^ Scroll to Top

Tuesday, September 9, 2008

PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga.

Mesti sahur.

Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam.
Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan
makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.

Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi.

Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya.

SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.

Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.

Cuba lah dengan izin Allah swt.

Wallahualam.






"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui jalan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang mendapat hidayah petunjuk."
(Surah an-Nahl: ayat 125)

No comments:


 
Dear Diary Blogger Template