^ Scroll to Top

Tuesday, October 28, 2008

Seruan Suci

"MARILAH mendirikan solat, marilah menuju kejayaan!" Itu antara maksud lafaz azan yang bergema setiap kali masuk waktu solat, menyeru umat Islam bersegera melaksanakan perintah Allah.

Azan adalah satu syiar Islam yang mengingatkan Muslim mengenai waktu solat yang lima, sekali gus memberikan isyarat supaya meninggalkan seketika segala urusan dunia untuk sama-sama menuju kepada rahmat dan kasih sayang Allah.

Satu hadis Rasulullah s.a.w bermaksud: "Apabila tiba waktu solat hendaklah seorang daripada kamu melakukan azan dan yang lebih tua daripada kamu hendaklah menjadi imam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Panggilan suci itu adalah bersifat universal kerana lafaznya sama walaupun di dalam komuniti berbilang bangsa dan berbeza generasi dari dulu hingga kini, malah dengan pengertian yang sangat sempurna lagi menyeluruh, menjadikannya suatu simbol perpaduan umat Islam sejagat.

Secara harfiah, azan membawa maksud pemberitahuan ('al-i'lam) atau seruan (an-nida'. Al-Quran, sunnah dan ijmak menyatakan, laungan azan mempunyai banyak kelebihan dan pahala yang besar.

Ia dihukumkan sebagai sunat muakkad ketika hendak mendirikan solat dan fardu kifayah bagi satu-satu kumpulan orang Islam.

Bagi muazzin, iaitu orang yang melaungkan azan ketika melafazkan "hayya `alassolah", hendaklah menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kanan dan ketika membaca "hayya `alal falah" menghadapkan muka dan dadanya ke sebelah kiri.

Disunatkan juga melakukan tarji' ketika mengumandangkan azan iaitu menyebut dua kalimah secara senyap sebelum dinyaringkan.

Malah, sunat muazzin memasukkan dua anak jarinya ke dalam kedua-dua telinganya dengan tujuan untuk meninggikan suara.

Ketika mengumandangkan azan, muazzin tidak boleh bercakap. Setiap lafaz azan dilaungkan sebanyak dua kali kecuali lafaz takbir yang awal disebut empat kali dan lafaz kalimah tauhid di akhirnya sekali sahaja.

Azan harus dilafazkan oleh seorang lelaki yang beragama Islam, berakal, dilafazkan dalam bahasa Arab dan dilaungkan ketika masuknya waktu solat.

Ia juga harus diseru oleh muazzin yang suci daripada hadas besar, hadas kecil dan najis, dengan mengadap ke arah kiblat dan suara yang nyaring ketika melaungkannya.

Azan disyariatkan pada tahun pertama hijrah di Madinah al-Munawarrah. Perkara ini diceritakan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Ibnu Umar r. a:

"Pada mulanya ketika orang-orang Islam berhijrah ke Madinah, mereka berkumpul dan menunggu untuk mengerjakan solat. Ketika itu tidak ada orang yang menyeru (melaungkan azan) untuk menunaikannya. Pada suatu hari Nabi s.a.w telah mengumpulkan para sahabat untuk bermesyuarat cara memberitahu masuknya waktu solat serta mengajak orang ramai ke masjid melakukan solat jemaah.

Dalam mesyuarat itu terdapat beberapa cadangan. Ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu solat, ada yang mencadangkan ditiup serunai ataupun trompet; dan ada yang mencadangkan dibunyikan loceng. Semua usul itu ditolak Rasulullah s.a.w.

Umar bin al-Khattab mencadangkan diteriakkan ucapan: "Telah datang waktu solat". Usul ini diterima Rasulullah s.a.w tetapi baginda menukar lafaz itu dengan lafaz "assolatu jami`ah" yang bererti "marilah solat berjemaah."

Pada suatu malam Abdullah bin Zaid telah bermimpi mengenai cara yang lebih baik memberitahu solat dengan mengumandangkan Allahu Akbar... (dan seterusnya lafaz-lafaz azan)".

Pada pagi harinya, Abdullah bin Zaid menemui Rasulullah s.a.w dan baginda bersabda: "Mimpimu itu mimpi yang benar". Nabi s.a.w memerintahkan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan terbabit. Ketika Bilal hendak menyerukan azan, Umar menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan beliau juga bermimpi seperti Abdullah bin Zaid."

Inilah buat kali pertama azan dilaungkan dengan kalimah yang mempunyai gaya tersendiri lagi unggul, tanpa sebarang unsur peniruan, malah laungan kalimah suci ini lebih bermakna berbanding yang lain.

Lafaz azan mengandungi makna kesatuan yang merangkumi aspek akidah, syariat dan akhlak. Ketiga-tiga aspek terbabit saling melengkapi dan sangat penting, kerana jika tiada satu daripada tiga aspek itu menjadikan seseorang Muslim tidak sempurna.

Akidah seseorang Muslim ialah tauhid, iaitu mengimani Allah, satu-satunya yang disembah. Tauhid ini terangkum dalam lafaz azan dan ini jelas memberitahu yang Allah Maha Besar, tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh-Nya.

Lafaz itu juga menjadi kalimah syahadah bagi mereka yang mahu memeluk Islam dan ia adalah slogan utama yang wajib dipegang dari awal hingga akhir hayat.

Bagi mereka yang memerhatikan dengan teliti pengertian kalimah azan, dengan sendiri akan menjadi orang yang bersemangat, cergas dan rajin kerana kalimahnya menerangkan erti suatu kebesaran Ilahi dan sebuah kehidupan insani, yang bertanggungjawab memelihara amanah terhadap dunia dan akhiratnya.

Justeru, terdapat sesetengah golongan yang bersih hatinya akan bersegera mendirikan solat apabila azan dikumandangkan, kerana mengetahui urusan Allah lebih utama, berbanding urusan duniawi sesama manusia.

Mengimani Nabi Muhammad s.a.w sebagai pesuruh Allah memberi pengertian baginda adalah utusan yang dihantar Allah untuk memimpin dan memberi pertunjuk kepada seisi alam, sekali gus menuntut kepatuhan kepada syariat yang diajarkannya.

Azan mempunyai keunikan kerana gema keagungannya mampu menyentap fitrah manusia yang leka dan lalai daripada mengingati Allah, malah membuatkan seseorang itu terdiam seketika kerana menghormatinya.

Di sesetengah negara seperti di Malaysia, rakaman azan turut disiarkan melalui radio dan televisyen bagi memberikan makluman kepada Muslimin, sesuai dengan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi yang sewajarnya dijulang semua pihak.

Kemuliaan azan dapat dilihat melalui anjuran Nabi s.a.w terhadap umatnya, malah diceritakan dalam satu hadis diriwayatkan al-Bazzar, bermaksud:

"Rasulullah s.a.w pada malam Israk diperlihatkan dengan azan dan diperdengarkan kepadanya di atas langit yang ketujuh. Kemudian Jibril mendatanginya, lalu dia menjadi imam kepada ahli langit. Antara mereka ialah Nabi Adam a.s dan Nabi Nuh a.s, Allah s.w.t menyempurnakan kemuliaan baginya ke atas penduduk langit dan bumi."

Disebabkan kemuliaan azan, orang yang mendengarnya hendaklah menghormatinya, dengan diam seketika bagi memberikan laluan azan dikumandangkan, di samping menyahut seruannya secara perlahan-lahan dengan lafaz yang diucapkan oleh muazzin, kecuali pada lafaz "hayya `alassolah" dan "hayya `alal falah" disahut dengan 'la haula wala quwwata illa billah' yang bermaksud 'tiada daya dan kekuatan kecuali daripada Allah.'

Pada azan Subuh, iaitu setiap kali dilaungkan 'assolatu khairun minannaum' (solat lebih baik daripada tidur) dijawab orang yang mendengar dengan 'sodaqta wa barirta' , maksudnya engkau benar dan engkau berbuat baik."

Selesai azan, umat Islam dianjurkan berdoa, seperti: "Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang didirikan. Berikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan serta kedudukan yang terpuji yang Engkau janjikan untuknya."

Azan tidak hanya dilafazkan bagi tujuan solat fardu, malah ia juga disunatkan saat kelahiran bayi, mencontohi tindakan Nabi Muhammad s.a.w yang mengazankan Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.

Ia juga dapat dimanfaatkan sebagai isyarat untuk memaklumkan sebarang kejadian besar, seperti kebakaran dan waktu perang dan ketika pengebumian jenazah dan bagi memulakan perjalanan (musafir).

"Daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): Apabila dilaungkan azan untuk solat, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamat untuk solat diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamat itu barulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mewas-waskan). Dia akan berkata : Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersolat." (Riwayat Imam Bukhari)

Azan juga boleh diamalkan untuk mengubati orang yang dalam kerasukan serta menghindari mereka daripada kejahatan jin dan syaitan, bahkan sunat mengazankan orang yang buruk sifatnya sama ada daripada manusia atau haiwan dan orang yang resah gelisah kerana azan itu boleh menghilangkan keresahan.







"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

Waktu afdal lakukan solat sunat

Antara solat sebelum dan selepas solat fardu lima waktu ialah:
  • Solat sunat yang dilakukan sebelum dan selepas solat Zuhur, sekurang-kurang dua rakaat dan sebanyak-banyaknya empat rakaat. Dari Ummi Habibah r.a: "Sesiapa yang memelihara sembahyang empat rakaat sebelum sembahyang Zuhur, dan empat rakaat sesudahnya dia diharamkan Allah daripada neraka." – (Abi Daud dan at-Tirmizi)

  • Solat sunat sebelum solat Asar. Dari Ali bin Abi Talib, "Nabi SAW sembahyang sebelum Asar empat rakaat yang dibatasi antara rakaatnya dengan satu ucapan salam atas malaikat muqarrabin dan yang mengikuti mereka iaitu kaum Muslimin dan Mukmin." - (at-Tirmizi)

  • Solat dua rakaat sunat selepas solat Maghrib. Tetapi apabila sahabat melakukan solat sunat sebelum Maghrib, Nabi Muhammad SAW tidak melarangnya.
  • Solat sunat sebelum solat Isyak dan selepas Isyak.

  • Solat sunat dua rakaat sebelum solat Subuh dan tidak boleh sembahyang sunat itu dikerjakan sesudah sembahyang Subuh. Dari Aisyah r.a. dari Nabi SAW berkata ia: "Dua rakaat Fajar itu lebih baik dari dunia dan segala yang ada di dalamnya." - (Diriwayatkan oleh Muslim)







  • "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Ganjaran akhirat tiada bandingan

    Allah berfirman yang bermaksud : Katakanlah (Wahai Muhammad): “Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya.
    Disediakan juga pasangan-pasangan/isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan daripada Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hamba-Nya. (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab neraka”. (Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.. (ali-‘Imran: 15-17)
    Sheikh Sya’rawi berkata: “Berdasarkan ayat sebelum ini kepelbagaian jenis nikmat dan perhiasan. Seterusnya dinyatakan ayat yang membicarakan berkenaan dengan tawaran Allah SWT yang jauh lebih baik bagi mereka yang bertakwa dengan anugerah syurga dan segala nikmatnya.”
    Ayat Ke-15
    Firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri Yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan daripada Allah”. Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan hamba-hamba-Nya.
    Sebab Nuzul.
    Ibn Jauzi meriwayatkan dalam kitabnya Zad al-Masir daripada Ata’ bin al-Said daripada Abi Bakar bin Hafs katanya: “Apabila Allah SWT menurunkan ayat 14 daripada surah ali-‘Imran lantas kata Umar: “Hai Tuhanku, sekarang ketika kamu hiasinya?” Lantas turunnya ayat ini.
    Iktibar dan fiqh ayat:
    i. Sheikh Sya’rawi berkata: “Maksud perkataan Katakanlah (Wahai Muhammad): Mahukah supaya Aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Bahawa Allah SWT menceritakan kepada kita dengan kebaikan daripada perhiasan dunia. Seolah-olah ayat ini Allah SWT menjadikan perkara tersebut sebagai qias atau perbandingan antara nikmat dunia dengan nikmat akhirat.”
    ii. Sheikh Sya’rawi berkata: “Di sisi Tuhan di sini jelas terpampang perbandingan antara ayat ini dan sebelumnya sebagai contoh:
    nBeberapa syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dibandingkan dengan nikmat tanaman tumbuhan di dunia.
    nMereka kekal di dalamnya. Disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri yang suci bersih dibandingkan dengan sifat wanita di dunia sama ada dari segi akhlak dan kejadian.
    iii. Al-Maraghi berkata: “Perkataan lebih baik (khayrun) memberi gambaran bahawa pelbagai jenis kesenangan tersebut pada asasnya adalah baik. Hal ini sememangnya tidak diragukan lagi, kerana nikmat-nikmat tersebut merupakan hasil kurniaan yang terpenting daripada Allah SWT kepada manusia”.
    iv. Hamka berkata: “Semuanya ini beribu-ribu kali lebih baik daripada yang dihiaskan kepada kamu dari enam perkara tersebut. Allah SWT mengakui bahawa dunia mempunyai perhiasan dan manusia ditakdirkan mengingini perhiasan itu, tetapi Tuhan memperingatkan janganlah lupa akan tujuan dan terpesona oleh perhiasan luar kerana yang di sebelah dalam lebih hebat daripada perhiasan luar tersebut.”
    Penulis berpendapat ayat ini jelas menunjukkan bahawa ganjaran dan kurniaan Allah SWT di akhirat jauh lebih baik daripada yang dimiliki di dunia.
    Ayat Ke-16
    Firman Allah SWT yang bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa Kami dan peliharalah Kami daripada azab neraka.”
    Iktibar dan fiqh ayat:
    i. Sheikh Sya’rawi berkata: “Doa ini menjadi dalil bahawa yang berdoa mengetahui kehendak iman seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW berkenaan tentang ihsan iaitu kamu ibadat kepada Allah SWT seolah-olah kamu melihatnya dan jika tidak melihatnya maka yakinlah Allah SWT melihatmu”.
    ii. Ibn Jauzi berkata: “Makna istighfar dalam ayat ini dengan dua maksud-
    nIaitu istighfar yang maaruf dengan lidah seperti pendapat Ibn Masud dan al-Hasan.
    nIaitu solat, inilah pendapat Mujahid, Qatadah, al-Dhahaq dan Muqatil.
    Atas dasar inilah solat dinamakan istighfar kerana sesiapa yang bersolat sudah pasti memohon keampunan.
    iii. Al-Maraghi berkata: “Orang yang menjaga diri daripada melakukan perbuatan dosa dan tunduk kepada Allah SWT dengan penuh perasaan takut, mengucapkan doa dengan penuh kekhusyukan dan harapan agar dikabulkan iaitu, Wahai Tuhan kami, kami benar-benar mengaku beriman terhadap sesuatu yang Engkau turunkan kepada Rasul-rasul Engkau, dengan keyakinan yang mendalam.”
    Ayat Ke-17
    Firman Allah SWT yang bermaksud: ”(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.”
    Iktibar dan fiqh ayat:
    i. Ibn Kathir berkata: “Orang sabar ialah mereka yang mentaati dan meninggalkan perkara yang haram. Orang yang benar iaitu mereka beriltizam dengan amalan yang payah dengan sebab keimanan.
    ii. Ibn Jauzi berkata: “Waktu sahur ialah sebelum keluarnya fajar di penghujung akhir malam. Allah SWT sifatkan mereka dengan segala ketaatan ini kemudian sifatkan mereka dengan takutnya mereka kepada Allah SWT”.
    iii. Sheikh Sya’rawi berkata: “Segala sifat di atas bagi mereka yang bertaqwa kepada Allah SWT”.
    Daripada ayat-ayat ini jelas menunjukkan kurniaan Allah SWT kepada golongan yang mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Mudah-mudahan kita menjadi golongan yang mendapat syurga Allah SWT yang bersifat dengan sifat sabar, benar, taat, rajin bersedekah dan beristighfar.







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Jangan bohong guna nama Rasulullah!

    BERBOHONG adalah satu kesalahan. Berbohong menggunakan nama agama adalah kesalahan yang lebih besar. Saya hairan mendengar sesetengah penceramah agama yang menyatakan haram berbohong, tetapi semasa ceramahnya, dia juga melakukan dosa pembohongan yang paling besar. Apa tidaknya, dia berbohong dengan menyatakan Rasulullah SAW bersabda sesuatu hadis sedang hadis tersebut adalah palsu pada nilaian ilmu hadis. Bohong jenis ini jauh lebih besar dosanya dari bohong saudagar atau ahli politik. Bohong saudagar dan ahli politik merosakkan harta orang, tetapi bohong pembaca hadis palsu merosakkan agama. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang mutawatir: Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”.
    Hadis palsu adalah hadis yang direka atau diadakan-akan, sedangkan ia tidak berasal daripada Rasulullah SAW. Banyak hadis rekaan ini dibaca oleh para penceramah yang jahil. Sehingga saya selalu menegur seorang ‘ustazah tv’ yang sering membaca hadis-hadis jenis ini untuk hidangan penonton. Mungkin ada pembaca hadis palsu merasakan mereka tidak bersalah, sebab mereka hanya memetik daripada buku-buku mereka baca yang memuatkan hadis-hadis palsu. Maka mereka merasakan mereka hanya menyebarkan, maka tidak patut dipersalahkan. Mereka lupa penyebar hadis palsu sama ada menerusi ucapan atau tulisan, dia dalam masa yang sama sebenarnya menipu orang lain apabila menyandar sesuatu perkara kepada Nabi SAW tanpa bukti yang sah. Pendengar akan terpedaya lalu mengamalkan perkara yang dianggapnya daripada Nabi SAW, sedang ia bukan seperti yang disangkakan. Al-Imam Ibn Hibban (w. 354H) dalam kitab sahihnya meletakkan satu pasal yang beliau namakan: Pasal menyebut ketetapan memasuki neraka untuk sesiapa yang menyandarkan sesuatu kepada al-Mustafa (Nabi Muhammad) SAW, sedangkan dia tidak tahu mengenai kesahihannya (Ibn Hibban, Sahih Ibn Hibban, 1/210). Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah: Tidak halal meriwayatkan hadis palsu dalam apa perkara sekali pun, melainkan bersama keterangan tentang kepalsuannya. Ini sama ada berkaitan halal dan haram, atau fadail (kelebihan-kelebihan amalan), atau al-tarhib (menakutkan orang ramai terhadap maksiat) dan al-targhib (menggalakkan ibadah), atau kisah, atau sejarah atau selainnya. Sesiapa yang meriwayatkan tanpa keterangan bererti telah melakukan dosa yang besar dan termasuk dalam senarai pendusta. Ini berasaskan apa yang diriwayatkan oleh al-Imam Muslim dalam mukadimah sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang menyebut hadis daripadaku sedangkan dia menyangka ia dusta, maka dia termasuk salah seorang pendusta”. Ramai ulama hadis telah menghukum dengan ta‘zir (denda) dan takdib (hukuman membetulkan akhlak) ke atas sesiapa yang meriwayatkan hadis palsu tanpa diterangkan kepalsuannya. Kata Abu ‘Abbas al-Sarraj: Aku melihat diberikan kepada Muhammad bin Isma‘il al-Bukhari surat Ibn Karram yang bertanyakan beberapa hadis, antaranya: hadis daripada al-Zuhri, daripada Salim, daripada ayahnya - disandarkan kepada Rasulullah (Iman itu tidak bertambah dan tidak berkurang). Maka al-Imam al-Bukhari menulis di atas surat tersebut: Sesiapa yang menyebut hadis ini maka wajib dipukul dengan keras dan dipenjara dalam tempoh yang lama.. Bahkan di kalangan ulama ada yang menghalalkan darahnya. Maka, ketika disebutkan hadis (palsu) Suwaid al-Anbari: Sesiapa yang jatuh cinta, lalu dia menahan diri dan menyembunyikannya, kemudian mati, maka dia mati syahid), lalu Yahya bin Ma‘in berkata: “Darah orang ini halal”. Ketika ditanya Ibn Hajar al-Haithami mengenai seorang khatib yang menaiki mimbar setiap Jumaat dan meriwayatkan hadis-hadis tanpa diterangkan sumber dan kedudukannya, maka jawabnya: “Hadis-hadis yang dia sebut tanpa menerangkan perawi dan siapa yang menyebutnya, harus dengan syarat dia seorang yang mempunyai ilmu dalam hadis, atau dia memetik daripada kitab yang penulisnya ahli hadis. Adapun jika dia hanya bergantung kepada kitab atau ucapan yang penulisnya bukan ahli hadis, maka tidak halal (berbuat demikian). Sesiapa yang melakukannya dita‘zirkan dengan keras. Inilah keadaan kebanyakan khatib.. Mereka semata-mata hanya melihat khutbah yang mengandungi hadis-hadis, lalu mereka hafal. Mereka berkhutbah menggunakan hadis-hadis tersebut tanpa mengetahui asal-usulnya. Maka wajib ke atas pemerintah di setiap negeri menghalang para khatib dari berbuat demikian”. (Abu Syahbah, al- Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 321-322).
    Mengapa bohong menggunakan nama Nabi SAW amat dilarang sekalipun dengan niat yang baik? Ada beberapa sebab yang dapat saya simpulkan. Antaranya, jika pendustaan menggunakan nama orang biasa diharamkan, apatah lagi menggunakan nama seorang rasul. Pendusta hadis palsu menyamakan rekaannya dengan wahyu, atau nilai kerasulan yang ada pada diri Nabi Muhammad SAW. Pendustaan jenis ini juga menghilang kehebatan dan keaslian agama. Agama yang hilang keasliannya, tiada nilainya lagi. Ia menyebabkan Islam yang bersumberkan wahyu sama seperti agama rekaan yang bersumberkan pemikiran dan khayalan manusia. Ditambah lagi, pendustaan ini bererti penipuan terhadap pencinta Islam yang mungkin tertipu lalu mempercayai pendustaan itu. Mereka akan mengamalkan pendustaan itu dengan keyakinan ia tuntutan agama, padahal ia kepalsuan. Sedangkan mereka inginkan keaslian. Bahkan, pendustaan itu bererti pengkhianatan terhadap syariat yang diturunkan. Jika pendustaan itu mempunyai unsur-unsur jahat, maka ia jenayah yang menyebabkan manusia hilang keyakinan terhadap agama. Atau menyebabkan manusia mengamalkan agama dalam bentuk yang salah. Jika pendustaan itu menokok tambah unsur-unsur yang dianggap baik, pendustaan seakan menganggap agama yang diturunkan Allah belum lengkap, justeru memerlukan nas-nas tambahan dan rekaan.
    Menghina
    Dalam sejarah, bukan sedikit kesan buruk hadis palsu yang dipalitkan kepada Islam yang suci ini. Contohnya, hadis rekaan: “Ayam jantan putih adalah kawanku, ia juga kawan kepada kawan ku. Musuh ayam jantan putih adalah musuhku dan musuh kepada musuhku”.
    Hadis palsu ini kelihatan sangat lekeh dan menghina Rasulullah. Tidak mungkin keluar dari mulut seorang nabi perkara yang sebegini. Mungkin ia direka oleh penggemar ayam jantan putih. Sebenarnya, semua hadis yang berkaitan dengan kelebihan ayam jantan putih adalah tidak benar sama sekali. (lihat: al-Jarahi, Kasyf al-Khafa, 2/422). Malangnya, dalam masyarakat kita ada kesan hadis palsu ini. Sesetengah kepercayaan dan bomoh mempercayai kelebihan ayam jantan putih untuk dibuat ubat dan seumpamanya.
    Demikian juga pemalsuan hadis telah menjadikan ajaran al-Quran dan al-Sunnah seakan bertentangan antara satu sama lain. Padahal yang bertentangan itu hadis yang palsu. Contohnya, hadis palsu “anak zina tidak akan masuk syurga”. Dahulu, ramai yang menganggap keji dan tiada peluang untuk kebaikan. Akibat daripada hadis-hadis palsu seperti yang dibaca oleh sesetengah pihak. Sehingga ada yang menyebut hadis palsu lain: Anak zina tujuh keturunan tidak akan masuk syurga. Sedangkan Allah menyebut dalam Surah al-Isra ayat 15 yang bermaksud: Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk, maka sesungguhnya petunjuk yang didapatinya itu hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga, dan seseorang tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).
    Jelas, mana mungkin anak zina dihukum disebabkan perbuatan kedua ibu bapanya?! Ini mencemarkan penegasan al-Quran tentang keadilan Allah yang tidak menghukum seseorang atas kesalahan orang lain. Juga ia menyebabkan si anak zina kecewa dengan Nabi SAW.
    Demikian saya amat dukacita apabila diberitahu ada penceramah kursus perkahwinan membaca hadis palsu kononnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang kamu menyetubuhi isteri atau jariahnya, maka jangan dia melihat pada kemaluan mereka kerana yang demikian itu menyebabkan buta.
    Maka ‘demam’ pasangan yang ingin berkahwin mendengar hadis palsu ini. Sementara yang dah lama melihat kemaluan isterinya kehairanan kerana dia masih belum buta. Lalu mungkin disangkakan Nabi SAW memberitahu sesuatu yang tidak benar. Sebenarnya, pereka hadis palsu itu yang berbohong dan ustaz pembaca hadis palsu tersebut menyebar kebohongan. Sedangkan Allah berfirman dalam Surah al- Mukminun ayat 1-6: (maksudnya) Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kemaluan mereka, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
    Kebatilan
    Mengulas hadis tadi, kata tokoh ilmuwan hadis, al-Syeikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani r.h: Penilaian yang betul akan menunjukkan kebatilan hadis ini. Ini kerana dari segi persetubuhan, pengharaman melihat faraj isteri bererti pengharaman kepada wasail (faktor-faktor ke arah persetubuhan). Jika Allah menghalalkan suami menyetubuhi isterinya, apakah logik untuk dia dilarang melihat kemaluan isterinya. Demi sesungguhnya tidak! Ini dibuktikan dengan apa yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah, katanya: Aku dan Rasulullah pernah mandi bersama dari satu bekas air. Maka dia mendahuluiku sehingga aku kata: tinggalkan untukku! tinggalkan untukku!) Riwayat al-Bukhari, Muslim dan selain mereka. Jelas daripada hadis ini harus melihat kemaluan isteri. Ini dikuatkan oleh riwayat Ibn Hibban melalui Sulaiman bin Musa yang apabila ditanya mengenai suami yang melihat kemaluan isterinya, dia menjawab: “Aku pernah bertanya hal ini kepada ‘Ata. Kata ‘Ata: Aku pernah bertanya ‘Aisyah, lalu ‘Aisyah pun meriwayatkan hadis di atas” (Al-Albani, Silsilat al-Ahadis al- Da‘ifat wa al-Maudu‘at,, 1/353).
    Contoh lain kepalsuan yang menyanggahi prinsip-prinsip Islam; hadis-hadis yang menyatakan orang yang bernama Muhammad atau Ahmad tidak akan masuk neraka. Ini bercanggah dengan prinsip Islam bahawa syurga dan neraka dinilai melalui amalan soleh. Ahli syurga adalah golongan yang beriman dan soleh.. Sementara dimasukkan ke dalam neraka ahli maksiat walau apa nama dan panggilannya. Kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah: “Ini bercanggahan dengan apa yang diketahui dari agama Nabi SAW iaitu; bahawa neraka tidak dapat dielakkan darinya dengan nama dan gelaran. Sebaliknya, yang menyelamatkan dari neraka ialah iman dan amalan soleh”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al- Munif fi al-Sahih wa al-Da‘if, m.s. 57). Namun, ada mempercayai bahawa nama yang baik sahaja boleh masuk syurga. Saya pernah mendengar penceramah agama yang menyatakan siapa nama ‘Ghazali’ mudah masuk syurga sebab sama dengan nama ulama. Inilah satu daripada salah faham terhadap agama.
    Hari palsu juga mewujudkan khurafat yang pelbagai. Dulu ada orang Melayu yang menganggap Hari Rabu akhir bulan adalah hari mudah ditimpa nahas. Ini semua disebabkan hadis palsu yang menyebut hari Rabu terakhir bagi setiap bulan adalah hari nahas yang berterusan. Ini adalah hadis palsu. (Lihat: al-Albani, Silsilat al-Ahadis al- Da‘ifat wa al-Maudu‘at, 4/88.) Menjadikan sesiapa yang percayanya ketakutan tanpa sebab dan memandulkan urusan kehidupan. Bahkan isi kepalsuan ini menyanggahi realiti yang kita saksikan. Betapa banyak hari Rabu akhir bulan datang dan pergi sedangkan kedatangan musibah tidak pernah memilih hari. Ia adalah ketentuan Allah SWT semata. Malang sekali apabila ada penceramah motivasi yang membaca hadis ini sebagai tips-tips penting dalam mengatur hidup, kononnya elakkan hari Rabu terakhir dalam bulan Islam bimbang nanti ditimpa nahas.
    Hadis-hadis palsu telah merosakkan imej Islam. Namun ramai yang belajar agama tidak mempelajari ilmu hadis atau merujuk kepada ulama hadis telah tersasul dengan membaca hadis-hadis palsu ini. Sehingga dalam laman web pihak yang berlogokan kemajuan Islam pun dimasukkan hadis palsu. Agama menjadi keliru disebabkan hadis-hadis yang seperti ini. Maka kita sepatutnya selalu mengingati amaran Nabi SAW kepada para sahabah baginda: Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar). (Riwayat Muslim).







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    70 Dosa-Dosa Besar

    1. Syirik (secara tak sedar pun ada...tapi dah selalu....jadi laa DOSA BESAR)
    2. Membunuh Manusia
    3. Sihir
    4. Tinggal Sembahyang (yang selalu di lakukan)
    5. Tidak Mengeluarkan Zakat
    6. Tidak Berpuasa (yang selalu di lakukan)
    7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
    8. Derhaka Kepada Ibu Bapa (yang selalu di lakukan)
    9. Memutuskan Silatulraham
    10.Berzina (individu tertentu)
    11.Homosex
    12.Memakan Riba
    13.Memakan Harta Anak Yatim
    14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
    15.Lari dari Medan Perang
    16.Sombong (yang selalu di lakukan)
    17.Saksi Palsu
    18.Meminum Arak(individu tertentu)
    19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
    20.Berjudi (yang selalu di lakukan-secara tak sengaja)
    21.Menuduh orang baik melakukan Zina
    22.Menipu harta rampasan Perang
    23.Mencuri
    24.Merompak
    25.Sumpah Palsu (HOT)
    26.Berlaku Zalim
    27.Pemungut cukai yang Zalim
    28.Makan dari kekayaan yang Haram (skim2)
    29.Bunuh Diri
    30.Berbohong (yang selalu di lakukan)
    31.Hakim yang Tidak adil (HOT)
    32.Rasuah (HOT)
    33.Wanita yang menyerupai Lelaki (dah banyak)
    34.Tidak Cemburu
    35.Cina Buta
    36.Tidak Suci Hadas kecil
    37.RIAK Mempamerkan Diri (yang selalu di lakukan)
    38.Ulamak Dunia (jahat)
    39.Khianat (yang selalu di lakukan)
    40.Mengungkit- Ungkit Pemberian (yang selalu di lakukan)
    41.Mangingkari Takdir
    42.Mencari Kesalahan Orang lain (yang selalu di lakukan)
    43.Menabur Fitnah (yang selalu di lakukan)
    44.Mengutuk Umat Islam ( HARI-HARI)
    45.Mengingkari Janji (individu tertentu)
    46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
    47.Derhaka kepada Suami (amalan isteri)
    48.Gambar pada Baju (hari-hari)
    49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
    50.Menggangu Orang lain (hari-hari)
    51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
    52.Menggangu Tetangga
    53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam (HOT)
    54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
    55.Melabuhkan Pakaian
    56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
    57.Hamba Lari dari Tuan
    58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
    59..Menjadi Pak Sanggup (HOT)
    60.Berdebat dan Bermusuh (HOT kat media)
    61.Enggan Memberi Kelebihan Air
    62.Mengurangkan Timbangan
    63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
    64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
    65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah (hari-hari)
    66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat (sentengah individu jgn lebih 3 kali dah laa....idea dan fatwa bodoh)
    67.Menguragi Wasiat
    68.Menipu (Hari-hari)
    69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
    70..Mencela Nabi dan Sahabat






    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Seruan ke Baitullah wajar dilaksana tanpa bertangguh

    MENURUT catatan sejarah, suatu ketika Rasulullah SAW ditanya oleh sahabatnya, “Ya Rasulullah, mana antara amal yang banyak itu yang lebih utama? Rasulullah menjawab: Iman kepada Allah dan Rasul-Nya. Kemudian ditanya lagi: Apa lagi, ya Rasulullah? Dijawab lagi: Berjihad di jalan Allah. Kemudian ditanya lagi: Apa lagi, ya Rasulullah? Dan Baginda SAW menjawab: Haji yang mabrur.” - (Hadis riwayat Bukhari)

    Musim haji datang lagi dan Kota Makkah akan menerima kunjungan jutaan umat Islam seluruh dunia untuk mengerjakan ibadat haji bagi tahun 1429 hijrah. Jemaah haji negara kita yang terpilih mengerjakan ibadat haji akan mula berangkat ke Tanah Suci Makkah akhir Oktober ini untuk menyempurnakan Rukun Islam kelima itu. Ibadat haji wajib dilakukan umat Islam yang berkemampuan dari segi kewangan serta sihat tubuh badan.

    Mereka yang akan pergi mengerjakan haji tahun ini pasti sudah siap sedia dengan persiapan fizikal serta mental, tentu tidak sabar untuk segera berada di Tanah Suci Makkah sebagai tetamu Allah. Menjadi tetamu Allah adalah sesuatu yang cukup bermakna dalam hidup seseorang Muslim. Tidak semua insan dijemput Allah sebagai tetamu-Nya. Mereka yang terpilih adalah hamba-Nya yang dikira beruntung dan sewajarnyalah mereka itu berasa bersyukur kepada Allah.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji (dengan) mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu) maka sesungguhnya Allah Maka Kaya (tidak berhajat sesuatu pun) dari sekian makhluk.” - (Surah Ali-Imran, ayat 97)

    Firman Allah lagi yang bermaksud: “Dan sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.” - (Surah al-Baqarah, ayat 196)

    Ibadat haji diwajibkan kepada umat Islam pada tahun kelima atau keenam Hijrah, akan tetapi mula dilaksanakan pada tahun kesembilan Hijrah. Pada tahun itu, Rasulullah SAW mengarahkan Saidina Abu Bakar al-Siddiq mengetuai rombongan 300 umat Islam supaya mengerjakan haji.
    Imam Qurthubi mengisahkan riwayat daripada Ibnu Abas bahawa ketika Nabi Ibrahim selesai membangunkan Kaabah, beliau memperoleh perintah langsung dari Allah supaya melaksanakan perintah menunaikan haji kepada manusia. Nabi Ibrahim menjawab, “Bagaimana suaraku didengar oleh manusia? Maka Allah berfirman: Serulah mereka, maka Aku yang akan menyampaikannya.”

    Nabi Ibrahim lalu naik ke Jabal Abu Qubais dan menyeru dengan suara keras: “Wahai manusia! Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan kamu untuk berhaji ke rumah ini (Baitullah), nescaya Allah akan memberi pahala syurga dan menjauhkan kamu daripada api neraka.”

    Saat itu seluruh manusia menjawab, baik yang ada di dalam sulbi lelaki mahupun yang ada dalam rahim wanita, dengan jawapan talbiyah yang bermaksud, “Aku siap melaksanakan dan memenuhi perintah-Mu, ya Allah.”

    Kelebihan bagi mereka mengerjakan haji dapat dilihat melalui Ali bin Abi Talib yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menghendaki (kebaikan) dunia dan akhirat, maka hendaklah dia mengunjungi Baitullah sebab setiap orang yang mendatanginya seraya memohon kepada Allah akan (kebaikan) dunia, nescaya Allah akan mengurniakannya dan setiap orang yang memohon kepada-Nya akan (kebaikan) akhirat, nescaya Dia akan menyimpan sebahagiannya untuknya. Ingatlah wahai manusia, kerjakan olehmu haji dan umrah, perturutkanlah antara keduanya, sebab keduanya akan mencuci dosa, ibarat air mencuci kotoran yang melekat pada baju. Keduanya juga akan menghilangkan kefakiran, ibarat api menghilangkan kotoran besi.”
    Mengerjakan haji tidak hanya bergantung kepada tubuh badan yang sihat, cergas dan bertenaga, tapi ketahanan minda juga perlu kuat. Jika tubuh badan saja sihat serta mampu melakukan rukun dan wajib haji tetapi minda sakit dan lemah, maka dibimbangi jemaah tidak mendapat haji mabrur. Justeru, persediaan fizikal, mental dan spiritual perlu diberi perhatian jemaah yang akan ke Tanah Suci.

    Mengerjakan ibadat haji nampak mudah, tetapi oleh kerana ia dilakukan di tempat berlainan, maka semuanya itu memerlukan kekuatan fizikal kerana ibadat tawaf di Baitullah, sa’ie pula di Safa dan Marwah, wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah dan melontar jamrah di Mina. Semuanya itu memerlukan tenaga dan sekali gus menguji ketabahan serta kesabaran jemaah.

    Sepanjang mengerjakan ibadat haji, seseorang itu sentiasa diuji Allah dengan pelbagai ujian yang boleh mencacatkan ibadahnya kepada Allah seperti cepat marah, tidak sabar, riak, sombong, bermegah-megah, berkata dusta, umpat dan mengata, hasad dengki dan sifat tercela lain. Semuanya boleh berlaku jika jemaah tidak ikhlas melakukan ibadat semasa berada di Makkah dan Madinah.

    Apa yang baik seharusnyalah diamalkan jemaah sewaktu berada di Makkah dan Madinah sepanjang mengerjakan ibadat haji, hendaklah sentiasa bersikap sabar dalam apa juga keadaan yang mereka hadapi.

    Selain sabar, hendaklah selalu ikhlas melakukan serta reda serta perlulah rajin, amanah, jujur, tolong menolong, bersedekah, penyayang dan yang penting hendaklah sentiasa mengucap syukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan-Nya selama ini.

    Diriwayatkan daripada Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang menunaikan haji ke Baitullah sedangkan ia tiada melakukan persetubuhan dan perkara yang dilarang maka bersihlah ia daripada dosanya seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya.” - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Dosa yang berlaku di antara umrah adalah dihapuskan dan tidak ada balasan bagi haji yang mabrur (haji yang diterima) melainkan syurga.” - (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    Melihat kepada ganjaran diberikan Allah kepada mereka yang pergi mengerjakan ibadat haji seharusnyalah seruan mengunjungi Baitullah itu disambut secepat mungkin tanpa bertangguh. Jika ada kemampuan bersegeralah menyempurnakan Rukun Islam kelima itu tanpa memberi alasan belum sampai seru, usia masih muda atau sibuk dengan tugas.

    Yang penting adalah niat, kemahuan dan azam untuk menziarahi Baitullah walaupun sekali dalam hidup. Oleh demikian, mulai saat ini tanamkan niat, kemahuan dan azam yang bulat dalam hati untuk mengunjungi Baitullah secepat mungkin sebelum datangnya sakit.







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Thursday, October 23, 2008

    Hidungku Dan Hidungmu

    Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)

    Berikut dipaparkan tulisan kiriman dari seorang teman mengenai hidung sebagai sketsa yang merehatkan minda dan fikiran. Maaf sekiranya paparan ini mungkin menyinggung perasaan sesetengah pihak.
    Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita
    atau macam mana bentuknya, kenalah kita ambil tahu sikit.

    Bunga akan berkembang segar jika disirami air, dan hidung akan
    berkembang megah bila dipuji ye dak.

    Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis,
    kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata.

    Malah ada orang jatuh cinta kerana
    terpesona dengan hidung seseorang.

    Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan.
    Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

    Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
    Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,
    tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

    Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan
    yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

    Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
    macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)

    Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
    Cara nak membersihkannya

    Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
    bersihkanlah perlahan-lahan.

    Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek
    kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,

    boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam
    serombong kapal daa.

    Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,
    nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah,

    setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung.

    Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
    kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah

    dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

    Akhir kata........

    "Walaupun dirimu tidak kukenal,
    tetapi lubang hidungmu
    tetap menjadi pujaan hatiku"








    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Ayat Ayat Cinta

    "Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami) : Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."(Al-Baqarah : 127)

    Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMU, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadaMU, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."
    (Al-Baqarah : 128)

    "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka."
    (Al-Baqarah : 201)

    "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran keatas kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir."
    (Al-Baqarah : 250)

    Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
    (Al-Baqarah : 286)

    "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMU; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNYA."
    (Aali-`Imran : 8)

    "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janjiNYA."
    (Aali-`Imran : 9)

    "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka."
    (Aali-`Imran : 16)

    "Wahai Tuhan kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMU; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMU dan kebenaran RasulMU)."
    (Aali-`Imran : 53)



    "Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir."
    (Aali-`Imran : 147)

    Wahai Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka."
    (Aali-`Imran : 191)


    "Wahai Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang berbakti."
    (Aali-`Imran : 193)

    "Wahai Tuhan kami, berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-RasulMU, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."
    (Aali-`Imran : 194)

    "Wahai Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan keNabian Muhammad SallALLAHu`alaihiwasalam)."
    (Al-Maa`idah : 83)

    "Wahai Tuhan kami, turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMU); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki."
    (Al-Maa`idah : 114)

    "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi"
    (Al-A`raaf : 23)

    "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau tempatkan kami bersama-sama orang-orang yang zalim."
    (Al-A`raaf : 47)

    "Wahai Tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim."
    (Al-A`raaf : 89)


    "Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri (kepadaMU)."
    (Al-A`raaf : 126)


    "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim, dan selamatkanlah kami dengan rahmatMU dari angkara kaum yang kafir."
    (Yunus : 85-86)

    "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari memohon kepadaMu sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat) nya. dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, nescaya aku akan termasuk orang2 yang merugi."
    (Hud : 47)

    "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi ALLAH, baik yang ada di bumi maupun yang ada di langit."
    (Ibrahim : 38)

    "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
    (Ibrahim : 40)

    "Wahai Tuhan kami, berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan."
    (Ibrahim : 41)


    "Wahai Tuhanku, kurniakanlah rahmat kepada mereka berdua (ibubapa) sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
    (Al-Israa` : 24)

    "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami rahmat dari sisiMU, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami."
    (Al-Kahfi : 10 )

    "Wahai Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku."
    (Thaha : 25–28)

    Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami takut bahawa ia akan segera menyeksa kami, atau ia akan melampau batas."
    (Thaha : 45)

    "Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku `ilmu pengetahuan."
    (Thaha : 114)

    "Wahai Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik Yang memberi tempat."
    (Al-Mu`minuun : 29)

    "Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMU dari bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepadaMU ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."
    (Al-Mu`minuun : 97-98)

    "Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat."
    (Al-Mu`minuun : 109)

    "Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat."
    (Al-Mu`minuun : 118)

    "Wahai Tuhan kami, jauhkan azab Jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal. Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman."
    (Al-Furqan : 65 - 66)


    "Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa."
    (Al-Furqan : 74)


    "Wahai Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang soleh."
    (Asy-Syu`araa : 83)

    "Wahai Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMU yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan RahmatMU ke dalam golongan hamba-hambaMU yang soleh."
    (An-Naml : 19)

    Wahai Tuhan kami, RahmatMU dan `IlmuMU meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMU, dan peliharalah mereka dari azab neraka."
    (Ghaafir : 7)

    Wahai Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "`Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari (balasan) kejahatan. Dan orang-orang yang Engkau pelihara dari (pembalasan) kejahatan pada hari itu, maka sesungguhnya telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya dan itulah kemenangan yang besar."
    (Ghaafir : 8 - 9)

    "Wahai Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMU."
    (Hashr : 10)


    Wahai Tuhan kami, kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembali."
    (al-Mumtahinah : 4)

    "Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."
    (al-Mumtahinah : 5)

    "Wahai Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." (at-Tahriim : 8)

    "Sesungguhnya jika Allah mencintai seorg hamba maka Dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih sayangNya..."

    Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lEbih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

    Kiranya Tiada Cinta Insani Untukku, Cukuplah Cinta Allah Menjadi Penyuluh Hidupku, Kelak Akan Ada CINTA Untukku..Dari Insan Yang Menyintai Allah..Sebagaimana Cintaku TerhadapNya.

    Ya Allah !!! Kurnialah kepadaku Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu; dan apa sahaja yang membawa aku hampir kepada CintaMu; dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga kepadaku dari air sejuk kepada orang yang dahaga.

    "GOD,He always listen to you, He always see you, He always know you, Always guarding and protecting you, Always managing and giving "nikmat" to you. Why are you not to love Him. Why are you not afraid of the God who decides your fate and destiny?"

    Bila berdepan dengan dugaan, manusia hilang akal… jadi gila. Mula menyalahkan keadaan. Tapi sebenarnya yang berlagak, manusia itu sendiri. Maka, dengan segala kemanjaan dan kebendaan yang maha mewah melenyapkan nilai-nilai abstrak kemanusian manusia itu sendiri.

    Ya Allah, Perbaikilah untukku agamaku yang merupakan penjaga urusanku, perbaikilah untukku duniaku yang merupakan tempat penghidupanku, perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku, jadikan kehidupan ini sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan dan jadikan kematian itu sebagai (tempat) istirahat untukku dari setiap kejelekan dan murka Mu ( Amin ya Allah ya Robbal Allamin)







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Doa seorang ibu

    Dahulukala di negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat.

    Setiap orang mencintainya kerana budi dan amalnya. Ilmunya yang tinggi

    menyebabkan namanya bertambah harum. Ibunya sangat bahagia sekali

    mempunyai anak yang dihormati oleh setiap orang. Itulah sebabnya

    mengapa

    anaknya tidak diperbolehkan menuntut ilmu ke negeri jauh.



    Pada suatu hari anaknya yang sangat dicintai ini menghendaki pergi ke

    Mekah. Maksudnya ingin menambah ilmunya ke negeri yang sangat mulia

    itu.

    Tentu sahaja ibunya sangat keberatan apabila anaknya merantau ke

    Mekah.

    Apalagi dia akan bermukim di sana beberapa tahun.



    "Anakku!" kata ibunya pada suatu malam.



    "Engkau adalah mutiara hatiku. Ibu sangat tersiksa apabila engkau

    pergi

    ke Mekah. Ibu sudah tua, maka sangat berat sekali jika berpisah dengan

    engkau. Batalkan niatmu nak!" Kata ibunya menasihati.



    Akan tetapi kerana tekad anaknya yang sudah tak dapat dibendung lagi,

    berangkatlah ia ke Mekah. Nasihat ibunya sudah tak dihiraukan lagi.

    Sekarang ibunya tinggal sendirian di rumah dengan deraian air mata.

    Hatinya menjadi sakit sekali kalau mengingatkan anaknya yang tak

    memperdulikan nasihatnya itu.



    "Ya, Tuhan," demikian ibunya merintih.



    "Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba, dengan pemergiannya.

    Turunkanlah siksa kepada anakku, ya Tuhan."



    Hampir setiap malam ibunya berdoa demikian.



    Anaknya pada waktu itu telah sampai di Mekah. Dengan giat sekali ia

    mencari ilmu dan beribadah di sana. Pada suatu malam yang buta,

    terjadilah satu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang

    pencuri masuk ke rumah seorang saudagar kaya. Tetapi malang bagi

    pencuri

    kerana perbuatannya diketahui oleh tuan rumah. Pencuri itu lalu lari

    lintang pukang menyelamatkan diri. Tetapi jejaknya ini telah diekori

    oleh tuan rumah.



    "Ah, cilaka aku jika aku tidak mencari akal," kata pencuri di dalam

    hati, "Biarlah aku masuk ke masjid, mungkin aku dapat menyelamatkan

    diri."



    Kebetulan ketika dia sampai di masjid dilihatnya orang yang sedang

    berzikir. Dengan licik sekali lantas dia berteriak-teriak sambil

    menuding-nuding orang yang sedang berzikir.



    "Pencuri, pencuri....." teriaknya keras sekali.



    Tuan rumah ketika sampai di masjid langsung sahaja menangkap orang

    yang

    disebut pencuri itu. Tanpa fikir panjang lagi dia lalu diseret

    dihadapkan kepada raja. Malang bagi dia, kerana raja memberi hukuman

    kepadanya dengan dipotong tangannya, kakinya dan dicungkil kedua

    matanya. Setelah itu raja memerintahkan kepada hulubalangnya untuk

    mengarak pencuri itu di hadapan umum.



    "Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang," kata pegawai raja

    di

    sepanjang jalan.



    Sewaktu arakkan sampai di pasar berkatalah orang yang dituduh mencuri

    itu kepada pegawai raja:



    "Wahai pegawai! Janganlah engkau berkata begitu tetapi katakanlah

    begini: Inilah balasannya kalau orang durhaka kepada ibunya. Ayuh,

    katakanlah begitu!"



    Para pegawai pun menjadi hairan sekali mendengarkan saranan yang

    dituduh

    itu. Hatinya menjadi ragu, apakah betul ucapannya itu atau pura-pura.

    Ternyata setelah diselidiki lagi orang yang didakwa sebagai pencuri

    itu

    betul-betul bukan pencurinya. Para pegawai raja kemudian

    membebaskannya

    untuk dihantar ke rumah ibunya.



    Ketika sampai di rumah maka para pegawai raja meletakkannya di muka

    pintu rumahnya. Keadaannya yang cacat ini menyebabkan dia tidak dapat

    berbuat apa-apa kecuali hanya memanggil-manggil dari luar. Dari

    dalamrumah dia mendengar ibunya sedang beroda:



    "Ya Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia

    ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Doa ini diucapkan oleh

    ibunya berulang-ulang kali sampai ada suara anaknya yang berpura-pura

    menjadi pengemis, "Ya tuan, berilah hamba sedekah."



    "Datanglah ke sini mendekat pada pintu," terdengar suara dari dalam.



    "Bagaimana tuan saya dapat mendekat, padahal saya tak punya kaki,"

    jawab

    anaknya.



    "Kalau begitu hulurkan sahaja tanganmu," jawab ibunya dari dalam.



    "Tuan, maafkanlah hamba kerana hamba tak punya tangan, tangan hamba

    telah dipotong."



    "Jika demikian bagaimana aku dapat memberimu, padahal aku bukan

    muhrimmu?" jawab ibunya.



    "Tuan, janganlah tuan khuatir sebab kedua mata hamba telah buta,"

    jawab

    anaknya.



    Ibunya yang belum mengerti bahawa pengemis itu sebetulnya adalah

    anaknya

    sendiri, terpaksa keluar dengan membawa sepotong roti. Tetapi ketika

    roti itu diberikan, tiba-tiba pengemis merebahkan dirinya di pangkuan

    ibunya sambil menangis.



    "Ibu...... maafkanlah ibu! Sebetulnya hamba adalah anakmu sendiri yang

    telah mengalami nasib seperti ini, Ibu, hamba merasa berdosa kepada

    ibu,

    maafkanlah ibu."



    Ibunya yang setelah mengetahui nasib anaknya yang mengerikan itu lalu

    berkata:



    "Ya Tuhan, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba

    maafkan. Tetapi sungguh mengerikan siksa anakku ini ya Tuhan. Hamba

    tak

    sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya

    Tuhanku, akhirilah hidupku ini bersama-sama anakku sehingga kami tidak

    menanggung malu lagi."



    Doanya dikabulkan oleh Allah, dia dan anaknya mati bersama-sama.

    Demikian nasib anak yang tidak menuruti kepada orang tua, dan orang

    tua

    yang kurang reda kepada anaknya di dalam mencari ilmu.







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Kajian Kulit Manusia

    Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh.

    Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit (dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia
    datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad SAW. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah SWT yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.

    Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran?

    Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).

    Jadi kalau di akhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama?

    Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang lebih kurang bermaksud :
    "Mereka yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan campakkan mereka dalam api; berkali-kali sehingga kulit mereka terbakar hangus. KAMI AKAN GANTI KULIT MEREKA DENGAN KULIT YANG BARU SUPAYA MEREKA MERASAKAN AZAB ; sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, Maha
    Bijaksana".

    Maka beruntunglah Professor Tagasone yang telah memeluk agama Islam dalam keadaan suci , bersih. Sesiapa yang tidak hendak menerima Islam dan mengamalkan segala apa yang terkandung di dalam Al Quran , maka Allah akan pilih orang lain untuk menerima hidayahNya.









    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Tanda-tanda takut kepada Allah

    Takut kepada Allah adalah salah satu bentuk ibadah yang tidak terlalu diperhatikan oleh sebagian orang-orang mukmin, padahal itu menjadi dasar beribadah dengan benar. Firman Allah Ta'ala:

    "Karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kalian kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman".(Ali 'Imran 175).



    Tanda-tanda takut kepada Allah:



    1.Pada lisannya



    Seseorang yang takut kepada Allah mempunyai kekhawatiran atau ketakutan sekiranya lisannya mengucapkan perkataan yang mendatangkan murka Allah. Sehingga dia menjaganya dari perkataan dusta, ghibah dan perkataan yang berlebih-lebihan dan tidak bermanfaat. Bahkan selalu berusaha agar lisannya senantiasa basah dan sibuk dengan berdzikir kepada Allah, dengan bacaan Al Qur'an, dan mudzakarah ilmu.



    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, artinya: "Barangsiapa yang dapat menjaga (menjamin) untukku mulut dan kemaluannya, aku akan memberi jaminan kepadanya syurga".(HR. Al Bukhari).



    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda:

    "Tanda sempurnanya Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu (perkataan) yang tidak berguna". (HR. At Tirmidzi).



    Kemudian dalam riwayat lain disebutkan, artinya: "Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia berbicara yang baik, atau (kalau tidak bisa) maka agar ia diam".(HR. Al Bukhari dan Muslim).



    Begitulah, sesungguhnya seseorang itu akan memetik hasil ucapan lisannya, maka hendaklah seorang mukmin itu takut dan benar-benar menjaga lisannya.



    2.Pada perutnya



    Orang mukmin yang baik tidak akan memasuk-kan makanan ke dalam perutnya kecuali dari yang halal, dan memakannya hanya terbatas pada kebutuhannya saja.

    Firman Allah Ta'ala:

    Artinya: "Dan janganlah sebagian kamu memakan harta sebagian lain diantara kamu dengan jalan yang batil".(Al Baqarah: 188).



    Ibnu Abbas menjelaskan, memakan dengan cara batil ini ada dua jalan yaitu; Pertama dengan cara zhalim seperti merampas, menipu, mencuri, dll. Dan Kedua dengan jalan permainan seperti berjudi, taruhan dan lainnya. Harta yang diperoleh dengan cara haram selamanya tidak akan menjadi baik/suci sekalipun diinfaqkan di jalan Allah. Sufyan Ats-Tsauri menjelaskan, "Barangsiapa menginfaq-kan harta haram (di jalan Allah) adalah seperti seseorang mencuci pakaiannya dengan air kencing, dan dosa itu tidak bisa dihapus kecuali dengan cara yang baik". Bahkan dijelaskan dalam riwayat yang shahih bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyatakan, setiap jasad (daging) yang tumbuh dari harta haram maka neraka lebih pantas untuknya.



    Jadi, itulah urgensi memperhatikan jalan mencari harta. Sudahkah kita takut kepada Allah dengan menjaga agar jangan sampai perut kita dimasuki harta yang diharamkan Allah ?



    3. Pada tangannya



    Orang mukmin yang takut kepada Allah akan menjaga tangannya agar jangan sampai dijulurkan kepada hal-hal yang diharamkan Allah seperti; (sengaja) menyentuh wanita yang bukan muhrim, berbuat zhalim, aniaya. Dan tidak bermain dengan alat-alat permainan syetan seperti alat perjudian.



    Orang mukmin selalu menggunakan tangannya untuk melakukan ketaatan, seperti bershadaqah, menolong orang lain (dengan tangannya) karena dia takut di akhirat nanti tangannya akan berbicara di hadapan Allah tentang apa yang pernah dilakukan-nya, sedangkan anggota badannya yang lain menjadi saksi atasnya. Sebagaimana firman Allah Ta'ala:

    Artinya: "Pada hari ini Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan".(Yasin: 65).



    Bahkan salah seorang ulama salaf berkata; "Sekiranya kulit saya ditempeli bara api yang panas, maka itu lebih aku sukai daripada saya harus menyentuh perempuan yang bukan muhrim".



    Itulah gambaran orang mukmin sejati yang takut kepada Allah di dalam menggunakan tangannya. Maka bagaimanakah dengan kita?



    4. Pada penglihatannya



    Penglihatan merupakan nikmat Allah Ta'ala yang amat besar, maka musuh Allah yaitu syetan tidak senang kalau nikmat ini digunakan sesuai kehendak-Nya. Orang yang takut kepada Allah selalu menjaga pandangannya dan merasa takut apabila memandang sesuatu yang diharamkan Allah, tidak memandang dunia dengan pandangan yang rakus namun me-mandangnya hanya untuk ibrah (pelajaran) semata.



    Pandangan merupakan panah api yang dilepaskan oleh iblis dari busurnya, maka berbahagialah bagi siapa saja yang mampu menahannya. Allah berfirman:



    Artinya: Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman; "Hendaklah mereka menahan pandangan-nya, dan memelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".(An Nur: 30).



    Jika kita teliti banyaknya kemaksiatan dan kemungkaran yang merajalela, seperti; perzinaan dan pemerkosaan, salah satu penyebabnya adalah ketidak mampuan seseorang menahan pandangannya. Sebab, sekali seseorang memandang, lebih dari sepuluh kali hati membayangkan. Maka, sudahkah kita menjadi orang yang takut kepada Allah dengan menahan pandangan kepada sesuatu yang diharamkanNya?



    5.Pada pendengarannya



    Ini perlu kita renungi bersama, sehingga seorang mukmin akan selalu menjaga pendengarannya untuk tidak mendengarkan sesuatu yang diharamkan Allah, seperti nyanyian yang mengundang birahi beserta irama musiknya, dll. Firman Allah Ta'ala:

    Artinya: "Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dimintai tanggung jawabnya". (Al Israa': 36).

    Dan seorang mukmin akan menggunakan pendengarannya untuk hal-hal yang bermanfaat.



    6. Pada kakinya



    Seseorang yang takut kepada Allah akan melangkahkan kakinya ke arah ketaatan, seperti mendatangi shalat jama'ah, majlis ta'lim dan majlis dzikir. Dan takut untuk melangkahkan kakinya ke tempat-tempat maksiat serta menyesal bila terlanjur melakukannya karena ingat bahwa di hari kiamat kelak kaki akan berbicara di hadapan Allah, ke mana saja kaki melangkah, sedang bumi yang dipijaknya akan menjadi saksi.



    Firman Allah Ta'ala:

    Artinya: "Sesungguhnya Kami menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan apa yang mereka kerjakan dan bekas-bekas yang mereka tinggalkan". (Yaasin: 12).



    Asbabun nuzul ayat ini adalah bahwa seorang dari Bani Salamah yang tinggal di pinggir Madinah (jauh dari masjid) merencanakan untuk pindah ke dekat masjid, maka turunlah ayat ini yang kemudian Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menjelaskan bahwa bekas langkah (telapak) menuju masjid dicatat oleh Allah sebagai amal shaleh.



    Semua bekas langkah kaki akan dicatat oleh Allah ke mana dilangkahkan, dan tidak ada yang tertinggal karena bumi yang diinjaknya akan mengabarkan kepada Allah tentang apa, kapan, dan di mana seseorang melakukan suatu perbuatan. Jika baik maka baiklah balasannya, tetapi jika buruk maka buruk pula balasannya. Ini semua tidak lepas dari kaki yang dilangkahkan, maka ke manakah kaki kita banyak dilangkahkan ?



    7. Pada hatinya



    Seorang mukmin akan selalu menjaga hatinya dengan selalu berzikir dan istighfar supaya hatinya tetap bersih, dan menjaganya dari racun-racun hati.



    Seorang mukmin akan takut jika dalam hatinya muncul sifat jahat seperti buruk sangka, permusuhan, kebencian, hasad dan lain sebagainya kepada mukmin yang lain. Karena itu semua telah dilarang Allah dan RasulNya dalam rangka menjaga kesucian hati. Hati adalah penentu, apabila ia baik maka akan baik seluruh anggota tubuh, tetapi apabila ia jelek maka akan jeleklah semuanya.



    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    "Ketahuilah bahwa dalam jasad ini ada segumpal daging, apabila segumpal daging itu baik, maka akan baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia jelek maka jeleklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal daging itu adalah hati".(HR. Riwayat Al Bukhari dan Muslim).



    Maka pernahkah kita merasa takut bila hati kita menjadi gelap? Bahkan kita selalu merasa bahwa hati kita sama sekali tidak ada kejelekannya? Naudzubillah. Dari ini semua sudahkah kita termasuk orang yang takut kepada Allah ? (Agus Efendi).



    Maraji': Tazkiyatun Nafs, Ibnu Rajab Al Hambali dan Ibnu Qayyim.






    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Cara Aurat Wanita Terdedah

    Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah.

    Berikut adalah cara bertahap:

    I. Menghilangkan Definisi Hijab
    Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap pakaian.

    Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai. Berbeza
    halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan.

    Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

    Pertama, Membuka Bahagian Tangan
    Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?


    Kedua, Membuka Leher dan Dada
    Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya sebahagian kecil sahaja yang terbuka.

    Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

    Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang
    Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool" cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan memberi idea baru.

    Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita
    kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

    Keempat, Agak di Buka Sedikit
    Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah.... tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.

    Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.

    II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit
    Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power", tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.

    Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit
    Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala....... orang tetap menamakannya dengan jilbab."

    Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.

    Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis
    Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,
    baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."

    Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

    Ketiga, Terbuka Seluruh Betis
    Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

    Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut. "Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

    Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.

    III. Serba Mini
    Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

    Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba. Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

    Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

    Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" Syaitan tak ingin ambil risiko.

    Penutup
    Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya. Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik di dunia mahupun di akhirat.







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Sebab Utama Lelaki Ditarik Ke Neraka Oleh Wanita

    1. Ayahnya

    Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

    (p/s: Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & shaum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

    2. Suaminya

    Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, shaumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

    (p/s: Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
    mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana).

    3. Abang-abangnya

    Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
    keluarganya saja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

    (p/s: Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelimang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

    4. Anak2 lelakinya

    Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya.. .maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

    (p/s: Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... tidak lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

    Lihatlah.... .betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

    Firman Allah S.W.T:
    "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu... ."



    Duhai Wanita sekalian.. sayangilah suami, abang, anak anak kamu dan ayah kamu… Peliharalah diri kamu dan mereka juga dari api neraka yang perit…



    Allah hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin! (Ar Rahman Ayat 31)



    Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)! (Ar Rahman Ayat 33)



    Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya). (Ali Imran ayat 135)







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    HUJAN?

    Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?
    - Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..
    - Alahai, hujan laaagiiii
    - Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in
    - Payah nak buat apa2 kalau
    Hujan
    - Tak boleh balik lagi, hujan!

    Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA : "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

    Hakikatnya, hujan itu rahmat.

    "Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

    Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
    1. Membersihkan udara
    2. Menyubur tanaman
    3. Membekal air ke empangan

    Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

    Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

    "Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

    Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

    Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

    "Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

    Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan Allah.

    Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

    Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari ini Kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini Ada sebabnya, Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

    "Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

    Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

    "Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)







    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)

    Tiga perkara pastikan mukmin terlindung tipu daya syaitan

    TIPU daya syaitan dan bisikan hawa nafsu sentiasa mempermainkan kehidupan seorang insan. Setiap saat kedua-duanya bersatu tenaga merancang untuk merobohkan benteng iman di hati manusia.

    Namun begitu, tidaklah Allah menyerahkan bulat-bulat diri orang mukmin untuk menjadi hidangan syaitan dan hawa nafsu mereka. Bahkan Allah akan membersih jiwa orang mukmin itu setiap saat hingga mereka kembali kepada-Nya dalam keadaan sebersih-bersihnya.

    Apakah tanda Allah menyucikan diri seorang hamba? Diturunkan musibah kepadanya lalu dia reda. Dihidupkan jiwanya lalu dia bertaubat. Dipimpin hatinya lalu dia suka beribadat.

    Tiga perkara ini besar fungsinya untuk memastikan hamba yang beriman tetap terjaga dan terlindung daripada jenayah hawa nafsu dan tipu daya syaitan. Sehingga dia bertemu Allah dalam keadaan suci, bersih lagi diredai.

    Sesungguhnya musibah akan membentuk tiga karakter manusia iaitu manusia yang memiliki jiwa yang unggul, teruji dan benar cintanya kepada Allah kerana musibah berkait rapat dengan perasaan kejiwaan manusia.

    Apakah dia reda dan akur atas kehendak Allah kemudian percaya dengan ganjaran bagi orang yang sabar? Apakah dia menerima musibah itu sebagai hadiah terindah daripada kekasih Yang Maha Mengasihani?
    Apakah musibah itu mampu melonjakkan imannya ke tahap lebih tinggi sehingga dia sentiasa meneliti kekurangan diri? Kemudian dia bertanya: “Mengapakah Allah memilih diriku? Apakah dosa yang harus disucikan, bagaimanakah aku harus memperbaiki diri dan amalku?”

    Akhirnya, lahir satu keyakinan bahawa Allah akan mengganti musibah itu dengan kebaikan yang akan datang selepasnya. Sesuai dengan firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kemudahan.” (Surah Al-Insyirah, ayat 5)

    Kedua ialah jiwa yang memberontak apabila seseorang menerima musibah dengan hati yang berprasangka buruk kepada Allah. Dia berkata: “Tuhan menghinakan aku, menyerahkan aku kepada orang jahat lalu mereka menzalimiku. Tuhan menolak doaku, mencampakkan ibadatku hingga 40 hari, Dia tidak menerima amal salihku. Dia menghukum, menutup pintu langit, menahan rezeki dan mengazabku dengan musibah ini.”

    Betapa bijaknya syaitan meniupkan penyakit putus harapan yang mematikan jiwa reda seorang hamba. Hal ini bertentangan dengan suruhan Allah kepada orang yang berdosa dalam firman bermaksud: “Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Zumar, ayat 53)
    Ketiga, jiwa yang mudah berpaling. Kesetiaan menjadi faktor terpenting dalam perhubungan, seperti seorang hamba mesti membuktikan setianya kepada Allah dalam setiap keadaan. Susah atau senang, sibuk atau lengang, kaya atau miskin, terkenal atau terlupakan, di atas atau di bawah, disanjung atau dijatuhkan.

    Bagaimanapun situasi yang terjadi, hubungan hati dengan Allah tetap terjaga. Tidak pernah melupakan Allah saat senang seperti dia mengingati-Nya di kala susah. Tetapi al-Quran merakamkan keadaan orang yang mudah berpaling ketika dilanda musibah dalam hidupnya.

    Firman Allah bermaksud: “Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi. Maka jika ia memperoleh kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika ia ditimpa oleh suatu bencana, berbaliklah ia ke belakang. Rugilah ia di dunia dan di akhirat, yang demikian itu adalah kerugian yang nyata.” (Surah al-Hajj, ayat 11)

    Sudah selayaknya setiap hamba Allah memandang musibah sebagai satu tanda bahawa Allah mahu membersihkan dirinya, memberi jaminan kafarah atas segala dosanya hingga dia bertemu Allah dengan jiwa yang reda lagi diredai.



    Tanda kedua Allah menyucikan seorang hamba ialah dihidupkan jiwanya lalu dia bertaubat. Setiap kali berbuat dosa, hati akan terseksa, takut, sedih dan putus asa mengingati kejahatan diri. Di situlah rahmat bagi orang beriman yang melakukan dosa, dia sentiasa ingat untuk bertaubat, merayu dan memohon maaf kepada Allah.

    Bagaikan mati hidup semula, begitulah perumpamaan mengenai jiwa orang mukmin yang kembali kepada Allah.









    "Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
    (Surah an-Nahl: ayat 125)
     
    Dear Diary Blogger Template