^ Scroll to Top

Tuesday, July 15, 2008

Rahsia Syafaat (Pertolongan ALLAH Bagi Orang Berdosa) Di Akhirat

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa hendak berdialog dengan Allah s.w.t. maka bacalah Al-Quran"

Riwayat dari Utsman ibn Affan r.a. berkata :Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran lalu mengajarnya."

Al-Hakim mengikhraj dari Ibnu Mas'ud:"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah s.w.t. (Al-Quran) maka baginya pahala satu HASANAH (satu kebajikan) dan satu HASANAH itu berganda sepuluh. Tidak aku katakan ALIF-LAAAM-MIIIN adalah satu huruf, melainkan ALIF satu huruf, LAAAM satu huruf dan MIIIN satu huruf."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Kau pergi dipagi hari lalu kau belajar satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. (AL-QURAN), sungguh hal itu lebih baik bagimu daripada kau lakukan solat seratus rakaat."

Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.:

"Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. maka dicatatkan untuknya HASANAH berganda, dan barangsiapa membaca satu ayat Kitab Allah s.w.t. maka ayat itu merupakan nur baginya kelak dihari kiamat."

Juga diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Hai Abu Hurairah, pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia, dan kau selalu begitu hingga datang maut menghampirimu dalam keadaan begitu maka para malaikat berduyun-duyun kemakammu sebagaimana orang-orang mukmin berduyun-duyun keBaitullah al-Haram."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa mengajarkan kepada anaknya satu ayat Al-Quran maka hal itu lebih baik baginya daripada ibadah selama seribu tahun, (iaitu) berpuasa disiang hari dan solat dimalam hari selama seribu tahun dan lebih baik baginya daripada seribu dinar yang ia sedekahkan kepada kaum fakir miskin."

Rahsia syafaat diakhirat dengan membaca surah Al-Mulk.

Ini antara fadhilat-fadhilat surah al-Mulk :-

1) Mendapat syafaat

Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: " Sesungguhnya di dalam al Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk"

2) Menyelamatkan daripada seksa kubur

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. " Nabi SAW bersabda itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur. (HR At-Tarmizi)

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud 'kerajaan'.

Pada awal surah, ayat tersebut menceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya. Allah telah menciptakan alam ini 'from scratch/nothingness', dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Sebagai nota kaki, Bilal Philips ada menyarankan bahawa teori Einstein yang terkenal, iaitu E = mc^2 adalah suatu pernyataan yang berunsurkan syirik, kerana ianya membawa maksud tenaga itu kekal, yakni tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Ini adalah bertentangan dengan sifat Allah yang berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.

Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya " Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?". "Ya, tetapi kami mendustakannya". Begitulah respons mereka. Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.

Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama :

" Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?"





...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

No comments:


 
Dear Diary Blogger Template