dapat menahan diri daripada perbuatan keji dan mungkar. Masakan tidak, taubat yang kita lakukan tidak berada pada landasan yang benar dan kuat,” katanya.

    Justeru, beliau menekankan, bagi melakukan taubat yang berkesan, sepatutnya diawalkan dengan dua landasan utama, iaitu menyedari Allah maha melihat baik yang zahir mahupun yang tersembunyi dan menyedari dosa membawa bencana.

    Orang yang bertaubat mempunyai beberapa tingkatan, iaitu taubat orang awam, taubat orang khusus dan taubat orang khusus bil khusus.

  • Taubat orang awam - Hanya untuk dosa besar, tetapi individu terbabit masih tidak terlepas daripada dosa kecil. Dalam erti kata lain, dia hanya menyedari terhadap dosa besar, manakala dosa kecil dipandang ringan dan tidak berusaha meninggalkannya.

  • Taubat orang khusus - Orang ini turut bertaubat daripada dosa kecil.

  • Taubat orang khusus bil khusus - Individu ini bukan bertaubat kerana maksiat, tetapi kerana kelalaiannya daripada mengingati Allah. Misalnya dia bertaubat kerana gagal melaksanakan solat pada awal waktu. Dia juga bersedih kerana tidak melakukan yang terbaik kepada Allah.

    “Hai orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata: Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah cahaya bagi kami dan ampunlah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (at-Tahrrim:8)

    Taubat diambil daripada perkataan Arab, yang bererti kembali ke jalan asal selepas jauh menyimpang. Bertaubat juga membawa maksud memperbaiki dan memperelokkan diri. Wajar sekali bagi orang Islam memperbaiki diri sendiri terlebih dulu, daripada memperbaiki diri orang lain..

    Ciri taubat nasuha ialah menyesal dengan penuh kesungguhan atas kesilapan lalu, kemudian meminta keampunan daripada Allah dengan hati yang ikhlas dan berazam tidak akan mengulangi lagi kesilapan lalu, malah tidak juga berfikir ke arah maksiat.

    Menurut Imam Ghazali dalam kitabnya 'Mukasyafatul Qulub', dinyatakan beberapa ciri yang menunjukkan taubat seseorang itu diterima, antaranya:

  • Orang itu kelihatan lebih bersih dan suci daripada perbuatan maksiat dan lebih berupaya menahan diri, seolah-olah dia mempunyai tenaga bagi menghalangi dirinya daripada perbuatan dosa.

  • Hatinya selalu lapang dan tenang, sama ada ketika bersendirian atau bersama yang lain.

  • Dia selalu bergaul dengan orang yang baik. Dia mencari rakan juga di kalangan yang baik-baik. Berada dalam lingkungan manusia yang baik ibarat kita berada dalam benteng yang terpelihara.

  • Kualiti amal ibadatnya meningkat. Selain dapat menahan diri daripada perbuatan dosa, kualiti ibadatnya semakin gemilang. Solatnya semakin baik, puasanya cemerlang, malamnya dihidupkan dengan solat tahajud, sedekahnya diperbanyakkan.

  • Dia sentiasa menjaga lidahnya. Dia begitu teliti mengikuti perkembangan amalannya. Dia semakin teliti mengendalikan lidahnya, fikiran dan ingatannya supaya dijuruskan kepada Allah semaksimum yang mungkin.







  • "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Friday, August 15, 2008

    Ilmu untuk di kongsi bersama

    Pesanan terbaik dari seorang rakan.....

    Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.


    Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.

    Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah.

    http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/001.qmt.html
    Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

    Kedua, Surah Al-Ikhlas.

    http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/112.qmt.html

    Surah ini, katanya surah tauhid.
    Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

    Ketiga, surah Al-Kafirun.

    http://www.usc.edu/dept/MSA/quran/109.qmt.html
    Bahagian ini, menarik sikit.. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

    Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku' .

    Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

    Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.

    Kedua, kekuatan hati
    Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

    Ketiga, kuat fizikal
    Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya .

    Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

    Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

    Iqra'.....!


    Take a break…….meditate…3 minutes & calm your mind…


    Surah Al-Ikhlas.

    1. Katakanlah (wahai Muhammad); ' (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
    2. 'Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
    3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
    4. 'Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya'.



    Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah.









    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Thursday, August 14, 2008

    Renungan Bersama

    Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

    Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

    Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

    2 : solat Subuh
    4 : solat Zuhur
    4 : solat Asar
    3 : solat Maghrib
    4 : solat Isya

    Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini :
    28443483

    2 : solat Subuh
    8 : solat Dhuha
    4 : solat Zuhur
    4 : solat Asar
    3 : solat Maghrib
    4 : solat Isya
    8 : Solat Tahajjud atau lainnya
    3 : Solat Witir

    Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

    Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..

    Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

    Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

    Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"

    7 Kalimah ALLAH:

    1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
    2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
    3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
    4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
    5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi
    sesuatu tak disukai dan tak diingini.
    6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan
    menerima musibah.
    7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang
    siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

    Dari tafsir Hanafi,
    mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. ..
    mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu...
    mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa
    .








    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Pokok Semalu

    Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

    Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

    Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

    Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

    Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

    Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

    Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Memahami Anak-Anakmu

    Ada dua perkara yang perlu kita amati:
    Pertama, amati sifat-sifat khasnya masing-masing. Tidak ada dua manusia yang sama serupa seluruhnya. Tiap manusia unik. Fahami keunikan masing-masing, dan hormati keunikan pemberian Allah SWT.
    Kedua, fahami di tahap apa saat ini si anak berada. Allah SWT mengkodratkan segala sesuatu sesuai tahapan atau prosesnya.
    Anak-anak yang merupakan amanah pada kita ini, juga dibesarkan dengan tahapan-tahapan.
    Tahap sebelum kelahirannya merupakan alam arwah. Di tahap ini kita mulai mendidiknya dengan kita sendiri menjalankan ibadah, amal ketaatan pada Allah dan juga dengan selalu menjaga hati dan badan kita secara prima. Itulah kebaikan-kebaikan dan pendidikan pertama kita pada buah hati kita.
    Pendidikan anak dalam Islam, menurut Sayyidina Ali bin Abi Thalib ra, dapat dibahagi menjadi 3 tahap mengikut umur;

    1. Tahap BERMAIN (“la-ibuhum”/ajaklah mereka bermain), dari lahir sampai kira-kira 7 tahun.

    2. Tahap PENANAMAN DISIPLIN (“addibuhum”/ajarilah mereka adab) dari kira-kira 7 tahun sampai 14 tahun.

    3. Tahap SAHABAT/ LAWAN (“roofiquhum”/jadikanlah mereka sebagai sahabat) 14 tahun ke atas.

    Ketiga tahap pendidikan ini mempunyai karakteristik pendekatan yang berbeza sesuai dengan perkembangan kepribadian anak yang sehat. Begitulah kita coba memperlakukan mereka sesuai dengan sifat-sifatnya dan tahapan hidupnya.
    Ketiga adalah memilih metod pendidikan. Setidaknya, dalam buku dua pemikir Islam, yaitu Muhammad Quthb (Manhaj Tarbiyah Islamiyah) dan Abdullah Nasih ’Ulwan (Tarbiyatul Aulad fil Islam), ada lima Metod Pendidikan dalam Islam.
    Yang pertama adalah melalui Tauladan atau Qudwah
    yang kedua adalah dengan Pembiasaan atau Aadah,
    yang ketiga adalah melalui Pemberian Nasihat atau Mau’izhoh,
    yang keempat dengan melaksanakan Mekanisme Kontrol atau Mulahazhoh,
    sedangkan yang terakhir dan merupakan pengaman hasil pendidikan adalah Metod Pendidikan melalui Sistem sangsi atau Uqubah.
    Sahabatku, jangan tinggalkan satu-pun dari ke lima metod tersebut, meskipun yang terpenting adalah Tauladan (sebagai metod yang paling efektif).







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Apa dan Mengapa Ilham diturunkan

    " Apa dan Mengapa Ilham diturunkan " sudah dijangkakan, akan menjadi pertanyaan dan persoalan dari segenap lapisan masyarakat islam pada masa sekarang dan dimasa2 yang akan datang.Dalam perkara ini bukanlah dianggap remeh ataupun sepele. Malah ianya menjadi tanggong jawab bagi yang 'arif,yang memahaminya dan juga kebijaksanaan penuntut2 yang setia didalam perkara ini,menguatkan lagi untuk memberi pencerahannya.

    Tidak terkecuali, khusus bagi mereka2 yang mampu secara 'akal budi yang bernas, dijemput untuk timbang dan tambang " Apa dan Mengapa Ilham diturunkan ". Sayogia diingatkan bahawasenya "Ilham" yang diakui oleh Allah dan rasulnya, yang diberikan untuk hamba2nya yang khusus, bukanlah untuk membuat, ataupun menganti Kitab suci Al-Quran. Al-Quran adalah haqnya "Wahyu" manakala "Ilham" adalah "perkhabaran" bagi ummat2nya yang dipileh untuk menerima sebagai petunjuk Taufiq dan Hidayah.

    Kekeliruan akan perkara " Apa dan Mengapa ilham diturunkan " boleh menimbulkan syak wasangka serta tuduh menuduh.Tuduh menuduh itu tanpa usul dan periksa, sangat2lah dibenci Allah dan rasulNya. Walaupun orang itu, orang yang beriman sekalipun.Ditakuti, Allah dan rasulNya tidak mahu menerima segala 'amalan kita.

    Didalam perkara " Apa dan Mengapa Ilham diturunkan ", hendaklah kita amati2, serta berfikir dengan 'akal yang soleh yang dipandukan dengan Al-Quran.Fikirlah halus2, fikir habis2,fikir seribu kali berfikir, barulah boleh kita menembus.Mencarilah kita 'akalnya orang Islam.

    Bagi menyingkap akan perkara ini lebeh jauh lagi,Adalah wajar sekali pada peringkat awal untuk mengetahui apa itu " Ilham ". Menurut kamus, dari sudut maknanya ataupun ertinya," Ilham " adalah;

    [ petunjuk yang datang dari Tuhan yang terbit dihati; inspirasi; pikiran (angan angan ) yang timbul dari hati; bisikan hati; sesuatu yang mengerakkan hati untuk mencipta (mengarang syair,lagu, dan sebagainya) ]

    Marilah kita bersama2 memperluaskan minda meneroka, dan memperhalusi lagi dari sudut makna " Ilham " itu tadi. Bermulanya dengan pertanyaan atau pun persoalan, bolehkah " Ilham " diperolehi semua orang. Perkara ini bukanlah suatu yang mustahil. Akan tetapi perlulah dilihat atau difahami dari sudut " Ilham " apakah yang seseorang itu menerimanya dan cenderong, serta cundung kearah manakah.

    Hal inilah yang sangat penting sekali bagi kita memahaminya dan dapat membedakan " Ilham " mana yang diakui dan tidak diakui oleh Allah dan rasulNya. Tanpa pengetahuan serta pimpinan yang tepat, disinilah awal mulanya kekeliruan dengan segala macam.

    Sebagai contoh dari salah satu pengertian " Ilham " itu yang diungkapkan didalam kamus iaitu; [...sesuatu yang mengerakkan hati untuk mencipta (mengarang syair,lagu, dan sebagainya) ] Sumber atau kaedah yang sebegini, sememangnya banyak atau dikira sangat awam sekali. Kita boleh ketahui dan kenal pasti. Dalam kaedah ini, sebagai seorang penulis lagu, syair, pelukis dan juga pembimbing agama ,tidak terlepas akan pengalaman sebegini.

    Usaha yang dikerjakan memerlukan suatu " inspirasi " atau " Ilham " bagi menghidupkan karya2 mereka didalam dunia ini yang amat keras persaingan sesama mereka. Tanpa " Ilham " karya2 mereka akan mati terkulai digelangang2 pertandingan.

    Begitulah hal2nya dari sumber2 " Ilham " yang sebegini, ibarat kata pepatah, ' Patah tumbuh hilang berganti '. Ini semua dikatakan ' Dunia ' bukan perkara untuk ' Akhirat '. Namun ramai ummat2 manusia , sama ada yang dari Islam maupun yang bukan dari Islam, akur akan keberadaan, atau ujudnya " Ilham " sedemikian.Malah mereka2 menerimanya tanpa sedikitpun keraguan yang timbul. Walaupun kesudahannya nanti, lebeh menunjukkan soal pencapain kebendaan, materi kebutuhan hidup didunia.

    Tidak asing juga " Ilham ", yang berupa ' pertunjuk ' akan diperolehi mereka2 yang cenderong mengamalkan ilmu2 ' mistik ',dan 'ilmu kebatinan'. Misalnya, ahli2 didalam rawatan tradisional. Seperti; ' bomoh ', ' pawang ',' paranormal ' ,' nujum ' dan sebagainya. Hanya saja kaedah satu2 amalan itu berbeda2, menurut tingkatan ilmu yang dimiliki dan dari mana, dan dari sumber siapakah yang memberikan " Ilham " tersebut.

    " Ilham " yang terdapat didalam kelompok tersebut akan mengalami dengan berbagai2 kaedah penerimaan " Ilham " . Sama ada mereka mengetahuinya ataupun tidak.Darimana, dari siapa, " Ilham " itu diperolehi,akan dipersoalkan dari mereka2 yang faham akan perkara tersebut. Bermacam2 " Ilham " tersebut adalah;

    1. " Ilham hati " : [ Kebanyakkannya adalah dari ' hati sanubari '. Sudah bercampur baur. Ini semua hatta tak ada lain, itu syarif dunia! ]

    2. " Ilham Suara " : [ Kita dengar, didalam suara. " Ilham2 " sebegini, banyak diperolehi ahli2 rawatan tradisional seperti, ' bomoh ', ' paranormal ', 'pembimbing agama', dan sebagainya. Ada 'suara' yang sentiasa berdampingan. Tidak kira dimana ataupun macam mana hal keadaan mereka2 ketika mengalaminya. Bercakap2 dengan ' suara ' tersebut adalah salah satu ciri2nya. ]

    3. " Ilham baitullah " : [ Ini " Ilham ", tidak boleh bercakap, mesti mahu mendengar.Kaedah yang ini, banyak terdapat tanda2 atau isyarat pergerakkan pada anggota tuboh yang dzahir. Misalnya, akan bergerak2 pada bahagian kening, pipi,kuping atau anggota yang lain, sebagai menandakan sesuatu akan terjadi atau berlaku.Disusuli oleh ' suara ' yang akan berbisik2.Didalam kejadian ini, sipenerima " Ilham " tidak boleh bercakap2, mesti mahu mendengar saja.Penerima2nya boleh juga terdiri dari salah satu kelompok2 yang telah disebutkan tadi]

    Itu semua adalah ' Dunia' !, Tidak diakui.

    Perlulah diingatkan, keterangan akan berbagai2 " Ilham " tersebut yang diujarkan, bukanlah suatu andain atau pun rekaan.Melainkan ianya suatu pertunjuk dari Allah dan rasulnya kepada orang yang telah menerima taufiq dan hidayah, dikhabarkan menerusi " Ilham " juga. Maka dapatlah sedikit penunjuk 'akal untuk dibuat kesimpulan serta penerangan.

    Kalau tadi dikatakan ' Dunia '. atau semata2 " Ilham " untuk ' Dunia ' saja. Manakah " Ilham " untuk ' Akhirat ' dan bagaimana hendak mengetahuinya? Amatlah pentingnya memahami akan perkara ini, Ianya bukanlah suatu hal yang mudah tanpa berusaha, mengkaji, memikirkan dan berdoa kepada Allah dan rasulNya agar diberi petunjuk.

    Sebaik mungkin untuk menjelaskan hal ini coba lihat akan firman Allah Ta'ala didalam Kitab Al-Quran, surah Asy-Syams yang berbunyi;

    7. Demi jiwa serta penyempurnaannya,

    8. Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya.

    9. Sungguh beruntung orang yang mensucikannya (jiwa itu).

    10. Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.

    Didalam surah tersebut, apa yang jelas untuk difahamkan adalah dua perkara yang menjadi dasar. Iaitu ' orang yang mensucikan' dan 'orang yang mengotorinya'. Dalam kita meluaskan lagi tentang " Apa dan Mengapa Ilham diturunkan ", dua faktor itu tadi memainkan peranan yang amat penting.

    'Untung' adalah ganjaran yang dijanjikan Allah kepada 'orang yang mensucikannya', iaitu akan jiwanya. Maka, akan diilhamkan jalan serta cara2 untuk penyempurnaan jiwanya. Tentunya, ini bukanlah suatu hal yang boleh kita ambil remeh atau sepele , untuk diberikan petunjuk kepada hamba2nya yang sudah sampai ketahap kesucian tersebut.

    Yang amat jelas sekali, mula2 mestilah , kesucian akan jiwa itu tidak dinodai oleh perbuatan syirik.Dalam beribadat kepada Allah dan rasulNya. Inilah intisari yang mesti ada pada "Ilham" yang diakui Allah dan Rasulnya. "Ilham" tersebut terutamanya juga, tidak memperkechil2kan Kitab Al-Quran dalam menepati akan kehendaknya. Tujuank yang paling utama "ilham" diturunkan adalah, untuk memberi khabar akan kesalahan2 aqidah Islam yang murni.Tanpa dikhabarkan cara bagaimana untuk menepati akan kehendak2 aqidah yang mengikut panduan Al-Quran ataupun Hadiths, " Ilham " tersebut mesti sama sekali, mesti tidak boleh diterima.

    Pendekatan dari itu, tidaklah menjadi suatu yang mustahil bagi jiwa atau pun roh yang suci mendapat petujuk dari Allah dan rasulnya menerusi "Ilham" juga.Suatu lagi yang dapat membedakan sama ada "Ilham" yang diperolehi itu dari dunia atau pun akhirat, adalah perbedaan antara dimana "ilham" itu diterimanya. Jika ianya dari dunia,..ini semua adalah dikira 'alam 'nafas'. Maseh bercampur baur dengan noda. "Ilham" yang dari akhirat adalah dari 'alam yang disebut " Nufus". Inilah tempat dimana asal kesempurnaan jiwa ataupun Roh itu tadi.

    Lanjutan akan hal tersebut perlulah ada bimbingan untuk kefahaman seterusnya. Jiwa atau Roh, adalah yang paling sempurna mengikut urutan kejadian oleh penciptanya iaitu Allah Ta'ala. Dengan kesempurnaan ciptaan itulah, maka dapat manusia yang pertama iaitu Adam tersiratnya derajat sebagai 'Kholifah' pada dirinya.Dengan unsur kesempurnaan itu juga maka, diperintahkan malaikat sekalian untuk 'sujud' tanda menghormati Adam pada hakikatnya.

    Dari sudut istilah dalam agama islam jika dikajikan, yang disebut sebagai petunjuk itu, terbahagi kepada dua.Pertama "Ilham" yang ditahapkan didalam petunjuk 'ilahidayat'. Manakala yang keduanya pula didalam tahap petunjuk 'ilahayat'.

    Petunjuk 'Ilahidayat' adalah petunjuk yang tidak berkeputusan hal salasilahnya. .kemurnian akan petunjuk yang diterima akan tetap didalam naungan Allah dan rasulnya. Ini disebabkan faktor2 kesucian dan kesempurnaan yang telah dicapai oleh Jiwa ataupun Roh tersebut dalam beribadah kepada Allah dan rasulnya.Terutamanya, pada menepati akan kehendak 'kalimah Tauhid dan Kalimah Rasul' . Serta 'Syahadat Tauhid dan Syahadat Rasul'.

    Manakala petunjuk 'Ilahayat', salasilahnya kerap berkeputusan. Dan saling bertukar2. Faktor ini sering mendurung kepada kemurnian Islam itu ternoda.Untuk memastikan sama ada hal tersebut berlaku, dapat dilihat amat jelas sekali, bagaimana kepincangan2 dalam menepati akan kehendak2 'Kalimah Tauhid dan Kalimah Rasul'. Serta 'Syahadat Tauhid dan Syahadat Rasul', begitu ketara sekali didalam pengamalan2 yang dilakukan. Akibatnya " Dan sungguh rugi orang yang mengotorinya." [As-Syam:10]

    Menepati akan kehendak 6 rukun Iman dan 5 rukun Islam adalah yang mendasar perlu disampaikan kembali kepada Allah dan rasulnya secara ' satu khabar dengan satu mulia ' seperti apa yang telah diujarkan melalui " Suara Ilham Roh Mutmainnah ". Kerana kesucian dan kesempurnaan yang telah ditepati, maka Allah janjikan untuk hamba2nya ' keuntungan', seperti apa yang difirmankan didalam surah Al-Fajr yang berbunyi;

    27. Hai jiwa yang tenang.

    28. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya

    29. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,

    30. dan masuklah ke dalam surga-Ku.







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Wednesday, August 13, 2008

    Antara 9 Siti yang patut dicontohi

    1) Siti Khadijah

    - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah,
    setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan
    musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua
    Hira'.

    2) Siti Fatimah

    - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd
    suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1
    bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku
    takkan
    maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

    3) Siti A'ishah

    - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas
    makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau
    akan minum menggunakan bekas yg sama.

    4) Siti Hajar

    - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup
    ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang
    mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

    5) Siti Mariam

    - Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg
    tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

    6) Siti Asiah

    - Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
    drpd Firaun Laknatullah.

    7) Siti Aminah

    - Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi
    insan mulia.

    8) Siti Muti'ah

    - Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana
    setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul
    oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik
    utk tatapan suaminya sahaja.

    9 ) Siti Zubaidah

    - Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup
    membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai
    hanya niat kerana Allah s.w.t.







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Mengapa Al Quran Dibukukan?

    Apabila wafatnya junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. terjadilah suatu peristiwa seorang penipu bernama Musailamah Al-Kazzab menggelar dirinya sebagai nabi. Maka orang yang lemah imannya banyaklah yang kembali murtad.

    Apabila keadaan bertambah genting Saiyidina Abu Bakar r.a. telah mengisytiharkan peperang bagi membenteras gejala buruk ini, maka berlakulah satu peperangan yang hebat. Dengan bantuan Allah s.w.t. tentera Islam dapat menewaskan dan membunuh Musailamah. Dalam peperangan ini ramai para hafiz yang terbunuh. Hal ini amat membimbangkan Saiyidina Abu Bakar. Maka beliau memerintahkan Zaid bin Thabith untuk mengumpulkan lembaran ayat-ayat Al-Quran untuk dibukukan. Apabila mendengar perintah itu Zaid berkata: Dengan nama Allah, jika tuan hamba menyuruh hamba mengubah gunung dari satu tempat ke satu tempat yang lain tidaklah ia membebankanku dari mengumpulkan lembaran ayat-ayat Al-Quran. Bagaimanakah sanggup tuan hamba melakukan sesuatu yang baginda sendiri tidak malakukannya?" Saiyidina Abu Bakar r.a. menerangkan bahawa tindakan ini terpaksa dibuat demi menyelamatkan Al-Quran dari terpupus.

    Setelah Zaid mendengar penerangan itu, maka ia pun menemui penduduk-penduduk di situ dan mengumpulkan satu demi satu lembaran ayat-ayat Al-Quran dari mereka yang ada menyalinnya. Zaid r.a. juga menemui para hafiz yang menghafalnya dalam hati mereka sehingga dapatlah Zaid mengumpulkan hingga ayat yang terakhir.







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    5 tips supaya solat jadi kusyuk

    1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
    2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
    3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu upaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
    4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
    5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
    6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
    7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.
    8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
    9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
    10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
    11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
    12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
    13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
    14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
    15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.





    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Bersederhana Itu Kekayaan Yang Nyata

    "Mereka yang bersifat kesederhanaan dalam semua hal tidak akan menjadi miskin..."

    Jika perlu MARAH, marahlah..tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR .


    Jika perlu MENANGIS, menangislah. .tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG .


    Jika perlu PATUH, patuhlah..tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN .


    Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR .


    Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH .


    Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA .


    Kalau mahu sebuah KERETA MEWAH, belilah.. selagi mampu dan menepati keperluan SEMASA .


    Kalau mahu 2 BUAH RUMAH, belilah.. asalkan jangan sampai tak tahu perkataan PUAS .


    Kalau mahu MENIMBUN HARTA, bekerja-keraslah. . asalkan jangan sampai terlupa BERIBADAH .


    Kalau mahu BERHIBUR, berhiburlah. . asal tidak sakan dan MENYALAHI SYARIAT .


    Kalau mahu memPERKATAKAN HAL ORANG, berkatalah.. asalkan jangan sampai MENGUMPAT .


    Kalau mahu CEMBURU dengan kejayaan orang, cemburulah.. asalkan anda pun BERUSAHA KUAT sepertinya .


    Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya. .


    Bersederhanalah.
    ..dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara..


    • Orang yang terlalu pandai kadanag-kadang apabila bodoh.. terus sasau.
    • Orang yang terlalu kuat..kadang- kadang apabila lemah terus tidak berdaya..
    Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta .
    Binalah ibadah banyak-banyak, tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia .


    Binalah kedudukan ditengah manusia, tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri .


    Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan dan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya-eloknya. . bersederhanalah dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan dijalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah .

    Orang yang bersederhana sentiasa terpandang dimata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.


    Sayidina Ali r.a. berkata, "Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadi keluargamu hina dalam kemiskinan.. "

    Hendaklah bersedekah, jangan sampai jatuh miskin, menyimpan harta jangan sampai digelar Si Bakhil, beribadahlah jangan sampai semakin jahil..

    Kata Sayidina Ali r.a. lagi, "Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.."

    Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhanaan yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia, maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau-senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

    Bersederhanalah. .. adalah jawapan kepada segala-









    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Friday, August 8, 2008

    Doaku Padamu Didalam Rintihan Kalbuku…

    Tuhanku izinkan aku mencintaiMu,

    melalui amalku yang singkat

    dan sedekahku yang sedikit.

    Tuhanku, aku tidak mampu mencintaiMU seperti Saidina Abu Bakar

    Sanggup menyerahkan seluruh hartanya

    atau seperti Saidina OmarYang menyerahkan separuh

    hartanya demi mencari keredhaanMU

    aku tidak mampu mencintaiMU

    melalui solat yang khusyuk Seperti Saidina Ali

    Tidak Berasa sakit walau panah menembusi kaki

    izinkan aku mencintaiMU melalui solat yang ku lakukan dalam waktu

    yang terbatas

    Ya ALLAH...

    masih ada keampunankah bagiku ..Aku terlalu jauh dari Mu..

    Aku ingin kembali ke pada Mu ALLAH..

    Terlalu byk lautan dosa ku...Terlalu luas bumi dosa ku..

    Kau tetapkanlah hatiku agar terus dilandasan Mu ya ALLAH...

    terus memengang agama Mu..

    jgn biarkan aku hanyut ya ALLAH..

    Ya ALLAH...

    Ampunkanlah dosa hambamu ini...

    Aku tidak layak ke syurga mu namun aku tidak ingin ke nerakamu..

    Aku sedar akan dosa2 ku..mampukah aku menebusnya..

    Ya ALLAH...

    lindungilah aku...

    Aku ingin kembali kepada mu..

    Berikanlah aku ketenangan..

    Berikanlah aku kekuatan dlm mengharungi hidup ini...

    Teguhkanlah iman ku..

    Kuatkanlah pendirian ku agar terus di jalan mu..

    Luaskanlah fikiran ku...

    Ampunilah hambamu

    Ya Allah, hatiku gersang, kosong tanpa isi yang baik.

    Tetapi dicemari dosa-dosa dan kemaksiatan kepadaMu.

    Kau anugerahkan nikmat yang banyak kepadaku,

    namun aku tidak tahu untuk mensyukurinya.

    Kau menegurku dengan pelbagai bentuk ujian,

    namun aku tetap lalai dari mengingatiMu.

    Ya Allah, aku inginkan rahmat, kasih sayang dan perhatianMu.

    Sungguh, aku yakin, hanya itu yang boleh membawa kebahagiaan hakiki.

    Tetapi mengapa semua gerak lakuku, sentiasa menjauhi redhaMu?

    Dunia masih mengaburi pandangan mata hatiku.

    Aku seolah-olah hilang arah tujuan.

    Sedang masuliyah sangat banyak menantiku.

    Tapi, kebanyakan daripadanya gagal aku pikulkan.

    Ya Ilahi, di manakah kebenaran amalku?

    Dimanakah kebenaran hakiki?

    Aku telah taubat pada jalan ini.

    Ya Allah, tetapkan hatiku di atas jalan yang Engkau redhai.

    Tiadalah gunanya hidupku kira amalku semuanya hilang bagaikan debu yang berterbangan, sedang dosa-dosaku menjadi lautan tempat berendam ria...

    Ya Rabbi, Yang Memiliki Arsy Yang Agung, Yang Maha Agung,

    Yang tiada yang layak disembah melainkan Engkau,

    simpatilah hambaMu yang kerdil ini, hina dan jahil,

    yang akan sesat tanpa bimbingan taufiq dan hidayahMu,

    yang akan binasa di dalam neraka tanpa rahmat dan redhaMu,

    yang hidupnya sentiasa sengsara tanpa kasih sayang dan perhatianMu.

    Ya Allah, sungguh aku terlalu jauh dariMu,

    hatiku terlalu keras dengan dosa-dosa terhadapMu.

    Seringkali aku melanggar janji dengan Mu.

    Begitulah hakikat hambaMu yang terlalu lemah untuk melawan belitan iblis dan nafsu. Ya Ilahi, kira Kau ingin menghukumku, maka Engkau adalah Dzat Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana...

    Ya Ilahi... aku tak punya apa-apa melainkan apa yang Engkau anugerahkan,

    tiada siapa yang memahamiku melainkan Engkau Rabb Yang Maha Memahami,

    tiada siapa yang mengetahui sakitnya jiwaku,

    melainkan Engkau Rabb Yang Maha Mengetahui,

    tiada siapa yang mampu membantuku menguraikan kesulitanku,

    melainkan Engkau Rabb Yang Maha Mengurusi makhluk,

    tiada siapa pula yang mampu menghalang rencanaMu,

    sekiranya kau tetapkan kecelakaan mahupun kesenangan atasku...

    Ya Rabb, sungguh Kaulah yang Maha berkuasa

    dan Maha berkehendak atas segala sesuatu...

    Janganlah Kau haramkan rahmat dan hidayahMu atasku

    hanya kerana dosa-dosa dan kemaksiatanku.

    Ya Rabbi, Pemilik segala ampunan, Yang Maha Perkasa

    dan tidak pernah menzalimi makhluk... ampunilah hambaMu...

    tiadalah maknanya hidup ini tanpa ampunan dan rahmatMu.

    Sungguh, aku amat yakin, bahwa rahmatMu Maha Luas dari dosaku..

    walau kutahu, masih ramai lagi hamba-hambaMu

    yang lebih layak untuk menerima perhatian dan kasih sayangMu,

    Namun aku tetap terus meminta rahmatmu tanpa jemu

    dan terus meminta walaupun aku tahu aku tak layak

    dengan dosaku yang setinggi gunung

    dan aku yakin sekali bahawa Allah lah sahaja

    tempat aku bergantung harap dan kepada Allah lah

    jua tempat aku akan kembali.

    Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rabbi, Ya Ilahi,

    curahkanlah rahmat dan kasihMu.

    Ya Allah, dengarkanlah rintihan hatiku ,

    kabulkan doa harapanku..

    agar ku dapat perlindunganMu,

    hingga selamat nasibku bila berhadapan denganMu kelak...

    Perkenanlah permintaan ku ini Ya Rabb.

    Ya...Allah...Ya Tuhanku
    dalam sedarku aku selalu berusaha memanggil namaMu...
    berkeluh kesah tentang kehidupan padaMu...
    Menangis kerana kebesaranMu dan kecilnya aku....

    Tetapi... dunia skrg ini amat menyedihkan...
    Sehingga aku tenggelam didalamnya.....
    dan aku jujur, terkadang aku menjadi manusia yang selalu silau akan semuanya....
    walaupun bukan didalam semua hal…
    atau setidaknya aku sering lalai dan terlupa.....
    Ingin ku menjadi manusia yang baik dan taat...
    menjadi hambaMu yang terbaik dan Bertakwa kepadamu Ya Rabb....
    Tapi dunia ini terlalu berat buatku untuk kutempuh.....

    Ya Allah ya Tuhanku......
    Sebenarnya tatkala aku mendengar seruanMU....
    melalui majlis taklim, hamba2Mu yang taat,kitabMU..........
    Aku sedar akan kebesaranMu dan juga kebenaran2 dalam KitabMU.....
    Bergetarlah tubuhku dan air mataku mengalir deras
    ...oh...Tuhan.........

    Tapi kini lihatlah,... lihatlah siapa aku....
    Betapa lemahnya aku sampai membiarkan umat islam mulai tenggelam
    Terpedaya oleh mereka yang zalim .....
    Dan spontan darah jihadku mengalir, semangatku bangkit.....


    Tapi ya Allah , ya Tuhanku......
    Dunia ini begitu nyata dan begitu besar buatku....
    Aku begitu kecil, begitu lemah, untuk semuanya itu....
    dan dalam kerendahanku pula....aku kadang merasa sendiri......
    dimana ??? dimana pejuang islam sejati yang lain........
    Yang selalu mengumandangkan takbir kebesaranMU.....
    Yang selalu menjunjung islam sebagai jalan dan tujuan hidupnya.....
    Yang selalu apa yang dilakukan adalah untukMU.......
    Yang mempunyai rasa sayang yang tinggi kepada semuanya....

    Ya Allah ya Tuhanku.....
    berikanlah petunjukMU dan bangkitkanlah semangat islam....
    pada jiwa jiwa yang bersih untuk siapapun di dunia ini......
    terutama pada sahabat2 ku.....sesama muslim......
    berikanlah mereka semua api jihad abadi....
    yang tidak pernah padam seumur hidupnya.......
    sehingga mereka bersatu untuk menegakkan islam dimuka bumi.....


    ya Allah... Ya Tuhanku.......
    Dulu ketika kusengsara, aku mencari sebaik-baiknya penolong...
    kini Engkaupun telah datang padaku dan menemani hari hariku...
    Engkau berikan aku keyakinan keberadaanMU yang satu...
    Engkau bukan hanya sesembahanku melainkan juga teman terbaik sepanjang hidupku...

    Ketika kubahagia, Engkau tetap disampingku...
    Ketika kubersedih , Engkau menghiburku....
    Ketika aku kebingungan, Engkau menunjukkanku...
    dan banyak hal-hal yang lain Engkau berikan padaku tak terkira...
    dan akupun sangat berterima kasih dan sujud syukur padaMU...

    Tapi kini akupun ingin berkata jujur padaMU...
    Ya Allah... Engkau telah memasukkan satu lagi perasaan kepadaku iaitu risau umat...
    Kerana Engkau berikan rasa sayang padaku pada semua umat manusia,
    Sedangkan aku melihat banyak umat manusia yang menderita...

    Ya Allah ... tahukah Engkau kalau telah membuatku bersedih hati...
    Kerana Engkau berikan rasa sayang padaku pada semua umat manusia,
    Sedangkan banyak umat manusia memikirkan dirinya sendiri...

    Ya Allah... tahukah kalau Engkau telah melukai perasaanku hingga membuatku menangis...
    Kerana Engkau telah berikan rasa sayang padaku terhadap semua umat manusia..
    Sedangkan banyak umat manusia dalam kesesatan yang nyata...

    Ya Allah... Tahukah Engkau ada hal yang paling menyakitkan sepanjang hidupku..
    Kerana Engkau telah berikan kesedaran untuk menegakan panji-panjiMU ,
    namun diri ini tidak dapat berbuat banyak untuk kehidupan ini....

    Maafkanlah diriku Ya Allah kerana hanya engkau yang tahu isi hati ini…
    Maafkan juga kalau air mata ini tak dapat kubendung mengharap belas kasihMU..
    Tiadapun satupun kesombongan yang dapat kulakukan dihadapanMU...
    mahupun pada semua umat manusia yang lain dan hanya padamu aku berserah diri…
    Dan tak berani pula kuberpaling padaMU..
    kerana kutahu hanya Engkau selalu menjadi satu-satunya penolong setia dalam hidupku....


    Ya Allah ....Ya Tuhanku... Mahukah Engkau menghapus dukaku...
    Semoga Engkau mendengar rintihan tangisku yang tiada berkesudahan....
    Engkau telah tahu siapa aku, tanpa aku mengatakanya....
    tidak banyak yang kuminta padamu tuhanku, bukan pula syurga yang indah yang diimpikan banyak orang ....
    Cukuplah beri hamba kemampuan untuk membuat semua umat manusia tersenyum dijalanMU,
    Seperti Engkau berikan pada orang-orang beriman sebelumku...
    Dan berikanlah hamba sahabat sahabat yang setia dalam memperjuangkan cita citaku dalam menegakkan ajaran ISLAM ini dan menangkanlah aku terhadap kaum yang kafir,

    hanya engkaulah sahaja tuhanku yang memahami isi hati ini.
    Ya...Allah Kabulkanlah Permintaan ku ini dengan Keredhaan mu Ya Rabb…










    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."

    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Kepintaran Emosi Redakan Stress.

    "Apakah yang patut anda lakukan apabila anda mempunyai bebanan masalah dan tugasan yang perlu diselesaikan?


    Banyak perkara atau masalah yang sering berlegar di dalam minda dan fikiran seseorang membuatkan seseorang itu akhirnya merasakan satu himpitan masalah yang akhirnya menjadikan tekanan pada seseorang


    Apatah lagi pada waktu malam yang sepatutnya setiap insan perlu mendapatkan tidur yang secukupnya tetapi masalah berlegar-legar secara sengaja atau ianya berputar sendiri di dalam kotak pemikiran sehinggakan mereka merasakan terganggu hendak tidur. Kadang-kadang masalah di tempat kerja terbawa-bawa hingga ke tempat pembaringan.


    Sepatutnya apabila masuk waktu tidur, anda perlu dapat melelapkan mata dengan aman tetapi seringkali pada ketika itu bebanan masalah anda menghimpit perasaan sehinggakan ada sesetengahnya menghidap insomania (penyakit sukar tidur) dan ada pula yang terpaksa menelan pil tidur yang mana amalan ini hanya mengundang kemudaratan pada sistem biologi badan. Semua orang sedia maklum bahawa untuk memperolehi kesihatan yang baik maka tidur yang cukup amat diperlukan.


    Jadi apakah yang perlu anda lakukan supaya anda dapat mengatasi masalah tersebut?

    Sebelum masuk tidur amalan yang perlu dan boleh anda lakukan ialah :


    1) Memberus gigi.
    2) Mengambil air sembahyang
    3) Minum segelas air masak atau bercampur madu/susu
    4) Membaca Al-Quraan dan berzikir
    5) Menulis segala permasalahan anda pada hari itu di dalam sebuah buku dan katakan dengan tegas :


    Segala masalah yang aku tanggung telah aku curahkan di dalam buku ini. Tiada yang tertinggal lagi di dalam minda aku. Jadi apabila aku tutup buku ini semua masalah aku ditanggung oleh buku ini dan sewaktu aku tidur dengan izin Allah minda bawah sedar aku akan mencari cara yang bijaksana untuk penyelesaian. Jadi aku dengan tegas tidak perlu memikirkan lagi masalah ini. Aku mesti dapat rehat yang secukupnnya. Beritahu pada minda anda betap leganya perasaan anda.


    Dengan cara ini segala bebanan masalah anda telah anda curahkan pada sebuah buku .Minda anda akan tenang dan anda tidak perlu risau lagi memikirkannya> Serahkan diri anda pada Allah dengan membaca doa tidur yang bermaksud " Dengan nama Allah aku hidup dan mati'


    Atau anda boleh juga membayangkan satu butang PADAM (DELETE) dalam bayangan minda dan padamkan segala memori yang anda tidak suka.Inilah kemampuan minda bawah sedar anda boleh melakukan sesuatu yang tidak pernah anda fikirkan.


    Atau anda boleh memasukkan imej positf, suara dalaman positf dan rasakan perasaan positif sehingga anda rasakan ianya benar-benar berlaku pada diri anda kerana ini juga merupakan harapan dan doa anda supaya sesuatu yang baik akan berlaku. InsyaAllah minda bawah sedar anda akan menolak semua kebimbangan yang wujud dalam diri anda dan dapat menunjukkan jalan penyelesaian yang tidak pernah anda terfikirkan. Oleh itu perbanyakkan menyebut Ya Alim 77 kali kerana Allah maha mengetahui dan akan mengilhamkan pada anda suatu penyelesaian yang menakjubkan.


    Kesimpulannya apa sahaja permasalahan anda jangan biarkan ianya berlegar di dalam kepala maka tuliskanlah supaya minda anda dapat melihat dengan jelas apa sebenarnya masalah anda!"







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Thursday, August 7, 2008

    Tazkirah menarik untuk dikongsi..

    Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir
    selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolahkan. Yang saya nak
    utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara
    khususnya di US, ada juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal
    di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka, ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.

    Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk di bawa ke tempat lain, misalnya ke kampungnya. Banyak antara kita berbuat begitu.
    Mayat diterbangkan beribu batu, sebelum diterbangkan, mayat itu
    tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary). Ini menyiksakan mayat.
    Jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut
    untuk dikebumikan di Kelantan, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.

    Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak
    ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal ( US lah!)..

    Itulah kasih sebenarnya, mayat itu kalau boleh bercakap dia akan
    beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia
    dikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah semasa hidup banyak
    melakukan maksiat, pada saat kematian pun mayat itu dipaksa
    melanggar perintah Allah.

    Menyeggerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan
    ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Orang Melayu selalunya
    bersifat sentimental tidak kena tempat.

    Mengapakah mesti kita bawa dia (mayat) pulang, dia bukan milik kita, dia
    adalah milik Allah dalam erti yang sebenarnya.. Jika dia milik Allah dan kini dia telah dipanggil oleh Allah, maka
    semestinyalah kita yang hidup kena faham dan kesihan padanya supaya jangan melanggar perintah Allah. Bila nak bawa balik ke Malaysia , maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles , maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya.

    Peraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum
    mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground).

    Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat. Tidakkah ini
    suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu di bawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?

    Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu
    difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika simayat itu dikebumikan di US, bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2.

    Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya. Ada waris2 yang berkata,"Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!". Kita kena faham, kemuliaan mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam kubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya. Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada
    ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi.. Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya'Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah. Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan di mana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya'Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar.

    wallahua'lam...








    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Tanda pencipta mencintai manusia

    APABILA rakyat mencintai rajanya, hal itu perkara lazim dilakukan. Bagaimanapun, suatu hal sungguh menyentuh hati ialah apabila seorang raja mengasihi rakyat tanpa pilih kasih. Sanggup berdebu dan menjejak tanah, memberi apa diminta dan mendengar setiap rintihan dengan hati paling lembut kepada rakyat.

    Begitulah cinta Allah kepada hamba-Nya. Maha Agung dan Perkasa itu mengisytiharkan kedudukannya yang amat dekat kepada hamba-Nya. Firman Allah bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

    Sesungguhnya apabila Allah mencintai hamba-Nya, ia dapat dilihat dengan jelas dan dirasa melalui hati bersih. Ketika Allah mencintai seorang hamba, maka jatuhlah ke dalam hati hamba itu ilham suci yang membuat dia mengenali tanda kecintaan-Nya.

    Ada beberapa tanda yang boleh dirasa oleh hati manusia antaranya:

    l Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila dia menjadi begitu berminat dengan ibadah. Adakalanya sesetengah orang berusaha sekuat-kuatnya untuk beribadah, hatta melebihi kapasiti diri sebagai insan lemah. Tujuannya hanya satu iaitu mahu mencintai Allah.

    Tetapi ibadahnya seolah-olah kosong tanpa rasa, tawar tiada kemanisannya, semangat imannya maju dan mundur, turun dan naik, akhirnya tenggelam pula dipukul arus dunia. Ketika beribadah semestinya seseorang mampu menghadirkan keyakinan bahawa saat itu Allah mencintai dirinya.
    Pernahkah kita menikmati sujud yang panjang sambil menghadirkan dalam hati bahawa saat itulah Allah mengisytiharkan nama kita sebagai orang dicintai-Nya?

    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika Allah mencintai seorang hamba maka Ia berfirman: Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si polan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)

    Maka orang yang yakin bahawa Allah mencintai dirinya tidak pernah rasa was-was adakah ibadahnya diterima atau tidak? Jauh sekali rasa takbur kerana dia yakin yang menolongnya untuk melakukan ketaatan adalah Allah juga. Bukan kerana kehebatan dan kewarakan, melainkan Allah yang menuntun ke jalan takwa.

    Kemudian dia sampai kepada satu makrifah mendalam mengenai Allah iaitu cinta Allah kepada hamba-Nya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan. Manusia boleh mengkhianati ibu bapanya atau anak dan isterinya, kawan atau kekasih atas alasan tidak mendapat keuntungan daripada perhubungan itu. Tetapi cinta Allah kekal tidak pernah luntur walaupun dicabar oleh sepak terajang hamba derhaka.
    l Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila maksiat membuat dia bangkit mendekati Allah. Adakalanya dosa boleh mendatangkan manfaat iaitu apabila dosa itu akhirnya membawa kepada keinsafan, taubat dan istighfar.

    Kemudian seseorang bangkit mengejar Allah, berusaha mendapatkan hatinya yang hilang di belantara maksiat. Ia sama sekali tidak berputus asa daripada rahmat Allah. Ia sentiasa mengingati janji Allah Yang Maha Pengampun.

    Firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah al-Zumar, ayat 53-54)

    Janganlah kerana dosa semalam seseorang menyangka Allah tidak sudi mendengar rintihannya, terputus tali langit di hatinya, tertolak segala doanya dan terusir dia daripada pandangan Allah. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Seandainya kamu tidak berdosa nescaya Allah akan mematikan kamu. Kemudian Allah akan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa dan mereka memohon keampunan kepada Allah lantas Allah mengampuni mereka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)

    Hamba yang taat apabila perangainya berubah menjadi iblis pun Tuhan tetap menunggu, di setiap malam rintihan hamba itu diintip hingga ia pulang kembali ke sisi-Nya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tuhan kita turun ke langit dunia pada waktu malam tatkala tiba sepertiga malam yang akhir lalu berfirman: Siapakah yang berdoa kepada-Ku nescaya aku terima, siapakah yang meminta kepada-Ku nescaya Aku beri dan siapakah yang meminta ampun nescaya Aku ampuni.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    Mengapa Allah masih mencari hamba-Nya yang jahat, membangkang dan suka berpaling dengan sombong? Kecintaan apakah itu yang boleh memaafkan sekeji-keji dan sehina-hina manusia? Betapa lembutnya Allah dan Maha Pengasih lagi Penyayang kepada makhluk-Nya.

    Dengan cinta-Nya ditutupi segala aib hamba yang hina, memberi peluang berjuta kali dan menangguhkan seksa untuk tetap setia menunggu di langit dunia, bilakah agaknya hamba-Nya ini mahu membersihkan diri.

    Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah lenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka kemudian diganti dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik: “Aku tahu bila Allah mencintaiku, iaitu saat aku membenci segala kejahatanku.”

    l Tanda Allah mencintai seorang hamba ialah apabila dilapangkan dadanya menerima ilmu yang menjadi petunjuk ke jalan benar.

    Allah tidak sesekali membiarkan seseorang insan terkapai-kapai dalam lautan dosa. Bahkan dikirim ke atas hati manusia petunjuk hidayah-Nya supaya manusia terselamat daripada gelombang keganasan dirinya sendiri.

    Manusia dibekalkan hati, perasaan, akal dan fikiran untuk membezakan mana baik serta yang keji. Tidak cukup dengan itu, diutuskan juga Rasul, diturunkan al-Quran, dilahirkan pejuang agama-Nya terpilih untuk menerangi kegelapan seraya berdakwah fisabilillah.

    Allah juga menjaga pusaka peninggalan Rasul iaitu ilmu Islam, menjaga al-Quran daripada pencerobohan manusia dan mewariskan sunnah Rasul-Nya supaya menjadi ikutan. Baginda SAW bersabda bermaksud: “Apabila Allah mencintai seseorang maka ia membuatnya faham mengenai agamanya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)






    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Tanda Tanda Dilamun Cinta

    Apakah perasaan anda bila mengetahui cinta anda terbalas?? Terlebih-lebih lagi yang membalas cinta anda adalah Raja kepada sekalian raja di alam ini, Penguasa kepada kerajaan langit dan bumi dan Kekasih yg abadi dan tidak pernah berbohong dalam cintaNya!!! Pastinya cintaNya kepada kekasihNya lebih anggun daripada cintanya Uda dan Dara, Romeo dan Juliet, Beckham dan Victoria dll. Bagaimana nak tahu anda sedang dicintaiNya?


    1. Suka untuk bertemu yang dikasihi secara terbuka dan terang-terangan di darul salam(Jannah/Syurga). Tidak tergambar oleh kita bagaimana hati mengasihi seseorang melainkan suka untuk melihat dan berjumpa dengan yang dikasihi. Apabila diketahui bahawa untuk bertemu itu tidak mungkin tercapai melainkan dengan meninggalkan dunia dan mati, maka sepatutnya ia suka untuk mati yang pastinya sudah tidak boleh dielakkannya itu. Seorang pengasih tidak merasa penat untuk bermusafir dari tanahairnya menuju kediaman kekasihnya agar dapat menatapi wajah kekasihnya. Mati itu adalah kunci pertemuan dan pintu masuk kepada penyaksian. Rasulullah s.a.w bersabda: ertinya: "Sesiapa yang suka bertemu Allah, maka Allah suka bertemu dengannya".

    2. Antara tandanya juga adalah dia mendahulukan apa yang dikasihi Allah berbanding apa yang dia kasihi secara zahir mahupun batin. Ia beriltizam dengan kesusahan amal, menjauhkan diri dari menuruti kehendak nafsu, meninggalkan sifat malas, terus menerus mentaati Allah dan bertaqarrub kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. Sentiasa menuntut kelebihan darjat di sisi Allah sepertimana seseorang menuntut kedekatan hati dengan kekasihnya. Kadangkala Allah menyifatkan mereka yang berkasih sayang ini dengan sifat ithar. Firman Allah, ertinya: " mereka mengasihi orang yang berhijrah kepada mereka, di dalam dada mereka tidak ada apa-apa keperluan dari apa yang mereka berikan. Mereka mengutama (yang lain) berbanding dirinya sekalipun merekapun mempunyai keperluan tersendiri".

    3. Tenggelam dalam zikirullah. Lidahnya dan hatinya sentiasa mengingati Allah. Orang yang menyukai sesuatu tentu sekali akan banyak mengingatinya. Oleh kerana itu antara tanda-tanda kasihkan Allah, suka mengingatinya (zikir), sukakan al-Quran kalamullah, sukakan Rasulullah s.a.w serta suka apa-apa yang disandarkan kepada Rasulullah.

    4. Kegembiraannya dengan berkhalwat dengan Allah, munajatnya kepada Allah, sentiasa mentilawahkan kitab Allah. Dia juga sentiasa melakukan tahajjud, menggunakan ketenangan dan keheningan malam untuk menghapus segala rintangan yang ada. Darjat cinta terendah adalah merasai kenikmatan berada bersama yang dikasihi dan mampu bermunajat kepada-Nya. Maka sesiapa yang tidur dan berbual-bual itu lebih seronok lebin baik kepadanya berbanding munajat kepada Allah, maka bagaimanakah nasib kasih sayangnya ??

    5. Tidak bersedih diatas kehilangan apa-apa selain Allah. Lebih sedih dan pedih hatinya apabila berlalu setiap saat tanpa zikrullah dan tanpa mentaatinya. Selalu menghitung diri di atas kealpaan dengan mohon simpati, hisab diri dan juga taubat.


    6. Merasa nikmat dengan melakukan ketaatan dan tidak merasa keberatan atau kepenatan. Kata al-Junaid: "Tanda orang yang mengasihi adalah berterusan dalam amal. Dengan syahwat fizikalnya lemah namun dengan hati dia tidak akan lemah".

    7. Merahmati dan mengasihi seluruh hamba Allah. Tegas terhadap seluruh musuh Allah dan sesiapa yang mengundang kebencian Allah. Firman Allah: ertinya: "Orang-orang tegas terhadap kuffar dan saling merahmati di antara mereka". Tidak menjejaskan mereka sebarang celaan manusia dan tidak ada sesuatu yang boleh mengalih mereka kepada kemurkaan Allah.

    8. Kasihnya itu disertai takut dibawah kehebatan dan kebesaran Allah. Ada yang menyangka takut itu betentangan dengan kasih. Sebenarnya itu tidak betul. Malah memahami kebesaran itu akan melahirkan perasaan hebat sebagaimana menyelami keindahan melahirkan rasa cinta. Khusus bagi orang yang bercinta itu ada beberapa ketakutan pada maqam cinta. Pertamanya: Takutkan beralih cinta. Lebih dahsyat dari itu takut terhijab cinta. Lebih dahsyat dari itu lagi adalah takut menjauh diri. Makna-makna ini digambarkan oleh Allah di dalam surah Hud yang telah disifatkan oleh Rasulullah sebagai telah memutihkan kepala baginda s.a.w ertinya: "Hud telah memutihkan kepalaku" . Ungkapan ini disebut oleh Rasulullah s.a.w ketika mendengar potongan ayat . Ertinya: Alangkah jauhnya kaum Thamud" "Alangkah jauhnya ahli Madyan sebagaimana jauhnya kaun thamud".

    Pemerhatian terbesar pada alamat-alamat dan sebab-sebab ini ialah kebanyakannya itu adalah perbuatan-perbuatan dalam komunikasi kemanusiaan, berkait dengan masyarakat, manusia pada kehidupan dan akhlak mereka.

    Saudaraku… adakah anda ingin menggapai cinta Allah ? Beriltizamlah dengan amalan-amalan fardhu dan tambahkanlah dengan bekalan-bekalan sunat. Ikutilah jejak lang