^ Scroll to Top

Thursday, July 17, 2008

Mukmin sejati kagum pencipta bila mendengar ayat suci

KATANYA: Ingatlah! Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Awaslah! Sesungguhnya akan berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar. Aku bertanya: Apakah caranya untuk menyelamatkan diri daripada bencana itu, Ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah perihal umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan salah), bukan keterangan olok-olok; sesiapa juga daripada golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan Allah, dan sesiapa yang mencari petunjuk daripada yang lainnya – akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau samar-samar dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak berasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya. (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah petunjuk ke jalan yang lurus." (Ali)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" (Hadis riwayat at-Tabrani)

Perasaan khusyuk, takwa dan kehambaan kepada Allah hendaklah dipupuk dalam jiwa setiap individu Muslim. Ia dapat dicapai melalui pembacaan al-Quran, mengerjakan sembahyang dan merenung (tafakur) mengenai kejadian makhluk Allah di muka bumi ini.

Orang alim dan mempunyai sifat mukmin sebenarnya adalah mereka yang akan tersentuh hatinya sebaik saja membaca atau mendengar ayat Allah dibaca. Begitu juga mereka akan terharu dan merasai keagungan Allah apabila terpandang ciptaan-Nya yang begitu cantik dan mengagumkan.

Segala ini adalah tanda kemanisan dan kelazatan iman yang sebenarnya dan hanya dapat dirasai oleh hati yang hidup iaitu hati sentiasa digilap dengan cahaya keimanan serta jauh daripada dosa dan maksiat.

Inilah mukmin sejati di mana mata, hati dan seluruh anggotanya dikawal oleh akal yang mendapat hidayah Allah. Ia tidak mati tapi sentiasa menghayati sebagaimana dianugerahkan kepada rasul, wali dan salafussoleh yang mencintai Allah.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia







...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

No comments:


 
Dear Diary Blogger Template