^ Scroll to Top

Sunday, June 15, 2008

Kesan Penyakit Batin

Apa agaknya kita lakukan jika penyakit ini terkena pada kita, pasti yang tergambar di fikiran kita ialah ubat dan doktor..

Tetapi mari kita tanya secara jujur dan berterus terang kepada hati kita masing-masing, apakah kita akan memberi perhatian yang sama pada penyakit batin yang terkena pada kita?

Memang betul kita semestinya mengambil berat dan ber tindak merawat segera penyakit fizikal yang menyerang, tetapi amat wajar kita memberi perhatian yang serius terhadap penyakit batin.

Kadangkala saya terfikir juga kenapa kepekaan kita terhadap penyakit fizikal dan penyakit batin berbeza, sedangkan jika kita lihat risiko dan akibat yang ditimbulkan antara penyakit fizikal dan penyakit batin juga berbeza.

Separah mana pun penyakit fizikal ia hanya memberi impak secara duniawi, bersifat jangka pendek.

Ketika kita meninggal dunia, penyakit fizikal itu tidak akan kita bawa. Tetapi jika kita menderita penyakit batin, impaknya bukan sekadar di dunia, malah di akhirat, iaitu bersifat jangka panjang.

Firman Allah bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki diberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia akan mela pangkan dadanya untuk Islam, sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatan, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak lagi sempit seolah-olah dia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan seksa kepada orang-orang yang tidak beriman.” (al-An'am:125)

Dalam ayat itu ada dua kelompok manusia yang disebut Allah, iaitu kelompok yang mendapat hidayah dan kelompok yang tidak mendapat hidayah.

Kelompok yang mendapat hidayah digambarkan hatinya lapang. Hatinya lapang untuk menerima nur (cahaya), lapang hatinya untuk menerima kebenaran dan nasihat.

Sedangkan kelompok yang tidak mendapat hidayah di umpamakan seperti orang yang sedang mendaki gunung, dadanya sesak dan hampir-hampir tidak dapat bernafas.

Malah, semakin tinggi dia mendaki, semakin sulit dia bernafas. Semakin jauh dia daripada hidayah Allah, semakin susah dia menerima nur kebenaran dan nasihat berguna.

Hidup ini seperti sebuah pendakian. Imam al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin mengatakan orang hidup itu seperti sedang mendaki gunung, dia akan melalui baha gian-bahagian dalam hidupnya sepanjang pendakian.

Malah, dia akan menghadapi halangan, dugaan dan ke sukaran pendakian. Bagaimana caranya kita tetap mendaki gunung kehidupan ini jika kehilangan bekalan oksigen?

Oksigen kehidupan bukan sekadar udara, tetapi bagaimana kita dapat menghadapi langkah demi langkah dalam pen dakian kehidupan dunia ini.

Apa yang perlu ialah kekuatan dan iman, kompas hidup yang betul, landasan hidup yang betul dan teguh, ke bergantungan yang utuh kepada Allah serta kepatuhan hidup yang ditetapkan Yang Maha Pencipta.



...dalam DADA..ada rasa CINTA yang MEMBARA..dalam CINTA ada KITA berdua..."Cinta agung itu hanyalah cinta kepada Maha Pencipta.."

No comments:


 
Dear Diary Blogger Template